Kredit : Zus Din
Selepas selesai perbincangan dengan Larry Kudlow Pengerusi Kaunsel Ekonomi Rumah Putih, diluluskan di peringkat kerajaan Amerika cadangan Pembiayaan untuk “Manufacturing Exodus” yg dinamakan “IMMEDIATE EXPENSING” akan dibentangkan, dibahas dan diluluskan di Kongres Amerika.
Di Amerika, mereka bahas dalam Kongres dulu sebelum guna duit rakyat. Di sebuah Negara UGANDA, balun guna pakai dulu duit Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN ke apa benda ke, nak bentang dalam Dewan Rakyat pun takut-takut. Negara UGANDA tu nak buat sidang Dewan Rakyat sehari jer..punya lawak hanya ditertawakan DUNIA sahaja.
Kesannya sangat besar…#TRUST_DEFICIT masyarakat antarabangsa yang kian melebar. Rule of Law adalah satu lagi yang diperhatikan mereka. Sektor FDI akan “cedera parah” selepas ini. Saya dah berpuluh kali dok sebut pasal kesan dari Trust Deficit mungkin puak-puak KERAjaan negara Uganda TAK paham, tapi tak apa lah sebab tak kena mengena dengan Malaysia pun kan?
Apapun…di Amerika, Wang tariff import China akan digunakan untuk pembiayaan berkenaan. Amerika merupakan negara kedua berbuat demikian selepas Jepun memulakannya dengan pakej “Manufacturing Exodus” USD2.2billion dan 23.5 billion Yen untuk pemindahan kilang-kilang dan syarikat hitech mereka ke NEGARA-NEGARA lain. Vietnam, Kemboja dan Thailand tentu mengalu-alukan pemindahan oleh kilang-kilang dan syarikat hitech Jepun ini ke ASEAN. Negara UGANDA TANPA Diktaktor Tua berusia 94 tahun rasanya tak mampu nak lobi dah…
Diberitakan beberapa negara akan mengikut jejak langkah Jepun dan Amerika. Antara negara yg dikatakan bersetuju menarik keluar pelaburan dan kilang-kilang mereka di China adalah UK, German, France, Australia, New Zealand dan Korea Selatan.
Canada dikatakan masih teragak-agak kerana 2 bekas Diplomatnya dipenjarakan oleh CCP dengan tuduhan palsu manakala 100 orang lagi diberikan amaran akan ditangkap jika Canada melakukan sesuatu yang mengguris hati CCP. Apa nak jadi pada Canada pun tak tahu lah sehingga Canada Broadcasting Corporation pun dilpengaruhi oleh CCP. Justin Trudeau berkata dia sedang menangani isu ini dengan penuh hati-hati.