Pusat Kerja dan Latihan Lembah Pantai atasi pengangguran era Covid 19

 


Mendepani masalah pengangguran yang kian kronik ketika pandemik Covid 19 belum berakhir, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai melancarkan Pusat Kerja & Latihan Lembah Pantai (PKLP) bagi memudahkan warga yang diberhentikan kerja mencari pekerjaan baharu.

 Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pembantu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, PKLP yang dilancarkan pada 16 September lalu akan berperanan memadankan pekerjaan kepada warga Lembah Pantai dengan kerjasama perniagaan-perniagaan tempatan serta agensi-agensi kerajaan.

 "PKLP telah beroperasi secara dalam talian sejak bulan Mei 2020 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 "Inisiatif ini akan berusaha untuk memadankan pekerjaan kepada warga Lembah Pantai yang memerlukan pekerjaan dengan kerjasama perniagaan, agensi kerajaan, Tabung Pembangunan Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja.

 "PKLP akan mengadakan bengkel-bengkel kemahiran hidup dan sesi-sesi latihan untuk meningkatkan kebolehkerjaan individu-individu yang bakal meraih manfaat dari program-program yang bakal dilaksana.

 "Inisiatif ini juga berupaya menjadi platform untuk kerja-kerja penyelidikan, memandangkan data-data yang tersedia tidak dapat memberikan perincian dan fokus kepada golongan sasaran di dalam Lembah Pantai," kata kenyataan itu.

 



Ahli Parlimen Lembah merasmikan PKLP

Selain memadankan pekerjaan, kenyataan tersebut juga berkata, PKLP berpotensi membantu merentasi sempadan kesenjangan pendapatan dan kemiskinan dengan memperkasakan warga Lembah Pantai melalui skim pendidikan juga latihan bagi menghadapi pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

 "Inisiatif-inisiatif di PKLP dijangka mempertingkatkan peluang kebolehkerjaan melalui langkah-langkah awal bagi mempersiapkan warga di sini setelah ekonomi negara dibuka semula apabila pandemik Covid-19 dapat diatasi kelak," kata kenyataan itu lagi.

 Malaysia mencacatkan pengangguran menaik sepanjang era PKP dan PKP Pemulihan.

 Berdasarkan kajian REFSA (Research for Social Advancement), kadar pengangguran di Malaysia mencapai 5.3% pada bulan Mei 2020, 4.9% pada Jun 2020 dan 4.7% pada Julai 2020.

 Oleh itu, PKLP diharap mampu mengurangkan kadar penganguran dalam kalangan warga Lembah Pantai dan mengumpul pengalaman individu yang berjaya keluar daripada kepayahan ekonomi untuk dijadikan inspirasi kepada orang lain.

 

AZMIN ALI TERDESAK DAN MENIPU?


Ekonomi merosot, pemimpin khianat hanya selamat sekejap - Anwar

 


Suasana ekonomi pandemik Covid 19 mewajarkan rakyat meneliti semula pemimpin yang terbaik untuk mengemudi negara.

 Hal berkenaan ditegaskan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan perasmian Pejabat KEADILAN Cabang Sepang, tengah hari tadi.

 Menurut Anwar, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang wujud hari ini tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat berbilang kaum dan ekonomi yang merudum kerana ditadbir oleh pemimpin pengkhianat dan tidak mampu bergerak jauh dalam pemerintahan.

 



"Lihat ekonomi pademik Covid, penganguran dijangka akhir tahun ini hampir sejuta orang. Apa yang dibuat oleh pemimpin Perikatan Nasional?

 "Perbanyakkan jawatan menteri, jawatan GLC. Orang di bawah makan pun tak cukup.

 "Negeri ini kecil ada 30 juta penduduk, menteri 70 orang. Di dunia ini biasanya menteri 30, 40 atau 50 orang. Kita catat rekod 70. Ada yang sampai sekarang sudah 6 bulan tak pernah dengar pun (nama) menteri.

 "Kedua kalau buat kenyataan memang celaru, kelam kabut.

 "Ada beza mengapa kita katakan mandat rakyat itu penting. Sebab orang yang khianat ini, dalam sejarah dia boleh selamat sekejap tetapi tak boleh ke mana.

 "Kerana orang akan cop dia memerintah atau mentadbir melalui pengkhianatan bukan perjuangan," kata Anwar dalam majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang itu.

 Menurut beliau lagi, KEADILAN merupakan sebuah parti keramat yang memperjuangkan hak rakyat terbanyak. Setiap wakil rakyat yang dipilih wajib meletakkan agenda rakyat di hadapan dan melebihi segala-galanya.

 Tanpa agenda membela rakyat itu KEADILAN tidak akan mampu bertahan menyaingi retorik parti-parti perkauman.

 



Serahan 300 borang keahlian baru KEADILAN

 "Parti ini muncul dari hasrat membela nasib rakyat. Selagi kemiskinan tak selesai, selagi rumah pangsa tidak dicat sebagaimana rumah yang sesuai dihuni oleh manusia, selagi pengangguran tidak dapat diatasi, selagi itu kita belum sempurna mentadbir dan menjalankan pemerintahan yang baik.

 

"Ujiannya bukan sekadar kita mendapat gelaran atau kedudukan. Persoalannya apakah kedudukan itu yang menentukan kita berhasil, ataukah khidmat kita kepada rakyat?

 

"Soalnya sekarang bagaimana nak pertahan parti induk KEADILAN tidak lari dan tergelincir dari hasrat perjuangan murni? Kita ada kekuatan, jumlah ahli yang ramai. Saya ucap tahniah kepada Borhan (Ketua Cabang) berjaya kumpul keanggotaan. Tetapi untuk apa? Untuk menjana kekuatan mewakili hasrat rakyat.

 "Jawatan ini adalah tanggungjawab. Kita diangkat sebagai ADUN sebagai Exco, Menteri Besar, Perdana Menteri jangan kita lupa (agenda rakyat). Jangan kita samakan parti ini dengan parti-parti lain yang pernah mentadbir negeri atau negara," katanya.

 Justeru, Anwar mengingatkan KEADILAN hanya relevan apabila ketua-ketua di semua peringkat bersama-sama menggiatkan usaha membantu rakyat termasuk di negeri maju seperti Selangor.

 "Saya selalu ingatkan pergi lihat orang miskin bandar, pergi lihat rumah-rumah di negeri Selangor, masih ada yang memerlukan pertolongan, masih belum dapat pembelaan yang sesuai.

 "Ini beza naratif kita. Parti ini akan hanya wujud dan berwibawa jika kita prihatin," katanya lagi.

 Dalam majlis itu juga Anwar menerima penyampaikan lebih 300 borang keahlian baharu KEADILAN.



YB Bohan Aman Shah memberi ucapan

 Keahlian KEADILAN di cabang Sepang sekitar 11,000 anggota. Anwar berseloroh setelah mempunyai pejabat baharu keahlian akan meningkat kepada 15,000 anggota.

 Majlis itu turut mengadakan sesi tertutup taklimat khas presiden kepada pimpinan KEADILAN yang didahului Anwar menandatangani plak khas perasmian bangunan.

 Anwar turut ditunjukkan gambar-gambar mural perjuangan dua dekad Reformasi oleh Ketua Cabang, Bohan Aman Shah yang juga merupakan ADUN Tanjung Sepat.

 Dalam ucapannya, Borhan menyatakan Cabang Sepang menyokong penuh kepimpinan presiden parti pasca perpecahan akibat pengkhianatan puak kartel kira-kira 6 bulan lalu.

 Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor Hee Loy Sian, Naib Presiden KEADILAN Datuk Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sungai Pelek Ronnie Liu dan pimpinan-pimpinan tempatan dari Amanah serta DAP.

 

Penyokong Pas di Pantai Timur mahu parti bersendirian?

 





Pengkhianatan yang dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) menyebabkan Pas tidak bertanding di Sabah buat pertama kali sejak 1986, membuat banyak penyokong parti itu berpendapat tiada gunanya bekerjasama dalam mana-mana gabungan.

 Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, bukan sedikit ahli dan penyokong Pas khususnya di Pantai Timur Semenanjung berpendapat lebih baik kepimpinan membuat keputusan bersendirian dan fokus kepada usaha mempertahankan pemerintahan di Kelantan dan Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke 15.

 Kata mereka, bekerjasama akan mengakibatkan kerusi-kerusi tradisi Pas juga akan dibahagi-bahagikan bersama Umno dan Bersatu.

 Situasi kerugian di Sabah pada pendapat mereka mungkin berulang di Pantai Timur jika Pas beralah demi jawatan di peringkat Persekutuan yang tidak semestinya menguntungkan rakyat di bawah.

 "Penyokong-penyokong Pas telah beri amaran, terutama di Pantai Timur bahawa mereka tidak percaya dengan gabungan ini. Mereka tidak percaya dengan PN mahupun MN.

 "Pimpinan atasan lambat laun akan 'dipadan muka' oleh ahli mereka sendiri, pemimpinan Pas ini akan dihukum kerana mereka buat juga walaupun ahli-ahli tak setuju," kata Azan kepada Suara Keadilan.

 Menurut Azan lagi, beliau percaya Pas sudah hilang haluan perjuangan yang dilaung-laungkan selama ini dan mereka sedang menikmati keseronokan dunia dengan pelbagai laba yang diberikan oleh kerajaan 'tebuk atap'.

 "Bukan sahaja hilang haluan kepada agama dan pencapaian politik, lebih malang lagi mereka juga akan hilang kepercayaan penyokong-penyokong.

 "Sekarang mereka perdaya penyokong kononnya masih memperjuangkan agama tetapi mereka seronok terima habuan wang, jawatan dalam GLC dan sebagainya.

 "Di Terengganu, ahli Pas Ustaz Azhar Idrus juga telah dibatalkan ceramah agamanya sebab kritik Pas, nampak sangat pimpinan Pas hari ini punya agenda dunia yang tebal, agama ini hanya untuk mendiamkan pengikut sahaja.

 "Bagi saya, sangat jelas kepimpinan Pas terutama bila jadi kerajaan tunjuk belang mereka. Dalam pilihan raya negeri Sabah mereka tak boleh menutup belang (kerana dipinggirkan PN) dan mereka telah dikritik oleh ahli mereka sendiri," katanya.

 Untuk rekod, pertelagahan berlaku di Terengganu antara Pas dan Umno berkenaan kerusi Parlimen negeri itu. Pemimpin Pas mahu kekal di kerusi yang sedia dimenangi sebanyak 6 daripada 8 kerusi.

 Umno yang tidak puas hati membayangkan akan meletak calon di kesemua 8 kerusi Parlimen berkenaan.

 

BERITA RANCANG SAMUN..NI PUN ADA JUGA.PEGAWAI Khas ADUN Ditahan, Muhyiddin Lancar Manifesto GRS | Edisi MG 16 September

 


