MUHYIDDIN YANG BISU,KAKU TIADA KEMAMPUAN SEBAGAI PERDANA MENTERI


 Kenapa ramai yang menyerang dan menghentam Muhyiddin Yassin?

Adakah semata-mata kerana pengkhianatannya terhadap PH dan caranya membentuk kerajaan PN melalui pintu belakang?

Jika diperhati, selain pengkhianatan itu adalah salah satu sebabnya, punca terbesar ialah kerana rakyat akhirnya sedar bahawa Muhyiddin bukan seorang pemimpin yang layak dan mampu untuk memikul tugas sebagai Perdana Menteri.

Berbeza dengan Najib Razak yang diserang dan dipertikai kerana ada isu khusus seperti berkaitan karenah isterinya, Rosmah Mansor dan skandal 1MDB, begitu juga dengan kepimpinan Tun Abdullah Badawi disebabkan isu budak-budak tingkat 4 dan kerajaan tiga beranak, tetapi Muhyiddin sebenarnya tiada isu khusus atau apa-apa skandal melingkari kepimpinannya.

Kemarahan orangramai terhadapnya bermula dengan pengkhianatan, namun kemudian semuanya melebar kepada isu-isu yang menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuannya menggalas tugas mengurus negara.

Sebab itu penolakan, kemarahan dan kini kebencian rakyat begitu cepat dan hanya dalam beberapa bulan sudah membelenggu dirinya.

Ketidakmampuan awalnya terbukti apabila ketika keabsahannya mula dipertikaikan, beliau lalu memilih jalan menangguh-nangguhkan sidang Parlimen sebagai pilihan paling mudah untuk menyelamatkan kedudukannya.

Seterusnya, kebetulan dengan wabak Covid19 yang melanda negara, beliau mencadangkan pula darurat yang difahami oleh semua orang tujuannya tidak lain ialah bagi menghalalkan penggantungan Parlimen semata-mata.

Dengan menggantung Parlimen, Muhyiddin secara langsung berjaya mengelakkan sebarang undian dilakukan kepada keabsahannya, sementara di sebalik beberapa Ahli Parlimen telah menarik sokongan terhadapnya, kedudukan majoriti beliau sebenarnya sudah pun tiada lagi.

Apabila Yang Dipertuan Agong kemudiannya bertitah Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat, pentadbiran Muhyiddin jelas menunjukkan sikap derhaka dengan menolak titah berkenaan melalui kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hasan..

Takiyuddin menyatakan tiada sidang Parlimen akan diadakan ketika tempoh darurat kerana majoriti Ahli Parlimen adalah warga emas yang terdedah kepada penularan Covid19.

Ternampak Takiyuddin sanggup membodohkan dirinya sendiri dengan hujah tersebut semata-mata untuk melindungi Muhyiddin kerana sementara ramai Ahli Parlimen sudah diberi suntikan vaksin, banyak sektor pekerjaan, perjudian, panggung wayang, malah sekolah sudah pun dibuka sepenuhnya.

Kilang dan sekolah yang ada beribu-ribu orang tidak ditakuti merebaknya wabak, tetapi Parlimen yang hanya ada 220 ( dua meninggal dunia) pula yang dibimbangkannya dengan ancaman Covid19.

Dengan hujah sedemikian, Takiyuddin sebenarnya adalah menteri penjaga Parlimen paling kartun dalam sejarah negara ini.

PAS yang menaungi laluan politiknya yang konon memperjuangkan Islam, tetapi ternampak tahap mengampu dan membodek beliau demi mempertahankan kuasa begitu jauh melebihi mereka yang berjuang atas nama sekular sekali pun.

Dalam pelbagai isu lainnya, terutama yang membabitkan kritikan terhadap diri dan kepimpinannya, sikap Muhyiddin yang asyik “buat bodoh” dan enggan menjawab atau tampi bercakap memberi penjelasan, pada hakikatnya tambah menyerlahkan lagi keyakinan rakyat bahawa beliau sebenarnya tidak cukup kemampuan dan kewibawaan untuk peranan sebagai Perdana Menteri.

Sebagai seorang Perdana Menteri, seseorang itu sebetulnya tidak boleh berwatak bisu, enggan bersoal jawab dengan media dan asyik-asyik dengan perutusan khas sehalanya saja sepanjang masa.

Seorang Perdana Menteri mesti selalu tampil di khalayak dan media bercakap tentang pelbagai masalah yang berlaku dalam negara, sambil penampilannya itu bertujuan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa sebagai pembayar cukai yang membayar gajinya, mereka berhak mendapat ketua atau jeneral yang diyakini serta kata-katanya penuh memberi pengharapan.

Tetapi, dengan hanya diam dan bisu dalam banyak isu, baik ekonomi, politik dan macam-macam lagi, apa yang boleh rakyat harapkan daripada beliau?

Sepanjang setahun berlalu, dengan pilihannya menjadi Perdana Menteri yang bisu serta tidak mesra itu, kecuali kepada penyokong dan pengampunya, Muhyiddin sebenarnya telah melakukan pilihan yang salah dalam pendekatannya.

Dengan sikapnya yang sedemikian itu, kalau pun tidak dijatuhkan sebelum Parlimen dibubarkan, peluangnya untuk memimpin kejayaan bagi PN dalam PRU15 juga boleh dikata tersangat nipis.

Di mana-mana, luahan yang kedengaran di bibir rakyat ialah beliau tidak mampu mengurus negara ini ke arah yang lebih baik, kecuali yang tahu dilakukannya hanyalah menyogok habuan demi habuan kepada penyokong serta pengampunya demi mempertahankan kuasa yang tidak berapa lama lagi pasti akan terburai jua akhirnya.

Selain pengampu dan pembodek yang beroleh habuan itu, tiada sesiapa yang lain lagi selain itu ingin terus berketuakan seorang yang bisu dan kaku dalam tempoh yang lebih lama sebagai jeneral menguruskan negara ini. (Shahbudindotcom 09/03/2021)


TIGA SYARAT MUDAH JIKA UMNO MAHU BEKERJASAMA DENGAN BERSATU


Bolehkah UMNO bekerjasama semula dengan Bersatu?

Sebenarnya masih ramai yang bertanya soalan tersebut, meskipun UMNO pada asasnya sudah membuat ketetapan tak berganjak tidak mahu lagi bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.

Meskipun tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, UMNO memutuskan boleh meneruskan sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin sehingga Parlimen dibubarkan.

Bagi menjawab soalan di atas, UMNO sebenarnya masih boleh bekerjasama dengan Bersatu jika parti pimpinan Muhyiddin itu sedia memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat yang tidaklah susah mana hendak ditunaikan.

Pertama, menyedari UMNO adalah parti yang sudah lama wujud, mempunyai keahlian sekitar 3.6 juta, akar umbi yang kukuh dan jumlah Ahli Parlimennya juga paling ramai dalam kerajaan PN sekarang, Bersatu mesti mengalah dan sedia memberi peruntukan jumlah kerusi terbanyak kepada parti itu.

Oleh kerana dalam kerajaan PN sekarang ada tiga parti Melayu – UMNO, Pas dan Bersatu – yang mana mereka bersaing sesama sendiri serta berkubang di tempat pengundi yang sama dan Bersatu adalah parti paling lekeh sekali dari jumlah keahlian, kekuatan akar umbi dan usia pula baru setahun jagung, parti itu mesti sedar diri, selalu menatap cermin dan sedia untuk mengalah kepada UMNO.

Dengan memberikan UMNO peruntukan kerusi terbesar serta memberi hak kepada mereka bertanding semula di semua kerusi yang dimenangi dalam PRU14 lalu, tidak kira sama ada kerusi tersebut masih dimiliki oleh UMNO atau sudah dilompat-katakkan ke parti lain, maka tidak ada sebab untuk UMNO tidak mahu menjalin semula kerjasama dengan Bersatu.

Kedua, seiring dengan persetujuan memberi UMNO jumlah kerusi terbanyak untuk ditandingi itu, bermakna secara mayanya juga Bersatu hendaklah menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada wakil UMNO selepas PRU15 akan datang.

Bersatu barangkali hanya boleh menuntut kerusi Perdana Menteri menjadi milik mereka sekiranya ditakdirkan berlaku keajaiban di mana UMNO selepas keputusan PRU15 didapati memenangi jumlah kerusi Parlimen yang kurang berbanding dengannya.

