Anwar pertahan 1 nama calon MB, minta PAS ambil pendirian sama

Anwar pertahan 1 nama calon MB, minta PAS ambil pendirian sama

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Ogos, 2014.Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Ogos, 2014.






















Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dicapai PKR dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama saja untuk dilantik menjadi menteri besar Selangor dan berharap PAS juga akan berbuat demikian.

"Dalam semangat Pakatan, ini adalah kerusi PKR dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos," katanya kepada wartawan di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan saman fitnahnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR dan DAP semalam yang tetap mencalonkan satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor walaupun Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua nama.


Anwar berkata, pendekatan ini yang diambil selepas pilihan raya umum tahun lalu apabila Sultan meminta 4 nama namun hanya satu nama yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Anwar berkata, PKR berhak untuk dihormati sebagaimana PKR tidak pernah mempertikaikan isu calon MB PAS di Kedah, Perak dan Kelantan.

Anwar berkata, penting untuk ditegaskan semua isu yang berkaitan dipertimbang dan dibincangkan dalam mesyuarat pada 17 Ogos yang kemudiannya satu nama diluluskan.

"Kita sedar ada perbezaan pendapat antara 2 nama dengan satu nama dan juga tentang mengesahkan satu nama dan mengambil kira satu nama lain.

"Kedudukan Azmin sudah dibawa tetapi kita perlu menghormati keputusannya, beliau mematuhi keputusan parti dan menandatangani kenyataan bersumpah (SD) untuk menyokong Wan Azizah," katanya merujuk kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Pada 17 Ogos, Majlis Presiden Pakatan mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid yang dipecat daripada PKR pada 9 Ogos kerana melanggar keputusan partinya agar meletakkan jawatan.

Tetapi beberapa pemimpin PAS tidak senang dengan keputusan itu dan merasakan calon kedua diperlukan jika istana menolak pencalonan Dr Wan Azizah.

Parti Islam itu pada awalnya mencadangkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin sebagai calon.
Namun Azmin terikat dengan keputusan partinya yang hanya mencalonkan Dr Wan Azizah.

Anwar sebelum ini mengesahkan surat mencalonkan isterinya Dr Wan Azizah untuk jawatan MB sudah diserahkan kepada istana dan ditandatanganinya sendiri bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Bagaimanapun Khalid pada sidang medianya semalam berkata, surat Dr Wan azizah atau pencalonannya sebagai MB tidak berbangkit dalam pertemuannya dengan Sultan Selangor semalam.
Khalid berkata, Sultan mahu pemimpin PAS, DAP dan PKR masing-masing menghantar sekurang-kurangnya 3 nama untuk dipertimbangkan.


Semalam Khalid menyerahkan surat peletakan jawatannya namun diminta terus bertugas selagi penggantinya tidak dilantik. – 27 Ogos, 2014.



PAS tawar kerjasama dengan BN bentuk kerajaan Selangor?

PAS tawar kerjasama dengan BN bentuk kerajaan Selangor?


Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sehari yang lepas  dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.

Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat  mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru.

ADA 2 PERJUMPAAN PENTING DENGAN ORANG PENTING

Isnin Najib jumpa Sultan Selangor...Selasa Sahak jumpa Sultan Selangor?

Apa pun entah la ... ke tidak.....Kang jadi macam kisah Hj Hadi jumpa Sultan...Ha..ha.ha...

Nama Calon dah ada...Majoriti dah cukup.....Boleh dah kalau nak lantik kerajaan negeri......


Apa pun Khalid dikatakan menipu lagi soal jawatan MB...kononnya ada lebih nama...ha..ha..putaq alam juga rupanya....











Apa pun Langat 2 dah janji...rakyat selangor kena bayar.  Projek 9 billion ni akan dinikmati pembayarannya oleh rakyat selangor menjelang  2018 .











Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang berlanjutan sejak 2008. – Gambar Pejabat Menteri Besar Selangor, 26 Februari, 2014.

Tinggalkan PAS jika tidak setuju bersama Pakatan, kata Khalid Samad

Tinggalkan PAS jika tidak setuju bersama Pakatan, kata Khalid Samad

 

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengakui secara terbuka wujudnya puak dalam PAS yang tidak bersetuju PAS terus bersama Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2014. 


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengakui secara terbuka wujudnya puak dalam PAS yang tidak bersetuju PAS terus bersama Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2014.

Ahli-ahli PAS yang mahu parti Islam itu  meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR), harus meninggalkan parti itu, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini.

Khalid, yang merupakan seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata, jika ahli-ahli parti berasa parti itu lebih baik tanpa PR, maka mereka harus meninggalkannya dan menyertai Umno.

"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR," kata Khalid pada sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Shah Alam.


"Sudah tentu, dalam PAS ada berlaku perbezaan pendapat dan pandangan alternatif," katanya, mengakui ada puak dalam PAS yang tidak bersetuju dengan PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain." – 27 Ogos, 2014.


KEADILAN dan DAP hanya kemuka nama Wan Azizah

KEADILAN dan DAP hanya kemuka nama Wan Azizah

KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.


Wawi


DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.


DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN

TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor

Hanya satu nama dari PKR, DAP: Azizah


JANGAN TANYA PAS PULAK? NANTI KATA HJ HADI KECIK HATI. KAN PAS DAH SERAH PADA SULTAN....SO PKR DAN DAP SAJA BAGI SOKONGAN PENUH TERMASUK 2 DARI PAS DAH CUKUP MAJORITI........13 LAGI WALA ?  .....TAK JUGA ....
PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu sebentar tadi, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Ia juga mengambil kira keadaan semasa yang menyaksikan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (termasuk dirinya sendiri).

Selepas pilihan raya umum lalu, menurut PKR dan DAP, parti-parti dalam Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja walaupun istana turut meminta lebih daripada satu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“PKR dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor,” kata mereka.

Surat daripada istana berkaitan pencalonan menteri besar tahun lalu bertarikh 7 Mei, dua hari selepas pilihan raya umum, itu turut dilampirkan dalam kenyataan media yang diedarkan.

Istana minta 4 tahun lalu

Surat itu antaranya menyebut sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP bermesyuarat untuk mencadangkan empat nama sebagai calon menteri besar.

Khalid petang tadi memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor dan sultan menangguh menerimanya sehingga penggantinya ditentukan.

Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.

Menurut setiausaha sulit sultan, ia sejajar dengan konvensyen yang diamalkan berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini.

Pendirian PAS berhubung pencalonan mereka setakat ini masih belum jelas.

Mereka sebelum ini mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di samping Azizah tetapi Pakatan akhirnya memutuskan menerima Azizah sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS semalam bagaimanapun memutuskan menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan sultan Selangor dalam menentukan jawatan itu.

WALA AHLI PAS PADA PRESIDEN YANG KHIANAT?



Apa cerita Hj Hadi tentang setiap ceramah beliau untuk menolak Umno  dan perjuangan Islam.Malah jika menyokong Umno juga di anggap sebagai murtad ?  ha.ha,ha....Dulu orang PAS kutuk Anwar dan penyokonya , Kini siapa pulak yang nak menjatuhkan hukum pada Hj Hadi?

SILA BACA DIBAWAH INI TENTANG TINGKAH LAKU HJ HADI . RUPA RUPANYA ADA JUGA HATI NAK JOIN Umno. TOK GURU NIK AZIZ KALAU TAHU SAH KECEWA. DULU BELIAU PERNAH TERSINGGUNG APABILA TULANG BESI MENDEDAHKAN PERJUMPAAN SECARA SENYAP PUAK UG YANG DI KETUAI HASAN ALI, NASARUDDIN DAN TURUT DI KETAHUI OLEH HJ HADI. SEHINGGAKAN TOK GURU NIK AZIZ MENGELUARKAN AMARAN....AYUH ORANG PAS....APAMACAM...........NAK JAWAB MACAMANA NI???? NAK HADIS DAN FATWA MACAMANA NI????

KALAU BIRO POLITIK TAK NAK AZMIN DAN 13 ADUN LAIN JUGA TIDAK MAHUKAN AZMIN, TIBA TIBA HJ HADI TAWARKAN KEAPADA AZMIN MINTA BELIAU LOMPAT SERTAI PAS....

KALAU IKUT LOGIK LA....KALAU SETAKAT NAK CARI DUIT, AKU RASA BAIK AZMIN LOMPAT MASUK UMNO....BELIAU BEKAS PEGAWAI KHAS MAHATHIR, SETIUSAHA POLITIK ANWAR IBRAHIM....MUDAH SANGATKAH AZMIN NAK MEMBELOT SERTAI PAS???

MALU ORANG PAS KALAU BETUL APA YANG BERLAKU SEMALAM......APA YANG ORANG PAS HARUS LAKUKAN DEMI NAK JAGA AIR MUKA HJ HADI.....GULINGKAN DAN GANTIKAN DENGAN PRESIDEN BARU....KEMUDIAN BUAT KEPUTUSAN NAK JOIN PAKATAN ATAU BERJUANG BERSENDIRIAN.....HANYA ITU SAHAJA PAS ADA...ATAU KEKAL SEPERTI SEKARANG.

AKU RASA KES ANWAR MENINGKATKAN SOKONGAN KEPADA PAS. AKU JUGA RASA SOKONGAN KAUM CINA DAN INDIA MENJADIKAN PAS MENANG DI BANDAR....LAIN KALAU ORANG PAS TAK BERFIKIRAN SEPERTIMANA AKU FIKIR....MUNGKIN NAK JOIN DENGAN UMNO????

PILIHANRAYA SEKALI LAGI , DAP DAN PKR  YANG AKAN MENGEKALKAN PAKATAN RAKYAT AKAN MENENTANG PASUMNO/BN /UMNOPAS

 HJ HADI MENAFIKAN. BACA BERITA DI BAWAH......

BAGAIMANA PULA JIKA ADA TAPE HJ HADI TIBAI ANWAR IBRAHIM BILA BERJUMPA DI TERENGGANU???? ATAU PUN ADA TAPE PERBUALAN ANTARA AJK PAS PUSAT DAN HJ HADI BARU BARU INI????

SAMAN AMIN ISKANDAR JIKA TIDAK BETUL......

/http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/presiden-pas-nafi-tawar-azmin-bentuk-kerajaan-bersama-umno


Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.
"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.


Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – 26 Ogos, 2014.

Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku semalam yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2014. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku semalam yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2014.

 Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
  AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.

Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.
Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat  mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. – 26 Ogos, 2014.


SULTAN SELANGOR DIJANGKA MENERIMA KAK WAN SEBAGAI MB BARU?



Suasana di pintu masuk utama Istana Kayangan, Shah Alam sekarang. DYMM Sultan Selangor telah memasuki Istana Kayangan dan diikuti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lima minit kemudian.

PENDEDAHAN TULANG BESI YANG PATUT AHLI PAS BACA.....WALA...WALA...WALA

Pendedahan: Presiden PAS Sokong Kerajaang Perpaduang dgn UMNO Atas Dasar Melayu

AKHIRNYAAA!!!!!!

Rupa2nya Dr. Zuhdi Marzuki hanyalah tukang sampai sahaja.

Masej wassap beliau tempoh harisebenarnya adalah berasal dari Presiden PAS sendiri.

Mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini menjadi bukti. Mereka yang hadzir menjadi saksi di hadapan Allah dan para Malaikatul Muqarrabin.

Ia bermula apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada Presiden adakah benar perkhabaran Presiden dan SU Agung telah mengadakan pertemuan dgn Azmin Ali.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar. Kalau PKR boleh curi wakil2 rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama.

AJK yang sama bertanya lagi apa isi kandungan perbincangan dgn Azmin. Dijawab Azmin diajak masuk PAS bersama-sama dua atau tiga orang lagi ADUN PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang ADUN PKR bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?

Belum sempat Presiden menjawab dicelah oleh seorang AJK lain, adakah Presiden bersetuju untuk bekerja sama dengan UMNO.

Lantas Presiden menyatakan persetujuan malahan Presiden memberikan alsan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan.

Ertinya Presiden PAS telah mengkonfirmasi kepada seluruh AJK PAS Pusat akan sokongan terbuka beliau kepada Kerajaan Perpaduang UMNO-PAS.

Juga, Presiden telah mendedahkan akidah Presiden yang terbaru yakni nasionalisma Melayu. Dengan kata lain Presiden PAS telah pun menukar aqidah beliau dari Islam yang syumul kepada Nasionalisma Melayu.

Apa2 pun penahahan surat sokongan kepada Wan Azizah adalah selari dgn kehendak UMNO dan BArisan Nasional serta Najib dan Rosmah.

Sila rujuk kepada mana2 AJK PAS Pusat yang hadzir dlm mesyuarat tersebut untuk konfirmasi.

Wala' kepada Presiden sekarang ini adalah wala' kepada ideologi kebangsaan Melayu.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hijack keputusan AJK PAS Pusat??

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hijack keputusan AJK PAS Pusat??

 OLEH:  Amirulmukminin


"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawab Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali ketika ditanya wartawan merujuk kepada arahan agar 13 Adun PAS tidak menandatangani Akuan Bersumpah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor menyokong pencalonan Dr Wan Azizah Ismail sebagai MB baru.

Namun perkara yang paling besar sepatutnya dipersoalkan oleh wartawan adalah korum mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang dipanggil oleh Mustafa itu. Jelas pemimpin ranking tertinggi yang kelihatan dalam sidang media hanyalah Naib Presiden Salahuddin Ayub. Tidak seperti mana mesyuarat 17 Ogos lalu yang memanggil kesemua 35 AJK PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri-negeri.