Berita dari WA (copy and paste)




~~~~~~~~~~~~~~


*Assalamualaikum & Salam Sejahtera*


YDH KJSJ PP

YDH T/KJSJ (RO)

YDH T/KJSJ (SP)

YDH Tuan-Tuan PT

Tuan dan Puan.


*PER: Tangkapan  (2) lelaki melayu di Bukit Mertajam.*


1.Pasukan Serbuan :

Insp. Hafizul bersama anggota D9 dan Lejang SPT.


2. No Repot: Bk Tengah: 7763/2020


3. Sek. 394 Kanun Keseksaan


4.IO: Insp Mohammad Sobirin Bin Yatim


5.Tempat Kejadian:

Jalan Permatang Batu berhampiran Masjid Permatang Batu, Pulau Pinang


6. *Fakta Kes:-*

Pada 12.09.2020 lebih kurang jam 0330hrs semasa berada dalam perjalanan untuk balik ke rumah, apabila sampai di jalan Permatang Batu berhampiran Masjid Permatang Batu tiba-tiba dengar bunyi ketukan  yang kuat. Adik pengadu bernama Munier Auni Bin Dzolkapli yang memandu m/kar telah terkejut  terus menekan brek dan tiba-tiba cermin pintu depan kereta sebelah kiri diketuk sehingga pecah oleh (2)(L) yang menaiki motosikal. Pembonceng m/sikal telah menarik beg silang mengandungi wang tunai lebih kurang RM 60,000.00, serta dokumen berkaitan kerja yang pengadu letak atas riba dan terus melarikan diri. Pengadu cuba menarik semula beg tersebut menyebabkan tangan kanan pengadu cedera terkena kaca. 


7. *Repot Tangkapan dan Rampasan*


a) Bukit Mertajam Rpt : 8360/2020

Tarikh tangkapan:

15/09/20@2300hrs


b) Butir-Butir Tangkapan : 


B1)Nama: Haidhar Auni Bin Dzolkapli

KPT: 911206-07-5049

Umur: 29 tahun

Kerja: Pembantu peribadi YB Afif, Adun Seberang Jaya

Alamat: No.6275 Lorong Kg.Petani 4,Kampung Petani, 14400 Kubang Semang  Pulau Pinang.

Rekod Lampau:TDR


B2)Nama: Muneir Auni Bin Dzolkapli

KPT: 000115-07-0501

Umur: 20 tahun

Kerja: Pelajar

Alamat: No.6275 Lorong Kg.Petani 4,Kampung Petani, 14400 Kubang Semang  Pulau Pinang.

Rekod Lampau:TDR


c) Butir-Butir Rampasan: 

Sebuah telefon bimbit jenama Iphone 6 warna gold


8. *Pengakuan:-*

Hasil soalsiasat awal B1 dan B2 mengaku merancang membuat laporan palsu kerana ingin membantu B2 yang telah di ugut oleh seorang lelaki untuk sebarkan gambar lucah milik B2. Saspek tersebut telah meminta duit sebanyak RM60,000.00 daripada B2. Tujuan laporan palsu dibuat untuk mengelak daripada membuat  bayaran tersebut.


9. *Tindakan*


- B1 dan B2 telah ditangkap dan diserahkan kepada IO untuk tindakan selanjutnya dan siasatan secara insetif akan dijalankan selepas reman pada 16/09/2020


Untuk makluman


Terima Kasih


KPD SPT

PRN Sabah: Calon KEADILAN DUN Klias gemar bertemu rakyat

 




BEAUFORT - Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Abdul Rahman Yakub mengakui gemar bersemuka dengan rakyat dari rumah ke rumah ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Beliau berkata, hampir semua tempat di Klias sudah dilawati dan ternyata pendekatan itu memberikan kesan apabila sepanjang berkempen, penerimaan pengundi cukup baik dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

 "Saya banyak menggunakan kaedah rumah ke rumah untuk berjumpa dengan orang ramai. Ada juga saya pergi ke kedai makan dan berjumpa dengan orang dari meja ke meja dan berbual sekejap.



"Saya fikir cara ini lebih peribadi, sebab kalau pendekatan berceramah itu hanya bersifat satu hala iaitu kita bercakap orang mendengar.

 "Bukannya kaedah ceramah itu tidak baik, tapi saya rasa pendekatan saya ada 'personal touch'," katanya kepada Suara KEADILAN.

 Rahman juga berpendapat pendekatan pengundi ke pengundi adalah selari dengan SOP dalam menangani COVID-19.

 "Dalam keadaan wabak COVID-19, susah untuk kita mengumpul orang. Ada syarat-syaratnya serta melibatkan pematuhan penjarakan sosial.

 

"Sebab itu, cara bersemuka dengan setiap pengundi lebih praktikal dan sesuai dalam masa-masa mencabar ini, COVID-19 pun sedang meningkat di Sabah.

 "Jadi apabila saya perkenalkan diri, ia akan menjadi bualan orang, mereka akan sebut nama calon dan akan jadi buah mulut sebelum hari mengundi.

 "Tengok kepada gaya bahasa dan badan pengundi, kebanyakannya menunjukkan sokongan yang baik," katanya.


Rahman merupakan satu-satunya calon yang kembali bertanding di DUN Klias selepas bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

 Malah, KEADILAN sendiri kembali bertanding di DUN Klias, selepas kerusi itu dipertandingkan oleh Warisan pada PRU-14 namun tewas kepada penyandang, Isnin Aliasnih.

 Rahman mengakui ia bukanlah satu keputusan yang mudah setelah lama tidak bertanding sebagai calon.

 Namun, pencalonan beliau mendapat sokongan daripada Presiden Warisan sendiri, Datuk Seri Shafie Apdal.



"Terus-teranglah, saya lebih suka membantu kawan-kawan menjadi calon. Tapi kali ini saya diminta secara peribadi oleh kepimpinan Ketua Menteri Sabah supaya bertanding di DUN Klias.

 "Saya tidak pernah bermimpi mahu menjadi calon lagi kerana kita fokus kepada perkara lain tetapi bila diminta oleh Ketua Menteri dengan sebegitu rupa, saya harus menyahut cabaran walaupun persiapan kurang serba-serbi.

 "Sebenarnya, kita baru mulakan persiapan awal dalam menghadapi pilihan raya, tiba-tiba persiapan awal itu belum selesai sudah bubar dewan, jadi kita semua terperangkap dalam keadaan tidak bersedia.

 "Walaubagaimanapun, kita hadapi apa pun masalah dan rintangan insya-Allah, mudah-mudahan kalau tuhan izinkan tidak ada perkara mustahil. Persiapan kurang tetapi kemenangan itu tidak mustahil," katanya.

 


BASIKAL KENA LESEN, APA NAK JADI PEMERINTAHAN PN?


AZMIN BELUM WUJUD KETIKA PKR WUJUD

 HAMDAN TAHA



Azmin Ali ketika berucap di sabah dengan lantang sebut dia lah orang yang bertangungjawap menubuhkan parti PKR....kerana Anwar masa tu dalam penjara...

Dia boleh saja mengaku begitu dan menipu ramai orang tapi dia tak boleh menipu pengasas parti keadilan...

 Saya salah seorang pengasas parti keadilan....zulkfili Zulkafli

Daud antara orang yang tersembunyi tapi tahu banyak perkara...

 Azmin ketika menubuhkan keadilan dia belum ujud lagi.....ada tapi belum di percayai dan di terima dengan baik oleh keluarga Anwar dan penyokongnya......

 Tapi jika dia sebut bahawa dia antara orang yang menguatkan parti sehingga berjaya mengambil Selangor itu boleh di terima...

 Dia tak boleh menidakkan peranan orang lain...ramai sebenarnya menjadikan PKR itu kuat...bukan kerana individu sahaja....

 

WALAU SATU KERUSI IANYA NAMPAK WUJUD

 


Tahniah kepada Amanah kerana dapat kepercayaan dari Warisan untuk bertanding walaupun satu kerusi. Sebagai parti baru, ini satu perkembangan baik. Bagaimana dengan Pas? Pas hampir sebaya usianya dengan Umno dan memiliki ahli parlimen seramai 18 orang yang turut bersubahat dengan pengkhianat pintu belakang. Tapi, Pas dipandang hina di Sabah. MCA yang hanya ada dua kerusi Parlimen nampaknya lebih dipercayai oleh Bn. Hadi kata itu strategi. Strategi mestilah memperkuatkan parti bukan mengaibkan parti...

