Klip video seks: Antara paksa, pujuk dan musnahkan keyakinan

Ooi Heng | Mar 22, 2011

Siapa Datuk T? Maka mulalah cerita si penglipur lara berhubung kumpulan manusia bergelar "Datuk" yang berkeliaran di bumi 2Malaysia. Tetapi aksi berkeliaran mereka tidak serupa aksi yang dipersembahkan oleh Zarathustra, seorang watak ciptaan ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche dalam karya beliau "Thus Speak Zarathustra".

Zarathustra berlari ke sana ke sini sambil berteriak: Tulislah dengan darah, dan kau akan merasakan bahawa darah adalah roh. Tidak! Kumpulan manusia bergelar "Datuk" tidak menulis tetapi merekacipta dengan roh yang tidak bermaruah.

Darah tidak mengalir dalam tubuh badan mereka. Asalkan motif politik tercapai, tidak apa kalau roh menjadi kotor. Begitu kotor dan jijik sehingga darah tidak sanggup mewarnai roh malahan menjauhi roh.

Kumpulan bergelar "Datuk" bukan seorang tetapi beberapa orang. Ada Datuk T, ada Datuk W, ada Datuk M, ada pula Datuk TC. Sebelum itu, memoir Tun M mendakwa kononnya insan bergelar DSAI terlibat dengan kegiatan seks perempuan sementara dakwaan liar liwat sedang dipertikaikan sepanjang proses perbicaraan mahkamah, kini timbul rakaman video seks yang nampaknya cuba membuktikan kesahihan memoir Tun M.

Kebetulankah? Yalah, ini kan bumi 2Malaysia. Apabila wujud rakaman video seks selepas diterbitkan memoir, namanya kebetulan. Segala-galanya hanyalah kebetulan. Melainkan kalau perut buncit watak rakaman video seks diukur dan dibandingkan ukuran berkaitan dengan insan bergelar DSAI, kebetulan muka cun kelihatan sama tinggi juga kerana kecanggihan teknologi. Ini kebanggaan legasi Mahathirisme, apabila teknologi dan politik seks bertembung, segala kemungkinan wujud tanpa syak-wasangka.

Jangan tanya aku siapa Datuk W, Datuk M dan Datuk TC. Aku cuma seorang penglipur lara yang berlari ke sana ke sini menceritakan kisah Datuk T kepada khalayak umum yang minat dengan cerita seks yang penuh misteri. Mungkin pengarang berpengalaman media talibarut bumi 2Malaysia tahu jawapannya. Otak kecil seperti otak durianku tiada jawapan dalam hal ini.

Politik seks yang rendah maruah rohnya

Kalau sebelum ini yang dihebohkan media adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan insan bergelar DSAI meskipun wujud juga spesimen male (lelaki) lain yang ditanda X, Z dan sebagainya, kini yang dihebohkan media ialah dakwaan skandal seks seorang lelaki yang sakit tulang belakang yang gagah beraksi seks. Sukar hendak diimaginasikan tetapi dipaksakan imaginasi sebegitu rupa oleh politik seks sebegitu rendah maruah rohnya.

Sementara itu, kedengaran "jualan mega politik" sedang berlangsung. Bunyinya, jangan lagi kau terpedaya dengan insan bergelar DSAI. "Agenda reform" tidak bersamaan dengan DSAI, malahan juga tidak bersamaan dengan Pakatan Rakyat. Jangan kau lupakan atau gagalkan "agenda reform" kerana seorang insan bergelar DSAI. Biar kami perkenalkan kau dengan pemimpin tersohor 2Malaysia yang mandi saban hari dengan "agenda reform" bukan "agenda seks"!

Meskipun bapa Mongolia masih menanti-nanti jawapan pembunuhan anaknya, jangan kau terpedaya dengan dakwaan pembangkang. Percayalah kami yang berkeliaran ke sana ke sini dengan "agenda reform tulen", tidak sama dengan agenda tidak tulen pembangkang, kononnya.

Begitulah cerita si penglipur lara. Setakat ini sahaja ceritanya. Baik aku balik kepada bicara politik otak durianku secara serius.

Politik persepsi

Dalam konteks politik persepsi mencorakkan permainan politik negara, rakyat sekali lagi disuapkan dengan politik seks. Sesungguhnya, kalau sarjana politik ingin mengkaji dan menganalisi kekuatan Pakatan Rakyat dan cabarannya terhadap pemerintahan rejim UMNO-Barisan Nasional (BN), telitilah politik seks selama berdekad lamanya semenjak zaman reformasi. Apabila politik kotor mensasarkan watak tertentu, dan bahawa "agenda reform" juga dibawa oleh Perdana Menteri bumi 2Malaysia, implikasi tsunami politik nampaknya masih lagi mempengaruhi minda politikus bumi 2Malaysia sehingga segala percaturan politik disasarkan kepada politik seks dan politik persepsi.

Hal ini bermaksud, tsunami politik bukanlah suatu kebetulan seperti yang cuba dibentuk pandangan sedemikian oleh politikus UMNO-BN. Impaknya masih dirasai hari ini tetapi dalam bentuk yang berlainan. Segala politik kotor yang sedang dan bakal berlangsung dalam bumi 2Malaysia menjelang Pilihan raya negeri Dewan Undangan Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 akan memberi sebahagian daripada jawapannya.

Hegemoni

Untuk menjadikan perbincanganku lebih serius atau sekurang-kurangnya kelihatan serius tanpa dipengaruhi politik seks semasa, izinkan aku bangkitkan satu konsep politik - hegemoni - dan kongsikan pemahamanku dengan kalian yang mungkin masih asyik dengan babak-babak politik seks tidak bermaruah.

Hegemoni, satu konsep politik yang dipopularkan oleh teoritikus politik Itali Antonio Gramsci. Pembentukan hegemoni diutamakan oleh rejim pemerintah untuk mengekalkan pemerintahan, kalau mungkin untuk selama-lamanya seperti yang diinginkan oleh rejim UMNO-BN. Pembentukan hegemoni tidak sekadar dilakukan melalui penggunaan kuasa paksaan tetapi juga melalui kuasa pujukan.

Namun, sama ada kuasa paksaan seperti penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau kuasa pujukan seperti pengumuman satu per satu Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP), tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mengekalkan tampuk pemerintahan untuk selama yang mungkin.

Untuk memungkinkan pengekalan rejim UMNO-BN, pembentukan persetujuan secara aktif dalam kalangan rakyat adalah penting dan akan dilakukan siang dan malam malahan tanpa segan silu taktiknya asalkan berkesan dalam mengekalkan hegemoni UMNO-BN atau untuk mengelakkan keretakan yang terlalu besar apabila berdepan dengan cabaran kuasa pembangkang yang terlalu kuat.

Pembentukan persetujuan secara aktif sedang dilakukan melalui manifestasi politik persepsi dan politik seks di bumi 2Malaysia. Apabila terlalu banyak digunakan kuasa paksaan, masih khalayak umum akan rasa marah dan bangkit dengan demokrasi jalanan seperti yang disaksikan di negara-negara rantau Timur Tengah dan Afrika Timur.

Gabungan Najibnomics dan Mahathirisme

Percubaan menggunakan kuasa pujukan seperti slogan 1Malaysia pula berdepan dengan cabaran-cabaran kuat seperti isu kontroversi kitab Injil dalam bahasa Melayu. Malahan persetujuan aktif yang ingin dibentuk berhubung kejayaan transformasi ekonomi Najib Razak juga berdepan dengan tamparan hebat apabila laporan Bank Amerika Merrill Lynch menyatakan bahawa Malaysia merupakan pasaran paling tidak popular untuk kedua-dua "global emerging market" (GEM) dan pengurus dana Asia Pasifik sementara tinjauan Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) mendapati bahawa rata-rata peniaga Cina tidak yakin dengan "agenda reform" ekonomi Najib!

Sementara itu, Buku Jingga kini semakin kuat impaknya dalam memperkasa kuasa counter-hegemoni yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat dan masyarakat madani. Jelas, kemuncak Najibnomics kini berdepan dengan jalan buntu. Berhadapan dengan kegagalan bentuk-bentuk kuasa paksaan dan kuasa pujukan dalam membentuk persetujuan bahawa Kerajaan UMNO-BN benar-benar melakukan "agenda reform" di bawah pimpinan Najib, dan apabila terbukti bahawa manifestasi Najibnomics nampaknya tidak memberikan impak sebesar yang diharapkan untuk memperkasa strategi rejim -- UMNO-BN berhadapan dengan keretakan hegemoni yang terlalu besar dan kuasa counter-hegemoni yang semakin kuat, maka kini kembalilah manifestasi Mahathirisme yang menonjolkan politik seks secara liar.

Kini gabungan Najibnomics dan Mahathirisme juga mengambil tempat dalam konteks di mana pilihan raya negeri dan umum akan datang bakal menentukan masa depan negara. Ia bukan untuk memaksa dan bukan untuk memujuk rakyat - menceritakan dengan panjang lebar apa yang baik dengan regim BN. Ia cukup sekadar untuk memusnahkan keyakinan ramai terhadap pembangkang dan ketuanya. Jangan kita terpedaya dengan politik persepsi bercorakkan seks yang keterlaluan sehingga melupakan erti sebenar tsunami politik 2008 - untuk membawa harapan baru kepada tanah air yang dicintai kau dan aku.

