PEMBINAAN HOSPITAL PENGAJAR UniSZA DIJANGKA SIAP MEI 2020-DR MASZLEE MALIK

Dr Maszlee Malik
Hari ini di Dewan Rakyat, semasa sesi pertanyaan jawab lisan, Ahli Parlimen Kuala Nerus telah mengemukakan soalan berkaitan status terkini projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan jawapan saya untuk soalan berkenaan adalah seperti berikut:
Projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin telah diluluskan di bawah projek baharu rolling plan 3 Rancangan Malaysia Ke-10. Projek ini meliputi skop pembinaan sebuah hospital pengajar baharu dengan kapasiti 200 katil pesakit mengikut piawai dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kos sebanyak RM345 juta.
Sehingga 21 Mac 2019, status kemajuan kerja-kerja fizikal bagi pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin telah mencapai 40.37 peratus. Projek ini dijangka siap pada bulan Mei 2020.

JIKA ANWAR SEGERA JADI TPM, SEMUA ISU PERALIHAN KUASA AKAN SELESAI DENGAN SENDIRINYA


Hari demi hari, isu berkaitan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 terus menjadi perbualan, perbincangan dan tidak kurang sebagai bahan spekulasi, batu api serta adu-domba.
Semalam bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein, dengan watak seolah-olah dirinya adalah Pengerusi BN, tampil mengatakan Ahli-Ahli Parlimen BN akan mempertahankan Tun Mahathir Mohamad jika berlaku sesuatu yang mengancam kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Kata beliau, BN mahu Tun Mahathir terus menerajui negara sehingga pilihanraya umum datang.
Semalam juga, Azmin Ali ditanya sekali lagi mengenai desas-desus beliau akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Ramadan akan datang ini.
Walaupun Azmin mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai khabar angin itu serta tidak memikirkan sangat perkara tersebut, rasanya sudah dua tiga kali beliau menjawab persoalan yang sama sejak 10 bulan lalu.
Tidak memeranjatkan kiranya selepas Hari Raya nanti atau dua tiga bulan akan datang, kita akan membaca lagi berita yang sama yang keluar daripada mulut daripada Azmin.
Hari ini, Pemangku Presiden UMNO merangkap calon BN PRK Rantau, Mohamad Hasan melahirkan keyakinannya bahawa Tun Mahathir tidak akan melakukan penyerahan kuasa kepada Anwar, biar pun sudah ada perjanjian mengenainya
Katanya yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, Tun Mahathir lebih sedia membubarkan Parlimen untuk diadakan pilihanraya umum daripada menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
Sebelum ini, sekumpulan Ahli Parlimen BN turut dilaporkan menandatangani akuan bersumpah untuk mempertahankan Tun Mahathir jika berlaku usul tidak percaya terhadapnya di Parlimen.
Kemudian, Pas juga tampil dengan surat contoh yang diberikan kepada Tun Mahathir untuk menyatakan sokongan yang sama.
Realitinya, peralihan kuasa kepada Anwar adalah sesuatu yang diikat dengan perjanjian sebagai persetujuan untuk melantik Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 lalu.
Perkara lain yang dipersetujui ketika itu ialah membebaskan Anwar daripada penjara serta mendapatkan pengampunan penuh buat dirinya daripada Yang Dipertuan Agong.
Dengan janji memberi pembebasan dan pengampunan sudah dilaksanakan, Anwar kini, tetap dengan penuh kesabaran menunggu janji peraliahan kuasa dalam tempoh dua tahun itu dilaksanakan.
Tiada sama sekali usaha atau rancangan mahu mengusulkan undi tidak percaya kerana ini adalah isu dalaman PH semata-mata serta boleh diselesaikan melalui permuafakatan serta konsenses gabungan itu.
Spekulasi mengenai usul itu hanyalah mainan UMNO dan Pas yang bukan saja bertujuan memecah-belahkan PH, tetapi juga memperlihatkan kebimbangan mereka untuk berdepan dengan Anwar sebagai Perdana Menteri dalam PRU15 akan datang.
Apa lagi yang mampu dilakukan oleh UMNO dan Pas untuk menutup kebimbangan itu selain merelakan diri mereka menjadi batu api dan tukang hantuk di sana sini?
Namun demikian, apakah Anwar dalam masa yang sama mahu membiarkan saja desas-desus, spekulasi dan golongan batu api terus memercikkan spekulasi serta syak wasangka dan perbalahan dalam PH?
Ini baru 10 bulan masa berlaku, bagaimana keadaannya menjelang semakin hampir tempoh dua tahun nanti?
Dalam hal ini, pilihan paling baik buat Anwar ialah beliau mesti segera duduk sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Tambahan pula dengan Anwar sudah menjadi Presiden PKR ketika ini, sepatutnya ia disusuli juga dengan beliau menduduki jawatan nombor dalam kerajaan itu.
Dengan Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, bukan saja kedudukan beliau sebagai pengganti kepada Tun Mahathir yang sudah mencecah usia 94 tahun akan lebih diyakini, malah golongan penabur spekulasi, pengadu domba dan “hantu raya” dengan sendiri akan “gantung diri” dibuatnya.
Juga, akan mati dengan sendirinya pertanyaan pemberita kepada Azmin tentang bila beliau akan menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.
Kaedah yang paling baik, lebih cantik jika dapat dilakukan sempena setahun PH menguasai Putrajaya pada Mei depan ialah dengan Dr. Wan Azizah sendiri mengumumkan perletakan jawatannya.
Selepas Dr. Wan Azizah meletakkan jawatannya, Majlis Presiden PH boleh dengan segera memutuskan untuk mencalonkan Anwar untuk mengisi jawatan tersebut.
Setelah Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum setahun kemudian mengambil alih jawatan Perdana Menteri, isu peralihan kuasa, baik yang melingkari PKR dan Bersatu serta selama ini menjadi bahan spekulasi dan batu api di kalangan UMNO dan Pas serta rakyat seluruhnya, semuanya akan terselesai dengan sendirinya. (Shahbudindotcom 03/04/2019)

“TOK MAT PERLU TUNJUK CONTOH TERLEBIH DAHULU”


Saya ikut serta berceramah dan membantu sahabat saya dan calon Pakatan Harapan, Dr Streram (N27 Rantau) di Rantau malam tadi.
Saya tekankan bahawa kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Menteri Besar, Dato Seri Hj. Aminuddin Harun sentiasa konsisten memperkenalkan dasar dan program yang membantu rakyat Negeri Sembilan walaupun baru mengambil alih.
Antara isi penting ceramah saya:
1. Jumlah pelaburan asing meningkat pada tahun 2018 dengan angka direkodkan RM 1.6059 bilion berbanding RM 0.736 bilion pada 2017;
2. Mulai April ini, anak Negeri Sembilan yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Politeknik di seluruh negara bakal menerima bantuan kewangan RM 100.00 setiap bulan;
3. Guru KAFA mendapat tambahan elaun menjadikan jumlah penerimaan elaun sebanyak RM 950.00;
4. Kerajaan Negeri Sembilan lebih awal melancarkan program “Foodbank” pada Jun 2018 yang menyasarkan golongan asnaf/keluarga B40 mendapatkan bantuan makanan; dan
5. Peruntukan sebanyak RM 3 juta ringgit dibelanjakan sejak Januari 2019 untuk pusat tahfiz, SJKC, dan SJKT.
Calon BN, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (Tok Mat) pula skrip kempennya adalah perlu dipilih semula ke DUN bagi mewujudkan semak dan imbang kepada kerajaan negeri (https://m.malaysiakini.com/news/470228).
Niat Tok Mat baik tetapi untuk menjadi pembangkang yang efektif, Tok Mat perlu dahulu menunjukkan contoh.
Ketika saya dan MB Negeri Sembilan sekarang menjadi pembangkang, kami telah terlebih dahulu isytihar harta bersama INVOKE Malaysia supaya rakyat boleh tahu nilai kekayaan kami (https://invokemalaysia.org/asset-declaration-akujanji/) .Dr Streram juga telah isytihar harta beliau.
Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Negeri Sembilan juga telah isytihar harta pada 18 Julai 2018. Ini tanda komitmen kami untuk terus mengangkat nilai integriti sebagai teras agenda reformasi kerajaan.
Jadinya, kalau mesej Tok Mat adalah berkenaan menjadi pembangkang yang efektif bagi tujuan semak dan imbang, beliau perlu terlebih dahulu memulakan langkah tersebut.
Saya akan terus turun ke bawah berkempen bersama rakan-rakan di Rantau. Gerak kerja dan strategi akan terus disusun sepanjang kempen ini.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung PKR.

ISU CEO SPV TABUNG HAJI BUKAN ISLAM BERBANGSA CINA?






Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Ini adalah isu terbaru yang dipolitikkan dan dimanipulasi dalam bentuk yang tidak bertanggungjawab sebenarnya. Lebih teruk lagi ada yang mengatakan CEO Tabung Haji itu sendiri adalah bukan Islam, padahal CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji adalah Datuk Seri Zukri Samad iaitu seorang Melayu Muslim yang professional dan juga merupakan bekas CEO Bank Islam Malaysia Berhad.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

Syarikat tujuan khas atau SPV yang mengambil alih aset Tabung Haji dengan bayaran harga premium atau tanpa rugi buat Tabung Haji, adalah Urusharta Jemaaah Sdn Bhd (UJSB). Siapakah ahli lembaga pengarahnya yang merupakan pengurusan tertinggi dalam pengurusan SPV UJSB ini?, mereka adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir (pengerusi), Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan Rashidah Mohd Sies, Pengarah Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd Mohd Shukri Hussin, Timbalan Setiausaha Fiskal Dan Ekonomi Mohd Hassan Ahmad dan Ketua Seksyen Bahagian Fiskal Dan Ekonomi Imri Dolhadi Ab Wahab.
Siapakah pula CEO bagi syarikat SPV Urus Harta Jemaah Sdn Bhd? Ia telah dijawab oleh pihak Menteri bahawa tiada CEO buat masa ini. Disebabkan itu, operasi hariannya ditampung oleh sebuah lagi syarikat kerajaan iaitu Prokhas Sdn Bhd. Ia adalah sebuah syarikat kerajaan yang memang diamanahkan untuk menguruskan kebanyakan SPV milik kerajaan, ahli Lembaga pengarahnya pula adalah Dato’ Mohd Salleh Mahmud, Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor Hj. Mahfar, Dato’ Fauziah Yaacob, Datuk Mohd Nasir Ahmad dan Datin Rashidah Mohd Sies.
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum


Siapakah pula CEO Prokhas Sdn Bhd? Ketua Pegawai Eksekutif Prokhas Sdn BHd ketika ini adalah seorang berbangsa Cina iaitu Chen Yin Heng. Di sinilah isu yang dimanipulasikan, persoalannya adakah aset Tabung Haji dikawal bukan Islam?
Jawabnya, tidak kerana aset yang diurus oleh Prokhas itu tiada kaitan lagi dengan Tabung Haji kerana semua aset yang dahulunya milik TH itu telah dipindahmilik kepada UJSB, maka aset terbabit BUKAN LAGI aset Tabung Haji, ia telah pun dari satu sudut dianggap terjual kepada UJSB atau kerajaan Malaysia dengan harga tanpa rugi buat Tabung Haji (berbanding harga pasaran yang merugikan).
Justeru itu, tidak timbul sama sekali syarikat Prokhas dan CEOnya menguasai apa-apa bahagian dari Tabung Haji atau asetnya. Membaca tuduhan ini dan melihat bagaimana ia disebarkan menunjukkan sama ada ceteknya kefahaman awam terhadap isu ini atau tidak bertanggungjawabnya pihak yang memutarbelitkan isu.
Selain itu, syarikat Prokhas Sdn Bhd juga telah sekian lama menguruskan pelbagai syarikat SPV kerajaan Malaysia sejak dari pemerintahan kerajaan terdahulu, antaranya adalah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP), Dana Infra dan Dana Harta. Malah Encik Cen Yin Heng juga telah lama berada di posisi beliau sejak dari syarikat Danaharta lagi pada tahun 1998 dan kemudiannya bertukar ke Prokhas sejak tahun 2006 lagi, iaitu sudah bertahun-tahun sebelum ini lagi. Jelas ia bukan lantikan baru oleh kerajaan terkini.
Jadinya, adakah seorang berbangsa Cina telah kini menjadi CEO syarikat yang urus SPV Tabung Haji?
Tidak, kerana SPV tersebut TIDAK mengurus aset Tabung Haji tetapi ia mengurus aset milik syarikat Urusharta Jemaah Sdn Bhd sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia yang mewakili Kerajaan Malaysia. Ia tiada kena mengena lagi dengan Tabung Haji kecuali kerajaan Malaysia melalui UJSB dan Prokhas, perlu cemerlang dalam pengurusan aset yang telah dibeli agar mereka boleh membayar hutang mereka kepada Tabung Haji dan tidak menambah beban kerugian ke atas kerajaan Malaysia. Malah jika mereka gagal memulihkan aset tersebut, kerajaan Malaysia tetap mesti menyelesaikan hutang hasil jumlah pemindahan aset kepada pihak Tabung Haji. Menurut maklumat juga, kerajaan juga akan terus menerus membantu syarikat-syarikat ini melalui pelbagai cara dan insentif. Menamakannya sebagai SPV Tabung Haji juga adalah SALAH dan menunjukkan ketidakfahaman ramai tentang isu ini, kerana sebenarnya UJSB dan Prokhas adalah SPV Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan dan bukannya SPV Tabung Haji.
Selain itu, seorang CEO tidak punyai kuasa penuh dalam pengurusan sesebuah syarikat kerana dia sentiasa perlu melaporkan kepada ahli Lembaga Pengarah. Pengerusi Lembaga Pengarah bersama semua ahli Lembaga Pengarah syarikat adalah yang mempunyai kuasa dan autoriti tertinggi serta boleh menukar CEO sekiranya tidak menjalankan tugasan dengan baik lagi kemas.
Sama-samalah kita berdoa agar tabung amanah untuk tujuan mulia - menunaikan ibadah Haji - ini semakin baik. Sudah tentu pihak pengurusan baru sedang melaksanakan tugasan sebaik mungkin bagi mengembalikan zaman keuntungan TH, misalnya ketika tahun 2013 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 2.45 bilion setelah ditolak segala liabiliti dan pelarasan.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Professor Adjung
Fakulti Perakaunan & Kewangan
Universiti Selangor (UNISEL)
(Presiden MURSHID)
03 April 2019

UMNOPAS DAKWA INI FITNAH ?





Kebenaran menjual ARAK di SIGC ditandatangani Dato Seri Mohamad Hassan pada September 2009 (Calon UMNO DUN N27 Rantau), Berita HARAKAH, PAS sokong calon UMNO juga benar.. 10 golongan yang dilaknati kerana Arak juga adalah benar
Dimananya FITNAH seperti didakwa UMNO/PAS..??

Bila POLITIK mengatasi agenda ISLAM, yang Haram di Halalkan



Imej mungkin mengandungi: 3 orang

KRONOLOGI SRC NAJIB

Imej mungkin mengandungi: 1 orang

SEMUA KAUM MERANA JIKA PEMIMPIN RASUAH

PH MAMPU MENANG DI RANTAU – IR NIZAR JAMALUDDIN

JANGAN TAKUT CALON BUKAN MELAYU – ANWAR

ANWAR BERSAMA WARGA iFLIX


Malam tadi sebelum bergegas ke Rantau, saya bersama warga iFlix di Midvalley berbicara soal teknologi maklumat dan ruang digital, juga tentang halatuju dan masa depan iFlix di Malaysia. Pengasas Patrick Grove turut bersama, dan juga seniwati terkenal Maya Karin.