ADA BENARNYA KATA KATA KJ INI



Anwar Ibrahim pada minggu lalu meminta orangramai berhenti daripada bertanyakan kepada Tun Mahathir Mohamad tentang tarikh peralihan kuasa, apa yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin ini tidak boleh pula dinafikan kebenarannya.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, peralihan kuasa bukan merupakan isu politik semata-mata, sebaliknya turut berkaitan ekonomi, perniagaan dan pelaburan untuk negara.
Katanya, kekaburan tentang peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim boleh menjejaskan keyakinan pelabur ke negara ini.
“Keputusan pelaburan di Malaysia sangat dipengaruhi oleh kepastian politik.
“Oleh sebab kini wujudnya ketidaktentuan politik berikutan kekaburan berhubung peralihan kuasa, sektor swasta merosot kerana sektor perniagaan tidak sedia membuat pelaburan berikutan hala tuju ekonomi yang tidak jelas,”kata beliau lagi.
Rasanya tiada masalah untuk kebayakan daripada kita bersetuju dengan apa yang diluahkan KJ kali ini.
Apa yang beliau suarakan ada kebenarannya.
Tambahan lagi, setelah 16 bulan PH memerintah negara ini, ekonomi masih lembab, dunia perniagaan merosot dan ramai ahli-ahli perniagaan yang bersungut.
Apakah kita mahu negara terus terjerumus dalam ketidaktentuan ekonomi yang lebih panjang?
Sudah tentu, salah satu sebabnya ialah kerana peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar masih lagi kabur dan tiada kepastian.
Lebih-lebih lagi, kadangkala seperti tidak pasti sama ada Tun Mahathir mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar atau tidak.
Maka, untuk kebaikan negara, pertumbuhan ekonomi dan dunia perniagaan berkembang, mahu tidak mahu, kepastian berkenaan penyerahan jawatan itu harus segera dimuktamadkan.
Bilakah agaknya penentuan tentang penyerahan jawatan itu sebaik-baiknya mesti diputuskan? (ShahbudinHusin 14/10/2019)

DATA TERPERINCI SUBSIDI PETROL M40 SEDANG DIKUMPUL

BELANJAWAN TANGANI ISU MENDESAK – KRI

KEMENTERIAN PERTANIAN PUAS HATI PERUNTUKAN TINGGI

SEBAIMANA TEGASNYA PDRM TERHADAP AKTIVITI PENGGANAS, MAKA KES AZMIN JUGA JANGAN DISENYAPKAN.



1. Kita alu2kan tindakan pantas PDRM didalam isu yang membabitkan LTTE.
2. Kita bersetuju bahawa tiada kompromi didalam isu keselamatan negara tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik.
3. Kita menggesa PDRM mengambil sikap dan tindakan serupa terhadap mana2 individu yang boleh menggugatkan keselamtan negara.
4. Ini termasuk dalam kes yang membabitkan Menteri Ekonomi yang dituduh secara terbuka oleh seorang individu dengan bukti video yang jelas., didalam kamar dan CCTV di luar kamar dan koridor hotel berkaitan.
5. Menteri yang terbabit kes berat seperti itu juga jelas merupakan satu ancaman kepada kselematan negara kerana ianya membuka ruang kepada negara2 dan kumpulan berkepentingan yang mempunyai konflik ekonomi dengan negara kita menggunakan isu itu untuk kepentingan yang memihak kepada mereka.
6. PDRM seharusnya tidak tunduk kepada PM yang jelas mempunyai kepentingan politik dalam hal ini dan berpotensi menggunakannya untuk tujuan politik beliau sendiri.
7. PDRM seharusnya bertindak secara konsisten dan profesional seperti kes LTTE ini dalam semua kes2 lain khususnya kes yang membabitkan kepentingan politik individu tertentu termasuk PM.
8. Saya menggesa PDRM segera melakukan tangkapan terhdap menteri terbabit sepertimana yang dilakukan keatas ahli2 politik lain seperti dalam kes LTTE ini. Alasan-alasan yang diberikan dalam melengahkan kes membabit menteri ini tidak boleh diterima sama sekali.
9. PDRM mesti bebaskan diri daripada menjadi alat kpada mana2 pihak yang berkompromi dengan isu keselamatan negara termasuk PM.
10. PM dalam sebuah kerajaan yang melaungkan reformasi dan perubahan tidak boleh mempamerkan kepada dunia sikap double standard dan memilih bulu serta menguasai pasukan polis demi kepentingan politik beliau sendiri yang mahu terus menjadi PM dan berkuasa.
11. Ini adalah petanda jelas pengkhianatan dan pembohongan PM kepada semangat reformasi yang menjadi asas kepada sokongan rakyat didalam PRU lalu.
Mohamad Ezam Mohd Nor
13 Okt 2019, 14 Safar 1441H

