LANTIKAN PENGERUSI NEGERI MUDAHKAN PH RANGKA STRATEGI SERANG BN

SHAHRIR SAMAD AKUI PENGARUH MUHYIDDIN DI JOHOR

MEMO BUAT SALLEH SAID KERUAK - NAJIB, JIKA BERKUASA LAGI, LEBIH MENAKUTKAN BERBANDING DAP




Entah untuk kali yang ke berapa, Salleh Said Keruak, atas kedudukannya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, terus memainkan peranan berusaha menghasut orang-orang Melayu tentang bahayanya DAP dan kemungkinan parti itu menguasai negara selepas pilihanraya umum akan datang.

Secara tidak langsung, usaha keras beliau itu memberi gambaran UMNO dan BN semakin cemas menanti detik ketibaan PRU 14 yang bakal menjadikan mereka kehilangan kuasa sebagai kerajaan.

Salleh memberi gambaran bahawa DAP akan bertanding 60 kerusi Parlimen dan jika pengundi Melayu berpecah, parti itu akan meningkatkan jumlah kemenangannya dan seterusnya memungkinkan Pakatan Harapan menguasai Putrajaya.

Bagi Salleh, jika Pakatan Harapan memerintah nanti, DAPlah yang paling berkuasa dalam negara ini.

Namun, tambahnya, agenda DAP untuk menguasai negara ini tidak akan berjaya jika pengundi Melayu tidak bersama mereka.
Pertama, daripada mana Salleh mendapat maklumat DAP akan bertanding 60 kerusi Parlimen pada pilihanraya akan datang sedangkan dalam PRU 13 yang lalu, mereka cuma bertanding 51 kerusi saja?

Adakah jumlah yang kononnya DAP akan bertanding itu sengaja ditambah bagi tujuan untuk lebih menakutkan orang Melayu kepada DAP?

Dengan DAP hanya bertanding cuma 51 kerusi dalam PRU 13 lalu,  adalah mustahil jumlahnya akan meningkat kepada 60 dalam pilihanraya akan datang kerana mereka perlu berbahagi kerusi bukan Melayu dengan PKR dan juga lain-lain parti.

Malah, sebagai tanda kompromi dan untuk meningkatkan peluang menuju Putrajaya, tidak mustahil DAP akan mengurangkan jumlah kerusi yang ditandinginya bagi membolehkan lebih banyak pihak terlibat dan saling bekerjasama dalam pilihanraya.

Dengan bertanding sama ada kekal di 51 kerusi atau cuma 50 kerusi, tentulah tidak mungkin DAP mampu memenangi kesemuanya, kecualilah jika lawannya daripada MCA, MIC atau Gerakan langsung tidak berguna dan ditolak secara total oleh pengundi.

Dalam hal ini, barangkali jumlah yang akan dimenangi DAP ialah hanya 40 atau 42 kerusi saja. 

Lagi pula, jika DAP kalah di kerusi yang ditandinginya, pihak lain yang menang daripada BN ialah sama ada calon MCA, MIC atau Gerakan. 

Apa bezanya?

Untuk membentuk majoriti mudah menguasai Putrajaya, Pakatan Harapan memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen, maka adakah jumlah 40 atau 42 kerusi itu boleh menjadikan DAP begitu berkuasa dan menentukan hala tuju negara dalam segala hal?

Bagaimana dengan  lebih 70 kerusi Parlimen Melayu yang dimenangi oleh Bersatu, PKR, Amanah serta sumbangan Parti Warisan di Sabah?

Bukankah yang akan menjadi majoriti dan menguasai kerajaan Pakatan Harapan masih parti-parti Melayu daripada Bersatu, PKR,  Amanah dan Warisan?

Lebih daripada itu, Pakatan Harapan juga mempunyai sejumlah pemimpin Melayu yang jauh lebih berwibawa untuk mengurus kerajaan dan menjaga kepentingan rakyat seperti Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali, Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah, Sallahuddin Ayub, Husam Musa serta sederetan yang lain lagi.

Dalam hal ini,  Salleh sepatutnya tidak perlu risau, bukan saja kepentingan Melayu, bahkan hak seluruh rakyat akan dijaga dengan sebaiknya oleh kerajaan baru Pakatan Harapan nanti.

