Kematian kesepuluh Covid-19 di P. Pinang dari kluster tabligh


 
Foto hiasan
PUTRAJAYA – Satu lagi kematian akibat virus Covid-19, kali ini di Hospital Pulau Pinang menjadikan keseluruhan 10 kes kematian setakat pukul 5 petang ini.
Mangsa lelaki warga tempatan berumur 74 tahun dari kluster tabligh.
Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac dan meninggal dunia jam 4.05 petang hari ini, 22 Mac 2020.
Perkembangan terbaharu itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan dalam sidang media harian mengenai Covid-19 di sini.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette


VIDEO JOM BERITA: MCA CABAR MELAYU ISLAM: PAS MEMBISU

Edar segera 10 juta topeng muka secara percuma kepada petugas barisan hadapan

Edar segera 10 juta topeng muka secara percuma kepada petugas barisan hadapan


Kerajaan perlu mengedarkan 10 juta topeng muka yang diberikan oleh kerajaan China secara percuma kepada rakyat Malaysia terutama kepada petugas barisan hadapan yang sedang memerangi wabak Covid-19
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, selepas diedarkan kepada petugas barisan hadapan, baki topeng muka tersebut perlu dibahagikan sama rata kepada semua rakyat Malaysia melalui pejabat ahli parlimen tanpa mengira parti politik.
Kit Siang berkata, ketika ini semua pihak perlu bertindak sebagai satu negara, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun latar belakang politik.
“Dengan pengedaran topeng muka secara percuma kepada rakyat Malaysia, kejadian di mana orang awam diarahkan pulang daripada jabatan kerajaan kerana tidak memakai topeng muka tidak patut lagi berlaku.
“Di peringkat antarabangsa, kita telah melepasi tahap 300,000 kes yang disahkan, yang berkemungkinan hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah sebenar kes.
“Dengan korban nyawa terkini yang telah mencecah paras 13,000 nyawa sehingga Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyatakan bahawa kemelesetan global pada skala yang tidak pernah dilihat sedang menghampiri kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga berkata, selain China, terdapat kekurangan ketara terhadap ‘tindakan polisi yang terancang, tegas, dan berkoordinasi’ daripada negara-negara yang Guterres jangkakan bakal menghadapi kemelesetan tersebut.
Kita Siang turut memetik laporan kematian baharu di Itali yang mencatatkan sebanyak 793 kematian sekaligus meningkatkan jumlah korban kepada 4,825 nyawa ataupun 38.3 peratus jumlah kematian yang direkodkan di seluruh dunia.
Katanya, Negara Mediterranian yang mempunyai penduduk seramai 60 juta itu telah mengatasi kedudukan China sebagai tumpuan global dalam penyebaran Covid-19.
Itali kemudiannya melaporkan 1,420 kematian baharu pada hari Jumaat dan Sabtu lalu yang meningkatkan jumlah kematian keseluruhan di negara tersebut kepada satu paras yang lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan oleh China dan Iran.
“Kadar jangkitan di Itali meningkat daripada 6,557 kes kepada 53,578 kes. Jumlah kematian di daerah Lombardy sekitar Milan adalah 3,095 kematian dengan 25,515 kes positif.
“Angka yang tidak menyenangkan di Itali ini menunjukkan yang wabak ini mampu mengatasi pelbagai langkah pengasingan dan penjarakkan sosial yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Itali.
“Wabak ini kekal tidak dapat dibendung sekaligus membawa kepada kegagalan sistem kesihatan sedia ada, terutamanya di bahagian selatan negara tersebut.
“Adakah Malaysia akan mengikut langkah Itali, ataupun China, yang kini melaporkan tiada sebarang kes jangkitan baharu tempatan untuk tiga hari berturut walaupun negara tersebut masih menghadapi peningkatan ketara kes Covid-19 daripada luar negara?,” soalnya.

Topeng muka: Menteri Pengguna umum naik harga, Menteri Kanan mahu turun pula

Topeng muka: Menteri Pengguna umum naik harga, Menteri Kanan mahu turun pula
Selepas tiga hari, harga siling bagi topeng muka tiga lapis diumum naik kepada RM2, kerajaan mahu menurunkan paras harga barang keperluan dalam berdepan wabak Covid-19 itu pula.
Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mendapati kadar RM2 ketika ini terlalu tinggi.
“Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berbincang pagi esok, supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melihat semula kadar harga berkenaan.
“Kerajaan mahu ia diturunkan lebih banyak lagi, tiada sebab harga dinaikkan kerana kerajaan sudah setuju menghapuskan duti import topeng muka,” tegasnya dalam sidang media selepas mesyuarat MKN, hari ini.
Kerajaan juga, kata Ismail Sabri, akan melihat kedudukan harga dan bekalan produk keperluan pengguna bagi tujuan penjagaan kesihatan seperti cecair pembasmi kuman.
Jelasnya, kerajaan membiayai sepenuhnya tempahan 10 juta topeng muka dari China bagi tujuan kegunaan petugas barisan hadapan selain lebihannya untuk agihan di kawasan berisiko tinggi.
Lima pengeluar
Pada 19 Mac lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, langkah menaikkan harga siling bagi topeng muka kepada RM2 berbanding 80 sen sebelum ini kerana kekurangan bahan memproses serta berlaku kenaikan harga pada bahan asas.
Sehubungan itu, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam reaksinya membantah kenaikan harga siling untuk topeng tersebut.
“Terlalu tinggi pada saat bekalan sukar diperolehi. Ini membebankan rakyat dan rakyat mungkin memilih tidak membeli kerana harga mahal dan keadaan ini menyebakan usaha kerajaan membendung Covid-19 akan menempuh kegagalan,” katanya.
Ketika menerajui KPDNHEP sebelum ini, Saifuddin memberitahu kerajaan telah meminta lima pengeluar topeng muka terbesar tempatan menambah pengeluaran topeng muka tiga lapisan bagi menangani masalah kekurangan bekalan yang berlaku.
Pada 14 Februari itu, beliau berkata, mengikut rundingan yang diadakan, ada pengeluar tempatan berupaya mengeluarkan sehingga 100,000 unit topeng muka jenis itu dalam tempoh seminggu.
Terdapat juga pengeluar tempatan terbabit, tambahnya, yang sudah mempunyai bekalan sedia ada dalam kuantiti sehingga 200,000 unit.

VIDEO JOM VIDEO : ISLAM TIDAK SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG KHIANAT

APABILA TOK PETI PUN MENJADI BAHAN KECAMAN, APA LAGI PARA PENGKHIANAT



Kesihan juga melihat Tok Peti ni kena hentam.  Tapi jika difikirkan, meamng itu selayaknya apabila agamawan cuba bermain politik kepartian dan berbau perkauman pula.

Elok kerajaan PH perintah, tiada sekatan kepada Pembangkang, semua wakil rakyat pembangkang waktu tu dapat peruntukan, sekolah-sekolah pondok dapat peruntukan yang banyak, guru-guru KAFA naik elaun, royalti minyak untuk kelantan dan Terenganu dua negeri Melayu Islam pun dapat.  Dpt "one off " lagi RM 400 juta.  Dapat lagi kemudian RM 1.4 Bilion.  Dan, semuanya berjalan dgn baik, kecuali bunyi-bunyi suara perkauman dan agama dimainkan.  Tok peti ni pun terlibat sama.  Di dalam menghadapi gelombang pertama COVID-19, kerajaan PH berjaya tangani dengan baik sehingga dapat pujian dari WHO.  Mesyuarat MB-MB pun tidak pernah dipinggirkan negeri-negeri yang diperintah oleh Umno dan Pas. 

Buat la baik macam mana pun, selagi ada iblis, dunia tidak akan aman.  Akhirnya, rampas kuasa dgn khianat.  Pak-pak lebai yang telah lama kemaruk kuasa pun campak kitab masuk longkang.  Tak sabar menanti PRU14.  Dapat jadi menteri jaga asap lori pun dah kira hebat.  Tok peti ni diam seribu bahasa, tidak tahu nak jatuhkan hukum apa.  Kalau yg merampas dan khianat itu melayu dan Islam, maka halal? 

Sekarang, Tok peti yang kuat mengampu ini pula minta kita lupakan perbezaan politik bila bencana menimpa.  Siapa berpolitik?  Dalam keadaan bencana ini pun kerajaan pintu belakang yg dihalalkan oleh Tok peti ini bermesyuarat boleh lupakan negeri-negeri yang PH perintah?  Tidak kering dakwat angkat sumpah jadi PM, sudah mula hentikan peruntukan kepada kawasan Pembangkang?  Tok peti tidak mahu tegur ke atau mulut telah di gam?

Lihatlah apa yang menteri-menteri kamu buat sekarang.  Masing-masing hilang arah, cakap pun merapu dan menjadi bahan ketawa.  Hilang maruah, kedaulatan serta keberkatan negara ini kerana tangan-tangan pengkhianat yang disokong oleh ugamawan yang pentingkan dunia. 

Semoga Allah kembalikan negara ini kepada yang berhak. 

WFAUZDIN NS


TAK HABIS HABIS LAGI.....



Ada lagi pemimpin PAS jahil kaitkan Pelancong China dengan kes hari..Ni sekali lagi nak Ulang kepada Mamak PAS Nurul Isam...Toksah buat fitnah.. Pelancong China takda kaitan dengan kes dan gelombang hari ini..15 Pesakit China COVID-19 yang ditahan..semuanya Pulih, termasuk semua 22 Pesakit COVID-19 dikalangan kotak rapat zaman Dr Dzul..

Selepas itu 11 hari tanpa Kes Baru.. mana Pergi Pelancong China ? Untuk pengetahuan sejak 23 januari..Nasib rakyat China masa macam nasib kita hari ini..Depa pun kena  Lockdown sejak 23 January.. Depa nak melancong kemana..Keluar dari rumah pun dah tak boleh...

Tu sebab Bila Muhyidin angkat sumpah, dia pun tak sekat Pelancong China..Sebab China sendiri dah Lock down Negara dia..Tu sebab zaman PH , Kerajaan Malaysia terpaksa buat misi bawa balik Pelajar dan Rakyat kita disana..Sebab depa dan Tutup pintu keluar...  Tang Mana China nak melancongnya..rakyat kita sendiri terperangkap  tak boleh keluar..

Jadi kut mana Yang Pelancong China tu nak keluar..Tambah-tambah dikawasan Hubei dan Wuhan.. Masa tu Dr Wan Azizah berhubung dengan semua Negara menjaga pintu masuk..begitu berhubung dengan WHO..Jadi jarak 23 Januari dan 24 febuari kerajaan PH..lebih dari sebulan.. Dan bersambung 11 hari tanpa kes.. nak salah PH apa lagi..

