RAMAI RAMAI KENA BERHENTI

Norshidah Mat Daud

Isu Cina China ni kita diam
Kalau Cina DAP baru kita bising-bising sebarkan perkauman sane sini
Allience Steel | Ramai orang Beserah yang bekerja di Allience Steel. Status ekonomi dunia boleh dijadikan alasan. Akan tetapi sifat hormat kepada rakyat tempatan bagaikan tidak ada. Sensitiviti pada agama Islam dan bangsa Melayu seperti tidak dihirau.
Minta pihak yang berkuasa, Kerajaan Negeri dan Persekutuan lakukan sesuatu ASAP. Kalau nak buang pun agak-agaklah,,
Admin
--------
Dari wall Zul Fadzli Shamsudin
Alliance Steel kini sedang membuang pekerja rakyat Malaysia secara sistematik. Syarikat ini mewajibkan pekerja duduk di asrama dengan kemudahan yang amat meyedihkan.
Persoalanya kenapa perlu diletakkan pekerja di asrama sementara menunggu saringan Covid 19. Tindakan ini akan mengakibatkan Covid tersebar sesama mereka jika ada yg dijangkiti. Tapi niat Syarikat utk memberi tekanan mental dan menyiksa fizikal agar mereka meletak jawatan.
Pekerja yang ingkar arahan ini akan diberhentikan. Pada 5 Mei lebih 30 pekerja sudah menerima notis berhenti.
Apakah selayaknya rakyat Malaysia dilayan sebegini oleh Syarikat China ini. Syarikat harus mengutamakan pekerja Tempatan. Jika buang pekerja maka pekerja asing yang harus terlebih dahulu diberhentikan.
Mereka yang berkuasa BELA LAH NASIB RAKYAT KITA





PARLIMEN OH PARLIMEN


1. Genap seminggu lagi Parlimen akan bersidang. Dari sehari tempoh bersidang, Speaker dah setuju panjangkan jadi 8 hari. Pertama kali, Kerajaan PN akan masuk dewan sebagai Kerajaan. Kita percaya banyak benda akan dibahaskan.
2. Yang paling menarik sepanjang minggu ni ialah stunt politik yang dibuat. Di sebelah PH, stunt undi tidak percaya ke atas PM di peringkat Persekutuan. Di sebelah PN pula, cubaan peralihan kuasa dari PH ke PN di peringkat negeri Kedah.
3. Para penyokong parti dah start berperang. Satu pihak dah start kan kompang: undi ni sama macam derhaka pada Agong. Apa punya spin, saya tak paham. Tapi yang di Kedah, kalaulah tukar Kerajaan PH ke PN, nescaya dalilnya pula, ia bukan derhaka pada Sultan 😅
4. Makanya, ramai la yang buat laporan polis dan kata Agong terancam. Pertama kali dalam sejarah usul ke Parlimen diadukan ke polis. Mungkin ada yang tak paham dan buat tak nampak peruntukan 45 Perlembagaan. Undi tidak percaya termaktub di dalamnya. Ya, kita sayang Agong kita. Tapi Perlembagaan masih mengatasi Baginda. Kita masih pakai sistem Raja Perlembagaan bukan?
5. Rakyat yang di bawah melopong, pening melayan kerenah politikus. Tengah covid masih ada, ekonomi negara merudum jatuh, perlukah stunt2 begini berlaku?
6. Secara peribadi, saya rasakan Kerajaan PN perlukan legitimasi. Maknanya kalau nak berkuasa, perlu ada sokongan majoriti. Kalau tak macam mana nak luluskan usul Kerajaan dan seterusnya mentadbir negara. Maka kalau ada undi percaya, secara tidak langsung memudahkan PM. Takde dah boleh dibisingkan Kerajaan ini Kerajaan pintu belakang atau tebuk atap. Dia boleh terus mentadbir tanpa risau.
7. Cuma persoalannya, adakah kena pada masanya? Pada ketika negara perlukan Kerajaan yang stabil untuk mentadbir negara, kita dikejutkan dengan stunt politik. Kalaulah kiranya Kerajaan ini tumbang, berapa lama lagi kita akan berdepan krisis Perlembagaan. Berapa lama pulak nak lantik Kerajaan? Adakah baik untuk negara ketika kita dilanda krisis.
8. Ini bukan bermakna saya sokong Kerajaan sekarang. Ada banyak isu dah mula naik. Lantikan politik secara besar-besaran di GLC, isu BPN yang masih semak, kes2 rasuah dan projek dah mula kita dengar. Dah macam balik pre-PRU14. Ada sesetengah rakyat dah balik menyampah.
9. Cuma bukan masanya sekarang nak buat stunt tukar Kerajaan. Pada saya PH perlu teruskan dulu peranan sebagai pembangkang. Ianya efektif pada masa kini. Banyak yang Kerajaan PN ni u-turn keputusan hasil tekanan. Yang dapat untungnya Rakyat bukan?
10. Jadi kena tanya, undi tak percaya atau bubar Parlimen ni untungnya siapa? Politikus atau Rakyat? Rakyat sekarang saya perasan dah mula muak dengan ahli politik. Mereka mahu covid cepat habis dan ada makanan atas meja. Itu yang lagi penting.
11. Makanya, saya cadangkan bawa isu legitimasi Kerajaan hari lain. 8 hari ni bincang dan debatlah usul yang dekat dengan Rakyat. Isu bantuan, isu nak tingkatkan ekonomi, isu macam mana nak buat SOP Covid yang betul untuk elak rakyat mati.
12. Isu kuasa dan legitimasi kita bincang lain hari. Kerajaan ini tak boleh lari. Lama2 dia akan kena juga face the music. Sementara itu, kita kuatkan check and balance. Bersuara dan tekan bila perlu. Percayalah, itu yang majoriti Rakyat mahu.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki

BERSATU PAHANG HILANG ARAH?

NILAI PN LEBIH REDAH DARI SARANG BURUNG?

Industri Barat keluar dari China, jangan harap ke Malaysia

Apa jaminan anak cucu kita tidak tersadai mengharap belas di tengah lautan?

Apa jaminan anak cucu kita tidak tersadai mengharap belas di tengah lautan?



Sejak beberapa minggu lalu, hangat diperbincangkan oleh rakyat Malaysia mengenai pelarian Rohingya, susulan pengusiran bot pelarian Rohingya daripada perairan Malaysia oleh Tentera Udara Diraja Malaysia 16 April lalu.
Apabila berbincang tentang isu Rohingya, terdapat beberapa realiti yang kita perlu terima.
1. Myanmar tidak selamat untuk warga Rohingya
Myanmar telah melakukan penghapusan etnik, pembunuhan beramai-ramai sehingga merogol wanita serta membakar rumah dan tanaman.
Seteruk mana?
Terdapat laporan yang menceritakan bagaimana wanita dirogol dengan diikat pada rambutnya atau tangan mereka diikat pada pokok. Sehingga wanita-wanita bogel dilihat berlari ke hutan-hutan dalam ketakutan. Mayat-mayat wanita juga dijumpai dengan darah yang cukup banyak di celah kelengkang mereka.
Ada laporan yang mengatakan bahawa rumah-rumah mereka dibakar, dan anak-anak yang hendak lari keluar akan dihalau untuk masuk kembali ke dalam rumah yang sedang dijilat api tersebut.
Tentera Myanmar telah meletakkan periuk-periuk api di perjalanan untuk orang-orang kampung lari daripada rumah-rumah mereka yang dibakar dan tentera yang menyerang. Supaya apabila mereka lari daripada api yang menjilat rumah mereka dan tentera yang menyerang mereka, tubuh mereka berkecai akibat terpijak periuk api tersebut.
Disebabkan keganasan beginilah, mereka melarikan diri ke Bangladesh. Walaupun mereka terpaksa berjalan kaki berhari-hari sambil mendukung anak dan barang keperluan, merentas paya-paya dan sawah-sawah padi yang berlumpur. Perjalanan mereka juga amat bahaya, ramai yang ditembak di lutut ketika dalam perjalanan hendak lari ke Bangladesh, dan ramai yang pengsan akibat kebuluran dan kepenatan.
Mengapa mereka tidak kekal di Arakan dan pertahankan hak mereka? Mengapa mereka tidak berjuang dan melawan?
Kerana mereka telah ditinggalkan tanpa harapan. Tanpa bantuan senjata, tanpa kesatuan politik, tanpa pendidikan untuk menunjukkan jalan, dan mereka tidak mempunyai peluang pun kalau mereka melawan.
Walaupun Myanmar telahpun menyatakan kesediaan untuk menerima kembali orang-orang Rohingya, pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) belum membenarkan orang Rohingya pulang kerana situasi di Arakan masih tidak selamat untuk orang Rohingya.
Kegiatan Myanmar menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan, wartawan, dan pelapor khas PBB menyebabkan mereka dikatakan menyembunyikan segala kekejaman yang telah mereka lakukan.
Maka, tuntutan untuk mereka bertahan ialah tuntutan yang tidak berperikemanusiaan dan tuntutan untuk memulangkan Rohingya ke Myanmar ialah tuntutan yang zalim.
2. Bangladesh telah menerima lebih 1 juta pelarian
Sejak 2017 lagi, Bangladesh telahpun mengatakan pelarian mereka terlalu ramai untuk mereka uruskan.
Sebelum wabak COVID-19 dan sebelum krisis pelarian Rohingya ini meningkat pun, kemampuan perkhidmatan kesihatan di Bangladesh memang lemah. Pada tahun 2015, Bangladesh mempunyai 0.8 katil hospital per 1000 penduduk, berbanding dengan Malaysia yang mempunyai 1.9 katil hospital per 1000 penduduk.
Menurut Index Keselamatan Kesihatan Global 2019, Bangladesh terletak di tangga ke 113 daripada 195 buah negara, dengan skor 35.0, berbanding dengan Malaysia di tangga ke 18 dengan skor 62.2. Index ini penting untuk kita mengukur tahap kesediaan sesebuah negara untuk menghadapi wabak seperti COVID-19 sekarang.
Hal ini menunjukkan, kesediaan Bangladesh menghadapi COVID-19 amatlah rendah jika hendak dibandingkan dengan Malaysia. Sebab itu, kem pelarian Rohingya di Bangladesh mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghadapi menjadi pusat perebakan COVID-19.
Selain itu, faktor lain yang meningkatkan risiko ialah akses kepada produk kebersihan diri yang terhad, akses kepada perkhidmatan yang terhad, kepadatan kem yang sangat tinggi menyebabkan penjarakan sosial menjadi mustahil, serta kesedaran yang amat rendah mengenai COVID-19.
Jika dilihat daripada aspek ekonomi pula, Keluaran Dalam Negara Kasar per populasi penduduk pada tahun 2017 Bangladesh ialah $4,200 di tangga ke 177, berbanding dengan Malaysia $29,000 di tangga ke 71.
Hal ini menunjukkan, daripada sudut ekonomi pun, Bangladesh tidak mampu menampung kebanjiran pelarian Rohingya.
Seperti Malaysia, Bangladesh juga tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951.
3. Usaha yang dilakukan oleh negara-negara dunia
Piagam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mengatakan bahawa salah satu tujuan kewujudan ASEAN ialah “untuk menggalakkan dan mempertahankan hak asasi manusia”.
Namun, walaupun berkali-kali sidang kemuncak ASEAN dijalankan, kerana perwakilan Myanmar tidak bersetuju untuk berbincang berkenaan isu pelarian Rohingya, sidang kemuncak ASEAN tidak pernah membincangkan apa-apa solusi berkenaan Rohingya. Bahkan, perkataan “Rohingya” pun tidak disebut kerana perkataan tersebut tidak diiktiraf oleh Myanmar.
Dalam sidang kemuncak ASEAN yang terbaru pada tahun 2019, keputusannya masih sama. “…kami memberikan sokongan berterusan kepada komitmen Myanmar dalam memastikan keselamatan untuk semua komuniti di Rakhine…”. Tidak ada menyebut tentang menghukum pesalah jenayah perang, tidak ada sebut tentang bantuan kemanusiaan yang disekat daripada sampai ke Rakhine.
Antara tindakan terbesar negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ialah membantu mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Ia merupakan resolusi daripada Persidangan Tahunan OIC di Bangladesh pada tahun 2018. Pada hujung tahun 2019, OIC yang diwakili oleh Gambia telah mambawa Myanmar ke mahkamah.
Hasilnya, ICJ secara sebulat suara membuat keputusan untuk meminta Myanmar mengambil semua tindakan yang termampu untuk menghalang pembunuhan Rohingya, atau menyebabkan kecederaan tubuh badan atau kecederaan mental kepada mereka, termasuklah oleh tentera mahupun mana-mana puak bersenjata lain.
Namun, ICJ tidak boleh memaksa Myanmar untuk menghentikan keganasan terhadap Rohingya.
Gambia memohon bantuan daripada Majlis Keselamatan PBB untuk memastikan Myanmar melaksanakan perintah ICJ. Namun, mengikut rekod, China sentiasa akan menggunakan kuasa veto untuk menghalang apa-apa resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengancam kepentingan Myanmar.
Negara-negara serantau yang lain juga ada menerima pelarian Rohingya. Selain daripada Bangladesh yang mempunyai sekitar 1.6 juta pelarian dan Malaysia yang mempunyai sekitar 200,000 pelarian, Arab Saudi juga menampung sekitar 470,000 pelarian, dan Pakistan menampung sekitar 450,000 pelarian.
Negara-negara lain seperti United Arab Emirates dan India masing-masing menampung sekitar 50,000 pelarian, Indonesia menampung sekitar 1,200 pelarian, dan Thailand menampung sebanyak 5,000 pelarian.
Jadi, sebenarnya yang menerima pelarian Rohingya ini bukanlah Malaysia dan Bangladesh sahaja.
Maka, apa solusi yang kita ada untuk krisis pelarian ini?
Tentunya, solusi yang paling ideal ialah menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Arakan, serta mengiktiraf mereka sebagai warganegara yang sah setaraf dengan rakyat Myanmar yang lain.
Duta Khas bertaraf menteri Malaysia ke Timur Tengah Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyebut tentang “tindakan keras politik” dan “misi ketenteraan” ke Myanmar. Beliau juga menyebut tentang Bosnia, Iraq, Afghanistan, dan Syria.
Cumanya, walaupun terdapatnya penggunaan tentera, sehingga kini krisis di Iraq, Afghanistan, dan Syria tidak selesai sepenuhnya. Bahkan, perang saudara di Syria merupakan antara punca krisis pelarian Syria berpanjangan sehingga hari ini.
Di samping itu, penggunaan kekerasan ini lampu hijaunya diberikan oleh Majlis Keselamatan PBB. Majlis Keselamatan PBB sentiasa gagal untuk membuat apa-apa resolusi berkenaan Rohingya kerana Myanmar mendapat sokongan daripada kuasa-kuasa veto iaitu Rusia dan sekutu Myanmar, China.
Maka, amatlah sukar untuk tindakan ketenteraan diambil selagi dua kuasa besar ini menyebelahi Myanmar. Ditambah pula dengan polisi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang tidak begitu responsif terhadap pelanggaran hak asasi manusia.
Kecuali lah maksud YB Duta Khas tersebut ialah tindakan ketenteraan oleh negara Malaysia. Jika itu maka perbincangannya akan menjadi lebih panjang.
Justeru, bagaimana?
Antara usaha lain ialah untuk mengadakan kempen boikot barangan Myanmar. Namun, ia tidak akan memberi kesan signifikan andai Malaysia bersendirian dalam usaha ini.
Eksport Myanmar ke Malaysia hanyalah 1.6% daripada keseluruhan export Myanmar pada tahun 2018. Amat kecil jika dibandingkan dengan China 33% dan Thailand 18%.
Sebab itu, kempen-kempen kesedaran berkenaan Rohingya amat penting untuk menyeru seluruh umat manusia mengecam dan mengambil tindakan terhadap Myanmar sehinggalah Myanmar berhenti menindas Rohingya.
Itu jangka panjang.
Isu yang memerlukan perhatian sekarang juga ialah krisis pelarian Rohingya.
Awal bulan April lalu, sebuah bot diselamatkan daripada laut setelah dua bulan terkandas kerana gagal memasuki perairan Malaysia. Dilaporkan bahawa terdapat 70 pelarian yang telah terkorban di tengah laut dan 400 pelarian yang masih hidup tidak boleh berdiri dan berjalan tanpa bantuan. Mereka tinggal tulang dan kulit sahaja.
Walaupun beberapa bot sudah selamat kembali ke Bangladesh, dipercayai masih ada ratusan yang terkandas di tengah lautan.
Sepatutnya negara-negara serantau berganding bahu membantu. Sepatutnya negara-negara dunia lebih memainkan peranan menekan Myanmar. Sepatutnya Myanmar tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai di Arakan. Sepatutnya. Tetapi realitinya tidak.
Kata Pengarah Asia Selatan Amnesty International Biraj Patnaik, “semua negara dalam rantau ini mempunyai tanggungjawab untuk memastikan lautan tidak menjadi perkuburan untuk mereka yang mencari keselamatan. Bangladesh tidak patut ditinggalkan berseorangan dalam menguruskan situasi ini. Bangladesh memikul tanggungjawab ini bukanlah alasan untuk negara-negara lain berlepas tangan.”
10 yang lalu, rakyat Syria tidak akan sangka mereka akan jadi pelarian, mempertaruhkan nyawa meredah lautan Mediterranean mengharapkan secebis simpati warga Eropah.
Adakah kita boleh jamin yang kita, atau anak cucu kita, selamanya tidak akan tersadai di tengah lautan mengharapkan kemanusiaan daripada negara-negara jiran?
Ketika itu, kita akan merayu kepada Tuhan untuk mencampakkan sedikit perasaan belas kasihan dalam hati manusia. Moga Allah jauhkan kita daripada kesusahan sedemikian.
*Azhari Azizi merupakan Jawatankuasa Akademik dan Intelektual, Persatuan Belia Harmoni Malaysia.

