JAGUH KAMPUNG LAWAN JAGUH DUNIA
Oleh: Amir Amiruddin
CNN merupakan salah satu saluran yang paling berkreadibiliti dan paling di percayai berbanding utusan Malaysia. Ini umpama jaguh kampung melawan jaguh dunia. Demikian jelas kolumnis Malayskini.Menurut komen-komen dari Malaysiakini, CNN boleh dan seharusnya mengambil tindakan undang-undang dan akhbar tersebut sememangnya yang menjadi lidah umno untuk membelenggu minda orang Melayu sedar bahawa dakwaan yang di kenakan kepada Anwar adalah satu dakwaan yang tidak bertanggungjawab,bias,belarat sebelah,cuba memburukkan kreadibiliti pimpinan dan tokoh reformasi tersebut sejak beliau di pecat.
Tuduhan bahawa CNN mengambil wang sebagai balasan untuk menyiarkan berita mengenai Anwar bukan sahaja memalukan akbar Utusan, malahan ianya memalukan pimpinan Bn di mata dunia. Bahwasanya utusan kerjanya tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai barua atau alat kepada pemerintah semata-mata tanpa adanya tanggungjawab terhadap rakyat,bias,berat sebelah,busuk,fitnah,caci-maki hamun, dan semua kerja-kerja berunsurkan syaitan terdapat dalam utusan.
Kerajaan pula di lihat sebagai sebuah kerajaan yang suka membuli, dimana melarang dan memberi amaran kepada akhbar pembangkang di dalam negara sedangkan akhbar milik pemerintah menghentam bertalu-talu pimpinan pembangkang hanya demi kepentingan politik semata-mata tanpa rasa adanya tanggungjawab mendidik umat Melayu yang membaca utusan dan juga tanggungjawab moral.
Akhbar ini sejak mulanya gerakan reformasi, dilihat pernah mengalami kerugian kerana orang Melayu tidak lagi terpengaruh dengan bahan akhbar tersebut.Ianya boleh di katakan menyelewengkan maklumat 100% malahan ianya juga di katakan akhbar pencetus masaalah hubungan antara kaum sejak dari dulu ,kini dan selamanya.
Adakah utusan tidak merasa malu,jijik,bertanggungjawab,hilang keredibuiliti dengan memfitnah akhbar lain hanya kerana Anwar Ibrahim.Kenapakah utusan dan kerajaan begitu takut kepada Anwar??kenapa??soalnya ialah pandangan umum percaya Anwar lebih di percayai dari semua pimpinan dalam kabinet yang ada sekarang.Rakyat yakin bahawa Anwar boleh merubah sistem rasuah kepada telus, merubah persepsi masyarakat berbilang kaum tanpa meminggirkan kaum Melayu, merubah dari banyaknya rasuah kepada ketelusan dan menjimatkan serta memulihkan ekonomi negara. Maka kerana itulah Anwar di takuti..
Apa yang menjadi pimpinan Umno dilihat begitu lekeh ialah apabila hampir semua jemaah menteri yang Melayunya, yang rakyat percaya hari ini bahawa pimpinan Umno yang sedang berada di tampuk kuasa sekarang bukanlah pimpinan yang benar-benar bersih.Rakyat sudah percaya bahawa pimpinan Umno semakin menyerang Anwar semakin terpinggir.Rakyat juga percaya bahawa semakin di serang Anwar dan pembangkang,Umno makin terpencil.Kita juga percaya bahawa sudah sampai masanya rakyat menolak pemerintah yang jelas menipu rakyat selama ini.
Sebenarnya tidak perlu di jelaskan apa bentuk penipuan yang di lakukan pimpinan dengan berbillion wang rakyat dan wang negara hangus,hancus,lesap,hilang tidak dapat dikesan padahal negara ini kaya dengan hasilnya. Jika pimpinan jujur dan ikhlas membantu negara ini akan jauh lebih maju dan bukannya pemikiran yang di semai di kalangan kaum Melayu melalui akhbar utusan yang bengkrap idea.Menuduh akhbar CNN sebagai akhbar yang menerima rasuah umpama membentuk dan meperlihatkan tahap pemikiran pemimpin negara ini.Bahawa, pemimpin negara ini kerap kali tersasul kerana tidak mengkaji laporan dengan jelas.Cakap pemimpin patut jelas,punya tanggungjawab,tidak melatah,cerdik,lebih bijak.Namun jika pemimpin punya kepercayaan,tanpa adanya unsur periksa,siasat,timbangtara dan bijak, maka sudah tentulah ianya manjadi sebagai pemimpin yang tidak punya kreadibiliti.
Inilah jika jaguh kampung cuba menjadi jaguh dunia, pada hal ianya jauh panggang dari api untuk setanding dengan akhbar dunia tersebut yang lebih terbuka selain dari hanya takutkan kepada seorang insan bernama Anwar.Musuh utama Malaysia nombor wahid adalah Anwar dan ianya mesti "dilenyapkan" di bumi Malaysia sebelum pemimpin merasa puas untuk mentadbir dengan "aman dan damai"