Bantuan BPN: Ingatkan rakyat puji rupanya ….
Ipohmali
Lepas Iftar tadi. bukan FB, berita pertama yang lalu kat wall aku, dari portal Berita harian, Kenyataan Menteri kayangan yang sejumlah 2.3 juta pemohon BPN diluluskan..Jadi bila melihatkan dibawah berita itu ada 3.5 ribu Komen.. aku jangkakan rakyat tak putus2 ucapkan tahniah dan rasa syukur,
Rupanya penuh dengan maki hamun, rasa tidak puas hati rakyat kerana tertipu dengan slogan PM tebuk atap yang mana tidak ada siapa yang tertinggal dan terpinggir.. tak kira makcik kiah, atau Pakcik salleh..mahupun Pakmat Tempe..
Mana tidaknya, Jika kamu ada rekod berdaftar SSM, sudah pasti kamu tidak akan lulus walaupun kamu hanya berniaga nasi lemak didepan rumah,mahupun berniaga di pasar malam… malah ada dikalangan B40 hanya mendapat RM 800…inilah akibatnya jika sesuatu dasar dibuat tidak menyasarkan kepda kelompok yang tepat..
lagi teruk ramai dari mereka hanya mendapat RM 500.. walaupun kamu punya isi rumah lebih 5 orang, kamu yang hanya terima RM 500 lebih rendah dari kelompok orang bujang dalam senarai BSH.. 2 Bulan mereka hilang pendapatan, Puratanya mereka hanya dapat RM 400 atau RM 250 sebulan sebagai gantian pendapatan.. apakah ini adil ?
Jadi betul tak apa aku tulis sebelum ini..Jika senarai dan data BSH digunakan, Akan ramai rakyat akan terpinggir.. aku jangkakan ada lebih 3 Juta isi rumah bakal terkesan..dan memang benar, jumlah pemohon baru melebihi 3 juta.. dan yang diluluskan cuma 2.3 Juta.. ini bermakna lebih dari 1 juta masih terpinggir..
Dari 2.3 juta yang diluluskan, Kata Menteri Kayangan CIMB, Peruntukan tambahan adalah RM 1.7 Billion.. ini bermakna kalau purata RM 1 ribu satu isi rumah..kita memerlukan pertambahan RM 2.3 Billion.. Itu sebab ramai dari kalangan mereka yang hanya dapat RM 500..dan ada yang dapat RM 800.. dan ramai dari mereka tidak lulus.. untuk congak semua ini kamu tak perlu jadi Accountant bertauliah..
Siapa yang baca tulisan aku, Aku dah sebut jelas sebelum ini.. Jika anggaran dari Pakej rangsangan itu RM 10 Billion..Kerajaan memerlukan sekurang kurangnya RM 3 Billion Peruntukan tambahan..Itu sebab aku kata, Kita perlukan Sidang parlimen.. Sebab angka dan peruntukan itu boleh diperbahaskan.. dan sejumlah peruntukan tambahan boleh diluluskan..
tapi inilah wajah Menteri Kayangan yang selalu yakin dengan berkata Ekonomi kita kukuh biarpun harga minyak Dunia diparas terendah….dan kata PM tebuk atap.. Makcik Kiah, Pakcik salleh hatta Pak Mat tempe yang bawa Grab takkan tertinggal dan terpinggir.. hakikatnya rakyat terbeban..
Itu sebab aku sentuh sebelum ini..Kelompok yang bergaji harian, Penjaja di pasar tani..Penjual goreng Pisang..mereka ini tidak ada rekod cukai LHDN..mereka tidak ada rekod KWSP..tetapi kelompok inilah yang paling terjejas..kelompok yang kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..
yang Untung ada kakitangan Kerajaan, GLC Cikgu..Guru dan Mufti yang mendapat gaji penuh biarpun berehat dirumah.. depa dapat lagi tambahan Bonus..
Sudah sampai 2 Bulan rakyat hilang mata pencarian dan Pedapatan akibat PKP.. Rakyat dilarang berniaga..Dilarang keluar rumah.. dan akhirnya mereka ini terpaksa berbaris panjang dikedai pajak gadai untuk mendapatkan modal tambahan.. tapi kata Menteri Agama yang jahil, ini bukti literasi Kewangan Islam..
Mungkin semasa aku menulis dan luahkan rasa kebimbangan tentang Nasib rakyat bawahan..aku sebutkan akan ada 3 juta isi rumah bakal terpinggir..aku sebutkan RM 3 Billion paling kurang diperlukan peruntukan tambahan..ramai yang tak percaya..dan hari ini..ianya terbukti…
tak perlu ada pengalaman sebagai CEO Bank terkemuka untuk faham semua ini..apalagi tak perlu pandai berlakon baca Doa depan rakyat..ramai yang faham tentang pelbagai teori Ekonomi.. Tetapi jarang pemimpin atau cerdik pandai faham tentang reality Ekonomi..