BERSEMPENA HARI BURUH Sudah 19 tahun, kini masa untuk semak semula sistem gaji penjawat awam, kata Cuepacs

 

Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata, Skim Saraan Malaysia untuk penjawat awam yang dilaksanakan pada 2002 kini sudah lapuk.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyeru Putrajaya supaya mengemas kini sistem penggajian penjawat awam yang sudah berjalan sejak 2002 bagi memastikannya kekal relevan.

Presidennya Adnan Mat berkata, sistem sedia ada masih berdasarkan keadaan ekonomi negara sejak 19 tahun lalu.

“Ia perlu dikaji semula setiap lima tahun sekali supaya relevan dengan situasi semasa ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan, sambil menambah ia bersedia bekerjasama dengan kerajaaan bagi menetapkan kadar baharu.

Adnan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sempena Hari Pekerja bahawa gaji minimum bagi sektor swasta sedang dikaji untuk tujuan serupa.

Adnan Mat.

Muhyiddin berkata kajian semula penggajian itu adalah sebahagian daripada tiga strategi yang digariskan tahun lalu untuk menangani masalah pengangguran akibat pandemik Covid-19.

Adnan berkata, anggapan bahawa kos sara hidup akan meningkat jika gaji dinaikkan tidak boleh diterima. Ia adalah alasan golongan kapitalis untuk memperoleh lebih banyak keuntungan dengan mengorbankan pekerja.

“Sekiranya gaji tidak dinaikkan, kos sara hidup akan tetap naik sehingga menyebabkan rakyat terkesan.”

Bulan lalu, Adnan mencadangkan gaji minimum kakitangan awam dinaikkan kepada RM1,800 sebulan.

Katanya, jika Sistem Saraan Malaysia (SSM) menetapkan gaji permulaan sebanyak RM1,800, dan penjawat awam akan mendapat RM2,510, termasuk elaun yang disertakan, iaitu lebih tinggi sedikit daripada paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2021, sebanyak RM2,208.



VIDEO : 'Kejap katak lompat sini, kejap katak berbunyi sana. Rakyat dah muak!'

'VIDEO : Kerajaan lemah, setiap hari ada isu ketegangan kaum' - Anwar

BUDAK KELANTAN PENGHANTAR FOOD PANDA ITU WUJUD-SAMAN SIBONGGOK INI SAMPAI TINGGALL TELOR



“Saya hanya menghormati penerima bantuan yang tidak mahu identitinya didedahkan kepada umum tapi saya pula difitnah macam-macam,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Anas Hazmi. Steven juga hairan bagaimana ada pihak yang memuat naik geran motosikal palsu di dalam Facebook yang kononnya dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa Cina susulan pembelian motosikal berkenaan.



MALAYSIAKU MACAMERBA

 

W.FAUZDIN

Ada prof kangkung. Sekarang ada pulak tok peti terompah kayu. Bawah kerajaan haram tebuk atap ni hukum rentas negeri balik beraya pun tok peti terompah kayu kata haram. Haram belaka, kecuali satu yang halal iaitu tutup parlimen. Apa komen lebai? Takde...mulut disumbat dengan dedak, agama pun dilacurkan.Rasuah ke makkah pun balun.....


May be an image of baby and text that says ".. 485, likes ctdk Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi ert yang besar buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal,"






JANGAN TERUSKAN HUKUMAN 2 DARJAT DI MASA HADAPAN


Menteri KDN tentukan lantikan pegawai polis, ADN Meru minta siasatan dilakukan

 


Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar malam tadi membuat laporan polis ke atas Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung pengakuan beliau audio yang tersebar mengenai perbincangan melantik pegawai polis yang tular sejak beberapa hari lalu adalah suaranya.


Dakwa Fakhrulrazi, menteri KDN tidak seharusnya campurtangan dalam pelantikan pegawai polis yang mungkin akan mengurangkan keyakinan awam terhadap kewibawaan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


"Malam ini saya ambil tanggungajawab buat laporan polis terhadap Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mana beliau disyaki telah menyalahguna kuasa dan kedudukannya dengan dua keadaan.


"Pertama mengenai rakaman audio, beliau telah mengesahkan bahawa itu suara beliau. Di mana seolah-olah beliau telah mengatur pegawai kanan PDRM. Yang tidak sewajarnya menteri campurtangan dalam urusan dalaman PDRM.


"Tindakan beliau ini menimbulkan rasa ketidakselesaan anggota PDRM itu sendiri dan seluruh rakyat Malaysia yang melihat seolah-olah polis yang berkecuali itu dikawal dan kedudukanya ditentukan oleh menteri atau orang politik," katanya.


Selain itu, Fakhrurazi juga meminta pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu mulai 4 Mei ini dikaji semula kerana katanya menurut Akta Polis, jawatan itu tidak boleh diisi sepanjang darurat berkuatkuasa.


"Hari ini juga tersebar berita perlantikan bakal Ketua Polis Negara baru menggantikan Hamid Bador. Di mana jelas dalam Akta Polis 1967, Seksyen 15, ketika darurat, pertukaran Ketua Polis Negara dan pegawai polis tidak dibenarkan.


"Dalam hal ini menteri (mungkin) menyalahgunakan kedudukannya melantik Ketua Polis Negara yang baru ketika darurat," dakwanya.


Justeru, ADUN Meru itu mahu polis segera menjalankan siasatan sewajarnya ke atas menteri walaupun menteri yang mengawal KDN.


Beliau juga berharap seluruh rakyat Malaysia akan membuat laporan polis terhadap Hamzah Zainuddin.

 


((PANAS)) LOKMAN BELASAH HAMID BADOR & HAMZAH ZAINUDDIN & MENTERI "BODOH...

Ketua Polis tidak boleh bersama semasa darurat, kata peguam

 Ketua Polis tidak boleh bersama semasa darurat, kata peguam


1. Kita minta Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Kerajaan Malaysia berikan penjelasan mengapa berlakunya perlantikan Ketua Polis Negara yang baru sedangkan menurut s. 15 Akta Polis 1967 (Akta 344), jelas menyebut bahawa tiada seorang pun “PEGAWAI POLIS” boleh bersara semasa DARURAT masih berkuatkuasa;

2. Seksyen 2 Akta 344 mentafsirkan PEGAWAI POLIS sebagai “SESEORANG ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA”;

3. Seksyen 4 Akta 344 pula menyatakan bahawa, “Pasukan hendaklah di bawah perintah KETUA POLIS NEGARA yang adalah seorang PEGAWAI POLIS…”. Ertinya, jawatan KETUA POLIS NEGARA hanya boleh disandang oleh seseorang yang menjadi PEGAWAI POLIS sahaja. Ia tidak boleh dilantik dari kalangan orang politik atau sesiapapun selain dari seorang PEGAWAI POLIS;

4. Oleh itu, jelas bahawa perkataan PEGAWAI POLIS yang ada di dalam s. 15 Akta 344 tersebut turut merujuk kepada jawatan KETUA POLIS NEGARA yang menjadi ketua pasukan kepada Polis Diraja Malaysia.

Sekian.

#kitajagakita

MOHD FITRI ASMUNI
Pengerusi
Biro Undang-Undang (KANUN)
Pemuda AMANAH Nasional




Untuk adil, rehatkan Menteri KDN, KPN, pengganti ketika Hamzah perlu disiasat

 


HAMID BADOR SUDAH TERLAMBAT, BERANINYA HANYA SETELAH TIADA KUASA….

 

Meskipun apa yang diperkatakan oleh Hamid Bador dalam sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara semalam berkaitan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam pasukan polis dan gesaannya supaya SPRM menyiasat amalan rasuah berhubung katak lompat parti dalam kerajaan adalah sesuatu yang baik, berani dan boleh diberikan pujian, tetapi tindakan beliau sebenarnya sudah pun terlambat.

Pendedahan dan gesaannya itu ketika tempatnya sebagai Ketua Polis Negara sudah diganti oleh Acyrl Sani Abdullah bermula 4 Mei nanti, dikira sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Ia hanya ibarat cakap kosong dan untuk melepaskan geram saja.

Jika Hamid mendakwa Hamzah sudah campurtangan dalam pasukan polis bermula sejak hari pertama dia dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, kenapa baru sekarang beliau mendedahkannya?

Sejak Hamzah dilantik pada 9 Mac 2020 hingga sekarang dan Hamid menyedari campurtangan Menteri Dalam Negeri dalam pasukan polis, apa yang Hamid telah lakukan sejak itu?

Cukupkah sekadar membangkitkannya kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara saja dan setelah menyedari tiada apa-apa perkembangan mengenai aduannya, kenapa beliau tidak mendedahkannya secara terbuka sebagaimana dilakukannya semalam?


