Dulu PAS ganti Umno, kini PAS jadi Umno


Oleh: Jebon
 

PAS ganti Umno adalah cogan kata yang paling banyak dijadikan banner menjelang pilihan raya umum 2013. Cogan kata itu berasal selepas kemenangan besar PAS pada pilihan raya 2008.

Banyak veteran PAS tidak bersetuju dengan maksud mendalam cogan kata itu. Mereka berkata ia seperti doa. Apa sahaja yang buruk dilakukan Umno akan diikuti PAS sebagai ‘penggantinya’.

Namun ulama PAS tidak menerima teguran itu dan ‘doa’ PAS ganti Umno terus berkumandang selama lima tahun. Pada 2014, doa itu mula dimakbulkan. PAS sedikit demi sedikit mengambil perangai buruk Umno.

Pada era Reformasi 1998, PAS sering memperkatakan mengenai kediktatoran Mahathir dalam Umno. Mahathir mahu berkuasa sehingga mati. Jawatan Presiden Umno tidak boleh diganti walau betapa lemahnya kepimpinan presiden atau betapa tidak terurusnya parti.

Ganti presiden

PAS membandingkan situasi tersebut dengan kepimpinan ulama yang boleh mengganti presiden sekiranya perwakilan tidak bersetuju dengan arah tuju presiden. Terdapat penulis-penulis yang membangkitkan sejarah penggantian Asri Muda sebagai yang Dipertua Agung PAS.

Pemuda PAS menentang Asri dan Asri meletak jawatan pada 1982. Begitu juga dengan penolakan sebahagian ucapan dasar presiden pada Muktamar 1986 sehingga menyebabkan Yusuf Rawa meletak jawatan tetapi menarik balik kemudian.

PAS dipakejkan dengan demokrasi Islam. Dikatakan parti yang teruji dengan debat dalaman tidak mungkin bertindak secara unilateral di dalam pemerintahan. Betapa terpujinya imej PAS ketika itu.

Namun pada 2015, semua itu diputar balik ke belakang. PAS mencontohi Umno tidak mahu jawatan presiden dipertandingkan. Ulama-ulama di belakang Hadi Awang bersungguh-sungguh mempertahankan beliau agar tidak dicabar. Malah Musrsyidul Am yang baharu Haron Din memihak kepada Hadi. Mempertahankan presiden itu daripada disentuh oleh puak pro Pakatan Rakyat dalam PAS.

Lebih teruk dari umno

PAS berubah 360 darjah daripada parti mengamalkan demokrasi Islam kepada parti autokratik yang lebih teruk daripada Umno. Umno masih mempunyai cara untuk mendapatkan semula sokongan rakyat apabila diktator paling dibenci Dr Mahathir sukarela meletak jawatan pada 2003. Pak Lah naik dan ramai rakyat terpedaya dengan Islam Hadhari yang dibawanya.

PAS sebaliknya meletakkan Hadi sebagai satu-satunya pemimpin sepanjang hayat, tidak boleh dicabar dan tidak akan meletak jawatan.

Suatu ketika dahulu perlantikan dalaman Umno dijadikan bahan ceramah oleh PAS. Wujud pergeseran dan berpuak-puak. Perlantikan menteri yang hanya disetujui Mahathir dan ditentang oleh pemimpin Umno yang lain.

Kini, perlantikan Mursyidul Am PAS pula dipertikaikan. Menurut sumber 16 ahli Majlis Syura Ulama yang berhak melantik mursyidul am pada mesyuarat 8 Mac. Namun tidak diketahui berapa ramai anggota majlis syura yang hadir untuk melantik Haron. Ada yang mendakwa korum 8 anggota minimum tidak dipenuhi kerana terdapat anggota yang berada di luar negeri, kematian bapa, berada dalam penamaan calon di DUN Chempaka dan lain-lain.

Pengumuman mursyidul am yang baharu dibuat pada 12 Mac dan lewat empat hari juga menimbulkan persoalan. Adakah perlantikan Haron semata-mata strategi untuk mengelakkan ahli PAS mendesak Hadi mengambil jawatan tersebut dan mengosongkan kerusi presiden? Memandangkan Haron tidak mempunyai kebijaksanaan politik sebagaimana Nik Aziz yang melayakkannya ke jawatan tersebut.

Haron kurang wibawa

Haron yang satu ketika dahulu pernah menjadi Naib Presiden PAS ketika kerajaan perpaduan dengan BN 1972 – 1978 ‘meningalkan’ PAS buat sementara waktu ketika parti itu lemah. Beliau kemudian timbul semula di sisi Anwar Ibrahim dan dikenali sebagai kawan baik Pak Sheikh ketika itu. Beliau bersekongkol dengan puak Umno pada 1980an hingga 1998. Adakah seorang yang pernah ‘menyeberang’ seperti itu layak menjadi ketua tertinggi PAS?

Jika strategi menghalang Hadi ke jawatan mursyidul adalah alasannya, maka PAS bukan lagi parti demokrasi tetapi telah berubah arah kepada corak autokratik. Semua jawatan ditentukan melalui muslihat dalaman dan tidak ada peluang untuk seseorang menunjukkan bakat kepimpinan.

Suatu ketika dahulu PAS sering memperlekeh Umno kerana Mahathir tidak mampu berdebat dengan Anwar maka TPM itu disingkir dengan tuduhan jijik. Kini, PAS juga hampir berperangai sedemikian.

Sangat mengarut apabila ditubuhkan satu jawatankuasa yang menyiasat tuduhan Timbalan Presiden Muhammad Sabu dan AJK PAS pusat Dr Hatta Ramli mahu menjatuhkan presiden pada pemilihan Jun 2015.

Jawatankuasa bunuh demokrasi

Penubuhan jawatankuasa itu membawa PAS ke era politik zaman gelap khalifah Umayyah. Ketika itu atas nama agama musuh politik dijemput khalifah ke istana untuk jamuan makan dan selepas jamuan mereka dibunuh.

Pemberontakan rakyat yang tidak tahan dengan kezaliman atas nama Islam itu meruntuhkan khalifah Umayyah berpusat di Damsyik dan menubuhkan khalifah Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad.

Demokrasi tidak pernah menyebut usaha menjatuhkan presiden parti dan berkempen untuk mendapatkan sokongan bertanding jawatan presiden suatu kesalahan. Hanya Umno yang menganggap salah menjatuhkan presiden sekiranya majlis tertinggi tidak bersetuju. Sebab itu jawatan presiden tidak dipertandingkan.

Presiden Tunku Abdul Rahman  dijatuhkan oleh  golongan muda ‘Young Turk’ dan Dr Mahathir. Tun Razak meninggal dunia. Tun Hussein dipaksa meletak jawatan oleh Dr Mahathir. Pak Lah dijatuhkan Mahathir dari luar Umno. Dan Najib dalam proses untuk ditumbangkan oleh Mahathir.

Adakah PAS akan melakukan proses tersebut dalam menentukan jawatan presiden? Mengambil hak perwakilan untuk diberi kepada seseorang individu atau sekumpulan pemikir seperti Majlis Syura Ulama?

Samseng menular?

Suatu ketika dahulu, PAS sering menjenakakan amalan politik dalaman Umno yang berebut untuk bertanding menjelang pemilihan. Puak yang tidak berpuas hati akan mengupah samseng memukul lawan.

Kini, perangai itu didakwa telah menulari PAS. Samseng didakwa membakar kereta Dr Hatta kerana cuba menjatuhkan presiden dan menumbuk muka Dr Dzulkefly kerana mengkritik ulama.

Apa nak jadi dengan PAS? Umno telah berkuasa lebih 55 tahun. Wajarlah parti itu jadi ‘nyanyuk dan gila’ kerana berada di usia tua. Mereka telah puas menjarah kekayaan negara dan tidak mengapa jika mereka berlawan sesama sendiri. Lebih daripada itu Umno adalah parti sekular yang tidak mementingkan agama dan tidak mendapat petunjuk Allah.

Namun kini rakyat mentertawakan PAS kerana parti itu belum pun berjaya memerintah negara tetapi telah berebut dan bertumbuk sesama sendiri. Lebih tenat parti itu dianggotai oleh pak lebai, guru agama dan ulama.

Kalau kelompok ini pun jauh dari petunjuk maka di manakah rakyat mahu mendapatkan kedamaian jiwa. Islam tidak buruk tetapi yang memperjuangkannya mempunyai akhlak buruk. Akhirnya PAS benar-benar menggantikan Umno. Bukan dari sudut politik kerana Umno tetap hebat memerintah, tetapi mengambil perangai buruk Umno dan hilang kepercayaan rakyat.

UCAPAN PERBAHASAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH 2015 DI SIDANG DUN KELANTAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sidang editorial dan rakan media sekalian.

Bersama-sama ini disertakan kenyataan rasmi saya untuk sebaran media.

Terima kasih.

--------------------------------------------------------


UCAPAN PERBAHASAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH 2015 DI SIDANG DUN KELANTAN


أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ (5:50)
5:50 Apakah hukum Jahiliah yang menjadi pilihan mereka, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang benar-benar yakin?

Mengikut skrin sidang DUN saya dijadual berucap petang semalam, tetapi dalam perjalanan sidang ditangguhkan awal. Namun begitu saya ucap terima kasih atas kesempatan berucapa pagi ini.

Dalam Persidangan DUN pada Oktober 2013, saya telah bangkitkan pentingnya langkahan diambil untuk mempastikan Enakmen Jenayah Syariah II melihat sinar pelaksanaan dan tidak hanya menjadi momokan menjelang pilihanraya.

Sidang kali ini, kita akan meluluskan sekali lagi penjelmaan semula Enakmen yang telah diluluskan pada tarikh bersejarah 1993, dengan beberapa pindaan, kerana sebab-sebab teknikal yang tertentu.
Enakmen 2015 disekalikan dengan beberapa pindaan dari Enakmen asal 1993.

Pindaan untuk penambahbaikan ini sekali gus membuktikan dari segi pengkanunan, ia terbuka bagi pembaikan dari masa ke semasa.
Dari segi kedaulatan dan hakimiyyah Allah mengenai hukum bagi kesalahan kesalahan yang telah ditentukan, tidak ragu lagi semua orang beriman wajib menjunjung dan berhukum dengannya.

Bagi setiap Muslim yang benar-benar ingin mengikuti tuntutan agama Islam, mereka mempunyai hak untuk dihukum dan berhukum mengikut hukum agama mereka.

Pada hemat saya,ia selari dengan amalan demokrasi negara kita dan demokratik dari segi kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan.

Tuan Speaker,
Berdasarkan kenyataan-kenyataan akhbar pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dalam isu ini, harapan untuk melihat fasa pelaksanaan Enakmen ini sudah semakin hampir;

PERTAMA: 
Jawatankuasa Teknikal Bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah ditubuhkan. Saya difahamkan, pada 15 Disember 2014 Majlis Mesyuarat Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, telah bersetuju untuk meminda akta 355 menjadikan hukuman rotan dinaikkan ke 100 rotan, ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatkan Kuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Persekutuan yang telah diadakan pada 2 hingga 4 November 2014 dalam mesyuarat sama menteri diputuskan untuk membawa pindaan akta 355 di Parlimen.

KEDUA:
Kerajaan Negeri yakin ia akan mula dilaksanakan pada tahun 2015 ini
Persiapan untuk pelaksanaan termasuk senarai hakim telah pun disiapkan
Bahagian Empat Enakmen ini memperuntukkan penubuhan Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas.

Saya yakin Kerajaan Negeri telah pun mendapatkan waran perjawatan dari JPA, waran dari Perbendaharaan dan budget perjawatan bagi kesemua Hakim-Hakim yang akan dilantik dan semua jawatan pegawai pelaksana yang lain di semua peringkat.

Saya juga yakin bahawa Kerajaan Negeri telah pun mempersiapkan semua Enakmen sokongan seperti Enakmen Acara Jenayah Syariah dll.
Begitu juga kaedah-kaedah. Misalnya bagi jadual II, III dan IV berkait diyah, saya yakin kaedah-kaedahnya telah pun disiapkan.
Hukuman-hukuman telah dinyatakan. Dari segi kaedah, misalnya bagi yang telah diputuskan membayar diyah tetapi akhirnya tidak membayar diyah berkenaan, adakah hartanya boleh disitakan?
Ianya saya yakin, telah pun disiapkan sepenuhnya.

Tuan Speaker,
Bagi majoriti rakyat Kelantan yang telah mengundi parti pemerintah hari ini, mereka tidak lagi mahu melihat larian setempat dalam pelaksanaan Enakmen ini.
Kerajaan Negeri telah, melalui kenyataan akhbar, memberikan sedikit gambaran laluan politik, perundangan dan proses lain menuju pelaksanaan Enakmen ini.
Ada masanya, proses ke hadapan selepas Enakmen ini diluluskan disebut melalui Bill Persendirian Ahli Parlimen untuk meminda Perkara 76 (A1).

Pada ketika yang lain, langkah seterusnya dikatakan untuk membawa pindaan Akta Jenayah Syariah 355 di Parlimen sama ada melalui;
satu, Menteri akan mencadangkan pindaan Akta Jenayah Syariah 355 dengan menaikkan hukuman rotan mengikut hukum syara’ kepada seratus rotan bagi membolehkan sekurang-kurangnya empat kesalahan syariah di bawah Enakmen ini dilaksanakan.

Ia membuka jalan sebagai permulaan.
Ia menepati kaedah fiqah, apa yang mampu dilaksanakan, dilaksanakan dan yang lain belum boleh dilaksanakan, di kemudiankan tanpa meninggalkan kesemuanya atas alasan menunggu dilaksanakan kesemua sekali sekali gus. 

