Isu beg sekolah berat: Kementerian perlu rombak sukatan pelajaran




 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa prihatin kepada luahan ibu bapa dan NGO yang mengutarakan isu beg sekolah pelajar berat dan berisiko memberi masalah kepada tubuh badan mereka, terutama murid murid sekolah rendah.

Menurut Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH), isu beg murid berat itu yang dibangkitkan sebulan lalu perlu dijawab segera oleh KPM.

"Meskipun banyak pihak termasuk pakar-pakar pendidikan dan kesihatan yang memberi pandangan dan cadangan agar langkah segera diambil oleh KPM, malangnya KPM masih belum mengambil sebarang tindakan.

"JKPPH mengambil berat isu ini kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada murid-murid dalam jangka masa panjang seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar-pakar kesihatan," kata jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, JKPPH mencadangkan KPM melaksanakan langkah segera bagi mengatasi masalah berkenaan seperti merombak sukatan pelajaran agar lebih mesra pendigitalan bagi meminimumkan penggunaan buku teks fizikal.

"Buku juga perlu lebih banyak dalam bentuk digital atau e-book untuk semua peringkat.

"Memudahkan urusan mengakses buku teks digital yang digunakan oleh murid-murid termasuk di kawasan luar bandar.

"Juga Kementerian perlu memberikan kuasa autonomi kepada sekolah dan PIBG bagi berbincang dan membuat keputusan kaedah pembelajaran yang sesuai mengikut keperluan masing-masing," kata mereka lagi.

Justeru, JKPPH berharap cadangan berkenaan akan dipertimbangkan oleh pihak KPM dan menggesa Kementerian bertindak segera menjelang pembukaan sekolah sesi 2022/2023.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi JK Pendidikan Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN), Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH), Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP), Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN), Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP), Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN) dan Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP).

 

KITA LAWAN TETAP LAWAN.

 Atutnyeeeeeeee!!!

Sebenarnya ini yang kita nak. Aku alu-alukan Muda bertanding lawan Keadilan. Baru boleh kita tengok sejauh mana kekuatan Muda. Maklumlah, kan parti yang dapat sokongan majoriti anak muda.
Cuma aku harap ahli Keadilan yang masih percaya kepada khemah besar buka mata. Kalau korang masih rasa Muda serius nak kalahkan BN, bukan musnahkan PH, korang memang biol. Guane boh?

BILA PEMIMPIN BERSATU MENUNGGANG AGAMA



Mengulas mengenainya, Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridzwan Abu Bakar, mengingatkan perbezaan antara Perang Badar dengan Pilihan Raya Negeri Johor. “Masalahnya perang Badar tu antara Muslim lawan Kafir, Perikatan Nasional ada juga Kafir dalamnya, macam mana nak ambil 'roh' tu Rina oi?” Katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook.



KES COVID-19 NAIK NATIJAH PEMIMPIN TAMAK



Sejujurnya, tindakan UMNO Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor ini satu tindakan yang rakus, tamak dengan kuasa semata. “Mereka lupa Negeri Johor ditadbir bersama rakan Perikatan Nasional sebelum ini,” dakwa Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan.



LIVE!! SHAFIE APDAL SALAHKAN PH MUNGKIR JANJI?

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛...𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗜𝗧𝗨 𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗢𝗛 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨𝗡𝗬𝗔..




JUJURnya saya tidak ingat sudah berapa lama saya tidak menulis terkait dgn Politik di FB meskipun sekali sekala saya masih komen di Whatsapp Group.

TAPI BAB ini saya tidak dapat mengelak kerana perlu jadi pengajaran penting buat kita sama-sama renungkan. PANtuk GAGAL jadi calon PRN Johor? Begitu akhirnya? Haha...

Dah lama saya tak peduli bab PANtuk ni, dah hampir terlupa, tapi saya pernah mengajak mereka kembali bermuafakat. Berhenti mengecam, menghina, menyerang dan mengejek Anwar Ibrahim di SocMed. Namun saya dimaki hamun, dihina, diherdik sehingga ke "𝗣𝗢𝗜𝗡𝗧 𝗼𝗳 𝗡𝗢 𝗥𝗘𝗧𝗨𝗥��". Mereka semakin melampau dan tidak mempedulikan kawan lama asal nafsu mereka utk berkuasa tercapai.

NAMUN, saya STOP juga perbalahan ini, mengenangkan Politik ni tidak akan ke mana, tak ada untungnya pun. Rakyat tetap susah dan berantakan, negara tidak boleh maju kerana pergaduhan politik 24 jam 365 hari setahun TANPA henti.

𝙏𝙀𝙍𝙐𝙎 𝙏𝙀𝙍𝘼𝙉𝙂 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙠𝙞𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙢𝙥𝙖𝙝 𝙙𝙜𝙣 𝙋𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝘿𝙄𝙎𝙆𝙍𝙄𝙈𝙄𝙉𝘼𝙎𝙄 𝙖𝙠𝙞𝙗𝙖𝙩 𝙗𝙖𝙙𝙎𝙄𝙉, 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙘𝙖𝙡 𝘼𝙥𝙖𝙧𝙩𝙝𝙚𝙞𝙙, 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣𝙞𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙀𝙁𝙄 𝙗𝙖𝙙𝙎𝙄𝙉 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙢𝙖𝙩𝙞𝙖𝙣 𝙮𝙜 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙙𝙞𝙖𝙠𝙪𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙠𝙖𝙞𝙩 𝙗𝙖𝙙𝙎𝙄𝙉 𝙇𝘼𝙉𝙂𝙎𝙐𝙉𝙂 𝙏𝙄𝘼𝘿𝘼 𝙋𝙀𝙈𝘽𝙀𝙇𝘼𝘼𝙉 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙏𝙄𝙆𝙐𝙄𝙃-𝙏𝙄𝙆𝙐𝙄𝙃 𝙋𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠 𝙨𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙥𝙖𝙧𝙩𝙞 𝙆𝙀𝙍𝘼𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙝𝙪𝙥𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙧𝙩𝙞 𝙋𝙀𝙈𝘽𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉𝙂 𝙮𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣𝙞 𝙈𝙤𝙐.

𝙎𝙚𝙟𝙖𝙠 𝟭𝟵𝟵𝟴, 𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙢𝙖𝙩𝙖 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙗��𝙝𝙖𝙬𝙖 𝙆𝙚𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝-𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙟𝙞𝙠𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙠𝙖𝙞𝙩 𝙙𝙜𝙣 𝙗𝙖𝙙𝙎𝙄𝙉, 𝙆𝙚𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙪𝙩𝙠 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙩𝙖𝙢𝙖 𝙜𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙈𝙄𝙉𝙊𝙍𝙄𝙏𝙄 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙��𝙥𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙖𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙤𝙧𝙜 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙧𝙩𝙞 𝙋𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠. 𝙄𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙏𝙧𝙪𝙨𝙩 𝘿𝙚𝙛𝙞𝙘𝙞𝙩 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙝𝙞𝙡𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙮𝙖𝙠𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙏𝙄𝙆𝙐𝙄𝙃-𝙏𝙄𝙆𝙐𝙄𝙃 𝙋𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠.

Apapun...saya rasa saya telah laksanakan sekadar yg termampu walau diherdik sebagai pendapat "TAK BOLEH PAKAI" sbb saya "BUKAN ORG PARTI". Begitulah hinanya kita penyokong-penyokong LAMA dan ASAL di mata ANAI-ANAI dan TIKUIH-TIKUIH Politik. Sbb kita bukan ahli parti maka pemikiran dan idea kita "tak boleh pakai". NO WONDER PEMIMPIN-PEMIMPIN Politik TIDAK peduli saranan dan pandangan penyokong. Begitu Mentality mereka.

𝗝𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗜𝗞𝗛𝗧𝗜𝗕𝗔𝗥. 𝗞𝗘𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗘𝗦𝗢𝗠𝗕𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 mereka ini tidak kemana saudara-saudari. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Berkuasa.

Kerna mempertahankan Anwar Ibrahim dan menolak Atok, saya dikecam, dihina DIFITNAH bertubi-tubi dgn cerita-cerita rekaan. Saya tidak pernah kesal, Allah itu ada.

ALLAH Maha Mengetahui bila mana makhluk2 itu GAGAL berhujah dgn FAKTA, mereka mengambil pendekatan 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗰𝗵𝗶𝗮𝘃𝗲𝗹𝗹𝗶, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA dgn melakukan SERANGAN FITNAH sebagai 𝗖𝗛𝗔𝗥𝗔𝗖𝗧𝗘𝗥 𝗔𝗦𝗦𝗔𝗦𝗦𝗜𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡. Telah saya katakan pada 21 November 2020.... "𝙝𝙖𝙨𝙗𝙪𝙣𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙠𝙢𝙖𝙡 𝙬𝙖𝙠𝙞𝙡..."

Sebenarnya perbuatan sebegitu adalah kerja org yg BANGKRUP Hujah. Sama-samalah kita bermuhasabah. Saya memperingatkan diri saya juga yg tak sunyi dari salah dan dosa. Bagi yg memanjangkan fitnah itu dan enggan meminta maaf, saya serahkan pada Allah menentukan kedudukan itu. InsyaAllah.

JIKA DIIKUTKAN HATI.....tentulah saya mahu kata PADAN MUKA bila PANtuk tidak tercalon, tapi kot mungkin kasaq sangat? Jadi saya kata TAK PADAN MUKA LAH..kah kah. Sbb saya pernah ingatkan dulu, kamu nak jadi calon, nak jawatan, nak jadi pemimpin, buat perangai elok-elok sket jangan menyerang Ketua, tunjuk tauladan baik, elak permusuhan sesama kawan-kawan. Tapi apakan daya bila Nafsu dan Kehendak menguasai, menyesal pun tak berguna lagi.

Saya percaya ramai penyokong PH dan bukan saya seorg yg berdoa agar orang-org yg angkuh, sombong dan menzalimi diri sendiri dan org lain TIDAK DIANGKAT pun jadi calon pemimpin atau Wakil Rakyat. Apapun...rezeki ditentukan Allah SWT, mana lah kita tahu asbab masih berusaha lebih "melobi" tetiba dapat jadi calon? So...Good Luck..!! Description: 😅

Jadikanlah ini sebagai pengajaran berharga buat kita semua, termasuk saya.

Wallahualam.

- Zus Din

18 FEBRUARI 2022

 

IKRAR AHLI PAS SEUMUR HIDUP

 

Di pagi Jumaat yang mulia ini, marilah bersama-sama kita beristiqamah, menginsafi kesucian satu-satunya parti yang mendapat keberkatan dan kebijaksanaan untuk mempertahankan kemurniaan agama kita yang diganggu gugat secara tersurat dan tersirat oleh karya-karya satira yang sering menyakiti hati kita yang suci dan murni ini. Semoga Tuan Guru senantiasa mengurniakan hidayah dan taufik kepada kita agar kekal istiqamah menjadikan PAS sebagai dasar perjuangan hingga roh berpisah daripada jasad.

FAHMI REZA

Ahli PAS No. Keahlian 0-1312-666

Bertarikh: 16 Rejab 1443 / 18 Feb 2022




Ahli PAS No. Keahlian 0-1312-666

Bertarikh: 16 Rejab 1443 / 18 Feb 2022

 

Tular budak 3 tahun punyai badan yang sado dan berotot, apakah rahsianya?

 

Tular budak 3 tahun punyai badan yang sado dan berotot, apakah rahsianya?


Memiliki anak kecil sudah pasti akan meriuhkan lagi suasana di rumah. Tidak dinafikan, budak-budak kecil sememangnya sangat comel dan telatah mereka menggeramkan. Tambahan lagi, jika mereka mempunyai perangai ‘panjang akal’, memang akan dijadikan bualan keluarga dan rakan-rakan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila budak kecil berusia 3 tahun memilki badan yang sado telah mencuri tumpuan ramai.

Miliki badan sado dan berotot di bahagian lengan

Menerusi video berkenaan, kelihatan aksi seorang budak kecil sedang dirakam oleh keluarganya di halaman rumah.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila budak lelaki itu memiliki badan yang sado. Dia dilihat mempunyai otot di bahagian lengan seperti orang yang pergi ke gym. Ototnya nampak lebih jelas apabila dia mengangkat tangan.


