Kenapa saya sangat sinonim dengan imej baju hitam dalam KEADILAN?
BENARKAH ZAHID HAMIDI TIDAK BOLEH DIKALAHKAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO?
Kalau kita berbual-bual dengan pemimpin atau ahli UMNO yang
merupakan penyokong kepada Ahmad Zahid Hamidi, mereka tanpa ragu-ragu
mengatakan Presiden UMNO itu sukar dikalahkan jika dilawan oleh Perdana
Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Hujah mereka, selain Zahid Hamidi dianggap mempunyai lebih ramai
penyokong berbanding Ismail Sabri, sokongan daripada penyokong-penyokong Najib
Razak dikatakan akan lebih menguatkan lagi kedudukan Presiden UMNO itu dalam
mempertahankan jawatannya.
Kata mereka, meskipun Ismail Sabri orang Pahang sama dengan
Najib, tetapi bekas Perdana Menteri itu lebih memihak kepada Zahid Hamidi yang
merupakan rakan seperjuangannya sejak era Pemuda UMNO pada tahun 80an lagi.
Untuk itu, sekian lama sejak Ismail Sabri dilantik sebagai
Perdana Menteri dan terdapat ura-ura beliau mungkin mahu memastikan pemilihan
UMNO diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15, semua mereka mengatakan sia-sia
saja untuk berbuat demikian jika tujuannya untuk membolehkan Ismail Sabri dapat
mengambil alih jawatan Presiden UMNO.
Ini kerana, tambah mereka, Naib Presiden UMNO itu tidak mungkin
mampu melawan kekuatan yang dimiliki oleh Zahid Hamidi.
Bagi mereka, Ismail Sabri bukan saja tidak mungkin menang, malah
ia lebih terdedah untuk dimalukan sebagai Perdana Menteri yang kalah bertanding
jika berlawan dengan Presiden UMNO.
Secara sepintas lalu, demikianlah gahnya keyakinan penyokong
Zahid Hamidi terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini sedang sibuk
menghadiri perbicaraan dengan kes terkumpul yang dihadapinya di mahkamah
berjumlah 87 kes semuanya.
Tetapi, kenapa Zahid Hamidi sentiasa saja berusaha agar PRU15
diadakan terlebih dahulu berbanding pemilihan UMNO?
Kalau beliau begitu yakin Ismail Sabri tidak mampu
mengalahkannya, kenapa masih takut mengadakan pemilihan UMNO mengikut jadual,
sedangkan tidak lama selepas menang pada 2018 dulu, beliau pernah berjanji
tidak akan menangguhkan tarikh pemilihan yang tempoh wajibnya ialah setiap tiga
tahun?
Tidakkah jika diadakan pemilihan UMNO terlebih dahulu, selain
menunjukkan jiwa gagah beraninya, malah sekiranya pula berjaya mempertahankan
jawatannya, Zahid Hamidi tentu saja akan lebih dihormati ketika mengetuai UMNO
mendepan PRU15?
Yang peliknya, usaha Zahid Hamidi mahu menangguhkan pemilihan
UMNO bukan sekadar menggunakan tempoh peruntukan 18 bulan yang sedia dibenarkan
oleh perlembagaan parti melalui ketetapan yang dipersetujui MT, bahkan sehingga
meluluskan usul dalam PAU2021 baru-baru ini bahawa pemilihan UMNO hendaklah
diadakan enam bulan selepas pilihan raya dilangsungkan.
Dalam hal ini, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dalam
ucapan penggulungan PAU2021 dan sebagai sokongan kepada usul berkenaan berkata,
dengan lulusnya usul tersebut, sekiranya PRU15 diadakan pada tahun 2030 sekali
pun, tetapi pemilihan UMNO tetap diadakan enam bulan selepasnya.
Kenapa begitu beria-ia mahu menangguhkan pemilihan UMNO dan agar
ia diadakan selepas PRU15 pula,?sampai perlu dibawa usul dalam PAU untuk
dipersetujui?
Adakah ini tanda yang sahih Zahid Hamidi tidak boleh dikalahkan
dalam pemilihan UMNO?
Kemudian dalam mesyuarat MT pada 14 April lalu, diputuskan
bahawa UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 14 Mei depan bagi
meminda perlembagaannya berkaitan usul yang diluluskan oleh PAU2021 baru-baru
ini.
Ini bermakna, ketetapan bahawa pemilihan UMNO hendaklah diadakan
enam bulan selepas pilihan raya sebagaimana dipersetujui dalam usul PAU2021,
bukan sekadar terpakai untuk PRU15, tetapi juga terpakai untuk semua pilihan
raya umum selepas ini kerana sudah menjadi sebahagian daripada perlembagaan.
Maksud meminda perlembagaan ini tifak lain ialah untuk mengikat
Ismail Sabri sebagai pemimpin parti agar sentiasa akur dan patuh kepada
perlembagaan UMNO dan tidak boleh sesuka hati cuba untuk melewatkan PRU15
kepada tempoh selepas pemilihan parti.
Sehingga ke tahap meminda perlembagaan untuk memastikan
pemilihan UMNO tidak diadakan lebih dahulu berbanding PRU15, apakah ini juga
hujah yang boleh pakai bahawa Zahid Hamidi benar-benar tidak boleh dikalahkan
oleh Ismail Sabri?
Jika benar-benar berani berlawan, lebih-lebih lagi kononnya
tidak boleh dikalahkan kerana ada ramai penyokong, ditambah dengan sokongan
daripada Bossku lagi, kenapa Zahid Hamidi takut berdepan realiti pertandingan
dan asyik dengan agenda menangguh-nangguhkan pemilihan?
Atau beliau seorang yang pemalu untuk mengaku dirinya penakut? -
ShahbudinHusin 16/04/2022.
Ini 9 tujuan yang membolehkan pengeluaran sebahagian duit KWSP anda

Sama ada korang dah bertahun bekerja atau baru je menceburi dunia pekerjaan, sumbangan kepada KWSP sangatlah wajib demi masa depan korang, terutama kalau ada emergency atau kegunaan di hari tua nanti.
Kalau korang bekerja sepenuh masa, majikan dahpun siap potongkan setiap bulan. Korang yang bekerja sendiri pulak boleh buka akaun i-Saraan KWSP, yang merupakan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan.
Ia membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela bagi tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. Best kan?
Tapi dalam hidup ni, macam-macam benda tak diduga yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sebab tulah kena ada persediaan terutamanya dari segi kewangan. Walaupun korang tak digalakkan untuk usik wang simpanan persaraan, KWSP turut memberi kelonggaran untuk korang buat pengeluaran bagi tujuan tertentu yang urgent dengan syarat-syarat tertentu.
KWSP benarkan Pengeluaran Sebahagian untuk 9 tujuan ni:
#1 Bina Rumah
Korang boleh keluar duit dari Akaun 2 untuk tujuan ni. Pilih sama ada nak buat Pengeluaran Individu atau Pengeluaran Bersama Pasangan/Ahli Keluarga.
#2 Perumahan Fleksibel
Untuk tujuan ni, pengeluaran korang boleh menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan. Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk korang punya Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
#3 Kesihatan
Ahli yang menghadapi masalah kesihatan dibenarkan membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan serta rawatan kesuburan.
Selain diri sendiri, mereka yang layak dibiayai termasuklah mak ayah korang (kandung, angkat, tiri, mentua), pasangan, adik-beradik (kandung), dan anak-anak (kandung, angkat, tiri).
#4 Pendidikan
Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
#5 Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman
Korang boleh buat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
#6 Perumahan PR1MA
Korang boleh gunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari untuk dapatkan rumah PR1MA korang yang pertama!
#7 Beli Rumah
Dengan harga hartanah yang melonjak tinggi, memiliki rumah sendiri sememangnya mencabar tapi tak mustahil. Dengan adanya pengeluaran KWSP, ia sedikit sebanyak mengurangkan beban korang dalam membeli rumah.