Baca: "Perutnya lebih buncit": Anwar nafi dirinya watak dalam video seks

Baca: Klip video seks untuk desak Anwar berundur

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Gagal Fitnah Liwat, Kini Skandal Seks Pula

22/03/2011


KUALA LUMPUR 22 MAC: "Ini perancangan yang teliti dan dilindungi," itu kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang itu yang membidas penglibatan suaminya dalam skandal video seks lucah yang mengemparkan negara semalam.

Malah, beliau tidak menolak cubaan terdesak kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mensabitkan Anwar dengan konspirasi terbaru selepas mendapati kes pendakwaan fitnah kedua ke atas Anwar tidak lagi relevan di mahkamah.

"Memang ianya konspirasi sebab kes Saiful akan kalah. Jadi buat satu kes yang baru dan ini bermotifkan politik. Buat di Carcosa Seri Negara, satu tempat yang ekslusif yang didalangi dan yang dipanggil editor-editor atasan. Ini perancangan yang teliti dilindungi," ujar Azizah

Beliau hadir mengiringi Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi berhubung cubaan peras ugut bermotifkan politik oleh individu yang hanya dikenali sebagai "Datuk T".

Selain menggunakan khidmat Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan perlindungan, individu itu turut memeras ugut untuk menyebarkan rakaman video itu kepada umum sekiranya Wan Azizah dan Anwar enggan melepaskan jawatan parti politik yang disandang dalam masa seminggu.

Namun setakat ini tiada individu yang tampil membuat pengakuan malah kesahihan individu yang didakwa sebagai ketua pembangkang dalam video terbabit masih meragukan di kalangan pengamal media yang telah menontonnya.

Anwar dalam kenyataannya hari ini mengutuk keras perbuatan itu selain mendakwa ianya didalangi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk menjejaskan karier politik beliau sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Dalam laporan yang dikemukakan kepada polis sebentar tadi, beliau menuntut agensi kerajaan itu melakukan siasatan secara telus malah tidak tunduk kepada tekanan politik.

Seterusnya Anwar memberitahu media akan menunggu respon daripada Menteri Dalam Negeri berhubung konspirasi terbaru itu.

Mengapa Tema Serangan Anwar Tidak Pernah Berubah?

22/03/2011


KOMENTAR : Pada 1998 satu gerakan tersusun menyusup masuk dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di mana Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. Anasir ini membekalkan buku “50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri” dalam beg cenderamata perhimpunan.

Anwar berang dengan perbuatan licik itu dan membuat laporan polis. Beliau berasa difitnah. Polis pun menyiasat. Anwar pula mengarahkan peguam untuk menyaman penerbit buku itu, Allahyarham Khalid Jafri.

Akhirnya, dalam usaha mahu membersihkan namanya dari pelbagai fitnah yang terkandung dalam buku itu, siasatan polis itu beralih kepada Anwar sendiri. Natijahnya kini sejarah. Anwar dibicarakan, dan dalam proses itu pelbagai cerita menggiurkan didedahkan di mahkamah.

Namun separuh jalan, mahkamah memutuskan untuk menolak cerita-cerita seks yang dikatakan membabitkan Anwar dan akhirnya tuduhan dipinda dan Anwar disabitkan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa. Dia pun dipenjarakan.

Hari ini, skrip hampir sama berulang. Seorang yang memperkenalkan dirinya Datuk “T” menayangkan video seks yang menggambarkan perlakuan seks membabitkan lelaki seiras Anwar.

Malah Datuk T berkata, beliau akan mengirimkan salinan video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya. Beliau memberi mereka tempoh seminggu untuk meletakkan semua jawatan politik.

Datuk T menegaskan bahawa beliau tidak mahu membabitkan kerajaan dalam kes ini. Jika pemimpin terbabit tidak mahu meletak jawatan beliau akan menggerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menubuhkan pasukan bertindak khas untuk membuat siasatan forensik terhadap video berkenaan.

Meskipun Datuk T tidak mahu kerajaan terbabit, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddiin Hussein tidak dapat mengawal “kegayatan dan naluri politiknya” untuk memberi komen terhadap kemunculan video seks ini.

Hishamuddin berkata, orang yang terbabit dalam video seks, jika berasa dirinya difitnah, harus buat laporan polis. Biar polis siasat. Anak Perdana Menteri Ketiga ini berkata, polis tidak sama sekali terbabit dalam pembikinan video ini. Aneh!

Siapa yang bertanya dan mengapa pula menteri ini perlu menafikan pembabitan polis dalam pembikinan video yang beliau sendiri dakwa “belum tonton dan mungkin tidak akan menontonnya?”

Namun beliau berkata, jika video itu benar membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, maka terpulanglah kepada rakyat untuk menilai peribadinya. Apakah itu sebenarnya matlamat Datuk T dan mereka yang bersengkongkol dengannya -- bina persepsi atau prasangka terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?

Kemunculan video seks kali ini ditayangkan secara teratur – jemput wartawan tempatan pada sebelah pagi dan wartawan media asing pada sebelah petang – di hotel ternama di Kuala Lumpur.

Bayangkan betapa banyak yang perlu dibelanjakan oleh Datuk T! Sudah tentu ini projek besar yang memerlukan biaya daripada institusi yang kukuh kewangannya.

Nampaknya, kempen untuk mengaib dan membunuh kerjaya politik Anwar ini tidak pernah mengubah temanya. Sejak 1998 sasaran musuh politik Anwar ialah pegangan moralnya. Ini membabitkan kes mengurat isteri orang, liwat dan, amalan zina. Anehnya, soal yang menjadi senjata utama Anwar terhadap seteru politiknya – salah guna kuasa, dan rasuah tidak pernah cuba digunakan terhadap Anwar.

Ini menunjukkan bahawa musuh Anwar tidak dapat mencari fakta atau merekacipta bukti membabitkan Anwar dalam amalan curang ekonomi seperti rasuah.

Sebaliknya, mereka mencongak jika maruah Anwar boleh dipertikaikan, tuduhan Anwar terhadap amalan salah guna kuasa dan rasuah, pemimpin-pemimpin politik Umno-BN akan larut begitu sahaja dan dilupakan orang.

Begitu juga dalam kes mahkamah yang membabitkan konspirasi liwat kedua yang sedang berlangsung. Apabila melihat hakim menolak bukti rekacipta polis, Umno dan konco-konconya berdemonstrasi menagih Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau. Jika tidak, ia membuktikan Anwar takut kerana bersalah.

Namun kerana corak dan tema dakwaan terhadap Anwar ini sama sahaja, ia menggambarkan betapa dangkalnya pemikiran politik musuh-musuh Anwar. Mereka cuba menabur persepsi bahawa sebagai seorang yang bermoral rendah (seperti kata musuh nombor satu Anwar, Dr Mahathir Mohamad) Anwar tidak layak jadi pemimpin.

Apa yang menakutkan mereka sekarang sebenarnya ialah, bagaimana jika kerjaya politik Anwar terus mekar selepas pilihanraya negeri Sarawak dan kemudian pilihanraya umum ke-13? Dan, Anwar benar-benar jadi pemimpin utama negara? Maka teruslah mereka berpaut kepada modal tohmahan video seks dan kes liwat dengan harapan rakyat percaya.

P'raya Sarawak : Jangan Terpesong Dengan Video Seks Fitnah

22/03/2011


KUALA LUMPUR 22 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Sarawak menolak cubaan Putrajaya menggunakan video fitnah seks terhadapnya untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada keperluan menamatkan pemerintahan rasuah Barisan Nasional.

Anwar turut menggesa Suruhanjaya Pilihanraya untuk memastikan pilihanraya yang telus dan adil khususnya undi pos dengan tempoh berkempen sekurang-kurangnya tiga minggu.

SPR akan bermesyuarat eok untuk menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri setelah DUN Sarawak dibubarkan semalam.

Anwar berkata parti komponen Pakatan Rakyat dan rakan pembangkang SNAP akan memutuskan pengagihan kerusi dalam beberapa hari untuk memberikan saingan hebat kepada Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tangan Najib Dalam Video Fitnah, Kata Anwar

22/03/2011 Share


KUALA LUMPUR 22 MAC: Penganjuran majlis "pra-tonton" video seks fitnah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur untuk ahli media semalam tidak mungkin diadakan tanpa penglibatan Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein, kata Datuk Seri Anwar ibrahim.

"Tayangan video lucah yang merupakan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri termasuk pihak atasan Polis Diraja Malaysia," jelas Anwar selepas membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersabit video itu.

Video 21 minit itu ditunjukkan oleh seorang yang hanya di kenali "Datuk T" bagi menyakinkan orang ramai bahawa Datuk Seri Anwar melakukan hubungan sumbang dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Anwar semalam menegaskan beliau berada di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya ketika kejadian itu didakwa berlaku sebelum bertindak membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan.

Beberapa wartawan yang menyaksikan video itu semalam mengesahkan orang di dalam rakaman itu mempunyai perut buncit yang bukan menjadi sebahagian daripada iras Anwar.

Anwar berkata pra-tonton video lucah itu di Hotel Carcosa Seri Negara dengan sendirinya adalah satu jenayah, namun polis tidak mengambil tindakan kerana penganjurnya dilindungi oleh Najib dan Hishamuddin.

"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul dan boleh sebar kenyataan video lucah," kata Anwar secara sinis mengenai realiti politik negara.

"Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil," tambah beliau kepada kira-kira 80 penyokong yang mengiringi beliau membuat laporan polis itu. Turut sama isterinya beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya Nurul Izaah.

Ketua Pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan Malaysia untuk tidak mengulangi kekejaman pada 1998 di mana beliau di pukul dalam lokap setelah membuat laporan polis mengenai sebuah buku yang menfitnah beliau.

"Saya beri ingatan kepada Menteri Dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah dan mengugat kerja saya dalam politik.

"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," ujar Anwar disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.

Kes Port Dickson merujuk kepada dakwaan salah laku seks membabitkan Perdana Menteri Najib Razak.

Dalam salinan laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar memberitahu individu-individu tertentu termasuk Datuk T melakukan kesalahan fitnah jenayah, intimidasi jenayah, dan melakukan konspirasi jenayah terhadapnya dengan penayangan video lucah itu.

Datuk T semalam mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan Wan Azizah selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu. Anwar adalah Ketua Umum parti itu.

Antara yang turut hadir di IPD Dang Wangi bersama Anwar tadi adalah Naib Presiden PKR Tian Chua dan N.Surendran, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Jawantakuasa PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Semakin Hebat Diaibkan, Semakin Ramai Sokong Anwar




PETALING JAYA 21 MAC: Walaupun dikaitkan dengan pelbagai fitnah termasuk digelar agen Yahudi, pengamal hemoseksual dan terbaru dikaitkan dengan video rakaman seks yang diedarkan hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah hilang sokongan rakyat.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, semakin liar tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar, ia hakikatnya menguatkan sokongan rakyat kepada Ketua Umum PKR itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi, Saifuddin menganggap kebangkitan rakyat tidak akan disekat melalui klip video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang.

Malah katanya, sejak dari awal penubuhan parti itu telah dikecam dengan pelbagai tomahan namun masih berjaya dibuktikan dengan sokongan rakyat untuk membebaskan negara daripada cengkaman politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Ujian sokongan sebenarnya pada pilihanraya. Kita bermula dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Anwar turut diserang (sebagai) agen asing, agen Yahudi, pengkhianat Melayu dan bermacam lagi. Kita masuk pilihanraya lagi sehingga 2008, kita mampu memenangi sehinggi 31 parlimen dan 43 Dewan negeri dengan 1.5 juta sokongan pengundi," ujar Saifuddin.

Negara hari ini digemparkan dengan tayangan video lucah yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh individu
bergelar Datuk T.

Dengan kehadiran ketua-ketua editor media arus perdana dan anggota Unit Khas PDRM, video tersebut ditayangkan selama 21 minit.

Namun pengamal media tidak dibenarkan mencatat sebarang nota atau membuat rakaman ketika ianya ditayangkan di Carcosa Seri Negara pagi tadi.

Rakaman tersebut dilakukan pada 21 Februari tahun ini dengan peralatan kamera canggih bertujuan untuk memerangkap Anwar dan kepimpinan PKR.

Seterusnya individu bergelar Datuk T itu turut mengugut untuk mendedahkan video itu sekiranya Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.

Anwar seterusnya menafikan perkara itu dalam sidang media yang sama dan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 10.30 pagi esok.

SAYA BUKAN LELAKI DALAM VIDEO TERSEBUT

Anwar : Video Seks Fitnah Diselaras Pada Peringkat Tertinggi (KEMASKINI)

21/03/2011


» Video Seks- Bahan Reka Cipta Untuk Aibkan Anwar, Kata PAS




PETALING JAYA 21 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucunya dan kakitangan yang bekerja untuk beliau.

"Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada 'tweet' ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut” kata Anwar.

"Supaya takut digodam, saya lindungi twitter dan Facebook saya,’ tambah Anwar.

Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan pagi tadi sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi.

Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

" Tindakan mengundang pertubuhan media tertentu untuk menyaksikan video berkenaan diselaraskan pada peringkat tertinggi,"tegas Anwar.

Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih.

Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau

"Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa(disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.

Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.

Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

"Mereka cari alasan baru sebab DUN sarawak mahu dibubarkan. Kita lawan,’ tegas Anwar.

Dalam pada itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru yang mempunyai agenda politik.

"Saya rasa terkejut kerana mahu saya letak jawatan. Apa yang saya buat? Ini motif politik," jelas Presiden PkR itu yang hadir bersama pemimpin parti lain pada sidang media itu.

Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Saifuddin : Video Seks Serangan Peribadi

VIDEO SEPERTI INI PERNAH DI PERTONTONKAN SEJAK 12 TAHUN DAHULU.KENAPA SEKARANG INYA DITIMBULKAN SEMULA? SEBANYA IALAH KERANA KEPUTUSAN MAHKAMAH MENGENAI DNA DI DAPATI TIDAK KUKUH SEHINGA MEMAKSA ANWAR MEMBERIKAN DNA NYA.

APA YANG PALING PENTING SEKARANG IALAH MOTOF MENGALIHKAN PANDANGAN UMUM PILIHANRAYA SARAWAK YANG MANA SEKIRANYA JATUH BANYAK KERUSI PARLIMEN, SUDAH TENTULAH SAHAM BN AKAN TERGUGAT.

SELAIN ITU..ISU INI AKAN DI BAWA KEPADA PILIHANRAYA UMUM.KENAPA DATO "T" ATAU SI TOLOL INI TIDAK MENDEDAHKAN TERUS SAHAJA , AKAN TETAPI HANYA MENGELUARTKAN KENYATAAN BAHAWA INI ADALAH SEBUAH RAKAMAN YANG DI LAKUKAN DI SEBUAH HOTEL DI KUALA LUMPUR...

ADAKAH ANWAR MELAKUKANNYA DI KUALA LUMPUR??? SEDANGKAN BELIAU SERINGKALI BERADA DI LUAR NEGARA...JADI KESIMPULANNYA ,IANYA ADALAH SKRIP BARU DALAM DRAMA "SODOMEE....."



Setelah semuanya gagal, kini datang video palsu?






SHAH ALAM : Seorang pemimpin pembangkang yang didakwa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur menafikan fitnah itu dan akan memberi kenyataan penuh dalam masa terdekat.

“Beliau menafikan semua ini dan akan menjawab secara lebih terperinci dalam masa terdekat,” kata seorang pegawai kepada pemimpin berkenaan kepada TV Selangor.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata video itu didalangi oleh Umno untuk mencuba sekali lagi membunuh karier politik pemimpin terbabit.

" Yang pertama ini menunjukkan bagaimana terdesaknya Umno-Barisan Nasional selepas 12 tahun gagal untuk membunuh karier politik beliau. Mereka mencuba pelbagai cara dan ini kemuncak kepada tindakan terdesak mereka,” katanya.

Setakat ini tidak ada media yang menamakan pemimpin berkenaan setelah wartawan dari pada organisasi berita tertentu dibawa menyaksikan video kira-kira 21 minit yang didakwa diambil di sebuah hotel yang menawarkan khidmat spa di ibu negara.

Saifuddin menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada kepincangan Barisan Nasional khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi.

"Pendedahan fitnah ini dibuat menjelang pilihanraya Sarawak.Yang jelas ini untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan isu rasuah Taib Mahmud yang akan menyebabkab Barisan Nasional kehilangan sokongan,:” kata Saifuddin.

" Parti Keadilan tidak langsung terjejas biarpun pendedahan ini dibuat kerana kita yakin rakyat dapat membaca dan menilai dengan baik,” tambah beliau.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata mereka yang mendalangi klip video “mencerminkan tindakan terdesak untuk melakukan serangan peribadi.”

“ Taktik yang sama dilakukan seperti dulu dengan kes fitnah pertama," beliau memberitahu TVSelangor.

Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara.

Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Seorang lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T mendakwa beliau mahu pihak media menonton video klip itu dan memberikan pemimpin berkenaan seminggu untuk meletak jawatan, jika tidak mahu klip video itu dihebahkan kepada orang ramai.

Beliau mendakwa pemimpin berkenaan yang dikenali oleh segenap pelosok masyarakat, telah melawat sebuah hotel yang menawarkan khidmat spa dan dilayan oleh seorang wanita.

Rakaman yang dipertontonkan kepada ahli media diambil daripada beberapa sudut.

Sebelum membenarkan wartawan menonton video itu, Datuk T mewajibkan mereka menyerahkan semua alat- alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik untuk menonton video itu.

Mahkamah Tangguh, Hakim Semak Keputusan Perbicaraan Dalam Perbicaraan






21/03/2011 Share


KUALA LUMPUR 21 MAC: Perbicaraan kes fitnah kedua ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini ditangguhkan pada Rabu bagi memberi laluan kepada hakim Zabidin Mohd Diah menyemak penghakimannya pada prosiding perbicaraan dalam perbicaraan sebelum ini.

