KOMEN YANG TAK PERNAH CERDIK

 






Saya rasa kelakar dengan perbandingan yang dibuat oleh  Fadhli Shaari ni.


Dalam masa sama saya sedih. Sedih sebab ahli parlimen Pasir Mas yang dah masuk penggal ke dua ni buat perbandingan yang tak berapa cerdik.


Pertama, MB Sanusi ni dia menghina fizikal MB Amiruddin dengan mengatakan tak cukup inci dan Intelektual dengan mengatakan MB cokia.


Tak cukup dengan itu dia secara tak sengaja sebab mulut terlalu laju telah menghina DYMM Sultan Selangor apabila mengatakan DYMM Sultan Kedah yang hebat tidak akan melantik MB cokia macam Amir. Membawa maksud Sultan Selangor tak hebat sebab lantik MB cokia.


Ya Sanusi ada minta maaf, tapi terpulang pada Tuanku Sultan Selangor. Bukan pada Azlina.


Ahli Majlis Diraja Selangor juga merasakan ia satu penghinaan dan mereka yang buat laporan polis.


Siapa Ahli Majlis Diraja Selangor ni? Bukan sebarang orang, bukan jenis karaoke dengan anak dara orang jam 2-3 pagi..


Bekas Ketua Audit Negara,  Tan Sri Ambrin Buang adalah salah seorang Ahli Majlis Diraja dan beliau turut membuat laporan polis.


Dalam soal ini,  DS Azlina selaku Menteri Undang-undang tiada kuasa untuk menerima maaf dan membuang kes.


Takkan YB Fadhli tak faham?


Negara kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa di antara Eksekutif (kabinet) Legislatif (Parlimen) dan Judiciary (Kehakiman)


Kalau ahli parlimen pun tak faham, berat lah. Kena pi tuisyen. Saya boleh bagi tuisyen percuma untuk YB Fadhli.


Kemudian kita tengok pulak siapa yang bawa kes ini. Beliau ialah Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. Ahmad Terrirudin kini dilantik sebagai Peguam Negara. 


Nak bagi tahu pentingnya isu ini sehingga Peguam Cara Negara sendiri yang mendakwa. 


Baru-baru ini seperti kita tahu seorang aktivis Parti Keadilan Rakyat-PKR iaitu Ustaz Wan Ji telah dipenjarakan kerana kes menghina DYMM Sultan Selangor. Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun ahli PKR, tiada campur tangan dari kerajaan Perpaduan walaupun PM adalah dari parti PKR.


Ok baik sekarang kita tengok perbandingan yang dibuat oleh YB Fadhli ni, iaitu soal YB Ngeh yang dikatakan menghina Islam.


Pertamanya YB Ngeh dia memberikan cadangan. 


Cadangan ni boleh diterima atau ditolak.


Pengerusi MKI DYMM Sultan Selangor telah tolak.


YBM Senator Dr Naim selaku Menteri Agama pun tolak.


YB Anthony Loke selaku Setiausaha Agong DAP pun tolak dan meminta maaf.


Keduanya kita lihat punca cadangan tersebut, ia kerana telah beberapa kali berlakunya pertembungan diantara bukan Muslim dengan Mahkamah Syariah. 


Iaitu dalam soal perebutan mayat dan anak.


Ini menunjukkan asas cadangan itu ada. Itu bukan menghina.


Sebab itu perbandingan yang cuba dibawa oleh YB Fadhli itu ibarat kata sahabat saya saudara Faizal Rahman ,  perbandingan antara Epal masam dan Musang King.

Mana sama.


Oleh itu dari buat perbandingan tidak cerdik seperti itu, adalah lebih baik YB Fadhli tolong mangsa banjir di Kelantan dan cari idea untuk memajukan negeri Kelantan. 


Cuba lah juga cari soalan yang membina untuk ditanyakan dalam parlimen nanti.


Jangan lah tanya soal istilah bahasa MAHAKAYA dan soal taman permainan kanak-kanak lagi. Buang masa parlimen.


Sekian,


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



No comments: