Situasi Covid 19 Sarawak buruk, percepatkan proses vaksinasi - KEADILAN Sarawak

 



KEADILAN Sarawak menyifatkan peningkatan kes positif dan kematian meningkat secara mendadak akibat Covid-19 di negeri itu jelas berada pada tahap membimbangkan.

Dalam kenyataan bersama, peningkatan kes Covid yang mendadak itu menunjukkan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) gagal dalam menangani penularan virus pembunuh ini.

Naib Presiden KEADILAN bagi Sabah dan Sarawak, Dr Micheal Teo merasa bimbang terhadap kemampuan sistem kesihatan di negeri itu yang dikhuatiri tidak dapat menampung pertambahan pesakit setiap hari dengan setakat 30 April 2021, Sarawak mencatat 30, 659 kes positif dan 43, 815 individu dalam siasatan (PUI).

"Merujuk kepada status yang dimuat naik oleh YB Sim, yang merancang 50,000 suntikan sehari adalah satu pendekatan yang lambat dimana Ia akan mengambil masa 4 bulan untuk memvaksin 22 juta penduduk Sarawak.

"Pendekatan pantas harus diambil dengan menyokong gagasan idea Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdulah untuk melantik klinik swasta dan awam memberikan vaksin kepada penduduk Malaysia dan ia harus diadaptasi di seluruh negeri dimana klinik atau hospital awam dan swasta diberi kepercayaan untuk berganding bahu memberi vaksin kepada rakyat Sarawak," katanya.

Dr Michael juga menggesa kerajaan mempercepatkan proses pemvaksinan orang awam.

Beliau berpendapat Malaysia sepatutnya mencontohi kepantasan negara Amerika dalam proses vaksin yang nyata mampu meningkatkan daya tahan badan dan pada masa yang sama terbukti mampu menyumbang kepada penurunan kes positif Covid-19 di negara ini.

Manakala Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Agnes Padan kesal negeri Sarawak setiap hari mencatatkan kematian akibat Covid 19.

Katanya sejak 1 April 2021 sehingga hari ini, Covid 19 telah meragut 68 nyawa dan perkara ini harus di ambil perhatian dan Kerajaan Negeri harus memastikan kemudahan seperti mesin vantelator serta oksigen pada tahap mencukupi bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.

Agnes berkata, banyak kes pesakit yang mengalami kelewatan untuk diagnosis dan rawatan kanser serta dialisis buah pinggang kerana PKP dan penduduk luar bandar tidak mampu melakukan perjalanan jauh.

"Saya meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mencari pendekatan yang komprehensif dalam memastikan kepentingan orang awam bagi melindungi golo­ngan berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas, pesakit kro­nik, wanita hamil dan kurang daya ketahanan badan," katanya.

Pada sisi lain, Dr Michael bersetuju dengan beberapa pendapat orang awam dan pakar yang mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan semula bagi menurunkan kes dan pada masa yang sama demi memastikan keselamatan, kesihatan dan nyawa orang awam.

Dalam pada itu, KEADILAN Sarawak menerima aduan dari ramai pemohon yang mengadu tidak menerima sebarang maklum balas dari permohonan mySalam mereka.

Aduan juga diterima dari pemohon warga emas yang menyatakan seorang warga emas berumur 65 tahun ke atas yang berada di pusat kuarantin tidak layak untuk memohon mysalam kerana melepasi terma dan syarat.

Pada hakikatnya ramai warga emas daripada golongan B40 yang bergantung hidup dengan pendapatan yang paling minima iaitu petani dan pekebun secara kecil-kecilan dan tinggal jauh di ulu.

Timbalan Ketua Wanita Negeri, Zulhadiah Suboh berkata, kluster demi kluster yang di laporkan oleh KKM kian menghimpit hidup masyarakat.

"Perdana Menteri mengumumkan bantuan Kewangan Khas Aidilfitri 2021 di beri kepada penjawat awam tetapi bagaimana pula dengan nasib golongan B40, nelayan, petani, penjaja, OKU dan mereka yang hilang pekerjaan?

"Siapakah yang akan membantu mereka? Kumpulan ini juga seharusnya diberi tumpuan kerana merekalah yang sangat terkesan dan harus diberi keutamaan sekiranya kerajaan benar-benar prihatin dengan nasib rakyat peringkat bawahan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19," katanya.

Zulhaidah turut menambah adalah tidak adil kepada marhaen untuk kerajaan menangung barisan Menteri yang seramai 70 orang dengan gaji lumayan sedangkan gagal dan tidak membawa manafaat kepada pentadbiran negara.

"KEADILAN Sarawak meminta kerajaan Perikatan Nasional menjelaskan dengan telus status permohonan mySalam daripada kelompok B40.

"KEADILAN Sarawak juga meminta kerajaan Perikatan Nasional menjelaskan status tuntutan hospitalisasi bagi pesakit Covid-19, yang disyaki Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM atau di tempat kediaman sendiri," katanya.

 

MAHIADDIN KINI UMPAMA JHO LOW, UNDURLAH DAN BIAR PARLIMEN PILIH PERDANA MENTERI BAHARU

 

Hampir seluruh rakyat, kecuali pengampu, pembodek dan pendedak, ketika ini memang sedang marah kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin.

Kerajaan dilihat telah gagal dalam semua perkara dan Mahiaddin dianggap paling tak berguna berbanding semua Perdana Menteri yang ada sebelum ini.

Jangankan merangsang ekonomi atau memberi iklim perniagaan yang lebih baik dan membuat rakyat gembira, mengurus pandemik Covid19 dan membeli vaksin pun jadi celaru dan haru-biru jadinya.

Ketika rakyat sengsara dan tak boleh balik kampung berhari raya, di samping peraturan tidak konsisten dan keliru sehingga menjejaskan ramai orang yang berniaga, Mahiaddin sebaliknya hanya mampu bersembunyi entah di mana tidak berkata apa-apa.

Jika dulu bukan main ghairah muncul dengan perutusan khas demi perutusan, tetapi sejak PKP 3.0 ini bayang wajahnya pun langsung tak kelihatan.

Semuanya dibebankan kepada Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman, seolah-olah ada maksud mahu rakyat membenci UMNO berbanding dirinya atau Bersatu.

Entah apa jenis Perdana Menteri yang kita ada, ketika negara sedang dalam krisis dan rakyat resah hatinya, namun beliau tidak keluar-keluar dan hanya bersembunyi dan takut memunculkan dirinya.

Sepatutnya pada waktu inilah seorang Perdana Menteri harus lebih kerap muncul dan bercakap dengan rakyat ibarat seorang ketua kepada orang bawahan atau bapa kepada anak-anaknya.

Orang bawahan dan anak-anak yang sedang sengsara akan bertambah lagi sengsara yang dirasai mereka jika seorang ketua atau bapa itu tidak memberi sebarang kata, sebaliknya hanya membisu seribu bahasa.

Lantaran itu, dengan PKP sudah dilaksanakan tiga kali dan kemarahan rakyat terus memuncak, Mahiaddin pada hakikatnya tidak layak lagi duduk di kerusinya sekarang.

Lagi lama beliau berada di situ, lagi tertekan dan sengsara rakyat dibuatnya.

Tiada lagi ubat yang sesuai untuk mengurangi tekanan darah yang dialami, hanya Mahiaddin berundur satu-satunya keinginan rakyat sekarang ini.

Mahiaddin kini ibarat Jho Low, kedua-duanya sama-sama dikehendaki.

Jho Low dikehendaki kerana hanya beliau yang boleh menceritakan hakikat sebenar berkaitan 1MDB, manakala Mahiaddin pula dikehendaki untuk berundur dan ‘berambus’ daripada jawatannya lantaran hanya pengundurannya saa masa depan negara ini dapat diselamatkan.

Dengan tiga kali PKP, disertai darurat lagi, Mahiaddin dipercayai akan lebih gagal jika gelombang Covid19 terus melanda.

Ekonomi dan kehidupan rakyat akan terus menjuman, malah tidak mustahil lebih ramai yang akan bunuh diri nantinya.

Untuk itu, undurlah Mahiaddin demi masa depan rakyat dan negara yang lebih terjamin kedudukannya kerana kerajaan yang dibina atas nama pengkhianatan dan Perdana Menteri yang khianat tidak mungkin dapat memberi apa-apa kebaikan.

Berilah peranan kepada Parlimen memilih seorang Perdana Menteri baharu yang benar-benar diyakini atau pulangkan semula kepada rakyat kuasa membuat pilihan melalui kotak undi.

Kiranya PRU belum sesuai untuk diadakan berikutan wabak Covid19 masih menggila, mustahil mengadakan sidang Parlimen yang hanya dihadiri 220 orang Ahli Parlimen (dua meninggal dunia iaitu Batu Sapi dan Gerik) dengan semuanya sudah disuntik vaksn dan tempat duduk memang sedia berjarak, turut tidak sesuai juga.

Kalau masjid boleh dipenuhi 200 atau 300 jemaah secara berjarak setiap malam dan setiap waktu solat dengan mungkin hanya seorang dua yang telah menerima suntikan vaksin, tentunya mengadakan sidang Parlimen yang singkat, cuma sehari atau dua hari untuk memilih Perdana Menteri baru jauh lebih selamat lagi.

Hakikatnya, memilih Perdana Menteri baharu adalah satu-satunya pilihan terbaik yang boleh menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus sengsara sebelum memikirkan keperluan mengadakan PRU sementara Covid19 belum lagi pulih keadaannya.


 (ShahbudinHusin 10/05/2021)




MANGKOK BETUL...LETAK JAWATAN BUKAN PILIHAN KALAU KERAJAAN LEMAH MEMERINTAH LA BANGANG. KAU MAKAN GAJI BUTA PATUT LETAK JAWATAN SEBAB DUIT RAKYAT

 

1. BERCAKAP SOAL MORAL KALAU MAKAN GAJI BUTA ATAS DUIT RAKYAT ITU TAK BERMORAL NAMANYA.

2. KAKITANGAN AWAM BERKHIDMAT DI BAWAH DYMM YANG DI PERTUAN AGONG.

3. JANJI NAK TUNAIKAN SEGALA MACAM JANJI-ITU PUN TAK BERMORAL

4. KERAJAAN YANG TIDAK SAH DAN BELUM TENTU CUKUP MAJORITI - ITU TAK BERMORAL 

5. TUDUHAN LOKMAN ADAM , MAKAN DUIT UMNO MEMALUKAN PARTI KONONNYA ISLAM, ITU TIDAK BERMORAL.


Panas! Hadi kata kalau penyokong PH tak selesa dengan kerajaan PN, letak jawatan jer

Panas! Hadi kata kalau penyokong PH tak selesa dengan kerajaan PN, letak jawatan jer

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan dktrin pengasingan kuasa ialah suatu perkara yang dilaksanakan dalam pentadbiran dan pengurusan secara khusus, dalam lapangan masing-masing, tanpa berlaku gangguan terhadap tugasnya.