Dalam sidang medianya semalam, Hamid mengatakan beliau mendedahkannya semua ini bukan disebabkan khidmatnya sebagai Ketua Polis Negara tidak disambung, malah beliau hanya mengetahui nama penggantinya itu setelah ia diumumkan oleh Hamzah dua hari lalu.

Persoalan di sini, apakah Hamid akan menyerang Hamzah dan mendedahkan campurtangan menteri berkenaan kiranya khidmat beliau disambung lagi?

Mengapa hanya setelah tiada lagi kuasa dan menuju persaraan, baru jadi berani untuk bersuara?

Bukankah bersuara menegakkan kebenaran ketika ada jawatan dan kuasa akan menjadikan ia lebih bermakna serta disanjung tinggi?

Begitu juga dengan gesaan Hamid agar SPRM menyiasat tindakan lompat parti dalam kerajaan sekarang yang dikaitkannya dengan amalan rasuah yang mungkin berlaku.

Apa yang diperkatakan Hamid itu bukan baru berlaku semalam, malah telah difahami wujud sejak terbentuknya kerajaan PN pada 1 Mac 2020 lagi.

Kenapa selama ini Hamid tidak pernah menggesa SPRM melakukan siasatan berkaitan katak lompat parti dalam kerajaan PN?

Lebih daripada itu, jika diteliti, aktiviti katak lompat parti ini sebenarnya bermula sejak era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 10 Mei 2020 lagi.

Hamzah sendiri adalah ketua geng lompat parti daripada UMNO untuk menyertai Bersatu bagi mengukuhkan kedudukan Tun Mahathir dan bagi mengelakkan bekas Pengerusi Bersatu itu melakukan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Pernahkah Hamid bersuara tentang katak lompat parti dan kaitannya dengan rasuah pada ketika itu?

Kenapa setelah tiada lagi kuasa, baru berdentam-dentum bersuara menyerang katak lompat parti, tetapi ketika ada jawatan dan kuasa, diam membisu seribu bahasa?


 (ShahbudinHusin 01/05/2021)




Isyarat mengelirukan dorong pelabur lari, kata ahli ekonomi

 

Gambar fail Saravanan (dua dari kanan) memeriksa tempat tinggal pekerja asing. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua ahli ekonomi mendesak kerajaan mengkaji semula dasar terbaharunya mengenai pengambilan pekerja asing dan perlombongan mineral, menyifatkan Putrajaya seolah memberi isyarat mengelirukan kepada pelabur asing.

Bercakap kepada FMT, mereka berkata keputusan untuk melonggarkan penguatkuasaan peraturan mengenai perumahan pekerja dan pengekstrakan mineral yang tidak boleh diperbaharui menimbulkan persoalan mengenai komitmen kerajaan terhadap hak asasi manusia dan perlindungan alam sekitar.

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan telah melakukan tugas baik dalam menangani masalah penginapan pekerja namun kecewa apabila Putrajaya membuat pusingan U.

Beliau merujuk kepada keputusan kerajaan untuk melonggarkan penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja hingga akhir tahun ini.

“Ini luar biasa kerana Rabu lalu, (menteri kanan) Azmin Ali baru saja mengumumkan dasar Aspirasi Pelaburan Nasional baharu yang memfokus kepada pekerjaan bernilai tinggi dan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” katanya.

Williams berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melancarkan Pelan Transformasi Industri Mineral Nasional 2021-2030 untuk membangunkan industri mineral tempatan sehari selepas pengumuman Azmin.

Rancanga itu bertujuan memberikan pulangan jangka panjang dari industri mineral dan menjadikannya salah satu penyumbang utama ekonomi negara.

“Ia menghantar isyarat yang salah kepada pemegang taruh antarabangsa dan melemahkan komitmen lain kerajaan, contohnya, Matlamat Pembangunan Lestari PBB yang diumumkan oleh (menteri kewangan) Tengku Zafrul Aziz.”

Jelas Williams, ia turut memberi isyarat bahawa undang-undang hak asasi manusia dan buruh dapat dilonggarkan sewenang-wenangnya untuk “disesuaikan mengikut kepentingan kumpulan tertentu”, terutamanya majikan.

Benedict Weerasena dari Bait Al-Amanah berkata Malaysia tidak mampu lagi untuk kehilangan pelaburan asing yang memilih pesaing di negara serantau.

Memandangkan syarikat antarabangsa menilai semula hubungan mereka dengan pengeluar sarung tangan Malaysia berikutan dakwaan buruh paksa dan keadaan hidup mereka yang buruk, katanya negara tidak boleh lagi “mengulangi kesalahan yang sama”.

Memetik tinjauan Morgan Stanley Capital International baru-baru ini, 79% pelabur Asia Pasifik merancang untuk meningkatkan pelaburan ESG sebagai tindak balas terhadap penularan wabak.

“Secara keseluruhannya, ada keperluan untuk mencapai dan menegakkan amalan ESG yang lebih kukuh dalam komitmen negara terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya. “Ia memerlukan kerjasama erat kerajaan dan sektor swasta ke arah mempertingkatkan taraf buruh.”

Takkan lah ‘kerajaan katak’ nak siasat ‘katak politik’, sinis Shahrir

 


Takkan lah ‘kerajaan katak’ nak siasat ‘katak politik’, sinis Shahrir

Veteran Umno Shahrir Samad mempersoalkan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan sebagai “kerajaan katak” akan menyiasat “katak politik” di negara ini.

Shahrir dalam catatan di Facebook turut memuat naik tangkap layar laporan FMT mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mereka yang melompat parti.

Beliau berkata, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said sudah menghantar dua surat walaupun surat pertama masih tidak dijawab oleh Peguam Negara Idrus Harun.

“Takkan kerajaan PN nak siasat katak politik! Dia kerajaan katak! Surat Azalina dah dua, yang pertama pun Peguam Negara tak terjawab.

“Menteri Undang-Undang (Takiyuddin Hassan) hanya minat pada ‘sains dan data’, bukan undang-undang. MACC (SPRM) yang nak siasat?” soal beliau.

Terdahulu, Hamid hari ini dilaporkan berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan terhadap ahli politik yang terlibat dengan aktiviti lompat parti.

“Saya memerangi rasuah dalam polis, tetapi dalam politik saya lihat rasuah di mana-mana. Kenapa mereka tidak fikir tentang perkara ini?” 





VIDEO RENTASAN 879 | PANAS!!! TERNYATA WUJUD USAHA PENYELEWENGAN BELANJAWAN 2021?



MENARIK DALAM RENTASAN 879

1. MENGAPA DARURAT PERLU DITAMATKAN 2. BUDAK KELANTAN PENGHANTAR FOOD PANDA ITU WUJUD 3. FITNAH YANG KEMBALI KEPADA TUANNYA 4. BENANG BASAH TAK MUNGKIN DITEGAKKAN




NAK SIASAT KENAPA? DAH JABATAN AGAMA ISLAM , MAJLIS AGAMA ISLAM SENDIRI TERLALU PENUH DENGAN PROSEDUR, NAK DAPAT BANTUAN BERBULAN BULAN..ORANG NAK MAKAN LA WEIIII

 


3 ibu tunggal mohon bantuan gereja disiasat


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

KUALA LUMPUR: “Kalau saya tahu, saya akan bantu” demikian reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung dakwaan tiga ibu tunggal beragama Islam terpaksa memohon bantuan kewangan daripada pihak gereja selepas permohonan mereka ditolak pusat zakat atau agensi berkaitan.

Zulkfili menegaskan beliau akan membantu individu berkenaan sekiranya mengetahui mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Semarak Lailatul Qadar dan Ramah Mesra Bersama Pengetua Tahfiz & Pondok Wilayah Persekutuan di Maahad Tahfiz Al Faridiyah di Taman Sri Rampai di sini hari ini.

Isu itu dibangkitkan berikutan laporan sebuah portal berita mengenai tiga ibu tunggal yang terpaksa memohon bantuan gereja sejak beberapa tahun lalu selepas institusi zakat dan agensi berkaitan menolak permohonan mereka.

Menyentuh soal Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah beliau berkata SOP itu telah dilengkapkan bagaimanapun Arab Saudi masih belum membuat keputusan sama ada ibadah haji dan umrah dibenarkan pada musim ini.

“Kita doalah banyak-banyak kepada Allah agar wabak ini (Covid-19) pergi,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail.

Majlis berkenaan menyaksikan 41 maahad tahfiz dan pondok berdaftar dengan JAWI menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas makanan seperti beras, tepung, gula dan minyak masak.

