5 janji Faezuddin buat Kempas: Dari lepasan SPM sampai PPR?

 



Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Kempas, Faezuddin Puad menggariskan lima komitmen utama yang menurutnya akan menjadi fokus sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Manifesto itu memberi tumpuan kepada isu pendidikan, kos sara hidup, perumahan, kesihatan serta pembangunan belia dan sukan, yang disifatkannya sebagai keperluan paling mendesak penduduk Kempas.

Menurut Faezuddin, Kempas sebagai pintu masuk utama ke Johor Bahru sedang berkembang pesat, namun perkembangan itu turut membawa cabaran termasuk peningkatan kos sara hidup, isu perumahan, peluang pendidikan dan kesejahteraan komuniti.

Antara janji utama beliau ialah penubuhan Pusat Hala Tuju Lepasan SPM Kempas, yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti membantu pelajar mendapatkan laluan ke institusi pengajian tinggi, TVET, politeknik serta latihan kemahiran.

Beliau turut berjanji menyediakan khidmat kaunseling pendidikan dan kerjaya secara percuma, membantu permohonan UPU, biasiswa serta pinjaman pendidikan supaya tiada pelajar tercicir akibat kekurangan maklumat.

Selain itu, Faezuddin mahu memperjuangkan Dana Kecemerlangan Anak Kempas dan memperluaskan latihan kemahiran digital seperti kecerdasan buatan (AI), pemasaran digital, reka bentuk grafik dan penyuntingan video bagi meningkatkan kebolehpasaran belia.

Dalam menangani kos sara hidup, beliau berikrar memperluaskan Program Jualan Rahmah ke lebih banyak kawasan perumahan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM), selain memastikan lebih ramai penduduk mendapat akses kepada bantuan dan insentif kerajaan.

Beliau juga mencadangkan program literasi kewangan, latihan keusahawanan serta bantuan khusus kepada golongan rentan termasuk warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga B40.

Bagi isu perumahan pula, Faezuddin mahu memperkasa semula pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, termasuk menaik taraf kemudahan asas seperti lif, bekalan air, elektrik, keselamatan dan kawasan rekreasi.

Beliau turut mencadangkan pembinaan lebih banyak Rumah Mampu Milik Johor serta mewujudkan Bank Data Perumahan Rakyat Kempas bagi membantu perancangan perumahan yang lebih sistematik.

Dalam aspek kesihatan, manifesto itu menggariskan usaha memperluaskan pemeriksaan kesihatan berkala, klinik bergerak, kempen kesedaran kesihatan mental serta penubuhan rangkaian Rakan Peduli bagi membantu golongan yang memerlukan sokongan awal.

Sementara itu, bagi pembangunan belia, Faezuddin berjanji memperjuangkan penaiktarafan kemudahan sukan, menubuhkan Pusat Aktiviti Belia Kempas serta memperkenalkan Liga Sukan Komuniti Kempas bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan pembangunan bakat anak muda.

Mengakhiri kenyataannya, beliau berkata lima komitmen tersebut bukan sekadar janji pilihan raya, sebaliknya pelan tindakan yang dirangka berdasarkan keperluan sebenar masyarakat di Kempas.

“Saya menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat yang sentiasa bersama masyarakat, mendengar keperluan rakyat dan memperjuangkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada seluruh warga Kempas,” katanya.



PRN Johor bukan tiket bebas banduan, PMX tempelak kempen ‘undi untuk selamatkan individu’


 


Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak sepatutnya dijadikan medan untuk meraih sokongan atas janji membebaskan individu yang sedang menjalani hukuman penjara, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, mandat rakyat perlu diperoleh atas dasar menawarkan dasar yang baik dan membela kepentingan rakyat, bukannya dengan memainkan sentimen bagi menyelamatkan mana-mana individu yang berdepan tindakan undang-undang.

“Anak Cina curi di kedai. Anak Melayu curi motor. Polis tangkap dan masukkan dalam penjara.

“Orang besar, Tan Sri, Datuk, Tun curi bilion-bilion, senang-senang mahu lepaskan. Ini negeri apa ini?

“Ini sebab rakyat mesti bangkit. Apa pemimpin macam ini? ‘Mari sokong saya. Sokong parti saya. Kalau saya menang, parti saya menang, saya bebaskan orang dari penjara’,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Komuniti Cina di Johor Bahru, malam tadi.

Menurut Anwar, prinsip kedaulatan undang-undang mesti dihormati oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan, pangkat atau hubungan politik.

Beliau menegaskan seseorang yang didapati melakukan kesalahan perlu melalui proses perundangan sebagaimana rakyat biasa dan tidak boleh dijadikan agenda politik dalam pilihan raya.

“Jangan jadi pilihan raya ini macam lain-lain. Kita mesti menang sebab hendak tolong saudara kita. Dia curi pun tak apa, dia saudara kita. Tak boleh,” katanya.

Anwar turut mengakui pendirian tegasnya terhadap isu integriti menyebabkan ada pihak yang tidak senang, khususnya mereka yang sebelum ini terbiasa dengan budaya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Menurutnya, kerajaan MADANI komited mempertahankan prinsip keadilan serta memastikan undang-undang dilaksanakan secara adil tanpa memilih bulu.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada gesaan sebahagian pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengaitkan kemenangan besar gabungan itu pada PRN Johor dengan peluang mendapatkan pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada 2 Julai lalu, Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Nazifuddin Najib, dilaporkan berkata kemenangan besar BN pada PRN Johor akan menjadi isyarat sokongan rakyat terhadap Najib, sekali gus mampu mencerahkan peluang beliau memperoleh pengampunan diraja.

Anwar bagaimanapun menegaskan bahawa pilihan raya harus menjadi medan untuk rakyat memilih kerajaan yang mampu membawa pembangunan, menjaga kebajikan dan mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang, bukannya dijadikan saluran untuk memperjuangkan kepentingan individu.





dakah Kemenangan BN Isyarat Rakyat Mahu


 

@zainihjpilus8484 Subscribe 1 July 2026


 

@jasonyew_ Join "KDN, Kesihatan dan Ekonomi di bawah PH,


 

@jasonyew_ Join Jangan pilih Melayu kaki samun. Pilih yang


 

50 EKAR TANAH TELAH DI JADIKAN TANAH REZAB MELAYU DI TENAH BANDARAYA


 

@LensaTv3 Subscribe Onn Hafiz: Kerajaan Pusat Sengaja Tangguh Projek Negeri Johor ? Onn Hafiz: Kerajaan Pusat Sengaja Tangguh


 

@LenTv9 Subscribe Pembangkang Persoal: Kenapa Azam Baki Dilantik Sebagai Penasihat NFCC ? Pembangkang Persoal: Azam Baki Dilantik


 

@aafnanomar Subscribe PUAD ZARKASHI SOKONG CALON HARAPAN


 

Yang curi berbilion, ada yang perjuang nak bebaskan. Apa punya sistem ni?" - PM Anwar 531 241 Share Remix


 

BERJUANG NAK BEBASKAN PENYAMUN NEGARA


 

𝐇𝐀𝐈𝐌 𝐇𝐈𝐋𝐌𝐀𝐍: 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆


Syahir 


Haim Hilman pakar kaunseling tiktok merapu apa lagi hari ni?
Dalam ceramah dia gebang Kerajaan tak dedahkan fakta jumlah pelajar asing dalam universiti awam
Oi Haim.
Statistik warga asing sebagai pelajar dalam universiti awam tu pun kau ambil dalam Statistik Pendidikan Tinggi yang Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terbitkan setiap tahun.
Celah mana pulak Kementerian tak dedahkan?
Engkau yang baru baca statistik tu acah-acah buat pendedahan.
Sejak 2020 zaman Kerajaan tebuk atap lagi universiti di Malaysia dipromosi untuk pelajar luar negara datang melalui Education Malaysia Global Services.
Tahun engkau jadi Naib Canselor UUM sekejap tu pun ada 8.5% warganegara asing jadi pelajar dekat sana. Itu tak ambil hak rakyat Malaysia ke Haim?
Pelajar antarabangsa ni semua bukan dapat subsidi yuran murah, semua bayar puluhan ribu setiap tahun belajar dekat sini.
Pelajar warganegara asing tak ambil tempat pelajar tempatan.
Tahun 2025 jumlah enrolmen pelajar tempatan naik daripada 558 ribu kepada 578 ribu manalala enrolmen pelajar warga asing naik daripada 53,322 kepada 56,565.
20 ribu pelajar tempatan dapat tempat vs 2 ribu pelajar warga asing dalam universiti awam.
Akhirnya yang kelakar,
sembang dalam ceramah berdegar-degar dengan sebak-sebak sampai tersasul Kerajaan bagi tempat pada "pendatang asing".
Tuhan nak tunjuk tu cash je Haim.
Elok kembali ke tiktok jadi pakar motivasi je la Haim.




