Dalam Kenangan—Hashim Bakar, Otai Reformis Yang Tidak Pernah Diam

 









[14/06, 02:55] Shahbudin: Rencana Khas:

Dalam Kenangan—Hashim Bakar, Otai Reformis Yang Tidak Pernah Diam.



Oleh

Shahbudin Embun




Pemergian Allahyarham Hashim Bakar bukan sekadar kehilangan seorang sahabat, tetapi hilangnya satu jiwa besar dalam sejarah perjuangan reformasi tanah air.

Bagi saya, Hashim bukan sekadar nama dalam politik. Beliau adalah sebahagian daripada perjalanan hidup saya sendiri—dari zaman remaja persekolahan, membesar dengan idealisme, sehinggalah beliau melangkah ke Kuala Lumpur membawa cita-cita perjuangan yang lebih besar.

Saya masih ingat, sejak muda lagi beliau bukan jenis yang suka berdiam diri. Ada sahaja yang diperhatikan, dikritik dan diperbetulkan. Dalam diam, beliau memerhati; dalam lantang, beliau menegur. Sifat itu kekal dalam dirinya hingga ke penghujung hayat.

Enam jam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, beliau masih sempat menulis di Facebook miliknya dengan nada sinis tetapi penuh makna:

“Kerana tamak dan tak sabar tunggu PRU16, ratusan juta duit rakyat habis untuk PRN negeri. Cis… politik tamak? Siapa rugi???”

Itulah Hashim Bakar—seorang pejuang yang tidak pernah berhenti berfikir tentang nasib rakyat, walaupun jasadnya semakin lemah.

Beberapa hari sebelumnya, beliau pulang ke Perlis—kampung halaman yang menjadi saksi awal pembentukan jiwanya. Di situ, beliau bertemu rakan-rakan lama, termasuk Saudara Bidin Beseri, seorang wartawan senior. Mereka berbual panjang, mengimbau zaman reformasi, membedah politik semasa dan menilai arah masa depan negara.

Dalam pertemuan itu juga, beliau sempat menyatakan penghargaan terhadap keikhlasan YAB Perdana Menteri serta Setiausaha Politiknya, Dato’ Farhan Dato Seri Fauzi, yang menziarahi beliau ketika sakit—bukan sekali, tetapi dua kali. Bagi Hashim, itu bukan sekadar kunjungan, tetapi lambang nilai kemanusiaan yang masih wujud dalam politik.

Perjalanan hidup Hashim Bakar bukan biasa-biasa. Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai di Permodalan Nasional Berhad (PNB), seangkatan dengan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM).

Jiwa politiknya banyak dibentuk oleh Allahyarham Senator Abu Bakar Hamzah, tokoh awal PAS anak jati Perlis yang membawa pemikiran pembaharuan (islah) yang lebih moden. Dari sinilah Hashim menyerap idealisme politik yang tidak jumud, tetapi progresif.

Apabila landskap politik negara berubah dan gelombang reformasi melanda, Hashim tidak berpaling. Ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim disingkirkan, beliau antara yang bangkit mempertahankan prinsip. Beliau terus istiqamah dalam perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan menjadi antara penggerak awal di Perlis.

Hashim bukan ahli politik yang mengejar jawatan. Beliau adalah pejuang yang setia kepada prinsip—kadang-kadang keras, kadang-kadang sinis, tetapi sentiasa jujur.

Hari ini, kita mungkin kehilangan jasadnya. Namun semangatnya terus hidup—dalam setiap suara yang berani bersuara, dalam setiap generasi muda yang tidak takut melawan arus, dan dalam setiap insan yang percaya bahawa politik harus kembali kepada rakyat.

Bagi saya, Hashim Bakar akan sentiasa dikenang bukan hanya sebagai seorang otai reformis sejati, tetapi sebagai kenangan dan inspirasi yang tidak akan padam.

Al-Fatihah buat Allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aameen.

—

Shahbudin Embun

Penganalisis Politik

[14/06, 11:49] Shahbudin: [14/06, 11:05] PKR Dato' Seri Wan azizah: wakmslm, inalillahiwainailaihirajiun. moga roh Sdr Hashim Bakar di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama para solehin. salam takziah kpd keluarga. inshaAllah wakil kami akan ziarah🙏🏻🤲

[14/06, 11:36] Shahbudin: Aameen x3

[14/06, 11:38] Shahbudin: YABhg Datin Seri

Alhamdulillah ...semua nya Selamat di semadi dengan Aman lagi DAMAI.






Netizen sinis dakwaan tokoh sertai Pas, ada yang sifatkan ‘bukan kejutan’


 


Pengumuman mengenai penyertaan seorang tokoh yang didakwa menyertai Pas mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan sebahagian besar komen yang tular memperlihatkan nada sinis dan skeptikal terhadap perkembangan itu.

Tinjauan di ruangan komen beberapa hantaran berkaitan menunjukkan ramai pengguna media sosial mempersoalkan sama ada penyertaan tokoh berkenaan mampu memberi nilai tambah kepada parti tersebut atau sekadar menjadi percaturan politik menjelang pilihan raya.

Antara komen yang mendapat perhatian ialah pandangan bahawa pengumuman itu “bukan satu kejutan”, malah ada yang menyifatkannya sebagai kemasukan “tokoh kitar semula” yang pernah melalui beberapa parti politik sebelum ini.

Seorang pengguna menulis bahawa beliau menjangkakan tokoh yang lebih berprofil tinggi akan diumumkan, sebelum menyindir bahawa individu yang diperkenalkan itu “tidak menimbulkan keterujaan”.

Seorang lagi netizen pula menyifatkan perkembangan itu sebagai “tiada apa yang menarik”, sambil mendakwa kepimpinan dalam Pakatan Harapan lebih berkualiti dan mempunyai rekod pentadbiran yang lebih baik.

Tidak kurang juga yang mengaitkan penyertaan tersebut dengan budaya lompat parti. Ada pengguna menggunakan istilah “katak politik”, manakala seorang lagi mendakwa individu berkenaan “bertukar parti ke sana sini sehingga hampir semua parti pernah disertainya”.

Sebahagian komen turut mempersoalkan manfaat politik daripada pengumuman itu kepada Pas, dengan ada yang menyifatkannya sebagai “bukan kejutan” dan tidak membawa impak besar kepada landskap politik semasa.

Selain itu, beberapa pengguna menggesa agar parti-parti politik memberi lebih tumpuan kepada agenda rakyat berbanding isu keluar masuk parti.

“Asyik main politik, kita mula bertanya apa sumbangan kepada rakyat?” tulis seorang pengguna, mencerminkan sentimen bahawa kebajikan rakyat dan penyelesaian isu kos sara hidup sepatutnya menjadi keutamaan.

Seorang lagi pengguna pula berpendapat bahawa drama keluar dan masuk parti sering kali menjadi petanda musim pilihan raya semakin hampir, namun mengingatkan bahawa rakyat kini lebih menilai kemampuan parti-parti politik menunaikan janji berbanding gimik politik.

Walaupun terdapat beberapa komen yang menyokong langkah tersebut, reaksi yang lebih dominan di ruangan komen yang ditinjau menunjukkan nada skeptikal dan sindiran terhadap pengumuman berkenaan.

Pemerhati politik sebelum ini berpendapat bahawa dalam era media sosial, penerimaan terhadap kemasukan mana-mana tokoh politik tidak lagi bergantung kepada nama semata-mata. Sebaliknya, rakyat semakin cenderung menilai kredibiliti, rekod perkhidmatan serta sumbangan sebenar kepada masyarakat.

Perkembangan itu juga menggambarkan bahawa sebahagian pengguna media sosial kini lebih kritikal terhadap strategi politik yang berasaskan pengumuman penyertaan tokoh, berbanding dasar dan penyelesaian terhadap isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

Antara nama yang diumumkan menyertai parti itu ialah bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan dan bekas ADUN Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Abdul Malek; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim; serta bekas pegawai kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.

Turut diumumkan menyertai Pas ialah bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Othman, serta bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakup.

Selain itu, Dr Md Nizam Baharom yang merupakan bekas Pengerusi Kelab Umno Manchester dan TPr Lokman Omar, bekas perancang bandar Negeri Sembilan yang juga bekas Pengerusi PKB, turut mengisytiharkan penyertaan mereka ke dalam parti berkenaan.

Pas turut menerima penyertaan Prof Mohd Nasir Ibrahim yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi FINAS dan Naib Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Ramai menyifatkan mereka sebagai wajah lama dalam politik negara dan berpendapat rakyat pada hari ini lebih menilai rekod pentadbiran, kestabilan serta kemampuan sesebuah parti menyelesaikan isu ekonomi dan kos sara hidup berbanding sekadar pengumuman penyertaan individu tertentu.





PANAS! AHMAD MASLAN AKHIRNYA JAWAB KENAPA UMNO SANGGUP LAWAN PH DI PRN JOHOR!


 

PARTI WAWASAN NEGARA: HAMZAH KEMBALI SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG – TAMPARAN HEBAT KEPADA BERSATU


 

TERKINI! PMX BERSAMA RAKYAT SABAH! PROGRAM MINGGU PERPADUAN MADANI 2026!


 

TERKINI: Saifuddin Nasution Umum Arthur Sah Pertahan Kerusi DUN Bukit Batu

 


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern kekal mempertahankan kerusi pada PRU DUN Johor pada 13 Jun 2026.

KULAI, 13 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern kembali dicalonkan semula di kerusi berkenaan setelah mendapat persetujuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman tersebut dilakukan Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam majlis pelancaran jentera PH DUN Bukit Batu di sini, malam ini.

Hadir sama, Pengurusi DAP Johor yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim serta ketua-ketua cabang KEADILAN di Johor.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern kekal mempertahankan kerusi pada PRU DUN Johor pada 13 Jun 2026.

Arthur merupakan calon pertama daripada PH yang diumumkan sebagai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor yang akan dilaksankan pada 11 Julai depan.

Pada PRU DUN Johor 2022, Arthur Chiong menang kerusi DUN Bukit Batu dengan majoriti 137 undi pada 12 Mac 2022.

Setiausaha KEADILAN Cabang Tebrau ketika itu menewaskan S Suppayah, Tan Heng Choon dari Perikatan Nasional (PN) dan Lee Ming Wen dari Parti Warisan.

Susulan itu MIC yang tidak berpuas hati dengan kemenangan tipis itu menuntut SPR mengira semula kertas undi kerusi DUN Bukit Batu berikutan MIC tewas hanya 137 undi pada PRU DUN itu.



Kerjasama Erat Kerajaan Persekutuan, Negeri Pastikan Sabah Terus Maju – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

KOTA KINABALU, 13 Jun – Hubungan erat serta kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kekal menjadi asas penting dalam memastikan Sabah terus melangkah maju, makmur selain menikmati pembangunan lebih seimbang dan inklusif, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri, menzahirkan keyakinan itu susulan pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada majlis makan malam di Istana Seri Kinabalu selepas selesai lawatan kerja sehari di negeri berkenaan hari ini.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh masa depan Sabah termasuk agenda pembangunan negeri, pengukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial serta ikhtiar mempertingkat taraf hidup rakyat,” ujar Anwar.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri menghadiri beberapa program termasuk Majlis Pecah Tanah Projek Sabah Southern MADANI Link (SSML) dan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan 2026.




Agenda Johor Dan Malaysia MADANI: Pelengkap Atau Persaingan Naratif Pembangunan?

 


Kerajaan Persekutuan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Johor dengan melanjutkan agenda Malaysia MADANI kepada Johor MADANI.

PENDAPAT, 14 Jun – Sejak tahun 2023, rakyat terus menyaksikan pelbagai inisiatif pembangunan diperkenalkan di peringkat Persekutuan menerusi kerangka Malaysia MADANI yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa yang sama, Johor turut mengetengahkan agenda mereka sendiri sebagai pelan pembangunan negeri yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan, infrastruktur dan kesejahteraan rakyat.

Hakikatnya, kedua-dua agenda tersebut mempunyai matlamat yang hampir sama, iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat dan memperkukuh kedudukan ekonomi. Namun, perbezaan utama terletak pada skala pelaksanaan.

Malaysia MADANI merupakan dasar nasional yang melibatkan seluruh negara, manakala Johor berfungsi sebagai pelengkap kepada pelaksanaan dasar tersebut di peringkat negeri menerusi Johor MADANI.

Pelbagai projek strategik yang menjadi pemangkin pembangunan Johor sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada peranan Kerajaan Persekutuan.

Antaranya termasuk pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kemasukan pelaburan asing, peningkatan kemudahan infrastruktur serta pelbagai inisiatif berkaitan pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan modal insan.

Semua ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Malaysia MADANI pula menyediakan kerangka lebih luas yang merangkumi reformasi ekonomi, pengukuhan tadbir urus, kesejahteraan sosial, keselamatan makanan serta transformasi pendidikan.

Dasar-dasar ini memberi manfaat kepada semua negeri termasuk Johor, sekali gus menyediakan asas yang kukuh untuk negeri itu berkembang sebagai hab ekonomi utama negara.

Justeru, kejayaan Johor tidak seharusnya dilihat sebagai pencapaian satu pihak semata-mata. Sebaliknya, ia merupakan hasil sinergi antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang berkongsi matlamat sama untuk membawa kemajuan kepada rakyat.

Dalam konteks ini, kerajaan Johor wajar menghormati agenda Malaysia MADANI bagi memastikan pembangunan yang lebih mampan, inklusif dan berterusan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.



Kerjasama Erat Kerajaan Persekutuan, Negeri Pastikan Sabah Terus Maju – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

KOTA KINABALU, 13 Jun – Hubungan erat serta kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kekal menjadi asas penting dalam memastikan Sabah terus melangkah maju, makmur selain menikmati pembangunan lebih seimbang dan inklusif, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri, menzahirkan keyakinan itu susulan pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada majlis makan malam di Istana Seri Kinabalu selepas selesai lawatan kerja sehari di negeri berkenaan hari ini.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh masa depan Sabah termasuk agenda pembangunan negeri, pengukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial serta ikhtiar mempertingkat taraf hidup rakyat,” ujar Anwar.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri menghadiri beberapa program termasuk Majlis Pecah Tanah Projek Sabah Southern MADANI Link (SSML) dan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan 2026.




Belum panas lagi kerusi Samsuri, Hamzah dilantik semula ketua pembangkang




 




Belum sempat panas kerusi sebagai Ketua Pembangkang, jawatan yang disandang Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kini kembali bertukar tangan kepada pemilik lamanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dalam pengumuman mengejutkan hari ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Hamzah dilantik semula melalui musyawarah dan akuan bersumpah (SD).

Menurutnya, pelantikan Hamzah mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

“Kedua-dua keputusan itu dibuat secara musyawarah termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen Pas dan turut mendapat SD daripada ahli-ahli parlimen PN. Semua ahli parlimen PN bersetuju”.

“Sejak awal lagi kita telah melantik beliau sebagai Ketua Pembangkang. Jadi, kita ulang baliklah. Kita boleh ulang balik perkara ini setelah dia berlaku,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Reset Malaysia hari ini.

Ahmad Samsuri menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang bermula 17 Mei lalu dan melepaskan jawatan tersebut tidak sampai sebulan.

Namun Abdul Hadi berkata, Pas bersama Gerakan dan semua wakil rakyat di bawah gerakan Reset sepakat mengekalkan Ahmad Shamsuri sebagai Pengerusi PN.



Hadi ‘supreme leader’, tentukan hala tuju PN?- Marzuki


 


Ketika krisis hubungan antara Pas dan Bersatu masih hangat diperkatakan, bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Ahmad Marzuki Mohamad, sekali lagi melontarkan kritikan terhadap struktur kepimpinan Perikatan Nasional (PN) dengan mendakwa keputusan-keputusan penting gabungan itu sebenarnya ditentukan oleh Presiden Pas.

Kenyataan tersebut hadir hanya beberapa hari selepas Pas memuktamadkan keputusan memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan mengenai masa depan PN dan keseimbangan kuasa dalam gabungan pembangkang itu.

Sejak beberapa hari lalu, kedua-dua pihak saling mengemukakan penjelasan mengenai punca keretakan hubungan. Ahmad Marzuki sebelum ini turut mendedahkan bahawa Bersatu dikatakan bersedia meneliti tiga syarat yang dikemukakan Pas bagi mengekalkan kerjasama, namun Jawatankuasa Pas Pusat akhirnya tetap memutuskan hubungan politik dengan parti itu.

Terbaharu, beliau mendakwa dua keputusan penting melibatkan PN dibuat tanpa melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN.

Menurutnya, keputusan melantik Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang serta keputusan membenarkan parti yang dipimpin Hamzah menggunakan logo PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak diputuskan oleh MT PN.

Lebih menarik, katanya, keputusan pertama itu bercanggah dengan keputusan terdahulu MT PN yang melantik Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, sebagai Ketua Pembangkang.

“Presiden Pas bukan Ahli MT PN, tetapi ‘berkuasa’ membuat keputusan PN,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau bagaimanapun berkata beliau percaya Majlis Tertinggi PN akhirnya akan mengesahkan keputusan tersebut.

Menurut Ahmad Marzuki, keadaan itu menunjukkan kedudukan Pengerusi PN yang kini disandang Ahmad Samsuri bergantung kepada keputusan dan ihsan Presiden Pas.

Dalam nada sinis, beliau mendakwa Ahmad Samsuri seolah-olah telah “dipecat” sebagai Ketua Pembangkang di hadapan ribuan ahli Pas sebelum sempat memulakan tugas tersebut.

Beliau kemudian menyifatkan Presiden Pas sebagai “Supreme Leader” dalam menentukan hala tuju Perikatan Nasional.