“Mungkin masa mak dia mengandung bukan minum susu, tapi minum suplemen buat orang gym” – Netizen

Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 28M tontonan, 1.9M tanda suka dan 21K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun melihat si cilik itu.

Image from @nadril_fadhli (TikTok)

Image from @nadril_fadhli (TikTok)

Image from @nadril_fadhli (TikTok)

Image from @nadril_fadhli (TikTok)

Kepimpinan Melayu muslim dalam konteks kepelbagaian kaum penting - Anwar

 



Kepimpinan Melayu muslim dalam kepelbagaian kaum di Malaysia harus kekal di dalam konteks yang harmonis.



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan Melayu tidak seharusnya ekstrem mengagungkan bangsa atau agamanya, sebaliknya perlu mengamalkan kesederhanaan.


Hal itu diungkapkan dalam menjawab soalan wartawan usai majlis wacana pemikiran Datuk Dr Siddiq Fadzil di Unisel, pagi tadi.


"Pada saya sangat penting sebagai Melayu dan muslim dalam konteks kepelbagaian masyarakat.


"Apa yang Siddiq Fadzil buat dalam berdekad lalu untuk memastikan kefahaman sebagai Melayu, kesedaran budaya, bahasa dan kamu perlu menghargai negara ini dengan pelbagai kaum, juga perlu menerima realiti dan berkerja sebagai warganegara, mempunyai perasaan belas ihsan serta kemanusiaan," katanya.


Mengenai bahasa Melayu yang menjadi sebahagian daripada perjuangan besar Dr Siddiq, Anwar berkata perjuangan Almarhum perlu diteruskan dan menegaskan bahawa bahasa Melayu perlu lebih diberi pengiktirafan sebagai bahasa ilmu di Malaysia.


"Ini banyak kali saya tegur bahawa tidak ada upaya yang cukup kuat untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


"Bila kita bicara soal bahasa Melayu dianggap kita ini nak mengenepikan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga penting tetapi tidak boleh kita kekalkan suasan sekarang di mana kita tidak memberi tumpuan untuk mengangkat bahasa Melayu.


"Ini peranan kementerian pendidikan dan Dewan Bahasa Pustaka, kembali mengangkat kedudukan bahasa lebih lantang dan kuat dalam komitmen mereka," katanya lagi.

 


PAS "SEMBAH" UMNO ??









Kain rentang Pas tolak PN, mahu MN bersepah di Johor


Sekurang-kurangnya tujuh lokasi di Johor termasuk di jejantas digantung dengan kain rentang mengenai sikap Pas menolak Perikatan Nasional (PN).

Dalam masa sama, intipati yang terpapar pada kain rentang itu ialah ahli Pas kononnya mahukan Muafakat Nasional (MN) iaitu gabungan dengan Umno yang telah dimeterai pada September 2019.

‘Perang’ kain rentang itu dilihat mewarnai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjelang tarikh penamaan calon pada 26 Februari ini.

Antara ungkapan yang terpampang pada kain rentang tersebut ialah, “Tolong dengar suara hati ahli Pas di bawah yang mahukan MN dan bukannya PN.”

Bahkan, ada juga banting yang ‘mengugut’ bahawa jentera pilihan raya tidak akan bertugas pada PRN Johor jika memilih PN.

Kesemua gantungan kain rentang itu dikongsikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menerusi Facebook rasminya hari ini.

Kain rentang Pas tolak PN, mahu MN bersepah di Johor
Puad menganggap Bersatu sebagai parti yang paling banyak katak.

Beliau menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai paling banyak ahli politik yang lompat parti.

Menurutnya, hal tersebut telah diberitahu lebih awal sekali gus menimbulkan persoalan sejauhmana kestabilan kerajaan yang terbentuk jika Bersatu dan sekutunya menang pada PRN Johor.

“Pas dapat apa? Macam mana mahu percaya kestabilan yang mereka janjikan?” soal Puad.

POLITIK MALAYSIA JANGAN JADI ‘LADANG BINATANG’

 

KAH..KAH..MASA DIA PEGANG EKONOMI MELINGKUP. ITU PUN MINTA NAK JADI LAGI

 

Mahiaddin tawarkan diri untuk jadi Penasihat Ekonomi Negeri jika PN menang PRN nanti. Keje gila! Masa dia peganglah ekonomi negara hancur teruk. Dengan PKP yang tak tentu tujuan. Pelabur pun banyak lari.

Sekarang dia pegang Pengerusi MPN. Apa dia dah buat? Ekonomi tak pulih, harga barang makin naik. Kalau dia jadi Penasihat Ekonomi negeri, alamat memang jadi papa kedanalah Johor nanti. Jangan buat hal la...

Rakyat Johor kena berhati-hati. Ini salah satu sebab paling kukuh untuk tidak memilih PN dalam PRN nanti. Pilih BN dah cukup sengsara. Kalau pilih PN macam pindah dalam neraka la jadinya. Tolak PN. Guane boh?

Raja Gelap

 

RUGI BERBILLION MAYBANK







MOHD AZIZI ABD AZIZ

Maybank loan to Sapura berbilion rugi. Maybank loan to Genting berbilion rugi. Tapi CEO tetap dapat gaji berjuta, Lembaga Pengarah dapat elaun berjuta. Lepas tu PNB pemegang saham terbesar Maybank boleh pulak bina bangunan kedua tertinggi dunia dgn kos RM7 bilion.

Malangnya pemegang saham Maybank iaitu PNB yg dimiliki melayu yang rata² miskin dapat dividen ASB terendah sejak PNB ditubuhkan.

 



ADAKAH GAJI PENDATANG LEBIH TINGGI DARI GAJI PEKERJA TEMPATAN ? LIHAT INI








Aku dapat screenshot yang berikut ni. Aku tak kenal mereka tapi cerita yang mereka kongsikan bukanlah perkara yang asing. Pekerja asing dibayar lebih mahal daripada warga tempatan.

Sebab itu aku selalu kata pekerja asing semuanya mesti dihantar pulang. Bukan setakat tak tambah, yang ada pun tolak balik. Sekarang ini rakyat kita lebih perlukan kerja.

Tapi baca apa PM Isnail Sabri kata? Malaysia akan tambah kemasukan pekerja asing daripada Bangla tak lama lagi. Apa dah jadi? Dia tak hirau langsung ke dengan nasib pekerja tempatan?

Korang yang sokong sangat kerajaan yang ada ni, cuba bayangkan masa akan datang. Anak korang kena bersaing dengan pendatang untuk dapat kerja. Korang rela begitu?

Korang takut Cina konon nak rampas hak Melayu. Tapi tak sedar yang rampas masa





depan generasi kita sebenarnya warga asing yang dibawa oleh pemimpin Melayu Islam kebanggaan korang.

Bangkit wahai anak Melayu. Jangan terlena dibuai alunan perkauman. Pemimpin korang tu tak pernah pun pentingkan kaum. Dorang cuma pentingkan diri sendiri je.

Laungan hidup Melayu hanya untuk pulau korang je. Supaya senang nak merompak setelah dipukau. Sedarlah. Guane boh?

Raja Gelap

 























Kukuhkan hak Melayu bukan hingga remehkan kaum lain, kata Anwar




Diterbitkan:  Feb 18, 2022 


Memperkukuhkan kedudukan orang Melayu bukan sehingga meremehkan atau meminggirkan kaum-kaum lain, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Dia berkata demikian ketika melancarkan beberapa judul buku oleh allahyarham bekas presiden Abim, Siddiq Fadzil di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam, hari ini.

“Kekuatan Siddiq (Fadzil) itu (adalah dia) menjelaskan bahawa untuk untuk mengukuhkan kedudukan sebagai Melayu dan semangat Melayu itu (kita) tidak harus meremehkan, meminggirkan budaya dan pandangan kaum lain,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar juga mengambil maklum tentang sesetengah pihak yang juga meremehkan orang Melayu.

“Jadi, berbeza pula ada orang mengatakan bahawa untuk Malaysia ini, dia perlekeh Melayu ada banyak juga, ini menjadi masalah sekarang.

“Jadi saya tidak setuju kalau pandangan begitu, jadi apa yg ditekankan oleh Siddiq Fadzil adalah supaya kita berakar kepada bumi Melayu tetapi kita juga terima kenyataan bahawa kita harus angkat martabat rakyat Malaysia dalam konsep kewarganegaraan dan kefahaman Islam,” katanya.

Turut hadir bersama Anwar majlis perasmian Institut Ideas dan Kepimpinan Siddiq Fadzil itu adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Ahli Parlimen Pandan Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu, Anwar berkata bahawa adalah penting untuk membincangkan identiti Melayu-Islam dalam konteks masyarakat berbilang kaum.

“Bagi saya, wacana tentang (menjadi) Melayu dan Islam adalah sangat penting dalam konteks masyarakat berbilang kaum.

“Apa yang telah dilakukan oleh Siddiq Fadzil, selama beberapa dekad ini, untuk memastikan kita mempunyai pemahaman yang betul tentang apa (maksudnya) orang Melayu dari segi kesedaran budaya, kepakaran bahasa.

“Pada masa sama, anda perlu menghargai hakikat bahawa ini adalah negara berbilang kaum dan oleh itu anda perlu menghormati realiti itu dan bekerja sebagai rakyat serta menekankan isu belas kasihan dan kemanusiaan,” kata Anwar.

Siddiq yang adalah bekas presiden Pergerakan Belia Islam Malaysia (Abim) meninggal dunia Ogos lalu akibat jangkitan paru-paru.

Allahyarham sebelum ini bertindak sebagai pengerusi lembaga pengarah Universiti Sains Islam Malaysia dan pengerusi Institut Darul Ehsan.

ZAHID HAMIDI, NAJIB NAK MENGAKU ATAU NAK SAMAN?

 

Berikutan Mahiaddin Md Yasin sudah membuat pendedahan secara terbuka tentang bagaimana Zahid Hamidi dan Najib Razak datang menemuinya ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri untuk meminta campurtangannya berkaitan kes mahkamah yang mereka hadapi, kedua-dua pemimpin UMNO itu kini tidak mempunyai banyak pilihan lain lagi.

Hanya ada dua pilihan yang boleh dan wajar dilakukan oleh Zahid Hamidi dan Najib pada ketika ini.

Pertama, menafikan dakwaan Mahiaddin itu beserta hujah-hujah yang lebih kukuh serta meyakinkan.

Kalau boleh, bersumpah sekali dengan menjunjung Al-Quran atau melakukan acara sumpah berkaitan dengannya di mana-mana masjid yang sesuai.

Seterusnya, kemukakan saman terhadap Mahiaddin atas fitnah yang dilakukannya itu.

Itu langkah yang sepatutnya jika Zahid Hamidi dan Najib betul-betul merasakan dakwaan Mahiaddin adalah tidak benar dan mereka tidak pernah sama sekali meminta pertolongan untuk campurtangan Mahiaddin dalam kes mahkamah yang dihadapi.

Tetapi, jika dakwaan Mahiaddin itu terbukti benar dan memang betul Zahid Hamidi dan Najib pernah cuba meminta pertolongan, lebih baiklah mereka mengaku saja secara terbuka.

Tidak perlu berdalih-dalih lagi dalam isu ini.

Jawapan yang diperlukan sangat mudah – ya atau tidak saja.

Kalau ya, katakan ya dan kalau tidak, katalah tidak.

Begitu pun, setelah beberapa jam berlalu, sehingga kini masih belum kedengaran lagi respon Zahid Hamidi dan Najib berkenaan dengan dakwaan Mahiaddin kali ini.

Ini tidak sepatutnya berlaku jika benar Zahid Hamidi dan Najib merupakan pemimpin yang bertunjangkan kebenaran dalam tindakan mereka.

Tidak ada istilah berdiam diri, senyap dan langsung tidak memberi reaksi.

Apa lagi, dalam banyak isu lain, mereka selalunya begitu pantas menjawab, menangkis dan membuat penafian.

Malangnya, kenapa Zahid Hamidi dan Najib tidak pantas dalam isu ini? – ShahbudinHusin 17/02/2022.