BERITA BAIK! MANTAP KERAJAAN MADANI PEMBAHARUAN TEKSI MADANI NASIONAL! TQ PMX!


 

MALAM TADI SAYA BERKEMPEN DI PENTAS PH










Ya, malam tadi saya naik pentas PH di Felda Ulu Tebrau untuk menyokong calon PH dari PKR Dr Maszlee Malik. YAB Dato Sri Anwar Ibrahim adalah penceramah utama di majlis kempen itu. 


Di sebelah pagi saya post infografik di fb di mana saya menyokong calon PH daripada Amanah Sdr Hj Yazid Bakri yang bertanding di DUN Rengit.


Seperti dijangka, akibat dua kes itu saya dikecam dan dinista khususnya oleh pemimpin UMNO.


Di antara komen negatif itu datang daripada Sdr Razlan Rafii Setiausaha Politik Zahid Hamidi. Dia ahli MKT dan Ketua UMNO Bahagian Siputeh. Dia kata “Lepas ni masuk terus DAP, kan senang”.


Begitulah pemikiran sempit segelintir pemimpin UMNO. Masih mengamal politik bawah tempurung. Mereka ingat dengan mengaitkan sesiapa sahaja dengan DAP maka UMNO akan dapat sokongan orang Melayu?  


Walhal FELDA Ulu Tebrau dianggap kawasan hitam pada pihak lawan. Ia dianggap kubu kuat UMNO. Tetapi tidak malam tadi. Orang Felda telah berubah. Kehadiran ramai malam tadi bukti orang Felda bebas dan berani buat pendirian politik. Tetapi sebahagian pemimpin UMNO tidak berubah. Masih dengan naratif basi.


UMNO makin jauh daripada Gen-Z dan Gen-Alpha. Sebab itu saya kata UMNO yang sudah berusia 80 tahun patut dipimpin oleh generasi ke 4 UMNO, bukan pemimpin recycle. Tetapi pemimpin UMNO amat degil.


Malam tadi saya hadir sebagai penyokong kerajaan perpaduan. Dari awal saya menyokong penubuhan kerajaan perpaduan. PH adalah kerajaan. BN juga adalah kerajaan. “Mana BN berani pull the plug”. Dr Akmal sahaja yang cakap besar. Maka tidak salah saya naik pentas PH. 


Lagi pun saya sudah keluar daripada UMNO. Hak saya mahu menyokong sesiapa atas dasar peribadi calon itu. Saya bukan macam Hishamuddin Hussien Onn. Masih MP UMNO tetapi sign SD menyokong Muhyiddin jadi Perdana Meteri. 


Dalam kempen itu saya beritahu pengundi saya menyokong inisiatif kerajaan pusat mahi menjadikan JB Shenzen Asia Tenggara. Kalau JS-SEJ berjaya mana mungkin Shenzen Asia Tenggara tidak berjaya. Onn Hafiz sendiri mengaku JS-SEZ adalah penyumbang besar FDI naik.


Maka tidak perlu Onn Hafiz jadikan isu JS-SEZ yang belum dilancarkan sebagai pertelagahan antara negeri dan pusat. “Moves on” kepada politik yang bebas dan seimbang




“Mengapa sampai begitu ramai di universiti terbaik? Sebab itu untuk rakyat atau untuk pelajar negara asing? Rakyat atau negara asing?”

Afiq Noordin






 “Mengapa sampai begitu ramai di universiti terbaik? Sebab itu untuk rakyat atau untuk pelajar negara asing? Rakyat atau negara asing?”

Membara semangat nasionalisme dalam diri saya masa dengar ucapan Dr. Haim Hilman ini.
Saya setuju dengan beliau yang mempersoalkan jumlah pelajar antarabangsa di universiti awam kerana apa-apa dasar kerajaan mesti dinilai berdasarkan kepentingan negara.
Kalau betul ada anak orang kaya yang gagal melalui UPU tapi boleh masuk melalui saluran lain hanya kerana mampu membayar yuran tinggi sehingga anak miskin yang layak pula tercicir, saya sendiri akan berdiri bersama Haim Hilman untuk lawan benda ini.
Kalau ada pintu belakang, tutup segera!
Tapi makin lama saya dengar ucapan ini, saya rasa pelik dan saya buat sedikit carian.
Pada tahun 2022, ketika Haim Hilman jadi Naib Canselor UUM, universiti ini mencatatkan peningkatan kemasukan pelajar antarabangsa sebanyak 13.97 peratus.
Eh meningkat? Tapi macam mana dengan anak tempatan?
Tak mungkin masa itu beliau tak terfikir tentang anak Pak Mat di kampung?
Kita semak apa yang beliau katakan pada media
“Peningkatan ini pertamanya adalah hasil usaha universiti dalam konteks mempromosikan program kita di pasaran antarabangsa."
Oh. Sejak bila?
"Selain promosi, usaha dilakukan universiti sejak dahulu lagi khususnya 12 tahun terakhir ini dalam agenda pengantarabangsaan kita berpandukan kepada pelan strategik sudah membuahkan hasil."
Begitu. Apa kesan pada UUM bila lebih ramai pelajar asing masuk?
“Agenda kita dalam ranking dunia meningkat daripada tidak pernah berada dalam carta sekitar 2011 dahulu hari ini kita masuk senarai 481 terbaik di dunia."
Mantap. Apa impaknya?
"Jadi, ini satu pencapaian besar bagi sebuah universiti seperti UUM daripada keseluruhan 20,000 hingga 30,000 universiti seluruh dunia.”
Pelajar asing ini datang daripada mana?
"Penuntut antarabangsa yang paling ramai mendaftar adalah dari negara Indonesia diikuti Jepun dan China dan Perancis."
Eh. China? Sungguhlah ada China? Mana boleh jadi ni. Kita kena bantah!
Nampak tak? Kenapa dulu bunyinya macam lain, sekarang pun jadi lain?
Haim Hilman juga ada sebut lebih 32,000 pelajar dari China, kuota yang sepatutnya diberikan kepada anak Ah Chong dan Muthu.
Ayat ini memang mudah membakar emosi.
Tapi adakah 32,000 pelajar asing bermaksud 32,000 anak tempatan kehilangan tempat?
KPT dah jelaskan yang kemasukan pelajar antarabangsa tak mengetepikan peluang pelajar tempatan. Mereka bayar yuran penuh tanpa subsidi kerajaan dan melalui proses kemasukan antarabangsa.
Jadi kalau mahu kata pelajar asing rampas tempat anak tempatan, tunjukkan bukti kuota rakyat Malaysia dipotong untuk diberikan kepada mereka.
Kalau tak ada bukti, jangan bina cerita sampai ibu bapa rasa anak mereka gagal masuk universiti kerana kerusinya dirampas pelajar asing.
Itu retorik namanya.
Beliau juga mempersoalkan kenapa ramai pelajar antarabangsa tertumpu di UM, UKM, UPM, USM dan UTM.
Jawapannya tak pelik. Beliau sendiri dah jawab masa tahun 2022.
Lima universiti itu ialah Universiti Penyelidikan dan antara universiti kita yang mempunyai reputasi serta kedudukan antarabangsa lebih baik.
Kalau kita mahu belajar di luar negara pun, mestilah kita nak pilih universiti yang ada nama.
