SOSIAL : Suasana Menjijikkan Di Dalam Kilang Tepung…

Suasana Menjijikkan Di Dalam Kilang Tepung…

Jalan Ipoh

Kuala Lumpur

28 Jan 2010

12 tgh

Dua kali permohonan sijil halalnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim ditolak.

Menurut pengusaha tepung ini, penggunaan sijil halal amat perlu dalam perniagaannya kerana ramai pelanggan mahukan jaminan halal dalam produk keluarannya.

Jalan terakhirnya, ialah memohon sijil halal dari Islamic Food Research Center IFRC , dan seperti biasa, sijil ini dengan mudah diperolehi dengan kadar bayaran yang ditetapkan pengeluar.

Bagaimanapun, logo halal IFRC masih tetap tidak meyakinkan pengusaha kerana sijil halal ini bukan sijil halal dikeluarkan kerajaan, malah ianya tidak diiktiraf.

(Dalam undang-undang, tidak menjadi kesalahan meletakkan logo IFRC pada pembungkusan, walaupun ia tidak diiktiraf. Kelemahan ini menyebabkan sijil halal boleh diperolehi dengan mudah dengan membayar wang walaupun mungkin restoran/pengusaha turut menjual arak di dalamnya atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Akta Halal akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi bagi mengelakkan lebih ramai pengguna Islam tertipu atau terpedaya dengan kewujudan berbagai pihak yang mengeluarkan sijil halal. Saya akan mendedahkan konflik sebenar yang mengelirukan umat Islam selama ini mengenai status sijil-sijil yang bermacam-macam ini.)

Jalan paling mudah, logo Halal Jakim dicetak pada pembungkusan.

Malah, ketika serbuan ini dilakukan, pengusaha memberi pelbagai alasan mengapa dia meletakkan logo halal Jakim pada pembungkusannya.

Antara alasannya ialah – dia telah memohon sijil Halal Jakim, tetapi tidak diluluskan, tetapi bagi menjaga pelanggan, dia tetap meletakkan logo itu.

Tidak cukup di situ, pengusaha turut menyalahkan Jakim kerana lambat dalam mengeluarkan sijil halal kepada pihaknya walaupun telah beberapa kali berurusan dengan Jakim di Putrajaya.

Untuk rekod, memang benar syarikat ada memohon sijil halal Jakim, dan kali terkahir ditolak pada penghujung tahun lalu.

Tiada kompromi, apabila beginilah keadaannya persekitaran kilang, mana mungkin ia akan diluluskan.

.

Itu jawapan paling tepat, mudah dan tiada berselindung.

(Jadi, kepada anda yang masih tidak faham akan sijil halal swasta seperti IFRC itu, silalah lihat contoh di dalam serbuan ini – apakah kriteria yang meluluskan pemberian sijil halal mereka kepada pengusaha?)

Kilang tepung ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan menjadi pilihan kepada ramai pengusaha restoran, suri rumah, dan makanan berempah serta makanan seperti kuih maruku.

Senarainya amat panjang,

Serbuk Kunyit

Serbuk Kari Ayam

Serbuk Kari Ikan
Serbuk Rempah Biryani

Serbuk Cili

Serbuk Lada Putih

Serbuk Lada Hitam

Serbuk Kurma

Serbuk Jintan Putih

Serbuk Jintan Manis
Serbuk Ketumbar
Tepung Beras
Tepung Atta
Tepung Kacang Kuda

Tepung Ragi

Tepung Suji
Tepung Kacang Hijau Goreng
Tepung Jagung
Tepung Kentucky
Tepung Kastard
Tepung Marukku
Tepung Kuih Bunga Ros
Tepung Addresam
Tepung Ommapodi

Tepung Raya Thosai

Serbuan disertai Jakim dari Bahagian Hub Halalnya diketuai Penolong Pengarahnya, Mohd Amri Abdullah serta pegawai dari Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya.

Masuk sahaja dalam kawasan kilang, kita akan mendapati satu suasana bising mesin-mesin sedang memproses tepung.

Pekerjanya ada yang berselipar, berkaki ayam, menutup mulut, tidak bertutup, beribu-biru guni tepung dan rempah-ratus bersepah di merata-rata tempat di dalam bangunan ini.

Ada juga kawasan untuk menggaul campuran tepung yang terdedah dengan habuk, debu dan pekerja yang berkaki ayam memijak rempah ratus ini.

Di dalam kawasan kilang ini juga terdapat sebuah bilik tempat tinggal beberapa pekerja dengan sistem pengudaraan yang amat teruk dan berbau busuk.

Tidak cukup di situ, apabila semakin jauh ke belakang , kita akan menemui berbagai guni, kotak yang berdebu, bersawang dan kotor serta busuk.

Dan, paling menjijikkan apabila najis anjing turut ditemui di dalam premis ini, kerana pemilik turut memelihara anjing yang diletakkan di belakang kilang, tetapi laluan tidak ditutup menyebabkan anjing bebas keluar masuk.

Inikah kriteria untuk diluluskan pengeluaran sijil halal?

