RAFIZI BENTANG HALA TUJU, UMUM CAI UNTUK HADAPI PEMILIHAN PKR

 

Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan kanan KEADILAN bagi sesi 2022 ke 2025.

Saya mengajak seberapa ramai anggota KEADILAN yang belum mendaftar sebagai Pengundi Atas Talian (PAT) untuk berbuat segera sebelum tarikh tutup pada 21 April 2022 ini. Muat turun aplikasi ADIL di Apple, Google dan Huawei secepat mungkin.

Penyertaan seberapa ramai anggota KEADILAN biasa sebagai PAT dalam pemilihan ini adalah sangat penting untuk mengurangkan pengaruh sekelompok tokoh tempatan (sering dirujuk sebagai “warlords”) yang banyak mempengaruhi pemilihan lepas. Sebelum ini, calon-calon di peringkat pusat terpaksa tawar-menawar dengan tokoh-tokoh tempatan ini supaya mereka menggerakkan pengikut mereka menyokong calon tertentu.

Adalah menjadi harapan saya, bermula dengan pemilihan kali ini, setiap anggota KEADILAN memilih pimpinan berdasarkan penilaian peribadi mengikut prestasi dan pendirian seseorang calon.

Melalui sistem undian atas talian menggunakan aplikasi, kuasa untuk memilih pimpinan dikembalikan kepada setiap anggota biasa dan seterusnya mengurangkan pengaruh “warlords” di dalam parti.

Oleh itu, demi memudahkan setiap anggota KEADILAN membuat keputusan, saya menyeru semua calon-calon yang bertanding kali ini untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai dua perkara penting:

1. Hala tuju parti untuk tempoh setahun ke tiga tahun akan datang, terutamanya berhubung strategi masuk pilihanraya; dan

2. Bentuk dan sumbangan gerak kerja setiap calon yang boleh melonjakkan peluang KEADILAN menang dalam pilihanraya yang akan datang.

Pemilihan kali ini sewajarnya tidak dicemarkan dengan emosi, serangan peribadi atau kempen yang bersandarkan “wahyu”.

Saya sedar ada calon-calon yang menyebarkan konon mereka menjadi pilihan Presiden parti dan memberi gambaran jika tidak mengundi mereka, itu tidak setia kepada “institusi presiden”.

Kempen sebegini wajar dihentikan serta-merta. Hak untuk memilih pemimpin adalah hak individu setiap anggota.

Pencapaian seorang calon seharusnya didasarkan semata-mata kepada rekod pendiriannya yang sehaluan dengan perjuangan parti, serta kemampuan calon itu menggerakkan kempen dan gerak kerja untuk melonjakkan kedudukan parti di mata rakyat.

Berikut adalah pendirian saya mengenai dua perkara utama yang saya fikir perlu dijadikan kayu ukur untuk anggota memilih:

(1) Hala tuju parti – Saya menggesa supaya KEADILAN kembali kepada strategi asal yang telah memenangkan kita sebelum ini, iaitu meyakini rakyat. Kita mesti yakin bahawa apabila kita mengangkat suara rakyat, rakyat akan menghormati kita.

Oleh itu, saya menolak sebarang usaha untuk mencari jalan singkat (sama ada melalui kerjasama politik, rundingan atau jajaran baru, di bawah apa-apa nama seperti “khemah besar”) dengan mana-mana pihak yang boleh melunturkan idealisme KEADILAN.

Saya yakin bahawa kuasa dan pengaruh kita datangnya dari rakyat, maka kita wajib akur dengan kehendak rakyat sepanjang masa.

(2) Strategi gerak kerja – Saya menggesa supaya KEADILAN kembali kepada gerak kerja sebelum ini yang berbentuk serampang dua mata.

Pertama, kita perlu agresif dalam melawan rasuah dan kelemahan pentadbiran kerajaan.

Kedua, kita perlu kreatif dalam mengupas masalah masyarakat dan membentangkan penyelesaian alternatif untuk meyakinkan rakyat bahawa kita boleh mentadbir dengan lebih cekap, jujur dan berkesan.

Atas dua pendekatan inilah, saya dan sahabat-sahabat yang sependapat bersetuju supaya:

i. Saudari Nurul Izzah Anwar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kempen Ayuh Malaysia untuk memenangi pengundi atas pagar di luar parti, sementara kami membawa perubahan pendekatan di dalam parti. Saya bertanggungjawab memastikan kempen kami di dalam parti ada keserasian dengan kempen Ayuh Malaysia dengan pengundi.

ii. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Haron bertanding jawatan Naib Presiden bersama-sama kami atas kebolehan beliau mendekati pengundi atas pagar dan prestasinya sebagai satu-satunya Menteri Besar Pakatan Harapan (yang menang selepas 2018) yang mampu mempertahankan negeri dari dikhianati.

iii. Tokoh-tokoh muda yang progresif iaitu Saudara Nik Nazmi, Saudara Chang Lih Kang dan Saudara Manivannan Govin bertanding sebagai calon Naib Presiden untuk menampilkan pimpinan yang agresif dan kreatif dalam melonjakkan parti.

iv. Gandingan Saudari Rodziah Ismail dan Saudara Fahmi Zainol digandingkan masing-masing sebagai calon Ketua Wanita dan Ketua Angkatan Muda atas rekod mereka yang panjang sehingga mahir dan sebati dengan organisasi Wanita dan Angkatan Muda.

Kami merupakan barisan pimpinan KEADILAN yang meyakini rakyat. Kami tidak percaya kepada sebarang strategi yang dirunding di bilik tertutup di kalangan bangsawan-bangsawan politik.

Kami yakin dengan kebijaksanaan rakyat yang akan memberi kemenangan kepada KEADILAN jika kita benar-benar berjuang untuk mereka.

Sudah sampai masanya untuk calon-calon lain, iaitu saingan saya Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail dan calon-calon jawatan tertinggi yang lain memberi penjelasan mengenai pendirian mereka berkenaan dua perkara yang saya sebut sebelum ini.

Pemilihan kali ini akan menjadi pungutan suara (“referendum”) di kalangan anggota biasa KEADILAN untuk memutuskan sama ada beberapa kelompok yang terus mahu merundingkan pelbagai kerjasama dengan parti-parti lawan ini benar-benar ada mandat dari anggota parti.

RAFIZI RAMLI

12 April 2022.



IDEA BODO SIAPA LA BAGI BALIK DUIT..GAMAKNYA BAGI DUIT BALIK BOLEH LEPAS KE ?

ZYN AL SHAHAB


 Idea bodoh siapa nk terima balik wang yg dicuri dari 1MDB? Nak kawtim ker?

Charge syubahat kerana melindungi jenayah yg diketahui sedangkan dia seorang professional yg cukup faham salah laku jenayah telah terjadi!
Kenapa x rampas property? Berapa nilai property itu sekarang? Sepatutnya rampas mana yang lebih tinggi samada pulangkan balik 10 juta USD atau rampas semua hasil jualan property .
Berapa kerugian potensi pendapatan dari keuntungan dana tersebut jika diuruskan dengan betul?
May be an image of 1 person and text that says "astro AMANI Astro AWANI 3h Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula wang AS$ AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner kepadanya. Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com #AWANInews 13 APRIL 2022 astro AWANI TERKINI Datuk Rohana Rozhan setuju pulangkan aset berkaitan kes 1MDB"

BIAR BETUL...SETAHU AKU NAJIB YANG BELAH KENA DENGAN WARTAWAN AL JAZEERA...TAK KAN LAH ANWAR NAK CABUT...PAYAH PAYAH KAU JA DEBAT DENGAN RAFIZI ?

 

Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil

Hasimi Muhamad
Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil
Isham berkata kem Najib tidak mempunyai sebarang masalah, namun dia berpandangan waktu yang sesuai untuk berdebat adalah selepas bulan Ramadan - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menyindir Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana "tidak menyempat-nyempat" untuk mengadakan debat bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu kewangan Sapura Energy Berhad (SEB).
Isham dalam hantaran di laman Facebook berkata, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seharusnya menghormati bulan Ramadan, dan memberi laluan untuk melakukan amal ibadah berbanding mengutamakan debat.
"Janganlah tak menyempat-nyempat, Anwar. Tahulah awak baru menang (jawatan) Presiden tanpa bertanding.
"Kurangkan berkepak bulan Ramadan ini," tulisnya dalam hantaran tersebut pada Isnin.
Mengulas lanjut mengenai hasrat PKR mahu menyegerakan sesi debat itu, Isham berkata kem Najib tidak mempunyai sebarang masalah, namun dia berpandangan waktu yang sesuai adalah selepas bulan Ramadan.
"Saya kata, tunggulah dulu sekejap, bulan-bulan puasa ini orang mahu tumpukan kepada ibadat, bukan berdebat.
"Kita tiada masalah kalau Anwar nak berdebat malam ini sekali pun, tetapi hormatilah orang-orang yang berpuasa dan bersolat tarawih beberapa minggu ini sahaja pun.
"Takkan nak mula debat semasa berpuasa atau selepas tarawih dan habis tengah-tengah malam? Lepas habis bulan puasa, kita debatlah sepuas hati," tambahnya.
Sementara itu dalam hantaran hari ini pula, Isham mendakwa penyelaras debat bagi kem Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil telah bersetuju untuk mengadakan debat selepas bulan puasa.
"Saya ada jumpa YB Fahmi Fadzil minggu lepas untuk bincang berkenaan debat Najib-Anwar.
"Dalam perjumpaan itu, dia setuju untuk buat debat selepas raya, dan dia kata minggu kedua atau ketiga pun sesuai.
"Namun semalam dia kata kepada media bahawa dia dan PKR tidak setuju pula debat selepas raya. Apa punya pusing orang PKR ini. Bulan puasa pun nak sembang. Bulan-bulan puasa ini tak baik menipu, YB," sindirnya lagi.
Memetik laporan media, Anwar yang juga Ketua Pembangkang memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyelaras dan memperincikan tarikh serta masa untuk mengadakan debat khas bersama Najib.
Fahmi pula seperti dilapor Malaysiakini mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan Isham hari ini bagi menyelesaikan masalah berhubung perdebatan itu.
Pada Isnin, Anwar menyatakan kesediaannya untuk berdepan dan berdebat dengan Ahli Parlimen Pekan mengenai isu kewangan SEB yang merupakan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia.
Kenyataan itu dibuat selepas Najib dilaporkan berkata, bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi Ramli, tetapi ia perlu turut melibatkan Anwar.
Susulan itu, tiga media terkemuka negara - Sinar Harian, Astro AWANI dan Sin Chew Daily sedia menjalin kerjasama untuk membawakan debat itu kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi pelbagai platform.


Azmin menang rayuan batal saman pengundi Gombak.Kali ni kita bagi dia menang. Kita buat cara lain pula .

 

Pengundi mendakwa Azmin Ali melanggar kewajipan fidusiari sebagai ahli Parlimen mereka susulan Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.

PUTRAJAYA: Menteri Kanan Azmin Ali berjaya dalam rayuannya untuk membatalkan saman difailkan 10 pengundi di Parlimen Gombak atas dakwaan melanggar kewajipan fidusiari.

Panel Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Yaacob Md Sam membenarkan permohonan Azmin untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan daripada peguamnya Nizamuddin Abdul hamid dan peguam mewakili pengundi, K Shanmuga ketika prosiding secara dalam talian.

“Kami berpandangan bahawa terdapat kesilapan yang boleh dirayu yang memerlukan campur tangan rayuan.

“Berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan, kami mendapati bahawa tindakan responden (pengundi) jelas tidak boleh dipertahankan dan pasti gagal. Tidak ada keperluan untuk saman ini menjalani perbicaraan penuh,” katanya.

Hakim lain yang mendengar rayuan itu ialah Lee Heng Cheong dan Hashim Hamzah.

Mahkamah tidak mengeluarkan perintah untuk kos.

Awal tahun ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Azmin untuk membatalkan saman difailkan 10 pengundi di kawasan Parlimen Gombak terhadapnya kerana didakwa melanggar kewajipan fidusiari.

Mahkamah turut menetapkan 7 hingga 10 Jun untuk mendengar kes itu.

Dalam tuntutan mereka, pengundi mendakwa Azmin membuat representasi bahawa dia bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) 2018 untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN) dan “membebaskan Malaysia daripada pegawai rasuah”.

Mereka berkata, ketika kempen pilihan raya, Azmin memberitahu pengundinya untuk “mengundi PKR bagi memastikan kerajaan yang cekap dan stabil”.

“Representasi itu semata-mata untuk menipu pengundi menyokong dan mengundi beliau (supaya) beliau boleh menjadi ahli Parlimen,” kata mereka.

Mereka juga berkata, Azmin menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020 dan menyertai pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai BN serta orang yang “dituduh mengamalkan rasuah” seperti diakui sendiri oleh Azmin.

Ketika ini, Azmin merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri dalam Jemaah Menteri pimpinan Ismail Sabri Yaakob. Beliau juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.


 


JKR bangga serah jeti kayu ‘harga kayangan’ bernilai RM50,000 kepada penduduk kampung

JKR bangga serah jeti kayu ‘harga kayangan’ bernilai RM50,000 kepada penduduk kampung


Tular di media sosial gambar projek jeti kayu yang telah siap dibina di Kampung Mutap, Miri, Sarawak dikatakan menelan kos pembinaan sebanyak RM50,000, mengundang tanda tanya netizen.

Menurut laman Facebook Corporate Communication JKR Sarawak, jeti yang asal dikatakan sudah lama dan rosak serta tidak dapat digunakan lagi.

Projek bernilai RM50,000 tersebut kemudian diberikan kepada Bukit Balat Company untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan bermula dari 7 Mac hingga 6 Jun 2022.

Tetapi, jeti berukuran 15 meter panjang tersebut berjaya disiapkan dalam masa sebulan, iaitu pada 1 April 2022.Difahamkan jeti tersebut sering digunakan oleh penduduk kampung untuk menjalankan aktiviti harian, selain sebagai laluan alternatif ke Pasar Bekenu. 


Bagaimanapun, ada netizen yang tampil mempertikaikan jumlah kos projek tersebut yang dianggap tidak masuk akal, apatah lagi dengan hasil binaanya hanya sekadar jeti kosong begitu sahaja.

“Mengarutnya bajet. Jeti macam tu RM50,000? Kenapa tak buat jeti guna simen dan besi terus? Pastu boleh lebarkan lagi keluasan jeti. Ini jeti ke jambatan? Alahai,” kata Suriani.

“Tahniah JKR, hebat sangat projek seliaan kali ini. Boleh masuk rekod dunia ni. Teramat cantik sekali, tahniah sekali lagi JKR. Mohon perbanyakan projek seliaan sebegini ya. Rakyat dah teruja sangat ni,” kata Ernest.

“Semoga orang-orang dalam badan kerajaan yang tidak amanah digantikan dengan manusia-manusia yang lebih berakal dan berakhlak mulia. Amin yra,: kata Syuhada.

“Semoga Allahj terima segala dosa-dosa subcon dan JKR dan dipermudahkan segala seksaan api neraka,” kata Adi Mang.

Tidak kurang juga ada netizen yang mengatakan, kos pembinaan jeti itu relevan berikutan harga kayu juga adalah masalah.

“RM50,000 rasanya okay tu sebab kayu mahal. Tak kiralah kayu biasa pun mahal, apatah lagi kalau kayu belian. Beli barang dan upah pekerja, rasanya cukup tu. Yang netizen tak pernah kerja bahagian pertukangan kayu ini lebih baik diam-diam saja. Syukurlah sudah ada jeti daripada tiada. Bulan puasa ni, kurangkanlah merapu ye,” kata Muajir.


Rohana setuju pulangkan USD10 juta wang 1MDB, kata laporan.Banyak duit siman ya...

 


Rohana Rozhan sebelum ini disiasat SPRM susulan pendedahan bekas ketua operasi Asia Tenggara Goldman Sachs, Tim Leissner dalam kes 1MDB di Mahkamah New York.

PETALING JAYA: Bekas ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan yang dikatakan menjalin hubungan dengan Tim Leissner, secara dasarnya bersetuju menyerahkan semula wang USD10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc itu.

Utusan Malaysia yang memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan, agensi itu kini giat mendapatkan wang terbabit selepas Rohana bersetuju menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Proses mendapatkan aset berkenaan giat dilakukan SPRM ketika ini,” kata sumber itu semalam.

Ketika memberi keterangan di mahkamah di New York, Leissner yang juga saksi pendakwa berkata, dia memberi Rohana USD10 juta dan wanita itu membeli rumah bernilai USD7 juta di Montpelier Street, London.

Siasatan ke atas 1MDB, yang dianggap skandal kewa­ngan terbesar di dunia, menyaksikan berbilion dolar dana agensi itu diseleweng oleh pelbagai pihak.

Keterangan Leissner dalam perbicaraan kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat (AS) itu mendorong SPRM mengambil keterangan daripada Rohana, Februari lalu.

Rohana sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa dan SPRM dalam siasatan kes itu.

SPRM memaklumkan bahawa kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Isu berkaitan rumah di London dan nama Rohana disebut oleh Leissner yang mendakwa mereka mempunyai hubungan sejak 2003 hingga 2013 dan berakhir apabila dia berkahwin dengan selebriti Kimora Lee.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terbabit dalam pelanggaran undang-undang anti-rasuah AS dan konspirasi pengubahan wang.


Roger Ng dibukti bersalah, mengapa rakyat masih puja Najib?

 




Keputusan Mahkamah Daerah Timur New York, Amerika Syarikat (AS) yang mendapati pegawai kewangan Goldman Sachs, Roger Ng bersalah dalam menggelapkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya membuka mata dan minda rakyat Malaysia terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak yang didakwa turut terlibat.


Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, keterangan bersumpah di dalam mahkamah di AS daripada Roger Ng dan ketuanya Tim Leissner telah mengaitkan Jho Low dan Najib dalam skandal kewangan melibatkan negara terbesar di dunia itu.


"Saya hanya akan berkata, satu dunia sudah tahu tahu kes ini dan mahkamah di AS serta peguam-peguam dari luar negara juga telah mengambil bahagian dan mendakwa mereka yang terlibat


"Tetapi di Malaysia berbeza apabila mereka yang mencuri wang rakyat dan terlibat dalam kes ini bebas ke hulu ke hilir tanpa rasa malu. Malah mereka yang terlibat dan dikdakwa ini seolah-olah tidak bersalah pula.


"Dalam hal ini, saya nak tanya kepada masyarakat kita mengapa mereka sanjung dan beri penghormatan kepada Najib Razak dan mereka yang lain turut terlibat? Adakah masyarakat kita sedar siapa yang bersalah dan tidak?" soalnya.


Justeru, William yang juga seorang peguam korporat terkenal berkata, Najib selepas ini sudah tidak punya hujah lagi untuk mengatakan kes 1MDB yang melibatkan beliau sebagai fitnah pembangkang dengan pembuktian dan keputusan di mahkamah AS itu.


"Bukti sudah ada. Dan kes ini telah dibuktikan di mahkamah oleh agensi yang berintegriti yang tidak ada unsur politik. Dan mereka mengikut landasan undang-undang yang betul.


"Najib nak membela diri macam mana lagi kerana sudah jelas beliau terlibat. Masyarakat nak percaya agensi berintegriti ini atau mereka yang bersalah," katanya lagi.


Jumaat lalu, juri Mahkamah Daerah Amerika Syarikat menyabitkan kesalahan ke atas Roger Ng atas tuduhan rasuah berkaitan peranannya bersekongkol mencuri ratusan juta dolar daripada dana 1MDB


Roger didapati membantu bekas bosnya Tim Leissner menggelapkan wang daripada dana itu, pengubahan wang dan merasuah pegawai untuk mendapatkan perniagaan untuk Goldman Sachs.


Hakim daerah AS Margo Brodie kemudian memerintahkan Ng dikenakan perintah berkurung sementara menunggu hukuman, tetapi berkata dia tidak mengkategorikan Ng sebagai individu sebagai berisiko melarikan diri.

 



Wahyu boleh dengar tapi jangan pakai semua - Anwar

 

Sinar Harian
Wahyu boleh dengar tapi jangan pakai semua - Anwar
ANWAR: Mana boleh maki hamun, rendahkan darjat orang, hina kelompok-kelompok lain. - Gambar fail
SHAH ALAM: "Wahyu boleh dengar tapi jangan pakai semua."
Itu peringatan yang diberikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli parti itu sempena musim pemilihan PKR kali ini.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara itu adalah salah satu prinsip dan tunjang yang tidak boleh dilanggar.
"Mana boleh maki hamun, rendahkan darjat orang, hina kelompok-kelompok lain dan hidupkan balik fahaman-fahaman kabilah tak tentu arah.
"Jadi itulah yang penting, kalau nak hidupkan semangat murni reformasi yang semua suarakan maka kita kena balik kepada pangkal," katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Twitter beliau malam tadi.
Pada Selasa, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan semua pihak yang bertanding dalam pemilihan parti itu pada Mei ini agar jangan berkempen menggunakan alasan wahyu Presiden parti.
Beliau mendakwa terdapat calon tertentu yang mendakwa mereka merupakan calon pilihan Anwar.
"Pemilihan kali ini sewajarnya tidak dicemarkan dengan emosi, serangan peribadi atau kempen yang bersandarkan wahyu.
"Saya sedar ada calon yang menyebarkan kononnya mereka menjadi pilihan Presiden parti dan memberi gambaran jika tidak mengundi mereka, itu tidak setia kepada 'Institusi Presiden'," ujarnya.
Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, ahli parti juga perlu ada niat dan semangat untuk menghidupkan parti yang menghormati prinsip jemaah.
"Parti ini tidak tegak kerana Anwar. Parti ini tegak kerana cita-cita murni kita bersama dan kalau ada sedikit hasilnya, ialah kerana jenteranya kuat termasuk mereka yang (berjuang) di jalanan.
"Ada otai-otai reformasi yang tak dikenali, tidak ada upaya dari segi kewangan atau kedudukan, yang tidak pernah masuk media, (tapi) orang-orang ini ada saham (sumbangan) masing-masing," katanya.

Pemilihan PKR: Rafizi mahu Saifuddin dan calon jawatan tertinggi lain jelas pendirian


Astro Awani
Pemilihan PKR: Rafizi mahu Saifuddin dan calon jawatan tertinggi lain jelas pendirian
Rafizi dan rakan seperjuangannya tidak percaya kepada sebarang strategi yang dirunding di bilik tertutup dalam kalangan bangsawan politik. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menegaskan, sudah sampai masa untuk pencabarnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan calon-calon jawatan tertinggi lain menjelaskan pendirian mereka mengenai hala tuju parti serta sumbangan gerak kerja untuk menang pada pilihan raya akan datang.
Beliau dan rakan seperjuangan yang sependapat tidak percaya kepada sebarang strategi yang dirunding di bilik tertutup dalam kalangan bangsawan-bangsawan politik.
"Kami merupakan barisan pimpinan Keadilan yang meyakini rakyat. Kami tidak percaya kepada sebarang strategi yang dirunding di bilik tertutup di kalangan bangsawan-bangsawan politik.
"Kami yakin dengan kebijaksanaan rakyat yang akan memberi kemenangan kepada Keadilan jika kita benar-benar berjuang untuk mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Malah katanya, pemilihan kali ini sewajarnya tidak dicemarkan dengan emosi, serangan peribadi atau kempen yang bersandarkan 'wahyu'.
"Saya sedar ada calon-calon yang menyebarkan konon mereka menjadi pilihan presiden parti dan memberi gambaran jika tidak mengundi mereka, itu tidak setia kepada 'institusi presiden'.
"Kempen sebegini wajar dihentikan serta-merta. Hak untuk memilih pemimpin adalah hak individu setiap anggota.
"Pencapaian seorang calon seharusnya didasarkan semata-mata kepada rekod pendiriannya yang sehaluan dengan perjuangan parti, serta kemampuan calon itu menggerakkan kempen dan gerak kerja untuk melonjakkan kedudukan parti di mata rakyat," tambahnya.
Ujarnya lagi, pemilihan kali ini akan menjadi pungutan suara dalam kalangan anggota biasa PKR untuk memutuskan sama ada beberapa kelompok yang terus mahu merundingkan pelbagai kerjasama dengan parti-parti lawan ini benar-benar ada mandat dari anggota parti.
Kenyataan Rafizi itu turut menyebut pasukannya yang antara lain terdiri daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Haron, dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 bermula pada 8 April dan berakhir semalam, melibatkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara, manakala bagi jawatan utama tertinggi parti pula berlangsung hari ini.
Buat julung-julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal pada 28 Februari lalu.
Proses pengundian bagi pemilih dalam talian ialah dari 18 hingga 20 Mei, manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei.

6 TAHUN UNTUK 6 ORANG...

 

Langgar mati lapan remaja basikal lajak: Kerani dipenjara enam tahun, denda RM6,000


Astro Awani
Langgar mati lapan remaja basikal lajak: Kerani dipenjara enam tahun, denda RM6,000
Sam Ke Ting didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lepas. --fotoBERNAMA
JOHOR BHARU: Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 ke atas seorang kerani wanita, susulan kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.
Ini sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu, yang mengekalkan keputusan untuk membebaskan terduduh, Sam Ke Ting, 27 tahun, daripada tuduhan terbabit

Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun, berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika membacakan keputusan rayuan kes berkenaan.
Abu Bakar berkata, pelbagai faktor diambil kira termasuk kepentingan awam serta hujahan pihak berkaitan dalam rayuan tersebut.
"Perbuatan responden yang memandu cara melulu atau berbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan nyawa. Kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.
"Mahkamah turut menimbangkan kesalahan yang dilakukan responden adalah kes yang tinggi di Johor dengan statistik menunjukkan kes kemalangan maut antara 2011 hingga 2021 berjumlah 10,297 kematian," katanya.
Prosiding rayuan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.
Sementara Sam diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar.
Responden turut gagal menangguhkan hukuman penjaranya, apabila Hakim memerintahkan dia dipenjara mulai Rabu selagi tiada kebenaran Mahkamah Tinggi untuk rayuan penangguhan dibuat.
[TERKINI] Sam Ke Ting dihukum enam tahun penjara
Abu Bakar berkata, pendakwaan telah berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.
Katanya, mahkamah bicara juga terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan di akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.
"Responden dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri, namun versi ini tidak pernah ditimbulkan responden semasa kes pendakwaan.
"Oleh itu, mahkamah ini mengenepikan keputusan mahkamah bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan. Mahkamah memutuskan responden bersalah dan disabitkan atas pertuduhan itu," tambahnya.
Berdasarkan pertuduhan, Sam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.
Mangsa ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 tahun; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14 tahun; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16 tahun; Fauzan Halmijan, 13 tahun; Mohamad Azhar Amir, 16 tahun; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 tahun; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 tahun; dan Haizad Kasrin, 16 tahun.

KEH..KEH...APA PUNYA MANGKAQ...