TUNGGU APA LAGI......TPM?


Menurut MB Selangor yang di siarkan dalam Malaysiakini hari ini,bahawa kerajaan selangor telah menghantar surat termasuk kepada TPM dan juga ketua polis negara berhuubung dengan kecurian pasir di Selangor.




Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.

"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi kegiatan ini.




Seperti biasa akhbar pelesit utusan memainkan isu pasir sejak beberapa minggu lepas dalam rancangan untuk meburukkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.Kita berharap dengan jemputan ini pihak kementerian dalam negeri dan juga kerajaan menyiasat siapa dalang yang di katakan mencuri pasir di negeri Selangor.

Orang ramai mula mencurigai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat apabila tidak ada jawapan yang di berikan sehingga tersiarnya berita ini.kini ketelusan kerajaan Pakatan rakyat menjemput pihak kerajaan untuk melakukan siasatan diharapkan akhbar kerajaan dapat menjelaskan kegiatan tidak bermoral akhbar utusan dengan berita palsu mereka.

foto Malaysiakini.

No comments: