Puak neo khawarij ni dah mula mainkan isu berkenaan pengumuman Menteri KPKT berkenaan peruntukan RM50 juta untuk rumah ibadat non-muslim.
Padahal masa PN jadi kerajaan dulu pun peruntukan yang sama diberikan juga. Jumlahnya pun sama.
Tetapi kenapa walaun khawarij mainkan isu ini? Sebab yang umum itu ialah Nga Kor Ming. Sebab dia menteri dari DAP.
Inilah mentaliti khawarij. Sentiasa menimbulkan prasangka dan kebencian di kalangan rakyat. Apa sahaja isu akan dimainkan supaya rakyat berpecah belah.
Para ulamak Islam sejak dahulu lagi sudah pun memberikan pandangan bahawa membina rumah ibadat bukan Islam adakah termasuk urusan 'ta'mir al bilad' (memakmurkan negara). Tetapi puak neo khawarij ini bukan berhujah guna ilmu. Mereka hanya pandai memainkan sentimen politik identiti yang kononnya 'Islam centric', padahal sebenarnya berpaksi kepada jahiliyah.