Program Semarak Lailatul Qadar Wilayah Persekutuan yang julung kali diadakan pada tahun ini bertujuan merancakkan lagi amal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan dengan aktiviti dan pengisian kerohanian melibatkan 89 masjid di Wilayah Persekutuan.

AMK mahu Peguam Negara siasat kematian dalam tahanan polis A Ganapathy

 


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia tidak boleh menerima begitu sahaja berita kematian A. Ganapathy yang ditahan reman tanpa pihak polis memberi penjelasan yang munasabah.


Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir, Naib Ketua AMK Malaysia Thiban Subramaniam dan Exco Biro Guaman dan Undang-Undang AMK Adrian Kumar Vendargon, kematian mendiang Ganapathy seharusnya disiasat oleh Jabatan Peguam Negara serapi yang mungkin untuk menentukan punca sebenar kematian beliau.


"AMK Malaysia menyokong sepenuhnya seruan NGO Eliminating Deaths in Custody Together (EDICT) yang mahu Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan terhadap kematian Ganapathy, selaras dengan kuasa-kuasa Peguam Negara di bawah Seksyen 339 Kanun Tatacara Jenayah.


"Ini akan membantu menentukan punca utama kematian mendiang serta mengenalpasti pemangsa yang terlibat dalam jenayah dahsyat itu dan mengheret mereka ke muka pengadilan," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut mereka lagi, AMK Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kezaliman tidak berperikemanusiaan tersebut yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa secara tragis.


Biarpun tidak menyangkut isu perkauman, namun kata mereka, kematian dalam tahanan polis di Malaysia seolah-olah menggambarkan diskriminasi terarah kepada golongan lelaki berbangsa India.


"Satu kajian Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menganggarkan hampir 55% mangsa kematian dalam tahanan polis di Malaysia adalah warganegara berbangsa India. Ini suatu statistik yang mengejutkan, memandangkan etnik India cuma merangkumi sekitar 7% dari jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.


"Statistik rasmi Kementerian Dalam Negeri pula mendapati bahawa sekitar 23.4% kes sebegini melibatkan mangsa berbangsa India.


"Malangnya, kematian Ganapathy ini hanyalah insiden terkini, memandangkan terdapat banyak kes kematian dalam tahanan polis sebelum ini, termasuk antara lain kes A Kugan (2009) dan N Dharmendran (2013) dan sebagainya," kata mereka lagi.


Bagi mereka, Ganapathy yang di bawah jagaan polis dan dalam keadaan sihat ketika dibawa untuk soal siasat seharusnya berada dalam keadaan sihat selepas dibebaskan.


"Mendiang ditahan polis dari 24 Februari 2021 hingga 8 Mac 2021, di bawah suatu perintah reman 13 hari oleh mahkamah bagi membantu siasatan berkenaan jenayah yang kononnya dilakukan oleh abang beliau. Namun pada 7 Mac 2021, Ganapathy didapati tidak terlibat dalam sebarang salah laku.


"Pada 8 Mac 2021, mendiang yang sememangnya menghidapi penyakit kencing manis dan penyakit jantung telah dikejarkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU) Hospital Selayang dalam keadaan kritikal, dengan kaki beliau lebam dan berdarah.


"Bagaimanapun, ibu Ganapathy, S. Thanaletchumy, menyatakan dalam wawancara baru-baru ini mendakwa mendiang anaknya telah dipukul dengan hos getah dan diheret di atas jalan berturap semasa berkaki ayam," kata mereka lagi.


Sehubungan itu, AMK Malaysia mengulangi seruan supaya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan Parlimen bersidang semula agar Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang digubal oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dapat dibentangkan semula, dibahaskan dan diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen merentasi lantai Dewan Rakyat.




Selangor akan syor kriteria tertentu ubah pelaksanaan PKPB

 


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar, tengah) berkata tiga perkara akan menjadi kayu ukur terhadap syor perubahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.

Katanya, faktor yang akan diambil kira adalah pertambahan kes positif Covid-19, jangkitan berkaitan kawasan tumpuan awam dan kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) sama ada meningkat atau menurun.

"Kita ada angkat beberapa cadangan namun yang penting kita mahu masa yang sesuai (perubahan pelaksanaan PKPB) dan bukan secara tiba-tiba.

"Sebab itu kita ada cadangkan tarikh bila bermula tetapi syor ini akhirnya akan dibincangkan di peringkat persekutuan sebelum diputuskan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya ketika sidang media selepas melancarkan penyertaan awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2030 (DRTMPS 2030) di Le Gardens Pavilion, Kuang.

Sebelum itu, dalam ucapan pelancaran Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2030 itu Amirudin menekankan penyertaan masyarakat awam dan pihak berkepentingan untuk terlibat dengan perancangan pembangunan di kawasan pentadbiran Selayang.

Penyertaan itu amat diperlukan untuk menjadikan Selayang sebuah perbandaran yang seimbang dari segi kelestarian masyarakat, ekonomi, berteknologi dan alam sekitar.

Selain itu, beliau juga menyeru agar Ahli-Ahli Majlis MPS memainkan peranan untuk melibatkan komuniti menyertai program publisiti dan hebahan yang dijalankan selama satu bulan.

Draf Rancangan Tempatan MPS akan dipamerkan kepada awam bermula 30 April hingga 31 Mei 2021 di Lobi, Menara MPS, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan PLAN Malaysia Selangor. Orang ramai juga boleh mengakses dan memberi pandangan terhadap Draft Rancangan Tempatan MPS 2030 melalui laman sesawang https://drt2030.mps.gov.my .

 


VIDEO : #KERAJAAN PN GAGAL : MGNews: Sekretariat Solidariti Rakyat Tuntut Enam Perkara Kepada Kerajaan



Peserta-peserta Sekretariat Solidariti Rakyat menunjukkan plakad bantahan pada Himpunan #BukaPuasaBukaParlimen​ Enam Tuntutan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.



KENYATAAN KPN TENTANG HAMZAH ZAINUDDIN : Hamzah campur tangan sejak awal dilantik jadi menteri - IGP

VIDEO : Ulasan Lokman Adam tentang pengakuan hamzan berkenaan rakaman suara beliau

Lebih 100 buka puasa depan Parlimen tanda protes


Turut hadir berbuka puasa di hadapan bangunan Parlimen ialah Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir.

KUALA LUMPUR: Lebih 100 anak muda daripada Sekretariat Solidariti Rakyat berbuka puasa di hadapan bangunan Parlimen sebagai tanda protes ia masih belum bersidang.

Selain mendesak kerajaan segera “membuka” Parlimen, mereka turut menuntut enam perkara lain termasuk melaksanakan Undi18 serta-merta.

Empat lagi tuntutan adalah jaminan kemandirian ekonomi rakyat, pemerkasaan pendidikan yang selamat untuk semua, pemerkasaan hak Sabah dan Sarawak serta penguatkuasaan undang-undang saksama dan berperikemanusiaan.

Mereka pada mulanya berkumpul di tempat letak kenderaan Taman Tugu sebelum bergerak ke bangunan Parlimen.

Antara aktiviti dilakukan adalah bacaan Al-Quran dan kupasan ayat berkaitan kerajaan zalim, berbuka puasa beramai-ramai di hadapan Parlimen dan solat Maghrib.

Sekretariat itu terdiri daripada MUDA, Undi18, MISI: Solidariti, Bersih, Demokrat Kebangsaan/Borneo Komrad, PSM, Pemuda Amanah, Pejuanita Muda, PKR, kumpulan mahasiswa, YPolitics (Karmun), UMANY, SUARAM, DAPSY, Myer movement dan Malaysia Muda.

Turut hadir Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, ADUN Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali dan Pengerusi Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan.

Sebelum berbuka puasa, mereka menaikkan plakad antaranya tertulis “tamat darurat”, “buka puasa, buka Parlimen”, “rakyat bangkit” dan “sudah daftar sebagai pengundi”.




TERMASUK VIDEO UCAPAN HAMID BADOR RASUAH LOMPAT PARTI, SELAIN MAHIADDIN, SPRM JANGAN LUPA SIASAT SAMA TUN MAHATHIR JUGA


Apa yang diperkatakan oleh Ketua Polis Negara, Hamid Bador mengenai amalan melompat parti dengan perbuatan rasuah dalam kerajaan seperti videonya yang disertakan di sini, adalah jelas ditujukan kepada dua pihak.

Pertama, kepada kerajaan PN sekarang yang dipimpin oleh Mahiaddin Md Yasin di mana sebagaimana kita tahu dan nampak ia berlaku, amalan lompat katak itu begitu berleluasa sekali.

