MENUJU PRU 15: RAKYAT TERENGGANU PERLU BERI PELUANG KEPADA PH

KJ PERLU BACA KRITIKAN PUAD ZAKARSHI

TUGU PENGKHIANAT NEGARA

JOM TENGOK TUGU
Buy Zunar's latest e cartoon book @ www.zunar.my @ RM10 only

PELANCARAN GERAK98 PULAU PINANG BERSAMA EZAM MOHD NOR


BEGINILAH SIKAP MANUSIA YANG MINDA MISKIN JIWA PENGGEMIS


Ibrahim Mat Isa

Belajar tinggi-tinggi, keje besau, gaji hebat, pakaian ranggi.. TAPI otak selut tak ada kesedaran sivik. Nak didik lagu mana lagi supaya warga kita menjaga kebersihan persekitaran?

Semalam aku ternampak ada viral seorang makcik solat tepi hiway, dalam hati aku makcik tu benak barangkali.. macamlah hiway kita tak ada R&R yang tersedia sudah surau yang indah dan bersih. Lagipun dalam berkendara, dibolehkan jamak atau jamak qasar.

Hari ini mengadap lagi gambar tepi hiway sepanjang hala ke sebuah negeri di penjuru semenanjung, sampah bersepah. Nak kata benak, bapa tokwan punya benak lagi ada...

Adakah peluang buang sampah hanya percuma ketika musim perayaan dan kesempatan balik kampung?

Otak sebahagian rakyat ialah sampah, dari situ wujud tidak rasional dalam pertimbangan apa pun. Tak bincang soal politik lagi, segalanya sampah.

Meluat aku!



DULU PH DIBENCI AKIBAT MENTERI PH BUAT KERJA BODO, KINI SEDIKIT DEMI SEDIKIT PN PULA DIBENCI.


HAMDAN TAHA

Kerajaan PN ambil alih kerajaan dari PH yang ketika itu populariti telah menurun begitu teruk terutama dari pandangan masyarakat Melayu terutama dengan kebijaksanaan Umno dan Pas mengambil sesuatu isu atas kebodohan para menteri PH ketika itu...
Tiba tiba PN ujud dan PM di ambil alih oleh TSMY negara dan dunia ketika itu sedang berdepan dengan serangan virus 19. Negara dan kepimpinan PN terpaksa mengambil pendekatan mengadakan PKP dengan segera. Ketika PN umum PKP dua perkara terselamat. Pertama dapat membendung jangkitan virus 19 dan juga virus politik dari di serang oleh PH dan penyokongnya. Maka PN di selamatkan dari serangan politik....dan rakyat bersedia memberikan sokongan kepada TSMY. Apabila TSMY membentangkan bantuan kewangan 1600 populariti dia meningkat.....tapi itu beberapa bulan yang lepas...
Sekarang saya telah membaca di media sosial dan sembang sembang dengan kenkawan kerajaan PN mula di pertikaikan secara sikit demi sedikit. Jentera PH pula sudah mula spin kenyataan kenyataan menteri menteri PN yang kurang teliti dan tidak di sukai rakyat. Geng geng PH dah mula menyerang Pas dalam banyak isu terutama Ruu 355 yang boleh menyebabkan Pas tertekan.
Rupanya pujian rakyat tidak bersifat kekal,apabila Ismail Sabri mengumumkan SOP terbaru saya lihat sudah mula dapat bangkangan dan tidak mendapat sokongan padu seperti sebelum ini. Tindakan polis yang menyaman rakyat dan ambil tindakan kasar akan menyebabkan kerajaan ini berdepan dengan cemuhan dam kritikan. Virus 19 yang sekarang ini menular bukan lagi dari klauter yang awal tetapi klauter yang di sebabkan kesilapan kerajaan melalui klaster import yang 100 peratus kesilapan kerajaan kerana membenarkan mereka berada di rumah dan tidak di pantau antara kes sekarang ini di Kedah dan Serawak....kesilapan itu mereka pula mendera rakyat dengan sop baru....
4 hari sebelum raya Ismail Sabri umum SOP yang menyebabkan ramai orang terpaksa rugi. Antaranya yang dah edar kad kawin...edar kad kenduri dan sebagainya....di batalkan kerana kerajaan tidak benarkan. Tetapi rakyat terkejut bila Ismail Sabri dan Umno pula melangar SOP yang mereka sendiri umumkan. Ini semua menghilangkan populariti kerajaan PN....
Masalah ekonomi,pekerjaan dan penganguran meningkat setiap hari. Nilai harta yang menyusut dan harta yang tidak laku dan macam macam hal akan menyebakan rakyat menuding jari pada pihak kerajaan....ini semua akan merudumkan rekod TSMY tambahan pula jika adanya PRU banyak....ini akan menyebabkan rakyat meluat....




PAS MANA?

No photo description available.

“Takkanlah Umno nak tanding 20 kerusi”

“Takkanlah Umno nak tanding 20 kerusi”

Mungkinkah kedaulatan negara dijual selepas tumbangkan kerajaan sendiri?

Mungkinkah kedaulatan negara dijual selepas tumbangkan kerajaan sendiri?

#COVID-19 : KLUSTER SIVAGANGGA DI KEDAH ADALAH CONTOH PENULARAN SEMULA. JAGA SOP.



1) Kluster Sivagangga akibat seorang pemastautin tetap yg pulang dari India tapi GAGAL mematuhi syarat Kuarantin Kendiri di rumah adalah contoh penularan semula boleh berlaku meskipun Kedah telah diisytiharkan sebagai Zon Hijau.
2) Kesilapan Kes Indeks (Pesakit Pertama Kluster) itu TIDAK mematuhi syarat kuaratin itu satu hal. Tapi apa yg lebih membimbangkan ialah begitu ramai orang TIDAK atau GAGAL memahami SOP menyebabkan mereka terjangkit. Sekali berjangkit ia boleh merebakkan kpd org lain dgn begitu pantas sekali. Elok sangat jika pihak Polis bertegas sekarang ini termasuk menyaman jika tidak pakai Face Mask.

3) Rakyat perlu selalu diingatkan bagaimana COVID-19 boleh menjangkiti seseorang. Apa keberangkalian bagi mereka yang dijangkiti dari kes Indeks ini? Mari kita cuba memahami keberangkalian-keberangkalian ini supaya kita belajar mengelakkan diri dari dijangkiti...
A) Kontak rapat atau berdiri atau bercakap terlalu dekat dgn Kes Indeks tanpa memakai Face Mask atau memakai Face Mask secara tidak sempurna. Jika mereka yg dijangkiti itu memakai Face Mask menjaga SD 1-2 meter atau tidak bercakap terlalu dekat contohnya berdiri kurang 1 meter antara satu sama lain, Insya Allah mereka tidak akan tersedut Droplets yg terapung sebentar dari pembawa COVID-19.
B) Memegang permukaan meja atau bahagian kerusi, tombol pintu atau apa-apa shj bahagian permukaan yg telah tercemar oleh droplets dari kesan bersin atau batuk oleh Kes Indeks atau pembawa COVID-19 yg telah dijangkitinya. Tapi jika mereka hanya memegang dan kerap membasuh tangan dengan sabun atau Hand Sanitizer (60-70% Alcohol) "Protein SPIKE" pada COVID-19 akan terlerai dan tidak lagi boleh melekat pada tangan.
C) Berdisiplin untuk tidak bersalam dengan orang lain dengan cara biasa mungkin hanya tunduk hormat dgn tgn di dada atau lagakan siku atau penumbuk (ikut kreativiti) utk elakkan sentuhan tapak tangan atau kontak yg boleh menyebabkan COVID-19 melekat di tapak tangan dan tangan itu memegang muka.
D) Berdisiplin utk TIDAK menyentuh atau menggosok mulut, hidung dan mata dengan tangan sebelum tangan itu dibersihkan. Jika mahu menggaru muka, gunakan sebelah dalam baju sebagai lapik utk mengurangkan kemungkinan ada COVID-19 melekat di baju lalu berpindah pula ke muka.
E) Elakkan berada di kawasan atau ruang tertutup dan tidak byk pengudaraan semulajadi (Natural Ventilation) kerana ia adalah berisiko jika ada pembawa COVID-19 yg bersin atau batuk, Droplets akan segera jatuh ke lantai atau permukaan dalam jarak lebih kurang 1 - 1.5 meter manakala MICRO Droplets dikatakan masih boleh terapung selama 3 jam dalam ruang tertutup tanpa pengudaraan semulajadi atau natural. Keberangkalian ini SANGAT TIPIS utk berlaku terutama di kedai mamak seperti di Napoh, Daerah Kubang Pasu, Kedah itu.
4) JIKA SEMUA ORANG MEMAHAMI PERKARA_PERKARA ASAS SOP atau NORMA BAHARU ini, Kita akan dapat putuskan rantaian jangkitan COVID-19, Insya Allah. Sbb virus itu tidak akan berupaya menular jika kita "TIDAK MEMBANTU" nya berpindah. Caranya?
i) Sentiasa peka untuk kekalkan jarak 1 hingga 2 meter dari sesiapa shj samada kenal atau tidak kenal. Jangan bercakap terlalu dekat kekalkan SD. Kekalkan SD ketika beratur di mana-mana kaunter kedai. Bila keluar ke kedai atau ke tempat ramai orang, terus mandi, rendam pakaian dalam sabun bila pulang ke rumah dan jangan bercakap atau berdiri dekat dgn ahli keluarga sebelum mandi.
ii) CUBA elakkan diri dari memegang apa-apa permukaan atau benda yg kerap disentuh oleh orang lain seperti tombol pintu, kerusi, meja, railing atau susur tangan dan lain-lain. Segera cuci tangan jika tersentuh benda-benda mcmtu. Paling penting, jgn sentuh muka.
iii) Jadikan satu habit atau amalan kerap membasuh tangan dgn sabun atau hand sanitizer yg sentiasa kita bawa bersama. JANGAN SENTUH MUKA atau menggosok mata, mulut dan hidung kerana ia berisiko menyebbkan COVID-19 di tangan berpindah utk memasuki rongga badan melalui hidung, mulut dan mata.
iv) Jika mahu membeli barang dapur di hypermarket contohnya elok lah pakai Face Mask dan Sarung Tangan pakai buang. Pemakaian Face Mask di tempat awam atau di luar rumah sudah diwajibkan skrg.
v) Sediakan sabun tangan atau hand wash di rumah supaya ahli keluarga membiasakan diri utk kerap membasuh tangan. Sedia sabun khas utk sayuran. Sabun semua sayuran, barangan dlm tin dan botol JIKA RAJIN.
vi) JIKA order makanan secara Online contohnya, jangan sesekali makan direct dari bungkusan terutama kotak. Pindahkan makanan secara berhati2 dan jgn menyentuh luar kotak. Kajian menunjukkan COVID-19 mampu melekat pada kotak selama 24 jam. Permukaan plastik lebih lama lagi yakni 3-7 hari. https://www.healthline.com/health/how-long-does-coronavirus-last-on-surfaces#different-surfaces
5) JIKA kita semua punya kesedaran bagi mengamalkan Norma Baharu sekurang-kurangnya yg paling ASAS iaitu jaga SD, pakai Face Mask di luar rumah, kerap basuh tangan dan yg paling PENTING...JANGAN SENTUH MUKA. Insya Allah tiada jangkitan jika kita ada terserempak dengan pembawa COVID-19 sekalipun. Insya Allah.
6) SEMOGA Kita Jaga Kita...selain meningkatkan kesedaran diri sendiri, kita usahalah sebarkan kesedaran kpd orang lain semoga bermanfa'at kpd mereka dan mungkin ia mampu menyelamatkan nyawa.
Wallahualam.
- Zus Din
02 Ogos 2018.

RM1000 ANTARA DUA DARJAT

Image may contain: 3 people, people sitting, text that says "OGOS 2020 (SABTU) 9.00 PAGI PERMAI, JUA"

MEMARTABATKAN TULISAN JAWI HARUSLAH KENA DENGAN TEMPATNYA


Empat sasterawan seru KPM jangan mengalah, juang tulisan Jawi ...
Tulisan jawi wajar di martabatkan. Sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk martabatkan tulisan jawi patut kita beri sokongan tidak mengira apa jua fahaman politik.
Namun, dalam masa yang sama, tulisan rumi yang juga penting untuk martabatkan bahasa kebangsaan tidak wajar kita kesampingkan. Begitu juga sebagai negara yang berbilang kaum, kita juga patut memelihara tulisan bahasa ibunda semua kaum.
Apa yang penting, meletakkan kesesuaian sesuatu tulisan itu agar tidak mengelirukan atau mendatangkan prasangka. Adalah tidak wajar dan tidak sesuai tulisan jawi digunakan untuk mempromosikan atau dijadikan sebagai tulisan di papan tanda kedai-kedai judi, arak, kelab hiburan dan seumpamanya. Sepatutnya ada garis panduan yang lebih jelas untuk memelihara tulisan jawi ini.
Tulisan jawi tidak harus dijadikan modal politik oleh mana2 pihak sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk memartabatkannya. Apa yang lebih penting, memartabatkan tulisan jawi harus dimulakan di sekolah-sekolah di peringkat rendah lagi. Alangkah cantiknya jika tulisan ini dipelajari oleh semua kaum tanpa dipaksakan kepada mereka. Jika kita bangga anak-anak kita bangsa Melayu boleh menulis dan membaca di dalam bahasa Cina atau Tamil, begitulah juga kaum-kaum lain patut merasa bangga jika anak-anak mereka boleh menulis dan membaca di dalam tulisan jawi.
Sekiranya kita tidak mempolitikkan isu tulisan dan bahasa ini, tidak mungkin ianya menjadi isu besar yang boleh memecahkan perpaduan kaum di negara tercinta ini.
WFAUZDIN NS

VIDEO: BERSATU DAN AZMIN TIDAK MENAMBAH KEKUATAN DALAM MUAFAKAT NASIONAL


JANJI TAHI KUCING MACAM INI RUPANYA..


W.Faudzin

Lebai Takiyudin kata, sebagai sebuah parti Islam, partinya akan berpegang kepada janji untuk menyokong muhyiddin dan kerajaan pintu belakang ini sehingga PRU15.
Taik kucinglah Taki. Kamu jual Islam tak habis-habis. Kamu ingat kami lupa yang kamu dulu juga janji akan sokong Mahathir sampai PRU15? Akhirnya, bila mampak ada jawatan menteri depan mata, kamu sanggup langgar janji dan bersekongkol dengan pengkhianat untuk rampas mandat rakyat. Parti penipu!

RAKYAT CENDERUNG PILIH WAKIL YANG BIJAKSANA


CHRISNADIA SINAM

Pemilihan YB sekarang ini tidak mungkin tidak lagi berdasarkan parti namun rakyat akan cenderung untuk memilih pemimpin yang lebih bijaksana dalam memastikan semua aspek pembangunan, pendidikan, kebajikan rakyat dll disuarakan dan diperjuangkan. Rakyat Sabah sudah lama mahukan pembelaan. Kita sudah lama menderita. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat kerana memilih menolak pemimpin kleptokrat dan rasuah. Terima kasih kepada pemimpin baharu yang berusaha untuk membangunkan negeri kita walaupun masa agak pendek. Saya pecaya rakyat menghargai usaha tersebut dan akan memilih mereka semula.
Kini pengundi lebih bijak dari tahun sebelumnya kerana sudah adanya media massa seperti Whatapps, FB, Instagram dll banyak maklumat dapat dicapai dan boleh rakyat boleh penilaian sendiri.
Undi rakyat kali ini akan lebih bernilai dan kematangan rakyat Sabah terhadap permainan politik lebih baik dari tahun sebelumnya. Kita sudah rasai pelbagai cabaran dan dugaan beberapa dekat yang lalu dan kini Sabah sudah gah untuk memastikan rakyatnya terus mendapat pembelaan.
Yang berminat untuk menjadi YB dan yang akan menang kelak, jagalah amanat dan mandat rakyat sebaiknya dan jalankan tanggungjawab anda dengan sepenuh hati sebab masa depan anak-anak kita di kawasan kita berada ditangan anda. Saya menyeru agar semua lapisan masyarakat untuk memainkan peranan dalam pemilihan pemimpin kita kelak. Hormati mandat Rakyat.
All the best ... 🥰😀

Image may contain: text that says "SABAH BAHAGIAN BAHAGIAN P.167 KUDAT Banggi Matunggong .06Bandau Tanjong Pintasan Tempasuk P.171 SEPANGGAR 70TUARAN 2Sulaman 13Pantai Tamparuli P.172KOTAKINABALU .18inanam Luyang 175PAPAR Limbahau Kawang 174PENAMPANG Tanjung N.26Moyog P.176KIMANIS N.30Bongawan Membakut BEAUFORT N.33Kuala SIPITANG 79RANAU 6Kundasang Karanaan .38Paginatan 180KENINGAU .35Sindumin N.40Bingkor N.41Liawan P.183 Telupid .42Meaap N.43Kemabong P.182PENSIANGAN Nabawan Sungai SAPI Sekong KINABATANGAN P186SANDAKAN Sukau Tungku Segama .189 SEMPORNA Sulabayan N.63Kunak 190 Balung KALABAKAN N.69 gau 72Merotai Sebatik Tanjong"