DS ANWAR BALUN KERAJAAN SAKAU! ADA KUASA TAPI LANGSUNG TAK BUAT APA!



jelajah Himpunan Temu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi di Merotai, Tawau.

Sebagai pemimpin, kita wajib menjaga kepentingan rakyat dengan memegang amanah sebaik-baiknya. Dasar dan polisi mesti jelas, demi kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira wilayah.

Pimpinan harus berusaha memperkukuh ekonomi, anjal dalam beradaptasi dengan teknologi baharu, serta memastikan manfaatnya dirasai rakyat dan negeri.
Sesebuah kerajaan itu mesti benar-benar mendengar dan menyokong kehendak rakyat. Reformasi bukan retorik kosong, tetapi usaha bersungguh-sungguh untuk melindungi, memulih dan memajukan tanah air.
Saya tegaskan, jangan ditabur janji yang tidak mampu ditunaikan, usah dihidupkan fitnah memecahbelah. Rakyat berhak dipimpin oleh mereka yang berpegang pada kata, berkhidmat dengan jiwa, dan menegakkan maruah bangsa.





No comments: