HARAM JADAH KEDARAH KETIKA RAKYAT SEDANG SUSAH

 

Dengan bangga keluarkan dalil untuk menunjukkan sikap bertanggungjawab menaikkan gaji ketika rakyat negeri paling miskin di Semenanjung Malaysia ini yang menghadapi perbelanjaan negetif .

Berpuluh tahun memerintah, sampai air pun tak dapat sediakan untuk rakyat, wakil rakyat hidup mewah dengan menggunakan semahunya duit kerajaan negeri yang sepatutnya mengutamakan rakayat.

Kah....Dalil dah keluar ni, maka jangan dengki mereka yang dapat naik gaji. Nanti tak dapat cium bau syurga sama sekali....

TAKDIRRRRRRRRR......

Image may contain: Ahmad Roshdani, text that says "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan... Tuan Man 1h・ Setiap manusia telah ditentukan lorong rezekinya oleh Allah SWT. Jauhi sifat dengki sesama manusia kerana Allah SWT telah menentukan bahagian masing-masing. 2.4K 244 comments 220 shares Like Comment Share"

MENGAUT RAHMAT DI SEBALIK COVID YANG DERITA

 

Wabak Covid19 rupa-rupanya ada rahmat yang berganda bersama derita yang dibawanya.

Di sebalik Covid19 menjadi alasan untuk Muhyiddin Yassin mencipta pelbagai helah untuk melanjutkan hayat politiknya, pihak lain pun turut mengaut nikmat daripadanya.

Jika Muhyiddin boleh menggunakan Covid untuk menunda-nunda Sidang Parlimen, menjadikan sidang hanya sehari, tempoh sidang dipendekkan hingga jam 2 dan terakhir menghadkan cuma 80 orang menghadirinya bagi mengelak undi tak percaya, Pas pula dapat nikmat naik gaji di ketika ramai orang lain jadi penganggur dan hilang kerja.

Alasan naik gaji pula konon untuk merapatkan jurang dengan rakan-rakan sejawatan di negeri-negeri lain yang lebih kaya.

Nampak lagak ini tak ubah macam anak orang miskin yang tak pernah papa jiwanya untuk ada wang belanja yang sama seperti anak-anak orang kaya.

Dunia…dunia…

Walau negeri defisit dan pendapatan kurang daripada belanja, sebelum ini Mercedes juga telah dibeli untuk kebanggaan jiwa untuk menunjukkan mereka berbeza daripada rakyat marhaen biasa.

Alhamdulillah…inilah agaknya bentuk kepimpinan Melayu dan Islam yang boleh menjadi kebanggaan semua, walau rakyatnya sendiri lebih banyak menangis daripada ketawa. 


(Shahbudindotcom 06/11/2020)





KONONNYA BERITA GEMBIRA..TUNGGU BERAPA GEMBIRA NANTI.....BLOG INI AKAN HANYA MENGULAS DARI PAKAR EKONOMI SELEPAS BELANJAWAN PETANG NANTI.


Belanjawan 2021: Tunggu keputusan gembira - Tok Pa

Kerajaan bakal membuat keputusan terbaik mengenai tuntutan mengeluarkan akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan mengambil kira semua aspek, sebelum pembentangan Belanjawan 2021 esok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Perdana Menteri sudah memberikan gambaran menggembirakan untuk rakyat dalam pembentangan belanjawan.
CUMA SATU PANDANGAN
1. JIKA MORATORIUM KAKITANGAN KERAJAAN/SWASTA  TIDAK DILANJUTKAN..BAGAIMANA PULA PENIAGA LAIN NAK MENJANA PERNIAGAAAN  SEDANGKAN MEREKA BERGANTUNG KEPADA KUASA BELI DARI PEKERJA.
2. ADAKAH BANK AKAN BEGITU  RUGI SEKIRANYA MORATORIUM DILANJUTKAN SEBAGAIMANA SARANAN PEMBANGKANG.
3. JIKA BERSASAR. ADAKAH JAMINAN KAUM PENIAGA MAKANAN, RESTORAN, AKAN TERUS HIDUP JIKA GOLONGAN PEKERJA MULA BERJIMAT.
4. BAGAIMANA PENGANGGURAN YANG MENCECAH SEHINGGA 1 JUTA INI MAHU BERBELANJA SEDANGKAN MEREKA TIDAK PUNYA PENDAPATAN TETAP ATAU MEMILIH MELAKUKAN PERNIAGAAN KECIL KECILAN TADI UNTUK SEVIVAL HIDUP.