CUEPACS ANGGAP BELANJAWAN 2020 MEMBINA

TAK LOGIK KAITKAN PENANGKAPAN DENGAN TANJUNG PIAI



Berhubung penahanan beberapa pemimpin DAP di bawah Sosma kerana dikaitkan mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam atau LTTE, para pemimpin parti itu seharusnya belajar mengawal diri.
Dalam keghairahan sebahagian pemimpinnya mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan polis melakukan penangkapan itu, mereka mesti sedar mereka kini adalah sebahagian daripada kerajaan yang memerintah negara jni.
Sebagai parti kerajaan, kenyataan yang dikeluarkan tidak boleh lagi seperti ketika DAP dalam pembangkang sebelum ini.
Sebagai pembangkang dahulu, tentu saja DAP boleh mengeluarkan kenyataan yang keras atau seumpamanya, tetapi setelah berada dalam kerajaan, langkah itu tidak perlu lagi.
Jika ia dilakukan, bermakna DAP sebagai kerajaan telah mempertikaikan kerajaan yang ia menjadi sebahagian daripadanya.
Tidakkah ia nampak macam kelakar dan tidak munasabah?
Yang paling tidak logik ialah apabila seorang pemimpin DAP, M Kulasegaran mendakwa, tangkapan yang dilakukan polis itu adalah kerana PRK Tanjung Piai yang akan diadakan tidak lama lagi.
Di mana logiknya tangkapan pemimpin DAP yang dikaitkan dengan LTTE itu ada kaitannya dengan PRK Tanjung Piai, sedangkan DAP bersama PH adalah sebahagian kerajaan yang sedang memerintah dan bukannya pembangkang?
Adakah kerajaan sendiri mahu mensabotaj calon parti kerajaan?
Lagi pula, yang bertanding di Tanjung Piai adalah Bersatu yang mungkin berhadapan dengan calon UMNO atau MCA?
Apa kaitannya DAP dan LTTE dengan Tanjung Piai?
Kalau mahu dikata untuk mendapatkan undi masyarakat India pula, ia juga tidak masuk akal kerana jumlah pengundi India di Tanjung Piai hanya satu peratus saja serta tidak banyak pengaruhnya.
Dalam hal ini, harus difahami tindakan polis itu adalah semata-mata demi keselamatan negara daripada ancaman pengganas dan keganasan.
Orang Islam sendiri sebelum ini ramai yang ditahan kerana dikaitkan dengan Al-Qaeda, Isis dan lain-lain kumpulan yang dikaitkan dengan keganasan.
Kenapa ketika itu kita semua boleh menerimanya?
Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin bahawa polis mempunyai bukti kukuh dalam melakukan tanggapan itu hendaklah diyakini dan dipercayai sepenuhnya demi keselamatan negara ini.
DAP kena banyak bertenang menghadapi keadaan ini dan berilah kepercayaan kepada pihak polis menjalankan tugasnya.
Dalam masa yang sama, sedarlah juga DAP kini sudah jadi kerajaan, bukan pembangkang macam dulu lagi.
Sudah jadi kerajaan, tindakan atau kenyataan mesti macam kerajaan juga.
Gunakanlah saluran yang betul dalam kerajaan untuk menyuarakan sesuatu perkara atau bantahan.
Lupakanlah perangai pembangkang seperti sebelum ini, kecuali jika DAP sudah rindu mahu jadi pembangkang semula? (ShahbudinHusin 13/10/2019)

