ALMAKLUM.,KAWAN SANUSI...ADA PA DI PERLIS NTAH

Zainuddin Omar


 Saya risau kalau plane terbabas sikit kepala dah masuk Thailand. 


MB dah buat tak feasibility dan economic viability studies?




LAWATAN PERNIAGAAN DAN PENGUKUHAN PERSAHABATN









 Dalam sidang media bersama wartawan Malaysia, saya tegaskan bahawa lawatan kerja ke China kali ini tidak sekadar memperkukuh persahabatan erat Malaysia–China, sebaliknya turut memperteguh kedudukan negara di pentas serantau dan antarabangsa.


Saya amat menghargai hubungan peribadi yang terjalin bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang, yang semakin mekar melalui pertemuan di Tianjin dan Beijing. Persahabatan kami bertunjangkan keikhlasan, membuka ruang luas bagi kerjasama strategik yang akan membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.


Di Tianjin, saya diberi penghormatan menyampaikan syarahan serta bertemu pemimpin dunia untuk membincangkan perdamaian di Myanmar, kerjasama dua hala, dan derita yang terus menimpa Gaza. 


Di Beijing pula, saya bersama Presiden Xi serta pimpinan dunia menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 penamatan Perang Dunia Kedua, satu simbolik penentangan terhadap penindasan dan penjajahan, tatkala dunia dibelenggu sikap hipokrit kuasa-kuasa besar yang membiar dan mengabsahkan kezaliman terhadap rakyat Palestin. 


Dalam perbincangan yang lebih mendalam bersama Presiden Xi dan Premier Li semalam, kami meneroka ruang memperluas kerjasama baharu antara dalam pembangunan infrastruktur, pelabuhan, pendidikan, teknologi serta kecerdasan buatan.


Mesyuarat perniagaan yang diadakan di Tianjin dan Beijing pula membuahkan hasil memberangsangkan, dengan potensi pelaburan bernilai RM905 juta dalam sektor kimia dan telekomunikasi, mencerminkan keyakinan syarikat gergasi China terhadap Malaysia yang semakin utuh.


Ini termasuk komitmen JD.com kepada potensi pembelian produk Malaysia bernilai RM180 juta, manakala pertemuan dengan China Semiconductor Industry Association membuka prospek eksport bernilai RM2.2 bilion dalam tempoh 1–2 tahun, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri semikonduktor.


Lawatan ini juga telah menampilkan Malaysia di pentas dunia, membawa suara keadilan, menolak penindasan dan memperjuangkan kemanusiaan sejagat.


Penghargaan tertinggi daripada saya dan seluruh delegasi Malaysia atas layanan mesra serta penghormatan luar biasa daripada Kerajaan China yang menghulurkan persahabatan dengan penuh hormat dan keikhlasan.


谢谢,有缘千里再相会。


🇲🇾🫶🇨🇳


=====



KISAH PAK LONG TAIK EKOQ


 

ADA SEBAB LAIN GAMAKNYA

 

Saiful Anuar


Tidak faham maksud doktor tu...

Tidak mungkin mangsa terjatuh secara sengaja atau ditolak,, mungkin kematian ada sebab lain..sebab lain tu kena tunggu lagi siasatan seterusnya.Andaian mungkin ada sebab lain  kematian arwah...

Tunggu lerr




NOH MENGAKU PARTI ISLAM.

 






PMX bagi SARA mereka ambik.

PMX bagi STR mereka ambik.

PMX bagi Budi Madani mereka ambik.

Tapi masih ada lagi rakyat yang tak tahu bersyukur mahu PMX letak jawatan.


Kerajaan Pas/PN menaikkan Judi disanjung.

Kerajaan Perpaduan turunkan judi dikecam, difitnah, dihina siang malam.

Kalau boleh mereka mahu negara ini jadi seperti negara jiran baru puas hati agaknya?😤





KISAH KEMATIAN ARWAH WAN MOHD FARISH SENYAP TANPA PEMBELAAN.


 

DULU DIA NI HEBAT LA.PAS TAK TOLONG KAH ?

 


PM ANWAR LANCAR KILANG ELEKTRIK PERTAMA MALAYSIA

 


Sekembali dari lawatan kerja di China, saya melancarkan kilang kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia milik Proton Holdings Berhad di Automotive High-Tech Valley (AHTV), Tanjung Malim, Perak.











Hari ini, Proton melakar sejarah baharu. Dengan sokongan Zhejiang Geely Holding Group sejak hampir sedekad lalu, kita menyaksikan pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan dan pelaburan strategik yang penting untuk kemajuan negara.


Saya hargai komitmen Geely dalam memperkukuh AHTV dan dimaklumkan mereka akan memulakan pemasangan tempatan (CKD) bagi jenama Zeekr di sini.