Skim jaminan pekerjaan ancam ekonomi, kata pakar

 

Pakar ekonomi berkata pandemik Covid-19 menyebabkan 2 juta orang, sama ada hilang pekerjaan atau termasuk ke dalam kategori guna tenaga tidak penuh.

PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi mengingatkan tentang bahaya kepada ekonomi Malaysia sekiranya kerajaan menerima gesaan Pemuda PKR supaya melaksanakan dasar jaminan pekerjaan.

Geoffrey Williams dari Universiti HELP berkata, dasar sedemikian tidak boleh dilaksanakan kerana ramai rakyat Malaysia yang menganggur.

Beliau menganggarkan pandemik Covid-19 menyebabkan 2 juta orang di negara ini sama ada hilang pekerjaan atau termasuk dalam kategori guna tenaga tidak penuh.

Ketika mencadangkan dasar tersebut pada Rabu, ketua komunikasi Pemuda PKR Chan Chun Kuang menganggarkan lebih 741,600 rakyat Malaysia menganggur pada masa ini dengan memetik laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pada Julai lalu, Pemuda Umno menggesa dasar yang sama disasarkan kepada golongan muda.

Geoffrey Williams.

Williams memberitahu FMT bahawa beliau memahami gesaan PKR supaya rakyat ditawarkan pekerjaan dengan gaji tetap dalam sektor awam dan syarikat swasta digalakkan menawarkan pekerjaan melalui insentif subsidi upah dan pengambilan pekerja lain.

Beliau berkata dasar yang sama dilaksanakan di bekas Kesatuan Soviet dari 1928 hingga 1991, di China dari 1949 hingga 1997 dan di Australia pada pertengahan 1990-an.

Katanya, hasil dasar berkenaan kurang memuaskan kerana mereka mewujudkan pekerjaan palsu dan ini menyebabkan ketidaklenturan dalam pasaran buruh.

Beliau turut menambah bahawa kesan jangka panjangnya ke atas ekonomi negara terbabit adalah negatif.

Katanya, beliau bimbang pelaksanaan dasar sebegini di Malaysia akan menyebabkan firma mengupah orang semata-mata untuk mendapatkan yuran pengambilan daripada kerajaan atau akan memecat pekerja jika subsidi tidak diberikan.

“Ia terlalu mentah untuk dijadikan solusi berguna sebagai respons kepada krisis,” katanya.

“Ia hanya boleh diperkenalkan sebagai sebahagian daripada sistem kebajikan sosial dan pembaharuan pekerjaan yang lebih menyeluruh.

Mohd Effendy Abdul Ghani .

“Terdapat banyak kos pemantauan dan kesan buruk yang menjadikannya sukar untuk dilaksanakan.

“Bukan tugas kerajaan untuk mewujudkan pekerjaan palsu. Sebaliknya kerajaan bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi membolehkan pasaran mewujudkan pekerjaan sebenar, gaji yang tinggi dan lestari.”

Williams berkata, cara terbaik untuk menangani masalah pengangguran ialah dengan kerajaan memacu permintaan pengguna dengan memberikan wang kepada rakyat dan menggalakkan mereka berbelanja.

Timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kerajaan harus fokus untuk menambah sumber kepada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), bukannya merangka dasar jaminan pekerjaan.

“Kerajaan perlu memperbaiki SIP,” katanya. “Kita perlu menggalakkan lebih ramai pekerja mendaftar.”

Beliau berkata ramai masih tidak menyedari tentang SIP dan kebaikannya seperti peruntukan penggantian pendapatan bagi orang yang menganggur selepas menerima elaun mencari kerja selama 6 bulan.

Shamsuddin Bardan.

Pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, kerajaan boleh menawarkan hanya beberapa pekerjaan di bawah dasar yang dicadangkan itu kerana bilangan penjawat awam sudah mencukupi.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia boleh dijadikan langkah sementara yang baik yang membolehkan rakyat menerima pendapatan tertentu sehingga ekonomi pulih dan pasaran buruh bergerak semula.

Beliau berkata ia boleh dilaksanakan dengan cara yang sama dengan “Ops Isi Penuh”, iaitu program pengambilan pekerja perkhidmatan awam kerajaan pada 1980.