Ni nak habaq.. Malaysia di era PH dipuji WHO tangani COVID-19.. Depa sebut sangat sangat Baik ! Masa tu Singapura puji Malaysia,, Netizen jepun pun puji Malaysia tangani wabak..Bukan Pujian tu datang dari kalangan lebai..dari 22 Pesakit, 20 darinya zaman Dr Dzul Pulih..

Yang ada hari ini semua pembawa dari Zaman PN, Satu kes Kluster   Tabligh di Sri Petaling yang Balik dari Korea..satu Rakyat Malaysia sendiri iaiu pengerusi UDA yang pulang dari Shanghai.. Takda kaitan dengan Pelancong China..

Lain kali..kalau dah malu tak mampu dan dapat uruskan bencana.. Jangan salahkan orang... Sedar diri sikit.. Ini petunjuk Allah untuk kelompok ruwaibidhah macam korang..satu satu Allah perlihatkan apa yang korang tuduh..akhir kembali kepada korang...

Sebenarnya besar Hikmah langkah Sheraton tu..Allah perlihatkan wajah wajah jahat bukan dari kalangan Ulama jahat..tapi kelompok yang gila kuasa.. takkan nak kami kata Bala sebab PN perintah mcm Ulama PAS selalu sebut kat orang..

Bab mengata menuduh orang sedap lah.. kena tibai sikit melompat..bak pepatah Arab sebut...

ضربني وبكى، شتمني واشتكى...

dia yang pukul aku..., dia pula yang menangis. Dia yang maki aku, dia pula yang mengadu...

:)

*Ipohmali*

VIDEO : JOM BERITA RENTASAN BERITA 654 | PANAS!!! INI PUNCA PIMPINAN PAS DIKECAM AMANAH?



NASIB SEORANG PENGKHIANAT




LIHATLAH SEKELILING KITA


Masturah Yusoff


Ada peniaga kecil nasi lemak di tepi jalan termenung, Jualan sudah tiada 3 hari, Pampers dan susu anak, Apetah lagi stok makanan, Sudah makin susut sekali.

Suami cuba berfikir,
Bagaimana nak cari belanja rumah,
Di saat kawalan pergerakan ini,
Beliau mencuba menjadi runner pula,Mana tahu boleh dapat sedikit upah membeli barang keperluan.

Suami dengan semangat luar biasa,
Teruja,Menaip di grup FB perumahan,Dengan status,
" siapa memerlukan runner, boleh hubungi saya. Upah seikhlas hati "

Berdebar,
Namun semangatnya berkobar.

Tak lama kemudian,
Komen pun masuk,
" Tak payahlah bang buat masa sekarang ni keluar.Kami pun duduk rumah je. "

Kemudian,
Ada lagi berbunyi,
" PM dah suruh duduk diam je.
Bukannya lama, 14 hari je. "

Ada lagi menambah,
" Usah memperjudikan nasib bang. Yang kerja office pun sekarang duduk di rumah. "

Lebih pedih,
" orang kita ni degil. Suruh duduk dalam rumah, dia nak keluar rumah "

Ketat rasa dadanya,
Dengan takungan airmata,
Dilihat anak kecil terbaring di atas tilam nipis,Sang isteri sambil menepuk-nepuk anak yang berusia 3 tahun untuk tidur bertanya, Ada ke orang nak guna runner, bang ?

Dikalihkan wajahnya ke jendela,
Kosong pandangannya.

Dilihat kembali status di grup tadi,
Di klik butang 'DELETE',
Dan, Hilanglah status itu dari ruang grup perumahan.

Tolehlah kiri dan kanan rumah kita,
Mungkin mereka seperti di atas ada berdekatan dengan kita, Hulurkan bantuan.

Kasut kita semua tidak sama.

Sebarkan kasih sayang.

MY DECISION


Ibrahim Mat Isa


This is my decision. Maybe yours might contra to mine.

I just wanna say that, if this kudeta government seeks advice, or just need a professional services from our ex health minister Dr Dzul, just forget it.

To help them is pointless. Day by day their supporters in social media condemn PH without looking at the realtime specific data about Covid19 situation in Malaysia.

They had toppled us, let them handle this burden and we just see what they can do. If many people die, let them die because of the moronic Malaysian politicians stupidity.

This morning, my friend told me, please slow down in your writing due to some action might be taken under skmm. Meaning what?

So, let's #KITAjagaKITA. Fill up our own fuel tank for tomorrow's journey. Defeat them in the next election!

ASKAR ISRAEL TERUK TERJEJAS COVIC 19

‪Malek Hussein

Maariv, akhbar Israel, pada 19 Mac 2020 melaporkan 5,639 askar Israel kini dikuarantin kerana dibimbangi telah dijangkiti COVID-19.‬

‪Setakat ini daripada 529 kes COVID-19 yang disahkan di Israel, 433 kes atau 81.9% adalah dari kalangan askar Israel.‬

‪Berikutan wabak COVID-19, Angkatan Tentera Israel (IDF) mengenakan perintah berkurung ke atas semua kem tentera selama 30 hari untuk mengekang COVID-19 merebak.‬

‪Israel juga kini mengerahkan MOSSAD, agensi perisikannya, dan Unit 81, unit intelligen tentera paling rahsia dalam IDF, untuk ditugaskan dalam operasi mencipta teknologi baru bagi memerangi COVID-19.‬

