Hampir 13 juta rakyat Malaysia sudah pun menebus bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sekaligus menafikan dakwaan penggunaan MyKad menyukarkan warga emas atau penduduk luar bandar.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia terbukti tidak membebankan kerana kadar penebusan di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, dan Kelantan adalah yang tertinggi di seluruh negara.
“Ini terbukti dengan kadar penebusan di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah antara yang tertinggi di seluruh negara,” katanya kepada media malam tadi.
Di Sabah, lebih 98 peratus daripada 1.2 juta penerima yang layak telah menggunakan SARA untuk pembelian barangan keperluan manakala di Labuan, 65 peratus daripada hampir 50,000 yang layak telah menebus RM100 mereka.
Amir Hamzah berkata, hampir 9 juta rakyat Malaysia layak untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) manakala liputan SARA diperluas kepada 5.4 juta penerima mulai 1 April lepas iaitu hampir lapan kali ganda daripada 700,000 penerima sebelum ini.
No comments:
Post a Comment