Fathi Aris Omar
Dengan rusuhan luar biasa yang sudah berlarutan sejak minggu lepas di Indonesia berhubung isu gaji dan elaun wakil rakyat di Indonesia, ada lagi wakil rakyat kita yang hendak desak naik gaji atau elaun?
Isu itu timbul daripada wakil-wakil pembangkang sejak awal tahun, kemudian dijawab oleh pihak kerajaan pada Mac. Sudah cukup, kata PMX.
Pada Jun 2024, Malaysiakini pula melaporkan agak menyeluruh jumlah gaji dan elaun wakil rakyat di Parlimen dan juga DUN. Malah buat perbandingan gaji pemimpin eksekutif di setiap negeri.
Pejabat PM juga memperinci bentuk elaun yang disediakan untuk kemudahan wakil-wakil rakyat. Oleh kerana kenaikan sudah dibuat dahulu, kerajaan tidak bercadang menaikkan lagi sekarang.
Sementara itu perdana menteri sendiri tidak mengambil gaji dan menteri pula dipotong 20 peratus sebagai tanda (symbolic) keadaan sekarang sejak kerajaan dibentuk dua tahun dulu.
Sekali lagi, apakah ada wakil rakyat kita yang sanggup minta naik gaji? Atau sanggup tunjuk lagak bermewah-mewah pakai jam mahal, tas tangan mahal dan hiasan dalaman rumah di luar kemampuan?
Mungkinkah wakil-wakil rakyat kita sudah insaf dengan apa yang terjadi di Indonesia? Atau, tidak ada rasa gerun secuit pun di dalam jiwa mereka?
Di bawah ini saya kutip beberapa tajuk berita berkaitan isu gaji dan elaun, termasuk hasil semakan portal Malaysiakini.
.





No comments:
Post a Comment