Sebagai parti yang sudah lama wujud, mempunyai keahlian teramai dan akar umbi yang terkuat, UMNO sememangnya paling berhak menduduki kerusi Perdana Menteri jika dibandingkan dengan Bersatu.

Dengan Bersatu hanya mempunyai enam kerusi yang asal, sementara yang selebihnya adalah pelompat-pelompat daripada UMNO dan PKR, memang ternampak macam kartun jika UMNO sedia memberi muka lagi kepada pemimpin Bersatu untuk terus menduduki kerusi Perdana Menteri.

Sejak kalah pada PRU14, antara perjuangan utama UMNO ialah untuk merebut kembali kerusi Perdana Menteri yang sudah terlepas itu.

Makanya, jika UMNO sedia menyokong lagi Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, bermakna UMNO telah menebang teras perjuangannya sendiri.

Tindakan itu pula mungkin akhirnya akan menyebabkan UMNO terlepas terus daripada perjuangan merebut kerusi Perdana Menteri sehingga ke hari kiamat.

Ketiga, sebagai memudahkan lagi untuk menjadikan UMNO sedia bekerjasama dengan Bersatu, lebih cantik jika ia turut disertai dengan pengumuman Muhyiddin tidak bertanding lagi dalam PRU15 nanti.

Meski demikian, atas semangatnya untuk memastikan PN terus kekal sebagai kerajaan dan tanda ikhlas menyokong pemimpin daripada UMNO pula untuk menggantikan tempatnya sebagai Perdana Menteri, beliau boleh terus bekerja kuat berkempen sehingga ke hari pengundian.

Kalau UMNO tetap dengan keputusannya sekarang iaitu enggan bekerjasama dengan Bersatu, harapan Muhyiddin untuk mengekalkan jawatannya memang tiada, maka dengan bersedia menyerahkan jawatannya kepada UMNO dan bekerja kuat pula dalam kempen, setidak-tidaknya nama beliau terus disanjung serta terlalu nipis peluang untuk dicari apa-apa salahlakunya selepas itu.

Kesimpulannya, jika Bersatu sedar diri dan sedia memenuhi tiga syarat mudah di atas, tidak ada sebab sama sekali untuk UMNO tidak sedia membuat pusingan U dan membuat ketetapan baru mahu bekerjasama semula dengan Bersatu.

Bahkan, sekiranya Bersatu sedia memenuhi tiga syarat tersebut, tetapi UMNO pula jual mahal serta keras kepala dengan ketetapannya enggan bekerjasama dengan parti itu, maka dengan itu barulah boleh disahkan UMNO sebagai parti yang betul-betul menolak penyatuan ummah.


 (Shahbudindotcom 08/03/2021)



MAAF KERANA TALIAN TERPUTUS SEJAK JAM 7 SEMALAM.

 Pihak WRLR memohon kemaafan kerana talian telefon dan letrik terputus sejak jam 7 semalam.

Anwar doesn’t rule out possibility of working with Umno

(Q&A) Anwar Ibrahim: Adakah Cadangan Untuk Bekerjasama Dengan UMNO Atau ...PERSIAPAN PILIHANRAYA DAN BOLEH BEKERJASAA DENGAN PARTI YANG MENOLAK RASUAH

Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Sambutan Hari Wanita Sedunia Parti KEADILAN ...

Saifuddin Nasution: SPRM Tak Mampu Menongkat Kerajaan Yang Rapuh, Keraja...

Nassuruddin jumpa Menteri Agama. Ingat bincang isu sajad murtad, judi. R...

Gempar! PH tak tolak kerjasama dengan UMNO dalam PRU-15

 


Gempar! PH tak tolak kerjasama dengan UMNO dalam PRU-15


PH telah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi PRU akan datang, kata pengerusinya Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, PH turut mengambil kira kerusi untuk parti-parti sekutu lain.

“Majlis Presiden PH telah putuskan beberapa perkara, termasuk kerjasama jentera pilihan raya dan untuk memulakan rundingan kerusi melibatkan parti komponen PH terutamanya, dan juga mengambil kira peruntukan untuk parti rakan yang lain.

“Tetapi pada tahap ini, kita akan lantik seorang jurucakap,” katanya ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Sidang media diadakan sempena pelancaran inisiatif baru PKR bagi membantu wanita yang berdepan masalah, sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata rundingan kerusi antara parti komponen PH telah mencapai “peringkat selanjutnya” (advanced stage).