BEZA ANTARA MENTERI KESIHATAN PH DAN ON

https://www.facebook.com/100000353970691/posts/3014196135268823/

Hari ini Dr Lee Boo Chye menegur dan membetulkan fakta Menteri Kesihatan berkenaan kaitan air suam dan COVID-19..
Untuk Pengetahuan..Ini Dr Lee Boon Chye.. Ahli Parlimen Gopeng kawasan aku... Dia ni Timbalan Menteri Kesihatan kerajaan yang sah sebelum ini dari mandat rakyat...

sebelum ini kita bukan hanya ada pakar Ph.D dalam bidang Toksikologi dari Imperial College seperti Dr Dzulkifly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan.. Tetapi kita ada Dr Lee Boon Chye, Pakar Bedah Jantung Ipoh Specialist Hospital sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.. tu belum Dr Wan Azizah lagi..

Nampak tak ? Inilah Pemimpin Menteri PH dulu..Ini lah Teknorat.. Inilah kelompok Al-Qawi Al Amin.. Yang Haprak dulu..semua dah duduk dalam PN..Lepas tu masa umum Kabinet ,tanpa rasa malu, Muhyidin baca ayat Quran ayat 26 surah Al Qasas pasal Al Qawi Al Amin..

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

 kerana  sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya(amanah)".

 Patutnya masa nak umum kabinet tu.. baca ayat pasal (al-kha'inin) Pengkhianat dalam surah Al Nisa' ayat 107.... 

وَلَا تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنْفُسَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا

Dan janganlah kamu membela orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumbang dosa...

Bab Dosa ni mesti Mufti Utara lebih Faham...sebab kebelakangan ni selalu cerita bab Dosa..malah mungkin dia pun dah rasa dah hari ini hasil Dosa dosa fitnah yang dia buat.. :)

Ipohmali

Umno akan ceraikan Muhyiddin sekiranya Mahathir kembali memimpin Pribumi







Umno telah secara rasmi memberitahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang parti itu akan meninggalkan Perikatan Nasional sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad kembali memimpin Parti Pribumi Bersatu.

PAS tidak bagitahu pendirian mereka tentang Mahathir tetapi akan juga meninggalkan Perikatan Nasional juga sekiranya Mahathir bawa DAP balik masuk ke dalam kerajaan.


FROM DR ZULKIFLY TWITTER


From Dr Dzulkefly's twitter, he outlined some of the best methods to reduce the impact of the virus spreading so quickly and prevent it from new infections;

He wrote:

Admittedly, 1st Wave (Containtment), WE knew we cant 'isolate' our rakyat frm the novel Coronavirus.

Cant ban travellers. But Wuhan itself was lockdown 23 Jan, then Wenzhou & Zhejiang by 3rd Feb.

"Aggressive Contct Tracing, isolated-treated: 22 +ve, 20 dischrged wt 2 in d ward.

STFC 2.0*

Strategic Objectives:

* Reduce Burden of COVID-19
* Minimise Morbidity & Mortality
* Drive Ro (Reproduction Naught) to < by Flattening Epidemic Curve
* Buy time for health services to COPE esp ICUs - ventilators etc, 'Repurposing anti-virals & intensifying research.

STFC 3.0*

End-Game (Ro<1 p="">
* Effective Containment thru
*Testing, Tracking, Isolating  & Treating (TTTl)
* Doing well until major cluster @Ijtima’
Kick-start Mitigation Strategies

* Enhance TTTI
- Drive Movt Control Order aka 'Intense Social Distancing' + All Hygiene Measures.

***   ***   ***

This is what he was trying to convey some ideas to the "warm water" minister as if the authority could have enough facilities to execute that way!

Whatever there are, Dr Dzul still have a tonnes of ways on how to combat this decease. Hoping this backdoor govt will look onto the positive way!

Good nite everyone. Pray for Malaysian.

Abg Aim 😎



Kerajaan disaran wujudkan SOP cegah Covid-19 di stesen minyak

Kerajaan disaran wujudkan SOP cegah Covid-19 di stesen minyak

Profesor perubatan menyarankan kerajaan agar mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) di stesen minyak supaya pencegahan Covid-19 dapat dijalankan.
Pakar Perunding Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Datuk Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor berkata, virus Covid-19 mampu melekat pada sebarang permukaan dalam tempoh agak lama.
“Disebabkan stesen minyak menjadi tumpuan ramai, jadi kita tidak tahu sama ada individu yang mengunakannya adalah positif Covid-19 atau kontak rapat kerana ia sangat cepat merebak,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat tidak boleh menuduh pam minyak sebagai ejen penyebaran virus yang berbahaya itu tanpa bukti dan data yang sahih.
“Banyak lagi tempat lain yang boleh bertindak sebagai ejen sebaran,” dipetik Sinar Harian.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan langkah pencegahan amat penting sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.
Dr Muhammad Tauffik mencadangkan pengendali stesen minyak menyediakan sarung tangan di kaunter pam minyak dan pengguna perlu memakainya sebelum mengisi minyak.
“Cecair pembasmi kuman juga perlu disediakan. Pastikan pengguna menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas menggunakan pam minyak.
“Ini adalah langkah pencegahan yang betul,” katanya lagi.
Kelmarin, seorang doktor perubatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengatakan virus Covid-19 mudah merebak di stesen minyak.
Beliau yang tular di media sosial itu menyarankan pengguna mengamalkan langkah pencegahan.

Pertubuhan teksi rayu kerajaan, syarikat beri pelepasan khas


 

Kamarudin Mohd Hussain.
Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd Hussain bercakap kepada media berhubung tindakan Anthony Loke buat pusingan U terhadap peraturan e-hailing dan penggunaan cermin gelap di Restoran NZ, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 MEI 2019
KUALA LUMPUR – Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) merayu kepada kerajaan dan syarikat teksi agar memberi perlepasan khas kepada ahli pertubuhan itu.
Yang Di-Pertuanya, Kamarudin Mohd Hussain berkata, pendapatan ahli GTSM terjejas teruk akibat penularan Covid- 19 di dalam negara.
“Pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac yang lalu bukan sahaja merencatkan ekonomi negara, malah turut memberi kesan yang sangat buruk kepada pendapatan kami.
“Kami bukan sahaja kehilangan pendapatan 100 peratus, malah di dalam ketiadaan penumpang kami masih diwajibkan menjelaskan sewaan harian sekurang-kurangnya RM50 kepada syarikat teksi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, GTSM turut menzahirkan rasa kesal terhadap Pertubuhan Keselamatan Sosial terhadap (Perkeso) yang mewajibkan ahlinya mencarum yang kononnya demi memberi perlindungan keselamatan sosial sedangkan mereka sering menghadapi kesukaran dalam membuat sesuatu tuntutan.
“Malah jawapan Perkeso berhubung isu Covid-19 kepada kami
benar-benar mengecewakan kami, kami dimaklumkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang diperkenalkan kepada kami bukan sahaja tidak mempunyai Skim Keilatan, malah turut tidak mempunyai Progra Pengekalan Pekerjaan (ERP), dan sekaligus tidak melayakkan kami yang mencarum di Perkeso mendapatkan bantuan RM600 yang diumumkan oleh Perkeso baru-baru ini,” ujarnya.
Menurut Kamarudin, persoalannya yang timbil mengapa selama ini ahli GTSM diarahkan dan diwajidkan mencarum di Perkeso sedangkan mereka tidak boleh membuat tuntutan mahupun menerima bantuan?
Tambah beliau, jika ahlinya gagal melakukan caruman mereka boleh dipenjara selama dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

BILA MENTERI ALAM SEKITAR CAKAP DAN KEMUDIAN VIDEO DAH DIPADAM



Tuan Ibrahim kata.. "Hikmah dari Covid-19 adalah kenderaan banyak berhenti dan boleh mengurangkan asap.. Ianya dapat menjaga pencemaran alam.."

Tuan Ibrahim sedar ke tidak.. Bukan sahaja kenderaan yang boleh mengeluarkan asap.. Bahkan kilang² besar juga mengeluarkan asap yang lebih bahaya pencemarannya dari asap kenderaan..???

Kalau ana kata Tuan Ibrahim bebal.. Malas buat kajian.. Ramai yang marah.. Ramai juga yang akan maki hamun..

Hakikatnya itulah level walaun's yang menjadi butir tahi Tuan Ibrahim..

😊😊

DAH JADI KERAJAAN KAN?



Semasa PH menjadi kerajaan, apa saja perkara atau peristiwa yang berlaku, orang Pas akan salahkan kerajaan.

Pemandu mabuk, salah kerajaan. Pramugari tak pakai tudung, salah kerajaan. Surau tak dengar azan, salah kerajaan. Pintu pagar masjid berkunci, salah kerajaan.

Sebutlah apa saja perkara tak baik, walaupun perkara itu bukan di bawah tanggungjawab kerajaan sepenuhnya, kerajaan tetap disalahkan. Setiap hari, hal itulah yang didepani oleh kerajaan PH dulu.

Misalnya, pramugari tak pakai tudung, hakikatnya bukanlah salah kerajaan sepenuhnya. Banyak pihak yang terlibat termasuk pihak swasta jika kewajipan bertudung mahu diwajibkan kepada pramugari. Banyak peraturan dan prosedur yang perlu diteliti dengan mendalam.

Pramugari berbeza dengan polis dan tentera wanita kerana polis dan tentera di bawah kerajaan sepenuhnya. Justeru penguatkuasaannya lebih mudah. Namun tak boleh dinafi, walaupun begitu, masih ada kakitangan kerajaan wanita yang belum memakai tudung.

Lebih lucu ialah, surau tak dengar azan pun salah kerajaan juga. Boleh jadi, sistem pembesar suara surau berkenaan pada pagi itu rosak, atau juru azan terlewat bangun tak diambil kira. Salahkan kerajaan lebih senang.

Itu belum lagi isu-isu besar negara seperti RUU 355, isu sijil UEC, sekolah vernakular, kes kematian Adib (semoga Allah ampuninya), kilang dan premis arak, LGBT, hina Nabi dan Islam dan banyak lagi.

Semua isu itu bukan mudah untuk diambil tindakan apatah lagi menjatuhkan hukuman kerana banyak pemegang taruh yang terlibat. 

Apatah lagi semua pemegang taruh itu pula bukanlah sekadar seorang individu tetapi kadang-kadang melibatkan kaum dan penganut agama tertentu yang tentunya rundingan mengenainya bukanlah semudah berunding menetapkan tarikh perkahwinan pasangan yang mahu kahwin segera.