Tentunya mesyuarat dengan keanggotaan sebanyak itu dan mencapai persetujuan sebulat suara tidak boleh dicabar oleh mesyuarat lain.
Apa yang cuba dilakukan PAS ini seolah-olah mencabul semangat setiakawan bersama Pakatan, dan telah diputuskan dalam Majlis Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lalu yang bersetuju menamakan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Arahan agar 13 Adun PAS tidak mencalonkan Wan Azizah dan membiarkan sultan memilih sendiri calon MB adalah bertentangan dengan persetujuan sebelum itu.

Usul mesyuarat jawatankuasa kerja ini membolehkan sultan memilih sesiapa sahaja menjadi MB dan tidak lagi terikat kepada calon PKR. Bagaimanakah PAS dengan keanggotaan sejuta ahli boleh melakukan mesyuarat kecil yang merubah keputusan mesyuarat lebih besar?

Tindakan seperti ini akan menghilangkan kesabaran rakan-rakan dalam Pakatan. Malah rakyat Malaysia juga akan menganggap PAS parti yang tidak boleh dipercayai. Lebih buruk berbanding Umno yang sekular, kerana PAS menggunakan agama untuk menarik kesetiaan ahlinya kepada pemimpin.

Ternyata PAS terperangkap oleh dendam segelintir puak ‘unity government’ yang tidak berpuas hati selagi tidak wujud kerjasama PAS - Umno. Mereka terlalu tertarik untuk membuat duit dan menimbun kekayaan dengan hasil masygul Selangor.

Puak UG telah merosakkan banyak perjuangan asal PAS dan kini kesepakatan dalam Pakatan juga sedang menjadi mangsa kegelojohan mereka.

Maka tidak hairanlah jika akhirnya PAS akan terbelah dua. Puak yang waras dan bersama Pakatan menubuhkan parti baharu manakala puak UG akan membawa PAS menjadi sekutu Umno. Perpecahan telah amat dalam dan tidak boleh diubati lagi dengan perpaduan yang dilakonkan di depan media. Hanya masa akan menentukan titik ledak kemarahan golongan profesional waras dalam PAS.

Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat tidak cukup korum?

Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat tidak cukup korum?


OLEH : Amirulmukminin


"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawab Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali ketika ditanya wartawan merujuk kepada arahan agar 13 Adun PAS tidak menandatangani Akuan Bersumpah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor menyokong pencalonan Dr Wan Azizah Ismail sebagai MB baru.

Namun perkara yang paling besar sepatutnya dipersoalkan oleh wartawan adalah korum mesyuarat khas AJK PAS Pusat yang dipanggil oleh Mustafa itu. Jelas pemimpin ranking tertinggi yang kelihatan dalam sidang media hanyalah Naib Presiden Salahuddin Ayub. Tidak seperti mana mesyuarat 17 Ogos lalu yang memanggil kesemua 35 AJK PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri-negeri.

Tentunya mesyuarat dengan keanggotaan sebanyak itu dan membuat persetujuan sebulat suara tidak boleh dicabar oleh mesyuarat lain. Apatah lagi mesyuarat yang dihadiri oleh beberapa kerat pemimpin PAS dan tidak pula menghadirkan Presiden Hadi Awang atau Timbalan Presiden Mohammad Sabu sebagai pengerusi mesyuarat.

Apa yang cuba dilakukan Mustafa ini seolah-olah mencabul semangat setiakawan PAS bersama Pakatan Rakyat yang pada 17 Ogos lalu yang bersetuju menamakan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal. Arahan agar 13 Adun PAS tidak menamakan Wan Azizah dan membiarkan sultan memilih sendiri calon MB adalah bertentangan dengan persetujuan sebelum itu.

Usul mesyuarat minioriti ini membolehkan sultan memilih sesiapa sahaja menjadi MB dan tidak lagi terikat kepada calon PKR. Bagaimanakah PAS dengan keanggotaan sejuta ahli boleh melakukan mesyuarat kecil-kecilan seumpama PIBG sekolah?

Kumpulkan mana-mana pemimpin yang sempat bermesyuarat dan langgar keputusan mesyuarat berkorum penuh.

Tindakan seperti ini akan menghilangkan kesabaran rakan-rakan dalam Pakatan. Malah rakyat Malaysia juga akan menganggap PAS parti yang tidak boleh dipercayai. Lebih buruk berbanding Umno yang sekular, kerana PAS menggunakan agama untuk menarik kesetiaan ahlinya kepada pemimpin.

Ternyata PAS terperangkap oleh dendam segelintir puak ‘unity government’ yang tidak berpuas hati selagi tidak wujud kerjasama PAS - Umno. Mereka terlalu tertarik untuk membuat duit dan menimbun kekayaan dengan hasil masygul Selangor.

Puak UG telah merosakkan banyak perjuangan asal PAS dan kini kesepakatan dalam Pakatan juga sedang menjadi mangsa kegelojohan mereka.

Maka tidak hairanlah jika akhirnya PAS akan terbelah dua. Puak yang waras dan bersama Pakatan menubuhkan parti baharu manakala puak UG akan membawa PAS menjadi sekutu Umno. Perpecahan telah amat dalam dan tidak boleh diubati lagi dengan perpaduan yang dilakonkan di depan media. Hanya masa akan menentukan titik ledak kemarahan golongan profesional waras dalam PAS.

ADAKAH MUSTAFFA ALI BENAR MEMBINCANGKAN STATUS 13 ADUN PAS TIDAK MAHU MENANDATANGANI SD?


Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bercakap semasa sidang media di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2014.  

PAS mengambil keputusan memberi kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar yang sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak.

PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor.Walau pun keputusan ini dipertikaikan, malahan menurut sumber dalaman, semasa mesyuarat pagi tadi 25 Ogos perkara 13 ADUN PAS tidak mahu menandatangani SD adalah  tidak benar kerana ianya tidak dibincangkan.

Ini menunjukkan PAS  tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.Semuanya adalah mainan politik Mustaff Ali. Malahan tidak ada pun saranan lain untuk menghantar 2 nama malahan menyerahkan kepada PKR memutuskannya.

Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar.

Sebenarnya PAS tidak pun membincangkan tentang13 ADUN untuk menandatangani SD,malahan semuanya hanya di sampaikan oleh Mustaffa Ali dan perancangan beliau. Sebab itu Mat Sabu tidak membuat sidang ahkbar. Jika keputusan ini penting sudah tentu presiden atau timbalan yang akan melakukan sidang akhbar.

Kini terserlah penipuan yang dimainkan oleh mustaffa ali dalam mempengerusikan mesyuarat pagi tadi. Perkara ini adakan didedahkan juga oleh media bagaimana Mustaffa secara terang terang menipu  dan memburukkan nama PAS...



BERITA DI BAWAH NI UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA...TERUTAMANYA PAS. ULAMAK DI INDONESIA BANYAK YANG TINGGI ILMUNYA...NAMUN KITA BOLEH BERBANGGA LA JUGA...TAK DAK ROTAN ..BULOH PUN JADI LA....





Sultan Selangor dijangka temui Wan Azizah


 


KUALA LUMPUR 25 OGOS: Ketua Umum KEADILAN,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka menerima menghadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail selepas menteri besar Selangor berbuat demikian esok.

Sultan Selangor dijangka temui Wan Azizah








Ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur, Anwar memberitahu pihaknya telah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Sharafuddin minggu lepas.

Katanya lagi, pihak istana turut mengesahkan menerima surat tersebut, lapor Malaysiakini.

“Istana telah mengakui menerima surat kami tetapi Tuanku perlu melalui proses menerima menghadap dengan menteri besar dahulu dan kemudian Wan Azizah,” katanya.

Menurut Anwar lagi, beliau bagaimanapun tidak tahu bila pihak istana akan menemui Wan Azizah.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan, beliau akan menghadap sultan Selangor esok berhubung kedudukannya sebagai menteri besar. Sultan telah pulang daripada kunjungan ke Eropah.

Pertemuan itu penting bagi menyelesaikan krisis pentadbiran negeri selepas PAS menarik balik sokongan terhadap Khalid selepas dipecat daripada KEADILAN.

Ikrar dan janji PAS di Selangor tiada nilai. PAS hanya pentingkan rakan Pakatan semasa krisis Perak.




PAS mengambil keputusan memberi kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar yang sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2014. 


PAS mengambil keputusan memberi kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar yang sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2014.

PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor.

Ini menunjukkan PAS  tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.

Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar.


Apa yang kita semua ketahui adalah Sultan termaktub kepada sistem raja berperlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang dan konvensyen yang ditetapkan sejak merdeka pada 1957. Ia mudah. Pemimpin sebuah parti akan mencadangkan dan menyokong ahli yang memiliki keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hanya pada 2008, syarat tersebut dipecahkan, kemudian di Terengganu, Perlis dan Perak. Dua insiden melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kemudiaan melibatkan pertukaran kerajaan di Perak.

Dan hari ini, PAS memutuskan mereka mengendahkan syarat tersebut dan memberi kuasa kepada Sultan Selangor  untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar. Bukan kepada gabungan pemerintah dan rakyat.

"Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan pada 25 Ogos untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kepada Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini.

"Kami buat kenyataan terbuka. Apabila kata biar Sultan yang putuskan, bermakna Sultan yang boleh pilih," katanya.

"Kami tidak kata secara spesifik...kamu boleh fikir sendiri."

Keputusan tersebut menyaksikan 13 baki Adun PAS Selangor tidak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau parti Islam tersebut memberi sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjawat kedudukan menteri besar.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak penting kerana Dr Wan Azizah sudah memiliki sokongan 30 Adun. Beliau tidak perlu sokongan baki 13 Adun PAS tersebut.

Kemelut ini menunjukkan secara PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.
PAS tidak faham mengenai gabungan dalam politik dan lebih memburukkan keadaan adalah mereka sanggup membelakangkan undang-undang untuk mencapai suatu matlamat.

Adakah mereka memikirkan mengenai gabungan dalam politik semasa PKR dan DAP bersetuju melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada 2008 walaupun tidak memiliki majoriti dalam Dewan?

Sebaliknya, ini hanya menyerlahkan wajah sebenar PAS. Sebuah parti yang sebelum ini bercakap mengenai negara berkebajikan tetapi kini lebih banyak bercakap mengenai undang-undang jenayah Islam, hudud dan hukuman daripada kebajikan atau ihsan.

Keputusan hari ini membuktikan PAS hanya memberikan janji kosong. PAS bukan untuk semua, tapi hanya untuk mereka sendiri. – 25 Ogos, 2014.


Takkan Sultan Selangor kena tipu sekali lagi?

 BJ Zainulfaqar

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilaporkan memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk menjernihkan kemelut di Selangor kini, dalih Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
"Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan maklumat yang ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (ketua Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," dalih Ahmad Shamsuri.

Sebelum ini, saya menulis bahawa  30 Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar yang baru bukti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bohong Sultan.


Geng Bas Sekolah seakan mengikut telunjuk Umno Barisan Nasional kerana mahu Khalid bebas kekal sebagai menteri besar.

Apabila Hadi dipertikai kerana mendahului musyawarah PAS dengan mempertahan peribadi Khalid, pro Geng Bas Sekolah berdalih Sultan Selangor tolak nama Dr Wan Azizah.

Sebelum PAS Pusat bermusyawarah, Geng Bas Sekolah perkuda Majlis Syura Ulamak (MSU) demi menutup kelemahan Hadi, klip rakaman suara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya seakan membongkar pembohongan jijik mereka.

Mula-mula bdul Hadi mengikuti telunjuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali atau “Cikgu PA” menolak nama Dr Wan Aziah.

Selepas “kawtem” dengan Geng Bas Kilang dari PKR, Hadi sekali lagi diheret Cikgu Pa untuk membawa nama Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali sebagai “nama kedua” sebagai calon menteri besar, sungguhpun mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebelum itu pun sebulat suara membawa nama Dr Wan Azizah sahaja.

Khalayak bertanya, "kenapa PAS tidak seperti MPPR membawa nama Dr Wan Azizah sahaja?", Hadi dilaporkan berdalih," tanya Sultan....tanya istana..."

Apapun kebenaran yang cuba disembunyikan Geng Bas Sekolah, kenyataan seumpama bdul Hadi itu mampu membawa isyarat bahawa bukan PAS yang tidak suka depan Dr Wan Azizah, tetapi, istana yang tidak suka Presiden PKR berkenaan untuk diperkenan sebagai menteri besar yang baru.
Isyarat Hadi itu sekaligus membawa isyarat seolah-olah Sultan Selangor sendiri tidak suka Dr Wan Azizah.

Persoalannya, adakah benar Sultan Selangor yang seperti digambarkan itu, sedangkan baginda dijunjung rakyat atas maksud Raja Berperlembagaan?

Apapun kebenaran daripada Istana Selangor berhubung polemik ini, Hadi dan Geng Bas Sekolah seakan cuba menjerut leher masing-masing jika semua ini

Ini kerana, unsur pembohongan dalam dalih Hadi dan Geng Bas Sekolah sendiri seakan membohongi Sultan Selangor, seperti Khalid sebelum ini.

Sepatutnya PAS belajar daripada tindak-tanduk Khalid, bukan menjadi “lembu” yang mudah dicucuk hidung Geng Bas Sekolah dan “Cikgu Pa”.

Jangan percaya dengan dusta Khalid kononnya masih ada sokongan majoriti selepas dipecat daripada PKR.

Tapi, banyak pihak menganggap Khalid mempunyai hubungan istemewa dengan Sultan apabila Khalid mengaku mempunyai sokongan majoriti dan dititah terus menjalankan tanggungjawab serta pentadbiran dalam Kerajaan Selangor.

Pada pendapat saya, kalau Sultan Selangor benarlah memberi layanan istemewa kepada Khalid, tentulah Khalid diperkenan mengadap baginda sungguhpun di luar negara baru-baru ini.
Khalid lebih tahu mengapa Sultan menolak untuk berjumpa di luar negara.

Khalid lebih arif, adalah Sultan Selangor murka atas sebab dibohongi atau ada kegentingan yang lain, sampai bertitah tunggu baginda pulang ke tanah air sekarang.

Jika Geng Bas Sekolah sensitif dengan disiplin ilmu diplomatik, langkah sumbang Khalid ini sudah tentu boleh dibaca dan diambil pedoman.

Jika benarlah langkahan Khalid dibaca sebagai pembohongan ke atas istana, sepatutnya Geng Bas Sekolah patut mencegah Hadi dari melakukan perkara yang sama.

Dalih istana tolak nama Dr Wan Azizah samalah maksud bahawa titah Sultan Selangor memaksudkan sebegitu.

Jika ternyata salah, Hadi pun tuak mustahil ditanggapi berbohong dengan Sultan Selangor kelak, sama seperti Khalid.

Apabila Ahmad Shamsuri dalam kenyataan terbarunya pun menyebut, "penafian Presiden PAS menerima titah mengenai isu MB Selangor," saya mula berasa Sultan Selangor seakan kena tipu sekali lagi.

Setuju? – faqar.blogspot.com, 22 Ogos, 2014.

PENDEDAHAN TULANG BESI...KRONOLOGI MUSTAFFA ALI

KRONOLOGI MUSTAFA ALI
●17hb Ogos 2014

■10 pagi. Mesyuarat JKPP bersetuju

1. DS Wan Azizah
2. Azmin

■4 petang. Majlis Pimpinan PR bersetuju selepas Azmin menarik diri:
1. DS Wan Azizah kekal.

2. Pimpinan juga bersetuju 3 peguam dari ketiga-tiga parti membuat surat untuk menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor.

●22hb Ogos 2014.

☆Mustafa Ali (U Turn) enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti.
☆Malangnya telah berlaku perjumpaan Presiden PAS TG Hj Hadi dengan Timbalan Presiden PKR Azmin untuk memujuk Azmin bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan:

PAS (13) + TSKI + AZMIN + 3 Orang PKR Lompat = 18 Orang

Baki Yang seterusnya datang dari mana..?

 Telah wujud pakatan di dalam kelam iaitu tambahan dari BN(12)

JUMLAH KESELURUHAN

18 + 12 = 30

Pakatan Kerajaan Perpaduan di yakini dapat di bentuk bersama-sama dengan Azmin.

1. Azmin di berikan masa masa menanti selama 6 bulan untuk TSKI menghabiskan tempoh pemerintahan sebagai MB di Selangor.
2. Azmin akan mengambil alih selepas 6 bulan sebagai MB Selangor.
3. Azmin yang mempunyai sentimen peribadi dengan TSKI akhirnya memaklumkan kepada Pimpinan PKR pertemuan beliau dengan Hj Hadi. RAHSIA TERBONGKAR.
5. Mesyuarat JKPP di cipta khas pada 25 Ogos 2014, Isnin untuk sekali membuat U TURN keatas perjanjian yang telah di buat.
6. Segala perancangan ini di atur oleh Mustafa Ali.

PERSOLAN WALA'.
KEPADA SIAPA SEBENARNYA WALA'..?

Ketua dan yang mengetuai misi ini ialah:

1. Mustafa Ali. (Ketua Perancang)
2. TG Hj Hadi. (Pengikut Rancangan)
3. Dr Samsuri SETPOL Presiden (Pengikut Rancangan)

A. Sedarkah ahli-ahli PAS dan PIMPINAN PAS yang sebenar-benar mengatur rancangan ialah Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS yang bukannya Ulama. Beliau telah mempergunakan Presiden sebagai mencatur bagi kerja politik ini.

B. Beliau ialah Bekas Ketua Pemuda PAS 1978 yang pernah mengemudikan Pemuda bersama TG Hj Hadi yang pada ketika itu AJK beliau. Beliau masih mengguna pakai Mustafa Ali sebagai orang yang pernah menjadi Ketua beliau suatu ketika dahulu.

C. Presiden hanya mengikut cakap Mustafa Ali sehinggakan beberapa kes yang telah di kenal pasti.
i). Pemerintahan PAS Terengganu. Kesemuan

ya di lakukan oleh Mustafa Ali sehinggakan Terengganu terlepas ketangan BN 2004.
Pencaturan politik Mustafa Ali menguasai keadaaan. Bukan TG Hj Hadi yang menjadi Menteri Besar tetapi Mustafa Ali yang mengawal pentadbiran.

ii). Pencaturan politik Perak juga berlaku sehingga Kerajaan Perak tumbang di tangan BN
iii). Tanyalah kepada orang-orang yang terlibat di dalam kemelut di Kedah. Siapakah yang terlibat di peringkat pusat sehinggakan kemelut Kedah gagal di tandatangani? Mustafa Ali juga sebagai pencatur sehingga kecundang kerajaan PAS Kedah.
iv). Kes Selangor selaku isu terkini. Mustafa Ali kini cuba menjuarai politik PAS dengan membuat percaturan keatas Presiden PAS sehinggakan politik Selangor menjadi kelam kabut.
D. Perlukah kita wala' kepada pencatur politik buat Presiden yang di belakangnya Mustafa Ali selaku penyusun bidak-bidak catur.
E. Ahli dan Penyokong PAS harus sedar hakikat politik dalaman PAS pada ketika ini. Kelicikan Mustafa Ali mesti di hentikan.
F. Semenjak Tahun 1978~ 2014 (36 Tahun). Mustafa Ali masih kekal bergayut sebagai Dewan Harian tanpa gagal.
G. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat di tubuhkan hanya untuk memasukkan Mustafa Ali sebagai Ahli Dewan Harian. Bukankah kuat pegangan politik beliau di dalam PAS Pusat..?
H. Politik beliau sentiasa segar (Ever Green) kebelakangan ini apabila mempergunakan Presiden untuk sebarang percaturan.
I. Politik Mustafa Ali seperti juga politik Marwan Al Hakam. Sentiasa kekal berselindung sepanjang zaman.

SIAPAKAH MARWAN AL HAKAM....??

1. Pernah di lantik sebagai Gabenor Madinah zaman pemerintahan Saidina Ustman Al Affan.
2. Pencatur politik zaman Saidina Ustman sehingga berlaku kekalutan politik pada ketika itu yang akhirnya berakhir dengan kematian Khalifah.
3. Di antara pencatur yang terlibat sehingga tercetusnya Peperangan Jamal.
4. Pencaturan politiknya yang sentiasa di lihat Ever Green berjaya mengambil alih Tanpuk Pemerintahan Kerajaan Khalifah Bani Umaiyah 623H~685H.
5. Jawatan Khalifah akhirnya berjaya di serahkan kepada anaknya iaitu Abdul Malik Bin Marwan.
6. Politik Marwan yang licik telah menyebabkan beliau mampu bertahan dari zaman Saidina Ustman Al Affan menjadi khalifah sehinggalah beliau sendiri menguasai tampuk pemerintahan Khalifah Kerajaan Bani Umaiyah. Puluhan tahun menjadi pencatur politik sehingga meletakkan beliau di atas singgah sana.

KESIMPULAN :
Poiltik Mustafa Ali harus di hentikan serta merta jika ingin melihat Pakatan Rakyat berjaya mengemudikan perjalanan ke Putra Jaya.
Pakatan Rakyat yang berkecamuk pada ketika ini ialah hasil usaha Mustafa Ali yang telah mempergunakan Presiden PAS demi survival politiknya.


Anwar: Jangan perkecil kepentingan PAS

Anwar: Jangan perkecil kepentingan PAS

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ahli partinya tidak meminggirkan atau memperkecilkan kepentingan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar PAS telah membuktikan kesetiaan mereka dalam gandingan Pakatan yang telah berusia enam tahun itu.

"Mereka(PAS) telah membuktikan semangat setiakawan, dengan PAS, saya secara peribadi tidak melupakan jasa dan pengorbanan kawan-kawan dalam PAS," kata beliau.

Anwar turut berkata pimpinan tertinggi tidak semestinya menerima dan mempertahankan semua perkara yang dibawa perwakilan tetapi hanya mengambil fakta yang benar serta mengambil kira semangat Pakatan.

"Adalah satu dua orang. Tak jaga akhlak baik atau fakta. Jangan menolak peranan PAS.

"Kita dalam semua isu tak boleh lupa kerangka besar, fakta yang benar," tegas beliau.

Tak ada parti boleh menang secara solo – Mat Sabu

Tak ada parti boleh menang secara solo – Mat Sabu

(Oleh: Nazar Hashim)

BUKIT SELAMBAU 24 OGOS: Tidak ada parti yang boleh menang dan mendapat majoriti besar kalau berjuang secara solo dalam sebuah negara yang masyarakatnya majmuk seperti Malaysia.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa bertajuk ‘BN Gigit Jari’ yang diadakan di hadapan perkarangan Pejabat Adun PKR, Bukit Selambau pada 22 Ogos baru-baru ini.
Mat SabuMenurutnya, sejarah telah membuktikan kemenangan besar DAP di Pulau Pinang untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah dengan sokongan bersama KEADILAN dan PAS.

“Di Kedah sebelum kalah dalam pilihan raya umum yang lalu, kita bekerjasama dalam satu pakatan sehingga berjaya menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 yang lalu.

“Di Selangor pun sama, kemenangan PR untuk penggal kedua adalah hasil kesepakatan dalam komponen sehingga BN kempunan untuk penggal kedua menjadi pemerintah, “jelas beliau.

Katanya lagi, Umno bagaikan serigala lapar yang menanti untuk meratah PR sekiranya gagal untuk mempertahankan kerjasama yang telah berjaya melalui tahaluf siyasi bersama dengan KEADILAN dan DAP.

“PR mampu untuk merampas kembali Kedah dalam PRU ke 14 yang akan datang dengan kekuatan dalam PR. Selangor mampu dipertahankan jika PR kuat, tanpa memberi sedikit pun ruang kepada BN untuk menangguk diair keruh.

“Jadikan kekalahan PAS di Terengganu yang hanya berjaya menjadi pemerintah untuk sepenggal pada pilihan raya umum 1999 yang lalu sebagai iktibar, ” ujar beliau lagi.

Tambah Mohamad Sabu, tidak ada mana-mana parti yang mampu memerintah secara solo termasuk BN sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan komponen dalam parti untuk menang.

Oleh itu katanya, sekiranya PR mahu merampas kembali kerusi Kedah yang pernah dimenangi dalam tahun 2008 yang lalu, kerjasama dalam komponen mesti dipereratkan.

“Kerjasama dalam PR juga meranapkan impian BN untuk merampas kembali kuasa di Selangor apabila kemelut Menteri Besar Selangor membuktikan kesepakatan amat perlu dalam merealisasikan tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=626

“Jika kita salahkan Anwar, kita sama seperti Umno”


 
Rafizi ibaratkan PKR berada di dalam kapal perang dan jika kapal itu karam, kita akan karam bersama.
anwar-ibrahim-wan-azizah-2010-2-1-21-10-18

SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata tindakan sesetengah anggota di dalam parti PKR mengkritik pemimpin sendiri lemah merupakan satu cabaran yang sangat kuat.

Rafizi juga menegaskan setiap anggota parti berhak untuk mengkritik, tetapi jangan sampai sama seperti Umno yang sentiasa mengkritik pimpinan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jika kita salahkan Anwar, kita sama seperti Umno yang menyerang parti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Kongres Nasional KEADILAN ke-10 PKR.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, serangan nepotalisme terhadap, Naib Presiden PKR yang baru Nurul Izzah Anwar juga adalah serangan daripada anggota parti PKR sendiri.

“Jika kita tidak sokong parti kita sendiri, lebih baik keluar daripada parti. Kita tidak mahu lagi dengar suara sumbang dengan perkataan nepotalisme dalam parti.

“Janganlah kita kritik Nurul Izzah kerana dia telah melakukan satu pejuangan yang betul,” jelasnya.
Tegas Rafizi lagi, semua anggota PKR ibarat berada di dalam kapal perang.

“Jika kapal karam, kita akan karam bersama. Di atas kapal ini, tujuan kita adalah untuk memerangi Umno.

“Jadi setiap anggota haruslah berperanan untuk menjalankan peranan masing-masing dalam peperangan ini. Bukannya dengan menyerang sesama kita di dalam kapal ini,” kata Rafizi yang ibaratkan PKR sedang berada di dalam kapal perang masa ini.

Ujarnya lagi, PKR harus mengekalkan momentam dan merapatkan Saf untuk menentang Umno.
“Kita perlu tahu, walaupun pelbagai rintangan yang telah kita lalui, tetapi kita tidak pernah karam.
“Kita akan pastikan kapal PKR ini akan terus belayar sampai ke Putrajaya,” katanya mengakhiri ucapannya.


'Dengan 30 SD, Azizah tak perlu tunggu PAS'

'Dengan 30 SD, Azizah tak perlu tunggu PAS'

Kelewatan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak penting kerana PKR sudah pun mempunyai jumlah sokongan yang diperlukan.

“Saya fikir 30 SD (menyokong Azizah) sudah lebih daripada cukup.

“Tidak mengapa jika PAS berlengah-lengah menandatangani surat sokongan kepada Wan Azizah,” kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari malam tadi.

Pensyarah undang-undang berkata 30 SD itu ibarat sambil menyelam sambil minum air.

“Implikasi undang-undang terhadap SD itu juga penting: ia mengambil budi bicara sultan dalam melantik MB.

“Kewujudan SD itu menjadikan peranan sultan kini hanya formaliti dan istiadat semata-mata,” katanya dalam kenyataan.