Pada tahap ini, mereka memberi tumpuan kepada parti dalam PH sebelum mengadakan perbincangan dengan parti pembangkang lain, katanya lagi.

Fahmi Fadzil

 

Kedua-duanya juga tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Umno dalam PRU akan datang.

Ia susulan keputusan Umno minggu lalu untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.

“Soal kerjasama dengan mana-mana pihak tak berbangkit setakat ini, walaupun kita jelas…kita dukung siapa saja yang boleh terima yang kita (PH) dukung tadbir urus yang baik, tolak rasuah, tolak segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa dan jaga (hak) orang Melayu, Bumiputera dan semua kaum,” kata Anwar.

Fahmi ketika ditanya media pagi ini pula berkata, kerjasama seumpama itu tidak mustahil dan pernah dilakukan PKR sebelum ini.

“Saya rasa itu bukan perkara mustahil, tapi garis panduan yang diberikan, contohnya oleh Anwar, sangat jelas.

“Kita ada prinsip dan pegangan dan tidak akan melanggarnya. Kita boleh kerjasama dengan semua pihak.

“Malah sebelum ini kita kerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad, dan (kerjasama seumpama itu) perlu berlandaskan prinsip dan pegangan,” katanya lagi.

Malaysiakini turut bertanya berkenaan insiden mutakhir ini, berkenaan persamaan dalam kenyataan media yang dikeluarkan PH dan BN.

Berikut adalah jawapan Fahmi: “Saya tak nafikan ramai berasa gusar melihat ada perenggan yang serupa, dan orang yang paling gusar sekarang ini adalah Annuar Musa.

“Dia yang paling terkesan sebab saya rasa dia mungkin risau hilang jawatan,” katanya



PAS buat laporan polis terhadap Harakatdaily

 


Panas! PAS buat laporan polis terhadap Harakatdaily


PAS Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Harakatdaily, sebuah akaun satira di Twitter kerana memuat naik satu hantaran berunsur fitnah terhadap parti itu.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata laporan itu bagi membolehkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan sewajarnya.

“Kenyataan yang dibuat itu adalah palsu, fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej saya dan PAS sendiri,” katanya selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di Bagan Serai.

Akaun satira itu dikesan memuat naik sebuah poster dengan kapsyen yang menyebut PAS Perak mengarahkan ahlinya bermunajat bagi mendoakan agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong dibebaskan daripada tuduhan merogol pembantu rumah.

Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak berkata peguamnya juga sedang membuat pertimbangan untuk membawa kes berkenaan ke peringkat saman malu kerana memfitnah.

Tegasnya, PAS sentiasa mempercayai sistem perundangan negara yang wajar dihormati oleh semua pihak.




26 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL .SIAPA NIH TENGAH RUNDING KAH SEMBANG SEMBANG?BENARKAH IANYA BERLAKU?


 

Asyraf kata jangan salahkan UMNO jika ada pemimpin buat hal

 

Asyraf kata jangan salahkan UMNO jika ada pemimpin buat hal


Bukan salah parti apabila segelintir pemimpin dan ahli membuat angkara kerana lupa diri, lupa daratan, dan lupa “akar perjuangan”, kata Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata semua ahli Umno kini tidak lagi boleh mengulangi kesilapan sama untuk memastikan parti kembali kukuh dan kuat.

“Akhirnya Tuhan takdirkan Umno diuji hilang kuasa. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan angkuh, jangan sombong untuk terus muhasabah, berubah, dan lakukan pembetulan,” katanya dalam kenyataan.

Asyraf berkata, ahli Umno juga tidak boleh menari mengikut lagu dendangan musuh yang sentiasa khianat dan mendengki parti.

Menyeru ahli mengutamakan kesatuan dan solidariti, beliau menambah pelbagai usaha cuba dibuat untuk melemahkan dan menghancurkan Umno, menggunakan pelbagai cara dari luar dan dalam, sejak parti itu hilang kuasa pada Mei 2018.

Antaranya cubaan mengharamkan Umno dan menggugut pemimpinnya. Malah, katanya, usaha melemahkan Umno masih berterusan sehingga ke saat ini termasuk menggunakan pendekatan “pisau, pen, dan buku cek”.

“Ahli yang punya ketahanan terus kekal setia mempertahankan parti biarpun menjadi lilin membakar diri.

“Namun, tidak kurang juga yang cuak, gelabah dan tidak tahan diuji, lantas keluar meninggalkan parti,” tambahnya.

Baru-baru ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin parti yang enggan “menggadaikan” Umno kepada pihak yang cuba mengawal parti itu menjadi mangsa kepada propaganda yang mendakwa mereka cuba menyelamatkan diri daripada pendakwaan mahkamah.

Sedangkan pemimpin “kluster mahkamah” itulah yang katanya berani dan setia walau apa menimpa mereka.

“Jika mahu lihat bagaimana kaedah menyelamatkan diri, boleh lihat katak yang kini selesa ‘di seberang jalan’,” katanya di Facebook.

“Boleh juga lihat kepada burung belatuk yang sedng kekenyangan dapat dedak ‘di belakang rumah’.” 



Panas! Puad persoal Annuar Musa, kenapa diam isu Santhara di New Zealand?

 


Panas! Puad persoal Annuar Musa, kenapa diam isu Santhara di New Zealand?


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan sikap mendiamkan diri Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai isu timbalannya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar yang bercuti di New Zealand.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata selaku menteri, Annuar sepatutnya menasihatkan Santhara pulang segera ke negara ini pada waktu itu.

“Annuar langsung tidak bersuara pasal cuti MP Segamat, Dr Santhara. Dia sokong cuti tersebut. Patut bila isu itu sudah jadi gempa bumi di Malaysia, baliklah.

“Annuar tidak bagi nasihat ke. Tak habis habis politiking pertahankan Bersatu. Kedua dua mereka ini macam tidak sensitif rakyat,” katanya di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Puad mempersoalkan bagaimana permohonan cuti panjang selama 55 hari untuk seorang timbalan menteri boleh diluluskan.

Santhara pada 1 Mac lalu menafikan tuduhan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran kononnya beliau menyalahguna kedudukan sebagai timbalan menteri untuk berulang-alik ke New Zealand sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah beliau juga berkata keberadaannya di New Zealand dibuat mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan termasuk memohon cuti tahun tahunan dan cuti tanpa gaji selama 55 hari.

Dalam pada itu, Puad turut sinis akan keberadaan Dr Santhara tatkala negara kiwi itu kita dilanda gempa bumi.

“Dengan berlakunya gempa bumi di New Zealand, adalah alasan baru untuk tidak balik segera. Agaknya kalau berlaku gempa bumi di Segamat, YB Santhara akan balik segera ke?” soalnya lagi.

Pada Jumaat lalu, gempa bumi berskala 8.1 Richter menggegarkan persisir pantai New Zealand.

Perkara mencetuskan amaran tsunami sepanjang Pasifik Selatan.

Gempa bumi terbesar dalam beberapa siri gegaran berlaku di rantau tersebut untuk tempoh beberapa jam, termasuk dua gempa bumi awal pada skala 7.4 dan 7.3 Richter.



PAS Perak nafi keluar arahan seruan solat hajat untuk Paul Yong

 

PAS Perak nafi keluar arahan seruan solat hajat untuk Paul Yong


PAS Perak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan fitnah yang telah ditularkan oleh Harakatdaily yang sedang berlegar di media sosial melalui pautan asal twitter Harakatdaily yang dinaikkan pada 7 Mac 2021 jam 12 tengah.

Untuk makluman semua pihak, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan oleh PAS Perak kepada ahli PAS berkenaan perkara tersebut.

PAS Perak turut mengecam tindakan Harakatdaily yang cuba mengelirukan orang ramai dengan identiti seakan Harakahdaily serta telah banyak mengeluarkan propaganda murahan serta kenyataan-kenyataan fitnah terhadap PAS sebelum ini.

Pendirian PAS Perak adalah jelas tidak mencampuri sebarang urusan mahkamah. Bagi PAS Perak Mahkamah berhak untuk mengadili mana-mana individu secara bebas dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak.

PAS Perak akan membuat laporan polis supaya fitnah yang disebarkan oleh Harakatdaily ini diambil tindakan oleh pihak berwajib bagi menutup pintu fitnah yang sedang dimainkan.

Hafez Sabri
(Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak)



HASIL PENINGGALAN PH DAN APA PN BUAT? HADI CAKAP MAKIN MERAPU

 

W.FAUDZIN

Peninggalan PH dulu cabutan judi 8 kali saja. Bila lebai berada dalam kerajaan tebuk atap, lebai sukar mahu bersihkan peninggalan kjaan PH, maka judi ditambah jepada 22 kali. Waktu PH dulu, Sajat hanya dapat pergi umrah saja. Bila lebai berada dalam kerajaan tebuk atap, sukar bagi lebai untuk bersihkan peninggalan kerajaan PH berkaitan isu Sajat, maka Sajat bercadang mahu murtad.

Takbirrrr!!!!

 May be an image of one or more people and text that says "Sinar Sinar Harian Mengikuti Sukar untuk bersihkan peninggalan Pakatan Harapan Ahad, 7 Mac 2021 MYT 4:10 PTG Sinar Harian Berita"

JANGAN SERET KAMI, PENYOKONG DAN 32 JUTA RAKYAT MALAYSIA DGN POLITIK BENCI, DENDAM DAN AGENDA PERIBADI KORANG.

 



Masalah sungguh bila pemikiran tak boleh Reform ni. SAKATua yg jauh lebih zalim pun DSAI maafkan dan terima dia ketuai PH sbelum PRU14. Inikan Ezam yang dikelilingi Reformis BUKAN PANkhianat?

 

DSAI dan DHM dok promote Politik Konsolidasi dgn PNyamun pun kita nak berdamai demi selamatkan negara, hgpa ni tak sudah-sudah  dengan Politik Kebencian, Dendam Kesumat dan Balas dendam. Sampai bila pemikiran rakyat nak berubah?

 

Dosa Qazaf ke tak boleh jadi  wali ke, itu dosa dia dgn Allah. Fitnah Ezam yang dulu tu dosa dia dengan DSAI anak beranak. Hangpa orang luar menyibuk buat apa?

 

Kami pun pernah marah dan kutuk Ezam tapi takde lah terbawa-bawa  sampai nak berdendam seumur hidup? Hangpa nak buat kerja Tuhan ke hukum org? Atau nak ajak orang lain ikut hgpa membenci orang yang hangpa benci?

 

Kalau camtu punya demand,...maka Najib, Zahid Hamidi dan semua MP-MP UMNO yang nak sign SD sokong DSAI nak KENA MOHON MAAF DULU LAH ye? Sudahnya sampai kesudah DSAI tak cukup numbers sbb pentingkan permohonan maaf dari gerakerja sama-sama  nak tumbangkan PN. Yang akan rugi ialah rakyat.

 

Berubahlah. Move forward. Kita ada matlamat lebih besar utk dicapai bukan melayan rasa sakit hati tak berkesudahan. Sebab dendam kita tolak orang yang sama-sama  nak lawan PN dan PANkhianat? Rakyat mcm mana? Jangan fikir perasaan sendiri je rakyat yang tak peduli pun bab tu pula jadi  mangsa?

 

Hgpa suci murni sgt ke sampai hangpa je layak bicara soal Reformasi org lain tak bleh sebab buat dosa? Ada kasta plak ke?

 

Kalau pemikiran tertutup kira nak bergaduh dgn org lain yg berbeza pandangan tapi satu team tak payah sembanglah bab REFORM. Lainlah kalau org tu jd PANkhianat.

- Zus Din

08 March 2021

P/s : 1. DSAI bila tak setuju, dia ikut haluan sendiri, bukan cari gaduh....link : https://youtu.be/ydyAo0Rs-vU

2. Jgn bawa agenda peribadi kata DSAI : https://youtu.be/fJKj63hWcBk

 




DUA PERBEZAAN BAGI PRESIDEN ISMA.

 

MOHD SHAH RIM


Era PN, murtad bukanlah kegagalan institusi Islam, masa PH pula,

 walaupun kedudukan Islam sentiasa dimertabat, PH tetap gagal jaga

 Islam...

May be an image of 1 person, standing and text

PENJAJARAN BAHARU POLITIK NEGARA

 

MOHD SHAH RIM


Exclusive] Umno willing to discuss unity government with any PH parties



Setelah memikirkan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat lebih penting dari segala galanya.. aku terbuka untuk menerima jajaran politik baru antara KEADILAN/PH dan UMNO/BN..

KESTABILAN POLITIK.

Politik negara perlu direset semula secara total, sebuah kerajaan yang dibentuk haruskan kerajaan yang berjaya meraih majoriti yang besar bagi kestabilan politik, barulah ekonomi negara akan berkembang dan suasana pelaburan menarik kedatangan pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

DASAR PROGRESIF

Malaysia sebuah negara untuk semua bangsa, etnik dan agama, kerajaan yang dibentuk mesti bertanggung jawab untuk semua warganegaranya, ni mampu dicapai jika jajaran politik baru yang mewakili suara pelbagai lapisan masyarakat menjadi kerajaan.

KEPIMPINAN.

Tokoh politik yang menerajui negara adalah pemimpin yang mewakili semua, Malaysia perlu keluar dari politik yang  memainkan sentimen dan menjaja Islam sebagai modal berpolitik semata. Perubahan ini perlu dibuat walaupun mendapat tentangan hebat dari golongan konservatif dan extemis kerana masa depan generasi akan datang perlu diselamatkan dari terjebak dalam politik perpecahan.

Semoga jajaran baru ini jadi kenya



A G A M A W A N G


IBRAHIM MAT ISA. 


Segala mak nenek binatang dia petik untuk kata kat orang, sampai masa unggas pulak dibawa masuk. Kasawari padang pasir pulak tu.. dia duk kata kat orang binatang itu, binatang ini dia dapat apa?

Memang jenis so called agamawang politik suka kata kat orang macam-macam ye? 



 

May be an image of 1 person and text that says "Hadi gelar PH seperti 'burung kasuari padang pasir' Oleh FAZLI RADZI March 7. 2021 3:13 pm"

INIKAH YANG DI KATAKAN HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG SORONG ?

 

MOHD SHAH RIM


Aku jemput orang datang rumah, dia datang dok dkt ruang tamu. Aku tak nk sembang depan-depan , sembang pakai WA video call je. Dia dkt ruang tamu aku kt bilik. Hahahaha. Bodohkan.


May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎10:00 � 93% Tweet Salahuddin Ayub @MyDSA_official Mr PM kata tujuan dia gi Mekah atas undangan Raja Salman. Dia rasa perlu penuhi pergi walaupun musim Covid 19.Satu penghormatan. Berita terkini kata pula nak jumpa King Salman secara maya. Kalau nak jumpa secara maya baiklah buat zoom dari Pekan Pagoh. Taklah habis duit rakyat. Translate Tweet 20:31 07 Mar 21 Twitter for Android 155 Retweets 6 Quote Tweets 422 Likes Suzie Musa ۔uSa51m @SuzieMusa. Tweet your reply‎"‎‎

MP disogok, agensi kerajaan dipergunakan kerana PN sudah hilang majoriti

 



POSTED BY AMIR WRLR


Datuk Seri Anwar Ibrahim terus-terusan mengecam tindakan Perikatan Nasional (PN) yang menyogok beberapa ahli Parlimen dan mempergunakan agensi penguatkuasa kerajaan untuk terus kekal berkuasa.



Presiden KEADILAN itu menganggap, tiada sebab lain untuk kerajaan PN berbuat demikian melainkan mereka benar-benar sudah kehilangan majoriti.



"Kenapa sesetengah pemimpin menggunakan pendekatan merasuah, mengugut dan mempergunakan agensi penguatkuasa kerajaan untuk cuba mendapatkan sokongan satu atau dua ahli Parlimen, ini kerana mereka sudah terdesak kerana mereka tahu mereka sudah kehilangan majoriti.



"Tetapi dalam soal ini sekalipun, tidak perlulah sehingga mengganggu dan mengancam mereka hanya kerana sudah kehilangan majoriti. Ini langsung tidak bermoral, tidak beretika dan tidak mengikut undang-undang sama sekali," katanya.



Justeru, Anwar menggesa agensi kerajaan supaya tidak tunduk kepada arahan yang bermotifkan politik semata-mata.



"Saya menyeru supaya agensi kerajaan untuk tidak memberikan kerjasama. Agensi kerajaan mestilah bersikap profesional dalam tugas mereka tidak kira jika ia melibatkan ahli politik dari kerajaan atau pembangkang.



"Ramai pemimpin yang sudah korup, mempergunakan tempoh darurat untuk mendapatkan tender yang memanfaatkan keluarga dan kroni mereka," katanya.



Pada masa sama, Anwar menegaskan penambahan sokongan ahli Parlimen terhadap PN tidak semestinya mereka memiliki majoriti.



"Kehilangan dua sokongan kepada kami tidak bermakna ia menambah sokongan kepada mereka, kehilangan ini tidak menambah kepada bilangan majoriti mereka, ini perkiraan yang cukup mudah jika mahu mengetahui berapa sebenarnya jumlah sokongan PN," katanya.



"Macam dalam isu darurat dan penggantungan Parlimen, saya mendedahkan bahawa 115 daripada 220 membantah. Jadi dalam isu spesifik sebegini pun kerajaan sudah hilang majoriti," katanya.

 

VIDEO : Anwar Ibrahim: Kalau SPRM Kata Dia Telus, Apa Yang Berlaku Puluhan Lapor...

VIDEO : Anwar Ibrahim: Annuar Musa Ni Wakili Siapa? Maklumat Dari Mana? Dia Nak ...

VIDEO : (Live) Ezam Mohd Nor: Gerak 98 Letak Calon PRU15

R A I S Y A T I M N I S I A P A ?

 


BOB KELANANG


Tetiba jer Rais Yatim bersuara... suruh UMNO https://cipantapirtenuk.blogspot.com/.../tunjukkanlah... dan BERSATU kekal muafakat... Giler ker aper... Rais Yatim ni siapa? Apa kapasiti dia nak unjurkan camni...

KOH KOH KOH...

Wei... ader ka BERSATU bagi muka DAN beri laluan kat UMNO... UMNO lagi banyak menang kerusi Parlimen berbanding BERSATU... UMNO lagi kuat akar umbi https://cipantapirtenuk.blogspot.com/.../tak-mungkin-umno... ... BERSATU apa yang ader... PRU15 nanti BERSATU bungkus lar... itu hari PRU14, BERSATU menang pun bukan pasai BERSATU memang kuat... masa tu BERSATU punya calon pun dapat undi dari penyokong PH... bukan kerana calon BERSATU tu ada kredibiliti... BERSATU tu xder aper pun...

Ini sebenarnya BERSATU sudah semakin cuak... BERSATU tahu yang PAS memang parti xguna https://m.malaysiakini.com/news/565580 ... PAS mesti akan bertanding banyak kerusi... DAN pada PRU15 belum tentu calon BERSATU akan dapat undi dari penyokong PAS... malah belum tentu calon BERSATU akan dapat undi dari penyokong dan pengundi MCA dan MIC...

Kalau nak harapkan penyokong DAN pengundi GERAKAN... apalah sangat... berapa kerat jer yang ader...

KOH KOH KOH… memang xbole harap pun...

Itu sebab Rais Yatim ni bagi cadangan DAN usulkan bahawa UMNO dan BERSATU kekal bekerjasama...

KOH KOH KOH… dia tahu BERSATU xbole pi mana...

Bodoh la UMNO kalau nak ikut sangat cakap Rais Yatim https://m.malaysiakini.com/news/565570 ATAU Annuar Musa https://cipantapirtenuk.blogspot.com/.../bodohlah-umno... ... bodoh... dua tiga orang ni adalah opportunis... carik makan jer... bangkai-bangkai ni kasi buang jauh-jauh... busuk dan membusukkan jer... UMNO kena campak jer Mahathir Mohamed ni punya orang... xbole pakai

Adoilah...

 

May be an image of 2 people, people standing and people sitting







KENYATAAN NI BERMAKSUD SAMA ADA NAK MENYELAMATKAN ATAU NAK MENGHALANG ?

 May be a Twitter screenshot of one or more people, people standing and text that says "BH ONLINE Berita Harian @bharianmy #BHnasional Tiada manfaat sidang Parlimen ketika ini melainkan hasrat kebanyakan Ahli Parlimen untuk bertikam idah- Rais Yatim Translate Tweet 'Bersidang hanya untuk bertikam lidah' 'Bersidanghayu I Harian bharian.com.my"