Nota: Rampasan dari serbuan ini bernilai kira-kira RM80,000 kerana kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

/-----------------------------
--------------------------------

ASAL BAGI TEGURAN BERBEZA DAH KATA KITA MEMBANGKANG

“K’jaan jangan anggap sarjana sebagai pembangkang” - Raja Nazrin Syah

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak boleh menganggap setiap ilmuan, sarjana yang berselisih pandangan dengan mereka sebagai alat politik pembangkang, demikian titah Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah di sini, hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan majlis pelancaran buku 'Knowledge, Language, Thought, and the Civilization of Islam: Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas' yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak.

"Pada hemat beliau, (Al-Attas) apabila perselisihan pandangan atau kelainan tafsiran antara seorang sarjana dengan kerajaan dalam perkara-perkara tertentu, kerajaan jangan terlalu cepat menganggap mereka sebagai ahli politik pembangkang yang memang lazimnya mencari kesalahan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.

"Tetapi hendaklah dihargai bahawa minda seorang sarjana itu berasakan dirinya bertanggungjawab mendidik masyarakatnya, di samping memiliki keberanian serta ketegasan memaklumkan kepada kerajaannya tentang fakta dan hakikat yang berlaku.

"Bagi Prof Al-Attas, seorang sarjana tidak harus sama sekali memiliki sifat untuk mendapat sokongan atau kedudukan politik," titah baginda lagi.

Sehubungan itu, titah Raja Nazrin, baginda berminat menjadikan buku tersebut sebagai panduan dan rujukan, sesuai dengan kedudukannya sebagai Raja Muda Negeri Perak, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dan merangkap Pro Canselor Universiti Malaya.

"Esei-esei yang terkandung dalam koleksi buku ini, sangat relevan untuk beta jadikan rujukan, terutama daripada segi memahami falsafah dan konsep berkaitan Islam, kesejahteraan, evolusi, adab, pengetahuan, dialog ketamadunan, pendidikan, institusi wakaf, kapitalisme dan dunia Melayu.

"Semoga apa jua ilmu yang beta timba akan dapat beta manfaatkan untuk kesejahteraan ummah," titah Raja Nazrin lagi.

MEMALUKAN NEGARA. LAGI EDITOR AKHBAR TERNAMA KUTUK SISTEM NEGARA

Editor The Sunday Guardian kecam Institusi kehakiman Malaysia

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Selepas Ahli Parlimen Australia dan Senat Amerika Syarikat, kini editor The Sunday Guardial, MJ Akbar pula menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ada yang tidak kena.
Penulis buku 'Kashmir: Behind the Vail’, Riot after Riot’ dan ‘India: The Siege Within’ itu melabel demikian berdasarkan pengamatan, selain berkongsi maklumat dengan media dan peguam.
"Seperti yang kita perhatikan, perbicaraan ini tampak begitu rompong. Perbicaraan ini penuh dengan kesilapan. Pada pandangan saya, saya tidak menyangkal hanya perbicaraan yang adil dapat melengkapkan segalanya," katanya kepada TV Selangor.
Beliau memberi pandangan peribadi itu apabila diminta mengulas mengenai proses kehakiman yang hangat diperkatakan, ketika mengadakan lawatan ke Malaysia bertemu Anwar bagi memberi sokongan moral.
Akbar petang semalam mengadakan dialog bersama wakil media dan penulis blog bebas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sesi dialog selama satu jam itu membincangkan keberkesanan komunikasi dalam media melalui mesej yang disampaikan selain bentuk pengolahan sempurna untuk tatapan umum.
Beliau berkongsi pengalaman tentang kuasa penulisan kreatif yang boleh mengubah persepsi dan pendirian pembaca, dengan menggunakan mesej ringkas mampu memberi impak lebih besar berbanding penulisan kompleks.
Akbar yang dijadual pulang ke New Delhi hari ini, turut mengulas peranan komunikasi media sebagai medium penting dalam menyampaikan mesej individu kepada umum.

KUALA LUMPUR : Selepas Ahli Parlimen Australia dan Senat Amerika Syarikat, kini editor The Sunday Guardian, MJ Akbar pula menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ada yang tidak kena.

Penulis buku 'Kashmir: Behind the Vail', 'Riot after Riot' dan 'India: The Siege Within' itu melabel demikian berdasarkan pengamatan, selain berkongsi maklumat dengan media dan peguam.

"Seperti yang kita perhatikan, perbicaraan ini tampak begitu rompong. Perbicaraan ini penuh dengan kesilapan. Pada pandangan saya, saya tidak menyangkal hanya perbicaraan yang adil dapat melengkapkan segalanya," katanya kepada TV Selangor.

Beliau memberi pandangan peribadi itu apabila diminta mengulas mengenai proses kehakiman yang hangat diperkatakan, ketika mengadakan lawatan ke Malaysia bertemu Anwar bagi memberi sokongan moral.

Akbar petang semalam mengadakan dialog bersama wakil media dan penulis blog bebas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sesi dialog selama satu jam itu membincangkan keberkesanan komunikasi dalam media melalui mesej yang disampaikan selain bentuk pengolahan sempurna untuk tatapan umum.

Beliau berkongsi pengalaman tentang kuasa penulisan kreatif yang boleh mengubah persepsi dan pendirian pembaca, dengan menggunakan mesej ringkas mampu memberi impak lebih besar berbanding penulisan kompleks.

Akbar yang dijadual pulang ke New Delhi hari ini, turut mengulas peranan komunikasi media sebagai medium penting dalam menyampaikan mesej individu kepada umum.

ACARA BAKAR "SAMPAH" MALAM INI




KUALA LUMPUR : Program Ceramah 'Selamatkan Malaysia' akan mengumpulkan pemimpin PR pada esok, 24 Februari, kira-kira jam 9 malam.


Program ini turut dihadiri oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua Angkatan Muda PKR Malaysia Shamsul Iskandar Md. Akin dan pimpinan-pemimpin PR lain.


Erapakatan.com juga dimaklumkan yang upacara membakar akhbar Utusan dan bahan penerbitan lain yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia akan diadakan pada program itu.


Upacara 'membakar Utusan' itu dilaporkan akan diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia sebagai tanda protes terhadap liputan Utusan Malaysia yang dikatakan berat sebelah dan pro-kerajaan.

OLEH KERANA BELIAU KETUA MENTERI PAKATAN...MAKA BELIAU DI SIASAT?????

Menurut notis itu, empat laporan ialah mengenai dakwaan menyertai perhimpunan haram, satu lagi berkaitan Akta Hasutan 1948 dan tiga laporan mengenai dakwaan jenayah fitnah.

Peguam Jagdeep Singh Deo yang mewakili Lim, menyifatkan siasatan tersebut sebagai satu bentuk gangguan.

"Polis telah menyenaraikan enam kes untuk disiasat. Ini jelas menunjukkan niat untuk mengganggu ketua menteri, tetapi beliau akan memberi kerjasama kepada polis," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Laporan-laporan tersebut dibuat tahun lalu walaupun tiada tarikh khusus disebut. Tidak banyak yang diketahui mengenai dakwaan kesalahan yang dilakukan atau mengenai pengadu.

"Jika ketua menteri hendak mempertahankan dirinya, beliau mesti tahu apakah tuduhan terhadapnya," kata peguam tersebut.

HALUS KE TIDAK ENTAH LE...JAWAB LE DENGAN KARPAL SINGH NANTI DAN SUMPAH LAKNAT....HE...HE..HEEE

Saiful dedah usaha ‘halus’

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mendedahkan pelbagai usaha ‘halus’ dan tekanan telah dibuat bagi melemahkan semangatnya dalam menghadapi perbicaraan kes liwat yang membabitkan bekas majikannya itu.

Ujarnya, antara usaha tersebut ialah mendesak dia menggugurkan pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Beliau berkata, semua pihak sepatutnya memberi ruang kepada mahkamah untuk mengadili kesnya tanpa dijadikan isu oleh pihak tertentu.

“Kes ini melibatkan aduan saya kepada pihak polis melalui laporan polis yang saya buat ke atas Anwar. Ia diklasifikasikan sebagai kes jenayah, bukan yang selainnya.

“Sudah lama saya sudah bersabar (lagi empat bulan genap dua tahun),” katanya dalam entri di blognya yang bertajuk Terus tenang dan sabar hari ini.

Dalam pada itu Mohd. Saiful berkata, baru-baru ini terdapat pihak tertentu membuka akaun Facebook bertajuk I Hate Saiful Bukhari.

Katanya, pelbagai kata yang tidak baik dan kesat dilemparkan ke atas dirinya di laman facebook tersebut.

“Tidak mengapa, saya reda dan akan terus bersabar,” katanya.

JUAL DAN TERIMA HABUAN

ANTARA PEMIKIRAN,DUNGU, DAN JAHIL TENTANG BERITA....INILAH GAMAKNYA CARA PEMIKIRAN UMNO

INI ISU YANG NAK DI PERJUANGKAN.BUKAN CERITA UMNO JUARA RAKYAT YANG TAH APA-APA

Masalah peneroka, generasi kedua Felda dibawa ke Parlimen - Anwar

Tuesday, 23 February 2010 9:36 AM Oleh Roziyah Mahamad

Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan bahawa segala masalah yang dirumuskan didalam Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan akan dibawa ke Parlimen didalam persidangan akan datang.
Beliau menegaskan bahawa segala kepincangan menghadapi peneroka dan generasi kedua felda ini perlu diatasi kerana melibatkan begitu ramai rakyat yang terdiri daripada keluarga peneroka.
Beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat yakin bahawa Kerajaan akan cuba mengatasi satu dua masalah yang dihadapi peneroka memandangkan bahawa peneroka-peneroka sudah semakin bersatu dan berani mengenengahkan masalah mereka, tetapi tidak secara menyeluruh memandangkan bahawa Felda kini sudah menyimpang dari arah tujuan penubuhannya untuk membasmi kemiskinan luar bandar kepada keuntungan kepada Felda sebagai badan korporat.
Dato Seri Anwar berkata demikian dalam perjumpaan hampir satu jam dengan Jawatankuasa Biro Felda.
Pengerusi Biro, Suhaimi Said, telah menggariskan masalah-masalah yang dihadapi oleh Peneroka dan Generasi Kedua kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Penyelidikan Biro Felda PKR Pusat Rebin, Birham telah menyerahkan Memorandum mengandungi masalah-masalah tersebut dan tuntutan-tuntutan dari Peneroka-Peneroka dan Generasi Kedua.
Anwar yakin bahawa dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh dan dengan semua peneroka yang memahami hak mereka, sokongan kepada calon-calon PR terutamanya di Negeri-Negeri Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu akan diberikan sepenuhnya.

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan bahawa segala masalah yang dirumuskan di dalam Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan akan dibawa untuk dibahaskan ke Parlimen dalam persidangan akan datang.