Namun begitu, katanya, setiap badan wajib mengikut dasar kerajaan dan bergerak berdasarkan polisi yang telah ditentukan oleh kerajaan yang memerintah.

Menerusi artikel panjangnya hari ini dalam slot Minda Presiden Pas, Abdul Hadi berkata, terdapat beberapa negara memilih pendekatan dengan meletakkan jawatan penting dalam setiap kementerian dan jabatan mengikut parti yang memerintah.

“Sekiranya parti yang memerintah itu bertukar, maka mereka yang dilantik itu juga mesti ditukar.

“Sebaliknya, ada juga negara apabila sesebuah kerajaan yang memerintah bertukar parti, individu yang dilantik tetap dikekalkan jawatan masing-masing, tanpa ditukar dengan orang lain,” ujarnya.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu berkata, mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

“Jika mereka merasa tidak selesa dengan kerajaan yang bukan daripada parti yang disokong olehnya, secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya,” kata Abdul Hadi.

Menghuraikan lanjut, Ahli Parlimen Marang itu mengambil contoh, seorang pemain bola sepak profesional yang berasal dari sebuah negeri seperti Kedah yang menerima tawaran untuk bermain di Selangor kerana ditawarkan dengan bayaran yang lebih mahal.

“Dalam perlawanan bola sepak antara negeri asalnya iaitu Kedah dengan pasukan bola sepak negeri Selangor, tiba-tiba dia menyerang pintu gol Selangor untuk memenangkan pasukan negeri asalnya. Ini adalah suatu perkara yang salah dari segi moral.

“Begitulah mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH) dan berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), tiba-tiba mengikut arahan PH yang sudah tidak menjadi kerajaan lagi,” kata Abdul Hadi lagi. 



Isu belasah Food Rider : Lan Pet Pet akhirnya tampil bagi penjelasan

 


Isu belasah Food Rider : Lan Pet Pet akhirnya tampil bagi penjelasan


PELAWAK, pelakon dan usahawan, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Lan Pet Pet akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung penularan video dia bergaduh dengan seorang penghantar barang baru-baru ini.

Menurut Lan, video berdurasi kurang seminit yang tular sebelum ini tidak menggambarkan keseluruhan insiden yang terjadi, sebaliknya ia menyebabkan orang ramai salah faham terhadapnya.

“Ceritanya ketika saya sedang membawa kereta di suatu jalan dan apabila lampu bertukar hijau, saya lihat seorang penghantar barang sedang melihat telefon bimbit sambil menunggang motosikal. Jadi saya bunyikan hon.

“Dia tak puas hati dan tunjuk bahasa isyarat saya mengikut cermin pandang belakang. Jadi saya berhenti, bila dia membuat provokasi saya sabar, dia maki saya, saya sabar.

“Tapi tak kan bila dia nak pukul saya bagi sahaja muka pada dia. Jadi berlakulah pergelutan,” jelasnya menerusi satu video sidang media.

Tambah Lan, dalam masa yang sama, seorang wanita yang berada dalam kereta merakam video yang kemudian tular serta mengundang salah faham.

“Datang hamba ALLAH naik kereta biru, dia terus rakam tanpa tahu punca sebenar dan video itu tular.

“Saya tengok video tular ini dalam kumpulan WhatsApp dan tak puas hati serta terus buat laporan polis. Ia sudah menjadi kes lain pula sedangkan kami bergaduh hanya dalam beberapa saat sahaja dan selesai.

“Selepas bergaduh saya pergi buat laporan polis untuk diri sendiri. Penghantar makanan terbabit hanya buat laporan beberapa hari selepas itu.

“Apa pun saya berterima kasih kepada pegawai penyiasat yang panggil penghantar makanan ini dan kes kami selesai secara baik,” jelasnya yang berharap orang ramai memahami situasi sebenar dan memberi sokongan kepadanya.

ANWAR TAHU AKAN ADA PENGKHIANATAN SEUSAI KEMENANGAN PH

 

Status Anwar Ibrahim ini sewaktu kita baru selesai PRU14. Anwar tahu kita menang dan Anwar juga seperti tahu akan ada pengkhianat yang akan menjatuhkan kita..


May be an image of one or more people and text that says "Anwar Ibrahim 9 May 2018 Kita menang. Tapi berjaga-jaga. Akan ada usaha merampas PRU14. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG MENGUNDI PAKATAN HARAPAN Bersama nantikan kemenangan kita tidak lama lagi"

VIDEO JEMING HASSAN. RAKYAT KELANTAN DOA AGAR KERAJAAN NEGERI DAN PN TUMBANG


 

VIDEO: RAKYAT KELANTAN DESAK KERAJAAN NEGERI POTONG GAJI 3 BULAN


 

MB Kelantan dituduh dayus kerana tidak berani umum sendiri tutup gerai

 

ARIF BASHARUDIN

Setelah tular pengumuman tergempar pada Sabtu dari kerajaan Pas Kelantan yang mengharamkan operasi gerai jualan tepi jalan berkuat-kuasa hari ini (Ahad), rakyat mengecam MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai dayus kerana tidak berani mengumumkan sendiri perkara itu.

Ini kerana, segala tindakan kerajaan negeri yang dilihat menyusahkan rakyat tidak pernah diumumkan sendiri oleh menteri besar yang juga Adun Pasir Pekan itu.

Dari awal lagi, segala pengumuman dari kerajaan berkaitan dengan sekatan untuk rakyat dibuat oleh Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar atau Exco Dr Izani Hussin.

Dan yang terkini, pengumuman penutupan gerai tepi jalan yang selama ini menjadi punca rezeki rakyat Kelantan yang terkenal dengan suka berniaga itu dibuat oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan, tanpa menyatakan siapakan orang yang bertanggungjawab itu.

Ia dibuat ketika pasaraya besar termasuk KB Mall dan Lotus Kota Bharu yang diistiharkan oleh HIDE sebagai kawasan merah, masih dibuka dan dikunjungi oleh orang ramai.

Dalam suatu hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook Ezwan Shah Nordin, jelas kecaman itu dibuat atas alasan kegagalan, tidak berani bertanggungjawab dan ketidakcekapan Ahmad Yakob dalam mentadbir kerajaan negeri.

Menurut beliau, sejak dari perisytiharan PKP dilaksanakan di Kelantan, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh MB Kelantan berhubung perkara itu dan hanya diserahkan bulat-bulat kepada Adun Kijang, Dr Izani Hussin.

Kesan dari sikap MB Kelantan itu akhirnya menyusahkan rakyat Kelantan terutama kepada golongan peniaga yang terkesan dengan pembatalan bazar Ramadan dan yang terbaru pengharaman gerai jualan tepi jalan, kata beliau.

Kritikan pedas yang dibuat oleh pengguna Facebook juga dapat dibaca dalam ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik dalam laman sosial rasmi MB Kelantan itu, menggambarkan tahap kemarahan rakyat kepada kegagalan urustadbir kerajaan Kelantan yang sudah berpuluh tahun diperintah oleh Pas selama ini.

Menurut Ezwan, di awal pengumuman kerajaan negeri mengenai PKPB kepada PKP, beliau tidak mengkritik mahupun menbangkang kerana umum tahu isu Covid -19 di Kelantan semakin hari semakin parah.

“Namun sejak kerajaan negeri Kelantan mengumumkan PKP, saya menunggu daripada minggu pertama sehingga minggu kedua pengumuman rasmi daripada Menteri Besar Kelantan YB Datuk Ahmad Yakob namun tiada.

“YB begitu dayus kerana memberi laluan kepada YB ADUN Kijang YB Dr Izani Husin untuk membuat pengumuman berkaitan PKP. Dan memberi seribu satu masalah kepada rakyat Kelantan yang berharapkan hasil jualan bazar.

“Kesannya amat dirasai oleh penjaja tepi jalan malahan ada juga dengan isu saman kepada penjaja RM 50k dan ADUN Chempaka dan Panchor mendiamkan diri berkaitan isu tersebut. Ramadhan bukan alasan untuk tidak ambil tahu pasal rakyat,” tulis beliau lagi.

Kata Ezwan, beliau menunggu mekanisme yang terbaik daripada Adun Pasir Pekan itu untuk mengurangkan kes kebolehjangkitan Covid-19 jika adanya aliran trafik balik ke Kelantan.

“Jika pasar raya besar masih beroperasi dengan rancak dengan 2 pasar raya tersenarai sebagai pusat penyebaran kes melalui HIDE. Jika solat di masjid masih berlaku. Jika di pejabat masih ramai ke pejabat walaupun boleh Work For Home.

“Maka saya menunggu langkap proaktif daripada kerajaan negeri Kelantan untuk memastikan kes kebolehjangkitan Covid-19 dapat diturunkan secara drastik ataupun peringkat-peringkat.

“Jika tutup bazar dan gerai kes semakin meningkat, saranan saya Letak Jawatan YB,” kata beliau lagi mengulas penutupan gerai tepi jalan yang selama ini menjadi sumber rezeki utama rakyat Kelantan.

 

VIDEO : KAH..KAH....SEMUA MENTERI SUDAH HILANG ARAH...WOIII...MASUK PARLIMEN WOIII.....PANAS!! RAKYAT DAH MENGAMOK!! SOP BERUBAH UBAH

LAGI CINA TOLONG MELAYU..MELAYU BELI MERCEDES

 

Tengahari tadi, saya bersama Jawatankuasa Pertubuhan Prihatin Paroi Jaya telah mengadakan program membeli baju Raya kepada 50 anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga kurang mampu di sebuah pasaraya di Senawang.


Mereka bebas memilih pakaian yang disukai mengikut satu bajet yang ditetapkan.


Diharap inisiatif ini memberikan keceriaan kepada kanak-kanak tersebut dan menyambut Aidilfitri dengan gembira. 