Sindiran itu diteruskan apabila beliau berkata sekiranya PN membentuk kerajaan pada masa depan, wartawan tidak perlu lagi menunggu mesyuarat Kabinet di Putrajaya untuk mengetahui keputusan penting kerajaan.

“Apabila PN menjadi kerajaan kelak, wartawan tidak perlu menunggu di Putrajaya pada hari Rabu untuk mengetahui keputusan Kabinet. Tunggu saja di Rusila pada hari Jumaat,” katanya.

Kenyataan Ahmad Marzuki menambah lagi episod pertikaian terbuka dalam kemelut Pas-Bersatu yang sejak kebelakangan ini memperlihatkan perbezaan pandangan mengenai kepimpinan, hala tuju gabungan serta strategi menghadapi pilihan raya akan datang.

Rabu lalu, Pas membuat keputusan menamatkan kerjasama parti itu dengan Bersatu yang bernaung di bawah PN. 





Semalam BN dan PH Ketereh sepakat untuk terus bergerak bersama demi melayu dan Islam.

 

Che Ibrahim Mohamed


Semalam BN dan PH Ketereh sepakat untuk terus bergerak bersama demi melayu dan Islam.

Kita hanya berbeza parti politik, bukan berbeza agama atau kaum.
PH ada Dap, BN ada MCA dan MIC, PN (jika masih kekal) ada Gerakan dan MIPP, maknanya kita semua telah sepakat menerima bukan melayu dan bukan Islam sebagai rakan politik kita






Demi membela hak penduduk, saya tidak akan berdiam diri.

 



Chua Wei Kia






Demi membela hak penduduk, saya tidak akan berdiam diri.

Masih ingat kebakaran yang memusnahkan rumah lama di Pekan Rawang?
Rumah kampung tersebut sebelum ini merupakan tapak rumah kampung milik seorang penjaja ais buah yang berniaga di Jalan Maxwell. Beberapa bulan lalu, rumah tersebut musnah dalam satu kebakaran.
Lebih mengecewakan, ketika keluarga tersebut masih belum mampu membina semula rumah mereka, terdapat pihak yang memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran, merobohkan sisa tapak rumah, membersihkan kawasan berkenaan dan memagarnya untuk dijadikan kawasan parkir sebuah rumah ibadat.
Baru-baru ini, saya bersama pihak polis, Majlis Perbandaran, ketua kampung dan Pejabat Tanah telah turun padang untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan serta proses penyelarasan. Hasil perbincangan dan rundingan, semua telah mencapai persetujuan bahawa pagar tersebut akan dirobohkan mengikut undang-undang selepas program pada 6 Julai selesai.
Ini kerana sehingga hari ini, tanah tersebut masih merupakan tanah kerajaan. Tidak kira siapa pihak yang terlibat atau apa alasan yang diberikan, peraturan tetap perlu dipatuhi.
Apabila hak rakyat perlu dipertahankan, saya akan mempertahankannya. Apabila tiba masanya untuk bersuara, saya akan tampil ke hadapan.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ada pihak yang cuba memutarbelitkan keseluruhan cerita dan mengalihkan fokus daripada isu sebenar, iaitu penggunaan tanah kerajaan tanpa kebenaran kepada perkara-perkara lain.
Saya juga ingin menegaskan bahawa ini bukan isu agama. Saya menghormati semua rumah ibadat dan kebebasan beragama. Namun dalam kes ini, isu yang dibangkitkan adalah berkenaan penggunaan tanah kerajaan tanpa kebenaran serta hak penduduk yang terjejas. Jangan jadikan isu penguatkuasaan dan hak milik tanah sebagai isu agama.
Namun hakikatnya sangat mudah.
Status dan keutamaan tanah ditentukan oleh rekod rasmi tanah. Sama ada sesuatu tindakan itu sah atau tidak pula ditentukan oleh pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
Dari awal lagi, apa yang saya perjuangkan bukan soal siapa menang atau siapa kalah, dan bukan juga soal siapa lebih berpengaruh. Yang saya utamakan ialah sama ada hak penduduk dihormati dan kepentingan awam dilindungi.
Masyarakat berhak mempunyai pandangan yang berbeza. Namun perbezaan pandangan tidak seharusnya dibina atas fakta yang diputarbelitkan.
Sebagai wakil rakyat, saya bertanggungjawab memastikan kepentingan awam sentiasa dipelihara, dan saya juga bertanggungjawab untuk membela suara penduduk yang merasakan diri mereka dizalimi atau tidak didengari.