RAKYAT MALANG BILA KALI INI DAPAT PEMBANGKANG PEMALAS



Kita dulu lama jadi Pembangkang.  Pembangkang terbaik dan bermutu yang pernah wujud di negara ini adalah ketika ianya dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Setiap kali kerajaan waktu itu membentangkan bajet atau belanjawan, sudah pasti Pembangkang juga telah bersedia dengan bajet alternatif mereka.  Kita mampu menyediakan bajet alternatif adalah kerana kita selaku Pembangkang   ketika itu memiliki pemimpin yang hebat dan berpengalaman seperti Anwar Ibrahim serta ramai pimpinan yang berkualiti seperti Rafizi Ramli, Tony Phua, Nurul Izzah dan ramai lagi termasuk tokoh-tokoh profesional di luar parti yang pro kepada kita bersedia untuk memerah otak masing-masing bagi menyaingi bajet pemerintah Umno/Bn waktu itu.  Kita memiliki kualiti kepimpinan di semua peringkat.

Setelah kita berjaya menjatuhkan rejim kleptokrasi pada 09 Mei 2018 yang lalu, maka pembangkang juga turut bertukar.  Umno/Bn telah bertukar menjadi Pembangkang, diikuti dengan parti lebai iaitu Pas.  Apakah mereka memiliki kualiti seperti kita diwaktu Pembangkang dulu?

Kerajaan PH telah masuk kali kedua membentang Bajet di Parlimen.  Pernah anda lihat bajet alternatif dari Pembangkang sekarang? Mengapa tiada, sedangkan Umno/Bn berpuluh tahun berpengalaman menyediakan bajet?  Lebai tidak perlu diharapkan, mereka nak urus akaun tabung memali dan kewangan harakah pun gagal.  Titik perpuluhan di antara ribu dan juta pun mereka selalu silap.  Mereka hanya mahir mengira buah tasbih.

Sepatutnya Pembangkang juga turut menyediakan bajet alternatif.  Rakyat boleh bandingkan nanti dan rakyat juga turut yakin bahawa Pembangkang juga berkebolehan.  Malangnya, pembangkang sekarang pemalas.  Mereka hanya tahu menyalak di dalam parlimen.  Cari salah sikit di sana sini, kemudian kaitkan dengan isu perkauman dan agama.

Terbukti di dalam bajet yang dibentangkan semalam.  Pembangkang  masih kata tiada apa yang baru dan lebih baik di dalam bajet tersebut, sedangkan bajet alternatif mereka langsung tiada. Penyokong-penyokong mereka terutamanya para walaun, sewaktu bajet dibentangkan mereka melepak di warung teh main dam ular.  Yang tua-tua saja menonton bajet, itu pun menunggu "part' menteri sebut BSH (Bantuan Sara Hudup) kot-kot dinaikkan lagi.  Walaun pencen pula tidak henti-henti berdoa agar pencen dinaikkan walaupun tidak bekerja.  Selesai bajet dibentangkan, para macai dan walaun ini sibuk edit sana sini untuk kelirukan orang ramai yang bodoh.  Maka grup-grup whatsapp penuh dengan fitnah yang mereka cipta.  Direka kononnya kerajaan PH beri peruntukan kepada kaum.Cina lebih banyak dari kaum Melayu.  Diubahnya kandungan bajet kemudian diwar-warkan. 

Itulah kualiti mereka.  Mereka bukan sahaja bodoh tetapi pemalas.  Apakah rakyat mahu angkat parti seperti ini mahu jadi kerajaan?  Na'uzubillah.

WFAUZDIN NS

MELAKA PENERAJU RUMAH RAKYAT BAWAH RM180,000

BAJET 2020: ORANG KAYA KENA CUKAI LEBIH TINGGI

BELANJAWAN BAIK DAN BURUK.