#P128SerembanSejahtera







Kah.kah..kah...PANDANGAN YANG HAMLAU


 Hekk eleehh ..papagomo kata bangsa melayu akan bebaskan masjid al aqsa?  Nak bebaskan rasuah pun tak boleh...bentuk kjaan tanpa mandat rakyat pun cara rasuah umpan jawatan...judi pun korang tambah...berangan nak bebaskan masjid aqsa?  Piiraahh..balik!!



APA PUNYA MENTERI PENDIDIKAN...KES ITU PUN KAU TAK TAHU SELLESAIKAN.

 

Pertahankan Ain atau letak jawatan, kata Maszlee kepada menteri


Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mempertikaikan kenapa Radzi Jidin mendiamkan diri berhubung isu itu.

PETALING JAYA: Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menggesa penggantinya, Radzi Jidin serta dua timbalannya bersuara berhubung isu melibatkan pelajar sekolah Ain Husniza Saiful Nizam, yang mendedahkan ‘gurauan rogol’ gurunya baru-baru ini.

Maszlee yang memuat naik beberapa hantaran di Twitter menggesa Radzi serta timbalannya, Dr Mah Hang Soon dan Muslimin Yahaya supaya menunjukkan sikap kepemimpinan dan bukannya ‘mematikan’ itu.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, isu dibangkitkan Ain sebenarnya sudah lama berlaku dan perlu ditamatkan.

“Sikap ditunjukkan menteri serta dua timbalannya dalam kes ini akan mengakibatkan ibu bapa lebih sukar mempercayai pihak sekolah.

“Mereka perlu lebih proaktif, jika tidak letak jawatan saja!

“Sekolah sepatutnya tempat paling selamat untuk kanak-kanak!” katanya.

Maszlee juga menggesa kementerian pendidikan melaksanakan memo dikeluarkannya ketika memegang jawatan itu pada Disember 2019, iaitu supaya memecat guru yang didapati bersalah mendera pelajar sama ada secara fizikal atau seksual.

Memo itu turut mengatakan guru yang sedang berdepan siasatan tidak boleh dibenarkan menemui mana-mana pelajar, selain amalan memindahkan guru juga perlu dihentikan segera.

Kenapa kementerian hanya diam, soal kumpulan ibu bapa

Sementara itu Melaka Action Group for Parents in Education (Magpie) turut mempertikaikan kenapa kementerian pendidikan sekadar mendiamkan diri berhubung dakwaan Ain itu, malah menyoal sama ada ia sekadar membiarkan perlakuan guru terbabit.

Pengerusi Magpie Mak Chee Kin juga memetik laporan bahawa pelajar itu dikenakan amaran kerana tidak hadir ke sekolah, sedangkan guru terlibat dan rakan sekelas yang mengugutnya dengan rogol tidak langsung dikenakan tindakan.

“Pengurusan sekolah dan kementerian pendidikan mesti memberi penjelasan kenapa surat amaran dikeluarkan terhadap pelajar itu, sedangkan bapanya telah menemui mereka.

“Apa mesej yang sebenarnya mahu diberikan kepada pelajar? Supaya berdiam diri sekalipun merasakan sesuatu tidak betul? Supaya sekadar menerima saja apa yang diajar di sekolah?

“Kami menggesa tindakan pantas diambil. Kanak-kanak perempuan kita perlu dilindungi dan sekolah mesti menjadi tempat selamat untuk semua,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.



PH BENTUK BEBERAPA JAWATANKUASA KEMPEN GEMPUR PUTRAJAYA

 

VIDEO : RENTASAN 884 | GEMPAR!!! ACRYL SANI DICABAR SIASAT DAN DEDAH INDIVIDU TE...



MENARIK DALAM RENTASAN 884
1. PAS MIMPI NGERI JIKA PH KEMBALI MEMERINTAH 2. ISU WATAK VIDEO SEMBURIT KEMBALI TERSERET 3. JANGAN JUAL LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SUBANG 4. ANTARA NYAWA RAKYAT DAN INDUSTRI KASINO





VIDEO : MENGEJUTKAN!! DALANG SKANDAL 1MDB DIDEDAHKAN!!(PART 2)

VIDEO : PAS MIMPI NGERI JIKA PH KEMBALI MEMERINTAH

KOLUM| Falsafah dan propaganda dalam politik

 


KOLUM| Falsafah dan propaganda dalam politik

Antara komen bekas Timbalan Perdana Menteri tentang situasi politik tanahair masa kini ialah ahli politik tidak mempunyai falsafah. Dalam pemikiran dan tindakan mereka hanya soal kuasa dan berkuasa.

Pensyarah Sains Politik UKM, Dr. Muhamad Agus Yusuf juga menyebutkan keperluan falsafah dalam ahli politik demi kebaikan negara.

Benarkah ahli politik sekarang gersang dengan falsafah?

Suatu ketika dahulu, Pas memiliki pemimpin yang mempunyai idealisme politik. Antaranya Ustaz Nakhaie Ahmad. Beliau mengemukakan idea kerjasama dengan bukan Melayu dan beberapa pembaharuan dalam Pas.

Akhbar parti yang dipimpinnya dinamakan ‘Harakah’ bermaksud ‘gerakan’ adalah ideanya untuk menjadikan Pas sebagai sebuah gerakan Islam daripada sekadar parti politik.