Beliau menegaskan bahawa segala kepincangan menghadapi peneroka dan generasi kedua felda ini perlu diatasi kerana melibatkan begitu ramai rakyat yang terdiri daripada keluarga peneroka.

Beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat yakin bahawa kerajaan akan cuba mengatasi satu dua masalah yang dihadapi peneroka memandangkan bahawa para peneroka sudah semakin bersatu dan berani mengenengahkan masalah mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, penentangan peneroka Felda itu berlaku tidak secara menyeluruh memandangkan Felda kini sudah menyimpang daripada arah tujuan penubuhannya untuk membasmi kemiskinan luar bandar kepada keuntungan dengan kedudukannya sebagai badan korporat.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam perjumpaan hampir satu jam dengan Jawatankuasa Biro Felda.

Pengerusi Biro, Suhaimi Said, telah menggariskan masalah-masalah yang dihadapi Peneroka dan Generasi Kedua kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan itu.

Sementara itu, Pengerusi Penyelidikan Biro Felda PKR Pusat Rebin, Birham telah menyerahkan memorandum berhubung masalah-masalah tersebut dan tuntutan-tuntutan daripada Peneroka-Peneroka Generasi Kedua.

MINYAK DI JANGKA NAIK LAGI

Sukar beri subsidi lagi, minyak naik pertengahan Mac?


Era Pakatan

KUALA LUMPUR : Kerajaan dijangka akan mengumumkan kenaikan bahan bakar minyak (BBM) dengan harga 10 sen seliter untuk bensin dan solar Ron95 ketika mekanisma harga bahan bakar baru disemak pada pertengahan Mac.

Ketika ini, harga runcit Ron95 ialah RM1.80 untuk satu liter, manakala bagi Ron97 dan diesel pula adalah RM2.05 dan RM1.70 satu liter masing-masing.

Sumber-sumber dari Jabatan Kewangan berkata, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga BBM karena tidak boleh memberi subsidi lebih banyak diperlukan untuk mempertahan harga BBM pada tahap saat ini menyusul lonjakan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan yakin peningkatan 10 sen liter boleh diterima oleh awam, demikian menurut sumber.

Para sumber juga menyatakan bahawa kerajaan belum ada lagi mekanisme harga bahan api yang boleh diterima oleh semua bahagian, dan sebagai hasilnya kerajaan mungkin boleh menunda atau bahkan mungkin terpaksa meninggalkan langkah-langkah baru.

Sementara itu, Pesiden Petrol Dealers Association of Malaysia Datuk Othman Hashim percaya bahawa pemilik kereta asing akan membayar harga pasaran saat mekanisma harga bahan bakar baru diperkenalkan bulan depan.

Beliau turut menyatakan tujuan utama kerajaan memberi subsidi kepada mereka yang memenuhi syarat untuk itu, untuk melindungi kepentingan pihak yang lebih rendah dan kumpulan berpendapatan menengah seklai gus menjimatkan perbelanjaan.

LA ......KATA JUARA RAKYAT.CAKAP BRDEGAR-DEGAR.AJAK DEBAT TIDAK MAHU...ISHHHH....ISHHHH

Tolak debat - DPMMPP, Umno dianggap bacul

Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.


SUMBER: MALAYSIAKINI

KOMEN: BILA INI BERLAKU,MAKA RAMAI YANG AKAN MENEMPELAK UMNO KERANA HANYA BERANI BERSUARA DI TV3,KITA MAHU MELIHAT NAINA MERICAN TURUT BERDEBAT TERMASUK KETUA PEMBANGKANG AZHAR.INI BARU KITA NAMAKAN SEBAGAI BERANI KERANA BENAR DAN UNTUK NAK MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO MEMBELA MELAYU PULAU PINANG.MANAKALA PAKATAN RAKYAT DI BAWAH DAP MENINDAS MELAYU PULAU PINANG.

ADA YANG TAK SEDAR DIRI, KENA HALAU DARI PULAU PUN DATANG MENETAP DI SEBERANG PERAI DAN KULIM ..MASIH DOK SOKONG UMNO LAGI.AKAI TAK DAK....

BALU BENG HOCK DAPAT ANAK LELAKI

Balu Beng Hock dapat anak lelaki

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR :Balu setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di Shah Alam, tahun lalu telah melahirkan anak mereka hari ini.
Bayi lelaki berkenaan dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pantai, Batu Pahat pada jam 8 pagi tadi.
"Kedua-dua ibu (Soh Cher Wei, 28) dan anaknya adalah sihat," kata adik perempuan Teoh, Lee Lan.
Dia juga tidak mahu memberikan butiran lanjut.
Ahli parlimen, Serdang Teo Nie Ching yang juga hadir di Hospital Batu Pahat berkata keluarga berkenaan belum lagi menamakan bayi itu.
Keluarganya akan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung pendaftaran bayi itu," kata Teo.
Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang juga ahli parlimen Puchong, juga telah berjanji membantu pendaftaran bayi berkenaan.
Teoh, 30, setiausaha politik, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, sehari sebelum beliau mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wai.
Sebelum ditemui mati, Teoh memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.
Soh, 28, seorang guru di Semenyih, Selangor, sebelum ini telah membuat permohonan untuk meletakkan nama Teoh dalam surat beranak anaknya.