#8 Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Bukan senang tau nak bayar ansuran bulanan, terutama mereka yang banyak komitmen. At least simpanan yang ada dari Akaun 2 sedikit sebanyak boleh bantu korang bayar ansuran bulanan bagi tempoh enam bulan atau sehingga masalah kewangan korang selesai.
#9 Haji
Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.
Untuk info penuh tentang Pengeluaran Sebahagian dan macam mana nak keluarkan duit KWSP, korang boleh check out laman Pengeluaran Sebahagian KWSP.
Sekarang korang dah tau yang korang tak perlu tunggu sampai bersara untuk buat pengeluaran. Tapi sebelum tu kenalah pastikan yang korang konsisten dalam membuat caruman tiap-tiap bulan sebaik sahaja mula bekerja.
Kalau korang nak tau, sekarang nak buat caruman makin senang tau! Tak kiralah apa jua jenis transaksi yang korang nak buat dengan KWSP, korang guna je kaedah pembayaran tanpa tunai! KWSP menerima bayaran dalam bentuk Kad ATM (MyDebit), FPX, dan DirectDebit.
Bukan KWSP je tau, korang boleh buat transaksi tanpa tunai yang mudah, pantas dan masa nyata di beberapa agensi kerajaan terpilih, iaitu:
- Jabatan Kastam Diraja M’sia (JKDM)
- Jabatan Imigresen M’sia (JIM)
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Polis Diraja M’sia (PDRM)
- Kementerian Kesihatan M’sia (KKM)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kementerian Perumahan dan K’jaan Tempatan (KPKT)
- Kehakiman (Mahkamah)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)
- Jabatan Insolvensi M’sia (MdI)
- Jabatan Ukur dan Pemetaan M’sia (JUPEM)
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan (PPTG WP)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan
- Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI)
- Hospital UiTM Puncak Alam
Dengan Kempen Cashless Boleh 2 yang berlangsung sehingga 31 Mei 2022, korang hanya perlu berurus niaga atau buat pembayaran tanpa tunai di mana-mana agensi kerajaan terpilih ni sepanjang tempoh kempen untuk layak (auto-masuk) memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 bagi setiap seorang pemenang (seramai 100 orang pemenang akan dipilih sepanjang kempen berlangsung).
Takde jumlah minimum dan korang boleh gunakan salah satu daripada perkhidmatan e-Pembayaran ni, sama ada MyDebit (Kad ATM korang), FPX, JomPAY, DirectDebit, atau DuitNow QR.
Dengan ini korang boleh jimat banyak masa, tak perlu bawa wang tunai dalam jumlah yang banyak, tak perlu risau kena bawa duit syiling yang berat atau wang tunai kecil untuk jumlah bayaran kecil, dan berurus niaga dengan selamat serta direkodkan dalam akaun bank.
Kalau nak tau lebih lanjut tentang kaedah pembayaran tanpa tunai yang ada serta Kempen Cashless Boleh 2 yang sedang berlangsung ni, korang boleh check out laman web PayNet.
MENYATAKAN KEPUTUSAN RETREAT PH DI PD, SALAH SAIFUDDIN NASUTION KAH?
MENYATAKAN KEPUTUSAN RETREAT PH DI PD, SALAH SAIFUDDIN NASUTION
KAH?
Umpama mendapat modal politik terpijak yang ditunggu sekian
lama, akhirnya mereka kutip kenyataan SU Sekretariat PH yang juga SUA Keadilan,
YB Dato Seri Saifuddin Nasution tentang 'khemah besar".
Hakikatnya tiada modal lagi. Mahu tuduh Saifuddin pernah
perlekehkan Presiden, tiada. Mahu serang Saifuddin kerana kecewa dan merajuk
setelah tewas sesuatu pertandingan di dalam parti, pun tiada. Mahu kata
Saifuddin pernah tubuh syarikat meniaga dan rugi, langsung tidak berkaitan.
Paling tidak, modal mereka sebelum ini tuduh Saifuddin 'cabut' ke Indonesia
pada awal tercetusnya reformasi. Modal tersebut tenggelam awal kerana semua
tahu fakta sebenar yang berlaku ketika itu.
Maka, terbaru mereka kutip kenyataan SU Sekretariat PH itu yang
menyatakan PH sentiasa membuka pintu rundingan atau kerjasama dengan
parti-parti selain PH. Sebenarnya, Saifuddin hanya menyatakan keputusan PH yang
diputuskan di Retreat Port Dickson bahawa PH bersedia untuk 'khemah besar"
dengan beberapa syarat yang telah digariskan. Ertikata lain, kerjasama 'khemah
besar' itu bersyarat. Salahkah Saifuddin selaku Setiausaha Sekretariat PH
menyatakan keputusan PH? Bukankah itu tugas beliau? Kenyataannya tiada menambah
dan mengurang dari apa yang diputuskan.
Isu ini timbul kerana pemilihan parti, itu saja. Walhal kita
semua tahu siapa watak-watak yang berunding dengan Mahathir sebelum PRU14 yang
lalu. Bukankah mereka juga membawa tugas yang diamanahkan oleh parti? Mahathir
khianat membantu langkah Sheraton dan kerajaan PH tumbang, wajarkah kita
menyalahkan mereka yang berunding itu? Tidak, kerana bukan salah mereka. Mereka
hanya lakukan apa yang parti arahkan. Begitu juga dengan strategi 'Kajang
Move". Kita tahu sangat watak di dalam plan untuk menggugurkan TSKI sebagai
MB Selangor waktu itu. Berjayakah "Kajang Move"? Gagal, selain dari
TSKI berjaya dijatuhkan, tetapi yang naik adalah Azmin. Apakah menaikkan Azmin
itu hasrat sebenar Keadilan? Oh tidak. Kita tidak menyalahkan pakar strategi
yang gagal waktu itu kerana plan tersebut telah mendapat restu parti. Dia hanya
lakukan tugas.
Begitulah apa yang Saifuddin lakukan sebagai Setiausaha.
Menyatakan apa yang telah diputuskan bersama. Mungkin selepas ini keputusannya
berlainan dan Saifuddin akan menyatakan juga kepada umum.
Serangan kepada Saifuddin dua tiga hari ini amat hambar sekali.
Tidak perlu rasanya SUA Keadilan itu menjawabnya. Serah kepada AJK Ranting
sahaja untuk menjawabnya.
Pemilihan parti bulan depan. Saifuddin Nasution telah umumkan
untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Saya merasakan inilah masa terbaik
untuk mengangkat beliau sebagai TP. Sejak kekosongan TP beberapa
tahun yang lalu, Saifuddin terlalu banyak habiskan masanya untuk memikul tugas
sebagai TP dalam waktu yang sama beliau adalah SU Sekretariat PH dan SUA
Keadilan.
Sehubungan itu, jika jawatan itu perlu diisi melalui pemilihan
parti kali ini, amat sukar untuk difahami jika Saifuddin menolak dari
menawarkan diri bagi menjawat jawatan kedua terbesar di dalam parti tersebut.
Apa yang penting, kalah atau menang, parti harus kita dokong
setiap masa. Kecewa atau putus asa, apatah lagi merajuk, itu tiada dalam kamus
seorang pejuang.
WFAUZDIN NS
Keputusan MoU perlu perbincangan rasmi PM, pimpinan PH, kata DAP

PETALING JAYA: DAP menegaskan sebarang keputusan berkenaan memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) perlu dibincangkan secara rasmi antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan pimpinan tertinggi gabungan itu.
Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook berkata MoU berakhir pada 31 Julai ini adalah persefahaman di antara PH dengan kerajaan pusat, bukannya pucuk pimpinan Umno.
“Justeru itu, pihak kami tidak terikat dengan apa-apa keputusan Majlis Tertinggi Umno,” katanya dalam satu kenyataan.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan pada Khamis mengumumkan bahawa MKT Umno membuat ketetapan bahawa MoU antara kerajaan dan PH tidak akan diteruskan.
Ismail kemudian berkata, kerajaan pimpinannya buat masa ini akan mengikut keputusan MKT Umno itu, tetapi tidak menolak kemungkinan sebarang perubahan boleh berlaku, selepas berakhir Julai nanti.
PH sebelum ini menawar untuk memperbaharui MoU itu dengan syarat Ismail tidak segera mengadakan pilihan raya umum, sesuatu yang dituntut oleh Umno ekoran kemenangan besarnya pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Dalam pada itu, Loke berkata, isu yang paling penting ialah pelaksanaan semua komitmen kerajaan termaktub dalam MoU terutamanya penggubalan Akta Anti Lompat Parti sebelum Parlimen dibubarkan.
Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada 11 Apr lalu ditangguhkan buat kali kedua selepas ia ditangguhkan untuk bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penangguhan itu susulan Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan RUU Anti Lompat Parti.
Beliau berkata, ia dihantar balik untuk kajian lanjut ke atas definisi “lompat parti”.
MARHAEN SENTIASA BERDOA UNTUK ANDA BELLA
HAMZAH RIE NA
Ohhhhh patut larrrr, sokay Bella kami marhaen sentiasa berdoa supaya pendera awak diberi balasan oleh Allah SWT setimpal dengan perbuatan dia terhadap awak.
MENGAPA PARTI KEADILAN PERLU CEPAT MENGAKU KALAH?
Suatu
kritikan terhadap pemimpin-pemimpin muda
Dalam satu
dua hari ini, saya berasa lemah semangat. Seorang demi seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (Keadilan)
bercakap bahawa Keadilan akan kalah dalam PRU15 akan datang. PH juga akan
kalah, kata mereka.
Pemimpin-pemimpin
muda Keadilan ini berhujah menggunakan data dan fakta yang disokong dengan
simulasi dan Artificial Inteligence meramalkan Keadilan akan tewas. Keadilan
mungkin hanyut dalam pilihanraya umum beberapa bulan ini, ujar mereka lagi.
Saya tidak
takut kalah. Tetapi sedih dan hampir patah hati. Ini bukan pemimpin Keadilan
yang saya kenal selama ini.
Saya bukan
budak-budak yang taksub dengan “battle
cry” “lawan tetap lawan”; “membujur lalu melintang patah”, “we never
surrender”. Namun begitu, saya menghayati slogan perjuangan tersebut. Ia bukan
kosong.
Pemimpin-pemimpin
muda sekarang ini dalam Keadilan yang melemahkan semangat kami anggota-anggota parti. Mereka ini saya
baru kenal, dalam beberapa tahun ini. Tetapi saya kenal tokoh reformasi yang
bernama Anwar Ibrahim sejak tahun 1971, kira-kira 51 tahun yang lalu. Lebih
setengah abad, sejak kami muda di zaman mahasiswa universiti. Pelik,
pemimpin-pemimpin muda sekarang yang sudah jadi ahli parlimen dan ahli Dewan
Undangan Negeri bercakap soal kalah dan tewas tetapi anggota-anggota biasa dan
para aktivis di bawah sana masih kekal menjerit, "reformasi!
reformasi!"
Sejak kalah
di beberapa piliharaya negeri, bermula Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor,saya
melihat ada di kalangan pemimpin-pemimpin muda parti yang menganggap Anwar
Ibrahim tidak lagi relevan. Tidak ada siapa nampaknya dalam Parti Keadilan
sekarang yang tampil kedepan berani mempertahankan Anwar. Pemimpin-pemimpin
muda keadilan sibuk mengatur papan dan "cai" masinh-masing.
Sedih
melihat pemimpin-pemimpin muda Parti Keadilan yang jadi YB-YB selesa
memberi “walk-over” kepada Umno/BN dalam
tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang sebab data-data, statistik, simulasi
dan survey menunjukkan Keadilan akan kalah. Mereka lebih percaya kepada angka daripada
azam manusia. Mereka patut membaca sajak Said Zahari yang berjodol
"AZAM" yang ditulisnya dari dalam penjara ketika merengkok selama 16
tahun di Penjara Changi Singapura semasa pemerintahan kuku besi Lee Kuan Yew.
Pemimpin-pemimpin muda Keadilan yang kini jadi wakil-wakil rakyat yang selesa
itu patut memiliki antologi "Puisi Dari Penjara" karya Said Zahari.
Sepatutnya
pemimpin-pemimpin muda Keadilan yang berpelajaran tinggi, setengahnya dari
oversea, jadi vanguard di baris hadapan Keadilan dalam menghadap medan tempur.
Buanglah bendera-bendera putih itu sekarang.
Sekarang
saya lihat di kalangan pemimpin-pemimpin muda kelas elitis yang terdiri
daripada YB-YB semakin tipis dan sunyi suara-suara mereka yang berani bercakap
lagi tentang Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri Keadilan/PH dalam pilihanraya
akan datang. Semakin ramai di kalangan anggota Parti Keadilan sendiri yang
tidak yakin pada Presidennya sendiri. Mereka sibuk bersiap-siap untuk
mengambilalih tempat Anwar Ibrahim.
Inilah
kesannya kalau pemimpin-pemimpin muda terlalu taksub pada survey, data dan
statistik serta simulasi serta Artificial Inteligence.
Perjuangan
politik ini tidak hanya bergantung pada survey, statistik dan data. Benar,
survey, statistik dan data itu penting dalam pilihanraya. Tetapi ingat Parti
Keadilan Rakyat ini adalah sebuah parti perjuangan. Ia sebuah pergerakan
rakyat. “Core business” Parti Keadilan bukan setakat memenangi pilihanraya.
Rakyat
sekarang susah sengsara. Negara sedang menuju malapetakan kebangkrapan angkara
rasuah dan penyelewengan kewangan. Rakyat tak mampu beli makanan yang semakin
hari semakin mahal harganya. Kerana itu bolehkah Parti Keadilan kena tunggu dua
kali pusingan pilihanraya umum lagi baru boleh bercakap untuk berkuasa di
Putrajaya?
Perjuangan
Parti Keadilan ialah mengangkat wadah reformasi. Wadah perjuangan rakyat. Biar
kalah bagaimanapun, semangat perjuangan tetap membara dan mesti sentiasa
menyala.
Inilah
kelebihan Parti Keadilan. Ketika ini Parti ini dipimpin oleh Presidennya yang
tabah, cekal dan tabah. Jangan dicurah air sejuk kepada semangat anggota parti
yang ingin berjuang menentang segala bentuk ketidakadilan, pancaroba dan
dugaan.
Jangan
bercakap soal kalah. Saya sebagai seorang ahli politik kecilan di peringkat
bawah ini, yang daif berkali-kali menghadapi kekalahan dalam pilihanraya, tidak
pernah putus semangat dan mengibarkan bendera putih.
Saya
menyertai Parti Keadilan Rakyat kerana semangat perjuangan pemimpin-pemimpinnya
yang kental.
Setakat ini
saya melihat Anwar Ibrahim telah menang bertanding sebagai Presiden Keadilan
tanpa dicabar. Ia menunjukkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim di dalam parti
tidak berbelah bahagi. Anggota parti parti padu menyokong Anwar Ibrahim.
Tetapi kalau
ramai pemimpin-pemimpin muda Keadilan berpangkat YB-YB kelas tinggi sudah segan silu menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim
sebagai calon Perdana Menteri Keadilan/PH dalam Pilihanraya Umum-15, biarlah
saya yang tua muka tebal tak tahu malu
ini tetap menyuarakan Presiden Parti Keadilan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
Saya tidak
malu bercakap bahawa saya ingin melihat sahabat seangkatan saya sejak muda,
individu bernama Anwar Ibrahim yang saya percayai akan menjadi Perdana Menteri
Malaysia satu hari nanti. Jika saya gembira rakan serumah saya Ismail Sabri
Yaakob, semasa muda-muda dulu, menjadi Perdana Menteri sekarang maka mengapa
saya tidak boleh memasang impian melihat giliran Anwar Ibrahim pula menjadi
Perdana Menteri?
Banyak kali
saya telah cakap, dan saya ulangi lagi bahawa saya bukan macai atau pentaksub
kepada Anwar Ibrahim. Tetapi tokoh ini saja yang saya percaya boleh memimpin
kita menghadapi Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.
Kalau kerana
itu kita dituduh terlalu taksub dengan merebut kuasa, saya tidak apologetik. Saya kata
"Ya" perjuangan politik Parti Keadilan ialah untuk merebut kuasa di
Putrajaya. Kita berkuasa untuk menyelamatkan Malaysia yang punah rosak sekarang
ini. Parti keadilan adalah sebuah wadah perjuangan.
Saya mohon
kepada anggota dan para pemimpin Keadilan sendiri, bukan dari parti-parti lain
dalam PH atau di luar PH, tetapi anggota dan pemimpin Keadilan sendiri,
terutama pemimpin-pemimpin muda supaya memberi sokongan teguh kepada Anwar
Ibrahim untuk beliau sekali lagi memimpin kita dalam pilihanraya umum. Kali
inilah, mungkin kali terakhir kita bersama pemimpin kita Anwar Ibrahim, kita
bersama-sama laksanakan cogan kata “lawan tetap lawan”, “membujur lalu
melintang patah” dan “We never surrender” dalam menghadapi PRU-15 akan datang.
Kalau, dan
kalau sekiranya dalam Pilihanraya Umum ke-15 akan datang, Parti Keadilan Rakyat
kalah juga, dan kalah teruk pula, maka
saya berjanji, saya akan menasihati Anwar Ibrahim supaya beliau berundur dari
memimpin parti. Kalau ketika itu Anwar Ibrahim enggan berundur, degil dan liat
melepaskan jawatannya, maka saya yang daif dan kecil ini akan mencabar Anwar
Ibrahim bagi jawatan Presiden Parti dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat
selepas PRU-15 nanti, itupun kalau saya masih bernyawa.
Tetapi buat
masa yang penting dan genting kini, bulatkanlah tekad kita bersama Presiden
kita Anwar Ibrahim menghadapi pilihanraya umum yang bakal tiba beberapa bulan
sahaja lagi dengan azam yang penuh semangat dan berani. Buang dari minda kita
sebarang lintasan fikiran mengaku kalah dan menyerah.
Kita ulang
sekali lagi di sini, cogankata perjuangan Parti Keadilan, “Kita Berani
Berjuang, maka Kita Berani Menang!”
Hassan Abdul
Karim
Ahli
Parlimen Pasir Gudang
15 April
2022 (Jumaat)
CALON PKR CABANG TEMERLOH BERWIBAWA DAN AHLI MASYARAKAT
Rosli Golf: Nama : Rosli bin Ismail @ Ahmad
Tarikh Lahir : 29 Mac 1960
Tempat Lahir : Kg Batu Kapor, Mentakab Pahang.
Status : Berkahwin
Bil anak : 2 lelaki, 2 perempuan.
Alamat : 23 Jalan Ketapang, Taman Rimba, 28400 Mentakab.
Latar Belakang Pendidikan :
Sek Keb Batu Kapor, Mentakab 1967 /72
Sek Men Keb Mentakab 1973/76
Sek Men Teknik Johor Bahru, Johor 1977/78
Diploma Pertanian, Universiti Pertanian Serdang Selangor 1979/83.
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor
Pasukan PALAPES ATM/UPM - Lt Muda 1983