Ini kerana, meskipun mungkin DAP memenangi banyak kerusi dari segi parti,  tetapi dari segi keseluruhannya ia masih dikawal oleh parti dan pemimpin Melayu yang berwibawa yang lain dalam Pakatan Harapan.

Berbanding jika UMNO dan BN terus berkuasa dan Najib Razak kekal lagi menjadi Perdana Menteri, ia sebenarnya adalah situasi yang lebih menakutkan bagi kita semua.

Najib, sebagaimana pernah disebut oleh bekas menteri, Zaid Ibrahim bahawa caranya memimpin negara ini seperti Maharaja dan ditekankan lagi oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai mengamalkan budaya "cash is king" tegar, bermakna tiada sesiapa dapat mengawal beliau.

Siapakah yang dapat mengawal Najib daripada tidak menaikkan kadar cukai GST dan menghapuskan lebih banyak subsidi?

Siapakah yang dapat mengawal daripada tidak berlaku pemborosan, pembaziran, kemewahan melampau atau munculnya dua tiga lagi Jho Low dalam negara ini?

Siapakah yang mampu mengawal daripada tidak meneruskan kecondongan kepada negara China yang kini sudah jelas mula berleluasa?

Siapa? Siapa? Siapa? (ShahbudinHusin 04/08/2017).

PERTANDINGAN 3 PENJURU AKAN UNTUNGKAN PH – DAP

PELUANG TEWASKAN BN PRU 14 BESAR – GUAN ENG

AMARAN KOMANDER BRIGED ARSA

Rohingya: Jangan sekadar retorik, kata Jokowi


Dimana Najib dan Haji Hadi dalam soal ini???




Jokowi
Presiden Joko Widodo (Jokowi) mahu isu krisis kemanusiaan Rohingya di Rakhine, Myanmar diselesaikan secara objektif dan bukan sekadar retorik untuk mengecam kerajaan negara berkenaan.
Katanya, Indonesia komited membantu krisis kemanusiaan yang sedang berlaku itu dan telah menghantar Menteri Luar Retno Marsudi untuk bertemu dan berbincang dengan pimpinan kerajaan Myanmar.
Retno hari ini dijadual menemui Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk membahas isu kemanusiaan di Rakhine bagi mendesak Myanmar agar segera memulihkan keamanan di Rakhine.
"Saya dan seluruh rakyat Indonesia, kita menyesalkan aksi kekerasan yang terjadi di Rakhine State, Myanmar, perlu aksi nyata bukan hanya pernyatan (kenyataan) kecaman-kecaman dan pemerintah berkomitmen terus untuk membantu krisis kemanusiaan, bersinergi dengan kekuatan masyarakat Indonesia dan juga masyarakat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Jakarta.
Beliau berkata, penganiayaan terhadap etnik Rohingya harus dihentikan dengan segera dan masyarakat di seluruh dunia harus bersinergi untuk membantu kaum yang sedang dianiyai itu.
Jokowi juga berkata selain bertemu dengan kerajaan Myanmar, Retno juga diarah ke Bangladesh untuk berbincang mengenai misi bantuan bagi kaum Rohingya.
Media-media melaporkan puluhan ribu warga Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh sejak seminggu lepas.
Pihak berkuasa Myanmar mendakwa mereka sedang melancarkan serangan tentera terhadap pasukan militan yang dikenali sebagai Tentera Penyelamat Arakan Rohingnya (ARSA) di Maungdaw, Buthidaung dan Rathedaung yang mempunyai kira-kira 800,000 penduduk.
Sementara itu polis Indonesia sedang menyiasat kejadian dan telah mengambil keterangan daripada beberapa orang saksi mengenai insiden lontaran bom molotov di Kedutaan Besar Myanmar di sini awal pagi semalam.
Bom itu bagaimanapun berjaya dipadam oleh pengawal keselamatan dan tidak menjejaskan bangunan kedutaan berkenaan serta tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.
Sebelum itu pada Sabtu, ratusan orang menganjurkan demonstrasi di Kedutaan Besar Myanmar untuk membantah tindakan zalim kerajaan negara terbabit terhadap kaum Rohingya.
Mereka membawa poster yang tertulis pelbagai bantahan termasuk mengutuk kepimpinan Aung San Suu Kyi yang disifatkan tidak berperikemanusiaan.
Demonstrasi itu juga mendesak ASEAN agar mengambil tindakan drastik dengan memecat Myanmar dari menjadi negara anggotanya.
Sebuah pertubuhan penganut Budha di Indonesia yang dikenali sebagai Keluarga Buddhayana Indonesia (KBI) turut mengutuk tindakan Myanmar dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap serta tidak mencerminkan ajaran Budha.
Ketua Dewan Pengawas KBI, Sudhamek dipetik oleh media atas talian sebagai berkata tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar adalah biadab dan pengecut kerana membunuh wanita dan kanak-kanak.