Mahiaddin tidak boleh lari daripada bertanggungjawab untuk menjelaskan apa yang disebut oleh Hamid Bador itu kerana sejak kerajaan PN terbentuk, amalan lompat katak didapati amat ketara sekali.





Dengan begitu banyak katak di dalamnya, menafikan ia ada kaitan dengan rasuah ternampak begitu sukar untuk dipercayai.

Takkan lompat free begitu saja?

Maka, siasatan harus dilakukan oleh SPRM terhadap Mahiaddin dan beberapa menteri kanannya yang diperkatakan ramai ada kaitan dengan perkara itu, antaranya dikatakan ialah Hamzah Zainuddin dan juga Azmin Ali.

Untuk itu, selain Mahiaddin, SPRM juga mesti semua dua menteri yang terbabit itu.

Lagi pun, jika didengar betul-betul video Hamid itu, ia seperti ditujukan kepada salah seorang daripada mereka.

Kedua, apabila Hamid Bador memperkatakan amalan katak lompat dalam kerajaan, secara tidak langsung beliau juga menujukan perbuatan itu kepada Tun Mahathir Mohamad yang memegang jawatan Perdana Menteri di era PH sebelum ini.

Tentu kita sedar, Geng Hamzah Zainuddin adalah yang mula-mula sekali melompat katak daripada UMNO ke Bersatu, hanya beberapa bulan setelah Tun Mahathir menjari Perdana Menteri.

Melompatnya Geng Hamzah itu difahami selain untuk memperkuatkan Bersatu, juga bertujuan menghalang penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Jadi, kepada SPRM, jangan lupa siasat sekali Tun Mahathir dan orang-orang rapatnya ketika itu yang boleh menyebabkan Geng Hamzah melompat parti menyertai kerajaan.

Takkan Geng Hamzah lompat free begitu saja?

Tanpa ia bermula ketika era Tun Mahathir sebelumnya, lompat katak tidak akan bermaharajalela seperti dalam PN sekarang ini. 


(ShahbudinHusin 30/04/2021)






Memanglah saya bersuara, itu anak saya, kata Indira kepada KPN

 

Menurut M Indira Gandhi, KPN sepatutnya memberitahunya apa yang perlu dibuat untuk memastikan anaknya kembali ke pangkuannya.

PETALING JAYA: M Indira Gandhi, yang masih berusaha mendapatkan semula anak perempuannya yang dilarikan bekas suami, menyelar kenyataan Abdul Hamid Bador bahawa beliau dan kumpulan lain mengganggu usaha menjejaki kanak-kanak itu.

Indira, yang mendapat hak penjagaan anaknya daripada Mahkamah Persekutuan, menyangkal dakwaan ketua polis negara (KPN) yang bakal bersara itu bahawa bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah menghilangkan diri kerana “takut” dengan kenyataan-kenyataan dikeluarkan wanita itu serta NGO berhubung kes berkenaan.

Bercakap kepada FMT, Indira berkata, sudah pasti beliau bersuara kerana kes itu melibatkan anaknya, Prasana Diksa, malah mahkamah telah mengarahkan polis memastikan kanak-kanak itu dikembalikan kepadanya.

Katanya, beliau tidak faham bagaimana Riduan, yang memeluk Islam selepas meninggalkannya, “takut” dengan kenyataan media dikeluarkannya atau NGO yang membantunya.

Beliau menyifatkan kenyataan dan sikap ditunjukkan Hamid itu sebagai mengecewakan.

“Saya tidak faham kenapa beliau memerlukan masa begitu lama untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Jika benar ada perkembangan positif, kenapa beliau tidak menemui saya?” soalnya.

Menurutnya, KPN sepatutnya memberitahunya apa yang perlu dibuat untuk memastikan anaknya kembali ke pangkuannya.

Tambah Indira, NGO yang membantunya sekadar memberi nasihat berkenaan kes itu.

“Kenyataan Hamid tidak adil, dan semua orang tahu perkara ini. Kami tidak pernah mengugut Riduan. Kami tidak pernah menyentuh isu agama. Kenapa perlu takut?”

“Sekarang kita lihat apa yang akan dikatakan KPN baharu mengenai isu itu,” kata beliau, merujuk kepada Acryl Sani Abdullah yang akan menggantikan Hamid mulai Selasa.