Politik Trump dan lebai

 

Politik Trump dan lebai
Keputusan pilihan raya Presiden Amerika jam 7.20 pagi Jumaat.

Dearborn di Michigan adalah bandar yang paling padat dengan warganegara AS berketurunan Arab dan beragama Islam.

Keputusan undi di bandar Dearborn ialah:
Biden – 68%
Trump – 28%

Kaum minoriti menjauhi Trump.

Retorik politik Trump menjadikan polarisasi perkauman semakin tajam di AS. Didalam usaha beliau mendapatkan sebanyak mungkin undi dari kaum majoriti, kaum minoriti semakin rasa tersisih.

Di Florida, jurukempen Trump dirakamkan melaungkan slogan ‘White Power’ semasa berkempen di kalangan masyarakat kulit putih.

Mereka juga berkempen bahawa polisi pro-sosialis parti Demokrat adalah mirip dengan komunis.

Rupanya, Trump ni pun jenis otak lebai juga. Mainkan isu ketuanan bangsa dan sentimen anti-komunis Cina.

Semoga Trump kalah dan semoga lebai juga akan kalah.

Penulis adalah aktivis politik dan pernah belajar di Amerika Syarikat.



‘Mana suara Umno Kelantan bila Nik Amar tak nak bagi jawatan exco’

 

‘Mana suara Umno Kelantan bila Nik Amar tak nak bagi jawatan exco’
"Kalau pun nak jaga diri sendiri tetapi takkan sampai hilang rasa dan diri jadi serban seluruh tubuh," kata Sayuti.

Apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membuat penegasan yang kerajaan Pas Kelantan tidak bercadang untuk melantik mana-mana Adun Umno untuk berada dalam kerajaan Kelantan atas alasan mereka masuk setelah rumah siap, ramai yang tertanya-tanya apa sikap pemimpin Umno Kelantan.

Menurut penganalisis politik Kelantan, Mohd Sayuti Omar (gambar), beliau sendiri ternanti-nanti apa-apa kenyataan balas daripada pemimpin Umno.

“Saya nanti komen daripada Pengerusi Umno Kelantan, Jazlan Yakob ataupun timbalannya ataupun Ketua Pembangkang di Dun Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmat.

“Tetapi sampai saat ini mereka senyap tumpas tidak terkata apa-apa. Mulut semacam kena ulcer,” tulis Sayuti menerusi facebook beliau.

Beliau bertanya, apakah pemimpin Umno Kelantan termasuk juga MPnya yang kuat menyokong Perdana Menteri iaitu Tan Sri Annuar Musa tidak ada apa-apa perasaan dengan penegasan Mohd Amar itu.

“Takkanlah kerana hendak berpakat dengan Pas untuk memastikan kemenangan kerusi masing-masing, maka semua dah hilang kata-kata untuk bersuara.

“Kalau pun nak jaga diri sendiri tetapi takkan sampai hilang rasa dan diri jadi serban seluruh tubuh,” kata beliau lagi.

Bagi Sayuti, begitulah nasib Umno apabila dipimpin oleh orang-orang berkepentingan, “menjaga diri dan periuk nasi lupa kepada zaman kegemilangan Umno dan harapan yang disangkutkan rakyat kepada mereka sejak tahun 1946 dahulu.”

Bagi beliau, orang-orang atau pejuang Umno sejati di Kelantan yang tidak pernah tunduk kepada Pas hatta sering kali dilanda kekalahan seperti Datuk Hussein Ahmad dan Tan Sri Mohamad Yaacob (Allahyarham).

“Tengku Razaleigh Hamzah sudah tidak ada benih lagi dalam Umno hari ini. Yang ada kini mungkin tumbuh dari benih kecaukan.

“Mereka patut malu kepada Inchek Ibrahim Ali, walaupun partinya masih belum tumbuh bulu pahat tetapi sudah berkokok nak tawan Kelantan,” tambah beliau lagi.



MUHYIDDIN NAIK SECARA MUSLIHAT, BENARKAN UNDI TAK PERCAYA


LAIN SEMUA SETUJU...SATU SAJA TAK SETUJU

 Image may contain: 1 person

Barisan Nasional, Pakatan Harapan, PBS, STAR, PAS, SAPP dah kata takkan bertanding di PRK Batu Sapi untuk bagi laluan kepada Warisan yang menang di sana pada PRU14.

Abah, apa yang susah sangat PPBM nak buat keputusan sama? Siapa gila kuasa sekarang? Siapa dahulukan politik berbanding krisis Covid?

Yb Nik Nazmi

 

NANTI SAHIH KATA ANWAR AGEN AMERIKA ??? TAPI SAHIHNYA KITA DAH ADA AGEN CIA

MAN TOBA


Agak agak la, Bidin kenal ke Muhyiddin?

Nak kata ni edit? Cek sini der..



 Image may contain: text that says "Vice President Biden CVP Following Anwar Ibrahim's appeal gives Malaysia a vital chance to make things right and promote confidence in its democracy & judiciary. -vp RETWEES 234 FAVORITER 91 Dec Related Naib Presiden AS bimbang Akta Hasutan kekal Anwar Ibrahim Dear Mr Vice President Joe Biden. Thank you for your support. #RakyatHakimNegara Timeline Photos Dec 5, 2014 View Full Size More Options"

Saya Merayu Agar Masjid Masjid Kembali Dibuka - Ujar ADUN Meru

'DAH DAPAT MERCEDES, SEKARANG MB, EXCO, NEGERI TERMISKIN, KELANTAN MINTAK NAIK GAJI LA PLAK…'

 

Presiden parti Putra, Ibrahim Ali hari ini berkata "rakyat wajar bangkit dan menentang" rancangan kerajaan Kelantan menaikkan gaji wakil rakyatnya.
"Ini bermakna gaji menteri besar, timbalan menteri besar dan exco pun naik sama," katanya pada satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Terdahulu hari ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah dilaporkan berkata Adun dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.
Jelas beliau, kenaikan itu diperlukan bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji antara wakil rakyat Kelantan dan negeri-negeri lain.
Bagaimanapun, Ibrahim mempersoalkan kenaikan gaji berkenaan dalam keadaan belanjawan negeri defisit sebanyak RM66 juta.
Jelasnya, negeri lain mampu berbuat demikian kerana pendapatannya lebih baik berbanding Kelantan.
"Ke mana semangat pengorbanan pemimpin yang jaja Islam? 30 tahun rakyat Kelantan kais pagi makan petang. Cukai tanah, cukai pintu dan berbagai cukai urusan tanah naik beratus peratus.
"Bekalan air sentiasa putus dan kotor manakala pekerjaan untuk rakyat habuk tak ada. Rakyat terus berhijrah keluar Kelantan.
"Sebelum ini menteri besar, timbalan menteri besar dan exco dapat Mercedes dan sekarang nak naik gaji pula," kata Ibrahim lagi.
Bagaimanapun, timbalan menteri besar Kelantan pada Januari menjelaskan kerajaan negeri menggunakan kereta jenis Mercedes-Benz sebagai kenderaan rasmi atas faktor keselamatan.
Mohd Amar berkata penggunaan kenderaan rasmi untuk menteri besar itu telah dimulakan sejak era pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Sebenarnya penggunaan Mercedes-Benz ini adalah zaman Tok Guru (Nik Aziz) lagi.
"Saya masa itu exco, memang pakai Mercedes-Benz E230. Jadi kita hanya tukar Mercedes lama ke baru.
"Faktornya, seperti saya katakan, iaitu faktor keselamatan itu paling besar. Tak sepatutnya ia jadi isu. Tapi sudah menjadi isu, kita nak kata macam mana," jelasnya.

KELANTAN, NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA NAIKKAN GAJI WAKIL RAKYAT HINGGA RM5,000

 

Gaji pokok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal dinaikkan antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.

Keputusan itu berlaku ketika Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak seperti pernah diakui tahun lalu oleh pemimpin Bersatu, Dr Mohd Radzi Md Jidin yang kini Menteri Kanan Pendidikan.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, kenaikan itu diperlukan bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji antara wakil rakyat Kelantan dan negeri-negeri lain.

Bahkan kata Naib Presiden Pas itu, gaji wakil rakyat di Kelantan diibaratkan seperti pegawai kebajikan kerana ramai masyarakat di kawasan memerlukan perhatian dan bantuan mereka.

“Jadi, untuk merapatkan perbezaan ini, sekurang-kurangnya beza tak ketara dengan negeri lain, sebab itu ada cadangan supaya kita selaraskan (gaji wakil rakyat).