‘SURAT ANWAR HANYA NASIHAT, BUKAN POLISI RASMI PARTI’

KEPUTUSAN PH MUKTAMAD, AGIHAN KERUSI TAK LIBATKAN PAS

‘REAL POLITIK’ ADALAH PERTANDINGAN 3 PENJURU – KIT SIANG

Rundingan PKR-Pas: Anwar hanya beri garis panduan, bukan arahan, tegas Rafizi


Anwar Ibrahim
Penasihat umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memberi garis panduan berhubung rundingan antara PKR dan Pas dan bukannya merestui usaha itu sehingga menjejaskan kepentingan Pakatan Harapan (PH).
Malah naib presiden PKR Rafizi Ramli menjelaskan, dalam isu rundingan kerusi dengan Pas, Anwar yang menjalani hukuman penjara mempunyai keterbatasan maklumat dan satu-satunya saluran maklumat adalah melalui para peguam beliau iaitu Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N Surendren yang diketahui pendokong kepada cadangan bekerjasama dengan Pas untuk mengelak pertandingan 3 penjuru.

Sehubungan itu, katanya kenyataan Anwar semalam tidak boleh disalahertikan sebagai persetujuan untuk terus menggantung rundingan kerusi di peringkat Pakatan Harapan demi memujuk Pas sehingga ke saat akhir penamaan calon.
Rafizi menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap kenyataan Anwar yang dilihat sebagai merestui rundingan Pas-PKR yang diusahakan timbalan presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dakwaan bahawa usaha itu direstui Anwar.
"Saya mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu rundingan kerusi di antara KEADILAN dengan Pas yang banyak membantu menjelaskan latar belakang persetujuan beliau mengenai rundingan tersebut (ketika isu ini timbul dua tahun lalu) dan pandangan mutakhir beliau setelah dua tahun perkara ini berlanjutan.
"Saya ada pilihan untuk tidak mengulas lanjut kenyataan tersebut, namun saya khuatir ia disalah erti sehingga menyebabkan Datuk Seri Anwar menjadi sasaran cemuhan rakyat apabila kenyataan itu ditafsirkan secara sekerat-sekerat sehingga ia keluar dari konteks sebenar.
"Sejak semalam, saya lihat ada pihak yang mendakwa kenyataan Datuk Seri Anwar itu menjadi bukti bahawa strategi berunding dengan Pas hingga ke saat akhir itu datangnya dari Datuk Seri Anwar sendiri. Ramai penyokong Keadilan (PKR) dan PH serta rakyat terbanyaknya yang kecewa, tidak kurang juga yang menyerang Datuk Seri Anwar," ujar Rafizi dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Rafizi,  pandangan Anwar dalam sesuatu perkara ketika beliau terpenjara adalah berbentuk panduan umum yang memberi garisan jelas pertimbangan-pertimbangan yang mesti diambil kira dalam membuat keputusan.
Anwar, jelas Rafizi menyenaraikan sempadan-sempadan (parameters) supaya keputusan yang dibuat mengambil kira perkara-perkara penting yang ditetapkan oleh sempadan-sempadan itu.
Bagaimanapun tambah beliau, keputusan diserahkan untuk dibincangkan dan dimuktamadkan oleh pemimpin PKR dan Pakatan Harapan kerana Anwar mempunyai keterbatasan dari segi maklumat terkini yang diperolehi.  

"Dalam isu rundingan kerusi dengan Pas ini, keterbatasan maklumat itu lebih meruncing kerana satu-satunya saluran maklumat beliau yang paling kerap ialah melalui peguam-peguam Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N Surendren yang ketiga-tiganya adalah pendokong kepada cadangan bekerjasama dengan Pas untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru," ujarnya.
Kenyataan Anwar semalam, ujar Rafizi mengulangi perkara-perkara prinsip yang telah ditegaskan sejak dua tahun lalu iaitu;
1. Segala bentuk kerjasama dengan Pas, kalau pun berlaku, mestilah dalam bentuk kerangka komitmen PKR dengan PH (dan bukannya atas dasar PKR bersendiri dengan Pas).
2. Segala bentuk kerjasama dengan Pas, kalau pun berlaku, mestilah dalam konteks strategi pilihanraya nasional (yang merangkumi semua parti di dalam PH dan semua kerusi di seluruh negara) dan bukannya terbatas kepada Selangor semata-mata.
3. Pendekatan PKR untuk tidak memusuhi Pas bagi tujuan berunding adalah bersyarat kepada kesediaan Pas untuk saling berunding; dan (penilaian sama ada Pas masih bersedia untuk berunding itu) tertakluk kepada penilaian pimpinan PKR dan PH dari semasa ke semasa.
4. Kebimbangan mengenai sikap Pas terhadap Umno dan kemungkinan kerjasama di antara dua parti itu adalah satu pertimbangan penting; dan Datuk Seri Anwar berpegang kepada penafian Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini.
5. Tempoh masa rundingan yang lama yang tidak membuahkan hasil membawa risiko besar kepada persediaan menjelang PRU14.
"Kesemua perkara di atas adalah panduan-panduan yang telah digariskan oleh Datuk Seri Anwar sejak dua tahun lalu. Oleh sebab itulah, Keadilan (PKR) mengambil pendekatan untuk membidani penubuhan PH dan pada masa yang sama terus mengekalkan hubungan dengan Pas selepas itu," jelas Rafizi.
Beliau turut menyenaraikan perkembangan terkini yang membolehkan PKR membuat keputusan segera berpandukan garis prinsip yang ditetapkan Anwar iaitu:
i. Segala bentuk kerjasama dengan Pas mestilah dalam kerangka komitmen PKR dalam Pakatan Harapan – Majlis Presiden PH telah membuat keputusan muktamad menolak sebarang bentuk rundingan kerusi dengan Pas pada saat ini memandangkan ia akan melengah-lengahkan persediaan di peringkat PH jika pembahagian kerusi tidak dapat dimuktamadkan.
ii. Segala kerjasama dengan Pas mestilah melibatkan seluruh negara dan bukannya terbatas kepada Selangor sahaja – kenyataan pimpinan Pas secara berterusan mengesahkan parti itu akan bertanding di kesemua kerusinya semasa bersama Pakatan Rakyat di seluruh negara. Kenyataan terkini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menegaskan rundingan hanya boleh berlaku jika kerusi-kerusi Pas tidak disentuh di seluruh negara. Ini menyebabkan mustahil boleh berlaku sebarang kerjasama kerana tidak ada ruang langsung untuk AMANAH dan PPBM bertanding, sedangkan dua parti rakan PH ini wajar diberi ruang sebaiknya untuk sama-sama membantu menjana kemenangan.
iii. Rundingan dengan Pas adalah bersyarat kepada kesediaan Pas untuk saling berunding dan tertakluk kepada penilaian pimpinan PKR dan PH dari semasa ke semasa – Sehingga hari ini, Pas terus berpendirian untuk tidak berunding dengan PKR atau PH. Malah, Pas Selangor yang merupakan sebahagian dari Kerajaan Selangor telah mengisytiharkan untuk bertanding di 42 kerusi Dun Selangor, termasuk Parlimen Gombak yang diwakili Datuk Seri Azmin Ali sendiri.  
iv.  Kebimbangan rakyat mengenai sikap Pas terhadap Umno. Sehingga kini, presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum menafikan perbincangannya secara berterusan dengan presiden Unmo Datuk Seri Najib Razak mengenai kemungkinan kerjasama Pas-Umno untuk merampas Selangor dalam PRU14 seperti laporan media baru-baru ini. Malah jika timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mampu mempengaruhi keputusan JK Pas Pusat, kenyataan beliau yang "berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB" selepas mengadakan pertemuan dengan CEO 1MDB (Arul Kanda Abdullah) tidak membantu meredakan kebimbangan rakyat mengenai sikap Pas terhadap Umno.
v. Tempoh masa rundingan yang lama dengan tiada sebarang kemajuan apabila wakil PKR yang diberi tanggungjawab berunding dengan Pas iaitu naib presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin tidak mengemukakan laporan yang kukuh sedangkan PRU14 semakin dekat.
"Justeru, saya mengalu-alukan saranan Datuk Seri Anwar supaya segala keputusan perlu dimuktamadkan segera memandangkan PRU14 yang terlalu dekat.