KUALA LUMPUR : Balu setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal-siasat pegawai SPRM di Shah Alam, tahun lalu kini telah melahirkan anak mereka hari ini.

Bayi lelaki berkenaan dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pantai, Batu Pahat pada jam 8 pagi tadi.

"Kedua-dua ibu (Soh Cher Wei, 28) dan anaknya adalah sihat," kata adik perempuan Teoh, Lee Lan.

Dia juga enggan memberikan butiran lanjut.

Ahli parlimen, Serdang Teo Nie Ching yang juga hadir di Hospital Batu Pahat berkata keluarga berkenaan belum lagi menamakan bayi itu.

Keluarganya akan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung pendaftaran bayi itu," kata Teo.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang juga ahli parlimen Puchong, juga telah berjanji membantu pendaftaran bayi berkenaan.

Teoh, 30, setiausaha politik, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, sehari sebelum beliau mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wai.

Sebelum ditemui mati, Teoh memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Soh, 28, seorang guru di Semenyih, Selangor, sebelum ini telah membuat permohonan untuk meletakkan nama Teoh dalam surat beranak anaknya.

PERLANTIKAN MELAYU SEBAGAI PRESIDEN MPPP

Km Pulau Pinang Lim Guan Eng telah melantik Melayu pertama sebagai YDP Patahiyah MPPP bermula March 1, 2010 selepas Tan Cheng Chui's mengambil persaraan awal pada akhir bulan ini.

Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Umno rasanya.Beliau adalah seorang arkitek dan berkhidmat lama di MPPP.Perlantikan beliau di harap akan dapat menambahbaikan 3C iaitu, menyelesaikan masalah trafik,kebersohan dan kesihatan, dan juga mengurangkan kadar jenayah di Pulau Pinang.

VIDEO TERDAHULU




Felda Rugi RM1 Billion bersama 1Malaysia - Zabiedie Abas

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kumpulan Felda Holding ketika ini didakwa telah mengalami kerugian sekitar RM1 Billion pada tahun 2009. Hal ini dimaklumkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Zabiedie Abas dalam kenyataan media di blognya.
Menurut beliau, berita ini dikatakan sedang hangat dibicarakan 'di banggunan FELDA.
"Dikatakan juga perlantikan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab bagi menggantikan Datuk Ahmad Tarmizi Alias yang dikatakan terpaksa dibersarakan berpunca dari kerugian tersebut
"Dikatakan juga Ahmad Tarmizi tidak bersendirian 'digugurkan' tetapi beliau disertai lebih 50 pegawai bergaji sekitar RM 3,000 dan 2 orang pegawai bergaji RM 11,000 telah dipecat. Jika berita ini benar, maka satu lagi malapetaka dibawah pentadbiran kerajaan 1Malaysia," jelas Zabiedie.
Beliau berkata, sebelum ini kes mahkamah yang dimenangi oleh peneroka Felda Kemahang merupakan penipuan besar dan dipercayai semua 103 ribu peneroka ditipu melalui kaedah yang sama.
"Teorinya adalah sama diseluruh tanah rancangan Felda, peneroka telah ditentukan awal menjual minyak sawit bergred rendah sebelum kelapa sawit dijual kepada kilang sawit.
Menurut beliau, yang lebih keji dan hina, buah sawit muda dicuri oleh kilang Felda kemudian diproses dan minyaknya dijual. Manakala diumumkan kepada peneroka, sawit tersebut dilupuskan (Buah sawit yang diketogerikan muda yang dijual oleh peneroka).
"Tahukah Pembaca, ianya dilakukan setiap hari dan diseluruh kilang dimiliki Felda selama berpuluh tahun. Adakah ini palsu ?
Semua bekas dan pengurus serta pekerja kilang Felda ada jawapannya. Bertanya jika kenyataan ini adalah fitnah," kata beliau.

KUALA LUMPUR : Kumpulan Felda Holding ketika ini didakwa telah mengalami kerugian sekitar RM1 Billion pada 2009, demikian menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Zabiedie Abas dalam suatu kenyataan medianya baru-baru ini.

Menurut beliau, berita ini dikatakan sedang hangat dibicarakan di banggunan Felda.

"Ada sumber menyebut bahawa Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab telah dilantik bagi menggantikan Datuk Ahmad Tarmizi Alias yang dikatakan terpaksa dibersarakan berpunca daripada kerugian tersebut.

"Ahmad Tarmizi juga dikatakan tidak bersendirian 'digugurkan', malah beliau bersama lebih 50 pegawai bergaji sekitar RM3,000 dan 2 orang pegawai bergaji RM 11,000 telah dipecat. Jika berita ini benar, maka satu lagi malapetaka di bawah pentadbiran kerajaan 1Malaysia," jelas Zabiedie.

Beliau berkata, sebelum ini kes mahkamah yang dimenangi oleh peneroka Felda Kemahang adalah penipuan besar dan dipercayai bahawa kira-kira 103 ribu peneroka ditipu melalui kaedah yang sama.

"Teorinya adalah sama di seluruh tanah rancangan Felda iaitu peneroka telah ditentukan awal menjual minyak sawit bergred rendah sebelum kelapa sawit dijual kepada kilang sawit.

Menurut beliau, yang lebih keji dan hina, buah sawit muda dicuri oleh kilang Felda kemudian diproses dan minyaknya dijual. Manakala diumumkan kepada peneroka bahawa, buah sawit tersebut telah dilupuskan (buah sawit yang dikatogerikan muda yang dijual oleh peneroka).