HARI ULANGTAHUN TERKUBURNYA UMNO DI.PUTRAJAYA


Semalam, 09 Mei 2020 rakyat merayakan hari ulangtahun kedua "kematian" Umno sebagai parti tunjang pemerintah di Putrajaya. Sehingga kini Umno masih tidak bangkit kecuali rohnya yang tergantung di awangan meresap masuk merasuk ke dalam kerajaan pintu belakang pengkhianat.
Rekod dan sejarah diukir sepanjang zaman bahawa satu-satunya parti yang berjaya mencabut nyawa Umno dan Bn di Putrajaya adalah gabungan PH. Sejarah turut mengukir nama Umno sebagai sebuah parti yang menjadi sebahagian dari kerajaan di Pusat tanpa mandat rakyat. Di situ bermulalah sejarah Umno yang dilihat hilang maruah dan jati dirinya. Umno yang dulu dilaungkan sebagai parti keramat kini hanya dikenali sebagai parti khianat.
Selama ini mereka menuduh Dap komunis atau kapir harbi, paling tidak Dap lebih bermaruah kerana tidak pernah mencuri mandat rakyat. Kerajaan Dap di P.Pinang tidak pernah menjadi kerajaan tanpa mandat rakyat. Dap kuburkan Gerakan dan Bn di P.Pinang bermula tahun 2008 adalah hasil dari mandat rakyat. Maruah Dap lebih terserlah berbanding Umno dan Pas di dalam aspek menjunjung demokrasi.
Semalam, kita merayakan hari sedih dan malang Umno/Bn. Umno sepatutnya mengadakan majlis tahlil arwah mereka, tetapi mungkin kerana wabak Covid-19, mereka tidak dapat lakukan.
PH berjanji kepada rakyat agar menentukan Umno akan bersemadi selama-lamanya. Biarpun roh jahat mereka masih berkeliaran bersama kerajaan pintu belakang sekarang, kita penuh yakin akan dapat menghalau roh jahat itu kembali ke pusaranya agar lebih tenang di sana.
Apa yang telah dapat kita buktikan adalah tanpa Umno, orang-orang Melayu dan Islam masih makan nasi bukan makan ubi kayu seperti yang selalu mereka dendangkan.
Kerajaan sekarang adalah kerajaan tidak bernama. Bukan kerajaan Bn, bukan juga kerajaan Muafakat Nasional, bahkan bukan kerajaan Pengkhianat Nasional (PN) kerana nama PN itu pun tiada dalam fail di ROS. PN tidak pernah wujud di dalam kertas undi, jauh sekali logo parti sewaktu di dalam PRU14 yang lalu. Satu-satunya kerajaan yang tidak mempunyai manifestonya.
PM sekarang adalah Wakil Rakyat yang menang pada PRU14 dengan menggunakan logo Keadilan. Saya tidak tahu bagaimana beliau boleh hidup tanpa maruah? Jika dahulu beliau sanggup dipecat dari Umno kononnya atas dasar prinsip dan maruah, tetapi kini maruahnya telah berjaya direntap oleh Umno apabila beliau sanggup bersekongkol dengan parti keris telanjang tidak bersarung itu demi kepentingan serta nafsunya sendiri.
WFAUZDIN NS

KESIAN MAK CIK KIAH DAN PEMBOHONGAN BERTERUSAN?



MILO KOSONG KAW MKK

Semasa pengumuman BPN sblm ini,tiada satu perkataan pun yg menyebut "Mereka2 yg ada pendaftaran dgn SSM,TAK LAYAK memohon"..Tiba2 bila lakukan semakan kelulusan permohonan hari ini,terselit perkataan Tak Layak

Ini adalah kerana Ada Pendaftaran dengan SSM..Adakah Kerajaan PN ingat,mereka-mereka yang ada pendaftaran dgn SSM itu tauke-tauke besar?Mereka yang kaya raya?

-Ramai yang daftar dengan SSM itu adalah mereka-mereka buat bisnes secara kecil kecilan..Ada yang jual goreng pisang,jual minuman tepi jalan dan macam-macam lagi..Apa akan jadi jika Permohonan Geran Khas Prihatin(GKP)mereka juga Tak lulus?

Bagaimana mereka nak teruskan kehidupan mereka?Jangan banyak putar belit dalam menghulur bantuan untuk Rakyat..

INI DAKWAAN PET YANG TERBARU : Undi tidak percaya akan membantu Muhyiddin



SEBELUM TONTON VIDEO.KITA CUBA LIHAT ANGKA INI..SO ANGKA INI KEMUNGKINAN BESAR TEPAT.CUMANYA...CUMA , JIKA UNDI RAHSIA YANG DIJANGKA AKAN DIBUAT PADA JULAI, TAK MUNGKIN PADA 18 INI, MAKA...KITA TIDAK PASTI DS ANWAR IBRAHIM AKAN MEMILIKI MAJORITI. ITU JIKA DSAI YANG DINAMAKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI ? ANDA PASTI NAZRI AZIZ? DAN ADA YANG MENCIUM TANGAN ANWAR DULU? SEMUANYA BERKEMUNGKINAN...












Persoalannya sekarang, adakah Speaker Parlimen akan benarkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin dibentang di Parlimen pada 18 Mei ini atau pada sesi dua minggu pada bulan Julai akan datang? Ramai yang berpendapat bahawa usul itu akan gagal oleh kerana Muhyiddin mempunyai majoriti dimana sekurang-kurang 115 ahli parlimen menyokong beliau. Jadi, dengan kegagalan usul itu, Muhyiddin akan kekal sebagai perdana menteri dengan sokongan parlimen dan tidak lagi boleh di-panggil backdoor prime minister.

SIBUK BEREBUT GHANIMAH, KHAZANAH NEGARA DICURI ORANG ASING







Beliau berkata, dalam masa beberapa bulan, lebih 200 vesel asing telah ditahan dan beberapa bot asing juga telah ditenggelamkan untuk dijadikan tukun bagi tujuan pembiakan ikan serta hasil laut. "Ini sekaligus membantu mengawal pencerobohan nelayan asing yang telah mengakibatkan ketirisan hasil laut sebanyak RM6 bilion setahun. Ops Naga juga turut membantu menyelamatkan ekosistem laut daripada terus dirosakkan oleh kegiatan nelayan asing," tegasnya. Apa jadi dengan Ops Naga selepas Kerajaan bertukar? Adakah sudah bertukar menjadi Ops Siput Babi? "Sebelum ini, saya sering memberi jaminan bahawa Ops Naga akan diteruskan untuk memastikan agar nasib nelayan tempatan terus terbela.

SEMANGAT ABANG NI...BETUL JUGA..


ADA BETULNYA APA YANG DIKATAKAN PET INI.CUBA ANDA FIKIRKAN SETELAH MENONTONNYA.TAPI JANGAN PERCAYA 100%


Nak buat sesuatu kena jujur & ikhlas



Rakyat harapkan BPN dari gov lepas "abahkau" jamin xde rakyat yg akan tersisih dari senarai penerima bantuan. Mulut manis mcm gula, ramai la rakyat yg puji melambung. Tiba masanya, janji tinggal janji.

Yg dijanjikan RM 800, yg diterima RM 500

Pemohon masih hidup dikatakan meninggal dunia

Gaji x smpai RM 4k/month & ada bukti EPF, record LHDN kononnya gaji melebihi RM 4k/month

X layak terima bantuan disebabkan ada SSM, sedangkan logiknya penjual di pasar malam yg terjejas akibat Covid-19 tu pun ada SSM, xkan xleh terima bantuan jugak?

Mcm2 lg alasan bila baca luahan rakyat kt page rasmi LHDN

Ni la bahana buat sesuatu ikut suka sendiri, xnak bentang dlm Parlimen. Plg sadis skali, ada pulak rakyat yg sokong tindakan tu atas alasan biarlah pemimpin yang pikir pasal ni, kita sebagai rakyat follow je ape pemimpin buat. Nampak ape hasilnya skang?

Yg kau nampak DSAI ni gila nk jd PM
Time Covid-19 sibuk nk ke Parlimen

Ehhh buta lg ke dia buat semua tu utk sape?

Masih x rasa kena kencing?
Haaa p tadah tangan ke langit bersyukur asalkan bukan DSAI bukan DAP



MESTI SATU SUARA DAN BUKAN BANYAK KEPALA BANYAK SUARA



Salah satu kelebihan BN suatu masa dahulu, mereka berdiri tegak sebagai satu unit. Mereka tidak kelihatan sebagai Umno, MCA, MIC, Gerakan atau lain-lain tetapi mereka kelihatan sebagai BN.

Dan kelebihan mereka itu sedikit demi sedikit hancur dihenyak oleh Pakatan Rakyat ketika itu. Caranya apabila Pas menyerang Umno melalui isu-isu agama yang mana Umno terpaksa muncul sebagai diri sendiri bagi melawan Pas.

Kelebihan itu tak pernah dinikmati oleh Pakatan Harapan mahupun sebelumnya PR. Terutama ketika ini Pas turut bersama mereka, ianya kelihatan seperti Keadilan vs. UMNO, DAP vs. MCA & Amanah vs. Pas. Tidak terlihat PH vs. BN.

BN dan Pas sedar hakikat ini dan sebab itulah mereka menyerang isu berkaitan kaum dan agama. Dan kerana itu amat payah untuk PH meyakinkan rakyat rentas kaum bahawa mereka adalah satu unit.

Cuba lihat di Pulau Pinang, Umno pernah memenangi kerusi majoriti tetapi KM tetap seorang Cina dari Gerakan. Ianya tidak menjadi isu kerana yang rakyat melihat BN yang memerintah. Waima Melayu Pulau Pinang tidak bersuara tentang ini.

Tapi apabila PR berkuasa, walaupun ada orang Pas sebagai exco, negeri itu dianggap dikuasai Cina DAP. Ini adalah sebahagian contoh bagaimana ruginya apabila parti komponen lebih menonjol dari parti gabungan.

Untuk bergerak kehadapan, PH perlu berdiri sebagai satu entiti. Biar PH dilihat sebagai satu parti. Tiada lagi kelibat Keadilan, DAP mahupun Amanah. Yang ada hanya PH. Dengan ini, kad rasis yang cuba dimainkan oleh lawan akan tersia.

Para pemimpin harus mengelak mengeluarkan pendapat secara peribadi mahupun mewakili parti sendiri. Perlu hanya satu kenyataan dan ianya hanya dari Majlis Presiden PH. Yang lain tutup mulut di hadapan media. Nak bercakap hanya dalam mesyuarat.

Dan para penyokong pula mesti berpegang mereka adalah penyokong PH. Bukan lagi penyokong Keadilan, DAP atau Amanah. Mereka berdiri atas satu nama dan nama itu adalah Pakatan Harapan.

Hanya apabila ini dicapai, barulah keyakinan rakyat terhadap PH dapat diperkukuhkan.

Kita boleh buat. Barapa ramai yang dapat mengagak aku dari parti mana? Bukan aku tak bangga dengan parti aku. Tapi aku lebih mahu PH gah di mata rakyat.

- RajaGelap -