Insya-Allah, dengan sokongan berterusan Kerajaan MADANI, Proton mampu mengorak langkah sebagai jenama kebanggaan negara di pasaran dunia.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja




NATANG MU..PU KEBENDA MUNG


 

CARI KERJA TEMPAT LAIN LA.. GAYA MACAM ORANG KERJA BESAQ LAM KERAJAAN.. TAPI OTAK KIOK.

 

Iswardy Morni



Laju netizen buat kerja.






Di beri salah tak diberi salah. Baik berhenti kerja jela Kay. Gaji tu pun di bayar oleh pembayar cukai yang Maha Kaya tu dari puak puak tu kan.


Sikap rasis ni sebenarnya dari latar belakang dan kemandulan umat Islam faham agama mereka sendiri. Kalau kita faham agama kita dengan cara yang betul, kita takkan jadi rasis mcm ni dan kita akan menjadi umat Islam dan warga Malaysia yang baik dan sebenar.


Ini lah kesan ajaran sesat puak penyesat



KENAPA KERAJAAN CREDIT DAN BELI DI KEDAI....SALAH SATU TAK MAI WALAUN BELI ROKPL


 

PAK DOLLAH NI..SAMPAI KENA TIPU IDUP IDUP PUN WALAK LAHI

 


MEMANG DEPA DUA NI KEMATU


 

KECEDERAAN DIALAMI ARWAH ZARA.


 Berikut kecederaan yang dialami arwah Zara seperti dibacakan oleh doktor patologi, Dr Jessie Hiu.. 





1. Luka jahitan di bahagian belakang kepala tanpa sebarang patah tengkorak atau muka.


2. Otak mengalami perubahan likuifaktif akibat pereputan, tidak dapat dinilai dengan jelas.


3. Rekod perubatan menunjukkan kecederaan otak teruk dan kritikal sehingga tidak sedarkan diri.


4. Bahagian bawah lengan kiri, pergelangan tangan kiri, tangan kiri serta jari kelima kiri mengalami lebam.


5. Kecacatan pada lengan bawah dan pergelangan tangan kiri akibat patah tulang radius distal kiri.


6. Pergelangan tangan kiri terkehel pada sendi.


7. Pergelangan kaki kanan mengalami lebam.


8. Fraktur remuk pada bahagian distal tibia kanan melibatkan sendi pergelangan kaki.


9. Luka melecet pada kaki kiri.


10. Lebam pada pergelangan kaki kiri dan kaki kiri.


11. Bahagian distal tibia kiri hancur dan senget.


12. Fraktur remuk pada tulang kalkaneum (tulang tumit).


13. Tulang sendi buku lali terkehel.


14. Patah tulang vertebra lumbar kedua hingga keempat (tulang belakang bawah).


15. Hematoma pada otot psoas.


16. Kecederaan retroperitoneum hematoma pada tisu pelvis. 


Tambah Dr Hiu, kecederaan itu konsisten dengan maklumat yang didokumenkan dalam rekod perubatan si mati, imbasan CT, imbasan CTA dan radiograf.


Dr Hiu berkata Zara Qairina dibawa ke Hospital Queen Elizabeth pada 4.38 pagi, 16 Julai, dalam keadaan kritikal, menunjukkan kecederaan otak teruk dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.


"Amaran trauma diaktifkan pada 4.42 pagi dan dia dinilai serta diuruskan oleh pasukan daripada pelbagai disiplin. Dia meninggal dunia pada 1.07 petang, 17 Julai akibat kecederaan otak traumatik."




BUKTI PEMBANGKANG MENIPU MUDAH SAJA. NEGERI MEREKA TAK MAJU MANA...SG4 KIOK...


Alif


 Pembangkang kata ekonomi semakin hancur tapi Pakar Bank Dunia kata ekonomi Malaysia semakin baik. 






Baru² ini, Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia

Dr. Apurva Sanghi dedahkan tiga kemenangan besar ekonomi Malaysia.


Beliau sebut sebagai “kemenangan yg tak didendang.” 


Dan fakta ini mmg tidak keluar dari mulut Pembangkang dan team yg menempel dgn pembangkang walaupon depa takde satu kerusi pon di parlimen. 


Jom tengok apa dia yg disebut oleh Pakar :


1. Kemiskinan jatuh ke tahap terendah. 


Menurut Laporan DOSM 2022, kadar kemiskinan Malaysia kini sekitar 6.2% sahaja. 


Ertinya daripada 100 rakyat, hanya 6 orang tergolong miskin. Lebih 14 juta rakyat berjaya keluar daripada kemiskinan.


Dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim, program Subsidi Bersasar, SARA (Bakul Rahmah, Menu Rahmah) dan bantuan tunai MADANI dilancar untuk pastikan bantuan terus sampai kepada isi rumah yg paling memerlukan. 


Inilah beza bila dasar ekonomi dibuat untuk rakyat, bukan untuk kroni.


2. Ekonomi makin berdaya saing, bukan lagi bergantung pada komoditi. 


Kalau dulu, 95% eksport kita hanya bergantung pada komoditi asas, harini angka itu tinggal 30% sahaja.


Malaysia kini menjadi pemain besar dlm semikonduktor dunia dan sektor ini sahaja sumbang hampir 40% daripada eksport 2023. 


Ditambah pulak dgn pelaburan strategik hasil 31 MoU bersama China tahun 2025 dalam AI, aeroangkasa, E&E dan tenaga hijau.


Ini bukti Malaysia sedang melonjak naik dalam industri bernilai tinggi.


Itu sebabnya KDNK per kapita Malaysia kini 3.6 kali ganda lebih tinggi berbanding Filipina walaupun dulu kita bermula dititik pembangunan yg sama.


3. Malaysia kekal No.1 Dunia dalam industri halal


Dalam laporan Global Islamic Economy Indicator 2023/24, Malaysia sekali lagi berada ditangga pertama dunia sebagai hab halal global.


Pensijilan halal Malaysia menjadi piawaian antarabangsa dari makanan, farmaseutikal, kosmetik sampai logistik. 


Nilai industri halal global mencecah lebih RM13 trilion, dan Malaysia sedang ambil bahagian besar melalui strategi Halal MADANI.


Tiga kemenangan besar ini berlaku kerana dasar dan hala tuju baharu yg dibawa oleh Ekonomi Madani Anwar Ibrahim yg berkesan. 


Untung Malaysia harini dapat Perdana Menteri yg pernah jadi Menteri Kewangan terbaik di Asia.




WOIII KERAJAAN...AWAT DOK BAIK SANGAT...MASA AKU KERJA KENA TUKAQ MERAGA. HANTAQ PI BELAH KELANTAN OK JA.

 


ᴄᴏɴᴛᴏʜ sᴀᴍᴘᴀʜ2 ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ 





ᴘᴇɢᴀᴡᴀɪ ᴋᴀɴᴀɴ ᴋᴇʀᴀᴊᴀᴀɴ

ᴏʀᴀɴɢ ʏᴀɴɢ ᴍɴɢʜᴀɴᴄᴜʀᴋᴀɴ ᴋᴇʀᴀᴊᴀᴀɴ ᴅᴀʀɪ ᴅᴀʟᴀᴍ


ᴅᴇᴇᴘ sᴛᴀᴛᴇ ɪɴɪ ᴀᴍᴀᴛ ᴍᴇʀʙᴀʜᴀʏᴀ


ᴍᴏʜᴏɴ ᴅ ᴀᴍʙɪʟ ᴛɪɴᴅᴀᴋᴀᴋᴋɴ

ᴋɪᴛᴀ xᴍᴀʜᴜ ᴏʀᴀɴɢ2 ᴍᴄᴍ ɴɪ ʙᴇʀʟᴇʟᴜᴀsᴀ ᴘᴇʀᴀɴɢᴀɪɴʏᴀ ᴅᴀɴ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪ ɪɴᴘᴜᴛ2 ɴᴇɢᴀᴛɪғ ᴘᴀᴅᴀ ʀᴀᴋʏᴀᴛ



KENAPA TERUK SANGAT PERANGAI. BEGINIKAH ...DAH LAH TAK MENYEMPAT NYEMPAT ...KELAKU MACAM GINI OULA.

 


Shopping Cart Theory.








Ramai suka bangga kata kita di Malaysia ni masyarakat bertamadun. Katanya lebih tertib dari orang lain, lebih sopan, tak ada mob mentality, berbanding orang lain.


Persoalannya betul ke?


Ambil contoh terbaru bila sistem MySara down, apa jadi? 


Troli penuh barang ditinggal tengah lorong. Tak cukup dengan itu, Telur pecah pun ada, macam nak buat “tanda protes” konon. Barang basah, barang kering semua bersepah tak dipulangkan ke rak.


Padahal benda asas ni paling senang. Kau ambil, kau letak balik. Tak sampai 10 minit pun. Tapi majoriti pilih jalan malas. Samalah macam isu troli ujian sivik paling mudah dalam hidup.


Teori Shopping Cart kata:


▪︎ Pulangkan troli, tiada siapa puji.


▪︎ Tinggalkan troli, tiada siapa saman.


▪︎ Ambil masa tak sampai satu minit.


Kalau benda sekecil ni pun kita gagal, jangan mimpilah nak cakap pasal negara maju, sistem adil, atau pemimpin berintegriti. Kat sekolah berbelas tahun belajar Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik tapi masa diuji, semua teori terjun longkang.


Yang tinggal cuma perangai: “bukan kerja aku, bukan tanggungjawab aku.” 


Troli dibiarkan, telur dibiarkan pecah, barang ditinggalkan merata. Itulah wajah sebenar masyarakat. 


Kita nak pemimpin yang baik, tapi rakyat sendiri tak betul. Kita nak sistem yang kemas, tapi sikap kita sendiri longgar. Kita bising pasal integriti orang lain, tapi hal paling kecil pun kita gagal tunjukkan.


Jadi kalau lepas ni kita masih sibuk salahkan pemimpin, salahkan sistem, salahkan negara… 


Masa kita pulas kunci kereta dan tekan pedal minyak jangan lupa tengok dulu bayang sendiri dekat cermin pandang belakang. Kadang-kadang, yang paling teruk bukan pemimpin atas tu.. tapi refleksi muka kita yang nak balik rumah dalam keadaan troli yang tak dipulangkan ditempat asal.


Sekian.

.


Nota kaki:

Hari ketiga pelaksanaan Penghargaan SARA (2 September 2025) mencatat 1.1 juta transaksi bernilai RM75.3 juta, kadar berjaya meningkat 95% berbanding 79% pada 31 Ogos. Secara keseluruhan, dalam tiga hari, rakyat telah berbelanja RM192.4 juta di lebih 7,300 premis. Sistem MyKasih alami trafik puncak sehingga 2,000 transaksi seminit, hampir empat kali ganda daripada kapasiti April lalu.


Tahniah MADANI.




HARI PERTAMA INQUES ZARA



 Hari pertama inkues Zara Qairina, saksi yang dipanggil adalah akar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu.


Saya terbaca beberapa petikan-petikan laporan berita tentang keterangan beliau di mahkamah. Antaranya:-


“…ukuran dari lantai ke palang besi paling atas pada tembok konkrit tingkat tiga adalah 118 sentimeter (cm), manakala ketinggian antemortem si mati ialah 154 cm.“Perbezaan antara ketinggian si mati dan palang besi itu ialah 36 cm, yang mana lebih tiga perempat daripada ketinggiannya dan berada di atas pusat gravity..”


“Berdasarkan ukuran itu, tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari kedudukan berdiri berhampiran penghadang konkrit,” katanya ketika membacakan kenyataan bertulis setebal lima muka surat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, hari ini.”


Mengulas mengenai laporan perubatan, beliau berkata pemeriksaan menunjukkan si mati mengalami kecederaan parah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi, termasuk patah berderai tulang tumit kiri (kalkaneum), patah pada tulang tibia kiri dan kanan, terkehel buku lali kiri, patah tulang belakang lumbar kedua hingga keempat, selain hematoma otot psoas dan tisu pelvis.


“Si mati dipercayai mendarat terlebih dahulu pada kaki kiri, diikuti kaki kanan sebelum jatuh ke belakang pada bahagian kiri tubuh yang menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan, lengan bawah, siku kiri serta belakang kepala.

“Hentakan pada kepala pula menyebabkan pendarahan subdural dan subaraknoid yang membawa kepada bengkak otak dan sawan,” katanya.


Sambil saya baca ini, macam-macam dalam kepala saya dan sudah tentu bayangan kita dan tafsiran kita ini tidak boleh seperti dalam drama-drama atau siri-siri CSI atau siri siasatan yang lain. Ini realiti. Bukan fiksyen yang diada-adakan.


Sudah tentu macam-macam pandangan, anggapan atau spekulasi. Kita nak tahu kebenaran dan kita mahu Zara dapat keadilan dan bagaimana dia boleh jatuh? Apa situasinya sehingga dia boleh jatuh? aya cukup tak gemar kalau ada tulisan yang mengambil peluang untuk menuduh arwah Zara mengambil nyawanya sendiri. Spekulasi yang tidak disokong bukti menyeluruh begini akan menyebabkan fitnah pada arwah.


Macam-macam kebarangkalian. Jangan mudah mengadili dengan tuduhan berat.


Bila saya terbaca kecederaan retak di kaki dan keterangan yang mangsa mendarat atas kakinya,  saya teringat jenis kecederaan beberapa laporan berita tentang suspek ingin melarikan diri dari pihak berkuasa dan terus terjun sehingga patah riuk.


Kes tahun Nov 2020, seorang lelaki patah kaki kanan dan kiri serta tulang belakang kerana panik larikan diri dari polis.  Kes tahun 2019, seorang lelaki warga asing patah kaki terjun dari bangunan melarikan diri dari polis. Link laporan saya sediakan di ruang komen.


Bila suspek-suspek ini panik, mereka lari dan ingin menyelamatkan diri. Tidak terpikir kesan dan/atau impak sehingga mereka memutuskan untuk bertindak. Kalau kes-kes begini jelas kerana keadaan yang mendesak.


Kecederaan tubuh badan ini memberikan gambaran bagaimana mangsa jatuh tetapi bukti-bukti lain seperti saksi mata boleh memberikan gambaran sebenar kejadian. Sebab itu segala bukti-bukti ini saling melengkapi. 


Prosiding masih panjang. Dilaporkan oleh Buletin TV3 pada 11/9/2025 Koroner, pihak berkepentingan dan saksi-saksi yang terlibat akan melawat lokasi kejadian bagi pengecaman lokasi tempat Zara ditemui.


Semoganya berjalan dengan lancar di atas kebenaran dan keadilan.


Oleh Nor Zabetha




HASIL KUNJUNGAN KE CHINA.


Alif Jamil


 Hasil kunjungan kerja PMX ke China menerusi mesyuarat perniagaan, Malaysia raih potensi pelaburan RM905 juta dlm sektor kimia & telekomunikasi.





JD.com bersedia utk membeli produk tempatan RM180 juta, serta prospek eksport semikonduktor RM2.2 bilion dalam 1–2 tahun akan datang.


Dipentas antarabangsa pulak, PMX konsisten tegas dan lantang bersuara tentang perdamaian Myanmar dan nasib Gaza sambil menghadiri ulang tahun ke-80 penamatan Perang Dunia Kedua di Beijing.


Mesejnya beliau kpd dunia jelas bahawa Malaysia menolak sebarang bentuk penindasan dan hipokrasi kuasa besar.


Hubungan baik beliau dgn Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang membuka ruang kerjasama baharu dalam pendidikan, pelabuhan, teknologi dan AI. 


Dan Malaysia tampil sebagai kuasa sederhana yg dihormati dan disegani, bukan sekadar mengikat MoU yg tak berhasil.


Ya, memang benar kita belum merasa sepenuhnya kejayaan itu hari ini.


Sebab itulah perlunya Anwar Ibrahim utk terus memimpin negara dgn lebih lama..


Hasilnya harini sudah mula nyata, dan akan dirasa oleh semua nanti. 


Saya nampak kesungguhan dan kerja keras beliau yg ikhlas mahu membela nasib rakyat dan mengangkat martabat negara pada tempat yg tinggi. 


Hanya saja beliau perlukan masa dan dokongan dari semua untuk jayakan usaha murni ini. 


Moga diperkuatkan setiap langkah dan usaha PMX untuk terus memimpin negara ini dgn berjaya. 


Untuk negara. Demi rakyat 🇲🇾



INI MEMANG BETUL BETUL BERANI


 Ini memang betul betul pemimpin yang ada keberanian dan keyakinan je yang boleh sound direct dengan begitu halus tapi 'memaksa' Presiden China untuk berbuat sesuatu. 


Syabas PMX. 

We need more leaders with Balls of  Steel. 


Nak harap eddy? Abah? Kelaut je la.





POLITIK SABAH HARUS BERUBAH.



Zainuddin Omar


 Saya amat simpati dengan rakyat Sabah. 


Walaupun negara kaya tetapi kebanyakan rakyatnya miskin dengan infrastruktur yang tak terjaga.  


Sehingga kini Sabah tak pernah dapat seorang Ketua Menteri yang berjiwa rakyat. 


Sebelum ini Adunnya asyik melompat parti kerana tarikan ganjaran.  


Sekarang Bung pula menawarkan diri walhal beliau masih ada kes di mahkamah. 


Pusing-pusing pun calon Ketua Menteri antara Hajiji, Shafie dan Bung. 


Politik Sabah sangat kotor dan complicated kerana siapa yang menang undi akan menjadi kaya raya beyond their imagination. 


Doalah muncul seorang pemimpin muda berjiwa rakyat yang boleh mengemudi Sabah ke kesejahteraan.



China unveils latest missiles, weapons at 2025 Victory Day Parade

China holds military parade marking 80 years since Japan’s WWII surrender

PM Anwar Ibrahim menghadiri Perarakan Hari Kemenangan di Dataran Tiananm...

Fahmi jawab dakwaan berunsur perkauman konon SARA boleh ditebus di premis tertentu


 


Kerajaan menolak dakwaan kononnya bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad hanya boleh ditebus di premis tertentu atau bersifat diskriminasi kaum.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan berkata demikian pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.


“Ada yang timbulkan persoalan kenapa hanya di premis tertentu, malah ada yang membangkitkan aspek perkauman. Ini tidak betul.


“Hakikatnya terdapat lebih 7,300 premis yang menyediakan perkhidmatan untuk menebus barangan asas di bawah program SARA termasuk 22 juta rakyat Malaysia yang boleh menebus bagi jumlah RM100 yang bermula pada 31 Ogos lalu,” katanya.

Beliau berkata, premis terbabit melibatkan kedai-kedai runcit tempatan yang hanya ada di sesuatu lokasi serta premis milik Bumiputera seperti Rosyam Mart dan banyak lagi.

Mekanisme terbaik

Dalam masa sama, Fahmi menegaskan bahawa pengagihan SARA melalui MyKad adalah mekanisme terbaik bagi memastikan bantuan berkenaan benar-benar digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.


Menurutnya, langkah tersebut selari dengan matlamat SARA yang diwujudkan untuk membantu isi rumah menangani cabaran harga barang dan kos sara hidup.

“Dana SARA ini diwujudkan untuk bantu isi rumah berbelanja ke atas barang keperluan asas.

“Mekanisme ini untuk pastikan dana capai maksud dan menepati tujuan,” kata Fahmi lagi.

Terdahulu, beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen mempersoalkan mengapa bantuan tidak diberikan secara tunai serta mendakwa ia hanya boleh ditebus di kedai tertentu.


Untuk rekod, lebih 1.1 juta transaksi SARA dan penyaluran Sara bulanan berjaya disempurnakan pada hari ketiga pelaksanaannya, semalam.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan memaklumkan, dalam tempoh berkenaan, jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM192.4 juta di seluruh negara.

Secara keseluruhan, menurut MOF, lebih 2.9 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan Sara dan Sara dalam tempoh tiga hari.













BAGI JA MASUK 5 TAHUN..APA BARANG SEBULAN..TAK KENTAL LA..DIA DOK KUTUK ANWAR MACAM MACAM..BOH 5 TAHUN DULU.

 

Hasutan: AGC Rayu Keputusan Mahkamah Terhadap Papagomo

Jabatan Peguam Negara akan merayu keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang membebaskan blogger Wan Azri Wan Deris daripada pertuduhan membuat kenyataan menghasut terhadap kerajaan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Sep – Jabatan Peguam Negara akan merayu keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang membebaskan blogger Wan Azri Wan Deris daripada pertuduhan membuat kenyataan menghasut terhadap kerajaan.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata rayuan tersebut akan difailkan dalam masa terdekat.

“Selepas mempertimbangkan keputusan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, jabatan ini akan memfailkan notis rayuan bagi merayu terhadap keputusan melepaskan dan membebaskan Wan Azri tanpa membela diri,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali melepas dan membebaskan Wan Azri selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Wan Azri, 42, didakwa pada Januari 2024 di bawah Akta Hasutan 1948 kerana membuat kenyataan mendakwa kerajaan ‘pro-Israel dan pro-Barat’.

Kenyataan itu didakwa dibuat dalam satu video di Facebook pada 8 Nov 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa P Kunyalam, manakala Wan Azri diwakili peguam Rafique Rashid Ali.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan.


Tak berhenti PMX kita bekerja untuk rakyat dan negara.

Alif Jamil


 Tak berhenti PMX kita bekerja untuk rakyat dan negara.







Hari ketiga di China, Anwar Ibrahim terus padatkan jadual pagi bertemu dgn JD.com.


JD.com ini adalah satu gergasi e-dagang & logistik dunia dan dlm pertemuan itu , JD.com menyatakan hasrat utk kembangkan operasi logistik di Malaysia. 


Itu petanda peluang kerja baru, pembangunan hab logistik serantau dan masa depan produk Malaysia akan tembus pasaran China.


Belah petang pulak beliau duduk semeja lagi dgn China Semiconductor Industry Association (CSIA) yg payungi lebih 1400 syarikat semikonduktor.


Dalam masa yg sama, CSIA pulak mahu buka ruang utk Malaysia jadi pemain utama global semikonduktor. 


Dan PMX tegaskan bahawa kita ada Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) sebagai roadmap yg jelas.


Malaysia hari ini bukan lagi sekadar kilang pemasangan, tapi sedang naik taraf ke pusat inovasi yg bernilai tinggi.


Inilah beza politik kerja dengan politik drama. 


PMX turun sendiri, jumpa pelabur, yakinkan mereka dgn kestabilan politik & hala tuju ekonomi. 


Ini bukan projek satu hari, tapi pelaburan jangka panjang untuk anak muda & masa depan negara.


Alhamdulillah. 


Saya doakan segala usaha keras PMX untuk negara ini akan berhasil sepenuhnya untuk rakyat. 


In shaa Allah..


Jalan Terus , PMX 👍🇲🇾




ADUN MANJOI DI SOALSIASAT DAKWAAAN MENGHASUT PERKAUMAN.

 MSO


Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Hafez Sabri telah dipanggil oleh MCMC untuk dirakam keterangan berhubung satu hantaran media sosial mengandungi maklumat palsu dan berunsur perkauman berkaitan insiden melibatkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah 31 Ogos lalu.



TANGKAP LAYAR ADUN TAK GUNA NI MENCETUSKAN POLEMIK BAHAWA PAS ADALAH KAKI FITNAH.

SEMOGA BELIAU MENERIMA HUKUMAN SETIMPAL DAN PENGAJARAN BUAT PENGHASUT PERKAUMAN.




Ketua Pemuda itu yang juga Adun Manjoi diambil keterangan dibawah seksyen 233 akta Komuniksi dan Multimedia dimana memperuntukan hukuman denda RM500,000 berserta penjara dua tahun. Siasatan dilakukan bersama PDRM. 


Kita berharap siasatan secara menyeluruh dan bukan sahaja berkisar atas kesalahan individu berkenaan semata-mata sebaliknya seharusnya melihat kedudukannya sebagai Adun dan juga ketua kepada sebuah sayap parti.


Justeru perbuatan Pemuda Pas itu perlu dilihat ia sebuah perancangan dan ada motif politik memandangkan beberapa individu yang berkedudukan dalam parti itu sebelum ini berbuat hal sama, melakukan fitnah dan provokasi. 


Beberapa orang dari kalangan mereka telah disiasat dan dilepaskan begitu sahaja tanpa pendakwaan.


Apa yang dilakukan oleh ketua Pemuda Pas itu seakan-akan tidak mematuhi atau mengambil iktibar di atas apa yang berlaku ke atas individu yang melakukan fitnah dan provokasi sepertinya.


Adalah diharap, siasatan ke atas ketua Pemuda itu dikaitan dengan kesalahan kesalahan sebelum ini yang dilakukan oleh indvidi yang separti dengannya, dan ia tidak ampun dengan alasan sebagai kesalahan pertama. Sebagai seorang wakil rakyat sangat dangkal untuk mengatakan dia tidak tahu akan kesan perbuatannya. Trims.




NOHHHH....NALA PUNYA


 


BAHASA KASAR NI SESUAI BAGI YANG BEBAL KARAT KUAT SANGAT



 Kasar salam mamat 𝗶𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 ni. Tapi untuk iblis iblis yang tak sudah nak mainkan 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗸𝗮𝘂𝗺, tu je bahasa paling sesuai.



Untuk 𝗸𝗮𝗿𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗯𝗮𝗹, memang kena pakai 𝗸𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘀𝗮𝗿. Kalau tak karat tu tak tanggal. Begitu la dengan walaun semua.


Walaun ni papa. Jadi dia fikir semua Melayu pun papa macam dia. Sebab tu dia 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮. Ketinggalan zaman betul.


Hakikatnya ada banyak 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗯𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 sekarang ni. Walaun bukan tak tahu tapi sebab otak dah 𝗱𝗶𝗿𝗮𝗰𝘂𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀.


Langkah kerajaan beri bantuan melalui IC ni memang sesuai. Supaya ia 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻. Biar memang diguna untuk barangan keperluan.


Kalau beri tunai, silap-silap ada yang guna buat 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗿𝗼𝗸𝗼𝗸. Silap-silap beli 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗺. Takpun buat 𝘀𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗮𝘆𝗮𝗺. Walaun bukan boleh percaya.


Satu lagi, orang kaya akan anggap 𝗹𝗲𝗰𝗲𝗵 nak guna IC ni. Jadi mungkin kayangan 𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻 untuk 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 bantuan 𝗦𝗔𝗥𝗔 ni.


Kan elok macam tu. Jadi bantuan ni 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗸𝗲 𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻. Bukan macam bantuan tunai. Suka tak suka tetap masuk akaun juga.


Tapi bila hati tu 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 dan 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗶 𝗵𝗮𝘀𝗮𝗱, memang  akan tahunya nak kecam je la. Begitulah sifat 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TUA TUA PUN NAMPAK TAK BERAPA SIHAT. QAZAF NI... TAK BOLEH JADI WALI NIKAH.










 

MEREALISASIKAN 31 MOU YANG DIMETERAI



 Pada 16 April 2025, Presiden Xi Jinping tiba di Kuala Lumpur dan sebanyak 31 MoU dimeterai. 




Ianya meliputi projek berkaitan satelit, kecerdasan buatan (AI), pendidikan, media, aeroangkasa, farmaseutikal, E&E dan minyak & gas.


Sektor² inilah yg menjadi nadi ekonomi abad ke-21.


Anwar Ibrahim faham sejarah negara.

Dari zaman hegemoni lama, berpuluh² MoU dibuat tapi tak berhasil. 


Sebab itu masa jumpa Xi di Beijing semalam, beliau push pelaksanaan 31 MoU itu diterjemah segera kpd pelaburan, peluang kerja dan pulangan ekonomi sebenar untuk rakyat.


Tambahan lagi, Anwar Ibrahim mahu ikat MoU tersebut dgn kerangka Belt and Road Initiative (BRI) dan Global Governance Initiative (GGI) supaya ia menjadi alat untuk memajukan Malaysia.


Xi pulak membalas dgn memberi sokongan terbuka terhadap penyertaan penuh Malaysia dalam BRICS.


Ini satu pengiktirafan geopolitik yg jarang berlaku. 


Welldone PMX 👍



TARAF NEGARAWAN JADI CYTRO LEKEH BETOI


 

ULANG SEMULA PENERANGAN 47 KES ZAHID. TAK PAHAM LAGI SAJA BENAK DIHATI


 

KES INI SEHINGGA KE HARI INI TIDAK DIJADIKAN ISU SEBAB NEGERI WALAUN.


 

TYPE W TU MAKSUD NYA JENIS WALAUN. JOM KITA DENGAR ULASAN GOLONGAN CERDIK PANDAI HENTAM TYPE W NI.

 

De De


Terimakasih Nurhalim, Azfar jafar n Fetri yahya kerana mewakili kami yang cerdik-cerdik ni.. puas hati kami..kami dah penat hari-hari nak cerdikkan puak type W yang kurang mentol..


 Kenapalah depa tak mohon untuk serta sekali dengan misi ke Gaza baru ni.. sampai ja sana.. harap kumpulan misi tu tinggalkan depa kat sempadan Serahell.. 😂😅






AGAK AGAK KORANG AJAR DAK DIA NI. HANG PERLI ORANG LAMA DALAM UMNO KOT..

 


MAHATHIR MUDAH LUPA


 

JANGAN BAZIR MASA LAYAN PEMBANGKANG YANG LEMAH IDEA

 

Copas serta Kredit

 Saudara Aliff Jamil. 





Dah dapat pemimpin yg baik , pertahankan. 

Jangan buang masa. 


Sejarah politik Malaysia bukan kekurangan pemimpin, tapi terlalu kerap rakyat ditipu. Kita pernah disogok dgn penyelamat bangsa yg akhirnya hanya menguntungkan kroni. 


Kita pernah percaya pada slogan suci tapi akhirnya poket sendiri diisi, rakyat kais pagi makan pagi. 


Hari ini, kita dah ada sosok yg nyata berbeza , 

Anwar Ibrahim. 



Persoalannya, kita nak pertahan, atau nak ulang kesilapan yg berulang sama?


Mari lihat sedikit faktanya. 

Anwar Ibrahim bukan sekadar Perdana Menteri, beliau pernah diiktiraf Best Finance Minister for Asia oleh majalah kewangan antarabangsa Asiamoney pada tahun 1996, ketika Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi 9% dan pelaburan asing mencanak masuk Asiamoney, 1996. 



Setahun pertama pentadbiran Anwar Ibrahim, Malaysia mencatat komitmen & potensi pelaburan lebih RM430 bilion dgn pelaburan yg diluluskan pula rekod tertinggi RM329.5 bilion pada 2023 dan naik lagi ke RM378.5 bilion pada 2024


Ini bukan angka khayalan, tapi rekod rasmi yg boleh disemak.



Dari sudut integriti, beliau konsisten tidak ambil gaji sebagai Perdana Menteri, tidak kayakan anak² dan keluarga, malah menyerahkan sepenuhnya keputusan tender kepada sistem terbuka. 


Berbanding era terdahulu dgn skandal kewangan yg dahsyat yg memalukan negara dipentas dunia, hari ini Malaysia kembali dipandang mulia. 


Tahun lalu, Bank Dunia mengiktiraf reformasi subsidi bersasar kerajaan Madani sebagai langkah berani untuk menstabilkan fiskal. 


Dari pentas diplomasi pula, Anwar Ibrahim bukan jenis tunduk. Beliau berani kecam kekejaman Israel secara terbuka di PBB dan OIC, dan lantang menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menggadai prinsip demi kuasa besar. 


Malah, di China baru² ini, beliau tegaskan hubungan Malaysia-China mesti berpaksikan maruah dan saling hormat, bukan sekadar jadi pak turut. 


Itu bezanya pemimpin sejati dgn pemimpin yg berwatakkan boneka.


Strateginya jelas, rakyat untung apabila negara dipimpin dgn prinsip dan integriti. Pihak lawan yg selama ini bergantung pada sistem lama rugi kerana tiada ruang lagi untuk salahguna kuasa dan kekayaan negara. 


Bila Anwar Ibrahim pertahankan sekolah pondok, angkat martabat ulama dan pada masa sama tarik pelaburan asing, naratif perkauman pihak lawan semakin lemah. Mereka hanya mampu guna modal fitnah basi kerana fakta sudah tidak menyebelahi mereka.


Kalau dulu Malaysia jadi bahan ketawa dunia kerana skandal kewangan yg dahsyat, hari ini Malaysia kembali disegani kerana ada Anwar Ibrahim. 


Bezanya ketara , dulu pemimpin curi, rakyat terhimpit. Sekarang pemimpin kerja siang malam tanpa gaji, rakyat mula nampak cahaya sinar Harapan untuk negara ini bangkit semula. 


Jadinya, dah dapat pemimpin yg baik macam ni, jangan sia² dan buang masa lagi. 


Pertahankan Anwar Ibrahim bukan kerana dia maksum, tapi kerana dia satu²nya benteng terakhir untuk kita keluar dari kitaran gelap rasuah, kleptokrasi, kronism dan politik perkauman sempit yg merugikan negara. 


Masa tidak menunggu kita.


Ya beliau akan buat silap , silakan tegur dan kritik. 

Tapi bukan tukar. 


Beri ruang dan dokongan.

Kerana masih banyak yg perlu beliau diselesaikan.