Keputusan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk membeli 500 buah
ambulans bersistem tekanan negatif, penapis HEPA dan lampu UV di saat negara
mempunyai keperluan lain yang lebih mendesak dalam memberhentikan rantaian
jangkitan Covid 19 menimbulkan pelbagai persoalan.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan (PH),
keputusan itu mencetuskan spekulasi negatif apabila ia melibatkan kewangan
negara berjumlah RM300 juta.
"Apakah rasionalnya pembelian ini? Apakah data yang
ditunjukkan dalam penyelenggaraan pesakit Covid 19 ini sehingga menyebabkan Dr
Adham memutuskan untuk membeli ambulan jenis ini dan sebanyak itu?
"Berapakah jumlah anggota frontliners yang
mengendalikan pengangkutan pesakit Covid atau jenazah pesakit Covid yang telah
terjangkiti (dengan menggunakan ambulans jenis sedia ada) ataupun menyumbang
kepada kluster baru di negara ini?
"Ini adalah suatu pembaziran yang nyata dan tidak langsung
membantu dalam penyelesaian krisis pandemik Covid 19 di Malaysia.
"Alangkah baiknya jika wang itu diguna melaksanakan
perkara-perkara seperti mengambil lebih ramai sukarelawan dalam PICK serta
memperbanyakkan Program Ujian Saringan besaran-besaran, supaya isolasi segera
dapat dilaksanakan kepada mereka yang didapati positif. Cara ini sudah tentu
dapat membendung rebakan jangkitan dengan lebih efektif," kata kenyataan
itu.
Menurut jawatankuasa itu lagi, alangkah baiknya sekiranya
peruntukan mega itu digunakan untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada
rakyat bagi mendapatkan imunisasi kelompok menjelang hujung tahun ini.
"Seharusnya peruntukan diguna untuk memperbanyakkan PPV
(Pusat Pemberian Vaksin) supaya akses kepada vaksin menjadi lebih mudah,
termasuk menggalakkan dan mempermudahkan klinik-klinik swasta beroperasi
sebagai PPV di komuniti.
"Memperluaskan lagi klinik bergerak agar vaksin meliputi
lebih ramai penduduk di kawasan pendalaman dan luar bandar.
"Juga memperbanyak lagi PPV pandulalu (drive-thru)
sebagai akses mudah bagi mereka di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar.
"Kita turut mendesak supaya Menteri memberikan jawaban kepada
persoalan-persoalan ini dengan lebih telus, jelas dan dengan kadar
segera," kata mereka.
Sehubungan itu Jawatankuasa Kesihatan PH menanyakan beberapa
soalan untuk dijawab oleh Menteri Kesihatan berhubung pembelian ambulans
terbabit.
"Mengapakah Kementerian memulakan tender 500 ambulan ini
dalam keadaan yang tergesa-gesa? Adakah keputusan ini telah mendapat kelulusan
kabinet?
"Apakah pelaksanaan tender ini dilakukan secara terbuka atau
bagaimana? Dan syarikat mana pula yang telah berjaya memperolehnya?" tanya
mereka.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly
Ahmad (Kuala Selangor, AMANAH), Dr Lee Boon Chye (Gopeng, KEADILAN), Dr Ong
Kian Ming (Bangi, DAP), Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli (Lumut, AMANAH), Dr
Kelvin Yil (Bandar Kuching, DAP), Sim Tze Tzin (Bayan Baru, KEADILAN), Alice
Lau (Lanang, DAP), Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kerajaan Negeri Selangor), Dr
Norlela Ariffin (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang), Veerapan Supramaniam (Exco
Kerajaan Negeri Sembilan), Dr Niekmah Adam (AMANAH) dan Dr Zaliha Mustafa.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sewajarnya
mengamalkan kaedah tender terbuka dalam urusan kontrak di kementerian tersebut
agar wujud ketelusan dan akauntabiliti.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, mempersoalkan
kaedah 'arahan menteri' yang digunakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia
Malaysia, Saifuddin Abdullah baru-baru ini dalam menganugerahkan kontrak
spektrum dan 5G.
"Merujuk kepada laporan media, Datuk Saifuddin Abdullah telah
menganugerahkan Syarikat Altel Communications kontrak spektrum 2x5Mhz untuk
jalur 900Mhz bagi tempoh masa lima tahun secara arahan menteri (ministerial
order) bertarikh 31 Mei 2021.
"Ini adalah bertentangan dengan tindakan beliau pada tahun
lepas apabila arahan Menteri bagi menganugerahkan kontrak 5G terpaksa
dibatalkan apabila mendapat bantahan dan kecaman orang ramai.
"Mengapa Datuk Saifuddin masih berdegil menggunakan arahan
Menteri tanpa melalui proses tender terbuka bagi menganugerahkan kontrak
sedangkan pada tahun lepas beliau terpaksa membatalkan kaedah yang sama akibat
bantahan dan kritikan banyak pihak?" tanya Akmal dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga mahukan penjelasan, berapakah
harga yang perlu dibayar syarikat tersebut bagi mendapatkan kontrak berkenaan.
Beliau juga bertanya apakah kewajaran penganugerahan kontrak
dibuat ketika darurat dan Parlimen ditutup yang menyebabkan tiada ketelusan
serta proses semak dan imbang.
"Mengapa pembangunan rangkaian 5G hanya diberikan kepada
sebuah syarikat sahaja sedangkan negara kecil lain memiliki sekurang-kurangnya
dua penyedia rangkaian 5G bagi mewujudkan persaingan serta memberi pilihan
alternatif?
"Tindakan arahan Menteri untuk penganugerahan kontrak
spektrum dan 5G ini tidak bertanggungjawab ketika mana Parlimen sedang
digantung," katanya lagi.
Tindakan penganugerahan yang tidak disemak Parlimen itu, dakwa
Akmal, dikhuatiri akan membuka ruang kepada ketirisan, monopoli dan mutu
perkhidmatan yang lemah seterusnya akan menjadi beban kepada rakyat sebagai
pengguna.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainuddin akan terus menyokong Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno, kata wartawan veteran Kadir Jasin.
Kadir berkata oleh sebab itu Muhyiddin dan Hamzah mencipta pelbagai alasan bagi menggagalkan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Muda.
Katanya, dengan mengekalkan Ahmad Zahid, ia akan dapat melemahkan Umno dan memastikan parti itu kekal dalam Perikatan Nasional (PN).
“Mahiaddin (Muhyiddin) dan Hamzah ‘kenal’ siapa Ahmad Zahid dan mereka mempunyai kuasa memastikan dia tidak belot terhadap PN. Tengok sajalah macam mana Ahmad Zahid membuat ‘U-turn’ terhadap sokongannya kepada Anwar Ibrahim akhir tahun lalu.
“Buat masa ini, Ahmad Zahid menikmati kebebasan daripada cengkaman Mahiaddin dan Hamzah dengan berselindung di sebalik kekuatan kumpulan yang mendesak supaya parlimen dipulihkan segera seperti dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu pada 16 Jun lalu.
“Umno adalah antara parti yang paling nyaring mendesak agar Mahiaddin mentaati titah di-raja itu. Natijahnya, Umno akan terus berpecah belah dan lemah selagi Ahmad Zahid menerajuinya,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.
Kadir merupakan penyokong setia kepada bekas perdana menteri yang juga bekas pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad.
Kedua-dua tokoh itu diketahui umum tidak sehaluan dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Akibat krisis politik yang berlaku pada Februari 2019, Mahathir bertindak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri apabila Muhyiddin yang juga presiden Bersatu ketika itu memutuskan parti itu keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, kumpulan pro-Mahathir dan PKR gagal mencapai kata sepakat mengenai calon perdana menteri seterusnya, menyebabkan Yang di-Pertuan Agong memilih Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.
Selepas berlaku krisis politik tersebut, Bersatu yang dipimpin Muhyiddin bersama Umno dan PAS membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN). Namun hubungan antara Umno dan Bersatu kemudiannya mulai retak menanti belah.
Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) Mac lalu, Umno memberi bayangan bakal meninggalkan kerajaan PN pada bulan Ogos nanti.
Umno baru-baru ini juga memberikan tekanan kepada Muhyiddin agar mengadakan segera sidang parlimen seperti yang dititahkan Agong.
Selain itu, sebelum ini timbul spekulasi bahawa Anwar merancang untuk mengadakan kerjasama dengan Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak.
Anwar baru-baru ini berkata PKR tidak boleh “terlalu keras” dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik, sama ada daripada pembangkang atau PN.
‘Halal dan haram bukan pertimbangan mereka’
Mengulas lanjut, Kadir berkata Muhyiddin dan Hamzah bercita-cita besar menjadikan Bersatu sebagai parti Melayu-Islam terbesar menggantikan Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Cita-cita mereka sudah separuh berjaya dengan menjadi parti tunjang Perikatan Nasional (PN).
“Halal atau haram, sah atau tidak bukanlah pertimbangan utama mereka. Yang penting mereka sudah berjaya menubuhkan kerajaan dan dengan itu boleh melaksanakan ‘scheme of things’ mereka.
“Tidak ada parti politik yang mahu pesaingnya kuat apatah lagi Bersatu yang cita-cita besarnya adalah mengambil alih peranan Umno sebagai parti dominan Melayu-Islam,” katanya.
Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau total lockdown yang dijangka berakhir 28 Jun ini berkemungkinan besar perlu disambung dengan syarat ia dimodifikasi dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dilihat kurang memberi kesan yang diharapkan sebagaimana PKP 1.0 disebabkan pecahan kes jangkitan Covid-19 tinggi di Selangor serta kewujudan banyak kluster tempat kerja terutama kluster kilang industri.
Jelas beliau, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bukan sebenar-benarnya mencapai objektif ‘total lockdown’ sebagaimana PKP 1.0 kerana sektor perkilangan dilihat masih beroperasi secara menyeluruh dengan risiko 1.5 juta pekerja yang belum divaksin.
“Kes jangkitan Covid-19 masih mencatatkan jumlah tinggi susulan langkah kerajaan negeri Selangor melaksanakan saringan Covid-19 percuma secara besar-besaran yang membawa pecahan kes tinggi di negeri itu serta peningkatan kewujudan kluster tempat kerja.
“Dengan kadar kematian masih dicatatkan sekitar purata 60 hingga 70 hari, saya berpandangan ‘total lockdown’ mungkin perlu diteruskan dengan sedikit modifikasi dari aspek kawalan penularan di tempat kerja serta kajian semula strategi saringan besar-besaran,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau mengulas kebimbangan ramai pihak terhadap keberkesanan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh PKP 3.0 susulan jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada lebih 6,000 kes.
Peningkatan semula jumlah kes jangkitan itu amat mengejutkan memandangkan kerajaan sudah melaksanakan sekatan pergerakan penuh selama tiga minggu dan keputusan itu sepatutnya memberi kesan positif terhadap usaha membendung penularan Covid-19.
Pada Ahad, kes harian positif Covid-19 menurun kepada 5,293 kes pada Ahad berbanding 5,911 kes pada Sabtu dan 6,440 pada Jumaat.
Mengulas mengenai peningkatan kluster tempat kerja, Dr Malina mencadangkan agar kerajaan memberi keutamaan pemberian vaksin kepada golongan pekerja perkhidmatan perlu, warga emas, pelajar menduduki peperiksaan utama serta kelompok berisiko Covid-19.
Jelas beliau, fokus itu amat penting memandangkan majoriti golongan pekerja sektor khidmat perlu ini kebiasaannya menjadi punca penularan jangkitan kepada keluarga dan komuniti.
“Kerajaan perlu meneliti semula definisi sebenar perkhidmatan perlu atau kritikal itu kerana bagi saya, golongan pekerja tergolong bukan sektor khidmat perlu, mereka juga perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarga dan tidak boleh dianggap kelas kedua,” katanya.
Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berpandangan bahawa kerajaan tidak perlu meneruskan sekatan pergerakan penuh setelah tempoh pelaksanaannya berakhir 28 Jun ini.
Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan sudah boleh menumpukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi Covid-19 atau kawasan yang mencatatkan angka penularan tinggi.
“Tempoh empat minggu pelaksanaan sekatan pergerakan penuh tidak boleh dianggap tidak berkesan sepenuhnya, meskipun kadar penurunan kes masih tidak begitu memuaskan sebagaimana PKP 1.0.
“Kalau kita lihat, kluster dalam kalangan komuniti turun mendadak, cuma kluster tempat kerja terutama daripada kilang yang masih tinggi.
“Saya berharap pada akhir Jun ini, jumlah kes jangkitan akan menurun kepada angka lebih baik kurang daripada 3,000 kes dan saya yakin kita masih mempunyai masa untuk mencapainya,” katanya.
Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng itu berkata, tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama sebulan sepatutnya memberikan maklumat sains dan data mencukupi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengenal pasti lokasi dan faktor tercetusnya kluster baharu Covid-19
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah tidak perlu terlebih berbangga dengan nilai pelaburan bakal diterima sejumlah RM43 bilion.
Bukan sahaja pelaburan tersebut berstatus ‘bakal’ dan mungkin tidak menjadi kenyataan namun ianya dirintis sejak era pentadbiran Menteri Besar Mukhriz Mahathir ketika Pakatan Harapan berkuasa.
Tidak mustahil Mukhriz yang pernah menjadi Menteri Perdagangan dan Industri berjaya menarik pelaburan luar dan dalam negara, namun sama ada janji pelaburan akan diteruskan atau tidak oleh pelabur bergantung kepada situasi semasa.
Bagi Ahli Palimen Merbok, Nurin Aina, Kerajaan Negeri Kedah yang diiktiraf oleh MIDA memperolehi pelaburan tertinggi sebanyak RM43 bilion itu harus membuktikan pencapaiannya dengan mengembalikan hasil kepada rakyat dengan menyediakan lebih banyak skim bantuan.
“Pencapaian ini dianggap sejarah kerana selama ini Kedah sentiasa tercorot berbanding negeri-negeri lain dari segi pertumbuhan ekonomi, rizabnya juga terhad, sumber pendapatan yang tidak melimpah ruah dan pada masa yang sama perlu mengekalkan status sebagai negeri jelapang padi bagi menjamin bekalan makanan negara.
“Mengimbas kembali semasa Pakatan Harapan mentadbir, suatu fakta yang tidak boleh dikesampingkan Kedah telah berada di tempat kedua selepas Pulau Pinang dengan mencatat pelaburan sebanyak RM7.6 bilion pada suku pertama tahun 2019.
“Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan Menteri Besar pada ketika itu optimis dan menjangkakan Kedah mampu mencapai jumlah pelaburan RM10 bilion pada hujung tahun 2019. Namun akhirnya di luar jangkaan, sejumlah RM14.7 bilion nilai pelaburan berjaya dicapai melebihi sasaran, sekaligus telah meletakkan Kedah di dalam senarai top 5, kedudukan kelima selepas Selangor, Penang, Johor dan Kuala Lumpur.
“Jumlah RM43 bilion yang bakal dituai oleh Kerajaan Negeri sekarang bagi saya adalah umpama biji benih yang pernah disemai sebelum ini. Meskipun jumlah pelaburan ini hanyalah ‘approved investment’, belum lagi ‘actual investment’ namun sebagai rakyat Kedah saya mengharapkan pelaburan ini benar-benar direalisasikan dan diharapkan tiada pelabur-pelabur yang akan menarik diri,” kata Nurin dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, rakyat Kedah ketika ini tetap juga tidak dapat merasa jumlah ‘hebat’ pelaburan berkenaan.
Apatah lagi, katanya, dalam suasana pandemik Covid 19 dan lembabnya Kerajaan menangani masalah pemberian vaksin.
“Situasi pandemik COVID19 di Kedah amat mencabar dan menjadi tanda aras pentingnya proses vaksinasi ditingkatkan secara agresif selari dengan pembukaan sektor sosioekonomi secara bersasar.
“Saya yakin pelaburan ini hanya akan mampu terlaksana dan menjadi realiti sekiranya Kerajaan benar-benar mampu menangani Covid 19 dengan sebaiknya, urustadbir yang baik di samping memudahkan birokrasi serta tiada penglibatan rasuah dalam mana-mana peringkat untuk menangani wabak Covid 19 ini,” katanya lagi.
Nurin turut mengingatkan nilai pelaburan sebaik-baiknya tidak hanya menjadi halwa telinga tetapi mesti dibuktikan dengan keazaman dan kesungguhan melaksanakan skim kebajikan demi kepentingan rakyat Kedah secara keluruhan.
Antara mata pelajaran dikesan mengalami kekurangan guru di sekolah rendah adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
KOTA KINABALU: Bekas pengarah pendidikan Sabah, Jame Alip berkata, pelantikan guru tanpa kemahiran dan ilmu pedagogi umpama guru mengajar di pusat tuisyen, bukannya di sekolah.
Katanya, pelantikan guru tanpa kemahiran itu juga boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP), termasuk pengurusan bilik darjah serta murid.
“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada menteri dan Kementerian Pendidikan (KPM) atas keprihatinan serta ambil peduli terhadap masalah kekurangan guru opsyen yang dihadapi sekolah sejak dulu dan ada kalanya bilangan guru lebih di sekolah tertentu, tetapi tidak memenuhi opsyen diperlukan.
“Kita belum pasti prosedur dan perancangan jangka panjang untuk bakal guru yang dilantik secara ‘one-off’ seperti diumumkan. Adakah kaedah sama dibuat seperti sebelum ini, iaitu KPM pernah melantik guru sandaran tidak terlatih dan guru interim, kemudian mereka wajib menghadiri kursus setiap cuti semester di IPG (Institut Pendidikan Guru) tertentu dalam masa ditetapkan untuk melengkapkan mereka sebagai guru terlatih.
Bekas pengarah pendidikan Sabah, Jame Alip
”Adalah kurang profesional dalam bidang perguruan, jika seseorang yang dilantik menjadi guru tanpa mempunyai kemahiran dan ilmu pedagogi, ibarat kata seorang ilmuan, guru yang tiada ilmu pedagogi umpama guru mengajar di pusat tuisyen…ia boleh menjejaskan PdP, termasuklah pengurusan bilik darjah dan murid,” katanya kepada FMT.
Ahad lalu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, KPM akan membuat pengambilan khas guru secara “one-off” bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara, khasnya di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor yang akan membabitkan pengambilan 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41.
Katanya, langkah itu adalah perancangan KPM di bawah Pelan Pemulihan Negara susulan kekurangan calon guru dari IPG, selain ketidaksepadanan opsyen untuk mata pelajaran tertentu.
Beliau berkata, antara mata pelajaran dikesan mengalami kekurangan guru adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sekolah rendah, manakala Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah menengah.
Jame berkata, lebih baik KPM melantik siswazah tamat pengajian dalam aliran pendidikan, sebelum melaksanakan dasar pelantikan guru secara “one-off” kerana ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan pengangguran dalam kalangan mereka.
“Saya difahamkan masih ramai guru siswazah, mungkin ratusan atau ribuan yang terlatih dan memiliki ijazah sarjana muda pendidikan dari IPG dan universiti awam atau swasta yang menamatkan pengajian mereka, tetapi belum dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), walaupun telah memohon.
”Semoleknya sebelum dasar KPM melantik guru secara ‘one-off’ dilaksanakan, lebih baik mereka melantik siswazah telah tamat pengajiannya dalam aliran pendidikan itu,” katanya.
Jame yang pernah berkhidmat 38 tahun dalam bidang perguruan dan pendidikan turut mencadangkan KPM tidak menutup mana-mana cawangan IPG di seluruh negara yang mampu menangani kekurangan guru opsyen di sekolah, jika isu itu dianggap kritikal.
“Lebih baik meneruskan dasar IPG dulu agar peranan institut berkenaan dan rohnya berterusan, dengan mengekalkan fungsi cawangan IPG untuk melatih bakal warga guru terlatih.
“Semua pensyarah yang ada di IPG berpengalaman, bukan saja menguasai isi kandungan subjek, tetapi juga dari aspek ilmu pedagogi dan pengalaman mengajar sebagai guru terlatih, sama ada pernah berkhidmat di bandar, luar bandar atau pedalaman.”
Bagi menangani isu kekurangan guru opsyen, katanya, pihak berkepentingan seperti Bahagian Pendidikan Guru (BPG), IPG, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta persatuan guru perlu berbincang kerana mereka lebih memahami masalah di peringkat akar umbi.
“Kita tidak mahu strategi pengambilan guru secara ‘one-off’ ini dipandang seolah-olah bertujuan mengatasi lambakan siswazah yang sedang menganggur.”
Hari ini heboh katanya Fatwa “Haram” Amanat Haji Hadi hilang dari radar pautan di Web JAKIM, Bayangkan..Fatwa pun boleh padam.. Sudah pasti ini kerja Menteri Datuk Nikah Kahwin..
Itu sebab tajam seorang Faqih seperti P Ramlee menterjemahkan sifat Ulama jahat dalam sebuah Kerajaan yg Khianat dalam filem Musang berjanggut.. antara Dialog dalam filem tersebut..
Puspa Wangi: Salah atau tidak jikalau seorang lelaki, masuk di rumah seorang perempuan, semasa suaminya tak ada di rumah?
Datuk Nikah Kahwin: Hoi, itu salah besar… salah besar.
Puspa Wangi: (Menuding jari) kalau begitu, kanda ni kan salahlah.
Datuk Nikah Kahwin: Eh salah jugaklah. Tapi itu tak jadi apa, sebab… undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin. Itu semua boleh padam (ketawa).
Betul lah tu.. Undang2 ni Kanda yang bikin.. Nasib watak perempuan tu Puspawangi, Bukan Mawar.. Tapi tetap sama, sama sama bunga, sama sama wangi..
Bayangkan Pertemuan dan kerjasama ini dilakukan Ketika Dunia membantah tindakan Kerajaan Mesir menghukum mati pemimpin Ikhwanul Muslim.. Dan pada tarikh yang hampir sama Morsi mati dalam tahanan..
Aku tak pelik Muhyidin atau Hishamuddin takda rasa bersalah sebab depa lahir dari UMNO dan alat Penjajah yang menghalalkan Judi dan Arak.. Tapi aku hairan PAS diam membisu..
Kita tak suruh putuskan hubungan Diplomatik atau bekonfrantasi dengan mesir, Cukup menunjukkan sikap tidak bersetuju dengan Kezaliman regim Asisi..
Mana pergi Suara Ulama PAS dan Duta timur tengah ? Apakah ini boleh ditafsirkan sebagai Musuh Islam ?
Pak Aji B sememangnya penganut politik Machiavelli. Matlamat
menghalalkan cara lepastu dia kata org lain yg amal politik sekular walhal dia
la pegamal sekularTAHIKlisme. Tu pasal jadi JIJIK. PNdengki no wahid, Suu'
betoi la Iblis berserban tu. Elok lah dia kawan sama SETAN Tua. Dah kena
dahh.....MSO kata kembar siam sebab sama2 benci dan dendamkan DSAI.
Wallahualam
- Zus Din (22 June 2021)
******************************
PENDUSTAAN POLITIK YANG MENJIJIKKAN
Saya perhatikan sahabat saya yang juga merupakan aktivis Pas
suatu masa dahulu Tarmizi Mohd Jam membuat catatan dan pengepos dalam medsos
beliau bermacam macam pendapat, hukum dan cita cita Hadi Awang yang bercanggah
antara satu sama lain. Macam macam bentuk pendustaan politik Hadi Awang.
Ada percanggahan pendapat presiden Pas yang kini keuzuran itu sangat
menjolok mata dan jijik sekali. Ia semacam dilontarkan oleh bukan oleh orang
yang sama. Kontrasnya ketara sekali. Saya tidak mahu memetiknya kesemua
percanggahan pendapat, atau pun pendustaan politik Hadi, yang pernah dilakukan
itu yang seperti disebut Tarmizi. Anda boleh selek dan menelitinya sendiri.
Tetapi cukup kalau saya mengutip pandangannya dan pendustaan
politiknya terhadap Umno sebelum ini. Fatwanya sangat berat mengenai Umno
sehingga menuduh Umno sebagai kafir. Pernyataan beliau yang dikenali dengan
Amanat Haji Hadi, menjelaskan apa yang menjadi pendirian dan pegangannya.
Hadi sesudah berdekad menanamkan kebencian itu kepada Umno dalam
kalangan pengikutnya, (orang Pas), tiba tiba beliau menarik handbreak, dengan
menukar fatwa bukan sahaja boleh berkawan dengan Umno tetapi meminta ahli Pas
mengundi MCA. Perubahan itu sungguh mengejutkan. Sebuah pantunnya menghalalkan
MCA tentu masih ingat. Apa dilakukan itu semua demi kuasa bukan kerana prinsip
hukum diyakininya sebelum ini
Sebenarnya bila kita kenali Hadi Awang dan tahu sejarah dan
genetiknya tidak akan berasa pelik dengan perubahan dirinya itu. Beliau
terkenal tokoh yang hadir dengan sejuta anologi dan dalil yang naif. Dia
seorang pengamal politik Machiavellism yang tegar, sampai sanggup membolak
balikkan hukum agama dan menodai prinsipnya sendiri. Sejahat jahat politis lain
tidak tergamak untuk menunggangkan hujum agama semata mata kerana politik.
Beliau bernasib baik kerana pengikutnya sudah terbius.
Yang dikesali dan hairan ialah kepada ahli Pas dan mereka
menyokongnya. Apakah mereka yakin dengan menyokong parti dipimpin oleh orang
seperti itu mereka masih menganggap benar dan haq? Masih dapat mengetuk pintu
syurga dengan terus berpegang demikian. Apakah mereka menyetujui apa yang Hadi
kata tanpa bahas?
Itu yang dikesali. Dan dusta dusta politik Hadi Awang tidak akan
luput selagi beliau tidak meralatkan apa apa yang disebut dalam pernyataan
dipanggil Amanah Haji Hadi itu. Dosa Hadi dengan Umno tidak terampun jika
beliau tidak menarik dengan taubat sebab ada yang boleh melupainya tetapi ada
yang tidak akan memaafkannya. Demikian juga kemenangan Pas di Terengganu hasil
mempengaruhi rakyat dengan fatwa dan hukum gilanya itu boleh dianggap sebagai
tidak halal. Trims.
SEJAK AWAL PANDEMIK pd Jan 2020 saya sering mengikuti
perkembangan dua negara yg sgt berdisiplin dan Kerajaan mereka
"allout" menangani pandemik COVID-19.
Ya. Ekonomi rakyat mereka turut terjejas tapi mereka bingkas
bangun dan mengatasinya dgn SOP yg tidaklah separuh masak atau cacamerba mcm
Malaysia.
New Zealand sgt
hebat
kerana kepimpinan negara itu. Tapi jumlah populasinya hanya
4.859 juta org. Oleh itu saya lebih berminat memerhatikan Australia dgn jumlah
populasinya sekitar 26.289 juta org.
MESKIPUN Australia meneruskan program vaksin secara berhati2,
sgt terbuka dan telus tentang kematian akibat vaksin, "Negara
pharmaceutical" itu begitu aktif mencari PENAWAR atau UBAT kpd COVID-19
dan tidak menolak keberangkalian ubatan atau penawar yg berkesan utk COVID-19.
Mereka hampir berjaya mencipta ubat yg hampir sama seperti
Ivermactin (IVM) tapi ia khusus utk COVID-19, digelarkan "Head Seeking
Missile" yg mengejar virus itu sehingga ke paru-paru. Manakala di negara
"Pasir Berdengung", IMV pun dirampas.
Kajian itu diketuai penyelidik dari Queensland, Prof Dr Nigel
McMillan dan kini dlm proses Clinical Test. Ini adalah "A Major
Breakthrough" yg tidak disukai oleh pembuat vaksin.
Lihat bagaimana Australia berjaya menekan lekuk pandemik dgn
Pelan Tindakan dan Pemulihannya yg serious dan bersungguh.
Mereka hanya menghadapi sedikit masalah dgn Victoria State yg
menjadi tempat paling teruk diserang COVID-19 tetapi ia terkawal.
Jumlah keseluruhan kes hanya 30,356 org dgn kes kematian hanya
910 org. Kes jangkitan harian mereka hanya sekitar 8 org. Cubalah bandingkan
dgn Malaysia? Hampeh. KPK patut letak jawatan bersama Abah Kau dan Menteri2
#PNGAGAL.
PARTI BERSATU SEMUA SAKAI DAPAT KUASA SEMUA PUN MASING2 BEREBUT DAN MENUNJUKKAN KUASA!! PARTI NI MMG TIDAK BOLEH PAKAI!! SEMUANYA ORANG DALAM SANA PUN MMG PENGKHIANAT PARTI DAN MCM JENIS!!
1. ANTARA JAHAT DAN JIHAD
2. FITNAH ITU KEMBALI KEPADA ASAL-USULNYA
3. KERAJAAN HILANG KEYAKINAN PERLU BERUNDUR
4. JANGAN DERHAKA KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG
Pandangan peribadi saya, Tan Sri Noor Hisham kini anda from hero
to zero. Apalah guna bercakap setiap hari di kaca TV minta rakyat patuhi SOP,
minta Lockdown tetapi sektor perkilangan tidak ditutup? Sedangkan 70% bermula
di situ. Sasaran lockdown bukan pada tempatnya. Jika hendak menangkap tikus
bukan di dalam kolam tetapi di longkang-longkang Tan Sri. Bagaimana mahu
putuskan rantaian ini Tan Sri... realistik la.
Akhirnya kes terus tinggi. Jika sektor perkilangan ditutup sejak
1hb Julai lalu kes kita sudah boleh berada di bawah paras 3,000. Akhirnya
rakyat terus ditakutkan dgn numbers...Rakyat terus dipaksa stay at home sdgkan
ramai rakyat rasa nak mati dan saya sudah tidak dpt menahan sebak di hati mendengar
rintihan mereka lagi.
Jika saya jadi Tan Sri saya lepas jawatan dan serahkan kpd
mereka yg lebih berkelayakan. Maaf Tan Sri saya terpaksa bersuara bagi pihak
rakyat... bagi saya Tan Sri gagal. Tan Sri kata staff KKM keletihan. Bagi saya
mereka keletihan sb Tan Sri biarkan kilang beroperasi. Jadi mereka kini
terpaksa menanggung beban tersebut.
Terpulanglah kpd siapa yang masih menganggap Tan Sri hero... utk
saya Tan Sri bukan my hero lagi.
Kecoh hari ni kat berita kononnya jangkitan Covid-19 dah
menurun..
TAK YAH NAK TEMBERANG !!
Memanglah dah turun sebab dah kurangkan lebih darrpada separuh
jumlah saringan sesebelum ini.
Hakikatnya kadar peratusan jangkitan hari ini sebenarnya TELAH
NAIK dan yang tertinggi dalam tempoh Lockdown iaitu 7.90% berbanding sehari
sebelum Lockdown hanya 5.45%.
Tang mana satu ABAHcow kata DARURAT dah berjaya melandaikan graf
tu ??!