Anwar masih diperlukan tapi ‘saya dah kata jangan ambil katak politik,’ kata Hassan Karim

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
PKR dan Pakatan Harapan berisiko kehilangan sokongan jika dilihat sebagai parti oportunis, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

PETALING JAYA: Kepimpinan Anwar Ibrahim masih diperlukan walaupun PKR dan Pakatan Harapan (PH) kalah teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka semalam setelah menerima dua ‘katak politik’, kata seorang Ahli Parlimen PKR.

“Saya dah sebut sebelum ini, jangan ambil calon yang melompat-lompat. Saya dah bagi peringatan secara bertulis tapi tak nak dengar,” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

“Apa nak buat, saya bukan pemimpin pusat, (tetapi) hanya pemimpin kecil di parlimen saja,” beliau berkata kepada FMT.

PKR kalah kesemua 11 kerusi DUN yang ditandingi semalam, manakala secara  keseluruhan, PH yang menawan negeri itu pada PRU lalu, hanya meraih 5 kerusi kali ini, iaitu 4 menerusi DAP dan satu, Amanah.

Anwar ialah Presiden PKR dan Pengerusi PH. Kekalahan teruk itu dikaitkan dengan persetujuan Anwar menerima masuk dua daripada empat ADUN yang menjatuhkan kerajaan Melaka dalam PKR dan Amanah.

Kedua-dua calon itu, Idris Haron dan Norazman Hassan masing-masing tewas atas tiket PH di Asahan dan Pantai Kundor.

Hassan berkata PKR dan PH berisiko kehilangan sokongan jika dilihat sebagai parti oportunis.

“Ternyata penyokong PKR sekarang adalah berpelajaran, dan mereka sokong usaha PKR kerana idealisme reformasi yang berbeza dengan Umno dan kluster mahkamah.

“Tetapi kalau PKR serupa saja, apa bezanya? (Justeru) jangan oportunis. Ternyata di Melaka kita dihukum oleh pengundi,” kata beliau.

Meskipun kekalahan teruk itu sukar diterima, Hassan berkata Anwar masih diperlukan untuk memimpin PKR dan gabungan PH.

Beliau berkata Ketua Pembangkang itu telah membuat yang terbaik, malah akur kepada desakan parti komponen untuk menggunakan lambang PH d Melaka, walaupun akar umbi parti mahu lambang PKR digunakan.

“Kepimpinan Anwar masih diperlukan, dia telah buat yang terbaik untuk PH. PKR pun berkorban untuk tidak guna lambang parti itu, kerana tak mahu PH berpecah.

“Amanah dan DAP nak sangat guna logo PH tapi akar umbi PKR nak kita guna logo sendiri. (Akhirnya) Anwar setuju guna logo PH (dalam PRN Melaka),” dakwanya.

Susulan kegagalan di Melaka, Hassan menggesa Anwar supaya tegas dalam berurus dengan rakan komponen dalam PH tanpa membelakangkan sentimen akar umbi PKR.

“Tengok apa jadi, PKR yang buang logo sendiri dapat kosong kerusi. (Anwar) kena berkeras juga, tak bolehlah berlembut saja.

“Paling terbaru, bila pemimpin kanan PH tandatangan MoU dengan pihak kerajaan, pengundi akan tertanya-tanya, apa bezanya kerajaan dengan kita? Apa beza PH dengan parti lain yang terima calon lompat?” katanya.

Sementara itu, ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu dari DAP, mahu semua pemimpin utama PH tampil mengakui segala kesilapan pada PRN Melaka yang membawa kepada kekalahan teruk itu.

Bekas pemimpin DAP pusat itu berkata antara yang perlu diberi tumpuan adalah defisit kepercayaan pengundi bukan Melayu yang enggan keluar mengundi pada PRN kali ini.

“Kena ada pemimpin utama dari PH bertanggungjawab dan berani mengaku mana kekurangan dan kesilapan supaya penyokong dan pengundi di luar boleh faham dan terima kekalahan itu,” kata beliau kepada FMT.

“Cari semula formula atau pendekatan baru untuk pikat hati pengundi. Nampaknya kita sudah kehilangan keyakinan pengundi. Jadi, kita kena perbetulkan semua (ini),” katanya.

Terdahulu, kalangan penganalisis politik menyifatkan kekalahan besar PKR pada PRN Melaka, sebagai “tamparan hebat” bagi Anwar.

James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, kekalahan itu disebabkan hilangnya keyakinan rakyat kepada Anwar, yang dilihat sebagai individu utama di sebalik keputusan PH “menerima katak politik”.

“Jika trend (kekalahan) ini berulang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tahun depan, PKR akan musnah,” katanya.


KEH..KEH...DIAM SELOP...TUNGGU SURAT SAMAN KOT...

 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎Odmnt Dewan Muslimat PAS Malaysia- DMPM Nov 26, 2019 Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia Oleh KAMARUZAMAN MOHAMAD Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 26 November 2019| 29 Rabiul Awwal 1441... See More KENYATAAN MEDIA فَالنَالسلاسَالسَاسانسن Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Amaran Kepada PH: Jangan Budayakan Arak Dalam Masyarakat KAMARUZAMAN MOHAMAD Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 26November 2019 Rabiul'Awwal 1441H Muafakat Nasional Mmbina.My Membina Malay Follow Like Follow Like Kamaruzaman Mohamad paspusat Kamaruzaman Mohamad my @KamaruzamanKZ‎"‎‎

ADLY ZAHARI UCAP TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI PRN MELAKA, PH AKAN BANGKIT SEMULA

 

Terima kasih kepada semua pengundi yang telah memenangkan 5 kerusi Pakatan Harapan. Terima kasih kepada semua rakyat Melaka yang telah keluar mengundi. Terima kasih kepada pengundi di DUN Bukit Katil. Terima kasih kepada SPR yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan PRN Melaka. Dan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh jentera Pakatan Harapan yang telah bekerja keras siang dan malam untuk memenangkan Pakatan Harapan. Terima kasih semua. Kita akan bangkit semula. #IniRumahKita #TerusBerjuang #MoveForward

May be an image of 1 person and text that says "HAR PAN Terima Kasih Semua Kita Akan Bangkit Semula #TerusBerjuang #MoveForward Adly Jahari @AdlyZahariOfficial"

BARU KELUAQ GUA

 May be a Twitter screenshot of 3 people and text that says "Dr MAZA official @realDrMAZA Sampai 100 juta. Apa nak jadi dengan negara ni. Apakah mereka tak kesian pada kita rakyat jelata?! Translate Tweet 4:07 PM 19 Nov 21 Twitter Web App 107 Retweets 36 Quote Tweets 251 Likes La F”Eas- biru yg lebih m... Replying to @realDrMAZA Hahahaahahahhahahahahahahahaa baru keluar gua kelam Hahahahahahahah 46m 11 sc @sccssccsccs 1h Replying to @realDrMAZA tak apa la, asalkan kerajaan melayu-isle. 28 furqan abdullah @furganyarmouk. 39m Replying to @realDrMAZA Tanya lah sendiri sahabat baik Dr yg jadi menteri wilayah tu. Takkanlah dia tak tahu pasal ni? Demikianlah, asalkan melayu-islam, kurang mudarat. 18"

KALAH HANGPA SALAH DIA

 

MOHD SHOUQI TAUPOI


Anwar Juga Dipersalahkan.Waktu Ada Kuasa,Hampa Xpandang Langsung Kat Dia,Bila Hilang Kuasa Pakat2 Nk Cari Salah Dia.

Lepas Tu Bila Nak Atoq Sesuatu Hampa Suruh Dia,Bila Xberjaya Hampa Pakat Maki Dia Pula..
Cilakoyyy Betul Hampa Ni...
Tetap Setia Bersama DSAI.
Lawan Tetap Lawan

May be an image of 1 person

MAHIADDIN, BILA LAGI NAK TEKAN ‘BUTTON’?


Apa yang pasti, selepas PRN Melaka ini para pemimpin UMNO tentu lebih tinggi sombong, ego serta lagak mereka.

Kemenangan cemerlang BN secara solo itu bukan saja akan menjadikan Bersatu terus menjadi sasaran permusuhan, malah juga jadi perlecehan yang berterusan daripada pemimpin-pemimpin UMNO, meski kedua-dua parti duduk bersama dalam membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Sebagaimana sekarang UMNO dan Bersatu ibarat anjing dan kucing yang bermusuhan setiap hari, kemenangan bergaya BN di Melaka tidak lain hanya akan merancakkan lagi pertelagahan tersebut.

Tidak terkecuali daripada itu, Pas yang sebelum ini menolak pelawaan UMNO untuk bersama mereka dan lebih memilih bersama Bersatu dalam PN, pasti turut akan ditolak sama selepas ini.

Teori UMNO tidak mampu menang secara sendirian tanpa bekerjasama dengan Pas dan Bersatu untuk berlawan dengan PH telah terbukti tidak betul sama sekali.


Untuk itu, Pas dan Bersatu sudah tidak diperlukan lagi oleh UMNO perjalanannya untuk menuju PRU15 akan datang.

Melalui kemenangan lebih 2/3 di Melaka, UMNO kini juga sudah boleh menghantar keranda kepada Pas untuk Muafakat Nasional dikuburkan dengan serta-merta.

Sebagaimana Bersatu sudah ditolak, Pas juga bukan lagi keperluan UMNO untuk dijadikan sahabat kerjasama.

Rasionalnya, kalau UMNO sudah boleh menang sendiri dan tanpa berkongsi kerusi, apa lagi perlunya ada Pas di sisi?

Walaupun Bersatu dan Pas yang berada dalam Perikatan Nasional masih merupakan sebahagian kerajaan di peringkat pusat, keberadaan kedua-dua parti itu hanya penting kepada Ismail Sabri Yaakob, tetapi tidak kepada UMNO.

Zahid Hamidi dan Najib Razak yang kini menguasai UMNO bukan saja paling gembira selepas kejayaan di Melaka, malah barangkali sedang merancang skrip seterusnya untuk terus memperlekeh Mahiaddin Md Yasin dan Bersatu.

Soal bahawa PN yang diterajui Mahiaddin masih merupakan gabungan yang diperlukan oleh Ismail Sabri untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri bukan lagi merupakan pertimbangan yang penting bagi Zahid Hamidi dan Najib.

Bagi mereka, kalau Mahiaddin, PN atau Bersatu mahu menarik sokongan sekali pun terhadap Ismail Sabri, ia bukanlah perkara yang membimbangkan kerana jika diadakan PRU15 kemudiannya, BN secara solo pasti senang-senang boleh memenanginya sebagaimana telah terbukti di Melaka.

Dalam semua keadaan ini, berapa lama Mahiaddin dan Bersatu mampu menahan rasa pedih hati jika hari-hari diperlekeh oleh Zahid Hamidi, Najib serta lain-lain pemimpin UMNO?

Masih lagikah tak mahu menekan apa-apa “button” untuk memberi pengajaran kepada UMNO?

Tambahan lagi, disebabkan pernah menjadi Perdana Menteri, Mahiaddin tidak rugi apa-apa jika kerajaan Ismail Sabri yang dibayangi Zahid Hamidi dan Najib ini dijatuhkan, silap-silap peluangnya terbuka lagi untuk menduduki kerusi Perdana Menteri buat kali kedua. –


 ShahbudinHusin 21/11/2021.




PUTAR BELIT PENYAMUN

 "Saya tak tahu harga tanah itu, saya tak tahu siapa masukkan duit dalam akaun, saya tak tahu tandatangan siapa, saya tak tahu, saya tak tahu, saya tak tahu, saya tak tahu, saya tak tahu"


Manusia yang banyak berdalih macam ini dan langsung tak ada rasa empati lepas makan harta rakyat secara batil, penyelesaiannya hanya satu, persaksian di hadapan Hakim yang Maha Agung. 


"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan". (Q36:65)


Yang paling sedih adalah pengikut yang mempercayai apa yang pemimpin mereka kata 100%; wala membuta walaupun ia menyalahi sunnatullah. Siap bangga memuja-muji pemimpin tersebut di dunia.


"(Dikatakan kepada mereka): "Ini adalah suatu rombongan (pengikut-pengikutmu) yang masuk berdesak-desak bersama kamu (ke neraka)".(Berkata pemimpin-pemimpin mereka yang durhaka): "Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka karena sesungguhnya mereka akan masuk neraka". Pengikut-pengikut mereka menjawab: "Sebenarnya kamulah. Tiada ucapan selamat datang bagimu, karena kamulah yang menjerumuskan kami ke dalam azab, maka amat buruklah Jahannam itu sebagai tempat menetap".Mereka berkata (lagi): "Ya Tuhan kami; barang siapa yang menjerumuskan kami ke dalam azab ini maka tambahkanlah azab kepadanya dengan berlipat ganda di dalam neraka". (Q38:58-61).


Menariknya Quran memberi rakaman tentang jaminan dari pemimpin yang zalim tadi untuk pengikut setia mereka. Mereka ini akan di kumpulkan bersama-sama tapi tiada lagi puji-pujian, malahan penyokong mereka juga meminta azab dua kali ganda terhadap pemimpin yang menipu mereka di akhirat. 


Bayangkan pengikut yang taksub dengan pemimpin yang zalim, pemimpin tadi sudah bermewah-mewah di dunia dengan harta yang batil, yang menyokong itu bukannya senangpun. Di akhirat nanti di kumpulkan pula bersama-sama; sudah la susah di dunia, di akhirat juga masih lagi hina. 


Moga Allah lindungi kita dari ketaksuban, kejahilan dan tunjukkan kita ke jalan yang lurus.


Mmms



POST MORTEM...PASCA PRU MELAKA.

Mohd Shah Rim


Kenapa UMNO masih mendapat sokongan org Melayu walaupun pemimpin mereka terpalit dgn pelbagai skandal, salahguna kuasa, amalan rasuah..KENAPA..???


Aku dah tegur pemimpin PH agar bangun dari tidur tapi semua tak peduli teguran penyokong bawahan... Unit strategi dan komunikasi PH telah ditubuhkan, tapi apa peranan mereka untuk menangkis dakyah PH gabungan politik anti Melayu dan Islam..??


Dakyah dan doktrin mengenai PH adalah strategi musuh politik untuk menakutkan orang Melayu bukan saja diMelaka tapi strategi ini dijaja diseluruh Malaysia (kecuali Sabah/Sarawak).


Kemenangan BN diMelaka juga disumbang oleh pengundi wanita, satu lagi faktor yang kurang diberi penekanan oleh PH, gerak kempen UMNO dalam mendekati pengundi wanita memang very organised dari sayap wanita sehinggalah puteri.. 

 

Tak salah jika PH mencontohi kempen Wanita dan Puteri UMNO demi kebaikan dimasa depan.


Tindakan Anwar Ibrahim dan Mohd Sabu  yang mengambil risiko menerima ADUN 'BEBAS' dari UMNO adalah fatal mistake, bagilah apa reason sekali pun, it cannot justify a sins because it was wrong from beginning. Malah, most of hardcore supporter of Pakatan HARAPAN pun tolak dan tak mahu PH menerima mereka but not avail..


Peratusan pengundian yang rendah membuktikan penyokong PH sendiri tidak mahu terlibat dgn PRU Melaka kerana merasakan mereka telah dikhianati oleh pemimpin sendiri.


Aku memilih untuk tidak berkempen dan PH kalah di PRU Melaka, sebenarnya aku nak tengok sejauh mana kebolehan jentera siber PH yg  hebat dan handal belaka, mereka ada bayaran berbanding aku yg berkempen untuk PH free of charge... terbukti tanpa pemain siber independent like me, PH in wrong end, but they never learn from a mistake and keep repeating and refused to acknowledge what went wrong..


PH mempunyai kualiti but to succed, leader's must lead by example, make a right decision  and minimize the risk.. tak guna sembang pasal prinsip blah blah blah but keep repeating the same mistake again and again.


Kemenangan BN memberi kelebihan untuk PH menumpukan pada agenda yg lagi penting PRU ke15..jika PH nak berjaya.. kenalpasti kelemahan dan jgn segan untuk mengakui kepincangan.



TERIMA KATAK DAN PENGUNDI TAK BALIK PUNCA PH KALAH

 

Logo tak ada kaitan. Menyalahkan penggunaan logo sebangai punca kekalahan adalah satu benda yang tak masuk akal, kalau betul logo PH itu punca pengundi tak kenal, macam mana PH masih boleh bertahan dengan 5 kerusi? Dan kalau logo BN itu sangat keramat, kenapa PRN Sarawak nanti GPS tak pakai logo BN tapi pakai logo GPS. Dan kenapa Perikatan Nasional yang hanya 17 bulan boleh menang 2 kerusi; paling ajaib di kerusi yang banyak undi awal (undi pos?). 


Masalahnya pimpinan PH tak tahu siapa pengundi PH atau buat pura-pura tak tahu. Dari keputusan PRU14 lagi sudah nampak yang pengundi PH adalah majoriti dari M40 dan T20 ( kelas pertengahan dan kelas atas). Mengatakan yang golongan ini tak undi PH sebab logo adalah sama seperti kata mereka ini adalah buta huruf dan tak reti mengeja. Betul, logo ada signifikannya mungkin bagi saluran 1 dan 2 bagi pengundi totok UMNO/BN. Dan di PRN Melaka saluran ini yang banyak mengundi sebab yang pengundi luar @ atas pagar semua banyak yang tak pulang.


Kekalahan ini bukan sesuatu yang mengejutkanpun. Saya tahu pimpinan PH juga sudah dapat taklimat yang PH akan dapat kurang undi Melayu tapi tindakan mengambil bekas UMNO itu adalah satu tindakan yang fatal. Kan Newton sudah kata "for every action there is an equal and opposite reaction", atau macam pepatah Melayu selalu tulis yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran. 


Mengambil bekas ahli UMNO ini adalah tindakan konsensus, jadi pimpinan PKR adalah sama bersalah dengan pimpinan Amanah, dan juga Pengarah Pilihanraya PRN Melaka sebab benarkan mereka bertanding di bawah bendera PH. My respect is on DAP sebab jelas menolak "katak-katak" ini. Jadi ketiga-tiga individu ini kena bertanggungjawab dan perbaiki sebab kita ada PRN Sarawak pula selepas ini.


Bertanding atas agenda reform makna kita kena fully reform bukan hanya di bibir. Kalau tidak kita akan jadi sama dengan Parti Lebai yang sudah di tolak bulat-bulat oleh masyarakat. Dan kena ingat politik ini adalah sentimen, bila BN especially Banduan Antarabangsa main isu katak, regardless explanations yang pimpinan PH kata (nak kata mereka di pecat bukan melompat), orang tak mahu dengar. BN pun ada Adun Katak Rumbia tapi kenapa mereka boleh menang? Jangan di tanyalah kenapa, kalau banduan antarabangsa pun mereka boleh angkat sebagai boss, tengoklah pengundi mereka dari demografi yang mana.


Saya pernah ulas dulu, scenario terburuk adalah PH akan kembali semula kepada keadaan PRU13 dan ini adalah mirip kepada keadaan tersebut. 


On the flip side, Bersatu dan mereka yang bersetongkol dengan langkah Shereton sudah dapat lihat apa nasib mereka untuk PRU15. 2 Kerusi yang mereka menang ini pun satu kerusi dari undi POS, satu lagi kerusi yang mana 2 calon DAP dan MCA hampir sama, dan PN yang meletakkan calon Melayu dapat jadi King Maker. 


Sebab itu Ilham Centre tulis kalau peratusan pengundi bawah 80%, PH sukar hendak tawan Melaka dan mereka tepat.  


Peratusan undi popular PRN Melaka ikut ilham centre.


BN 40%, 

PH 33% 

PN 24% 


Dalam PRU14 undi popular adalah seperti di bawah. 


PH 5,685,252 undi 50% 


BN 3,624,921 undi 32%  


PAS 2,043,159 undi 18%.


Maknanya PH hilang secara kasar 17% undi dalam PRN Melaka dan kalau hendak menang ikut track rekod PRU14 kena ada paling kurang 50%. Mungkin 17% tadi termasuk dalam golongan yang sudah terkesan dengan pendemic dan election fatigue? Kalau ini caranya, PH kena segera push untuk akta lompat parti, bagi pengundi tahu yang undi mereka itu tidak sia-sia. 


Pimpinan PH kena ingat, bila pengundi cerdik, demand mereka akan jadi tinggi. Politik adalah arena menjual idealogi. Macam kalau kita release smartphone yang tak cater public interest, mereka boleh tukar pada brand lain. Gen millennial ini, brand loyalti adalah kurang. Kita tak boleh harap yang pesaing kita keluarkan product yang subpar untuk attract pengundi, kita sendiri kena improve, improvise produk kita baru ada orang hendak membeli.


Macam saya sendiri, weekend saya sibuk dengan kelas universiti, masa dengan keluarga dan ia sangat berharga. Orang yang mid/upper class biasa mereka akan kira masa mereka untuk membuat kerja yang lebih value dan berfaedah, mereka tahu PRN Melaka takkan merubah tampuk pemerintahan negara lepas tu buat benda tak cerdik macam ambil calon recycle dari UMNO, awak fikir adalah mereka akan rasa masa dan wang yang mereka spend itu berbaloi? Jangan mudah salahkan pembeli kalau produk yang kita tawarkan itu sendiri tak menarik. 


On the flip side, kalau PH tak ambil calon recycle dari UMNO pun belum tentu menang, tapi sekurang-kurangnya maruah PH tak tercalar bila kita sendiri kata kita ini reform. Ingat perjuangan ini bermula dari 22 tahun yang lepas, rata-ratanya dari anak muda dan ramai yang kini sudahpun tua; mereka ini semua masih lagi setia berjuang untuk satu total reformasi dalam sistem. 


Ingat PRU14 dulu ramai yang berkorban wang ringgit dan masa beli tiket kapal terbang dari luar negara hanya kerana sekeping undi? Bila dah dapat kerajaan boleh pula mengkhianati. Paling tak boleh bla ada pula suara sumbang dari MUDA dan Pejuang sindir dan kata PRU14 menang sebab Mahathir. Lagi best yang sindir itu sendiri tak mahu bertanding PRN Melaka. Ni nak cakap, kalau Pejuang dan Muda bertanding PRN Melaka, masib mungkin atas sikit dari Putra tetapi hilang semua pozek, sedangkan PAS yang berpuluh tahun itu pun dapat telur, inikan parti yang sendiri jadi co-conspirator dalam langkah Shereton.   


3 hari lepas Kit Siang tulis DAP submit nama Shahredzan untuk jadi senator pada 2019 tapi sengaja di lambat-lambatkan, jadi ini bertepatan sekali dengan kata Husam Musa yang jawatan senator itu sendiri sengaja di simpan untuk berkhianat.


Apa-apapun PRU15 adalah balasan kepada pengkhianat yang merancang langkah Shereton. Ada yang gila nak jadi PM selama-lamanya, ada yang gila nak jadi PM tapi bila dah jadi hanya pandai baca doa dan bagi PDF, ada kitul yang suka tikam belakang, lompat sebab nak jadi PM juga; last-last semua tak dapat. Kalau UMNO/BN menang PRU15, saya hendak lihat mereka bertiga-tiga ini menjadi kluster mahkamah pula; you reap what you sow.  


Saya juga berdoa yang Tan Sri Duta panjang umur dan kekal bersama dengan Tan Sri PDF. Padan lebai tak mahu bersama BN sebab BN hanya mahu bagi mereka 2 kerusi sahaja. Tapi kalau di campurkan kerusi PN + BN, PH mungkin hanya akan dapat kerusi macam PRU12; jadi kita kena elak 2 penjuru.  


Saya juga tak nafikan yang PN habiskan berjuta-juta ringgit untuk kempen baik di sosial media dan juga fizikal. Kalau tak percaya tanya macam mana mereka boleh dapat slot khas dengan sinar harian, iklan dengan site macam rotikaya etc, semua itu pakai duit bukan percuma. 


Kita faham PH ada kekangan kewangan, kita memang underdog dari dulu tapi bila buat keputusan sesuatu, jangan alienated penyokong dan pengundi PH yang sedia ada. Kalau PH kalah tanpa adun lompat kami yang jadi pengerak sosial media macam saya boleh terima, itu kalah berprinsip. Benda sensitif yang susah hendak di terangkan dalam satu ayat mudah adalah satu sentimen negatif yang banyak implikasi dia. Juga tak lupa dengan DAP yang banyak melompat isu judi dan arak, padahal DAP sudah tahu itu semua permainan lebai hanya untuk PRN. Esok lusa lebai akan halalkan semula. 60 tahun berpolitikpun masih kena main.


