Antara janji Bn ialah
1. Lebuh raya
2. Universiti
3. Internet berkelajuan Tinggi
Setelah berjanji untuk memberi projek bernilai ratusan juta BN
terpaksa berpuas hati menang 200 undi sahaja di Teluk Intan. ternyata
pelaburan BN amat tidak berbaloi dan berkemungkinan semua janji pilihan
raya seperti membina universiti, wifi lebih laju dan beberapa yang lain
tidak akan ditunaikan.
Manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, yang tewas tipis malam tadi tidak patah semangat dan menurutnya, akan terus berkhidmat di Teluk Intan sehingga PRU 14.
Dyana sendiri ketika berdepan dengan kira-kira 200 orang penyokong berkata kekalahan itu bukanlah penamat bagi beliau dalam politik.
"Ini bukanlah penamat bagi Dyana Sofya, saya tidak akan kecewakan anda,” kata Dyana yang kelihatan tenang.
Peguam muda itu, yang mengenakan baju kurung warna kundang dan selendang berwarna hitam pada malam ini berkata beliau tidak hanya berusaha untuk bertanding kerusi Parlimen, tapi untuk mencapai tujuan lebih besar.
“Kita perlu menghentikan politik kaum. Saya tidak hanya menentang (Datuk) Mah (Siew Keong), namun seluruh jentera (BN).
"Mah hanya menang (kira-kira) 238 undi,” katanya yang menambah beliau akan terus berkhidmat untuk Teluk Intan walaupun tewas dalam pilihan raya kecil tersebut.
Beliau ditemani penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung Lim Guan Eng dan juga para pemimpin DAP lain yang hadir untuk menyatakan penghargaaan kepada para penyokong.
1. Lebuh raya
2. Universiti
3. Internet berkelajuan Tinggi
- Ahad, 01 Jun 2014 05:29