Walaupun pelbagai penjelasan diberi, orang Pas tetapkan salahkan kerajaan ketika itu. Bukan setakat salahkan, bahkan pelbagai fitnah dan tuduhan dilempar sehingga ramai pemimpin dan pengikut Pas yang disaman kerana memfitnah dan menyebar berita palsu.

Hari ini Pas dah jadi sebahagian daripada kerajaan. Kritikan awalnya ialah, kerajaan yang Pas terlibat adalah kerajaan pintu belakang, tapi lebih terkenal dengan kerajaan tebuk atap.

Orang Pas tak boleh marah jika orang ramai salahkan Pas dan kerajaan kerana tubuhkan kerajaan tebuk atap. Ya, sama seperti orang Pas salahkan kerajaan dulu dalam pelbagai hal.

Hari ini orang Pas tak boleh marah apabila orang ramai sebut masjid tutup tak boleh sembahyang Jumaat kerana kerajaan. Tak dengar azan di surau kerana kerajaan. Tak boleh sembahyang berjamaah kerana kerajaan. 

Tak boleh keluar rumah kerana kerajaan. Tak boleh ziarah orang tua kerana kerajaan. Pelajar SPM tak boleh masuk kelas kerana kerajaan. Puluhan ribu pekerja tak dapat gaji kerana kerajaan.

Penerbangan tangguh kerana kerajaan. Kedai tutup kerana kerajaan. Projek tak jalan kerana kerajaan. Semuanya kerana kerajaan dan pemimpin kerajaan.

Ya, orang ramai tahu masalah Covid-19, tapi orang ramai nak kata, masalah ini juga kerana kerajaan. Dan jangan lupa, Pas yang dulunya ghairah menyalahkan kerajaan PH, pada hari mereka berada dalam kerajaan.

Maka hari ini, kami nak kata kepada Pas sama seperti Pas kata kepada kami dulu. Semua perkara yang berlaku ini, tak boleh azan, tak boleh solat Jumaat, tak boleh solat berjamaah, masjid tutup, surau tutup, pergi solat kena tangkap, semuanya salah kerajaan.

Dan, Pas dapat saham juga kerana Pas sebahagian daripada kerajaan. Apa macam? Mana Pas mau lari? Apa alasan Pas nak bagi? Tak mengaku salah?

Kamu kerajaan, kamulah yang salah, macam kamu kata kepada kami dulu.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA



Alhamdulillah saya serta rakan-rakan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini telah menyerahkan satu memorandum khas kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) berkaitan kempen Mahasiswa Bantah UEC.

Kami memilih Ahli Parlimen Kubang Kerian kerana parti beliau (PAS) konsisten sejak sebelum, semasa dan selepas PRU14 menolak UEC yang menjadi punca kepada krisis polarisasi kaum dalam negara kita.

Berikut merupakan tuntutan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) kepada seluruh ahli Parlimen Malaysia :

1. Ahli Parlimen Malaysia mestilah sebulat suara menolak pengiktirafan UEC ini secara rasmi sama ada di dalam perbahasan sidang Parlimen atau di media sosial kerana ianya jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan Negara 1996.

2. Ahli Parlimen Malaysia mestilah memboikot mana-mana pihak atau NGO yang memberikan tekanan atau paksaan kepada kerajaan untuk mengiktiraf dan melaksanakan sistem pendidikan UEC dalam negara kerana UEC jelas bersifat memelihara kepentingan pihak tertentu sahaja dan mengundang kepada krisis polarisasi kaum. 

3. Ahli Parlimen Malaysia mestilah memastikan sistem pendidikan Negara diperkasa dan mampu menjadi platform untuk menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti yang direkodkan di dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.

4. Ahli Parlimen Malaysia mestilah menggubal satu undang – undang khas atau meminda undang-undang yang berkaitan agar setiap sekolah di Malaysia sama ada di bawah kerajaan atau persendirian wajib menyediakan kelas pengajian subjek Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia yang setara dengan sukatan pelajaran kurikulum kebangsaan kepada pelajar-pelajar mereka.

5. Ahli Parlimen Malaysia mestilah memastikan sistem UEC dirombak serta dikemaskini supaya selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan agar perpaduan Nasional antara kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat diperkasa dari semasa ke semasa khususnya antara kaum Melayu dan Cina.

Sekian, Terima Kasih.

‘’ Istiqamah Bersama Islam”

Yang benar,

Muhammad Faizzuddin bin Mohd Zai
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia - GAMIS
🔜🔜🔜🔜🔜🔜🔜
KPM sudah iktiraf UEC dalam program guru?
 https://www.ismaweb.net/2020/03/18/11kpm-sudah-iktiraf-uec-dalam-program-guru/

Masihkah kau ingat?
Sidang media KP Umno (2018)
🔜🔜🔜🔜🔜
Tak nak halau MCA keluar dari kerajaan ke Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan , sekarang sudah bacul laaaa kau org , ni bukan peringkat cadangan dah bab UEC , ke masih berbulan madu lagi
🔜🔜🔜🔜🔜🔜🔜🔜
DI MANA MEREKA APABILA KERAJAAN PN SUDAH MENIKTIRAF UEC KENAPA JADI BISU

Ketika negara dalam krisis, mari kita timbang kembali Kerajaan Perpaduan

Ketika negara dalam krisis, mari kita timbang kembali Kerajaan Perpaduan


Kenyataan Lim Kit Siang bahawa Pakatan Harapan (PH) sedia mempertimbangkan untuk membolehkan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjadi Menteri Kesihatan semula perlu diberi perhatian serius.
Ini kerana, negara sangat memerlukan tokoh-tokoh utama untuk memimpin ketika negara dan dunia sedang menghadapi ancaman wabak Covid-19.
Negara bukan sahaja memerlukan Menteri Kesihatan yang terbaik tetapi juga memerlukan Menteri Belia dan Sukan yang terbaik. PH boleh menawarkan kembali Syed Saddiq Abdul Rahman dari Bersatu untuk kembali bagi menggantikan Menteri Perikatan Nasional (PN) yang ada.
Berbanding dengan menteri yang ada, Syed Saddiq telah berjaya menggerakkan anak muda untuk bersukan melalui Hari Sukan dan sebagainya. Beliau menjadi ikon aktivisme anak muda.
Negara juga memerlukan Menteri Pengangkutan yang terbaik. PH boleh menawar Anthony Loke dari DAP bagi menggantikan Menteri PN dari MCA yang hanya memikirkan soal kaumnya sahaja.
Terbukti Anthony mendapat sokongan dan kesukaan ramai. Bukan sahaja kepada kementerian beliau tetapi juga imej DAP. Beliau berjaya memberikan imej sederhana DAP yang selama ini diberikan pelbagai lebel buruk.
Begitu juga negara memerlukan Menteri Hal Ehwal Pengguna yang terbaik. PH boleh menawarkan Datuk Saifudin Nasution Ismail dari PKR. Ketika beliau mengemudi kementerian itu, tidak ada isu berbangkit tentang kawalan harga makanan sebagaimana kerajaan PN sekarang.
Kalau sebelum itu, setiap kali raya krisis kenaikan harga barangan berlaku, namun di bawah Saifudin ia berjaya ditangani dengan baik.
Negara juga memerlukan jurucakap kerajaan yang baik. Kita perlukan seorang pemimpin yang dapat menerangkan sesuatu isu dengan baik tanpa takut kepada kecaman. Take the bull by the horns kata orang puteh.
Nampaknya Menteri Kemunikasi yang kita ada perlukan pengganti. Kalau dahulu ramai yang kata Menteri Komunikasi PH tidak berfungsi dengan baik, apa kurangnya menteri yang ada sekarang.
Kalau begitulah keadaannya dan semua orang bersetuju dengan perkara ini, maka apakah bentuk kerajaan ini nanti?
Bagi saya, jadilah ia Kerajaan Perpaduan. Ia pernah dicadangkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika Pas letih berhadapan dengan pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil dahulu.
Ia juga pernah dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini ketika negara tidak mempunyai kerajaan.
Namun kedua-dua cadangan itu ditolak. Bukan kerana cadangan itu tidak baik tetapi faktor pendorong kepada cadangan itu tidak ada.
Kini negara dan dunia berhadapan dengan krisis besar. Kita perlu tampil ke depan bagi menghadapi krisis ini dengan kepimpinan terbaik.
Kita perlukan Perdana Menteri terbaik, kita perlukan Menteri Kesihatan terbaik dan juga memerlukan Menteri Komunikasi yang terbaik.
Hanya dengan pemimpin terbaik negara boleh menghadapi krisis ini dengan jaya. Jika tidak anak cucu kita di kemudian hari akan kencing di atas kubur kita kerana kegagalan dan kesombongan kita.
Saya mohon mencadangkan Kerajaan Perpaduan. Kalau ditolak, saya tidak rugi apa-apa.

DR. ADHAM, PELAWAK YANG TIDAK DIPERLUKAN DALAM KERAJAAN PN


Tidak sampai sebulan kerajaan Perikatan Nasional atau PN ini wujud melalui pintu belakang, sudah muncul seorang menterinya yang layak digelar pelawak.

Beliau tidak lain ialah Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan yang baru dilantik yang berasal dari Johor.

Sejak semalam, kenyataan penuh yakinnya ketika muncul secara langsung di kaca tv bahawa air suam mampu membunuh virus Covid-19 telah menjadi lawak jenaka yang berjaya membuatkan seluruh negara ketawa dibuatnya.

Menurut beliau, dengan meminum air suam, jangkitan virus Covid-19 dalam badan akan dapat dihalang.

“Virus ini tak suka panas…Virus ini akan dinyahkan, disingkir di perut.

“Kalau masuk perut ada asid, dia kalah.

“Yang penting kita mesti singkirkan virus ini dari kerongkong sebelum dia boleh masuk ke paru-paru. Virus ini dia suka paru-paru bawah,” kata Dr. Adham dalam siaran tv itu.

Entah di mana beliau memperolehi petua tersebut tidaklah diketahui, tetapi semua pakar-pakar perubatan, doktor dan malah Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sendiri kemudiannya menolak kebenaran apa yang disebutnya itu.

Semuanya mengatakan tiada bukti bahawa meminum air suam boleh membunuh virus dalam badan.

Dakwaan Dr. Adham itu juga turut disangkal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO.

Di media sosial pula, Dr, Adham sarat ditimpa kecaman dengan pelbagai sindiran sama ada dalam bentuk kata-kata atau video.

Ramai yang berkata, kalau minum air suam saja boleh membunuh virus Covid-19 yang telah membunuh 8 mangsa setakat ini, tidak perlulah dunia menunggu vaksinnya yang masih lagi dalam kajian ketika ini.

Minum sajalah air suam banyak-banyak, malah mungkin lebih cepat membunuh virus itu jika air yang diminum itu sedang panas menggelegak.

Yang nyata, petua beliau itu dilihat lawak jenaka baru dalam kerajaan PN sehingga berikutan itu, sepanjang hari ini tidak ternampak langsung kelibatnya muncul memberi sebarang kenyataan berkataan Covid-19.

Ramai juga berkata, dengan munculnya pelawak bernama Dr. Adham ini, bellau telah berjaya mengambil alih tempat Ahmad Maslan yang sebelum ini dikenali dengan lawak jenaka berkaitan GST.

Apa pun, dengan dakwaan Dr. Adham berkaitan air suam itu yang disanggah oleh Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan sendiri, nampak sangat beliau tidak layak duduk sebagai Menteri Kesihatan.

Bukan saja kata-kata, malah gaya dan penampilannya juga langsung tidak meyakinkan orangramai.

Dengan itu, sebelum lebih banyak kata-kata atau petuanya yang lain menjadi bahan ketawa, adalah lebih baik Dr. Adham segera meletakkan jawatan dan berhenti sebagai Menteri Kesihatan, walaupun beliau mungkin sayang untuk berbuat demikian.

Sekali beliau dilabel pelawak, akan selamanya gelaran itu melekat pada dirinya.
Sebelum lebih banyak lagi lawak jenaka tidak kelakar ditampilkannya atas jawatan kabinet itu dan akhirnya PN serta Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri turut terpalit sama diketawakan rakyat jelata, berundur adalah pilihan terbaik bagi Dr. Adham.

Apa guna jadi menteri kalau hari-hari dijadikan bahan ketawa ramai kerana jawatan menteri bukan untuk membuat lawak jenaka.

Lainlah kalau jadi pelawak jenaka sebenar yang memang kerjanya membuat orang ketawa. 

(ShahbudinHusin 21/03/2020)

[🔥SIRI 2🔥] "PENGURUSAN WABAK TERKINI DI MALAYSIA : KERAJAAN DAN RAKYAT"

TERKINI : Guna Alasan Nak Pergi Bagi Makan Ikan - OPS COVID19

TERIMA KASIH WIRA DAN WIRAWATI KU




Kamu semua bukan orang politik.  Kamu bekerja kerana Tuhan, rakyat dan negara tercinta ini.

Kami faham situasi yang kamu alami sekarang.  Kami sedar bagaimana perasaan kamu dan keluarga kamu ketika ini.  Di antara kepentingan diri, anak isteri dan keluarga, kamu memilih untuk bersama rakyat jelata.  Ada di antara kamu terdedah kepada bahaya kerana mahu menyelamatkan nyawa orang lain. 

Kamu bukan orang politik yang selalu menyusahkan.  Kerjaya kamu mulia di sisi masyarakat dan di sisi Tuhan.  Tiada siapa lihat dan dengar tangisan kamu, tetapi kamu lebih pantas mendengar rintihan dan tangisan rakyat, lantas kamu datang menghampiri tanpa mengira waktu. 

Kamu bukan orang politik yang suka khianat.  Kamu tidak pernah mempamirkan kesusahan dan kepenatan di hadapan pesakitmu.  Kamu tersenyum dan sentiasa memberikan pengharapan kepada mereka yang begitu mendambakan bantuan kamu.  Kamu orang yang paling gembira apabila pesakitmu sembuh dan pulang ke rumah.  Kamu yang pertama menangis apabila pesakitmu tidak lagi bernafas. 

Wahai wira dan wirawatiku,

Kamu bukan orang politik yang selalu tidak setia.  Hari ini adalah ujian terbesar buatmu.  Kamu tinggalkan keluarga tercinta demi untuk negara tercinta.  Sebaik sahaja kaki mu melangkah keluar dari rumah meninggalkan keluarga tersayang, perkara pertama yang ada di fikiranmu adalah pengharapan agar hari ini tiada berita tentang kematian akibat COVID-19. 

Terlalu besar jasamu.  Kami mendoakan agar kelian semua dan keluarga dilindungi Allah Subhanahu Wataala, diberi kekuatan dan semangat agar tidak berputus asa.  Seandainya kamu dipilih Allah untuk kembali kepadaNya di dalam menjalankan tugas mulua ini, kami memohon kepada Allah agar memberi pengampunan kepada kelian dan menempatkan roh2 kelian bersama golongan Syuhadak. 

"YA ALLAH, SEMPENA MALAM ISRA' WAL MIKRAJ INI, PERISTIWA KEKASIHMU NABI MUHAMMAD SAW DI ANGKAT KE LANGIT, KAMI MEMOHON AGAR BAWALAH WABAK COVID-19 INI JAUH KE LANGIT DAN TIDAK BERADA DI BUMI TEMPAT HAMBA MU INI.  SELAMATKAN PARA PETUGAS DAN SUKARELAWAN YANG BERTUNGKUS LUMUS WAKTU INI BAGI MEMBENTERAS WABAK YANG SEMAKIN GANAS MELANDA NEGARA KAMI, SELAMATKAN KAMI DAN KELUARGA KAMI SEMUA DARI BENCANA INI DAN AMPUNILAH KAMI.  SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BERKUASA DAN PENYEMBUH SEGALA PENYAKIT."  AMEEN, YA ROBBUL ALAMIN.

WFAUZDIN NS