Oleh kerana beliau diberikan peluang menulis ucapan presiden Pas, beberapa idea seperti ‘Muwajahah Silmiyyah’,’Tajdid Hadhari’ dan sebagainya dimasukkan dalam rongga pemikiran ahli.

Namun idealisme sukar diterima oleh ahli Pas, ditafsir lain dan dia sendiri sukar menyesuaikan ideanya dengan suasana itu. Ini antaranya yang menyebabkan beliau mengambil keputusan keluar dari Pas.

Apabila Ustaz Nakhaie Ahmad bersama Fuad Zarkashi, Saifudin Nasution, Che Johan Che Pa menyertai Umno, orang Pas kata mereka dengan pelbagai gelaran. Antaranya, nakasone, pengkhianat, dan sebagainya. Rumah Ustaz Nakhaei di sebelah rumah Ustaz Hasan Shukri dan di belakang dewan Markaz Tarbiyyah Pas Pusat di Taman Melewar.

Suatu ketika dahulu, Pas memiliki pemimpin yang mempunyai idealisme politik. Antaranya Ustaz Nakhaie Ahmad. Beliau mengemukakan idea kerjasama dengan bukan Melayu dan beberapa pembaharuan dalam Pas.

Akhbar parti yang dipimpinnya dinamakan ‘Harakah’ bermaksud ‘gerakan’ adalah ideanya untuk menjadikan Pas sebagai sebuah gerakan Islam daripada sekadar parti politik.

Oleh kerana beliau diberikan peluang menulis ucapan presiden Pas, beberapa idea seperti ‘Muwajahah Silmiyyah’,’Tajdid Hadhari’ dan sebagainya dimasukkan dalam rongga pemikiran ahli.

Namun idealisme sukar diterima oleh ahli Pas, ditafsir lain dan dia sendiri sukar menyesuaikan ideanya dengan suasana itu. Ini antaranya yang menyebabkan beliau mengambil keputusan keluar dari Pas.

Apabila Ustaz Nakhaie Ahmad bersama Fuad Zarkashi, Saifudin Nasution, Che Johan Che Pa menyertai Umno, orang Pas kata mereka dengan pelbagai gelaran. Antaranya, nakasone, pengkhianat, dan sebagainya. Rumah Ustaz Nakhaei di sebelah rumah Ustaz Hasan Shukri dan di belakang dewan Markaz Tarbiyyah Pas Pusat di Taman Melewar.

biasa sangat mereka-reka slogan, label, hukuman yang boleh menjolok umum. Ini dinamakan propaganda. Ini soal survival politik.

Samalah sewaktu PH awal menerajui kerajaan. Pemimpin terutama menteri-menteri mahu menjadi ahli falsafah. Idea mereka memang suatu yang ideal. Sedangkan mentaliti rakyat masih dalam tempurung sudah berkurun. Reformasi pentadbiran yang dilakukan oleh PH bukan tidak baik. Baik tetapi majoriti otak rakyat bukan di kepala.

Terkini mengenai isu yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara dan istilah ‘budak kita’ dalam rakaman yang dikaitkan dengan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin. ‘Budak kita’ adalah satu keperluan dalam politik Machiavelli bagi memastikan kuasa kekal dalam tangan.

Mereka boleh dibantu secara terus atau tidak. Banyak kaedah. Sekarang Perikatan Nasional (PN) akan menaja atau menggalakkan penubuhan pertubuhan, ngo dan ngi. Di samping itu akan menunggang badan dan agensi kerajaan yang boleh dijadikan tunggangan. Itu adalah natural dalam politik.

Ini termasuklah dakwaan yang diinstitusikan melalui badan-badan puppet. Antara tugas parti politik ialah mewujudkan seberapa banyak puppet yang boleh membantu kerja politik mereka. Ini dilakukan oleh semua parti-parti politik di dunia ini.

Seperti ISIS, ia adalah ciptaan Amerika. Ini diakui oleh Harry Clinton. Rekacipta mereka memang power. ISIS memerangi Islam liberal, Islam Sunni, Islam Syiah dan segala Islam yang tidak bersama mereka. Ketika mangsa keganasan mengerang kesakitan dengan kata-kata Allahu Akbar, mereka yang melepaskan peluru turut melaungkan kalimah sama. Inilah masalah kepandiran ummah.

Ia berlaku di Syria, Iraq, Filipina dan juga Indonesia. Tempiasnya sampai juga ke sini. Untungnya, budaya Melayu yang traditionalis, konservatif mengurangkan keterlaluan dalam bertindak.

Biasanya kita faham batas sempadan antara keterlaluan dengan kelonggaran. Itulah fungsi syariah. Pandir payah hendak faham bab ini. Pandir jenis otak taliair atau longkang. Lurus.

Apabila PN ambil alih kerajaan dari PH, terma pengkhianat mula berligar semula. Ada pihak menganggap bahawa tindakan Muhyidin, Azmin dan lain-lain sebagai pengkhianat. Saya bukan menyokong tindakan mereka. Bahkan, saya tetap anggap sebagai pengkhianatan.

Namun sifat pengkhianatan itu lebih kepada terma politik. Seperti Mahathir pernah dituduh taghut, mahazalim, mahafiraun dsb. Sampai tahap dua imam, nikah dua kali, pulau memulau dan sebagainya. Ia adalah hasil dari pemikiran politik menjadi agama yang dogmastik (penghayatan dan pengamalan agama yang dipaksa).

Ini bukan soal falsafah politik. Ini adalah kemelut politik. Pemikiran politik ini bukan soal hukum. Ia adalah lebih kepada persoalan mengurus kuasa.

Kuasa itu sifatnya liar. Jika perlu bekerjasama dengan perompak, membolehkan kuasa itu diperolehi apalah sangat bekerjasama dengan penternak babi, pedagang judi dan saudagar riba?

Kain serban dan jubah boleh membersihkannya. Mercedes, sekretari cantik dan kerusi empuk boleh uruskan soal korup dan ketidakupayaan bekerja.

Soalnya bagaimana alat-alat yang menjadi kayu ukur atau pertimbangan tindakan itu diolah oleh orang politik. Itulah kerja propaganda, jika dalam jangka pendek. Jika jangka sederhana, biasanya guna kaedah penerangan dan jangka panjang gunakan pendidikan. Semua ini terangkum dalam istilah yang disebut oleh Gramsci sebagai hegemoni. Tidak perlu jadi Marxis, untuk faham ideanya.

Jika di khalayak orang Islam, guna al Quran. Jika dengan pengkagum barat, guna saja kitab demokrasi. Jika dengan walaun Marxis, guna Das Kapital. Jika ultra Melayu, bersyair seloka dan berguridam pantun pusaka. Ini menuntut kemahiran sebagai orator atau penulis, sarjana atau apa saja istilah yang pandir suka.

Pandir sering diperlukan di saat begini. Tapi tidaklah perlu semua berpakat jadi pandir. Cukuplah pandir yang sediada istiqamah dengan kepandirannya. Setidak-tidak jadi bahan kajian bagi ibrah masyarakat akan datang.

Falsafah Pandir adalah mudah dan ringkas. Jika Pandir menyertai politik, mereka hanya mahu faedah politik jangka pendek. Pandir mahu perut dan syahwat mereka terisi.
———–
Penulis adalah bekas pensyarah sebuah universiti di utara tanah air.





VIDEO : Apit Wan Lebo tegur kerajaan

Langgar SOP: Polis siasat Awie selepas tular video nyanyi ramai-ramai

 


Langgar SOP: Polis siasat Awie selepas tular video nyanyi ramai-ramai

Polis Melaka akan memanggil beberapa individu, termasuk selebriti yang juga penyanyi rock Datuk Ahmad Azhar Othman, atau dikenali ramai sebagai Awie, bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengambil bahagian dalam satu progam misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di Melaka baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata penganjur program berkenaan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No 3) 2021.

“Polis Melaka menerima satu laporan kira-kira pukul 12.43 tengah malam tadi berhubung satu klip video yang telah tular di media sosial berdurasi 42 saat memaparkan Datuk Awie dan beberapa individu lain, dilihat melanggar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel.

“Justeru semua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil dalam masa terdekat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan dan siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera sebelum dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di Melaka  hari ini.

Beliau turut memohon agar individu yang terlibat atau mempunyai maklumat berkaitan persembahan itu untuk hadir bagi membantu siasatan.

Dalam video tular berkenaan, Awie dilihat menyanyi beramai-ramai dipercayai dalam satu majlis di sebuah hotel tanpa mematuhi SOP, termasuk tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakan fizikal, dan difahamkan majlis itu merupakan sebahagian daripada sebuah Program ‘Misi Kemanusiaan’ Jumaat lepas.



Pelaksanaan semula PdPR, ibu bapa bimbang pembelajaran anak-anak

 

Bernama
Pelaksanaan semula PdPR, ibu bapa bimbang pembelajaran anak-anak
Banyak pihak terutama ibu bapa dan guru gusar berhubung perkembangan pelajaran anak-anak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri ini, sesi persekolahan diteruskan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka untuk mengelak risiko jangkitan COVID-19 di sekolah selepas perayaan itu.
Biarpun ada ibu bapa yang lega dengan keputusan itu kerana risau untuk menghantar anak ke sekolah berikutan penularan jangkitan COVID-19, namun dalam masa sama ramai juga yang bimbang akan tahap keberkesanan pembelajaran anak-anak mereka.
Apakah pembelajaran anak-anak akan terjejas sekali lagi susulan penutupan sekolah seluruh negara selepas raya ini? Mungkin itu antara persoalan yang membelenggu ibu bapa sebaik pengumuman penutupan sekolah berikutan peningkatan kes COVID-19 di institusi pendidikan negara.
Apatah lagi pelaksanaan PdPR sebelum ini mempunyai beberapa kelemahan termasuk masalah kemiskinan digital dan kesenjangan akses kepada pendidikan dalam talian sekali gus menyebabkan ramai pelajar tercicir dalam pembelajaran terutamanya dalam kalangan golongan B40.
Bagi yang mempunyai kemudahan peranti dan akses internet pula, mereka mendakwa anak-anak mereka sukar untuk fokus sewaktu PdPR berbanding proses pembelajaran secara bersemuka di sekolah yang dirasakan lebih berkesan.
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dalam kenyataan bersama hari ini turut menekankan mengenai kegusaran ramai pihak terutama ibu bapa dan guru berhubung perkembangan pelajaran anak-anak kerana mereka mungkin ketinggalan dalam silibus akibat tidak dibenarkan ke sekolah berdasarkan keadaan pandemik yang semakin kritikal ketika ini.
Ahli Parlimen berkenaan ialah Maszlee Malik (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan), Nik Nazmi Nik Ahmad, Teo Nie Ching dan Datuk Dr Hasan Baharom.
"Lebih membimbangkan, ibu bapa juga tidak tahu sejauh mana anak mereka benar-benar belajar dan menguasai topik yang diajar. Ibu bapa tidak boleh menyemak buku latihan, dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak memberi panduan - secara fizikal mahupun melalui aplikasi khusus - untuk ibu bapa memantau pembelajaran dan perkembangan anak-anak," demikian menurut kenyataan itu.
Mereka berpendapat KPM seharusnya menyediakan bahan-bahan pembelajaran kendiri kepada murid dengan pedagogi yang baharu dan fleksibel bagi menangani masalah keciciran pelajaran.
Selain itu, mereka berkata situasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini lebih membimbangkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang ketika mereka berada di Tingkatan 4 tahun lepas dan Tingkatan 5 tahun ini telah menjejaskan prestasi dan pembelajaran mereka.
Menurut mereka, jika pelajar SPM tahun lepas hanya terjejas dengan pembelajaran Tingkatan 5 sahaja, bagi tahun ini pula mereka kehilangan dua tahun pembelajaran akibat PdPR terbaharu ini.
"Maka, penguasaan pelajar SPM tahun ini berhubung subjek Tingkatan 4 dan 5 amat terjejas dan adalah lemah. Pihak KPM sepatutnya mengurangkan topik subjek sesuai dengan tempoh pembelajaran mereka yang sebenar. Hakikatnya, semasa mereka berada di Tingkatan 4 tahun lalu, tiada PdPR yang tersusun, dan mereka seolah-olah kehilangan setahun pembelajaran," kata mereka.
Dalam pada itu, mereka mencadangkan KPM menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti sekolah yang sesuai ditutup atau tidak.
"Bagi kawasan pedalaman dan luar bandar yang jauh dari jangkitan dan tiada kes serta pergerakan keluar dan masuk, KPM sepatutnya membenarkan sekolah-sekolah terus dibuka, terutama kerana capaian internet tidak mencukupi untuk mereka menjalani PdPR," katanya.
Sementara itu, Anuar Ahmad dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kaedah PdPR seharusnya dijalankan dalam pelbagai bentuk dan tidak hanya tertumpu secara dalam talian.
Ini kerana, menurutnya berdasarkan kajian yang dilakukan hampir 60 peratus pelajar tidak mempunyai kemudahan internet dan peranti.
Beliau berkata semua guru sepatutnya sudah mempunyai pelan kontingensi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk penutupan sekolah.
"Maksudnya kalau sekolah nak tutup 10 hari, semua guru dah ada set PdPR nota kalau berlaku sekolah ditutup. Pihak sekolah kena bersedia dan fotostat siap-siap, kalau sekolah ditutup terus edar nota tersebut. Kalau hari ini ditutup, esok dah kena edar kepada pelajar.
"Kalau kawasan sekolah yang ada internet dan pelajar berkemampuan, boleh guna secara dalam talian. Ini bagi mereka yang tidak ada internet atau tidak berkemampuan. Jadi, bila nota diedarkan, pelajar akan buat latihan dan teruskan pembelajaran walaupun mereka berada di rumah," katanya.
Selain itu, Anuar berkata kaedah pembelajaran menerusi televisyen dan radio seperti DidikTV juga perlu diperkemas dan diperluaskan supaya ia digunakan secara optimum.
"Satu lagi kaedah ialah program 'outreach' di mana guru pergi kepada masyarakat. Guru tidak tunggu pelajar datang ke sekolah sebaliknya guru sendiri yang datang kepada pelajar.
"Guru di Sabah dan Sarawak banyak menggunakan pendekatan ini. Bila guru datang ke rumah, pelajar akan beritahu kawan yang duduk berhampiran datang belajar sekali di rumah," katanya.

SUATU MALAPETAKA YANG WAJIB KITA BERMUHASABAH


First time mak aku dipujuk untuk jangan beraya kat rumah sendiri.  First time mak aku kena beraya rumah anak dia. Bukan senang nak pujuk mak untuk tinggalkan rumah kesayangan dia apatah lagi waktu raya.  

Dunia dah terbalik.  Dulu2 anak2 balik beraya kat kg, kat rumah mak.  Tahun ni, mak kena beraya kat rumah anak.  Sebab, anak2 dah tentu tak boleh balik kg.  Takkan nak biarkan mak beraya sorang diri kat kg walaupun mak memang nak beraya kat rumah dia samada anak dpt balik atau tidak. Kami terpaksa berpakat jadi "anak derhaka", iaitu pastikan mak jangan beraya di rumah kat kg. Akhirnya, mak akur dgn anak2 kerana mak lebih sayangkan anak2 dia dari rumah kesayangan yg arwah abah tinggalkan.  

Mengapa semua ini terjadi.  Jawapan dia kerana negara ini mendapat malapetaka angkara babi2 tebuk atap.  Muhasabah lah. Full stop !!

WFAUZDIN NS