Dua,: wakil Kerajaan Negeri yang menjadi Ahli Dewan Rakyat membawa Bil Persendirian mencadangkan pindaan Akta 355 dengan tujuan yang sama seperti di atas, tetapi bukan dibawa oleh Menteri.

Tuan Speaker,
Saya difahamkan, tujuan asal Jawatankuasa Teknikal Bersama ditubuhkan ialah untuk antara lain memutuskan samada laluan 76 (A1) atau Akta 355 lebih sesuai untuk dilalui.

Saya difahamkan Menteri berkenaan memberi faham kepada wakil Kerajaan Negeri bahawa Kerajaan Pusat lebih bersetuju dengan laluan pindaan Akta 355 dengan menaikkan hukuman rotan kepada seratus rotan.
Pindaan itu akan dibawa oleh Menteri.

Jika ia dibawa oleh Menteri, tentulah dengan kuasa whip yang ada, semua Ahli Parlimen dari parti Kerajaan baik MCA, MIC, Gerakan dan wakil dari Sabah dan Sarawak wajib menyokong dan ini memudahkan kelulusan walaupun pindaan seperti itu hanya memerlukan simple majority.

Ia juga tidak menakutkan sesetengah pihak di luar dari batasan sepatutnya kerana empat kesalahan yang akan terlibat adalah lebih berbentuk kesalahan syariah seratus peratus dan tidak melibatkan kuasa-kuasa dan kesalahan di bawah Kanun Kesalahan Jenayah atau Penal Code, kecuali kesalahan liwat.
Begitu juga dengan bentuk hukuman iaitu rotan yang telah pun ada dalam sistem perundangan Malaysia kecuali bilangannya sahaja yang ditambah.

Kebelakangan ini, saya mendengar, Kerajaan Pusat hanya bersetuju meningkatkan bilangan rotan hanya menjadi 39 rotan, menjadikan kesemua empat kesalahan yang dijanjikan boleh dilaksanakan menerusi Enakmen ini tetap tidak dapat dilaksanakan.

Kedua, saya difahamkan Menteri mencadangkan Ahli Parlimen PAS dan bukannya Menteri membawakan usul pindaan Akta 355 denagn alasan-alasan tertentu yang tidak berbangkit pada permulaan Jawatankuasa Teknikal Bersama hendak ditubuhkan dahulu.

Jika ini berlaku, apa jaminan ia akan mendapat sokongan Ahli Parlimen BN?

Ia juga menambahkan perlunya pelbagai pihak memberikan sokongan terhadap usul itu nanti bagi mempastikan kejayaannya dan bukan hanya satu percubaan yang sia-sia.

Di sinilah letaknya keperluan berbahasa dengan elok dan bijaksana dengan semua pihak.
Jika cubaan berasaskan Bil Persendirian untuk meminda Akta 355 akan gagal, apa tah lagi pindaan Perkara 76 (A) yang memerlukan majoriti dua pertiga?

Tuan Speaker,

Aspek kedudukan nas syarak yang wajib diimani oleh semua orang Islam sudah tentu tidak boleh dipertikaikan lagi.
Kerana itulah Parti Islam ditubuhkan dan kita semua mendokongnya. Kerana itulah Enakmen 1993 terlahir sejak sesetengah ADUN pada hari ini belum lagi menjadi ADUN atau terlibat dengan kerajaan. 
Kita berterima kasih kepada al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menjadi menteri besar telah menorakai usaha ini sehingga diwujudkan enakmen yang dibentang pindaan hari ini.

Aspek pengkanunan pula, ia terbuka untuk perbincangan, penelitian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa, seperti yang berlaku kepada Enakmen ini sendiri.

Aspek laluan menuju pelaksanaan adalah aspek ketiga yang terpaksa diambil kira dengan penuh teliti. Sudah tentu pertimbangan politik juga wujud dalam aspek ini.

Saya yakin majoriti rakyat Kelantan yang telah mengundi PAS berkali-kali, ingin melihat pelaksanaan Enakmen ini diangkat penuh bijaksana, cermat dan berjaya. Bukan semata-mata kehebohan-kehebohan dan cabar mencabar melebihi keperluan sebenar tetapi akhirnya terbantut.
Semangat permuafakatan lebih memudahkan laluan berbanding dilihat menonjolkan keangkuhan dan kesombongan.

Saya juga yakin bahawa kita semua mengangkat agenda ini untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya dijadikan satu bola politik semata-mata dalam apa jua cara dan bentuk.

Saya yakin, rakyat Malaysia, jika berbahasa dengan bahasa yang lunak dan tidak sengaja bertujuan menakut-nakutkan, akan mengizinkan ummat Islam khususnya rakyat Kelantan di mana majoriti mereka beragama Islam dan telah melalui proses demokrasi yang diamalkan oleh negara kita, mendapat hak demokratik beramal dengan Islam anutan mereka sepenuhnya.

Apa lagi, bagi empat kesalahan jenayah syariah permulaan seperti telah saya sebutkan, bentuk hukumannya telah sedia ada dalam sistem perundangan negara kita.

وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَى وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (28:70)
28:70 Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

Saya berdoa, usaha kita diberkati.

Husam Musa
ADUN Salor
19 Mac 2015
Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Ucapan Ku Li Di Parlimen


Secara umumnya ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen  semalam diterima baik oleh banyak pihak dan menggambarkan keprihatinannya kepada masalah yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.

Ucapannya yang antara lain mengingatkan mengenai sumpah Ahli Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat, gesaan mengisytiharkan harta bagi menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen kepada sebuah badan bebas dan saranan menangguhkan perlaksanaan cukai GST, tidak lain merupakan reaksinya yang jujur, bukan saja berdasarkan pengalamannya tetapi juga keadaan semasa dalam negara.

Walaupun ada yang mengkritik Ku Li atas ucapannya termasuk mengatakan ia hanya retorik, sudah terlambat, melabelnya sebagai ahli politik lama yang ketinggalan zaman dan ada juga memberi gambaran seolah-olah beliau tidak memahami GST, hakikatnya beliau berani memberikan pandangan serta tegurannya.

Sama ada kerajaan mahu menerima atau mengabaikan saja semua teguran itu, yang penting Ku Li telah melaksanakan tanggungjawabnya untuk memperbaiki lagi imej kerajaan di mata rakyat.

Berkenaan pengisytiharan harta yang disarankannya kepada sebuah badan bebas yang dipilih oleh Parlimen, ia akan membantu menaikkan imej kerajaan berbanding amalan sekarang di mana para anggota pentadbiran kerajaan hanya membuat pengisytiharan kepada Perdana Menteri saja.

Tetapi dalam konteks amalan yang ada sekarang, Perdana Menteri mengisytiharkan hartanya kepada siapa?

Dengan adanya sebuah badan bebas yang diwujudkan itu, semua anggota pentadbiran kerajaan serta Ahli Parlimen, baik daripada kerajaan mahupun pembangkang diwajibkan mengisytiharkan harta masing-masing dan ini secara langsung membantu kewibawaan dan ketelusan sebagaimana yang diinginkan oleh rakyat masa kini.

Begitu juga dengan perlaksanaan GST dan ke mana wang cukai itu bakal disalurkan, apa yang disuarakan oleh Ku Li adalah kebimbangan umum yang boleh didengari serta dipekatakan di mana-mana.

Soal GST baik untuk negara dan mampu menambah sumber kewangan negara bukanlah soal utama tetapi yang menjadi kerisauan ialah sejauh mana ia bakal menambahkan lagi beban kewangan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, ringgit menjunam dan kos sara hidup kian meningkat, kebimbangan Ku Li tentunya ialah perlaksanaan GST akan merobekkan lagi poket rakyat.

Ini kerana sudah kedengaran beberapa perkhidmatan dan barangan akan meningkat harganya apabila GST dilaksanakan seperti bil utiliti, tuisyen, ubat-ubatan, hiburan dan sebagainya dan semua ini mampu meningkatkan lagi suhu badan mereka yang berpendapatan rendah.

Sebagai bekas Menteri Kewangan, Pengerusi Bank Dunia, IMF, Bank Pembangunan Asia, Pengasas Petronas dan puluhan jawatan lain di peringkat antarabangsa dan dalam negara, mengatakan kritikan dan saranannya agar ditanggguhkan perlaksanaan GST seolah-olah beliau tidak faham mengenai GST barangkali amat keterlaluan dan tidak masuk akal sama-sekali.

Hanya kerana pandangannya sedikit berbeza dengan kerajaan, cemuhan tidak sewajarnya dilontarkan kerana Ku Li sekurang-kurangnya sudah memberi peringatan mengenai kesan tidak baik yang bakal dihadapi nanti.

Selebihnya terpulanglah kepada kerajaan menilainya, terutama kemungkinan kemuncak kesan GST itu kepada rakyat bertembung dengan tarikh pilihanraya umum akan datang. (SH 18/03/2015)

'Tambang teksi, bas naik? Jom naik jet'

'Tambang teksi, bas naik? Jom naik jet'..tak mau kata apa la...hangpa la sokong...padan muka hangpa dan muka  aku juga.Sembang ngan Pak Cik Umnodoklam utan..sembang kencang soal bandarmemang la GST baguih...sebab dia tak tau hapa...yang dia tau nak cari duit n nak makan apa esok. Tu saja yang dia tau.



  Anggota exco Pemuda Umno, Ibdillah Ishak mengesyaki bahawa kenaikan tambang lebih 20 peratus untuk teksi, bas ekspres dan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mungkin satu bentuk sabotaj.

Kenaikan tambang perkhidmatan KTMB dan bas ekspres itu akan berkuatkuasa pada Mei ketika pengguna terpaksa menghadapi beban Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April.

“Selepas SPAD umum kenaikan, sekarang KTMB pula umum kadar pelarasan tambang naik sehingga 20% bergantung kepada jarak perjalanan.

“Sebagai salah sebuah syarikat GLC, KTMB tak patut bebankan rakyat dengan kenaikan kadar yang drastik. Dah lupa tanggungjawab untuk bantu rakyat?,” katanya di Twitter.

Pendedahan : Najib PM ‘boros’ beli jet peribadi baru – Rafizi

Pendedahan : Najib PM ‘boros’ beli jet peribadi baru – Rafizi

KUALA LUMPUR 16 MAC : Sikap ‘boros’ Datuk Seri Najib Razak makin terserlah dengan pembelian terkini sebuah lagi jet peribadi baru bagi kegunaan perdana menteri.
newjet1Dalam satu pendedahan kepada Keadilandaily, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu pentadbiran Najib pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.

“Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan membuktikan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB,” kata Rafizi.

Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik 5 jet peribadi termasuklah Boeing Businees Jet.
Sikap boros ini dilihat bertentangan dengan situasi yang dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.

Kesal dengan tindakan Najib itu, Rafizi turut mendakwa tindakan Najib ini juga mengesahkan lagi bahawa rakyat bakal berhadapan dengan satu bentuk cukai baru untuk membayar jet peribadi Perdana Menteri.page1
“Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.

“Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.

Justeru, Rafizi menuntut pembelian jet peribadi ini dibatalkan kerana tindakan ini hanya akan membelakangkan kepentingan rakyat sekaligus Najib perlu memohon maaf atas tindakannya itu.

Sebelum ini, Najib dan Isterinya, Rosmah Mansor juga dilaporkan gemar berboros dan menghabiskan dana awam untuk tujuan peribadi. Tindakan ini juga turut mengundang kritikan banyak pihak yang memaksa Perdana Menteri itu berundur dan melepaskan jawatannya.


Rosmah singgah di Indianapolis untuk tinjau pesawat baru?

(Oleh: Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 18 MAC- Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan apakah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat bagi meninjau sendiri kerja menaik taraf pesawat baharu ACJ920 yang dibeli kerajaan.


Rafizi berkata, spekulasi itu tersebar susulan laporan mengatakan pesawat peribadi milik negara ACJ319 9M-NAA berada di lokasi berkenaan selama 6 hari pada 26 Disember, 2014, iaitu beberapa hari selepas pesawat ACJ320 9H-AWK dibeli oleh Putrajaya.

Rafizi sebelum ini mendedahkan satu pembelian pesawat peribadi terbaru bagi kegunaan pemimpin negara secara sewa beli.

Pesawat tersebut yang dakwanya bernilai hampir RM500 juta dibeli melalui perjanjian yang ditandatangani pada 1 Disember lalu.

Tambah Rafizi , siasatan  mendapati jet peribadi ACJ320 tersebut sebelum ini dimiliki Comlux Aviation Group yang berpangkalan di Indianapolis.

“Perjanjian sewa beli jet peribadi baharu ACJRE0 9H-AWK ditandatangani pada 1 Disember, 2014 dan pada Oktober 2013, Comlux mengumumkan ia selesai menaik taraf jet peribadi kegunaan ketua negara Malaysia setelah kerja naik taraf bermula Jun 2013.

“Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja naik taraf kabin, berdasarkan maklumat ini adalah tidak munasabah jet peribadi sedia ada, ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk kerja naik taraf kabin kerana pesawat itu baru saja dinaik taraf setahun sebelum itu,” katanya, pada sidang media di parlimen hari ini.

Tegasnya lagi, timbul persoalan apakah penumpang yang menaiki pesawat ACJ19 9M-NAA telah singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja naik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan itu.
“Najib sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pangkalan Comlux di mana kerja menaik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan sedang dijalankan.

“Spekulasi yang berlegar kemungkinan besar isteri perdana menteri adalah VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan meninjau sendiri kerja menaik taraf jet peribadi baharu itu,” katanya kepada pemberita.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65694

Kita mempunyai pemimpin yang lebih ganas dari Marcos dan Imelda nya

Aspan Alias

Ucapan YBM Tengku Razaleigh di Parlimen semalam, semuanya adalah manifestasi sebenarnya yang diluahkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang dan teknokrat yang suatu ketika dahulu telah merencanakan banyak polisi kerajaan dan perlaksanaannya yang begitu baik sehingga beliau diketepikan dari politik arus perdana. Ucapan beliau semalam pastinya satu manifestasi yang luhur yang bukan sahaja dirasakan keluhan oleh Tengku Razaleigh sendiri tetapi dirasakan oleh ramai rakyat biasa seperti kita dibawah ini. Apa yang disentuh beliau itu semuanya kena mengena dengan kepentingan rakyat dan negara.

TR bukannya senang untuk membuat ucapan yang mengkritik partinya sendiri tetapi jika beliau telah membuka mulut dan membuat ucapan yang begitu ‘inward looking’ ia merupakan satu tindakan yang beliau rasakan amat perlu dilakukan semata-mata untuk keselamatan dan kemajuan bangsa dan negara ini di hari muka.

Satu perkara yang sangat penting disebut oleh TR ialah tentang peranan Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya dahulu. Semua yang dihadapi sepatutnya difahami oleh semua Ahli-Ahli Legislatif dan terpulang kepada Ahli-Ahli Parlimen ini untuk melakukan pembetulan terhadap ‘serious difficulties’ yang dihadapi oleh negara kita. Jika tidak dilakukan pembetulan sekarang, rakyat akan membetulkannya semasa pilihanraya nanti.

Jika itu berlaku, segala yang hendak mereka pertahankan untuk diri mereka yang ada pada hari ini akan hilang juga dan Negara akan menjadi huru hara kerana dipihak pembangkang pun bukannya mempunyai kemahiran untuk membetulkan keadaan selain dari hanya mengkritik dan berdemonstrasi sahaja.

Kalau diteliti dari seorang keseorang wajah dalam Parlimen itu, hanya TR sahaja yang masih bertenaga dan masih wujud dalam era pentadbiran sekarang. Itu sebabnya beliau seorang sahaja yang masih memahami apa yang beliau perkatakan. Mereka mewarisi budaya politik baru yang amat mengerikan jika diteliti secara halus. Pemimpin sekarang hanya memikirkan apa yang mereka dapat dan tidak melakukan sesuatu untuk kehendak rakyat.

Rakyat telah memilih mereka untuk melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat dan jika Ahli-Ahli Parlimen, membiarkan sahaja apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini maka mereka telah mengingkari kehendak pemilih mereka dan itulah sebabnya dikatakan tadi, jika tidak bertindak sekarang maka rakyat akan bertindak.

Parti pemerintah boleh melakukan persefahaman dengan PAS misalnya, tetapi jika yang melakukan persefahaman dari pihak kerajaan ini terlalu serius kesalahannya maka persefahaman itu juga tidak akan kemana kerana keutamaan rakyat sekarang ialah untuk menghukum mereka yang bermain-main dengan kehendak dan aspirasi rakyat. Rakyat bukannya memilih mereka kerana memberikan mereka untuk melakukan apa-apa yang mereka suka.

Sekarang ini bukan setakat menyelesaikan masalah 1MDB atau masalah yang dihadapi oleh Felda atau masalah kelembapan ekonomi sahaja. Masalah yang sedang dihadapi Negara sekarang ialah masalah yang lebih meluas dan besar lagi dari isu hutang Negara yang terlalu besar dan masalah kebangkrapan yang begitu ‘imminent’ bagi Negara.

Masalah penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dahulu belum disempurnakan dengan sepenuhnya. Tentulah Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak mempunyai tugasan dan tanggungjawab yang lebih besar di Dewan Legislatif Persekutuan itu. Kita mendengar laungan yang Sabah dan Sarawak sebagai ‘equal partners’ dalam Persekutuan tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai kudrat untuk memperjuangkan nasib negeri-negeri mereka itu. Kenapa selama ini mereka tidak mahu bertindak? Mungkin banyak sebabnya. Tetapi jika ditanya orang kebanyakan persepsi mereka ialah mereka lebih mengutamakan perut mereka dan mendahului kemahuan nafsu dan kepentingan peribadi mereka jangka pendek.

Mereka dari Sabah dan Sarawak mempunyai suara yang besar tetapi setakat ini suara besar mereka tidak membawa apa-apa faedah untuk mereka. Tetapi mereka masih menuduh kerajaan persekutuan menganak-tirikan mereka. Jika benar mereka di anak-tirikan oleh persekutuan bukankah itu kehendak mereka sendiri kerana terlalu ketakutan untuk melakukan perubahan semata-mata kerana takut kehilangan apa yang mereka ada?

Kita juga sedang menghadapi masalah pendatang asing yang besar. Dari jumlah 6 juta pendatang asing hanya 2 juta sahaja yang datang secara halal. Jika Negara seperti Singapura dibanjiri dengan pendatang professional, kita di datangi oleh jutaan pendatang haram dan ‘unskilled labors’ yang membawa sekali masalah sosial kepada negara kita. Puluhan tahun kita tidak mendengar penyakit batuk kering (TB) tetapi penyakit itu sudah kembali bersama pendatang-pendatang haram yang belum tentu lagi tahap kebersihan dan kesihatan mereka itu baik sebelum memasuki negara kita.

Jadi apa yang disebutkan oleh TR dalam Dewan Parlimen semalam bukannya isu yang boleh dipandang enteng kerana isu-isu yang beliau bawa itu adalah isu-isu penting yang menentukan hidup matinya Negara kita di masa depan.

Hanya yang kita harapkan keadaan akan berubah dan sikap Ahli-Ahli Parlimen akan berubah dan membawa perubahan sebelum diubah oleh rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Rakyat sudah terlalu jemu mempunyai Perdana Menteri yang berimejkan seorang Perdana Menteri yang terboros sekali dalam dunia ini. Sekarang ini yang paling penting dilakukan oleh semua pemimpin di Parlimen itu, mereka wajar mengisytiharkan harta kepunyaan mereka seperti yang disarankan oleh YBM Tengku Razaleigh itu.

Sekarang ini kita sudah mempunyai pemimpin yang lebih ganas dan hebat dari Marcos dan Imelda nya berbelanja wang rakyat. Apa pula akan menimpa kita selepas ini. Wallahualam. Kata seorang rakan saya 'it's an endless possibilities'.

KEMPEN TOLAK HJ HADI DALAM MEDIA MAKIN HEBAT

MUNGKIN HADI SUDAH TERLUPA.. BETAPA CELUPARNYA BELIAU PADA MASA ITU.
TAPI INILAH HAKIKATNYA. HUKUM ALAM BERJALAN TANOA KITA SEDARI.. DAN KESAN DARI UNGKAPAN HADI 30 TAHUN DULU KINI
KEMBALI UNTOK MENGHANTUI DIRINYA..

"WHAT GOES AROUND COMES AROUND".




 


Tabung Kebebasan' dirancang bantu keluarga 13 dipenjara

Mana yang kata ulamak nak dok diam saja ka? Tak rasa malu ka bangsa lain yang dok pulun nak tolong. tak dengar pun para ulamak nak kedepan bantu. Jangan kata ada biro lain.Ulamak dan yang dok pandai cakap dan kutuk panggil jebon la, barua la, ...mai bab nak cakap dan tolong dan barisan depan, hangpa menikus.Bukan aku tak hormat ulamak...tapi kalau tengok gaya yang tak maksum dan zuhud......?????? sedang mana..aku rasa  ..tak payah cakap.Aku pun tau kalau kisah wali wali di Indon dulu yang kedepan membantu dan menolong selain menyebarkan islam.Hangpa buat apa????

 

 

Tabung Kebebasan' dirancang bantu keluarga 13 dipenjara



Para aktivis sedang berusaha bagi mengumpul RM26,000 sebulan untuk membantu keluarga 13 orang yang dijatuhi hukuman 10 bulan penjara kerana menyertai demonstrasi pada Februari 2009 membantah BN mengambil alih pentadbiran di Perak.

Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 60 dihantar ke penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM5,000 tiap seorang.

Tabung Kebebasan yang dirancang itu berharap untuk mendapatkan sokongan dari 520 orang untuk mengikrarkan menyumbang RM50 sebulan selama 10 bulan, supaya keluarga mereka masing-masing akan menerima RM2,000 ketika mereka menjalani hukuman penjara.

"Sebelum kita berbuat demikian, kita mahu memastikan bahawa terdapat sokongan yang mencukupi. Kami akan mula menyediakan struktur untuk melihat sama ada kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 130 orang berikrar memberi sumbangan, dalam masa 72 jam, yang akan berakhir pada jam 1.30 petang 21 Mac.

Aktivis sosial Wong Chin Huat yang pada tahun 2009 turut ditangkap kerana memprotes rampasan kuasa di Perak. dalam postinnya di Facebook berkata, naib presiden BERSIH 2.0, Thomas Fann akan menyelia tabung tersebut.

"(Kita akan) pasatikan struktur yang betul, termasuk akaun bank, pemegang amanah dan hubungan dengan keluarga, untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti."

Kesemua 13 penyokong PAS yang dihantar ke penjara hari ini ialah:

  • Mohd Faiz Mohd Arshad, 27;
  • Zulhaizam Zulkifli, 30;
  • Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40;
  • Adi Hilmee Mohd Nasir, 45;
  • Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 48;
  • Bad Latif Mansor, 48;
  • Mohamad Nazeer Hameed, 49;
  • Khairul Azmi Hassan Basr, 49;
  • Mohd Hasri Ismail, 49;
  • Yusuf Jaafar, 49;
  • Idris Mohd Thaib 49;
  • Suhana Abdullah, 50; dan
  • Isha Riduan Ishak, 60.
Para penyokong merancang untuk berkumpul di penjara Kajang sebagai tanda solidariti pada jam 8.30 malam ini.

RAKAMAN PEMBENTANGAN YM YB TENGKU RAZALIGH HAMZAH DALAM DEWAN SEMALAM


13 penunjuk perasaan bantah pelantikan MB Perak dipenjara 10 bulan




Seramai 13 individu terlibat dalam tunjuk perasaan bantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 2009 dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mac, 2015. Seramai 13 individu terlibat dalam tunjuk perasaan bantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 2009 dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mac, 2015.    

  


























 
 
 
 
 
 
 
 
 
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini 
 menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada 13 yang terlibat dalam tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009.
Semua 13 penunjuk perasaan itu kemudiannya terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.


(gambar fail wrlr)

Panel 3 hakim diketuai Datuk Mokhtaruddin Baki menjatuhkan hukuman itu membuat keputusan itu dengan menolak keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

(Gambar fail wrlr)

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman RM5,000 dan 2 tahun penjara sebelum ini manakala Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 tetapi tiada hukuman penjara di samping membebaskan 3 daripada mereka.
  (gambar fail wrlr)

 Peguam tertuduh Aminudin Zulkipli berkata, memandangkan ini adalah kali kedua rayuan dibuat, agak sukar untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan kecuali mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.
(Gambar fail wrlr)

Atas sebab itulah, katanya 13 yang didapati bersalah itu terus dimasukkan ke penjara hari ini juga.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang membacakan keputusan itu berkata Perlembagaan Persekutuan membenarkan kebebasan berhimpun tetapi sebarang perkumpulan jadi tidak sah jika wujud rusuhan.
(Gambar fail wrlr)

Keputusan itu memberi kesan kepada mereka yang mengadakan bantahan kerana polis boleh menggunakan Kanun Keseksaan untuk menangkap dan menahan suspek untuk siasatan.

  (GAMBAR fail wrlr)

Dalam kes ini, 13 individu itu didapati bersalah mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang hanya mengenai denda RM5,000.
Terdahulu Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun kepada 13 individu berkenaan.

  (gambar fail wrlr)
 
Pada awalnya, 13 yang didakwa, namun seorang lagi yang merupakan rakyat Indonesia gagal dibawa ke mahkamah hari ini.
Oleh itu, pihak pendakwa menarik balik rayuan ke atasnya dan kekal dengan keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 saja.

Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan tetapi menjatuhkan hukuman berbeza dengan hanya mengenakan denda kepada 10 tertuduh dan membebaskan 3 yang lain.

Tiga belas individu itu ialah Bad Latif Mansor, 48; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusoff Jaafar, 49.
(Gambar fail wrlr)

Mereka didapati bersalah terbabit dalam Ops Bubar, perhimpunan yang dirujuk sebagai “menyertai atau terus berkumpul dalam satu perhimpunan tidak sah, walaupun tahu arahan bersurai dikeluarkan”.

Sepanjang prosiding selama 4 tahun, seramai 39 saksi pendakwa memberi keterangan sementara pihak pembelaan memanggil 22 saksi.

Sebanyak 70 eksibit dibawa di mahkamah, termasuk gambar dan rakaman video apa yang berlaku pada hari berkenaan.
Semua 13 individu terbabit didakwa selepas mereka berbaring di atas jalan masuk, membaling batu dan botol air dengan tujuan menghentikan beberapa kereta memasuki kawasan Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

  (Gambar fail wrlr)

Kejadian itu berlaku sebelum Zambry mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak ke-11, susulan kejatuhan kerajaan negeri DAP/PAS/PKR.

Ketika majlis angkat sumpah jawatan Zambry, sekumpulan penyokong PR membuat bantahan dengan berhimpun di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

  (Gambar fail Wrlr)

Antaranya ada yang baring di atas jalan raya dan menghalang perjalanan Sultan Perak ke istana tempat berlangsungnya istiadat angkat sumpah jawatan itu. – 18 Mac, 2015.

Rosmah singgah di Indianapolis untuk tinjau pesawat baru?

Rosmah singgah di Indianapolis untuk tinjau pesawat baru?

(Oleh: Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 18 MAC- Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan apakah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat bagi meninjau sendiri kerja menaik taraf pesawat baharu ACJ920 yang dibeli kerajaan.

Rafizi berkata, spekulasi itu tersebar susulan laporan mengatakan pesawat peribadi milik negara ACJ319 9M-NAA berada di lokasi berkenaan selama 6 hari pada 26 Disember, 2014, iaitu beberapa hari selepas pesawat ACJ320 9H-AWK dibeli oleh Putrajaya.

Rafizi sebelum ini mendedahkan satu pembelian pesawat peribadi terbaru bagi kegunaan pemimpin negara secara sewa beli.

Pesawat tersebut yang dakwanya bernilai hampir RM500 juta dibeli melalui perjanjian yang ditandatangani pada 1 Disember lalu.

Tambah Rafizi , siasatan  mendapati jet peribadi ACJ320 tersebut sebelum ini dimiliki Comlux Aviation Group yang berpangkalan di Indianapolis.

Adakah Rosmah ke Indianapolis tinjau jet baharu, soal PKR

“Perjanjian sewa beli jet peribadi baharu ACJRE0 9H-AWK ditandatangani pada 1 Disember, 2014 dan pada Oktober 2013, Comlux mengumumkan ia selesai menaik taraf jet peribadi kegunaan ketua negara Malaysia setelah kerja naik taraf bermula Jun 2013.

“Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja naik taraf kabin, berdasarkan maklumat ini adalah tidak munasabah jet peribadi sedia ada, ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk kerja naik taraf kabin kerana pesawat itu baru saja dinaik taraf setahun sebelum itu,” katanya, pada sidang media di parlimen hari ini.

Tegasnya lagi, timbul persoalan apakah penumpang yang menaiki pesawat ACJ19 9M-NAA telah singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja naik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan itu.
“Najib sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pangkalan Comlux di mana kerja menaik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan sedang dijalankan.

“Spekulasi yang berlegar kemungkinan besar isteri perdana menteri adalah VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan meninjau sendiri kerja menaik taraf jet peribadi baharu itu,” katanya kepada pemberita.

Pembelian Jet Baru Tidak Kena Masa

shahbudin.com


Buat seketika, ramai yang terperanjat dengan pendedahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai pembelian jet baru kerajaan, Airbus Corporate Jetliner atau ACJ320 yang didakwa untuk kegunaan Perdana Menteri, Najib Razak.

Tersentaknya rakyat dengan pendedahan itu bukan saja kerana kerajaan dipercayai sudah mempunyai sekurang-kurangnya enam jet eksekutif untuk kegunaan Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja tetapi juga kerana isu jet yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, sudah sering menjadi perbualan umum.

Kali terakhir itu jet melibatkan Rosmah diperkatakan ialah bilamana jet kerajaan ACJ319 didapati terus berada di beberapa bandar di Amerika Syarikat sedangkan ketika itu Najib sudah kembali ke tanahair untuk meninjau keadan banjir di Kelantan dan negeri-negeri lain. Najib yang sedang bercuti dengan keluarganya di Hawaii terpaksa pulang ke Malaysia dengan pesawat komersial hingga ke Hong Kong sebelum dijemput oleh jet TUDM.

Sudah tentu ramai yang bertanya, apa perlunya ditambah sebuah lagi jet?

Lebih mengejutkan juga ialah kerana pembelian jet itu dilakukan ketika rakyat berhadapan dengan pelbagai isu yang mencengkam kehidupan mereka seperti 1MDB, kejatuhan ringgit, ekonomi yang suram, hutang negara menjangkau RM740 bilion, beban sara hidup yang kian meningkat serta cukai GST yang bakal dilaksanakan 1 April depan.

Dalam keadaan negara bergelumang dengan banyak isu yang gagal diselesaikan serta kedudukan ekonominya ditakrifkan tidak begitu baik, tentu saja pembelian sebuah jet baru kerajaan mengundang rasa tidak puas hati serta keresahan rakyat.

Memburukkan lagi keadaan, Jabatan Perdana Menteri atau JPM juga agak lewat memberi penjelasan mengenainya. Hanya pada lewat petang semalam barulah JPM tampil dengan penjelasan bahawa pembelian jet ACJ320 itu ialah untuk menggantikan Boeing Business Jet atau BBJ yang telah berusia 16 tahun.

Dimaklumkan juga  melalui penjelasan JPM itu bahawa perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan sejak dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan yang semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan. 

Walaupun penjelasan JPM itu boleh diterima, khususnya atas faktor kos penyelenggaraan dan risiko keselamatan,  masa dan ketika pembelian  jet ini tetap dianggap tidak kena dan langsung tidak sesuai.

Ketika rakyat resah melihat pendedahan demi pendedahan mengenai 1MDB dan sedang bersiap-siap mencongak tambahan perbelanjaan berikutan perlaksanaan cukai GST, tentu saja pendedahan mengenai pembelian jet baru kerajaan dengan mudah mengundang kemarahan.

Ia ibarat seorang suami yang tiba-tiba hendak menikah lagi sedangkan di ketika yang sama isterinya sedang berada di hospital untuk melahirkan anak.

Memang menjadi hak dan dibenarkan oleh syarak untuk seseorang lelaki menambah isterinya, tetapi menikah lagi ketika isteri sedia ada sedang berada di hospital untul bersalin, adalah perbuatan purba yang tidak boleh diterima oleh sesiapa jua pun.

Begitu jugalah dengan pembelian jet ACJ320 ini, berdasarkan beban kos penyelenggraan dan risiko keselamatan,  membeli yang baru untuk menggantikan yang lama memang boleh diterima, bahkan dianggap suatu keperluan.

Cuma, masa dan ketikanya saja tidak berapa kena. Kerajaan sepatutnya memilih waktu yang sesuai untuk membeli dan menukar jet baru itu. Walaupun perbincangan sudah dilakukan sejak dua tahun lepas, tiada masalah jika pembelian itu ditanggungkan, sesuai dengan slogan kerajaan sendiri iaitu "rakyat didahulukan".

Dalam pada itu, selain kerajaan sudah mempunyai sekurang-kurangnya enam jet, diketahui juga bahawa Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja tidaklah sekerap Perdana Menteri mempunyai aturcara atau program di luar negara.

Pandangan umum ialah, kemudahan jet kerajaan itu lebih banyak digunakan oleh Perdana Menteri berbanding Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja.

Ditambah sudah banyak kali isu jet ini menjadi perbualan ramai berikutan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor juga ke sana ke mari menggunakan kemudahan tersebut, tanggapan umum juga ialah pembelian jet baru ACJ320 ini ada kaitan dengan kehendak Seri Perdana.