Sebagai penutup, PH masih lagi jadi parti alternative untuk mereka yang tolak korupsi dan mahukan islah. Tapi perkara islah itu kena selari dengan tindakan sebab penyokong PH rata-ratanya bukan memajak akal pada pimpinan. Ini juga menidakkan kata-kata pengtaksub yang mahu PKR bertanding 222 kerusi kata boleh menang; jadi sudah faham kenapa saya kata PH itu sendiri lebih besar dari PKR, DAP, Amanah atau UPKO?


Keputusan ini sudah menyakinkan UMNO untuk bertanding secara bersendirian untuk PRU15. Sebab itu PRU14 mereka sengaja pilih hari berkerja untuk mengundi sebab pengundi teras mereka ada di tempat lokal. Lagi kurang jumlah pengundi lagi tinggi peluang BN menang. Macam mana PH banyak bergantung pada pengundi luar, macam itu juga lebai bergantung pada pengundi luar kelantan untuk menang. Kalau UMNO Terengganu tak mahu berkongsi dengan Lebai Terengganu, maka 3 penjuru sudah pasti terjadi. 


Cumanya bila 3 atau 4 penjuru pastikan yang perpecahan undi tersebut dapat kepada PH bukan pada blok king maker.


Saya juga percaya yang PRU15 nanti banyak undi golongan muda yang lebih cerdik dan tak terpaut pada sentimen kepartian. Jadi adalah penting PH untuk menunjukan qudwah hasanah, role model yang terbaik dan kenapa PH berbeza dari parti politik yang lain. Undi 18 ini sangat signifikan sebab itu GPS tergesa-gesa bubar sebelum undi 18 automatik tahun hadapan dilaksanakan. Kalau PH boleh explain dengan baik, yakinkan semula aktivis PH insyallah masih lagi ada peluang. Kalau tak jadilah seperti definasi insanity, membuat perkara yang sama berulang kali dan berharap dapat keputusan yang berbeza. 


Kalau PH berani, pimpinan Amanah dan PKR kena tukar, tukar pada siapa itu hangpa sendiri pandai-pandailah. Tak payah nak tarik nama Rafizi sebab dia sendiri kata dah pencen. Kalau nak retain juga pimpinan yang sama, you need to deliver a magic, start listening to the grassroot bukan punahsihat yang di sekeliling. 


Negara ini sebenarnya sudah sakit tenat, baca pendedahan dari edisi siasat tentang kecurangan penguasa mengiakan yang ia hanya dapat di selamatkan hanya melalui total reformasi politik. Tapi takat ada camera 128Mega pixel , 20GB RAM 1TB Storage, Snapdragon 888, kalau di balutkan oleh manufacturer cap ayam tak ada orang akan beli.  Jadi spesifikasi telefon dan jenama itu perlu seiring dalam satu pakej barulah pembeli akan tertarik.  


MMMS



Kekalahan PKR di PRN Melaka ‘tamparan hebat’ bagi Anwar

ng Pek Mei

 -
Penganalisis berkata, rakyat kini mungkin mempersoalkan kepimpinan Anwar Ibrahim.

AYER KEROH: Kekalahan besar PKR pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, di mana parti itu tumpas di semua 11 kerusi ditandingi, adalah “tamparan hebat” bagi presidennya, Anwar Ibrahim, kata seorang penganalisis.

James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, kekalahan itu disebabkan hilangnya keyakinan rakyat kepada Anwar, yang dilihat sebagai individu utama di sebalik keputusan Pakatan Harapan (PH) “menerima ‘katak’ (politik)”.Beliau merujuk kepada keputusan Anwar dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mencalonkan dua bekas ahli Umno, Idris Haron and Noor Azman Hassan, dalam PRN.

Chin menyifatkan hilangnya sokongan kepada PKR ini sebagai “trend yang sangat berbahaya”.

“Jika trend ini berulang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tahun depan, PKR akan musnah,” katanya kepada FMT.

PKR memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada pilihan raya umum 2018 (PRU14)

Kata Chin, jelas bahawa DAP adalah satu-satunya parti Pakatan Harapan (PH) yang menunjukkan prestasi baik di Melaka.

Parti berkenaan memenangi empat daripada lapan kerusi ditandinginya, manakala Amanah hanya satu daripada sembilan kerusi ditandingi.

Chin berkata, satu lagi pihak yang kalah besar adalah Perikatan Nasional (PN), memandangkan Gerakan tidak memenangi satu kerusi pun, walaupun bertanding di lima kerusi, dan PAS (yang tidak memenangi mana-mana lapan kerusi ditandingi) “bukanlah peserta serius di Melaka”.

“Jadi, saya rasa Muhyiddin (Yassin) agak bermasalah sekarang,” tambahnya.

Seorang penganalisis lain, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah juga berkata, rakyat mungkin mempersoalkan kepimpinan Anwar.

“Seperti yang kita tahu, semasa PRU14, Wan Azizah yang memimpin PKR ke arah kejayaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, rakyat perlu terima bahawa Melaka selama ini menjadi kubu kuat BN.

“Hanya pada PRU lalu kita lihat Umno cuma memenangi 13 kerusi di Melaka,” katanya.

Lee berkata, beliau tidak percaya PKR akan mempunyai peluang lagi mendapatkan semula Putrajaya seperti pada PRU lalu.

“Saya percaya ramai rakyat Malaysia mahu melangkah meninggalkan Dr Mahathir Mohamad, Anwar atau Lim Kit Siang, serta semua muka dan nama yang sama,” katanya.

EDISI KHAS MINGGUAN 049 | PANAS!! KINI 'JASA' PENJENAYAH DIIKTIRAF KERAJ...



MENARIK DALAM EDISI KHAS 048 1. MAHIADDIN DAN ‘SCHEME OF THINGS’ MENJIJIKKAN 2. PANDANGAN TUN KHALIL YAAKOB SATU PENGIKTIRAFAN 3. PEMBERIAN HARTANAH RM100 JUTA KEPADA NAJIB, PH AKAN PROTES DI DEWAN RAKYAT




[[LIVE]] 20.11.21Ramalanku Benar Lagi. Bila Kita Nak Sedar?


[LIVE]] 20.11.21 Ramalanku Benar Lagi. Bila Kita Nak Sedar? Kita memang tak suka kebenaran, tapi kebenaran itu pahit. Yang mengipas akan panas.



Pakatan Harapan: Sidang Media Bersama Pimpinan Selepas PRN Melaka 20/11/...