[Baca berita penuh]
 

Rafizi gesa Khalid tidak susahkan rakyat Selangor dengan pembubaran DUN

Rafizi gesa Khalid tidak susahkan rakyat Selangor dengan pembubaran DUN

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menolak kemungkinan besar berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mengarahkan ahli PKR bersiap sedia sekiranya perkara itu berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2014. 

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menolak kemungkinan besar berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mengarahkan ahli PKR bersiap sedia sekiranya perkara itu berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2014.

 Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur secara baik dan jangan menyusahkan rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rafizi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan besar berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mengarahkan ahli PKR bersiap sedia sekiranya perkara itu berlaku.

"Ada kemungkinan beliau akan mempersembahkan cadangan untuk memperkenankan bubar DUN," kata Rafizi dalam ucapan penggulungan Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak lama lagi bagi menjelaskan kedudukannya selepas hilang sokongan majoriti Adun Selangor.

"Saya hendak ingatkan Khalid walau berbakul-bakul integriti dan nama baik yang ada sebaik-baiknya uruskanlah peralihan dengan menghormati suara rakyat.

"Jangan berniat untuk sabotaj rakyat dengan membubarkan DUN," katanya.

Menurut Rafizi, PAS akan bermesyuarat esok pagi untuk menentukan sama ada 13 lagi Adun mereka akan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

Sebelum ini dua Adun PAS dari Hulu Klang dan Morib bersama-sama 28 lagi Adun Pakatan Rakyat (PR) sudah menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.

JAWAPAN UNTUK SI PENULIS-----CUMA IBU LAIN TIDAK DIFITNAH SUAMI KAKI LIWAT

  DARI : Yong suka kuning

CUMA IBU LAIN TAK DIFITNAH SUAMI KAKI LIWAT....SUAMI DIPENJARA ENAM TAHUN...SUAMI DITUMBUK MATA...ANAK2 BAGAIMANA NAK KE SEKOLAH SEBAB SEMUA ORANG TAHU BAPA KAKI LIWAT...TERMASUK BAPANYA DIKATAKAN MENYALAH GUNA KUASA


Penulis ini selalanya bias apabila membicarakan tentang Anwar Ibrahim. Namun sebagai penulis sikap bias atau tidak adalah pandangan peribadi, dan kita pun apabila membaca harusnya mempunyai fiter untuk menilai kecerdikan penulisan sebegini........

Ibu Nurul lebih baik dari Khalid, ibu-ibu lain pula lebih baik dari ibu Nurul

“My mum is better than Khalid” kata Nurul Izzah Anwar kepada media dua hari yang lepas. Perasaan dan penilaian seorang anak kepada ibunya sememangnya begitu, kerana seorang anak yang baik tidak akan mengatakan ibunya kurang baik dari orang lain. Apabila ibunya disebut akan menggantikan Khalid, sudah tentulah beliau akan berpendapat ibunya lebih baik dari Khalid.
Saya sudah ketiadaan ibu lagi. Jika ibu saya masih hidup, tentu saya akan berkata yang ibu saya lebih baik dari Khalid, malahan lebih baik dari Wan Azizah atau Rosmah Mansor.

Apa tidaknya, sebagai ibu tunggal puluhan tahun lamanya dan hidup membesarkan anak-anak nun jauh di pedalaman, ibu saya boleh membesarkan anak-anak dalam keadaan serba serbi kekurangan dan akhirnya mempunyai puluhan cucu dan cicit.
Ibu saya boleh menghantar anak-anaknya kesekolah sampai ketahap yang termampu oleh anak-anaknya untuk pergi tanpa halangan walaupun dalam keadaan kekurangan sumber untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah dan keperingkat pengajian tinggi. Hasilnya saya dan adik beradik bolehlah membaca perlahan-lahan dan menulis sikit-sikit sekarang ini.
Ramai ibu-ibu yang lebih baik dari Wan Azizah jika didasarkan kepada keadaan kehidupan mereka yang kekurangan, telah berjaya menjadikan anak-anak mereka menjadi pemimpin dan orang-orang yang berjasa kepada negara. Ada anak-anak mereka yang ,menjadi ‘corporate captains’ dan ada yang menjadi pemimpin negara.
Abdul Ghaffar Baba seorang yang datang dari keluarga yang miskin, tetapi ibu dan keluarganya telah membesarkan beliau dan dengan izin Allah telah menjadi Timbalan Perdana Menteri yang ditumbangkan tanpa belas ehsan oleh Anwar Ibrahim pada November 1993 dahulu.
Sesungguhnya memang lebih ramai ibu-ibu yang lebih baik dari Khalid, kerana fungsi seorang ibu dengan Khalid seorang lelaki itu sememangnya berbeza. Khalid telah berjaya bukan sebagai seorang ibu dan wanita, tetapi Khalid telah berjaya membawa ke depan segala perkara dan niat tidak baik setengah pihak setelah diberikan mandat oleh rakyat.
Jika ditinjau dari sudut itu, ibu Khalid telah berjaya dan mungkin lebih baik dari ibu Nurul Izzah kerana membentuk beliau bersabar menghadapi situasi di mana beliau dicungkil segala kesalahannya untuk diturunkan dan dimusnahkan karier politiknya.
Ibu Khalid telah membentuk Khalid walaupun dengan kelemahan biasa sebagai manusia tetapi oleh kerana didikan ibu beliaulah yang membuatkan beliau berani dan bergaya menambahkan risab negeri ke tahap yang belum pernah dicapai oleh negeri Selangor.
Jadi, ibu Nurul Izzah dan ibu Khalid sememangnya lebih baik dari Nurul Izzah dan Khalid sendiri kerana kejayaan Nurul Izzah adalah kerana didikan ibunya dan kejayaan Khalid pula adalah di atas didikan ibu beliau juga.
Yang belum tentu lagi ialah kejayaan Nurul itu sendiri samada akan berjaya sebagai ibu kepada anak-anaknya seperti kejayaan ibunya membentuk beliau menjadi seorang pemimpin Dewan ‘Legislature’ negara.
Apa yang disebut oleh Nurul itu adalah satu yang biasa dan tidak jauh bezanya dengan kejayaan ramai ibu-ibu yang lain.
Hanya yang belum tentu ialah samada ibu Nurul ini akan berjaya membina satu kerajaan yang kuat jika ibunya ini dijadikan Menteri Besar negeri terkaya di negara ini. Sesungguhnya Nurul seorang anak yang baik dan solih terhadap ibunya.
Hanya yang menjadi persoalannya samada tindakan ibunya merampas kerusi dan jawatan secara ‘hostile’ itu akan menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin yang tahan menghadapi risiko kepimpinannya setelah tercapai apa yang dihajati beliau itu.
Takut-takut semasa dalam keadaan sekarang semuanya baik, tetapi apabila sudah ,mendapatnya keadaan akan menjadi sebaliknya. Itu jugalah yang berlaku kepada Khalid yang telah diberikan imej ‘the best MB the nation ever had’ dalam sekelip mata dipanggil sebagai MB yang paling tidak bermoral.
Selalunya, sejarah itu akan kembali. Ingat satu perbilangan, ‘what goes around comes around’. Mungkin Nurul Izzah patut mengingatkan ibunya selalu tentang isu ini, kerana kita tidak boleh terlalu yakin apa yang kita lakukan terhadap orang lain itu tidak akan berlaku kepada kita sendiri.



ANWAR SAMPAIKAN UCAPTAMA DI PERSIDANGAN ULAMA SEDUNIA

http://119.81.104.218/index.php/headline/30372-pengiktirafan-besar-ulama-dunia-kepada-pas

GANDINGAN TAHAP KEPIMPINAN (PEMIMPIN) PAKATAN RAKYAT YANG UMNO TIDAK DAPAT LAKUKAN - TAHNIAH!


Ini dipetik dari Yong suka Kuning...Yong ulas dengan cukup berhemah. Makna kata tak la nak menafikan Anwar dan peranan sebagai cendiakawan di luar negara terutamnay Turki
Heboh dalam dunia siber mengenai perlantikan Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS sebagai Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia. Bagaimana pun dalam keadaan kesibukan beliau Anwar juga di iktirah sebagai salah seorang cendiakawan... dan beliau diberi penghormatan sebagai salah seorang yang berucap di majlis tersebut......Haiiii yang ni tak bising pong.....
PENGHORMATAN BUAT ULAMA MALAYSIA
Ucaputama pada persidangan Antarabangsa Ulama di Istanbul itu pula disampaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim:

 PENGHORMATAN BUAT KETUA PEMBANGKANG, MALAYSIA
Ucaputama tersebut boleh di baca di sini
Tahniah kepada kedua pemimpin Pakatan Rakyat. Inilah gandingan perkongsian ilmu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh UMNO. 
Semoga ilmu dan kepakaran yang ada pada kedua pemimpin ini dapat terus dikongsi bersama dengan kami rakyat Marhein. 
Yang tak faham, tak boleh tak buat apa.

CERITA KARUT PUAK UG...INI PENJELASAN KHALID SAMAD







Rupanya selama ini rakyat tertipu, pengundi ditipu!

Cerita Istana tolak Wan Azizah sebagai MB adalah cerita karut UG

Tulang Besi bisa memberitahu dengan 100% kepastian cerita yang kononnya Ke Bawah Duli Tuanku menolak Wan Azizah sebagai MB adalah CERITA KARUT!!!!!!


Asal jalan ceritanya adalah:

1) Pada 19 Ogos Suhaizan Kayat mengeluarkan kenyataan bahawa nama kedua calon MB ( yakni Azmin Ali) lantaran pertemuan Presiden dengan Ke Bawah Duli pada Hari Raya keempat. 
2) Ramai tidak tau kenyataan Suhaizan Kayat itu adalah sebahagian dari penerangan khas SU Agung, Dato Mustafa Ali sewaktu mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 August. a bukan ciptaan mahupun lakaran Syuhaizan dan ia didengari oleh kesemua AJK2 PAS Pusat. 
3) Selepas kenyataan Suhaizan itu kelam kabut pejabat Presiden PAS membuat kenyataan yang berakhir dgn menafikan berlakunya perbincangan dgn Ke Bawah Duli berkenaan dgn Azmin Ali sebagai calon MB.

Ia adalah penipuan demi penipuan demi penipuan.

Yang jelasnya Istana telah diheret di dalam menjayakan penipuan ini.

Istana dicemari dengan permainan politik kotor dan khianat puak2 UG dalam PAS yang kemaruk nak kekalkan kerajaan perpaduang PAS+UMNO+Khalid Ibrahim.

Semoga ALlah SWT mengutuk dan melaknat puak2 pengkhianat dlm PAS ni.

Cikgu Pa terutamanya main peranan amat licik dalam pengkhianatan ini.

Hakikatnya nama Azmin Ali dicadangkan sebagai percubaan terakhir untuk menghalang Datin Seri Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Namun usaha tersebut gagal sebab Azmin sendiri menolak.

Sekarang kononnya hendak dibincangkan semula keputusan 17hb sebab di dakwa ada ADUN2 PKR yang akan melompat dan menyokong Khalid Ibrahim.

Satu mesyuarat rahsia telah diadakan di antara salah seorang ADUN PKR ini namun ia adalah penipuan semata-mata.

Mungkin benar juga Raja tak setuju dgn Wan Azizah menjadi MB. Tapi bukan Raja Selangor tapi Raja Idris

Mari kita ramai berdoa supaya pengkhianatan serta penipuan puak2 UG ini digagalkan oleh Allah SWT

AMIN!!!

MOUNTDWELLER

Semakan Skim Kakitangan Awam : Kenaikan Gaji & Gred Menjelang Bajet 2015?

Semakan Skim Kakitangan Awam : Kenaikan Gaji & Gred Menjelang Bajet 2015?


semakan skim kakitangan awam
Semakan Skim Kakitangan Awam : Kenaikan Gaji & Gred Menjelang Bajet 2015 : 


Berita Semasa mendapat aduan, yang mana mereka ini kalangan pembaca Berita Semasa yang terdiri daripada kalangan kakitangan awam di Malaysia merasakan di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (pak lah) skim penjawat awam dan gaji dikemas dengan elok. Tetapi itu dahulu, kata mereka….
Sekarang ini mereka agak “pening kepala“, apabila orang baru lebih untung daripada “kelompok senior“. Yang mana….

Contohnya, kenaikan pangkat kakitangan awam tidak sama mengikut jabatan, ada yang 8 tahun dan ada yang 13 tahun

Selepas melihat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikecam teruk dan dikritik (SEPERTI SEJARAH SBPA DI SINI), yang akhirnya ditarik balik, kakitangan  awam mahukan satu skim yang lebih baik daripada itu.

Menjelang Bajet 2015 : SBPA VS Semakan Skim Kakitangan Awam 2014

“Lebih adil dan efisien”
Ditambah dengan gesaan yang berterusan daripada Cuepacs Malaysia, dijangka akan ada berita gembira untuk kalangan penjawat awam melibatkan semakan skim kakitangan awam bagi sejumlah 17 skim menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia pada 10 Oktober 2014 termasuklah kelayakan masuk ke sektor awam bermula daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke peringkat ijazah.

Setakat ini, semakan skim kakitangan awam dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berada pada peringkat akhir.

P/S : Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima setakat ini, semua skim mengikut time base, 8 tahun naik. Mungkin? Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan berita gembira ini pada pembentangan Bajet 2015 Malaysia kelak…


Wan Azizah masih menunggu untuk menghadap sultan

 
 
 
 

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui masih menunggu jawapan daripada pihak Istana Selangor sama ada beliau boleh menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bercakap dalam satu temubual eksklusif, hari ini, katanya pihak Istana telah mengesahkan menerima permohonannya itu.