1. Peruntukan Industri Padi dan Beras dipotong daripada RM69.2 juta kepada RM66.1 juta.
2. Peruntukan Pertanian dipotong daripada RM194.1 juta kepada RM180 juta.
3. Peruntukan Perikanan dipotong daripada RM178.5 juta kepada RM177 juta.
4. Peruntukan Pembangunan Usahawan Desa dipotong daripada RM2 juta kepada RM1.6 juta.
5. Peruntukan Bekalan Makanan Negara dipotong daripada RM1.393 bilion kepada RM1.314 bilion.
6. Peruntukan Lembaga Getah Malaysia dipotong daripada RM10 juta kepada RM0.
7. Peruntukan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dipotong daripada RM156 juta kepada RM143 juta.
8. Peruntukan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dipotong daripada RM215 juta kepada RM212 juta.
9. Peruntukan Industri Agromakanan dan Keusahawanan Tani dipotong daripada RM262 juta kepada RM244 juta.
10. Peruntukan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian dan Pertanian Persekutuan (FAMA) dipotong daripada RM182 juta kepada RM171 juta.
11. Peruntukan kepada Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) dipotong daripada RM31.8 juta kepada RM31.4 juta.
12. Peruntukan Lembaga Koko Malaysia dipotong daripada RM32 juta kepada RM30 juta.
13. Peruntukan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dipotong daripada RM190 juta kepada RM164 juta.
14. Peruntukan kepada Latihan Kemahiran Pertanian dipotong daripada RM47.9 juta kepada RM41 juta.
15. Peruntukan Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dipotong daripada RM5 juta kepada RM0.
16. Peruntukan Pembangunan Komoditi dipotong daripada RM80 juta kepada RM79 juta.
17. Peruntukan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dipotong daripada RM143 juta kepada RM138 juta.
18. Peruntukan Kemajuan Tanah dan Wilayah dipotong daripada RM9.8 juta kepada RM9.5 juta.
19. Peruntukan Institut Kemajuan Desa dipotong daripada RM13.9 juta kepada RM13.5 juta.
20. Peruntukan Pembangunan Belia dan Sukan dipotong daripada RM488 juta kepada RM362 juta.
21. Peruntukan Majlis Sukan Negara dipotong daripada RM88.6 juta kepada RM14 juta.
22. Peruntukan Institut Sukan Negara dipotong daripada RM15.8 juta kepada RM14 juta.
23. Peruntukan Pembangunan Kemahiran Belia dipotong daripada RM207 juta kepada RM198 juta.
24. Peruntukan Pengairan dan Saliran Pertanian dipotong daripada RM11.5 juta kepada RM11.4 juta.
25. Peruntukan Perkhidmatan Veterinar dipotong daripada RM150.6 juta kepada RM142 juta.
26. Peruntukan PRIMA (Perbadanan PRIMA Malaysia) dipotong daripada RM25 juta kepada RM20 juta.
27. Peruntukan Kesejahteraan Bandar dipotong daripada RM14.9 juta kepada RM11 juta.
28. Peruntukan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dipotong daripada RM119 juta kepada RM111 juta.
29. Peruntukan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dipotong daripada RM78 juta kepada RM75 juta.
30. Paling melampau ialah warga asing kini boleh beli hartanah dari harga bermula RM600 ribu berbanding RM1 juta sebelum ini.
Rujuk:
Bajet Kementerian Pertanian: https://www.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2020/B.21_P.21.pdf
Bajet Kementerian Pembangunan Luar Bandar https://www.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2020/B.22_P.22.pdf
Bajet Kementerian Industri Utama https://www.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2020/B.20_P.20.pdf
Bajet Kementerian Belia dan Sukan https://www.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2020/B.45_P.45.pdf
Bajet Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan https://www.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2020/B.43_P.43.pdf
Oleh:
Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


BELANJAWAN 2020 IKTIRAF PERANAN ANAK MUDA

PERUNTUKAN AGAMA ISLAM MENINGKAT RM100 JUTA