BANJIR BESAR PAHANG RCI - TUNGGU APA LAGI ?


BANJIR  BESAR  PAHANG

RCI - TUNGGU APA LAGI ? 

 

Tamrin Tun Ghafar 

 

Isnin - 03/01/2022

 

( 1 -  20 )

 

 

1. Mengikut bukti dan kajian  Banjir Besar Pahang BERPUNCA  dari PENGGONDOLAN  Hutan Simpan di beberapa Daerah di sana khususnya di Raub 

 

2.  Bak kata pepatah : 

 

DAH  TERANG  LAGI BERSULUH 

 

rakyat  Malaysia pasti tahu siapa SEBENAR NYA kalprit  atau mereka yang terlibat dengan  PEMBALAKAN tersebut 

 

3.  BERANIKAH  Menteri Besar , EXCO  dan Pengarah Hutan Negeri MELULUSKAN nya TANPA  arahan Perdana Menteri yang kebetulan Ahli Parlimen Bera , walaupun beliau dilahir dan dibesar di Kelantan 

 

4. Di Pahang sudah menjadi perkara biasa PENJUALAN  Pingat Datuk secara terang - terangan seperti kacang puteh , TAK KIRA sape saja samada bapak gangster atau kaki pukul boleh dapat  ASAL  BAYAR , Penerokaan Tanah , dan Perladangan Durian seperti yang  berlaku di Raub tidak lama dulu , Permit Boxit yang heboh diperkatanan , Perlombongan dan Pengelibatan dalam beberapa perniagaan 

 

5.  Mana mungkin dengan SELURUH  Istana di Pahang dan di Kuala Lumpur TERMASUK Istana Negara dan Pegawai - Pegawai Istana , tukang  masak , kereta - kereta mewah seperti Roll Royce dan pemandu dan lain - lain semuanya disediakan  TANPA  sesen pun diminta bayar semula , maka cakap - cakap  konon nya Agong , Isteri dan anak - anak TERLIBAT  adalah  FITNAH  

 

6.  Bukan itu sahaja , malah mereka TERMASUK  Permaisuri , Tengku Mahkota dan ahli  keluarga dibayar gaji dan allowance yang AMAT  MENCUKUPI  jika dibandingkan dengan rakyat khasnya MANGSA BANJIR  DAN  RAKYAT MARHAEN - dalam lain perkataan apa yang rakyat beri selama ini kepada mereka  SUDAH  LEBIH  MENCUKUPI 

 

7.  Lagi pun Agong , Permaisuri dan  sebahagian adik beradik SEDAR bahawa TANPA  bekerja dan berusaha seperti rakyat biasa  kedudukan mereka sebagai Sultan dan Agong yang ASALNYA  diberi rakyat MEMBOLEHKAN  mereka hidup lebih mewah dan bergaya 

 

8.  Yang TERLIBAT  mungkin Ismail Sabri , MB dan EXCO Pahang dan Ketua Pengarah Hutan  atau 'HANTU  RAYA' yang senantiasa 'LAPAR' dan 'TAMAK' ,  tak puas - puas dengan apa yang ALLAH  SWT  sudah berikan ; mereka gunakan  kedudukan  untuk ROMPAK  , ROMPAK  dan  ROMPAK !! - mereka  TIDAK PEDULI  JASA DAN  SANGSARA RAKYAT ; yang penting bagi mereka 'ENJOY'  

 

9.  Berapa kawasan perumahan lagi nak ditenggelam dan dimusnahkan  dan berapa banyak nyawa lagi akan hilang  SEBELUM Pembalakan  di hentikan dan RCI  ini ditubuhkan 

 

10. JIKA  TIDAK  TERLIBAT  mengapa Ismail Sabri tidak bertindak - apa dan siapa  yang hendak ditakutkan ? 

 

11. TAKKAN Agong yang kebetulan juga dari Pahang, TUNGGAK DAN PAYUNG  RAKYAT SANGGUP  peluk tubuh BERDIAM  DIRI tidak mengarahkan sebuah SIASATAN  BEBAS DI RAJA  atau Royal Commission of Inquiry atau RCI  ditubuhkan SERTA MERTA ; MENGAPA  ? 

 

12.  Seperti cadangan RESET  oleh  Marzuki Yahya , Timbalan Presiden  PEJUANG  dan kini  seorang Peguam Muda , Muhammad Rafique Rashid ALI atau lebih dikenali dengan panggilan Rafique yang kebetulan Timbalan  Pengurusi PEJUANG  WP boleh  mencadangkan penubuhan RCI  ini , mana mungkin Ismail dengan jumlah Ahli Kabinet TERBESAR  di dunia  TIDAK  boleh BERFIKIR  dan BERTINDAK SEGERA 

 

13.   Oleh kerana ia MUNGKIN  MELIBATKAN  'orang - orang tertentu atau VVIP'  maka pemilihan dan perlantikan Ahli  RCI ini ELOK dipilih  oleh  Parlimen 

-  ini bagi mengelakkan Lapuran  BERAT  SEBELAH  berlaku 

 

14.  SEBELUM  LEBIH  BANYAK  LAGI  BALA  DITURUNKAN ADA LAH  BAIK  RCI  DI TUBUH  SERTA  MERTA 

 

15.  RCI  BOLEH  juga menasihat cara Pembalakan yang lebih teratur 

 

16.  'SULTAN  BUKAN  TUHAN  YANG  HENDAK DI TAKUTKAN ' 

 

17.  'TANPA  RAKYAT  TIADA  RAJA ,  DAN  TANPA  RAJA  TIADA  AGONG' 

 

18.  Ingat pesan terakhir Megat Seri Rama  SEBELUM  menikam mati dalam  peristiwa SULTAN  MAHMMUD  MANGKAT  DI JULANG: 

 

'RAJA  ADIL 

RAJA  DI SEMBAH

RAJA  ZALIM

RAJA  DI 

SANGGAH 

 

19.  Pesan orang - orang tua : 

 

'BUAT BAIK

BERPADA - PADA

BUAT  JAHAT

JANGAN  SEKALI 

 

20. Kita doakan agar ALLAH  SWT  Memberkati segala TIDAKAN   Agong   membetul kan keadaan TANPA punyai perasaan  was - was seperti mana SUMPAH yang dilafazkan 

 

Wassalam

Terima Kasih

By Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar at January 02, 2022 2 comments: 

 

TUUU DIIAAAAA...MANGSA BANJIR DAPAT SEHINGGA 61K BANTUAN...NAJIB KATA MAIL NAK BAGI...KAYA..KA..YA KA...YA.....

 

Selaras dengan pengumuman YAB PM semalam adalah inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir:⠀

Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000.

Terbaik





Najib Razak 

t020219 hgcors1h0anusc56f  · 

Selaras dengan pengumuman YAB PM semalam, berikut adalah inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir:⠀

⠀

📌Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa⠀

⠀

📌Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.

📌Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas. Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah⠀

⠀

📌Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir⠀

⠀

📌Rebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember

⠀

📌Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta. Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀

⠀

📌Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir⠀

⠀

Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000.

Terbaik.

 

CONTOH LEBAI PENIPU, MEMANG PATUT DITARIK TAULIAH MENGAJAR DI SELANGOR

LAAAA...NAK LAGI KE SAKA TUA TU ? DARI DIA BAIK HANGPA PAKAT DENGAN UMNO ?

 

Aku ingat PN & BN je yang kemaruk cerita politik musim bencana ni. Rupanya dalam PH pun ada juga yang sama perangai.

Kena buat khemah besar sebab kalah di Melaka dan Sarawak? Dia tak tahu ke sebab isu khemah besarlah PH kalah. Sebab ketika sang diktator mengepalai pentadbiran PH selama 22 bulan, tak sedikit perbuatannya yang merosakkan jenama PH.

Manifesto bukan kitab suci, buat janji sebab tak sangka menang, Melayu malas, hadiri Kongres Melayu, lantik orang seperti Waytha (bukan ahli PH pun) sebagai menteri dan banyak lagi. Hingga kini kita berdepan dengan ejekan musuh akibat tingkah lakunya dulu. Dia jugalah yang serahkan kerajaan kepada pengkhianat.

Sekarang nak buat khemah besar lagi? Nak cemar nama PH dengan bawa masuk makhluk yang rosakkan nama PH? Takkan tak belajar sedikit pun daripada kesilapan dulu? Hati kau keras, Roy...

Untuk mangkuk-mangkuk ni, sila layari media sosial dan lihat sendiri sentimen penyokong. Jangan syok sendiri sangat. Majoriti penyokong menolak untuk bersama sang diktator, si perasan bagus dan juga di budak mentah tu. Jangan ingat korang je yang pandai.

Raja Gelap

 



ADA ADENGAN BERKARAOKE KETIKA RAKYAT DITIMPA BENCANA , SPEAKER MAKAN ANGIN KELUAR NEGARA.APA PUNYA TAK GUNA

 

Itu belum saya dedah sesi karaoke, kata Zunar


Lawatan kerja Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon ke luar negara, ketika kebanyakan negara di Eropah sedang bercuti sempena Krismas dan Tahun Baru dipersoal.

Kartunis Zunar berkata, lawatan Rashid atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara sedang berdepan musibah banjir besar termasuk di Johor.

Rashid didakwa melawat beberapa negara Eropah sehingga 8 Jan.

“Lawatan kerja ke Vienna masa Krismas? Masa semua orang cuti di sana? Itu belum saya dedah sesi karaoke di sana lagi.

“Siapa yang bekerja waktu itu? Mereka biasanya cuti Krismas pada hujung tahun dan tiada orang kerja waktu itu,” katanya dipetik FMT.

Terdahulu, Zunar berkongsi gambar yang menunjukkan Rashid bersama isteri dalam satu majlis makan di Vienna.

Beliau mendakwa menerima gambar berkenaan daripada seorang kenalan, namun enggan mendedahkan maklumat lanjut individu berkenaan.

Namun Rashid menegaskan beliau berada di Vienna dalam lawatan kerja atas kapasiti sebagai sebagai ahli Parlimen serta melawat beberapa negara untuk bertemu rakan sejawatan sebagai Timbalan Speaker.

Zunar turut meminta Rashid mendedahkan jadual kerjanya dari hari pertama beliau berada di negara terbabit termasuk wakil kerajaan yang ditemui.

“Kita menuntut dari hari pertama dia sampai pada 30hb atau 31hb itu siapa yang kamu jumpa… janganlah satu hari sahaja pertemuan atau mesyuarat, tetapi hari-hari lain dianggap lawatan kerja juga,” katanya.

Zunar turut menegur sikap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang begitu lemah mengawal Kabinet Keluarga Malaysia yang hanya mengarahkan anggota kabinet membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.

“Hairan kenapa PM begitu lemah untuk ambil tindakan, sepatutnya arahan itu tidak terhad kepada Jemaah Menteri saja, kerana secara moralnya semua pemimpin tidak patut bercuti atau berada di luar negara sekarang,” katanya.

Minggu lalu, Ismail mengarahkan anggota kabinet untuk membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.

Menurut Ismail, pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah banjir ketika ini selesai.



ISMAIL SABRI HINAKAN RAKYAT YANG TERSEPIT! LINGKUPKAN DIA DI PRU15!



YAB Bera Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah memberi alasan pengeluaran KWSP one-off 10k tidak diperlukan lagi kerana beliau telah mengumumkan bantuan tunai kepada mangsa-mangsa banjir. Namun, adakah beliau sudah lupa bukan sahaja mangsa banjir tetapi banyak pihak yang terkesan dengan pandemik dan kemelesetan ekonomi yang meminta pengeluaran tersebut dibenarkan?

MENGEJUTKAN, Ku Li Yang UMNO Mahu Sebagai PM Bukan Mail...PAS TAK AKAN TINGGALKAN PN.NAK MN TAK PAYAH LAH....

‘Ini menteri dari planet mana?’ Puad selar Zafrul berhubung pengeluaran ...


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi menyelar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang menggelar mereka memperjuangkan skim pengeluaran ‘one-off’ RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai penghasut rakyat.

AWAT HANG KALUT SANGAT. ADA MASAALAH DALAM PAS KAH ? KAKI BODEK BETOI

 


Cantas saya tak apa, tetapi jangan langgar presiden, kata ulama Pas


AJK Dewan Ulamak Pas, Mokhtar Senik memberikan amaran, beliau tidak pernah risau mana-mana pihak mahu mencantas beliau tetapi jangan sesekali melanggar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kamu nak cantas saya, saya tak pernah risau dan resah. Kerana saya bukan org penting dalam parti.

“Lagi pun saya tiada apa-apa kepentingan pribadi. Sebab itu saya tak pernah “playsafe” seperti kamu.

“Yang tak kena saya tegur je walau merugikan perjalanan politik saya. Apa saya kesah. Saya bukan makan gaji dengan parti jauh sekali dengan kamu,” kata Mokhtar menerusi facebook beliau yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin  Pas yang lain.

Menurut Mokhtar, beliau naik pun bukan kerana pengaruh ayah beliau.

“Bukan kerana ditaja oleh team saya. Saya naik kerana ahli kat bawah lonjak saya. Sebahagian mereka itu rakan-rakan,teman-teman dan anak-anak murid saya yang mengenali saya,” kata Mokhtar.

Tetapi Mokhtar menegaskan, jika pihak berkenaan mahu melnggar Presiden, beliau akan ambil berat.

“Tapi kalau kamu berhasrat nak langgar presiden maka saya akan “kesah”. Saya percaya saya masih ada teman-teman untuk bersama mempertahankan presiden.

“Beliau GURU dan MURABBI kami. Jangan galak sangat sebab kami sedang memerhati. Pegang teguh pendirian parti dan walak kepada pimpinan,” kata beliau.

Bagi Mokhtar, walaupun tiada kenyataan jelas sesetengah pihak cuba memusnahkan parti, tetapi bersama dengan musuh boleh menyusahkan parti itu.

“Tiada statment jelas bahawa kamu suruh kambing makan pokok-pokok sayur, tapi perbuatan kamu melepaskan kambing dan meruntuhkan pagar bermakna kamu sedang membinasakan kebun sayuran,” kata beliau.



ISMAIL SABRI INGKAR KETETAPAN MT, APAKAH UMNO MASIH NAK DIAM DIRI LAGI?


 Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, tuntutan pengeluaran i-Citra berjumlah RM10 ribu adalah garis panduan UMNO kepada Naib Presidennya, Ismail Sabri Yaakob untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.

Kata beliau, perkara itu sudah tertakluk dalam ketetapan mesyuarat MT UMNO pada Ogos yang lalu.

Untuk itu, tegasnya, ketetapan tersebut itu wajar dilaksanakan oleh Ismail Sabri selagi MT UMNO tidak pernah menarik baliknya.



Bagaimana pula beliau boleh lupa?

Adakah kerana jawatan Perdana Menteri sudah diperolehi, maka ia boleh dilupakan atau dibuat-buat lupa?

Jika kita perhatikan, Ismail Sabri bukan saja menolak tuntutan tersebut, malah mengatakan tidak kisah jika ada yang memakinya berikutan keengganan tersebut.

Ini menunjukkan beliau memang tidak sedia menunaikannya, meski ia adalah perkara yang dituntut oleh UMNO, partinya sendiri dan sekaligus merupakan pihak yang menyokongnya untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Mahiaddin Md Yasin pada Ogos lalu.

Jika sudah begitu pendirian Ismail Sabri, apakah UMNO masih mahu berdiam diri lagi?

Mengapa masih mahu menyimpannya sebagai Perdana Menteri?

Pemimpin jenis apa Ismail Sabri ini kalau tuntutan parti sendiri pun dia buat tak peduli? – ShahbudinHusin 02/01/2021.



“Selagi MT belum menarik balik ketetapan tersebut, garis panduan itu masih terpakai,” katanya lagi.



PEMBOHONG KUAT


 

JANGAN BERGAUL DENGAN ORANG YANG SUKA MENIPU,MENCURI DAN MAKAN RASUAH





DARI GROUP RAFIZI RAMLI KESAYANGAN RAMAI

Al-Quran adalah sumber petunjuk bagi manusia. Petunjuk-petunjuk Ilahi ini disampaikan dengan pelbagai cara. Sebahagiannya secara langsung berbentuk perintah dan larangan. Dan ada pula yang berbentuk tidak langsung misalnya melalui kisah dan sejarah bukan sekadar untuk berlipurlara atau sekadar untuk diketahui, tetapi lebih dari itu sebagai mesej petunjuk yang membawa ayat-ayat mengajak umat manusia supaya merenung nasib umat yang terdahulu sambil menilai diri dengan penuh keinsafan bahawa nasib yang sama boleh menimpa sesiapa sahaja atau sesuatu ketamadunan yang memiliki cirri-ciri dan faktor yang sama.

Al-Quran bersifat universal dan abadi serta releven sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat. Begitu juga tabiat manusia, tetap sama tidak berubah sepanjang zaman. Demikianlah kedurjaan dan petualang manusia apabila mereka merasai kecukupan serta mampu memiliki kekayaan dan kekuasaan, maka mereka mudah lupa akan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Watak-watak dalam Al-Quran seperti Namrud, Fir'aun, Qarun dan lain-lain lagi itu sebagai individu merupakan watak-watak masa lalu yang sudah beribu-ribu tahun menghilangkan diri dari pentas sejarah. Tetapi watak dan perangai mereka senantiasa muncul sepanjang zaman. Fenomena sosial-budaya kenamrudan, kefir'aunan dan keqarunan senantiasa timbul dari masa ke semasa.
Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an(Umat islam seharusnya faham dan peka dengan sikap orang-orang yang ingkar terhadap perintah llah s.w.t dan Rasul-Nya,iaitu tidak mendekati atau bergaul dengan mereka sehingga boleh menjejaskan dan merosakkan aqidah dan akhlak.
Musuh-musuh Islam,terutama orang-orang kafir dan munafik sentiasa berusaha untuk merosakkan dan menghancurkan peradaban umat Islam dalam segala bidang.Justeru itu,kaum muslimin hendaklah berhati-hati dan menjauhi daripada bergaul dengan mereka agar tidak terpengaruh dengan mereka.
Firman Allah s.w.t:
وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡڪُمۡ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِہَا وَيُسۡتَہۡزَأُ بِہَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦۤ‌ۚ
Ertinya:
“Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan kepadamu(perintah-Nya)dalam kitab(Al-Quran).iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah s.w.t diingkari dan diejek(oleh kaum kafir dan munafik),maka janganlah kamu duduk(bergaul)dengan mereka sehingga mereka memasuki kepada mempersoalkan yang lain,kerana sesungguhnya(jika kamu ikut),tentulah kamu sama dengan mereka.”
(An-Nisa:140)

Banjir di Melaka semakin buruk, 1,778 mangsa banjir terpaksa pindah



Jumlah kawasan terjejas turut meningkat kepada 27 kawasan membabitkan 14 di daerah Alor Gajah, sembilan di Melaka Tengah dan empat di Jasin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kejadian banjir di Melaka semakin buruk selepas seramai 1,778 mangsa membabitkan 462 keluarga dipindahkan setakat jam 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Aw

am Malaysia (APM) Melaka Cuthbert John Martin Quadra, berkata jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka juga meningkat kepada 20 berbanding 19, petang tadi.

“PPS yang terbaharu dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa di daerah Alor Gajah yang kini dalam proses pendaftaran,” katanya menurut laporan Melaka Hari Ini.

Beliau berkata, jumlah mangsa tertinggi buat masa ini ialah di PPS SK Krubong yang menempatkan seramai 303 mangsa, diikuti PPS SK Taman Merdeka (230 mangsa), PPS SRA JAIM Jelatang (188 mangsa), PPS SK Seri Pengkalan (165 mangsa) dan PPS SK Batu Berendam 1 (162 mangsa).

Selain itu, jumlah kawasan terjejas turut meningkat kepada 27 kawasan membabitkan 14 di daerah Alor Gajah, sembilan di Melaka Tengah dan empat di Jasin.

Di Alor Gajah, kawasan terjejas membabitkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa dan Taman Angkasa Nuri.

Manakala, di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tamby Chik Karim, Rumah Awam Peringgit, Kampung Bachang Darat, Balai Panjang dan Bertam Malim.

Di Jasin pula, kawasan yang terjejas ialah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Tasek.

Katanya, setakat ini 10 PPS dibuka di daerah Alor Gajah, lapan di Melaka Tengah dan dua di Jasin.

KARTUNIS ZUNAR KATA TAK MASUK AKAI- PATUT TAK DUDUK DALAM PKR DAN MELOMPAT. TAK BOLEH JLAN JALAN.....KAH...TUIH..

 

Lawatan kerja ke Eropah masa cuti Krismas? Tak masuk akal, Zunar beritahu Rashid





Kartunis Zunar berkata, lawatan Mohd Rashid Hasnon atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara sedang berdepan musibah banjir besar termasuk di Johor. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Kartunis Zunar mempersoalkan lawatan kerja Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon di luar negara, ketika kebanyakan negara di Eropah sedang bercuti sempena Krismas dan Tahun Baru.

Sehubungan itu, Zunar menyifatkan kenyataan Rashid yang mendakwa melawat beberapa negara Eropah sehingga 8 Jan atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara sedang berdepan musibah banjir besar termasuk di Johor.

“Lawatan kerja ketika Krismas? Pertahanan jenis apa itu?Siapa yang bekerja waktu itu? Mereka biasanya cuti Krismas pada hujung tahun dan tiada orang kerja waktu itu,” katanya kepada FMT merujuk kepada jawapan balas Rashid yang mempertahankan tindakannya melakukan lawatan kerja ke luar negara ketika negara dilanda musibah banjir.

Semalam Zunar berkongsi gambar yang menunjukkan Rashid bersama isteri dalam satu majlis makan di Vienna.

Beliau mendakwa menerima gambar berkenaan daripada seorang kenalan, namun enggan mendedahkan maklumat lanjut individu berkenaan.

Rashid bagaimanapun berkata, beliau ke negara Eropah itu dalam lawatan kerja atas kapasiti sebagai wakil rakyat dan Timbalan Speaker.

“Saya berada di Vienna dalam lawatan kerja. Saya di sini atas kapasiti saya sebagai wakil rakyat, sebagai ahli Parlimen.

“Saya melawat beberapa negara untuk bertemu rakan sejawatan saya atas kapasiti saya sebagai Timbalan Speaker,” kata Rashid, dipetik The Vibes.

Zunar turut meminta Rashid mendedahkan jadual kerjanya dari hari pertama beliau berada di negara terbabit termasuk wakil kerajaan yang ditemui.

“Kita menuntut dari hari pertama dia sampai pada 30hb atau 31hb itu siapa yang kamu jumpa… janganlah satu hari sahaja pertemuan atau mesyuarat, tetapi hari-hari lain dianggap lawatan kerja juga,” katanya.

Beliau turut menegur sikap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang begitu lemah mengawal Kabinet Keluarga Malaysia yang hanya mengarahkan anggota kabinet membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.

“Hairan kenapa PM begitu lemah untuk ambil tindakan, sepatutnya arahan itu tidak terhad kepada Jemaah Menteri saja, kerana secara moralnya semua pemimpin tidak patut bercuti atau berada di luar negara sekarang,” katanya.

Minggu lalu, Ismail mengarahkan anggota kabinet untuk membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.

Menurut Ismail, pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah banjir ketika ini selesai.

MEMANG REZEKI ENGKAU LAH DIK DAPAT MUSTANG FREE JE.


MEMANG REZEKI ENGKAU LAH DIK DAPAT MUSTANG FREE JE.
.
Tak sia sia datang 1 bas dari Johor masuk pertandingan memancing anjuran Joran Bukit Merah Laketown menang cabutan bertuah sebiji Mustang berharga RM250 000 di Tasik Jitra semalam.
.
Tak masuk akal wei hadiah dia cabutan bertuah bernilai ratusan ribu ringgit termasuk cash dan pemenang pertama pertandingan memancing dapat ikan keli seberat 8kilo lebih dan dapat hadiah cash RM100 000. Abe jo nak sampaikan hadiah pun menggigil.
.
Tahniah kepada penganjur, (FB: Joran Bukit Merah Laketown) kerana berjaya mengumpulkan lebih 3000 kaki pancing di seluruh Malaysia dan menawarkan hadiah yang paling gempak setakat ni.
.
Dengar cerita pertandingan lepas ni hadiah cabutan bertuah Toyota Vellfire pulak. Haa korang standby lah siap siap!
Mungkin imej 4 orang, orang berdiri, kereta dan jalan