Lepas jawatan demi rakyat.IKUTI TEMUBUAL HUSAM MUSA DAN KEMELUT AMANAH ATAU STRATEGI


 


 

Apa kemelut dalam Amanah hingga menyebabkan Datuk Husam Musa melepaskan jawatan Naib Presiden parti? Atau ini strategi politik untuk kelangsungan menjelang pilihan raya umum akan datang? Segala-galanya akan terjawab menerusi Sinar Live.


 MOHAMAD HADI AH

Kenapa Pakatan Harapan (PH) berada dalam status koma:

1. DAP dan Amanah masih bergayut dengan Tun. Husam Musa minta Amanah supaya muktamadkan pendirian melalui konvensyen khas. Tak boleh main dua kolam sebab masa itu sudah berlalu.

 

2. "Sana tidak sini tidak" menyebabkan PH sendiri pun terawang-awang. Sudah 7 bulan Langkah Sheraton berlalu tapi bayang Konvensyen PH masih tidak kelihatan untuk jentera dan penyokong move on. Bila kali terakhir Konvensyen PH pun kita tak ingat. Siapa bertanding kerusi mana nanti pun kita tak tahu.

 

3. Kerana sikap main dua kolam ini, PKR pun mengambil langkah solo dalam banyak perkara, di sebelah PKR pun ada punahsihat yang berkompang PKR kuat jika bersendiri. Contoh mudah PH tiada kabinet bayangan di parlimen tapi jurucakap PKR untuk kementerian-kementerian ada pula.

 

4. PKR sendiri masih belum move on. Masih belum ada pemangku Timbalan Presiden dan pemangku Naib Presiden yang tinggal kosong. Timbalan Ketua AMK Pusat pun tak ganti. Cuma saf kepimpinan Wanita AMK Pusat je dah ganti. Selangor masih dikuasai oleh tunggul-tunggul kayu. Selaku pengundi di Selangor, bagi aku kepimpinan Amir Sari in a total mess. It's a total failure. Terkini bagaimana dia dibodohkan oleh penjawat  awam terkait isu elaun dari wang zakat untuk pegawai masjid. Surat dah keluar dulu baru JAIS bagi taklimat kat MB. Rakyat terus memerhati.

 

5. Pendirian PH untuk PRU-15 perlu dimuktamadkan segera. Secara peribadi aku merasakan PH perlu penjenamaan semula dan tidak lagi menggunakan nama PH kerana legasi Tun yang telah merosakkan PH dari dalam. Tak perlu tukar nama pelik-pelik. Contohnya macam tukar nama Pakatan Rakyat kepada Pakatan Harapan. Mungkin kali ni cuma tukar nama jadi Pakatan Harapan Rakyat (PHR).

 

6. PH masih koma kerana ketiga-tiga parti komponennya masih koma. Husam Musa cuma sekadar memberikan sedikit renjatan elektrik dengan harapan pesakit tersedar dari koma.

IKUTI SIARAN TERTUNDA INI: Selamat Tinggal Mahathir, Anwar Next PM Jelas Husam Musa, Isyarat Kepada Mat Sabu dan Khalid Samad.

 


KATANYA KES PUKUL RAF- YANG ADA DALAM LEMBAGA DISIPLIN TAK KAN LENA ?



Aku tak kenal mamat no 3 tu. Tapi nama dia pernah aku dengar dlm kes pukul

Rafizi Ramli

sewaktu pemilihan parti dulu. Apa status aduan disiplin terhadap beliau? Mungkin lembaga disiplin boleh jawab..


W.FAUDZIN

VIDEO : PN PARTI AZMIN?



Pemerhati politik, Kim Quek berkata rasionalisasi Azmin yang tidak masuk akal terhadap pengkhianatannya kepada Anwar, KEADILAN dan PAKATAN HARAPAN hanya meningkatkan imejnya sebagai seorang politikus yang mementingkan diri sendiri, penipu dan pengkhianat yang akan menimbulkan risiko tidak dapat diterima oleh mana-mana parti politik yang mungkin dia cuba bergabung.

"Atas sebab inilah Umno tidak akan menyentuhnya dengan galah setinggi 10 kaki, namun dia tidak malu-malu mengatakan bahawa dirinya merasa selesa bekerja dengan UMNO.

VIDEO: PN-BN BAHTERA DUA NAKHODA

 "Sebaliknya Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP, UPKO, PKR dan Amanah tidak melawan satu sama lain di mana-mana kerusi dan bersetuju untuk mengekalkan Shafie sebagai calon Ketua Menteri," ujar Guan Eng.

Sementara itu Shafie Apdal berkata, tidak seperti musuh yang “berpecah” soal calon ketua menteri, pihaknya menawarkan kepada rakyat Sabah hanya satu calon.


MATI DEMOKRASI KERANA PAS ?

 

Beliau berpendapat kenyataan pemimpin PAS itu memberi gambaran tentang bahayanya apabila kuasa politik dipegang oleh PAS.

“Mereka akan menyebabkan kita berada dalam satu politik yang menakutkan kerana dinafikan hak untuk membantah dasar kerajaan sekiranya dipimpin PAS.



AZMIN KUTUK DSAI DAN DAKWA DIA PENGASAS PKR?


Jamzuri Ardani

Jemin serang DSAI semasa kempen PRN Sabah. Kutuk kaw² dengan harapan orang Sabah benci Anwar.

Anwar pula mengambil sikap diam saja dan terus dengan agenda reform dan membela rakyat.

Mungkin seronok dapat kutuk Anwar, tapi orang Sabah yang pintar mungkin berfikir yang bakal memimpin Sabah ialah orang Sabah sendiri.

Jalur kepimpinan baik telah pun ditunjukkan oleh Shafi'e Apdal sepanjang 26 bulan jadi pemerintah Sabah. Ramai rakyat Sabah tahu.

Jadi apa tujuan Jemin kutuk Anwar di Sabah? Sebab dengki tak dapat jadi presiden PKR dapat memotong populariti Anwar?

Tidak ada kena mengena langsung cumanya parti PKR bertanding 7 kerusi untuk DUN Sabah, sangat longgar dan hanya menjadi pendorong kepada bakal pemerintah negeri Sabah, bukannya bakal ketua menteri!

Di sini aku hormati sikap diam diri DSAI. Dan aku kagum pendirian PKR tidak bersekongkol dengan kuda Trojan saka tua. Semua itu virus yang mesti dihindari.

Sabah dan rakyat Sabah wajar berdiri dengan sendiri kerana hasil negeri mereka sudah memadai untuk membiayai keperluan pembangunan dan membela rakyat.

Sudah habis modal barangkali kerajaan PN hantar Jemin yang ada rekod semburit di Sabah untuk kempen di Sabah. Memalukan!

PAS PATUT BERTANDING SEMUA KERUSI PARLIMEN PANTAI TIMUR

 

ASAL MELAYU ISLE-CADANGAN BODOH DALAM DUNIA

 AHMAD SAUQI


TERMASUK PENYOKONG DAN PECACAI...KEH..KEH









Cadangan Yang Paling Bangang Dan Bodoh..

Kerajaan Nak Rembat Duit.Nak Elak Kemalangan Kepala Bapak Hampa.

Motosikal,Kereta,Bas,Lori Yg Ada Plat Number Pun Dok Xcdnt Banyak Lagi...

Mcm Mna Orang Susah Yg Naik Basikal???

Jgn Jadi Bodoh

Ayuh Tolak Kerajaan Haram Pintu Belakang.

 


KEKASARAN BAHASA HADI AWANG

 

HAJI NUSI

Menghairan makhluk perosak ini , jika Umno itu ibarat lembu mengapa kamu mengheret walaun pentaksub bersama kekandang lembu , adakah walaun bagi kamu sekadar haiwan ujikaji utk kamu ? penat makhluk ni .




23 POSTING SEHINGGA KINI-LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 



SILA  TEKAN    >  UNTUK MEMBACA BERITA AWAL .TERIMA KASIH.SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.

PEMAHAMAN TERHADAP HADIS PERLU SAHIH-DR ROZAIMI RAMLE

 

Saya melihat terdapat satu video yang menyebutkan hadis bunuh kepada mereka yang memecahkan kesatuan orang Islam. Saya bimbang hadis ini disalahfahami oleh sebahagian netizen tambahan pula ia dipotong dan disebarkan. Maka saya menulis artikel ini untuk memberikan pemahaman yang betul terhadap hadis ini. Berikut komentar saya:


1.      Lafaz hadis tersebut ialah:


«مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ، يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ، أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ، فَاقْتُلُوهُ»


Maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada kamu dan urusan kamu bersepakat pada seorang lelaki dan dia ingin memecahkan tongkat kamu (tonggak) atau memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah dia”. (HR Muslim, no. hadis: 1852)


Hadis ini sahih riwayat Imam Muslim.


2.      Walaupun hadis ini sahih, pemahaman terhadap hadis ini juga perlu sahih. Dalil sahih tidak menjamin pemahaman yang sahih. Untuk memahami hadis sahih ini dengan pemahaman yang sahih kita perlu merujuk kalam ulama yang menghimpunkan hadis-hadis lain yang berkaitan dengan hadis ini. Setelah meneliti hadis-hadis yang berkaitan maka kesimpulan bagi maksud sahih bagi hadis ini ialah kebenaran untuk memerangi mereka yang menentang pemimpin tertinggi negara dengan kekerasan. Berikut kalam ulama yang menghuraikan maksud hadis ini:


i.                 Al-Qurtubi berkata:


وقوله: فمن أراد أن يفرق أمر هذه الأمة وهي جميع؛ أي: مجتمعة على إمام واحد


Maksudnya: Kata-katanya: “Sesiapa yang ingin memecahkan urusan umat ini sedangkan bersatu padu” bermaksud urusan itu bersatu pada satu imam (pemimpin tertinggi negara). (al-Qurtubi, al-Mufhim, jil. 4, hal. 62)


ii.                Al-Ityubi berkata:


وقوله: ("مَنْ أَتَاكُمْ، وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ)؛ أي: مجتمع على مبايعة رجل للخلافة.


Maksudnya: Kata-katanya (Nabi): “Sesiapa yang datang kepadamu sedangkan urusanmu bersatu padu pada seorang lelaki” bermaksud urusan itu bersatu pada melantik seorang imam untuk khilafah (pemimpin tertinggi negara)”. (al-Bahr al-Muhit al-Thajjaj, jil. 32, hal. 201)


iii.               Ibn Malak memberikan makna yang lebih jelas bagi hadis ini dengan berkata bahawa kebenaran membunuh ini hanya kepada mereka yang memerangi pemimpin tertinggi negara dengan kekerasan. Dia berkata:


من قصد أن يعزل إمامكم الذي اتفقتم على إمامته، وأراد أن يأخذ الإمامة.


Maksudnya: “Sesiapa yang ingin meruntuhkan pemimpin tertinggi (negara) kamu yang kamu bersepakat terhadap kepimpinannya dan dia mahu mengambil alih kepimpinan negara”. (Ibn Malak, Syarh al-Masabih, jil. 4, hal. 252)


3.      Dengan nukilan di atas jelas pada kita bahawa hadis ini Nabi sallallah alaih wasallam tujukan kepada mereka yang mahu melakukan pertumpahan darah dengan menyingkirkan pemimpin tertinggi negara melalui jalan kekerasan. Hadis ini tidak terpakai bagi mereka yang keluar dari parti politik tertentu apatah lagi NGO tertentu. Hadis ini juga tidak terpakai bagi parti politik yang masuk pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.


4.      Moga dengan penjelasan ini, netizen tidak bertindak membunuh mereka yang berpecah dan keluar dari parti politik mereka. Hadis ini tidak berkait dengan mereka yang keluar parti. Cukuplah sekadar bergambar dan tunjuk penumbuk untuk menyatakan bantahan. Itu memadai. Jangan lakukan keganasan membunuh kerana negara kita ada undang-undang. Moga kita semua memahami hadis dengan disiplin yang betul.


Dr Rozaimi Ramle



BILA SEBENARNYA PN DIDAFTARKAN?