ADUN MANJOI DI SOALSIASAT DAKWAAAN MENGHASUT PERKAUMAN.

 MSO


Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Hafez Sabri telah dipanggil oleh MCMC untuk dirakam keterangan berhubung satu hantaran media sosial mengandungi maklumat palsu dan berunsur perkauman berkaitan insiden melibatkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah 31 Ogos lalu.



TANGKAP LAYAR ADUN TAK GUNA NI MENCETUSKAN POLEMIK BAHAWA PAS ADALAH KAKI FITNAH.

SEMOGA BELIAU MENERIMA HUKUMAN SETIMPAL DAN PENGAJARAN BUAT PENGHASUT PERKAUMAN.




Ketua Pemuda itu yang juga Adun Manjoi diambil keterangan dibawah seksyen 233 akta Komuniksi dan Multimedia dimana memperuntukan hukuman denda RM500,000 berserta penjara dua tahun. Siasatan dilakukan bersama PDRM. 


Kita berharap siasatan secara menyeluruh dan bukan sahaja berkisar atas kesalahan individu berkenaan semata-mata sebaliknya seharusnya melihat kedudukannya sebagai Adun dan juga ketua kepada sebuah sayap parti.


Justeru perbuatan Pemuda Pas itu perlu dilihat ia sebuah perancangan dan ada motif politik memandangkan beberapa individu yang berkedudukan dalam parti itu sebelum ini berbuat hal sama, melakukan fitnah dan provokasi. 


Beberapa orang dari kalangan mereka telah disiasat dan dilepaskan begitu sahaja tanpa pendakwaan.


Apa yang dilakukan oleh ketua Pemuda Pas itu seakan-akan tidak mematuhi atau mengambil iktibar di atas apa yang berlaku ke atas individu yang melakukan fitnah dan provokasi sepertinya.


Adalah diharap, siasatan ke atas ketua Pemuda itu dikaitan dengan kesalahan kesalahan sebelum ini yang dilakukan oleh indvidi yang separti dengannya, dan ia tidak ampun dengan alasan sebagai kesalahan pertama. Sebagai seorang wakil rakyat sangat dangkal untuk mengatakan dia tidak tahu akan kesan perbuatannya. Trims.




No comments: