RAMALAN MASA DEPAN TAPI PERLU BERHATI HATI


 

Jika benar Hamzah masuk Gerakan, Muhyiddin, Tun Faisal dan Peja boleh bersara awal


 

Habis Koyak Pembangkang dengar! Lokman adam


 

OWHH FADLI....HANG MEMANG SILAP BACA PARTI ORANG LAIN.KIOK



Norman Daud



 Fadhil shaari menyoal kesetiaan ahli parti keadilan kepada DS Anwar Ibrahim walaupun kononya PMX telah mungkir janji kepada Rafizi mengenai lantikkan jawatan Raman dalam kabinet.




Saya malas nak ulas isu ni, yelah sebab melibatkan nama Rafizi dan Ramanan. Pada saya perseteruan mereka berdua ni biarlah diselesaikan sendiri oleh mereka. 


Tapi bila si Fadhil ni nak mempertikaikan kenapa ahli keadilan masih lagi setia kepada PMX saya perlu jawab ( bagi pihak saya)


Mengenai cerita pasal pemilihan calon parlimen sg buloh pada PRU 15 dulu. Ya.. RR adalah pengarah pilihanraya Keadilan. Beliau bertanggungjawab merangka strategi kempen, termasuk penggunaan data bagi mengenal pasti kerusi-kerusi marginal serta menggerakkan jentera melalui inisiatif seperti "Ayuh Malaysia." 


Kita akui sumbangan beliau amat besar dalam kejayaan PRU yang lalu.


Dalam sistem PKR bagi PRU-15, proses pemilihan dan meletakkan calon dilakukan secara lebih terbuka melalui satu jawatankuasa khas, Ianya dianggota oleh RR selaku pengarah pilihanraya dan naib naib presiden parti


Walaupun Jawatankuasa Calon yang membuat saringan dan mencadangkan nama, mengikut perlembagaan parti dan amalan biasa, Presiden Parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memegang kuasa akhir untuk menentukan dan menandatangani watikah pelantikan calon.


Jadi apa yang berlaku diantara PMX dan RR pada masa tu, itu adalah negosiasi diantara presiden parti bersama pengarah pilihanraya yang biasa berlaku dalam mana mana pilihanraya. 


pelantikan Ramanan kedalam kabinet juga berfungsi untuk memastikan komuniti India mempunyai wakil yang efektif dalam struktur pentadbiran. Ini penting bagi memastikan agenda pembangunan usahawan dalam kalangan masyarakat India dan kumpulan minoriti lain tidak terpinggir, selari dengan konsep Malaysia Madani.

Selari dengan jawatan beliau selaku Naib presiden didalam parti keadilan.


Dan itu juga Hak Prerogatif seorang Perdana Menteri.


Apa yang berlaku diantara PMX dan RR ketika itu adalah satu urusan parti yang dilakukan secara professional berdasarkan keadaan semasa. 

Ini juga menunjukkan walaupun PMX mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa jadi calon tapi beliau masih memilih untuk berunding.


Boleh sahaja beliau menggunakan kuasa veto tapi kerana sifat seorang pemimpin yang bagus adalah mengambil kira pandangan kiri kanan beliau.


Politik ini dinamik, ianya perlu dan terpaksa berubah mengikut keadaan semasa. 


Selaku seorang Perdana Menteri, beliau berhak membuat keputusan yang dirasakan betul tanpa ada pengaruh mana mana pihak.


Jadi anggapan fadhil shaari yang ahli parti keadilan setia buta adalah tak tepat. Kami menghormati institusi presiden parti dan Perdana Menteri. 


Kesetiaan kami ahli bukan bersifat peribadi atau "setia buta" kepada Anwar Ibrahim  sebagai individu, tetapi kepada Institusi Presiden. Dalam mana-mana organisasi yang stabil, keputusan akhir ketua perlu dihormati . 


Jika hari ini kami akur kepada keputusan Anwar, bermakna esok kami juga akan akur jika Rafizi Ramli menjadi presiden . Ini menunjukkan kematangan parti, bukan ketaasuban.


kerana yang kami perjuangkan adalah prinsip parti dan parti itu sendiri bukan mana mana individu.




WALAUN TAK RETI KIRA BAB MINYAK DIESEL .....SEKOLAH DULU KO MALAS.MATEMATIK SELALU GAGAL DARI SEKOLAH RENDAH SAMPAI TAMAT. MATEMATIK GAGAL. TU SEBAB DIA.

 


Man Toba.



Aku perati juga orang² macam ni ada je pos tak puas hati. Dalam hati aku kata, takkan la dia ni benak sangat tak leh nak faham angka liter kat panal display pump tu.





Ni contoh ya. Jumlah tepat dia kena semak semula.


Dulu sebelum krisis minyak dunia, perang Iran la mudah kata.


Seliter minyak subsidi RM1.99


Kita bayar rm10 contoh dapat 5 liter. Kat display tulis total isi RM15 ( rm5 kerajaan tanggung ).


Lepas berlaku perang, krisis minyak -

Kita bayar rm10 contoh dapat 5 liter. Kat display tulis total isi RM20 ( RM10 kerajan tanggung )


Dapat jumlah 5 liter juga. Tapi walaun ni kata isi RM20 tak sampai separuh tank. Dulu isi 20 dah full tank.


Padahal harga minyak dunia naik, kerajaan tambah subsidi hampir 100% bayar RM10 total display tulis RM20. 


Tapi dicanang dia isi RM20 dapat separuh!! 


Bingai.



DASYAT PUNYA KICKBOXING

 

KOPERAL PUKUL JUNIOR DIHADAPKAN KE MAHKAMAH


Seorang tentera berpangkat koperal dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret bagi pertuduhan memukul, menumbuk dan menendang 7 anggota tentera junior hingga menyebabkan seorang koma ketika di Kompleks Mahkamah Bentong, Pahang. 


Kredit : Malaysia Gazette







ANWAR PERLU TERIMA NASIHAT AHLI LAMA DEMI KEHARMONIAN DALAM PARTI PKR. BUKAN SEMUA, TETAPI PENUH WASPADA.

 



Mat Spana


Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa presiden parti, Anwar Ibrahim merayu kepadanya dengan genangan air mata supaya bersetuju membenarkan ahli perniagaan, R Ramanan bertanding sebagai calon pada  pilihan raya umum ke-15 lalu.






Rafizi berkata dia memberitahu Anwar bahawa keputusan akhir terletak di tangan presiden PKR, namun selaku timbalan presiden dia meminta Anwar berjanji untuk tidak melantik Ramanan ke sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.


“Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa R Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek.


“Akhirnya, Datuk Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon." 


Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/771982





PANDANGAN YANG BAGUS.KERAJAAN BOLEH LAKKKANNYA....DALAM PERANCANGAN TERBAIK BUAT RAKYAT



 Hisham Daniel


Minggu ni aku baca satu berita pasal jiran kita.







Bukan berita perang. Bukan berita politik. Tapi berita ni buat aku diam sekejap.


Thailand buat kempen namanya Thai Help Thai. Kerajaan depa tak tunggu harga turun sendiri. Tak tunggu ekonomi pulih sendiri. Depa terus telefon pihak pasar raya besar, duduk semeja, dan dalam masa singkat lebih 3,000 barangan keperluan harian dipotong harga.


Beras turun sampai 58 peratus. Minyak masak, sos, bahan dapur ikut sama. Sabun, syampu, pencuci baju potong separuh. Ada yang beli satu dapat satu percuma.


Lotus's, Makro, Tops, GO Wholesale semua masuk sekali. Bukan setakat Bangkok je. Depa nak pastikan rakyat luar bandar pun dapat rasa.


Dan ini bukan promosi sebulan pastu habis. Depa dah commit sampai hujung tahun.


Aku baca sambil pegang resit belanja minggu ni.


Kita pun tengah tersepit. Harga barang naik bukan sebab kita boros. Perang Iran buat harga minyak melambung. Hormuz kacau. Rantaian bekalan global tunggang langgang. Rakyat biasa yang kena tanggung semua tu walaupun kita tak ada kaitan langsung dengan perang tu.


Dalam keadaan macam tu, kerajaan Thailand pilih gerak.


Kita tengah tunggu apa agaknya.


Ini bukan cerita satu hari. Selagi kos hidup menekan rakyat, ada banyak lagi sudut yang perlu kita bincang. Siapa yang ada di sini, tahu dulu.


Penulisan ini berdasarkan laporan yang tersedia. Gambaran penuh mungkin berbeza apabila lebih banyak maklumat tersedia.


Sumber: Bangkok Post, Reuters, Bernama.



Kan beza Madani dengan PN penunggang.Apa bantuan buat balu allahyarham..


Aman Muhamad





Madani beri bantuan terus kepada keluarga arwah.


Siap bantu jadikan anak-anak arwah sebagai angkat MARA, jamin masa depan anak-anak arwah.


Takde la buat perangai muka tak malu macam geng PN semalam, sanggup pergi mahkamah menempel dengan balu arwah, interframe nak masuk muka sekali dalam laporan berita.


Lepas habis di mahkamah, apa penunggang buat?

Balik rumah, buat video, maki Madani tunggang cerita balu arwah.

Itu je.


Jelas sangat menunggang di situ.


Terima kasih Madani.

Semoga Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki keluarga arwah.


:)




BERITA CELARU OLEH VOKET. ADIK BERADIK CAM BERITA PALESU.


 Norman Daud


Berita separuh masak atau ragebait yang sengaja dibuat oleh portal tak bertanggungjawab demi nak tarik trafik.








Disambung oleh mereka mereka yang malas nak mencari fakta, terus buat tomahan konon kerajaan zalim.


Letih..


Mohon YBM Fahmi Fadzil ambil tindakan keatas portal ni. 


Sudah sudah la jadi batu api.. semak la dulu berita baru publish kepada masyarakat.



ALIH ISU ?

 

Setiap kali aku nampak posting macam ni, aku hanya terfikir mereka ni 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 dan 𝗡𝗲𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗵𝘂.




Mereka cuma nak buat 𝙙𝙞𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞𝙤𝙣 supaya masyarakat tak nampak semua ni salah Trump yang gatal serang Iran sebaliknya letakkan kesalahan kepada DS Anwar. 


Kita boleh faham sebab DS Anwar menyokong kuat perjuangan Palestin. Penyokong Netanyahu mestilah berusaha burukkan imej penyokong Palestin. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




MEMANG KAMU BEBAL.HAMZAH


WRLR










MASA KAMU JADI KDN KAMU TUNTUT NAK JADIKAN POLIS IKUT ARAHAN MENTERI.


ANAK KAMU SELUDUP MINYAK MASAK







PH TAK KISAH SOAL SAMSURI TETAPI DIKALANGAN ORANG PAS









 

MENGAPA PESAWAH TIDAK DAPAT SUBSIDI MINYAK?


Che Ibrahim













Ada orang komplen kata pesawah tidak dapat bantuan subsidi minyak diesel. 


Setakat semakan ambo, pesawah adalah golongan petani yang paling banyak mendapat bantuan/subsidi kerajaan. 


Purata bantuan/subsidi kepada pesawah ialah rm4300 satu hektar. (Purata hasil padi bagi setiap satu hektar ialah antara 4-7 tan semusim)


BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

​Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Kategori Penerima

  • BUDI MySubsidi Diesel

    Pengangkutan Darat

    Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui "fleet card".

  • BUDI Agri-Komoditi

    Petani dan Pekebun kecil

    Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

  • BUDI Individu

    Individu

    Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan ken

AS tangguh serangan 2 minggu, sedia bincang 10 cadangan Iran


 


 

Donald Trump menangguhkan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran selama tempoh dua minggu ketika Presiden AS itu terus mendesak pembukaan semula Selat Hormuz iaitu laluan penting untuk penghantaran minyaK.

Menurut kenyataan terbaharu, keputusan itu dibuat susulan penerimaan cadangan 10 perkara daripada Iran yang disifatkan Trump sebagai “boleh dilaksanakan” dan berpotensi menjadi asas kepada perjanjian damai jangka panjang.

Trump berkata, tempoh dua minggu itu akan digunakan bagi memuktamadkan serta memeterai perjanjian antara pihak-pihak terlibat.

Pengumuman yang disiarkan menerusi platform X, The White House itu dibuat kurang sejam sebelum tarikh akhir serangan yang sebelum ini ditetapkan oleh Trump.

Pemimpin Republikan berkenaan bersetuju untuk “menangguhkan pengeboman dan serangan ke atas Iran selama dua minggu”, sekali gus meredakan ketegangan yang semakin memuncak di rantau Asia Barat.

Dalam masa sama, Trump mendakwa Iran bersetuju untuk membuka semula Selat Hormuz secara “lengkap, segera dan selamat” serta menyebut bahawa gencatan senjata yang dicapai adalah bersifat “dua hala”.

Namun, dia tidak memperincikan penglibatan Israel, yang sebelum ini turut melancarkan serangan ke atas Iran dan Lubnan.

Trump turut optimis bahawa krisis yang berlarutan sejak serangan pertama AS-Israel pada 28 Februari lalu kini “hampir mencapai penyelesaian jangka panjang”.

Jenayah perang

Serangan AS ke atas Iran dilihat sebagai jenayah perang apabila sekolah, bangunan kediaman serta hospital menjadi sasaran serangan.

Lebih 53 hospital telah musnah di Iran sejak bermulanya serangan bersama AS-Israel selain mengorbankan lebih 3,500 orang termasuk Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, manakala lebih 10,000 lagi cedera.

Iran bagaimanapun tidak berdiam diri apabila berterusan melancarkan gelombang serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan pangkalan serta aset Israel dan AS di Asia Barat, selain mengenakan kawalan ketat di Selat Hormuz.

Dalam gelombang ke-98 serangan Iran terhadap sasaran Israel dan AS kelmarin, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) negara itu memberitahu telah menyasarkan sebuah kapal kontena milik Israel dan sebuah kapal serangan AS.

Menurut IRGC, kapal kontena terbabit terkena bedilan tepat peluru berpandu krus lalu terbakar.

Sementara itu, kapal serangan amfibia AS, USS Tripoli (LHA-7), yang membawa lebih 5,000 anggota tentera, terpaksa berundur ke selatan Lautan Hindi selepas menjadi sasaran.



Gas komersial sahaja naik, tong gas rumah kekal seperti biasa PENIAGA TAK ADA HAK NAIKKAN HARGA NAKANAN,,,NAIK HARGA ...PAKAT PAKAT MASAK SENDIRI


 

Gas komersial sahaja naik, tong gas rumah kekal seperti biasa

Portal semakan fakta kerajaan, Dan Sebenarnya, menjelaskan bahawa memo pelarasan harga gas yang tular hanya melibatkan silinder gas komersial dan bukan tong gas domestik bersubsidi untuk kegunaan isi rumah.

Menurut kenyataan itu, pelarasan berkenaan khusus melibatkan produk C14C (14 kilogram komersial) dan C50 (50 kilogram) yang digunakan bagi tujuan perniagaan, sekali gus tidak menjejaskan pengguna domestik.

Jelasnya lagi, tong gas 14 kilogram bersubsidi yang digunakan di rumah kekal tidak terlibat dalam sebarang pelarasan harga seperti yang didakwa pihak tertentu.

Penjelasan tersebut dibuat susulan kekeliruan dalam kalangan masyarakat selepas memo berkaitan harga gas dikongsi secara meluas di media sosial tanpa konteks yang tepat.

Menurut memo daripada Gas Rompin Enterprise yang dikeluarkan semalam itu, harga baharu bagi kedua-dua produk tersebut berkuatkuasa pada tarikh yang sama.


ADA PANGKAT TAK RETI


 

Sembang...negeri ko pun susah nak mampos....Pas anggap tiada sebab harga minyak naik, ramai tempelak hujah Hadi


 


Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan tiada keperluan menaikkan harga minyak di Semenanjung ketika kerajaan MADANI berdepan realiti krisis tenaga global yang semakin meruncing.

Menerusi Minda Presiden pagi ini, Abdul Hadi mendakwa Malaysia tidak terkesan dengan sekatan Iran di Selat Hormuz serta menuding isu kenaikan harga berpunca daripada “banyaknya kebocoran dan salah laku dalam pengurusan”.

Pada masa sama, katanya, Malaysia mempunyai telaga minyak dan gas sendiri serta masih banyak sumber lain yang boleh diselesaikan bersama dalam dunia Islam.

“Tidak ada sebab untuk menaikkan harga minyak kerana sebelum ini pernah membuat kenyataan yang berdegar-degar bahawa isu tersebut boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 24 jam.

“Tetapi hari ini bersikap penakut dan hilang dunianya dengan berperisaikan alasan kenaikan harga minyak bersama Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, yang sebenarnya berpunca daripada sekatan yang dilakukan oleh Iran,” katanya.

Jauh ‘terbabas’

Malah, pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan dilihat jauh ‘terbabas’ apabila mengaitkan sejarah penjajahan ke atas Tanah Melayu.

“Penduduk Melayu dan Bumiputera pernah ditipu oleh penjajah British dahulu melalui perisytiharan darurat untuk menentang komunis dan sebagainya.

“Sebenarnya untuk mengekalkan penjajahan mereka dengan berbagai-bagai helah, termasuk menjadikan negara terus bergantung dengan penjajah selepas kemerdekaan dengan membodohkan rakyat dan melemahkannya,” kata Hadi yang disiarkan menerusi Facebook beliau.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata menempelak kenyataan Hadi memandangkan harga minyak mentah bergantung pada pasaran global.

“Tu dia panjang lebar ulasan dari pakar ekonomi dunia kaki ponteng Parlimen.

“Harga minyak naik bukan sebab ‘ikut Amerika’ atau ‘Iran tak sekat Malaysia’, tapi sebab struktur pasaran global dan kos pemprosesan.

“Kita memang tak disekat, tapi kita tetap perlu membayar harga minyak ikut harga semasa dunia. Kos insurans naik, ada kos depot ke stesen minyak.

“Rakyat yang mencari kesalahan kerajaan lebih teruk daripada kera dan tupai,” demikian antara kata warganet.



JANGAN BELI ASET BEKU


 

BELAJARLAH BERSYUKUR


 

1 KAPAL SUDAH LEPAS! APA JADI DENGAN 6 LAGI KAPAL INI PENJELASAN DUTA IRAN!


 

BEKALAN HINGGA JUN...


 

KERAJAAN YANG TANGGUNG ATAS DASAR TANGGUNGJAWAB


 

SAMAN RM10 JUTA ZURAIDAH DIARAH MEMBAYAR PKR RM50K & RAYUAN SEMAKAN DITOLAK MAHKAMAH!


 Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, untuk menyemak semula kebenaran yang ia beri kepada PKR untuk merayu pengurangan liabiliti bawah bon parti daripada RM10 juta kepada RM100,000.


Sidang tiga hakim dipengerusikan Rhodzariah Bujang berkata tiada keadaan luar biasa untuk membenarkan permohonan itu, yang dipohon berasaskan Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan.
Aturan 137 menyentuh kuasa Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusan terdahulu bagi mengelakkan ketidakadilan atau penyalahgunaan proses.Aduan Zuraida adalah sidang hakim Mahkamah Persekutuan tahun lalu meminda soalan undang-undang yang dikemukakan oleh PKR ketika membenarkan permohonan parti itu. Beliau mendakwa tindakan tersebut bermakna sidang hakim terdahulu telah bertindak di luar bidang kuasa.Rhodzariah, yang bersidang bersama Nazlan Ghazali dan Collin Lawrence Sequerah, berkata Mahkamah Persekutuan pada masa lalu pernah meminda soalan undang-undang semasa pendengaran rayuan, dan Aturan 108 memperuntukkan perkara tersebut. “Ia juga boleh dilakukan pada peringkat kebenaran merayu untuk memperhalusi soalan yang dikemukakan, dan ini tidak dianggap sebagai bertindak di luar bidang kuasa,” katanya. Sidang hakim memerintahkan Zuraida membayar kos sebanyak RM50,000 kepada PKR. Pada 24 Jun, sidang tiga hakim dipengerusikan Nallini Pathmanathan membenarkan permohonan PKR untuk merayu atas satu soalan undang-undang. Soalan tersebut adalah sama ada mahkamah boleh mengetepikan pengakuan bahawa jumlah tertentu mewakili nilai yang diterima menurut sesuatu kontrak, bagi menentukan pampasan munasabah dalam keadaan kes berkenaan.


KEH...KEH....KIOK.


 

MUDAH LUPA...


 

KAMU JEJAK TAHI BABI PANDAI LA ...

 

Aman Muhamad


BAGAIMANA JPN & POLIS MENJEJAK PENYULUDUP SUBSIDI?







Salah satu caranya ialah dengan Budi95.


Siapa yang reka sistem Budi95 ni memang genius.


Kerana kerajaan akan dapat kesan penggunaan KP di mana saja ia digunakan, berapa amaun yang digunakan.


Dan setiap stesen minyak akan ada CCTV, lagi memudahkan pihak polis mengesan siapa yang menggunakan KP tersebut, apa nombor pendaftaran kereta yang digunakan untuk mengisi subsidi tersebut.


Bukan sahaja pihak polis, bahkan kita sendiri pun boleh semak berapa banyak yang kita guna.