Inilah masalah Najib setiap kali isu jet ditimbulkan. (SH 17/03/2015)

Penangkapan Nurul Izzah jadi tajuk utama global

 mkini



Berita penangkapan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia.

Pada jam 11 malam tadi, media yang menyiarkan berita tersebut termasuk Asahi Shimbun di Jepun, BBC di United Kingdom, New York Times di Amerika Syarikat, Sydney Morning Herald di Australia, The Hindu di India, Post Bangkok di Thailand dan Manila Times di Filipina.

Akhbar kewangan antarabangsa seperti Financial Times yang berpejabat di UK dan Wall Street Journal yang berpejabat di AS, turut memberi perhatian terhadap penangkapan Nurul Izzah itu.

"Anak ketua pembangkang yang dipenjara, ditangkap," bunyi tajuk utama New York Times. Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dengan tuduhan liwat.

Juga ditekankan dalam banyak laporan itu ialah langkah kerajaan Malaysia yang terus menggunakan Akta Hasutan 1948, termasuk kemungkinan ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat politik.

Kebanyakan laporan itu dari perkhidmatan wayar seperti Reuters dan Associated Press, tetapi banyak organisasi berita yang lebih besar, menyiarkan laporan mereka sendiri.

Contohnya termasuk saluran TV Al-Jazeera, BBC, New York Times dan Financial Times.

Nurul Izzah ditangkap di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 3 petang semalam, apabila beliau tiba untuk memberikan kenyataan mengenai penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Nurul ditahan di bawah Akta Hasutan bagi membantu siasatan polis terhadap perhimpunan tersebut, dan ucapannya di Parlimen yang menyentuh sistem kehakiman negara.

Katanya, Nurul Izzah akan dibebaskan sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, tanpa menyatakan bila.

Perhimpunan Kita Lawan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Mac, telah menarik kira-kira 10,000 penyokong turun ke jalanan untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar, yang telah dihukum penjara selepas disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Anwar tetap bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan mendakwa tuduhan terhadapnya itu adalah satu konspirasi politik.

Ekoran perhimpunan tersebut, polis telah menahan ramai pemimpin yang terlibat. Nurul Izzah adalah orang yang kesembilan ditahan berkaitan dengannya.

Awal hari ini, Human Rights Watch mengeluarkan kenyataan media di Malaysia, mengkritik penangkapan ahli Parlimen Lembah Pantai.

KAKITANGAN AWAM ...INGAT JANJI NAJIB DAHULU.....CUEAPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI TAHUN INI



 

Cuepacs : Semakan Kenaikan Elaun Naik 2015 Penjawat Awam dan Gaji Kakitangan Kerajaan (252 Skim Baru). Setuju?

52
Tarikh Gaji 2015
Cuepacs : Semakan Kenaikan Elaun Naik 2015 Penjawat Awam dan Gaji Kakitangan Kerajaan (252 Skim Baru). Setuju? : Cuepacs yang menjadi pembela kepada 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, terus menunggu dengan penuh sabar tindakan daripada pihak kerajaan Malaysia menerusi tuntutan “mendesak” yang perlu diberikan perhatian segera, antara lainnya ialah semakan kenaikan elaun kakitangan awam di Malaysia (iaitu sejumlah 231 elaun). Masakan tidak….
Masakan tidak dengan melihatkan gelombang kenaikan kos sara hidup dan harga barang di Malaysia serta keadaan inflasi di Malaysia menyebbakan ia sudah tidak relevan dengan sumbangan elaun yang diterima kakitangan awam hari ini. Setuju?
BACA BERITA INI : Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

Senarai Semakan Kenaikan Elaun Naik Penjawat Awam 2015 di Malaysia?

Antara kenaikan elaun naik kakitangan awam yang perlu diberikan perhatian segera ialah :
  • elaun perumahan
  • elaun khidmat awam
  • elaun sara hidup (COLA)
  • elaun perjalanan
  • elaun hotel
  • elaun wilayah untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
Cuepacs Malaysia tidak mahu semua tuntutan elaun naik speerti di atas tertangguh terlalu sedangkan kos sara hidup rakyat Malaysia hari ini terus naik dan naik.

Semakan Gaji Kakitangan Awam Melibatkan 252 Skim Baru 2015?

Dan dalam pada masa yang sama Cuepacs berharap sangat agar semakan gaji melibatkan 252 skim baru dilaksanakan segera.

Dalam pada, semakan kenaikan elaun naik penjawat awam dan semakan gaji skim baru kakitangan awam 2015 kali ini mahu dilakukan, mungkin dalam pada masa yang sama Cuepacs boleh usulkan bersama staf dan kakitangan awam yang tidak produktif untuk tidak dipotong elaun mereka atas kesalahan yang muktamad. Supaya saiz penjawat awam yang besar adalah benar-benar berkualiti dan bukan sekadar kuantiti semata. Insyaallah. Amin.
Apa kata anda pula?

 

 BERITA 10 JUN TAHUN 2014...ANTARA ALASAN NAJIB.

 

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!


Kenaikan elaun 2015
Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam penjawat awam : Suka atau tidak, bersedia atau tidak GST Malaysia tetap dilaksanakan bermula 1 April 2014. Melihatkan kata-kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah (SEPERTI DI SINI) yang mengatakan kenaikan harga barang, kos sara hidup seklaigus inflasi negara bakal berlaku, Datuk Seri Najib tampil dengan idea dan cadangan bagi meringankan beban kos sara hidup sebilangan rakyat Malaysia daripada 9 juta pembayar cukai GST kelak. Seperti….

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam?

  1. Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan elaun naik 2015 bagi 1.4 juta kakitangan awam.

  1. Syaratnya, 9 rakyat Malaysia perlu berikan duit kepada kerajaan Malaysia melalui kutipan cukai GST Malaysia yang bakal dilaksanakan.

  1. Kerajaan Malaysia memerlukan bajet, hasil dan dana tambahan bagi membolehkan hasrat 1.4 juta kakitangan awam bagi menikmati kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam bakal menjadi realiti tidak lama sahaja lagi selepas “tergantung” sekian lamanya.

  1. Dengan menggunakan sebahagian kutipan dana GST yang bernilai RM27 bilion setahun membolehkan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan elaun naik 2015 kakitangan kerajaan tanpa meminjam daripada mana-mana institusi kewangan termausklah Bank Dunia yang bakal membawa negara ke arah bencana ekonomi. Siapa kata? Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak. Sekian.
Penantian satu penyiksaan. Adakah ini bermakna permintaan 1.4 kakitangan awam selama ini termasuk kenaikan elaun COLA dan rumah akan dipermudahkan dan kakitangan awam akan dihidangkan dengan pengumuman rasmi kenaikan elaun 2015 penjawat awam selepas ini?