Beliau terdahulu diminta menyemak semula penghakimannya oleh pihak pendakwwaan berhubung keputusan berkenaan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNAnya bagi tujuan profailing.

Zabidin sebelum ini memutuskan sampel DNA Anwar yang diperoleh pada Julai 2008 di sel D7, ketika beliau ditahan semalaman sebagai tidak sah.

Barangan yang dimaksudkan ialah botol air minuman, berus gigi dan tuala ‘Good Morning’ serta sehelai bulu.

Sementara itu, suasana di kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi kembali 'meriah' dengan kehadiran anggota polis lebih ramai berbanding biasa.

Dilaporkan juga, Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (GAPET) turut menyerahkan memorandum kepada Anwar sebagai tanda sokongan kepada beliau untuk menangkis desakan proksi Umno-BN memberikan sampel DNA untuk mengaitkan beliau dengan 'lelaki Y' dalam kes konspirasi kedua membabitkan dirinya.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nizmi Nik Ahmad, Badrul Amin Baharom, Azan Ismail, Saifudin Nasution dan Johari Abdul.

Penulis blog setuju henti siar artikel fitnah Rais


March 21, 2011

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Seorang penulis blog, yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau, bersetuju berhenti daripada menyiarkan tulisan itu, demikian menurut peguam bagi menteri itu hari ini.

Badrul Munir Bukhari, peguam yang mewakili Rais, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Rais bagi menghalang Amizudin Ahmat daripada terus menyiarkan artikel dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com. sehingga saman oleh Rais terhadap Amizudin selesai.

Badrul Munir memberitahu pemberita bahawa permohonan itu dibenarkan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

Amizudin diwakili peguam Gan Chee Wei. Mahkamah menetapkan 6 April ini untuk pengurusan kes tuu.

Pada 2 Feb lepas, Rais berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan Amizudin mengeluarkan daripada blognya artikel berkenaan dan gambar Rais.

Hakim juga membenarkan permohonan Rais bagi menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel didakwa berunsur fitnah itu atau yang seumpamanya terhadap beliau sehingga permohonan inter-parte itu selesai.

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog Amizudin, bersama gambar Rais, sekitar 28 Dis tahun lepas.

Beliau menuntut antara lainnya ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk selain perintah terhadap defendan supaya mengeluarkan daripada blognya artikel itu dan melarangnya daripada terus menyiarkannya.

Dalam kenyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata maksud artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau.

Katanya tulisan itu membawa makna beliau bersalah melakukan jenayah serius merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Rais juga berkata tulisan fitnah itu membawa maksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Menteri itu berkata bahawa ekoran daripada penerbitan artikel itu, reputasi beliau sebagai seorang individu dan/atau sebagai seorang profesional di peringkat nasional dan antarabangsa telah tercemar teruk, dan membuat beliau malu dan tertekan.

Rais telah menafikan alegasi itu selepas seorang penulis blog menamakan beliau.

Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja dengan beliau selama lapan tahun, dilaporkan oleh sebuah portal berita Indonesia, telah menafikan yang beliau pernah dilayan buruk atau dirogol oleh majikannya. — Bernama

Faekah: Noh Omar, ambil kursus sebelum buka mulut

Faekah: Noh Omar, ambil kursus sebelum buka mulut


Tidak terkejut dengan reaksi beberapa pemimpin UMNO terutama dari Selangor apabila akhirnya Kerajaan Selangor dengan berani dan tegas mengedarkan laporan audit Yayasan Selangor (YS) kepada umum. Jika diteliti, laporan tersebut sekali gus menafikan dakwaan Noh Omar bahawa kos majlis makan malam bernilai RM800,000 sedangkan kos makan malam hanyalah RM300,000. Kos yang disebut oleh Noh Omar adalah keseluruhan kos program sepanjang tahun sambutan 40 tahun Yayasan.

Rata-rata nampaknya pemimpin UMNO walaupun telah menjadi Menteri tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Justeru mereka gagal memanfaatkan laporan audit yang kita bentang. Mereka gagal memahami apa yang dikatakan belanjawan, keuntungan dan kerugian serta aliran tunai dalam satu-satu akaun. Kita suka mencadangkan agar kerajaan pusat menghantar mereka menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami akan selok belok akaun dan tadbir urus kewangan.

Kita mencadangkan sedemikian kerana akibat cetek ilmu dalam perakaunan telah membuatkan mereka mengeluarkan kenyataan terpesong, contohnya dalam isu Yayasan Selangor meskipun audit lengkap berada di depan mata. Kenyataan salah mereka ini semestinya memalukan diri dan Kerajaan Malaysia kerana dikeluarkan oleh seorang berstatus menteri seperti Noh Omar (gambar kanan).

Apa-apapun saya yakin kenyataan beremosi ini dilakukan kerana semakin hampir pilihanraya. Umpama mahu menangguk di air keruh Noh cuba untuk memperlekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang sebenarnya telah membuktikan mereka lebih telus, berani dan bertanggungjawab dalam mengurus negeri Selangor.

Untuk makluman Noh, defisit yang berlaku dalam kewangan YS bukan berlaku dalam tempoh setahun atau sekelip mata sebaliknya akibat pengurusan dan pemantauan buruk untuk sekian lama. Pakatan Rakyat berdepan tugas berat dalam memperbaiki kesilapan yang terkumpul sejak 52 tahun lalu untuk memastikan semua syarikat kerajaan termasuk Yayasan Selangor diurus dengan baik.

Kerajaan negeri akan memastikan tidak ada mana-mana individu terutama ahli politik yang menyedut keuntungan daripada anak syarikat negeri seperti yang dilakukan sebelum ini. Semua ini seharusnya menjadikan mereka menjaga mulut mereka. Sebaliknya mereka seharusnya kagum dengan Kerajaan Selangor yang berani mendedahkan satu laporan yang pada ketika pemerintahan BN, Yayasan Selangor telah tidak diaudit hampir lima tahun lamanya.

Mendesak Khalid Ibrahim (gambar kiri), mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan, mereka berkata seolah-olah mereka tidak mempunyai cermin. Kita cabar Kerajaan Pusat agar memulakan tindakan tersebut kerana bukan sahaja gagal membentangkan belanjawan yang seimbang sejak 12 tahun yang lalu malah terdapat terlalu banyak kepincangan yang disumbat di bawah kapet.

Keseluruhan Menteri Kabinet terpaksa mengaku ditipu oleh dua pemimpin MCA dalam isu projek mega Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), hingga kerugian RM12 bilion. Pengeluaran wang keluar bernilai RM208 bilion pada tahun 2008 lalu sehingga kini tidak terjawab oleh BN.

Noh Omar sendiri terpalit dalam isu monopoli benih padi yang bernilai RM35 juta yang memberi kerugian dan kesengsaraan petani kecil di Tanjung Karang. Sehingga hari ini Noh diam membisu. Abdul Shukor Idrus pula terpalit dengan aktiviti tidak bermoral; mengedar makalah haram. Semua ini seharusnya menjadikan mereka menjaga mulut mereka jika tidak mencermin diri.

Cukup kelakar UMNO boleh mendesak Menteri Besar meletak jawatan hanya kerana mengambil pendekatan telus dalam mentadbir Yayasan Selangor, sedangkan UMNO dan BN telah mempersiakan peluang yang diberikan; 52 tahun untuk mentadbir dengan baik. Jika Noh Omar mahu memperbaiki kredibilitinya, elok dia selesaikan dahulu isu benih padi sebelum beliau disumpah para petani miskin.

Pada masa yang sama kita juga mencabar Noh Omar membuat desakan serupa kepada Perdana Menteri dan Timbalannya di atas kelalaian mereka mentadbir hingga tertipu dan kerugian ratusan bilion. Saya yakin Noh tidak akan mampu melakukannya, kononnya bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya UMNO kembali berkuasa di Selangor. Nasihat saya, elok disimpan sebagai angan-angan.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Gani Dalangi Pemalsuan Bukti Terhadap Anwar, Kata Bekas Pegawai Polis




SHAH ALAM 20 MAC :Pejabat Peguam Cara Malaysia masih belum memberikan jawapan kepada seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa Peguam Negara Abdul Gani Patail terbabit dalam pemalsuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Surat memohon penjelasan itu dihantar oleh Senior Assistant Komisioner 11 Mat Zain Ibrahim, pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar pada awal tahun ini selepas usahanya untuk mendapatkan penjelasan itu tidak dilayan oleh pihak berkuasa.

Berikut disiarkan beberapa sedutan daripada surat Mat Zain kepada Datuk Idrus Harun pada 5 Januari lalu, berikutan desakan-desakan pengikut Umno mahukan Anwar memberi sampel DNAnya untuk perbicaraan kes liwat fitnah dua.

Surat yang dimaksudkan bertajuk : “Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998”.

Persoalan utama adalah seperti berikut di bawah;

6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain yang disediakan oleh Dr Abdul Rahman Yusof. Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail. Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Eksibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa tarikh disediakan oleh Dr Rahman di antara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh (Allahyarham) Tan Sri Mohtar Abdullah Peguam Negara ketika itu?

6.2. Benar atau tidak dua (2) daripada tiga (3) Laporan di atas, iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Eksibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di- Raja tersebut, dan dirakamkan dalam Laporan Suruhanjaya berkenaan?

6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail, tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh Seri Paduka Baginga Yang di-Pertuan Agong?

6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan), dan/atau Dr Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam), sama ada secara bersendiri atau berpakat, tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut di atas, bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut, kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh wujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya?

6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja, saya yakin YBhg Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam, tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat, saya inginkan YBhg Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan seseorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011.

Sebelum nuklear, cermin Proton dulu

Hishamuddin Rais


Wira kami meluncur meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Merlimau. Cuaca petang agak nyaman. Lalu saya meminta si pemandu memadamkan alat hawa dingin kerana saya ingin membuka cermin kereta.

Saya ingin menghidu udara petang. Berkali-kali saya tekan punat tetapi sang cermin amat degil tidak mahu turun ke bawah.

Si Pemandu menoleh sambil ketawa dan bersuara: "Ini Proton, bro... Takkan tak tahu... Ini pun belum sampai setahun."

Kami terbarai ketawa.
(Dari ingatan berkempen ke Merlimau)

Saya sedang memberi kuliah di Akademi Seni Kebangsaan. Bangunan ini belum sampai lima tahun. Hujan yang awalnya renyai-renyai menjadi lebat. Tiba-tiba, di luar air mencurah masuk. Atap bangunan ini telah terbarai.
(Dari ingatan mengajar di ASWARA)

Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun, maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun. Pelajaran di hadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia.

Ini adalah kali kedua warga Jepun membayar dengan nyawa mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang malapetaka yang akan dibawa oleh radioaktif. Kali pertama dahulu pada pada 6 dan 9 Ogos 1945. Pelajaran itu telah dipaksakan ke atas warga Jepun apabila dua butir bom atom telah diledakkan di kota Nagasaki dan Hiroshima.

Kali ini agak berbeza, bukan dengan paksaan dari sesiapa tetapi hasil dari kerja lobi para saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Lihat dan perhatikan, ketika loji nuklear di Fukushima terbakar, para saudagar tenaga nuklear, para pelobi tenaga nuklear, para kangkung pakar nuklear dan para politikus rasuah, sedang meminta kita semua bertenang. Suara paling terbanyak meminta kita bertenang datangnya dari sosok yang mengaku arif dan berilmu dalam hal nuklear.

Ilmuan 'kangkung'

Justeru, para profesor dan ilmuan yang arif tentang hal radioaktif kini sedang sibuk membincangkan pandangan mereka. Ilmuan "kangkung" dan pakar nuklear ini sedang bersilat lidah di kaca TV untuk mententeramkan keadaan. Para pakar ini dilihat gah dan hebat dengan ijazah berjela-jela tetapi bila kita selidik dengan rapi, maka akan kita temui bahawa mereka ini ada pertalian kepentingan dengan saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Di Malaysia para kangkung ini tidak perlu menyorokkan diri untuk berselindung. Mereka secara terbuka menyokong rancangan kerajaan untuk mendirikan loji nuklear pada tahun 2021. Suara sokongan mereka sedang dijadikan alat untuk bercanang ke hulu ke hilir oleh para saudagar loji nuklear.

Para kangkung ini bersuara menyokong tenaga nuklear bukan kerana mereka berilmu tetapi kerana dengan cara ini sahajalah suara mereka akan dilaporkan oleh media arus perdana. Dengan menyokong tenaga nuklear maka muka mereka akan muncul di kaca TV. Dan jika mereka rajin sadikit mereka akan dapat menulis di ruangan akhbar Utusan atau Berita Harian.

Orang awam jangan terperanjat apabila diberitahu bahawa menulis di Utusan atau di Berita Harian ini juga akan diambil kira sebagai pencapaian keilmuan. Ini juga akan dihitung untuk kenaikkan pangkat dan gaji. Nampaknya menulis di akhbar arus perdana di Malaysia ini telah disamakan tarafnya seperti menulis di majalah Foreign Affairs, New Scientist, Nature atau Oxford Journals.

Maaf. Jangan silap faham. Tulisan saya ini bukan bercita-cita atau berniat untuk memperlekehkan para ilmuan tempatan ini. Tidak. Saya tidak perlu meperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh. Majoriti ilmuan kangkung ini lekeh kerana tidak pernah melahirkan buku atau menulis secara ilmiah. Kebijaksanan mereka ialah membodek dan mengampu untuk naik pangkat.

Kalau kurang yakin tentang apa yang saya nyatakan di sini, sila rujuk laporan akhbar minggu lalu bagaimana Najib Razak telah mengingatkan kangkung-kangkung ini agar tidak berebut-rebut untuk menjadi naib cancelor.

Biasanya para akademik yang tegar dengan ilmu pengetahun dan kajian akan menolak pangkat naib cancelor. Sosok yang berilmu akan menolak pangkat ini kerana ia akan membuang masa ekoran terlibat dengan kerja mentabir universiti. Cita-cita sosok yang berilmu ialah membaca, mentelaah, mengkaji, menduga, mencuba di bilik makmal dan akhirnya menerbitkan bahan kajian untuk untuk dibincangkan oleh rakan-rakan dalam dunia akademia.

Seorang akademia yang bukan jenis kangkung tidak akan membuang masa untuk hadir di majlis-majlis 'hampeh' seperti menghantar menteri ke lapangan terbang atau membuang masa dan tenaga untuk memastikkan mahasiswa kumpulan Aspirasi menang dalam pilihan raya kampus.

Pandangan juling tentang Fukushima


Saya telah dan akan terus menimbul dan mempersoalkan tentang keupayaan ilmu profesor kangkung. Saya lakukan ini kerana saya yakin dalam minggu ini akan banyak suara-suara kangkung ini kedengaran. Mereka akan dijemput untuk memberi pandangan-pandangan juling tentang letupan loji nukelar di Fukushima.

Komen dan pandangan profesor kangkung ini akan digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar menerima hakikat bahawa negara kita tidak ada pilihan melainkan menggunakan nuklear sebagai punca tenaga elektrik dalam masa 10 tahun yang akan datang. Kangkung ini juga akan memberi pandangan kontot mereka bahawa loji tenaga nuklear ini selamat untuk digunapakai.

Para kangkung ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kangkung akan melupakan data dan sejarah.

Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kangkung ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknologi secanggih hari ini, tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi.

Hakikatnya, kecelakan yang berpunca dari loji tenaga nuklear berlaku terus menerus. Pada tahun 1979, sebuah loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah hampir meledak. Ini kerana kesilapan teknikal. Selama tiga hari Amerika Syarikat dalam keadaan mengigil menunggu apakah akan terjadi satu letupan.

Pada tahun 1986, satu lagi ledakan loji nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Ini telah membawa malapetaka yang amat dahsyat. Hingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif yang masih berkeliaran. Untuk berapa tahun lagi wilayah ini akan ditinggalkan? Berapa lama kesan radioaktif ini akan berkeliaran?

Umur radioaktif ini ditakrifkan sebagai half life. Half life ini mungkin 300 tahun dan mungkin 3,000 tahun. Half life hanyalah konsep. Kerana itu hingga ke hari ini, masih ada bekas warga Chernobyl yang melahirkan bayi cacat dan tidak cukup sifat akibat serangan radioaktif.

Lalu timbul persoalan, jika tenaga nuklear ini amat bahaya kenapa ia masih digunakan. Jawapan untuk soalan ini ialah keuntungan. Para saudagar penjual loji nuklear akan mendapat keuntungan berbilion ringgit apabila ada negara yang ingin membeli loji ini. Loji tenaga nuklear bukan dijual macam kereta.

Teknologi tenaga nuklear ini amat tinggi dan canggih. Tidak semua negara dalam dunia ini memiliki keupayaan untuk mendirikan loji nuklear ini. Negara-negara yang memiliki teknoloji untuk membuat dan menjual loji nuklear ini juga terhad. Ini menjadikan harga loji ini mahal.

Dalam masa yang sana kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap bahaya radioaktif dari loji ini telah ditumpulkan. Seperti di Malaysia, banyak perkara dilakukan oleh politikus tanpa banyak perbincangan.

Malah ada pekara dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui umum. Contoh terbaik ialah kilang nadir bumi di Gebeng yang juga akan membawa malapetaka radioaktif secara tiba-tiba.

Bangunan, atap, stadium runtuh

Oleh kerana tidak ada perbincangan, maka orang ramai tidak mendapat maklumat yang penuh sama ada perlu menerima atau menolak pengunaan tenaga nuklear sebagai punca tenaga leterik.

Ini ditambah pula oleh lebun para kangkung yang kerap muncul di media arus perdana untuk menjadi juru heboh tenaga nuklear. Pandangan kedua atau cadangan alternatif akan dinafikan untuk untuk memastikan orang ramai dapat terus ditipu.

Malah si pembawa pandangan kedua atau alternatif mungkin akan ditangkap untuk dikenakan ISA. Ini pernah berlaku di Bukit Merah, Perak pada tahun 1987.

Warga di Bukit Merah telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng. Beberapa orang aktivis Bukit Merah telah ditahan dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.

Para menteri pula akan berhujah mengatakan bahawa kita perlu tenaga nuklear kalau tidak kita akan bergelap. Cakap-cakap seperti ini menakutkan orang ramai seolah-olah kita tidak ada pilihan. Di belakang cakap-cakap menteri ini ialah saudagar penjual loji nuklear. Ini samalah seperti kita membeli kapal selam dari Perancis.

Saudagar penjual loji nuklear ini juga bergerak sama seperti saudagar senjata. Malah kadangkala yang menjual senjata ini juga menjual loji tenaga nuklear.

Untuk saya keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton.

Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh.

Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terangganu.

Untuk saya, sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknologi.

Kalau yang asas ini pun selalu kantoi, bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak.

Mari berfikir sejenak. Sebelum ke sekolah kita ke alif ba ta dahulu. Sebelum buat itu, buat ini dahulu.

POSTING DALAM BLOG HANIEF-MCMC SIASAT HANIEF








Mereka ambil sekali dengan kabel RJ11. Tak nak bagi kita online?

Hardware lama. Walaupun ada faulty tapi bolehlah juga berfungsi untuk sementara menunggu komputer-komputer itu dipulangkan oleh pihak perampas. Daya kreativiti sangat terbatas sekali dengan prestasi yang rendah dari hardware lama ini.

Komputer bapa saya dirampas juga. Kini dia terpaksa guna komputer riba lama. Turut kelihatan modem wireless yang baru dibeli selepas kunjungan ke SKMM Cyberjaya. Kata mereka kami boleh online selagi mana tiada aduan SKMM terbaru. Jika ada aduan terbaru, SKMM boleh jadi bersaing dengan Plaza Lowyat.

Dua komputer saya telah dirampas. Bersama dengan kabel kuasa. Komputer dipadamkan tanpa proses shutdown. Apabila ditanya, ikut prosedur katanya.

Semua barang milik kami yang dirampas masih belum dipulangkan dan tidak pula kami ketahui bilakah tarikh pemulangannya.


Salah seorang penyiasat SKMM yang menyoal saya.


Password yang digila-gilakannya. Tak beri password penjara 2 tahun.

p/s: Mandela dipenjarakan selama 27 tahun.

Isn't religion a sacroscant right of a community?

Subject: Isn't religion a sacroscant right of a community?

Isn’t religion a sacrosanct right of a community?

Umno has decided to play politics by agreeing to release the Malay-language
Holy Bible without loss of face. That is the reason why it has to impose two
ridiculous conditions for the release, says P Ramakrishnan.


It is rather difficult to understand how our Muslim friends can be so easily
influenced which may result in their straying away from their sacred religion.
Any notion that this may be the case insults the intelligence and the very
faith of the Muslims.

Any suggestion alluding to this possibility gives the impression that all the
daily vigorous religious programmes over radio and television, the numerous
courses conducted to explain and strengthen their faith in Islam, the many
religious classes and the obligatory five-times-a-day prayers, the existence of


mosques easily accessible to the faithful, and the Friday sermons, are a
failure. This is absolutely wrong and ridiculous.
I was a product of a mission school – so were my many Malay friends of that
period. The Lord’s Prayer was part of the weekly school assembly ritual. Even
to this day we – Muslims and non-Muslims – remember the Lord’s Prayer. In
fact, some of my Malay friends even say “Amen” at the end of a speech whenever
our classmates meet up. This did not in any way indicate that they are not
steadfast in their faith. No one has renounced their religion to embrace
Christianity.
How is that the Malays of that period – who did not have all the present
intense propagation of the Muslim faith – remained faithful to Islam? How come
their faith was so strong and so secure?
It is with this knowledge that I wonder what harm the Holy Bible in the
national language can cause to the Muslims. Why is there so much controversy
surrounding this issue?
There are so many contradictory reasons extended for the impounding of the Holy

Bible. These holy books are languishing in various godowns, some as long as two

years. This denial of the holy book to the Christians is indefensible.

A pertinent question is “Aren’t the Christians entitled to their book of
faith?” It is this book that gives meaning to their lives, regulates their
conduct and determines their purpose in life. It is so essential to their
well-being, it is so personal and integral to their existence. How can this be
denied?

Many Malaysians are not only aware – but they are convinced too – that the vast


majority of Muslims are tolerant, peaceful, respectful of the other, and would
have no objection to other Malaysians exercising their religious rights as
guaranteed by the Federal Constitution. They would have no objection to the
releasing of the Holy Bible because they understand the significance of these
books and what they mean to the Christians.
It is the ugly politicians, desperate in their attempt to retain their power
and position, who have unjustly politicised a simple issue into an unnecessary
controversy that threatens our unity as a nation. This minority group is
spewing fire and brimstone to agitate and frustrate our unity regardless of the


harm they are causing to our multi-ethnic Malaysia.
In succumbing to these despicable political demands of this minority, the Umno
leadership has become blind to justice and fairness. It has chosen to give in
to this group by refusing to release the Holy Bible with the view to score
political points to win over the rural Malays.

But now with the impending Sarawak elections, the Umno leadership realises the
price it has to pay for this foolhardiness. Hard reality has forced it to be
somewhat sensible and realistic if it aims to cling on to political power.
Without this essential support from Sarawak and Sabah, Umno and its cohorts in
the Barisan Nasional will have to bid farewell to Putrajaya.
So Umno has decided to play politics by agreeing to release the Holy Bible
without loss of face. That is the reason why it has to impose two ridiculous
conditions for the release.
One, the importer of the copies of the holy book will have to stamp “Reminder:
This ‘Al Kitab Berita Baik’ is for the use of the Christians only. By order of
the Home Ministry”. The cover of the Al kitab would be stamped with the
department’s official seal and dated as well.
Two, the importer has to stamp a serial number on each copy of the Holy Bible
“as if to demarcate copies from the released shipment and to enable the book to

be traced back to the port of import”.
The Home Ministry has shown scant respect to these holy books and the Christian

community. The ministry’s ruling is perverse and sacrilegious. Its ruling is
tantamount to ordering the Christian community to desecrate their holy books.
No Christian will agree to observe these absurd conditions.
The inalienable right of a community to practise its religion cannot be
compromised – and should not be compromised. This is the birth-right of a
community – it cannot be surrendered.
The Prime Minister must recognise this serious problem that threatens to
undermine our national unity and must step in as a matter of urgency to avert a


national catastrophe. He must isolate these trouble-makers and preserve our
unity. He owes this to us and the nation. Any failure on his part would imply
that unity is not possible without an alternative government.

Let us be reminded by the wise words of Martin Luther King, Jr: “We must learn
to live together as brothers, or we are going to perish together as fools.”

P Ramakrishnan is president of Aliran
With very warm regards,
RAMA

Blogger pro-PR terus diburu menjelang PRU

SKMM SIASAT HANIEF







Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) mendapat berita hampir tengah malam tadi kediaman adik Hanief seorang blogger yg popular dengan pembikinan klip video informatif dan mengkritik regim telah ditahan dan rumahnya diserbu.

Semua komputer termasuk milik ahli keluarga yg lain dirampas oleh pihak berkuasa tanpa memberi alasan munasabah.

SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yang tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dengan perbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru.

Dalam mood pilihanraya yang mungkin dalam masa terdekat ini blogger dijadikan sasaran untuk ditakutkan.

Baru saja blogger Din Binjai (sharpshooter) disaman Menteri propaganda Bn, kini adik Hanief dan keluarganya pula menjadi mangsa.

SAMM melihat perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini.

che'GuBard sendiri pernah berdepan dengan tangkapan gunakan alasan tulisan di blog walaupun diyakini tangkapan adalah berkaitan kerana hari tersebut baru saja pulang dari diskusi buku Misteri disebalik Pembunuhan Altantuya di Jakarta.

Komputer cheGuBard dirampas termasuk cubaan memasuki Ibupejabat PKR menggunakan kes tersebut.
Namun setelah disusahkan sebegitu rupa kes tersebut tidak dilanjutkan kerana ternyata atas laporan polis yang lemah sekali.

che'GuBard juga punya pengalaman membuiat laporan polis terhadap blogger pro Umno yang ternyata terlibat siar gambar lucah dan 'posting' perkauman namun seperti biasa penguasa hilang kuku bila berdepan parti regim.

SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat.

cheGuBard baru hubungi Hanief subuh ini dan difahamkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 2.30pagi tadi dan perlu hadir di Balai Sentul,10pagi ini.

Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat.

21 Mac, jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Malaya, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semua blogger muda ini dijemput bersama blogger Sharpshooter (Din Binjai) dalam sebutan kes saman dari Rais Yatim.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Demo DNA : Cubaan Tutup Pendakwaan Songsang

20/03/2011


KUALA LUMPUR, 20 MAC: Siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Datuk Seri Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua pembangkang itu.