Even isteri-isteri pun boleh semak penggunaan Budi95, mana la tau suami kot-kot  ada bini lain tu yang ada stesen minyak yang 'pelik' dalam senarai rekod.


Dalam perkembangan terbaru, JPN dalam satu kenyataan asalnya merujuk kepada tindakan seorang walaun PAS yang guna 4 KP untuk isi 100 liter, yang memang satu tindakan mencurigakan, dengan kuantiti yang banyak, guna pula KP orang, jelas dan nyata salah berdasarkan undang-undang.


Jadi bila JPN keluar kenyataan guna KP orang lain adalah salah walaupun guna KP ahli keluarga yang merujuk kepada tindakan jahat walaun tadi, media pula petik kenyataan JPN secara separuh dan telah beri gambaran salah kepada rakyat, dan akhirnya rakyat maki Madani tak pasal-pasal.


Apa-apa pun, JPN sudah keluarkan kenyataan tambahan, tidak salah pun guna KP ahli keluarga untuk isi Budi95 selagi mana tidak langgar peraturan seperti tindakan walaun PAS yang jahat tu tadi.


Apa-apa pun, sistem Budi95 memang satu sistem subsidi yang power dan genius yang dicipta oleh anak-anak tempatan kita.


Sistem inilah yang mendapat pujian dari JP Morgan dan seluruh dunia mencemburui negara kita.


;)


p/s: Kepada saudara Fadhli, bersegeralah membuat laporan polis. Kebiasaan kes melibatkan KP ni memang sensitif dan akan cepat buat tindakan. Semoga Tuhan permudahkan urusan saudara.




NI PUN SAMA JUGA BUAT PALATAO

 

Ahmad Shahril


Depa Nak Dengaq Apa Depa Nak Dengaq Ja… Yang Lain, Depa Hentam.




Pagi Sabtu ni, tiba-tiba meriah timeline dok hentam ZRA.

Ada kata dia beria sangat, ada kata dia suka perbodohkan orang.


Tapi kalau tengok elok-elok… bau dia macam bukan sembang biasa.


Macam ada “kerja berkumpulan” nak diamkan suara yang dok bagi orang pikiaq.


ZRA ni bukan dok main politik murahan.

Dia banyak bagi penerangan, ajar orang faham, bagi nampak benda yang sebelum ni kabur.


Bila rakyat mula celik sikit…

Ada yang mula rasa tak selesa.


Sebab tu jadi macam ni.


Hakikat dia mudah ja —

Ramai orang bukan tak boleh terima kebenaran…


Depa cuma tak boleh terima benda yang tak kena dengan apa yang depa nak dengaq.



PEMBOHONGAN..PALESU BELAKA.








 

NI APA LAK PALATAO NI ?

 



HASNUL ZULKARNAIN


Halo brader…. Jika berlaku sesuatu ujian engkau di sana, aku harap engkau sedar dan insaf dgn keceluparan kau..


Kami tetap mendoakan keselamatan seluruh peserta yg terlibat dgn misi sumud kerana ianya sebahagian drp perjuangan membela umat Islam yg telah lama dizalimi…


By the way…jika melibatkan kutipan dana awam drp NGO yg terlibat, harap ada ketelusan ke mana wang itu dibelanjakan…





BELUM TENTU SEBAB BERSATU DSH BERSEPAI.



 PRU16 - PN BAKAL AMBIL ALIH TEMPAT PH


7 April 2026


Parti mana boleh menang PRU akan datang?


Mampukah PH terus mengetuai penubuhan kerajaan dan dapatkah Anwar Ibrahim kekal lagi sebagai Perdana Menteri?


Baik sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu atau ketika pulang ke kampung menyambut lebaran baru-baru ini, soalan itulah paling banyak diutarakan dan diminta jawapan oleh kenalan dan kawan-kawan.


Sebagai pemerhati perkembangan politik dan telah menyaksikan banyak PRU, PRN dan PRK sebelum ini, secara jujur saya melihat kedudukan PH dalam PRU akan datang boleh dikata tiada lagi harapan.


Jika pada PRU15 lalu, PH mampu memenangi 82 kerusi Parlimen dan merupakan jumlah terbanyak mengatasi PN dan BN, angka atau kedudukan itu mustahil mampu dicapai lagi.


Ada dua sebab utama  menyumbang kepada keadaan itu - pertama, rakyat  sudah tidak percaya dan rasa kecewa dengan prestasi PH sebagai kerajaan berbanding bulan bintang yang dijanji semasa menjadi pembangkang dahulu dan kedua kerana faktor  Rafizi Ramli.


Anwar yang diharapkan mampu tampil sebagai Perdana Menteri terbaik setelah kuasa ada dalam tangannya, rupa-rupanya masih mengekalkan watak sebagai Ketua Pembangkang dan asyik menyalahkan orang lain.


Jika semasa bergelar Ketua Pembangkang, beliau kerap menyalahkan kerajaan, tetapi setelah menjadi kerajaan, telunjuknya menuding pula menyalahkan kerajaan terdahulu dengan ayat seperti - dulu masa jadi kerajaan, kenapa kamu tak buat?


Ini membuatkan ramai yang mula bercakap, lebih baik beliau dikembalikan semula sebagai Ketua Pembangkang berbanding mengekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.


Berdasarkan penelitian semasa, kelompok yang makin menjauhi Anwar dan PH sekarang ini bukan saja daripada kalangan pengundi Melayu, tetapi juga pengundi bukan Melayu.


Realitinya, ini adalah petunjuk bahaya yang serius buat PH kerana kantung sokongan mereka selama ini adalah daripada kelompok pengundi bukan Melayu.


Kedudukan PKR dan PH bertambah parah lagi bila mana  Rafizi sejak kebelakangan ini didapati begitu aktif menyerang Anwar dan kerajaan melalui siri podcast mingguannya.


Daripada 31 Ahli Parlimen PKR, 10 daripadanya adalah pemimpin yang setia dengan Rafizi dan mereka sering mempamerkan kebersamaan pendirian dalam pelbagai isu semasa.


Dengan janji Rafizi bahawa beliau bakal mewujudkan wadah baru sebagai platform untuk kumpulannya bertanding pada PRU akan datang, ini tentunya merupakan suatu bentuk ancaman yang lebih tersusun untuk kumpulan tersebut menentang PKR.


10 Ahli Parlimen tersebut, melalui gerak kerja yang akan diusahakan Rafizi dan berdasarkan sambutan semasa rakyat terhadap isu-isu berkaitan kerajaan yang beliau bangkitkan, semua mereka diyakini mampu mengekalkan kerusi masing-masing pada PRU akan datang.


Peluang beroleh kemenangan itu akan bertambah cerah lagi jika PN pula tidak meletakkan calon di semua kerusi yang berlaku pertandingan antara Kumpulan Rafizi dengan PKR itu.


Bayangkan jika pada PRU akan datang, Kumpulan Rafizi bukan setakat bertanding 10 kerusi Parlimen, tetapi di semua 31 kerusi yang dimenangi PKR pada PRU lepas?


Serangan berterusan Rafizi kepada Anwar, PKR dan kerajaan, selain menjejaskan peluang PKR dan PH untuk beroleh kemenangan, ia secara tidak langsung juga memberi kelebihan kepada PN.


Dengan PN dijangka kekal sebagai lubuk pengundi Melayu mencurahkan sokongan, kehadiran Rafizi yang memusuhi Anwar dan kerajaan akan menambahkan lagi sokongan kepada gabungan tersebut, khususnya daripada pengundi Melayu bandar dan profesional.


Akhirnya PN dijangka mampu memenangi jumlah kerusi Parlimen paling banyak pada PRU akan datang, mengambil alih tempat PH yang berada di kedudukan itu pada PRU lepas.


Kebarangkalian seterusnya ialah apabila PKR dan PH semakin berpotensi kalah banyak kerusi, ia juga akan menyebabkan BN terkena tempiasnya.


Sama ada BN mengekalkan kerjasamanya dengan PH atau bertanding solo pada PRU akan datang, peluangnya untuk menang banyak kerusi tetap tipis.


Peluang BN hanya akan bertukar cerah jika mereka sedia meninggalkan kerajaan dan membentuk kerjasama secara rasmi dengan PN sebelum PRU16 diadakan.


PN dan BN, jika sedia bekerjasama sebelum PRU16 diadakan, senang-senang mampu memenangi minima 112 kerusi Parlimen.


Yang tidak harus dinafikan, peluang BN untuk bangkit semula hanyalah dengan bekerjasama dengan PN, bukan kekal bersama PH. - ShahbudinHusin 07April2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1255670909889359&id=100063393840098



#PDRM..NI KOMEN APA NI