"Membawa isu rakyat adalah strategi yang lebih baik untuk memenangi undi penyokong Pas, bukannya rundingan dengan pimpinan yang secara jelas telah menemui jalan buntu," tegas beliau.

TIDAK MENGHAIRANKAN JIKA ANWAR DAN TUN MAHATHIR TIDAK DIPANGGIL OLEH RCI FOREX




KENYATAAN MEDIA

Pada 30 Ogos 2017, peguam saya di Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) ke dalam kerugian matawang asing Bank Negara Malaysia memohon pengesahan bahawa saya akan dipanggil sebagai saksi.

Saya cukup terkejut apabila pengerusi Tan Sri Sidek menjawab bahawa mereka 'belum memutuskan' sama ada akan memanggil saya atau tidak.

Memandangkan saya merupakan Menteri Kewangan pada ketika kejadian tersebut berlaku, sudah pasti ini bukan suatu keputusan yang sukar untuk dibuat!

Amat menyedihkan jika siasatan ini ditutup tanpa mendengar keterangan saya.

Oleh kerana sepanjang pendengaran ini diadakan nama saya telah dipetik beberapa kali, maka amatlah mustahak untuk saya dibenarkan memberi keterangan.

Suruhanjaya ini telah beberapa kali berkata bahawa ianya mahu menegakkan kebenaran dalam isu ini. Oleh itu, mereka pasti tahu bahawa cara terbaik adalah dengan membenarkan saksi-saksi kritikal seperti saya dan Tun Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika itu, untuk memberi keterangan.

Tugas dan matlamat sesebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja bukanlah untuk membuat kesimpulan atau keputusan pramatang atau memfitnah mana-mana pihak, tetapi untuk menegakkan kebenaran.

Anwar Ibrahim
2 September 2017

Ulasan - Sejak awal lagi tujuan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berkaitan forex ini memang sudah diragui. Ia bukan untuk mencari kebenaran, tetapi semata-mata untuk menggali kesalahan Tun Mahathir Mohamad.

Jika bersama kesalahan Tun Mahathir itu, kesalahan Anwar Ibrahim dapat dicari sama , ia tentulah lebih menggembiran Najib kerana kedua-duanya kini merupakan gandingan yang sudah menjadi musuhnya.

Oleh itu, tidak menghairankan jika Anwar dan Tun Mahathir tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada RCI forex. Tahu-tahu nanti, kedua mereka terus diputuskan bersalah atas kerugian urusniaga forex itu.

Maka dengan keputusan itu dapatlah Najib dan seluruh jentera UMNO menggunakannya sebagai modal kempen pilihanraya nanti. Lalu, dalam masa yang sama terlupalah rakyat kepada skandal 1MDB, kemasukan wang beribu-ribu juta ke dalam akaun Najib, hubungannya dengan Jho Low, kekayaan mee segera Riza Aziz,  himpunan barang kemas yang diterima Rosmah sebagai hadiah, cukai GST yang mencekik setiap hari, beban kos sara hidup kian melambung dan pelbagai isu lainnya lagi.

Setelah pelbagai kejadian pelik seperti hilangnya enjin jet, nama Altantuya terpadam dalam rekod Imigresen, ada Pak Arab kononnya sanggup menderma sebanyak RM2,600 juta tanpa mengharapkan balasan, tidak dipanggilnya  Anwar dan Tun Mahathir untuk memberi keterangan kepada RCI forex dan kemudian terus diletakkan segala beban kesalahan kepada mereka, mungkin satu lagi kejadian pelik yang bakal disaksikan dunia akan berlaku di Malaysia.

Barangkali hanya dengan tidak memanggil mereka saja lebih memudahkan urusan mencari kesalahan itu. Tun Mahathir, sebagai membuktikan keberaniannya, pada 24 Ogos lalu telah hadir dengan kerelaannya sendiri dalam sessi pendengaran RCI forex yang diadakan  di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Kesediaannya hadir menunjukkan beliau tidak pernah takut dengan apa juga ancaman yang cuba dihadapkan kepadanya, meskipun sedar namanya masih tidak disenaraikan untuk dipanggil memberi keterangan.

Dan jika dipanggil, tidak mustahil Tun Mahathir bukan saja akan menjawab segala soalan yang ditanyakan kepadanya dengan mudah, malahan akan "melibas" dan "membelasah" sekali sesiapa yang berkenaan dalam jawapannya.

Apakah Pengerusi dan anggota RCI forex sedia menghadapi situasi itu?

Begitu juga dengan Anwar, sebagai Menteri Kewangan ketika itu, beliau tentu saja lebih mengetahui banyak perkara dan tidak memanggilnya untuk memberi keterangan pasti saja lebih memudahkan kesalahan ditujukan kepada sasaran yang telah diputuskan.

Jadi, walaupun Anwar sekali lagi menawarkan dirinya dan Tun Mahathir perlu untuk dipanggil memberi keterangan, hasrat itu mungkin tidak kesampaian sehingga ke akhirnya.

Di ulang sekali lagi, lebih mudah untuk membuat keputusan tanpa memanggil kedua-tokoh tersebut, biar pun keputusan RCI forex nanti hanya akan ditertawakan oleh dunia.

Najib tidak akan peduli semua itu kerana selama beliau menjadi Perdana Menteri ini pun, dirinya memang sudah terlalu kerap diketawakan dunia.  (ShahbudinHusin 02/09/2017)

AZMIN ALI MERANCANG PECAT RAFIZI RAMLI DAN SAIFUDDIN NASUTION??? BIAR BETUL





AZMIN ALI MERANCANG PECAT RAFIZI RAMLI DAN SAIFUDDIN NASUTIONOLEH:  Azhar Achil



Dengan kemelut isu rundingan Pas - PH berterusan, Azmin dan kabilah kartelnya dikhabarkan sedang merancang untuk;


a) Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution menerima nasib sepertimana yang dialami Zaid Ibrahim dan Khalid Ibrahim.

b) Jika tidak berjaya juga, mereka cuba membina persepsi kedua-dua tokoh ini kelihatan menyanggahi dasar parti. 

Jika berjaya, Azmin akan meletakkan kartel-kartelnya pada jawatan-jawatan strategik dalam KEADILAN untuk jawatan dalaman parti dan juga untuk calon-calon PRU. Ia sebagai projek jangka panjang mengurangkan kuasa Anwar Ibrahim dalam parti secara terancang dan sistematik.

Nota Anwar baru-baru ini ternyata dimanipulasi oleh Azmin + Kartel. Sebab itu, tak tersebar langsung tulisan tangan Anwar sebagai bukti dan tersebar pula status di Facebook Latheefa Koya yang dia berjumpa Anwar dua hari sebelum nota dari penjara disebarkan. 

RAFIZI DAN SAIFUDDIN NASUTION AKAN BERTAHAN

Setelah nota penjara itu dimanipulasi, Rafizi dan Saifuddin diserang bertubi-tubi oleh kartel yang merupakan radio buruk Azmin. Ia sebagai tekanan untuk mendorong keadaan bahawa kedua-dua tokoh ini akan meletakkan jawatan dalam parti. 

Namun kedua-dua tokoh ini masih tegap dan tegas berdiri. Mereka tetap dengan pendirian bahawa tiada rundingan dengan Pas lagi, bahkan terus dengan agenda memperkasa PH dan agenda PRU tanpa melibatkan Pas kecuali jika Pas melutut dengan PH dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PH, bukan sebaliknya.