"Tahukah orang ramai, bahawa hal ini dilakukan setiap hari di seluruh kilang milik Felda selama berpuluh tahun? Adakah ini palsu? Semua bekas, pengurus serta pekerja kilang Felda ada jawapannya. Sila siasat jika kenyataan ini adalah fitnah," kata beliau.

DISIPLIN PARTI

PATUT DAH LAMA ADA

Sepatutnya di buat lama sudah kerana ramai yang rajin nak kritik dan ramai pula yang suka menghentam ahli parti sendiri.Parti patut ada disiplin dan cara menegur ahli parti pula perlu dibuat dengan cara yang berhemah kerana jika menghentam ahli parti di kalayak umum, senang-senang pihak yang satu lagi buat kerja.

Betul untuk beri pandangan, tetapi jika di hentam sebarangan terutama yang menjadi ahli, maka ianya di lihat seolah-olah menikam parti sembunyi tangan.jadi fakir-fikir kanlah.Kita tidak mahu pihak yang satu lagi bergembira dengan sikap terbuka.

SAYA AKAN BAWA NAJIB DAN ROSMAH KE MAHKAMAH











Machang Bubuk,Bukit Mertajam- Sewaktu berucap dalam majlis jamuan Gong Xi Fa Chai di bawah ADUN Machang Bubuk YB Tan Hock Leong, DSAI berkata bahawa beliau akan membawa Najib dan Rosmah ke mahkamah sebagai saksi kerana mungkin beliau mengetahui banyak perkara mengenai Saiful.



"Saya sedang berbincang dengan peguam saya Karpal Singh dan kita akan membawa perkara ini ke mahkamah" demikian jelas beliau dalam ceramah di majlis tersebut..Kenyataan beliau kemudiannya di sambut dengan tepukan lebih 3000 ribu hadirin yang meraikan sambutan tahun bari cina tersebut.

Sementara itu , majlis yang di hadiri semua wakil Pakatan Rakyat termasuk YB Sallehman itu juga , menerima kunjungan YB Lim Guan Eng dan sempat berucap. Anwar dalam masa yang sama juga menjelaskan bahawa selagi rakyat di belakang Pakatan Rakyat, kerajaan bn akan tumbang.



"Jika rakyat bersama kita(PR) bn tidak akan berupaya untuk mengambilalih negeri yang kita jaga, dan rakyat tahu apa yang wakil kita lakukan.Biarkan mereka melakukan apa sahaja fitnah, namun yang pentingnya rakyat mesti tahu apa yang kita buat dan tidak menganiaya rakyat yang selama ini di tindas mereka. samada saya berada di luar penjara atau saya berada di dalam penjara, perjuangan kita membantu rakyat harus di teruskan" demikian jelas beliau dengan tepukan dan laungan sokongan dari hadirin yang hadir.

Beliau juga menjelaskan bahawa ekonomi Malaysia kini berada jauh terkebelakang berbanding jiran-jiran asean yang lain."Kita lebih bawah dari Singapura , Thailand, kita terkebelakang dari Indonesia dan Vietnam.Yang sama dengan kita ialah Burma dan Zimbabwe." di sambut gelak ketawa oarang ramai yang hadir


.


Umno kata beliau akan tetap di tolak rakyat selagi masalah korupsi dan juga onar yang mereka sering lakukan.mereka banyak bermain dengan isu yang tidak benar dan inilah yang akan memerangkap mereka.Jika perkara benar mereka tipu, maka jangan percaya kepada perkara lain yang juga akan mereka tipu rakyat.

"Saya percaya bahawa selagi wakil kita telus dan berkhidmat untuk membantu rakyat, dan biarlah yang lainnya lari meninggalkan kita , saya percaya kita akan tetap menjadi pilihan rakyat.Bn dan umno akhirnya akan di tolak rakyat yang kini hanya menunggu masa yang sesuai.Biar saya terpenjara sekali pun jika rakyat menyatakan bahwa mereka tidak mahukan umno, maka kita akan ke Putarajaya juga" demikian jelas beliau lagi.

Beliau DSAI dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang dan menghadiri jamuan tahun baru cina dan juga melawat beberapa program yang di anjurkan rakyat di sekitar Bukit Mertajam.

PENDUDUK BERDEMO BANTAH POGRAM UMNO DI SEKOLAH





PERMATANG PAUH-Penduduk kampung Bukit Indera Muda membuat bantahan terhadap program yang di jalankan umno di sebuah sekolah milik kerajaan pada 21 Februari (semalam).Program anjuran umno Permatang Pauh itu yang melibatkan beberapa agensi lain seperti Risda,pertanian,JKM,PERDA, tekun, namun di laksanakan di sekolah.Bantahan pendduk bukan kerana program yang di anjurkan oleh Umno itu, tetapi program yang di jalankan itu di adakan di sekolah.

Kemarahan penduduk ialah kerana jika pihak pakatan mahu mengadakan di sekolah sudah tentulah di halang dari di laksanakannya,pada hal Umno bukanlah kerajaan.Umno adalah sebuah parti politik.Oleh itu menurut penduduk ,Umno tidak faham akan undang-undang dan oleh kerana isu politik banyak di politikkan oleh umno sejak akhir-akhir ini ke atas kerajaan Pakatan Rakyat, maka , penduduk sendiri berpakat untuk melakukan bantahan aman di luar kawasan sekolah agar menyedarkan Umno bahawa mereka sebenarnya menggunakan kemudahan hak orang ramai.

"Umno tidak punya tempat lain kah untuk melakukannya .Pada hal banggunan Umno tidak jauh dari kampung ini.Banggunan Umno hanya 3 kilometer sahaja.kenapa Umno tidak mahu menggunakan bangguna mereka dan kawasan yang ada di dalam banggunan tersebut.kenapa mahu di laksanakan di premis sekolah?". Demikian kata yang di keluarkan orang ramai terhadap umno.

UMNO akan menggunakan kaedah '4M' iaitu Media Bersemuka, Media Cetak, Media Elektronik dan Media Maya dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai projek pembangunan yang dijalankan di setiap daerah menerusi program Satu Penerangan Satu Bahagian (SPSB).
Usaha Umno dilihat sebagai satu yang cukup terdesak bagi menarik semula rakyat menyokong mereka.Jika di laksanakan di premis banggunan Umno ,maka ini dilihat gagal untuk menarik orang ramai,tambahan pula banggunan Umno dilihat sebagai satu tempat yang jarang-jarang di gunakan oleh umno untuk aktiviti meraka kerana orang ramai tidak mahu menghampiri kawasan umno.maka kerana itulah premis prang ramai di gunakan.

Menurut ketua Umno bahagian Permatang Pauh,Dato Jalil, "Umno tidak mengunakan sekolah sebagai tempat kempen politik tetapi mengunakan tempat itu untuk membantu rakyat.Kita tidak pula membantah apabila selama 7 hari 7 malam PAS dan PR mengunakan tapak Expo " demikian jelas beliau kepada akhbar Sinar Harian edisi utara 20hb.

"Masaalah nya ialah tapak expo pun masih boleh di gunakan oleh Umno jika mereka mahu menyewanya selama 30 hari atau 30 malam,Cuma apa yang hendak di gambarkan ialah bantuan dan kedatangan murid sekolah nampak seolah-olah ramai yang menyokong Umno." demikain ujar salah seorang penduduk yang hadir.
Umno kii sibuk diseluruh negara dengan program "uno juara rakyat" ,namun sambutan dingin dengan retorik memberi bantuan terhadap rakyat dan masyarakat juga di buat oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat yang kini mendapat bantuan dari berbagai agensi yang berkaitan.Oleh kerana itulah sikap umno kini dilihat kelam kabut menarik rakyat apabila rakyat mula menyedari meraka kini sudah lari dari perjuangan membantu orang melayu yang susah.

Hadir sama dalam bantahan itu tadi ialah Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Permatang Pauh dan negeri.

UMNO JUARA RAKYAT DI PERMATANG PAUH MENDAPAT TENTANGAN PENDUDUK TEMPATAN

PERMATANG PAUH- Program Umno Juara Rakyat akan di adakan di Sekolah kebangsaan Bukit Indera Muda pada 21 Feb ini (esok) .Sebelum itu seramai 50 anak qariah kampung telah mengadakan demontrasi aman di hadapan sekolah berkenaan pada Jumaat baru-baru ini yang di ketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh.

Dalam masa yang sama juga kumpulan demontrasi tersebut telah menyampaikan bantahan kepada guru besar sekolah berkenaan dan laporan polis yang di buat berhubung dengan pengunaan bangunan milik kerajaan untuk program politik sebuah parti politik.

Menurut ketua Umno bahagian Permatang Pauh,Dato Jalil, "Umno tidak mengunakan sekolah sebagai tempat kempen politik tetapi mengunakan tempat itu untuk membantu rakyat.Kita tidak pula membantah apabila selama 7 hari 7 malam PAS dan PR mengunakan tapak Expo " demikian jelas beliau kepada akhbar Sinar Harian edisi utara 20hb.

"Masaalah nya ialah tapak expo pun masih boleh di gunakan oleh Umno jika mereka mahu menyewanya selama 30 hari atau 30 malam,Cuma apa yang hendak di gambarkan ialah bantuan dan kedatangan murid sekolah nampak seolah-olah ramai yang menyokong Umno." demikain ujar salah seorang penduduk yang hadir.

Namun di sedari sejak pilihanraya lalu, hanya itu sahaja yang menyokong Umno.maknanya Jika kemenangan calon Pas Permatang Pasir dengan majoroti 5 ribu, maka 5 ribu iatulah penyokong Umno di Permatang Pauh kerana Umno gagal untuk menarik sokongan golongan muda selain hanya memainkan retorik membantu Melayu.

Esok dijangkakan akan ramai yang turun di jalanraya berhadapan sekolah berkenaan sebagai langkah untuk menentang pengunaan sekolah untuk program politik."Bulan lepas Umno cuba meraikan murid yang cemerlang dalam UPSR dengan memberi bantuan sebanyak RM40 bagi setiap murid yang terpaksa berpanas dan juga makan nasi bungkus.Inilah program membantu anak melayu dengan baucer RM 40 dan makan nasi bungkus tetapi ibubapa berdiri 2 jam. Kini mereka mengunakan pula sekolah untuk tujuan kempen politik.". demikian jelas salah seorang penduduk yang hadir bagi menerima bantuan berkenaan.



he..he..he...juara rakyat........


