Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
www.facebook.com/simtzetzin
twitter: @simtzetzin
Nombor Kad Pengenalan: 760206-07-5051
Umur: 36 tahun
Alamat: 12-J-2 Jalan Rumbia, 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang
Pekerjaan: Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Telefon: 019-4728099
Pada 23hb April, 2012 jam lebih kurang 11 malam, saya terima panggilan telefon dari nombor telefon 0194412262. Semasa saya menerima panggilan tersebut, saya sedang ada satu mesyuarat. Kemudian pada 11.20 malam, saya memanggil semula kepada telefon bimbit 0194412262 di mana seorang perempuan warga Negara China telah menjawab dan mengatakan beliau adalah salah seorang mangsa deraan dan pengedaran manusia di mana berlaku lebih kurang 3 minggu yang lepas. Majikan beliau telah ditangkap polis untuk siasatan kes pengedaran manusia.
Kemudian saya difahamkan oleh beliau saya adalah orang yang menolong mereka dalam mendapat perlindungan daripada pihak polis dan juga mendapat sebahagian baki wang gaji daripada majikan mereka.
Perempuan Warga Negara China itu memberitahu saya pihak polis sedang membawa mereka dari Kuala Lumpur ke Balik Pulau, Pulau Pinang. Mengikut perempuan itu, majikan mereka mencadangkan kepada mereka untuk mengadakan satu sidang akhbar untuk menukar rakaman percakapan di bawah seksyen 112 kanun acara jenayah untuk menarik balik kenyataan terdahulu yang dibuat oleh mereka. Dan juga memberi satu percakapan baru untuk mengimplikasikan saya sebagai orang yang mempergunakan mereka. Mengikut perempuan warga Negara China itu, perkara ini telah dicadangkan oleh majikan mereka semasa majikan mereka berjumpa beliau dan 3 orang perempuan warga China yang lain pada hari ke-12 selepas tangkapan majikan mereka. Perjumpaan ini berlaku di Ibu Pejabat Daerah Barat Daya Pulau Pinang di Balik Pulau.
Perempuan China itu memberitahu saya, beliau tidak mahu menukar versi rakaman percakapan yang dicadangkan oleh majikan beliau. Mereka memberitahu saya, mereka perlu bercakap benar, dan sayalah orang yang menolong mereka. Beliau memberitahu saya beliau tidak mahu menukar versi percakapan yang telah diberi sebelum ini, di mana siasatan polis dalam kes ini dibuat oleh Inspektor Wan Noraida. Beliau juga memberitahu saya, segelintir anggota polis dalam kes ini merupakan sahabat majikan beliau.
Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah untuk memastikan tidak berlaku salah laku dan fitnah terhadap saya oleh pihak-pihak yang terbabit dan tidak bertanggungjawab. Saya mahu pihak polis siasat kes ini tanpa prejudis dan pilih kasih terhadap mana-mana pihak dan demi KEADILAN kes ini.
Sekian, Laporan saya.



KUALA LUMPUR, 16 April: Asalkan orang Melayu rajin berfikir sejenak, dakyah Umno terdesak di saat nyawa-nyawa ikan bahawa PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang Melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP akan terbongkar dengan senang.