The making of.... Dyana Sofya (2)

The making of.... Dyana Sofya (2)

June 1, 2014 at 8:30pm
.....sambungan

Sebelah malamnya pula, aku jolok sekali lagi dan kali ini berserta dengan gambar. Meletup!!




Apa yang aku tulis tu tak betul. Walaupun nama Dyana sudah mula dipertimbangkan, tapi  tidak mendapat sokongan dari kempinan DAP Perak.  I took a gamble, kalau jadi..bagus. Tapi kalau tak jadi, aku cuma perlu minta maaf kat Dyana. Sebab aku buat tanpa pengetahuan , apatahlagi kebenaran daripadanya. Selain daripada mahukan sesuatu kelainan dari DAP, aku juga nak sabotaj Nga Kor Ming. Ha.ha. niat aku pun serong.

Anyway, beberapa kawan FB mula bercakap pasal Dyana dengan dimulai oleh Ah Lis. Dan dalam masa satu hari, Dyana sudah jadi terkenal.
11 Mei 2014, Geng Kuan Yau mula bertindak agresif mempromosikan beliau tapi Geng Kula langsung tak ada berita dalam FB. Mungkin geng Kula tak ada orang yang aktif berfesbuk. Kula hanya mengharapkan suratkhabar Tamil dan ini menyebabkan nama Manogaran tenggelam.

12 Mei, adalah hari Penamaan Calon di Bukit Gelugor dan aku buat lagi satu posting, sambil menyiarkan gambar aku dengan Guan Eng seolah-olah berjumpa Guan Eng di Penang.


Wei..ini gambar tahun 2011 la. Tapi ramai yang percaya.

Nama Dyana sudah diperkatakan sepanjang masa dalam FB. Budak muda tak payah cakap la, tapi yang tua pun terkesima. Kih..kih..kih…gatai!! Tapi itu yang aku mau.

Aku tak post apa-apa tentang Dyana sebab semua orang tengah sibuk dengan Penamaan Calon Bukit Gelugor. Namun, Dyanamania  yang baru bermula menarik perhatian seorang kawan aku dalam DAP Penang dan dia minta aku tolong untuk melobi. No problem tapi jangan kacau aku sebab aku tak mau terima sebarang arahan. Malah Dyana sendiri tak tau apa-apa. Tapi aku perlukan dia dan dia jadi kabel aku untuk mencapai pemimpin tinggi DAP.

Petang tu, aku berkonspirasi dengan Otai Manjung.



13 Mei 2014, Aku ada kerja di Bagan Serai, nak pergi tengok kambing. Bila balik sebelah petang, aku ingat nak up lagi satu posting tapi Mat Said pulak buat kacau di Terengganu. Maka habis la semua orang bertumpu ke Terengganu. Dyana ditinggalkan. Namun begitu, Otai Manjung dah siang-siang publish Dyana Sofya Fan Club.



Sambutan yang diberikan diluar jangkaan. 116 share dalam masa hanya beberapa jam. Bukan setakat sambutan di Fesbuk, malah Malaysakini juga sudah mula membuat spekulasi. Dan dalam masa tak sampai 24 jam, Page Dyana Sofya berjaya mendapat 1000 likes. Wow!!



Dan pada malam itu juga, aku tambah petrol kepada api yang dah menyala.



Apa lagi…maka tercipta lah Dyanamania.