“Yang kedua, ini saya akan sebut dalam pembentangan memandangkan keadaan semasa semakin berat, kenaikan (gaji) wakil rakyat ini, dia (wang) pergi ke orang ramai juga.

“Sebab wakil rakyat kita di Kelantan peranannya macam pegawai kebajikan,” dipetik Astro Awani hari ini.

Untuk rekod, kerajaan negeri Kelantan mencatat belanjawan defisit dianggarkan bernilai RM66.02 juta dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Persidangan kali ini juga meluluskan rang undang-undang bertujuan untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri 1980 bagi membolehkan kenaikan serta penyelarasan gaji.

 

MENTERI AGAMA JANGAN NAK KELENTONG LAH!!



 

Bekas tok peti dan menteri agama kerajaan tebuk atap ni cakap dia terserempak dengn Anwar. Ye ke terserempak, atau memang sengaja tunggu?

Aku dah susah nak percaya dengan ugamawan tak kira la bekas tok peti ke, berjubah atau berserban tebal mana pun, tapi kalau bersekongkol dengan pengkhianat dapat jawatan dan makan gaji hasil dari curi mandat rakyat, sikit pun aku tak hormat lagi.

Kalau tengok pada gambar tu, ini bukan terserempak, ini sengaja tunggu, siap kepit buku lagi dan posisi dia berdiri tu pun arah laluan Anwar naik. Kalau terserempak patutnya dia di arah anak panah turun tangga tu. Kalau terserempak, sempat pulak orang ambil gambar? Siapa la yang dia suruh standby ambik gambar tu ye?

Aku harap, jika PH dapat balik kerajaan, usah la kutip orang macam ni....jenis cari makan tak kira hukum langsung. Ada ilmu tapi tidak dimanafaatkan.

Buat la buku baru " Hari-hari dalam pengkhianatan ku". Baru menarik, aku pun nak beli.

 

WFAUZDIN NS

 

KISAH LEBAI MUDA PANDAI FITNAH


 HISHOMUDDIN BAKAR

Pengajaran:

Pernah terserempak dengan "Ustaz Muda" yang bersemangat menyampaikan mesej tarbiah. Aku dijemput sama ke program berkenaan sebagai penceramah jemputan. Oleh kerana tiba lebih awal, aku turut serta dalam kuliah "Ustaz Muda" itu.

Sedang asyik mendengar kuliahnya, lamunanku tersentak. Tidak semena-mena namaku disebut. Konotasi buruk diberikan seiring dengan namaku disurahkan.

Sebelum ini label negatif sebegitu aku sudah lali sejak bergelumang dalam dunia tarbiah mahasiswa. Biasanya kudengar secara jauh-jauh. Hujung-hujung telinga saja, tetapi kali ini aku dapat dengar dengan jelas. Tepat di depan mata pula.

Hatiku bertanya, masakan Ustaz Muda lulusan timur tengah, bumi anbiya' ini menuturkan bicara nista sebegini rupa, bisikku.

Lalu aku mengangkat tangan ingin bertanya dan mencari kepastian. Dia meminta aku meneruskan pertanyaan. Mungkin padanya aku ada kemusykilan.

Aku terus bertanya kepadanya, "Ustaz kenal ke Ustaz Hisom tu?".

Pertanyaanku dijawab pantas. "Ana sangat kenal dia akhi, dia bla, bla, bla...", meneruskan ngomelan tanpa asas. Tidak mahu kunyatakan ngomelannya di sini.

Aku kebingungan. Dia bicara dusta pada sosok yang berada di hadapannya, dibilangnya kenal rapat denganku, sedangkan aku tidak mengenalinya dan jelas dia juga tidak mengenaliku! Bagaimana boleh berkata bahawa dirinya amat mengenaliku. Pelik bukan?

Mau sahaja amarahku memberontak. Ingin tangan kananku ku hayun ke kepala benak dan bebal Ustaz Muda ini. Tapi aku lihat kiri dan kananku. Aku istighfar, peserta program hadir untuk program kebaikan bukan untuk melihat pergaduhan penceramah.

Selesai program ku temani beliau ke keretanya. Aku perkenalkan diri, "saya saudara kamu dalam Islam, Hisommudin Bakar atau Hisom yang enta sebut dalam ceramah enta tadi", kataku tepat kepadanya.