Peguambela Anwar, R. Sivarasa berkata hakikat yang cuba disembunyikan oleh pemimpin Umno dan media arus perdana adalah wujud bukti terang-terangan mengenai usaha memalsukan keputusan ujiani DNA terhadap Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat dua.

“Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.

“Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana,” katanya.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang di bawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.

“Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan," kata Sivarasa.

“Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada semua keterangan dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Najib Razak sendiri melanggar arahan mahkamah dengan menyatakan sokongan kepada tunjuk perasan anjuran juak-juak partinya untuk mendesak Anwar memberikan sampel DNA beliau.

Tindakan Najib selaku Perdana Menteri itu dilihat untuk memberi tekanan kepada Hakim Zabidin Mohd Diah yang sebelum ini memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA secara tidak sah.

Susulan itu pendakwaraya memohon hakim untuk mengarahkan Anwar memberikan sampel baru sungguhpun tidak ada peruntukan undang-undang sedemikian.

Najib membuat desakan terbuka mahukan Anwar memberikan sampel DNAnya setelah tunjuk perasaan anjuran penyokong beliau hanya mendapat sokongan hambar walaupun diberi liputan meluas oleh media kawalan Umno.

Esok Hakim Zaibdin akan mendengar hujah peguam Karpal Singh kenapa permintaan pendakwaraya itu harus ditolak.

DNA : Campur Tangan Menteri Cemar Institusi Perundangan Ditulis oleh shuaib ayob

20/03/2011 Share


SHAH ALAM 20 MAC : Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan campur tangan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri yang turut serta mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau sebagai mencemar institusi undang-undang.

Dr Aziz ketika dihubungi Tv Selangor berkata, campur tangan menteri dalam perbicaraan kes fitnah ke atas Ketua Umum PKR yang sedang berlangsung kini, sebagai menunjukkan usaha berterusan kerajaan untuk menjatuhkan seteru politik mereka.

"Nampak sangat mereka telah terdesak, sepatutnya sebagai individu yang faham undang-undang, menteri berkenaan tidak sepaatutnya berbuat sedemikian kerana ia menganggu undang-undang sekaligus menyebabkan sistem undang-undang kita tercemar dan tercabar seolah-olah ia tidak berintegriti dan tidak mampu menangani masalah," katanya ketika diminta mengulas berhubung komentar Najib dan Rais Yatim berhubung kes Anwar.

Najib ketika turun ke Sarawak untuk kempen Barisan Nasioanal semalam mencabar Anwar untuk menyerahkan spesimen DNA beliau dalam usaha menggoyah keyakinan rakyat yang sudah bertunas kepada Pakatan Rakyat.

Malah walaupun tarikh penamaan dan pembuangan undi bagi pilihanraya negeri itu belum diumumkan, Najib turut mengumumkan peruntukan RM252.85 juta untuk penduduk parlimen Serian dan parlimen Mambong untuk projek kemudahan asas yang sepatutnya telah lama dinikmati penduduk.

Desakan sama turut diulang oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan komunikasi,Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Rais yang juga bekas menteri undang-undang menggesa Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau sebagai kesinambungan demo-demo yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan pro Umno mutakhir ini.

"Perkara ini harus ditangani di mahkamah dan bukannya dipolitikkan, kalau mereka tuduh Anwar mempolitikkan kes perbicaraan ini, tetapi sekarang mereka pula beria-ia mahu berbuat begitu jadi jelas mereka terdesak," katanya lagi.

Aziz yang kesal dengan tindakan pucuk pimpinan negara turut memberi peringatan kepada barisan kabinet Najib bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan mereka melambangkan pendirian negara.

"Kalau menteri sendiri sudah berbuat begitu, ini mengambarkan sikap kerajaan, kerana menteri adalah sebahagian dari kabinet dan kabinet itu adalah kerajaan, jadi adakah menteri tersebut berbuat demikian kerana disuruh kerajaan? Tetapi apapun ia mengambarkan sikap sebenar kerajaan,"katanya lagi.

ANWAR:NAJIB JUGA TIDAK MENYERAH DNANYA

20/03/2011


Oleh : Wira Arjuna

Apakah kuasa atau ‘muka’ yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Ketua Pembangkang untuk menyerahkan DNA beliau dalam kes liwat fitnah 2.

Berucap di Kuching semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika di minta diminta oleh pendakwaraya.

Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa pembincaraan kes bunuh Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jelas menunjukkan Najib bukan sahaja mengenali model Mongolia itu tetapi mengadakan hubungan seks dengannya.

Rasa tidak perlulah dikitarkan semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib kepada Abdul Razak Baginda (penasihat Najib) dan pegawai polis yang di dapati bersalah membunuh Altantuya.

Ketika perbicaraan itu, bukan sahaja Najib tidak memberikan DNAnya, beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan demi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara oleh Umno dan juak-juak parti untuk mendesak Anwar memberikan DNAnya minggu lalu tentunya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah mengeluarkan arahan sedemikian kepada Ketua Pembangkang itu.

Namun segala tunjuk perasaan itu menerima sambutan hambar. Di Petaling Jaya, 50 orang hadir namun media massa arus perdana melaporkan kumpulan itu mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan!.

Mungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi?.

Atau lebih bahaya, mungkinkah Najib bertindak sedemikian kerana menyedari ‘perangkap” yang dipasang oleh polis untuk menghumban Anwar ke penjara sekali lagi tidak akan berjaya ekoran keputusan hakim bahawa bahan bukti diambil oleh polis secara tipu helah dan tidak sah.

Apa pun, hakikat ialah Najib mengetahui tindakan-tindakan mantan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar pada tahun 1998.

Dua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini, Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful secara sulit sebelum laporan polis di buat terhadap Anwar.

Hakikat juga adalah pengadu Saiful Bukhari Azlan menalifon Musa, dan berjumpa Rodwan, serta mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum beliau membuat laporan polis, mendakwa di liwat oleh Anwar.

Najib tahu semua ini, Beliau juga tahu ketelusan proses siasatan terhadap Anwar dalam kes fitnah pertama dan kedua serta penggunaan bukti reka cipta terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu yang kini menjadi musuh utama politik beliau dan Umno.

Berbekal semua “pengetahuan dan maklumat itu” Najib tetap “yakin”’ pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar.

Perbicaraan setakat ini sudah pun mendedahkan bagaimana polis campurtangan dalam pemeriksaan doktor terhadap Saiful, termasuk mengisi sendiri borang pemeriksaan awal.

Perbicaraan turut memperlihatkan “ketakutan’ doktor untuk merujuk kepada nota-nota kerana bimbang ia digunakan oleh peguam bela untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh Saiful.

Perbicaraan turut mendedahkan bagaimana polis sendiri membelakangkan arahan Jabatan Kimia dan peraturan dalam menyimpan bukti-bukti dan sampel DNA itu sendiri.

Bayangkan seorang kanan pegawai polis boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu.

Najib tahu semua ini --- namun kenapa beliau begitu bingkas dan terdesak mahukan Anwar menyerahkan DNAnya?

Jawapannya mudah --- kerana mahu melengkapkan satu lagi pendakwaan atas bukti reka cipta untuk kali kedua terhadap musuh politik utamanya yang bernama Anwar Ibrahim.

Hadi : Tak Mustahil Berlaku Perubahan Di Sarawak

20/03/2011 Share


BESUT 20 MAC :Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin dengan peluang pakatan pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan datang.

"Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini," katanya.

Ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh hari ini.

Turut serta dalam ceramah itu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw.

Semalam Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan esok.

Sementara itu, Azmin ketika ditanya mengenai adiknya Ummi Hafilda yang mengadakan ceramah di Jerteh semalam yang antara lain mendakwa abangnya itu telah hilang pedoman dan tenggelam dengan janji-janji manis ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata:

"Pembangkang fokus dalam perjuangan dan terpulang kepada parti lawan yang menggunakan cara berkenaan".-BERNAMA

Habis Modal Punca Isu DNA Anwar Diperbesarkan, Kata Yaakob


SHAH ALAM 18 MAC : Dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat di negeri ini, Umno-Barisan Nasional dilihat semakin terdesak sehingga menggunakan pelbagai taktik tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anggerik, Yaakob sapari.

Buntu untuk mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menebal kepada Pakatan Rakyat, isu penyerahan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimp pula dijadikan modal politik murahan Umno.

"Mana ada prosedur mahkamah, dah habis perbicaraan baru cari bukti, bila cukup bukti baru prosiding mahkamah diteruskan, dah habis mahkamah baru nak cari
bukti, ini mahkamah mana? Mahkamah serba boleh Barisan Nasional.

"Pakar yang mengatakan, doktor mengesahkan, dalam dubur Saiful itu ada DNA sendiri, perkara ini dah jadi lawak dalam mahkamah, Umno kehilangan idea,"katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah Mega "Ubah Sekarang, Tolak BN" di Dewan Beringin Seksyen 24, di sini, malam tadi.

Bukan itu sahaja katanya, Umno-BN sekali lagi menggunakan strategi jahat mereka dengan memberikan kad pengenalan (IC) kepada golongan bukan warganegara
Malaysia untuk memenangkan mereka pada pilihanraya.

Jelas Yaakob, taktik sama pernah digunapakai oleh Umno-BN di Sabah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah disebabkan projek IC ini apabila sebanyak 1.5 juta
IC palsu dilepaskan.

"Hari ini dia (BN) nak tawan Selangor, maka projek IC berlaku sekali lagi, Indonesia, Pakistan dapat IC.

"Jadi mereka (BN) dah hilang punca, negara sanggup digadai yang penting pertahankan nak tawan Selangor,"katanya lagi.

Turut hadir ceramah berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad, Bob Lokman, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

KETELUSAN KERAJAAN NGERI :Yayasan Selangor Rugi RM7.41 Juta, Timbalan Pengurus besar Dipecat








SHAH ALAM 18 MAC : Kerajaan Selangor memecat Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman setelah badan itu mengalami kerugian hampir RM7.41juta ringgit sehingga November lalu akibat perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah.

Pengurusan tidak berhemah, antara lain, menyebabkan kos sambutan Ulang Tahun ke 40 yayasan itu mencecah hampir RM1 juta, dengan syarikat pengurus sambutan itu dibayar upahnya walaupun aktiviti belum dilaksanakan.

Perbelanjaan boros untuk sambutan itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana ia membabitkan duit rakyat yang harus diguna untuk kebajikan awam.


Susulan teguran baginda, sambutan itu dibatalkan atas arahan kerajaan negeri. Pasukan audit Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dikerah untuk memeriksa akaun Yayasan Selangor.

Dalam mengumumkan hasil pemeriksaan audit itu hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara salah laku yang dikesan adalah pemberian elaun-elaun yang tidak patut di bayar kepada Ahli Mesyuarat.

"Terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 hanya melalui Pekeliling Resolusi, malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 (bersabit) arahan meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan," kata Khalid dalam satu kenyataan.

Hasil audit itu turut mengesan banyak perbelanjaan yang tidak mengikut prosedur dan tanpa perancangan sehingga Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010, kata Khalid.

" Antara tindakan yang menunjukkan tadbir urus korporat yang tidak baik ialah seramai 18 warga kerja berhenti kerja dan 50 lagi ditukar antara Mac hingga November 2010," tambah beliau.

Dalam menjelaskan tindakan memecat Mohd Saifulruddin, Khalid berkata mesyuarat khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor pada 17 Februari lalu sebulat suara memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau dalam tempoh 24 jam di atas peranannya dalam penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu.

Walaupun Mohd Saifulruddin diarah untuk bercuti semasa siasatan dijalankan, "semakan audit mendapati, Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan itu dan hadir pada mesyuarat," kata Khalid lagi.

Menteri Besar menegaskan kerajaan Selangor sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mentadbir negeri dan tidak akan menyembunyikan salah saku pegawainya.

" Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor,"katanya lagi.


Tsunami Jepun - Nazri Bela Rosmah

17/03/2011


KUALA LUMPUR 17 MAC : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini mendakwa kenyataan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor bersabit malapetaka gempa bumi dan tsunami di Jepun kononnya diputarbelitkan oleh pembangkang.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditemui tetap menyifatkan Rosmah bertindak keterlaluan apabila mengaitkan bencana itu kepada isu teknoloji hijau dan pemanasan global.

TV Selangor menyiarkan Rosmah sebagai di petik berkata bahawa gempa bumi dan tsunami di Jepun harus memberi pengajaran kepada seluruh dunia.

"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan “climate change” dan green technology," Rosmah di petik sebagai berkata oleh stesen telivisyen Awani Ahad lalu.

Kenyataan itu mengejutkan kerana Rosmah seolah-olah membayangkan malapetaka itu berpunca atas kelalaian Tokyo menguruskan pembangunan yang mesra alam.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata tidak timbul soal komen Rosmah itu diputarbelitkan.

“Dalam keadaan orang sedang bersedih apabila berhadapan dengan bencana, selalunya kita memberikan ucapan atau kata-kata semangat. Kenapa isteri Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian? Ini mengundang masalah, “ kata beliau.

“Negara ini ditadbir oleh mereka yang diberikan kuasa untuk mentadbir. Isteri Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa. Jadi mengapa dia sibuk untuk membuat komen-komen yang memberikan kesan kepada kita,” tambah beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Naib Presiden PAS Salahuddin turut melahirkan rasa kesal atas kenyataan Rosmah itu kerana mempertikaikan kewibawaan kerajaan Jepun menguruskan negaranya.

“Ia merupakan satu insiden yang tidak sepatutnya berlaku di saat negara Jepun mengalami kesedihan dan malapetaka yang dashyat, tiba-tiba datang satu komen yang mempertikaikan tentang keselamatan dan persediaannya dari segi tsunami dan gempa bumi itu sendiri,” kata Sallehuddin.

“Di saat kesedihan melanda masyarakat Jepun, kita harus bersifat lebih menunjukkan lebih simpati dan kebersamaan kita dalam perkara ini,” tambah beliau.

Di dalam Dewan Rakyat, Nazri di minta memberi penjelasan kenapa Rosmah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Nazri bagaimanapun mendakwa kenyataan Rosmah di putarbelitkan dan tidak diambil “dalam konteks yang penuh.”

“Ayat itu mesti dibacakan dalam kandungan yang penuh” kata Nazri, tanpa merujuk lanjut kepada wawancara Rosmah yang disiarkan oleh Awani itu.

Klip yang mengandungi komen Rosmah itu menarik lebih 240,000 “hits” dalam Youtube dan turut dimuatkan oleh dalam laman web stesen telivisyen antarabangsa CNN.

Ummi Fail Saman Terhadap Baginda, Malaysiakini

17/03/2011

KUALA LUMPUR 17 MAC : Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.

Ummi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakini daripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.

Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.-Malaysiakini

Loji Nuklear di Malaysia : Muhyiddin Digesa Jangan Terlalu Angkuh









SHAH ALAM 16 MAC : Exco Pelancongan, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong kesal dengan kenyataan sombong dan tidak berlandas fakta dan nilai saintifik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa projek Janakuasa Nuklear Malaysia tetap akan diteruskan walaupun ia mendatangkan bahaya seperti yang berlaku di Jepun.

Elizabeth turut mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia yang meluluskan projek sebelum penilaian keselamatan dilakukan.

"Pegangan Muhyiddin bukannya sains, atau pelaksanaan polisi berdasarkan fakta, ia hanyalah keangkuhan.

"Ini bukan cara menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Semua teknologi merbahaya perlu melalui penilaian dan proses yang teliti melalui pelbagai
agensi selain dipamerkan untuk penilaian awam sebelum sebarang kelulusan polisi diberikan untuk pelaksanaannya," tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan ketika sidang media di Putrajaya semalam Muhyiddin tidak memberi kenyataan jitu mengenai hal ini tetapi menyatakan perkara paling penting
ialah soal keselamatan negara dan rakyat.

Beliau juga menaruh kepercayaan terhadap agensi yang bertanggungjawab atas alasan 'mereka' (agensi terbabit) tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin
mereka melaksanakan yang terbaik

Apabila ditanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia
dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti.

Isu projek Nuklear Malaysia menjadi kecoh berikutan kejadian magnitud 8.9 pada skala Richter yang menggoncang Jepun sehingga mengakibatkan reaktor nuklearnya
di Fukushima, yang hanya kira-kira 250 km dari Tokyo menghadapi kemungkinan musnah dan menyebabkan puluhan ribu masyarakat yang tinggal berhampiran pusat itu juga terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi.

Elizabeth turut menyuarakan rasa kurang senangnya terhadap sikap Muhyiddin yang tidak peka terhadap perkembangan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng yang didakwa diserahkan kepada sebuah syarikat Australia.

Menurut Elizabeth lagi, pendedahan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan
pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia bernilai RM700 juta yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp membuktikan
betapa kerajaan hanya pentingkan keuntungan berbanding keselamatan rakyat.

"Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan fikiran. Mana lebih penting? Keselamatan Awam atau janji dengan rakan niaga mereka? " soal Elizabeth lagi.

Mufti Selangor Larang Pengedaran Kitab Injil Guna Kalimah Allah




PATUTNYA ADANYA PELARASAN.........KDN NI LEMBAB NI...





SHAH ALAM 16 MAC : Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid mengesahkan 5,000 naskah Kitab Injil berbahasa Melayu dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia
tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah didalam Kitab Suci Kristian itu.

Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran Kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut di tarik balik, mengikut pengumuman Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang semalam.

Kenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam
Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu.

Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu Kitab-Kitab Injil berbahasa Melayu itu yang diimport dari Indonesia.

"Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak," kata beliau.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010.

Namun pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan isu itu akan dibincangkan di mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini. Beliau menegaskan Jemaah Menteri harus berbincang isu itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak
Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah Kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop "Hanya Untuk Penganut Kristian" sebelum
dibenarkan pengedaran.

Syarat itu ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh.

Paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor menegaskan penganut kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab
suci mereka.

“Saya rasa jika kita letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini, kita seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah seseorang yang memiliki kitab ini melakukan satu jenayah. Tiada penganut Kristian akan menerima perkara ini,” katanya.