KATA NURUL

“Ketua Polis Negara jahat, Peguam Negara jahat! - Nurul Izzah

KUALA LUMPUR : Berang dengan tindakan parti pemerintah yang tidak pernah berhenti-henti memberi tekanan ke atas keluarganya termasuk rakyat di negara ini, Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar mengecam Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebagai penjahat terbesar di negara ini.

"Sekitar 1999 dahulu, tidak pernah saya menyangka bahawa saya akan terpaksa berdepan dengan semua hal ini. Dengan tidak semena-mena, keluarga kami dan kita semua turut terjebak dengan amalan konspirasi jahat ini.

"Ketua Polis Negara jahat, Peguam Negara jahat! Kita semua, rakyat Malaysia mesti bersatu padu untuk menghalau mereka yang jahat!" kata beliau ketika menyampaikan ceramah ringkas di sini semalam.

Ceramah umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berlangsung hampir setiap malam bermula di jam 9 bertempat di ibu pejabat PKR, bertujuan mendedahkan segala perkembangan terkini berhubung isu fitnah ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah berkata, perjuangan parti pembangkang di negara ini bukan mengejar pangkat, dan harta kekayaan.

"Kita buang segala kesenangan. Dalam perjuangan ini, projek pun tak ada, peruntukan pun tak ada," kata beliau.

Selain itu, ibu muda itu turut menyentuh hal kelebihan PKR yang banyak dianggotai oleh anak-anak muda.

"Kita mesti rancakkan penglibatan anak-anak muda dalam berpolitik. Anak muda hari ini mesti segera bangkit dan dibangunkan kesedaran mereka untuk menceburi bidang politik. Kalau tunggu sampai mereka masuk universiti, lambat sangat.

"Walaupun anak saya baru saja berusian tujuh bulan, tapi saya akan pastikan dia akan menjadi ahli Keadilan. Saya kata pada dia (anak), 'sorry brother', 'you' sudah pun menjadi ahli keluarga ini. Secara tak langsung, 'you' dah jadi ahli Keadilan sekarang," katanya, disambut gelak ketawa hadirin.

MANGSA I.S.A.

Lagi ditahan ISA

Oleh Redzuan

KUALA LUMPUR: Belum pun kerajaan mengusulkan pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) negara dikejutkan dengan satu lagi siri penangkapan ISA baru-baru ini.

Kali ini mangsanya adalah beberapa belas orang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dilaporkan telah ditahan sejak 21 Januari lalu. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar Afrika dan Timur Tengah yang menuntut di UIA, USM dan beberapa buah IPT di ibu negara.

Mereka ditahan oleh Unit Tindakan Khas ketika sedang mengadakan kuliah agama dan ulangkaji pelajaran di Sungai Cincin, Gombak. Seramai 50 orang disoal siasat sehingga jam 3 pagi sebelum dibebaskan. Dua belas daripada mereka dimasukkan di bawah ISA dan masih belum diketahui nasib sehingga ke hari ini.

Pihak Kementerian Dalam Negeri mengesahkan mereka ditahan berkaitan dengan gerakan Wahabi yang kononnya cenderung kepada keganasan namun alasan ini dibantah keras oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Berikutan itu GMI telah mengadakan satu sesi penyerahan memorandum kepada pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) Datuk Siva Subramaniam pada pagi ini di pejabat agensi itu di Wisma Denmark.

Bagi pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) penahanan ISA jelas mengancam hak asasi manusia dan ia tidak sepatutnya berlaku di negara yang bertamadun.

“Ini bukan soalnya rakyat asing atau warganegara. Semua orang harus diberikan hak dibicarakan secara adil. Kerajaan perlu fikirkan mengenai nasib keluarga para tahanan tersebut di negara asal mereka.

“Dalam hal ini Suhakam harus mengambil tindakan tertentu berhubung pengaduan ini,” katanya di hadapan pesuruhjaya Suhakam.

Siva bagaimanapun menegaskan Suhakam telah ,mengambil langkah perlu dengan meminta pengesahan dari pihak berkuasa berhubung status tahanan dan memohon untuk melawat mereka.

“Kita telah bertindak. Suhakam tidak menunggu memorandum, dalam hal ini kita telah bermesyuarat dan telah memajukan perkara ini kepada menteri,” katanya.

Namun Siva gagal menjawab dengan jelas soalan wartawan, kementerian manakah Suhakam telah berurusan dan bagaimanakah nasib terkini para tahanan.

Syed Ibrahim dalam kenyataan medianya kemudian berjanji akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pihak berkuasa berhubung keadaan tahanan.

Sehingga kini hanya 9 daripada 12 tahanan telah dikenal pasti, seperti berikut:

1. Azzahari Murad (Malaysia)
2. Aiman Al Dakkak (Syiria)
3. Mohamed Hozifa (Syiria)
4. Kutiba Al Issa (Syiria)
5. Klaid Salem (Yaman)
6. Luqman Abdul Salam (Nigeria)
7. Hassan Barudi (Syiria)
8. Hussam Khalid (Jordan)
9. Abdul Alho Bolajoko Uthman (Nigeria)

Mengenai ISA katanya, GMI tidak akan bertolak ansur dan akan terus mendesak akta itu dimansuhkan sama ada melalui perundingan awam dengan parti-parti politik atau berdemonstrasi di jalan raya.