Dia diam tanpa bicara, menghidupkan enjin dan berlalu begitu sahaja.

 

AMARAN TUHAN SUPAYA JANGAN MEMBELA PENGKHIANAT

 Image may contain: text


IBRAHIM MAT ISA

Salam fajar. Salam pagi Jumaat yang barokah. Sambil-sambil baca, ambil iktibar tentang AMARAN Tuhan supaya kita jangan sesekali menjadi pembela kepada golongan khianat.

Ini petikan Al-Quran surah An-Nisaa' ayat 105.
Dari ayat ini juga ada pengajaran supaya sentiasa ikut Allah dan ikut NabiNya. Jika meletakkan suatu peraturan atau hukuman juga disyaratkan mengikut syariat.
Semoga sahabat semua baik-baik sahaja. Doakan sesama kita supaya sentiasa baik dan berazam menjadi baik.


Sidang Parlimen Separuh Hari Cuba Elak Undi Tidak Percaya?



Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap jadual sidang Dewan Rakyat yang dipendekkan kepada separuh hari atas alasan mahu mengelakkan Ahli Parlimen daripada terdedah virus Covid 19 adalah tidak munasabah. Bagi Hassan, terdapat banyak cara untuk memanjangkan waktu sidang Parlimen, termasuk dewan disanitasi dua kali sehari. Katanya ketika ini dewan disanitasi pada pukul 7.00 hingga 9.00 pagi. Hassan mencadangkan sanitasi dilakukan sekali lagi pada waktu rehat pukul 1.00 hingga 3.00 petang. Sidang boleh bersambung sehingga ke malam sebagaimana pada waktu sebelum pandemik Covid 19. Menurut Hassan lagi, mesyuarat penggal ketiga Parlimen sangat penting kerana begitu banyak pindaan undang-undang yang perlu diluluskan, pembentangan Belanjawan 2021 dan juga membahaskan usul Undi Tidak Percaya atau Undi Percaya. Dalam hal ini, kata Hassan, tidak salah sekiranya Pembangkang bertanggapan memendekkan tempoh sidang dewan mungkin dilakukan agar tidak ada masa untuk dewan membahaskan usul Undi Tidak Percaya. Hassan bersetuju dari segi teknikalnya Undi Tidak Percaya agak sukar dibahaskan. Namun katanya, sebagai sebuah kerajaan demokrasi sepatutnya usul-usul penting dibahaskan terlebih dahulu dan tidak boleh ditangguhkan begitu sahaja tanpa dibahas.



WAJIB DEENGAR UNTUK MEMAHAMI : Muhyiddin Hilang Keabsahan, Benarkan Undi Tidak Percaya Uji Majoriti(26 usul undi tidak percaya)


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mahu Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin dibentang pada sesi Parlimen kali ini. Menurut beliau Muhyiddin tidak boleh dibenarkan terus memerintah ketika seluruh negara tertanya-tanya mengenai legitimasinya. Hassan memberi dua sebab kukuh perlunya Speaker Dewan Rakyat membenarkan Usul Tidak Percaya dibahas. Pertama, salah satu Usul Tidak Percaya itu dibawa oleh Ahli Parlimen kerajaan sendiri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Muhyiddin sebelum ini disahkan dalam beberapa pengundian meluluskan undang-undang memilikki kelebihan 2 atau 3 kerusi di dewan. Dengan Ahli Parlimen kerajaan menyatakan tidak percaya kepada beliau, berapakah kelebihan Muhyiddin? Kedua, permintaan pentadbiran Muhyiddin untuk Yang di-Pertuan Agong mengisytihar darurat ke seluruh negara telah ditolak. Dari segi konvensyen Perlembagaan, Muhyiddin tidak mempunyai alasan kekal menjadi Ketua Kerajaan. Oleh itu, kata Hassan, Usul Tidak Percaya mempunyai sebab yang kukuh untuk diutamakan pada sesi Dewan Rakyat kali ini. Tidak masalah sekiranya kerajaan PM Muhyiddin tumbang. Kerajaan lain boleh dibentuk dan belanjawan boleh dibentang oleh kerajaan yang baharu.




RENTASAN 767 | HANYA 80 MP BERSIDANG, DEWAN RAKYAT CUBA SEKAT PENGLIBATA...