Jadi pelajar asing pun fikir benda sama.
Pengantarabangsaan juga sebahagian daripada ukuran universiti global. QS ambil kira pelajar antarabangsa, staf antarabangsa dan rangkaian penyelidikan antarabangsa dalam penilaian mereka.
Universiti juga akan dapat hasil daripada yuran penuh pelajar antarabangsa untuk bantu operasi dan kemudahan universiti.
Kalau mahu bincang jumlah dan kawalan kualiti pelajar asing, silakan. Tapi jangan buat seolah-olah kewujudan mereka secara automatik bermaksud hak anak tempatan dirampas.
Jangan kita yang meraikan, kemudian kita juga yang menidakkan. (tak taju pada sesiapa)
Ironi juga sebenarnya.
Haim Hilman sendiri pernah jadi pelajar "asing" di University of Portsmouth, United Kingdom.
Masa beliau belajar di sana, adakah beliau sedang “mengambil tempat” anak tempatan United Kingdom?
Adakah beliau pernah buat nisbah berapa orang pelajar tempatan bersamaan seorang pelajar asing seperti beliau?
Saya bukan kata beliau tak patut belajar di luar negara. Itu kebanggaan buat kita semua yang tak dapat peluang dan tak sebijak beliau.
Tapi kalau logiknya pelajar asing ambil tempat anak tempatan, logik yang sama kenalah terpakai kepada diri sendiri.
Takkan bila kita belajar di negara orang, itu dipanggil menuntut ilmu. Tapi bila orang datang belajar di negara kita, tiba-tiba mereka dituduh ambil tempat anak tempatan.
Eh, tak bolehlah begitu.
Saya juga geram bila isu pelajar asing disambungkan dengan dakwaan 1.65 juta graduan bekerja tak setara kelayakan sehingga akhirnya menjadi rider.
Masalah graduan bekerja di bawah kelayakan memang wujud.
Tapi puncanya bukan semudah “pelajar asing masuk, anak tempatan jadi rider”.
Masalah ini lebih berkait dengan ketidaksepadanan industri, kekurangan pekerjaan berkemahiran tinggi, struktur gaji dan keupayaan ekonomi mencipta pekerjaan bernilai tinggi.
Jangan campur semua masalah dalam satu periuk, kemudian hidangkan kepada rakyat seolah-olah semuanya berpunca daripada pelajar asing.
Apapun, kalau kembali kepada dasar saya tetap setuju dengan Haim Hilman dalam satu perkara.
Kalau ada ketirisan atau tindakan pintu belakang, maka siasatlah dengan segera.
Kalau universiti terlalu mengejar yuran pelajar antarabangsa sehingga melonggarkan syarat kemasukan, wajar dihentikan.
Ada beberapa kenalan "pendidik" yang hubungi saya semalam untuk suarakan tentang isu.
Mereka kata ada pelajar antarabangsa yang tak mampu berbahasa Inggeris dengan baik, apatah lagi bahasa Melayu sampai menyukarkan pembelajaran dalam kelas.
Ada pelajar antarabangsa ini terpaksa guna aplikasi terjemahan untuk faham apa yang mereka sedang belajar dan diterangkan oleh pensyarah dalam kelas.
Saya tak boleh anggap pengalaman ini mewakili semua pelajar antarabangsa. Tapi kalau masalah ini berlaku secara meluas, KPT dan universiti perlu lakukan sesuatu.
Macam mana seseorang boleh diterima masuk ke universiti kalau bahasa pengantar dalam kelas pun tak mampu difahami?
Ini isu yang patut diperjuangkan.
Apapun nasihat saya, siapapun kita sebelum ini dan sekarang, prinsip kita tetap kena sama. Dulu, kini dan selamanya




Ucapan Adly Zahari di Jelajah Johor Ke Depan Undi Harapan @ Larkin


 

Ucapan Saifuddin Nasution di Jelajah Johor Ke Depan Undi Harapan @ Larkin


 

NAK TRY GAYANYA AYAT TU

 

Mat Idris Al Saguni

Ustaz baru nampak ada calon BEBAS wanita bertanding di DUN N05 Tenang, memandangkan tiada calon PAS bertanding disana, Wajib untuk ahli PAS mengundi calon BEBAS Sdri Siti Aisyah binti Zobair, Ustaz bercadang bertemu dan berbincang dari hati ke hati - Ustaz Mat Idris Al Saguni




DR PUAD YANG HEBAT…



 DR PUAD YANG HEBAT…

5 Julai 2026
Hanya beberapa jam setelah mengumumkan sokongannya kepada calon PH bagi DUN Rengit, Dr Puad Zarkashi sudah pun berucap di pentas gabungan tersebut.
Sekadar mengimbas kembali, Dr Puad pada 25 Jun sebelum ini telah mengumumkan keluar UMNO dengan alasan utama kerana cadangannya untuk meletakkan agaknya menggantikannya bertanding di DUN Rengit ditolak oleh pucuk pimpinan UMNO.
Selepas keluar UMNO, setiap hari beliau mengkritik parti itu dan beberapa pemimpinnya.
Semalam, 4 Julai, bekas Speaker DUN Johor itu secara terbuka mengumumkan sokongannya kepada calon PH bagi DUN Rengit, kawasan yang diwakilinya sebelum ini yang berdasarkan impiannya, beliau mahu anaknya diletak sebagai calon BN bagi menggantikan dirinya di kawasan tersebut.
Pada sebelah malam semalam iaitu hanya beberapa jam setelah mengumumkan sokongan kepada calon PH di DUN Rengit, Dr Puad telah hadir di Program Dialog Terbuka Belia di Felda Ulu Tebrau yang dihadiri Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Gambarnya berucap dan bersalaman dengan Anwar di program tersebut kemudian turut tersebar di media sosial.
Begitulah…ahli politik kadangkala begitu hebat dan mampu mengalahkan ular dalam soal kecepatan bersalin kulit.
Selepas ini, menghampiri hari pengundian PRN Johor pada 11 Julai, tidak mustahil jika setiap malam Dr Puad akan muncul di pentas PH untuk menyokong gabungan itu.
Sudah tentu apabila berada di pentas PH, sasaran beliau ialah menghentam UMNO/BN, khususnya Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.
Selepas ini juga, bolehlah dijangka bahawa Dr Puad akan lebih akrab dengan PH dan akan kelihatan setiap kali Anwar datang berkempen di Johor.
Jika PH menang di Johor, bekas Ahli MT UMNO itu pasti tidak menunggu lama untuk menjadi ahli PKR.
Hampir pasti ada jawatan atau peranan tertentu bakal diberikan kepadanya kerana PH ada matlamat lebih besar selepas PRN Johor iaitu hendak memastikan Anwar kekal lagi bagi penggal kedua sebagai Perdana Menteri pada PRU16 akan datang.
Bersama semua itu , anak beliau yang sebelum ini ditolak UMNO sebagai calon pilihan raya, pasti akan turut sama menyertai PKR.
Menurut kata Dr Puad, anaknya itu merupakan bekas pemimpin pelajar dan sudah pun dilatihnya untuk kerja-kerja sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Rengit yang duwakilinya.
Dengan anaknya turut sudah menyertai PKR, harapan Dr Puad yang tertangguh untuk melihat anaknya menjadi calon sudah tentu akan menjadi lebih cerah.
Dr Puad sendiri tentunya tidak melepaskan peluang untuk bisik-bisik kepada Anwar agar anaknya dipilih sebagai calon.
Tetapi, jangan pula Dr Puad cuba ugut Anwar sebagaimana beliau ugut UMNO seperti mana didedahkan Dr Asyraf Wajdi Dusuki semata-mata untuk memastikan anaknya dipilih jadi calon.
Ini kerana, jika UMNO pun tidak termakan dengan ugutannya, pastilah Anwar dan PKR lebih tidak melayan sebarang ugutan.
Cuma, semua impian itu hanya mungkin menjadi kenyataan jika PH berjaya menang dan menubuhkan kerajaan di Johor.
Dengan kemenangan itu, peranan Dr Puad yang keluar UMNO dan menyokong PH akan terlihatlah ada kesannya.
Namun, jika dengan ketiadaan Dr Puad membuatkan UMNO/BN manpu menang dengan lebih cemerlang lagi di Johor, menjadi “kupang tembagalah” menanti masa depannya.
Bahkan anaknya, jika masih kekal dalam UMNO, mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk dapat jadi calon pilihan raya. - ShahbudinHusin 05Julai2026.