KOMEN DARI PEMBACA

Waktu PH memerintah , kegairahan inginkan DSAI jadi PM memecah belah kan gabungan PH , DSAI berbaik dengan BN demi mendapat sokongan PM melemah kan sokongan PH, DSAI Menyokong MOU menghilangkan kepercayaan PH , DSAI Mengambil Katak kedalam PH membuat penyokong bertamabah kesal / marah dan bertidak di pilihian di Melaka. Tampa Rafizi PH tak kan kemana. Tiba masa nya yang Muda mengemudi bahtera manuju wawasan yang di ingin kan rakyat.





PROJEK PEMBODOHAN PAS KEPADA RAKYAT



Beliau memberi hibah hanya 1.25 peratus tetapi halalan toyiban, mengikut undang-undang. Halal. Bukan dengan cara mengorek aset simpanan. Mujahid berkata, SPV iaitu, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan, iaitu Kerajaan, bukan swasta.

ADAKAH PERKARA INI SERINGKALI BERLAKU

 


FATMA SYAHID


May be an image of 1 person





Siapa Iswardy,kenapa Iswardy lihatlah pada usahanya utk bangunkan PKR kembali terutama dun N15 Asajaya,tiada siapa yg mampu daftarkan ranting berdaftar secara sah di Sarawak kecuali di dun Asajaya,lihatlah kerja2 kemasyarakatan dn bantu yg perlu utk rakyat didun Asajaya memberi harapan kpd ahli2 yg sudah begitu lama tapi tidak tahu hala tuju,sejak 2019 dia turun dn gerakkan balik PKR tanpa bantuan satu sen pun dari parti utk program yg kos nya puluhan mungkin cecah ratus ribu semuanya atas ikhtiar sendiri dn rakan2 yg lain,semuanya utk naikkan nama parti,tiba2 bila sudah ada cahaya dihujung terowong pihak yg dulu lepas tanggan kini sibuk nk dicalonkn hanya kerana atas nama kawan seseorang yg berpengaruh dlm MPN,tuan puan fikirkan,adilkah org yg menanam tapi dituai org lain,semoga Iswardy terus berjuang walaupun sentiasa diduga.

BUKAN KERANA AI YANG KETUAI, TETAPI BANYAK FAKTOR LAIN YANG PERLU DIKAJI. JIKA

 Kebanyakan analisa kekalahan PH meletakkan ia adalah kerana:

1. Faktor bendera
2. Faktor peratus keluar mengundi
Katanya, PH boleh menang kalau peratus undi tinggi. My take, kalau lagi ramai keluar pun, PH bukan lagi pilihan mereka sepertimana di PRU14.
Faktor bendera, katanya kalau guna logo individu parti akan lebih baik. Pandangan saya, tak semestinya. Sedangkan DAP pun boleh tumbang di 4 DUN kubu kuat mereka, jelas tunjukkan faktor bendera tak jadi punca.
Let me just be blunt, faktor utama pada pandangan saya:
1. Katak berprinsip
- Ini buatkan penyokong PH dulu pun lari. PH yang lari dari prinsip. Dan nampak berdolah dalih. Saya ada sebut dalam posting sebelum ini.
2. Anwar Ibrahim ketuai
- Pada kebanyakan orang Melayu, mereka memang percaya kes yang melibatkan AI. Antara kes NR dan AI, they still view NR as a lesser evil. Disabitkan dengan kes Korupsi itu tak nampak sejahat kes meliwat dan homosexual. Itu mentaliti orang kita. Yang PH harus terima.
- Even AI pun ketahui yang beliau sukar dapat undi Melayu. Itu sebab Langkah Port Dickson dibuat di kawasan majoriti bukan Melayu.
- Bagi pengundi Melayu, AI is still a liability. Menerima dia sebagai Ketua atau Perdana Menteri bermaksud Melayu dah jadi liberal. Pada mereka, orang sebegitu tak layak jadi Perdana Menteri.
3. Faktor boogeyman DAP dan PKR parti liberal
- Ini tak berjaya dipatahkan dengan jayanya oleh kedua2 parti.
- Menunjukkan orang Melayu even yang atas pagar menolak mereka.
The thing is, Adly walaupun datang dari parti paling kecil, masih mampu menang di Melaka. Ini menunjukan satu benda. Kalau kualiti pemimpin hebat dan kredibel, pengundi takkan undi ikut parti. Mereka akan push untuk ADUN atau MP berkualiti.
Makanya, next PRU siapa yang banyakkan MP atau ADUN macam Adly, mungkin ada peluang menang banyak tempat.
PH perlu muhasabah diri.
Soalan saya, yang saya pernah tanya banyak kali sebelum ini:
“Adakah perjuangan PH ini hanya untuk meletakkan AI sebagai PM?”
Tepuk dada, tanya selera.

Pegawai kanan KKM meninggal dunia seminggu lepas ambil dos penggalak

 

Pegawai kanan KKM meninggal dunia seminggu lepas ambil dos penggalak.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr. Chai Koh Meow atas pemergian beliau pada 17 November 2021”.

Demikian catatan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai pemergian Ketua Penolong Pengarah Kanan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan itu yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, masyarakat setempat dan komuniti perubatan tradisional dan komplementari.

Menurut beliau, Koh Meow telah melengkapkan dos vaksinasi penggalak Covid-19 pada 9 November lalu.

“Beliau tidak melaporkan apa-apa kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut. Malah beliau telah hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga kelmarin.

“Adalah dimaklumkan bahawa siasatan mengenai punca kematian mendiang masih berjalan. Kementerian Kesihatan memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau sehingga keputusan bedah siasat rasmi diperoleh,” katanya.

Beliau menambah, Kementerian Kesihatan juga memohon masyarakat umum menghormati privasi keluarga mendiang.

“Pihak kementerian berdukacita dengan pemergian salah seorang pegawai kami yang komited dan berdedikasi dalam tugasan beliau,” katanya.

MELAYU KEMBALI SOKONG UMNO, CINA JAUHI PH – ILHAM CENTRE

 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂𝗮𝗻

Setelah melalui tempoh kempen selama 12 hari, akhirnya PRN Melaka melabuh tirai malam ini.

Sekitar pukul 9.55 malam sekejap tadi SPR telah membuat sidang media awal mengumumkan keputusan PRN ini.

Seperti hipotesis awal dan dapatan kajian lapangan kami, BN berjaya mendominasi pertembungan ini.

Jangkaan kami bahawa kadar keluar mengundi rendah juga tepat apabila hanya 61 peratus pemilih biasa menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pukul 4 petang (SPR belum mengumumkan angka rasmi).

Sebagai analisis awal, keputusan PRN Melaka ini memberi beberapa makna penting yang boleh diambil maklum oleh pihak-pihak berkenaan.

𝗙𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗞𝗲𝗹𝗲𝘀𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸

Kadar keluar mengundi yang rendah menggambarkan fenomena kelesuan politik (political fatigue) dalam kalangan pengundi.

Pelbagai drama dan aksi politik yang dipamerkan oleh pemimpin dan parti politik pasca PRU14 menyebabkan pengundi mula bosan terhadap politik.

Perspektif negatif terhadap politik ini banyak melanda generasi muda serta golongan dengan tahap sosio-ekonomi menengah dan ke atas.

Ini menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi terutamanya pengundi yang berada di luar kawasan.

Senario ini sangat tidak bagus untuk iklim politik negara apabila ada segmen tertentu rakyat mengambil keputusan menyisih diri dalam proses penting sistem bernegara ini.

𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗨𝗺𝗻𝗼

Dalam PRU14 lalu BN gagal mempertahan Melaka apabila berlaku ayungan pengundi Melayu kepada PH disebabkan beberapa faktor bersifat semasa.

Antara faktor tersebut adalah GST, 1MDB dan keyakinan etnik Melayu terhadap PH apabila Dr Mahathir menerajui kempen tersebut.

Apabila faktor tersebut telah pudar sekarang, pengundi etnik Melayu yang sebelum ini memilih PH telah kembali menyokong Umno dengan mengundi BN.

Ini akan mengembalikan semula Umno sebagai parti dominan di kawasan lingkaran Melayu seperti yang dikecapi oleh mereka sebelum PRU14

𝗟𝗲𝗴𝗶𝘁𝗶𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗨𝗺𝗻𝗼

Berlaku perdebatan hangat dalam kalangan kepimpinan Umno sendiri sama ada akan bertanding sendirian dalam PRN ini atau bergabung dengan PN.

Tim yang diketuai oleh presiden Ahmad Zahid Hamidi berkeras untuk bertanding sendirian dengan mengenepikan Bersatu dan Pas.

Keputusan malam ini adalah legitimasi penting bahawa keputusan untuk bertanding sendirian tersebut adalah tepat.

Keputusan ini akan memberi keyakinan kepada Umno yang mengetuai BN untuk meneruskan pendirian bertanding secara sendirian dalam PRU15 nanti.

Keputusan ini juga mengabsahkan strategi politik Zahid Hamidi, sekaligus membantu menguatkan kedudukan beliau sebagai presiden menjelang pemilihan kepimpinan Umno nanti.

𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶

Sepanjang mengumpul data di lapangan, pengundi memberi maklum balas baik terhadap kepimpinan mantan KM Melaka Adly Zahari.

Pengundi juga memberi perspektif sangat positif terhadap prestasi pentadbiran kerajaan PH sebelumnya yang diketuai oleh Adly.

Meskipun memberi kredit besar kepada Adly dan kerajaan PH sebelumnya, namun majoriti pengundi menyatakan komitmen untuk mengundi BN.

Ini kerana mereka cenderung memberi undi berasaskan parti politik berbanding faktor calon dan isu semasa.

Keputusan malam ini mengesahkan bahawa etnik Melayu khususnya masih mengundi bersandarkan faktor parti berbanding faktor2 lain.

𝗜𝘀𝘂 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻

Sejak awal kempen, pengundi telah menunjukkan sikap lebih mementingkan isu bersifat setempat berbanding isu nasional.

Sebab itu walaupun PH dan PN banyak menggunakan isu permohonan tanah dan rumah RM100 juta oleh Najib pada penghujung kempen, namun isu tersebut tidak berkesan.

Di sebalik isu tersebut dan beberapa isu rasuah pemimpin tertinggi mereka yang digunakan oleh pihak lawan, Umno masih menang bergaya di kerusi-kerusi yang ditandingi mereka.

Ini membuktikan pengundi Melaka kurang memberi perhatian terhadap isu bersifat nasional, sebaliknya lebih fokus kepada motivasi bersifat setempat untuk mengembalikan Umno ke tapuk kuasa negeri.

𝗣𝗡 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗮𝗺𝗲𝗿 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴

Sebagai gabungan politik baru serta bertanding sendirian tanpa kerjasama dengan BN, PN mempamerkan prestasi membanggakan dalam PRN ini.

Berjaya memenangi dua kerusi dan memberi saingan bermakna di beberapa kerusi segmen Melayu, prestasi ini secara relatif sangat cemerlang.

Ini akan memberi keyakinan baru kepada mereka untuk memberi saingan bermakna dalam PRU15 akan datang.

Setelah mengumpul sokongan agak baik dalam segmen Melayu melalui kerusi yang ditandingi oleh Bersatu dan Pas, PN perlu bersegera mengenal pasti strategi efektif untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu khususnya melalui parti Gerakan.

Lanskap politik Malaysia yang menyaksikan komposisi bercampur etnik memerlukan sesebuah parti politik perlu mendapat sokongan semua etnik bagi memberi saingan berkesan dalam PRU.

𝗘𝘁𝗻𝗶𝗸 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝘂𝗵𝗶 𝗣𝗛

PH berjaya mengungguli PRU14 di Melaka apabila diberi sokongan hampir sepenuhnya oleh pengundi etnik Cina.

Sokongan ini antara faktor yang menyumbang kemenangan DAP di semua kerusi yang ditandingi mereka serta beberapa kerusi yang ditandingi PKR.

Membuat tinjauan sepanjang tempoh kempen, telah ada indikator yang menunjukkan sokongan pengundi Cina terhadap PH semakin lemah.

Keputusan PRN ini mengesahkan bahawa pengundi Cina mula beransur meninggalkan PH dan mula memberi sokongan semula kepada BN khususnya kepada MCA.

Walaupun DAP masih berjaya mempertahankan beberapa kerusi tradisi mereka, namun parti tersebut mempamerkan keputusan yang jauh merosot berbanding PRU14 sama ada bilangan kerusi atau undi popular.

𝗠𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁, 𝗣𝗛 𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗔𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁

Walaupun tinjauan-tinjauan sejak DUN dibubarkan menunjukkan pengundi tidak bersetuju PH menerima dua bekas wakil rakyat BN sebagai calon mereka, namun petunjuk tersebut diabaikan.

Antara yang menentang keras keputusan tersebut termasuk pemilih yang mengundi PH dalam PRU14 lalu.

Antara yang kuat menentang keputusan tersebut juga adalah pengundi dalam kalangan anak muda dan pengundi etnik Cina, kedua-duanya juga merupakan segmen sokongan positif kepada PH sebelumnya.

Akibat mengabaikan suara ini dengan pelbagai alasan bersifat kosmetik politik, akhirnya PH dihukum dengan parah oleh pengundi dalam PRN ini.

Ada beberapa faktor lain lagi yang menyumbang kekalahan besar PH ini, namun keputusan menerima pelompat sebagai calon adalah salah satu sebab besar.

𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽

Tirai PRN Melaka melabuh tirainya, wacana tentangnya akan terus berlangsung untuk beberapa tempoh mendatang.

Keputusan PRN ini akan dijadikan kerangka rujukan untuk setiap parti politik merancang strategi bagi menghadapi PRU15.

Keputusan PRN ini juga akan dijadikan kerangka rujukan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk dijadikan pedoman awal pola sokongan mereka menjelang PRU15 nanti.

Selamanya warga perlu sedar, kemenangan sebenar sesebuah pilihan raya bukan parti politik, pemenang sebenar adalah rakyat.

𝗣𝗿𝗼𝗳 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗗𝗿 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗬𝘂𝘀𝗿𝗶 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺
Ketua Penyelidikan ILHAM Centre
20 Nov 2021; 11.17 malam



BAGAIMANA UMNO GIGIH MEMBANTU YANG MEMERLUKAN- TAK KIRA LAH WALAU HANYA KETIKA PILIHANRAYA

 

KAK IDA ABDULLAH


Saya nak bercerita... Ia benar dan terpulang lah bagaimana yang sudi membaca menilainya. Ia berlaku TETAPI oleh kerana sikap manusia lebih suka mengadili dari memahami MAKA iblis akan terus menang.


Peristiwa ini berlaku semasa saya masih dalam PAS. Waktu itu kami sibuk kempen untuk menawan hati orang kampung yang memang totok UMNO/BN. Seperti biasa dari dulu (sampai sekarang) modal kami semasa dalam PR dulu ialah pemimpin BN makan rasuah. 😀


Ada seorang ibu tunggal dalam kampung itu yang nampak cenderung kepada PR telah mengadu bahawa atap rumahnya bocor. Dia dan anak-anak terpaksa tadah baldi apabila hujan dan sangat takut apabila angin kencang.


Ceritanya disampaikan kepada orang PR tetapi sayangnya tiada usaha dari mereka untuk membantu ibu tunggal itu. Selang beberapa hari petugas/perayu undi dari BN telah memasuki kampung tersebut dan rumah ibu tunggal itu dikunjungi mereka. Apa agaknya berlaku?


Esoknya ada orang membawa beberapa keping metaldeck dan atap bocor rumah ibu tunggal itu ditukar. Ibu tunggal pula sudah bertukar pondok panas dari PR ke BN. 😂 Tahu apa muslimat PAS cakap?


"Kerana beberapa keping atap, imannya goyang!"


Tau apa muslimat bernama Kak Ida jawab, "Masa rumah dia bocor dan dia ketakutan bersama anak-anaknya tatkala angin kuat, di mana pula iman kita?"


Jadi... JANGAN cepat  menyalahkan orang kampung yang susah kerana mengundi BN. Mereka adalah 'simple people' yang mengharap bantuan dari sesiapa yang sudi membantu. Sifat orang kampung BUKAN macam orang bandar. Mereka jenis kenang budi.


Kamu pergi kempen pemimpin BN makan rasuah sedangkan kamu yang bersih, cuci calat tak pernah pergi jengah mereka tatkala mereka susah. Kamu ingat mereka kisah dengan kempen rasuah kamu? Kempen negara akan musnah, kedudukan negara teruk, pendidikan ketinggalan, kamu ingat ada kesan kepada mereka?


Buka pintu depan ada sarapan, buka tingkap tepi dah sedia makan tengahari, buka pintu belakang dah lepas makan malam. Kamu ingat rasuah pemimpin akan menjadi beban kepada mereka? Anak kawin, YB hulur, anak nak masuk kolej, YB hulur, kamu di mana waktu itu?


Jika PKR hilang kerusi di Melaka, ada hikmahnya supaya bangun dari mimpi dan jangan ujub dengan bersihnya kamu. Kerana sewaktu seekor anjing kehausan, pelacur itu memberi minuman dari kasutnya! Ada fahamka??? Kau ingat waktu itu pelacur itu rasa mulia dari anjing itu? Kau ingat dia tahu dia akan ke syurga kerana bantu seekor anjing? Atau kerana waktu itu dia juga rasa anjing dan dia tiada beza? Sama-sama perlu bantuan?


Selalu cakap sahaja bahawa walau jahat tetapi jika ia tersusun dan berdisplin, tetap akan menang. Walau baik dan bersih tetapi berterabur akan kalah! Gagal belajar kerana ujub dan over confident tentera Uhud? Tidak pernah mencontohi kesatuan dan keikhlasan tentera Badar?


Orang baik ujiannya ujub dan riak, jangan lupa! Apabila kau ujub dengan kebaikan mu, maka yang jahatlah akan menang kerana mereka akan bekerja berlipat ganda dan teguh ikatan mereka.


Aku rakyat yang dah bosan! BUKAN putus asa yang Malaysia akan kembali bermaruah TETAPI dah bosan dengan memberi harapan kepada yang tidak fokus mengembalikan maruah Malaysia. Ok done!

APA PUN ALASAN PH SUDAH MULA DIJAUHI- KENAPA ?//

 Faktor kekalahan

1. Terima pengkhianat

2. Ceramah tak bole

3. Pengkhianat jadi calun

4. Ramai diluar tak balik mengundi

5. Menjaga AIB PIHAK LAWAN.

6. PH kempen SYOK SENDIRI 

7. Calun PH yg ditolak ramai.

8.Lompat sana sini

9. Logo PH yg Masih belum di kenali. Ada yg kata sepatutnya kekalkan logo pkr  seperti Pru 14. 

10. Tidak dekati pengundi muda dengan lebih berkesan Dan menyeluruh.

11. Kurang Dana.