PAS TAK RASUAH ?


 

KISAH SAKIT HATI DI SEBUAH BENGKEL.


Anita Yusof


 Mohon korang baca post ni smpi habis. Ada benda sgt sensitif aku nak share 🙏🙏









Salam from Adelaide, Australia 🇦🇺


TQVM for more than 300 comments on my post yesterday wishing me luck & prayers. Sorry aku tak sempat nak balas 🙏


Sedikit update yg aku nak share buat masa ni. Alhamdulillah aku tak menghadapi sebarang mslh di airport Adelaide. Biasa dgr org share kisah ngeri dgn immi & kastam tapi rezeki aku semuanya lancar. Infact about 30mins after I exit the airplane, aku dah kuar airport dgn semua brg2 yg dibawa (termasuk makanan) yg di inspect lepas tanpa mslh. Later aku share mcm mana nak bagi proses ni mudah & stress free.


Motor aku masih  di airport. Customs clearance already done tp motor tak blh bwk keluar sbb ada biosecurity inspection yg kena hadap. Doakan urusan aku cepat & lancar ya 🤲


************************************


For now, aku nak share satu hal yg berlaku bulan lepas. Perkara yg sgt serius & sgt menyentuh sensitiviti umat Islam secara umum. Nak tau apa?


18/4 aku drive campervan dari Ipoh ke KL sbb ada event di Eiger, Ampang. Before exit Bukit Beruntung, tetiba van aku overheat. Aku kena exit Bukit Beruntung & cari bengkel utk check whats the problem.


Aku tuju bengkel AR CRYSTAL AUTO SERVICE sbb itu yg terdekat dgn tol Bkt Beruntung. Seorg mekanik bangsa Myanmar check whats the problem with my van (radiator kering) & bgtau aku kena tinggalkan van for few days. Aku tny selamat ke van aku parking kat  luar bengkel? Dia jwb, klu aku risau, dia blh bwk van aku balik ke rumah. Ehh, mmg tak la aku nak bagi kebenaran, kan?


Aku tawakkal tinggalkan van selama 5 hari utk urusan repair. Pada 23 Apr 2025 aku pergi semula ke bengkel tu utk ambil van yg dah siap repair (kena buat top overhaul). Masa aku dtg, pintu van aku kiri-kanan terbuka. Aku tercium bau busuk, tapi aku sangka bau tu dari kwsn sekitar.


Aku drive van & bau busuk semakin kuat, meaning punca bau tu mmg dari dlm van aku. Aku tahan nafas sbb aku nak cepat smpi Cybersouth (aku ada appointment nak kejar). Bila sampai, aku turun van & cari mana punca bau busuk ni?


Korang nak tau apa aku jumpa?


Bila aku buka pintu blkg van, aku RASA MCM NAK MUNTAH!!! Busuk yg teramat sangat!!!


Rupa2nya, ada anjing dah masuk van aku!!! Dia siap tanda kwsn & tinggalkan khazanah (najis)!!! 😡😡😡


Aku punya marah smpi rasa nak pengsan kena panic attack!!! Campervan kesayangan aku, yg modal renovationnya 6 angka, DICEMARI DGN AIR KENCING & TAHI ANJING!!! 😡😡😡


Alangkan terkena air liur anjing pun memerlukan kita samak, bayangkan najis anjing? Najis MUGHALLAZAH tuuu!!! Tak der ampun punya!!!


Klu yg tercemar ni setakat benda murah2, mmg aku buang saja. Tapi ini CAMPERVAN kot. Tak kan aku nak buang? 


Aku tak tunggu. There n then aku hantar van aku utk dibersihkan & samak keseluruhan. Ingatkan anjing tu buat hal di blkg van saja, rupanya dia TAWAF SATU VAN. 


Korang bayangkan apa aku rasa? Korang please pejam mata skjp. Bayangkan apa korang rasa klu perkara ni kena pada korang. APA KORANG RASAAAA??? 😥😥


Campervan tu blh bilang dgn jari tau brp kali aku bwk camping lepas selesai renovation. Tetiba blh jadi mcm ni 😭😭😭😭


Aku contact bengkel mlm tu jgk, tapi ptg esoknya baru dpt ckp dgn  owner bengkel (melayu islam tapi aku tak tau jika Islam dia hny pd nama). Dia kata nak siasat. Dia suruh aku dtg utk bincang & bwk van ke bengkel, dia nak tgk. By then, van dah pun dlm proses samak & pembersihan. Dah bersih semua baru blh ambil. Masa tu nti bwk van tunjuk kat kau pun, apa yg kau blh tgk? Van yg dah bersih?


Aku ckp, video ada, gbr ada, bukti apa lagi kau nak? Setakat nak bincang, video call pun boleh. Teknologi ada, kenapa nak bagi susah? Aku ni kat Ipoh kot, bkn ddk KL bila2 masa blh lari pergi bengkel dia. 


Dia mntk aku bagi dia masa. Ok aku sabar. Dari hari ke minggu smpi dah dkt sebulan!!! Berdolak-dalih mcm2 alasan!


Last2 dia nak jgk jumpa dpn2. Aku kata ok, tapi kau dtg Ipoh. Dia setuju. Pd hari yg ditetapkan (Rabu mgu lepas), aku tunggu dia dtg. Tapi hanya utk dihampakan dgn msg pemberitahuan meet up kensel sbb tayar kereta dia pecah. Dia share gbr kereta tersadai tepi hiway. Entah iya ke tak itu hiway menuju Ipoh, aku pun tak tau. Bkn ada signboard pun.


Akhirnya dia setuju utk bincang via video call. Tapi dia tetapkan jam 5pm on Monday (12/5). Aku dah bgtau dia awal2 lagi, flight aku mlm tu. Tapi dia pilih time yg sgt2 tak sesuai utk vc aku. Sesuatu sgt!!!


Mmg aku hangin la. Aku ckp appointment Rabu kensel sbb tayar pecah, WHY MUST U WAIT UNTIL MONDAY TO MAKE THE VIDEO CALL? Video call jer pun. Khamis ada, Jumaat ada, Sabtu & Ahad pun blh nak vc, why must on Monday time aku otw nak ke KLIA, masa tu ko gatal nak video call?


Last2 dia cabar aku utk buat police report. After nearly one month!!! Van aku dah 2x samak. Febreeze dah berbotol2 sembur nak hilangkan bau. Baru skrg kau suruh aku buat police report? Ehh setan pun lagi baik dari kau lah 😡😡


Ok, aku buat police report. Report pun aku buat kat KLIA tau. Lepas tu berlari pergi ke boarding gate C37 (yg paling hujung). Nasib baik x terlepas flight. Tak paham2 lagi aku busy mcm mana? Mmg si4l menyusahkan org!!!


Aku mintak followers setia & sesiapa yg rasa benda ni big issue, tlg share post ni byk2 as an AWARENESS so that tak ada lagi org lain jd mangsa. Biar satu Msia tau bengkel ni tak bertanggungjawab. Nama jer owner melayu Islam, tapi Islam tang mana, wallahualam!!!


To my non muslim friends, please dont feel offended. Apa yg berlaku ni sgt sensitif to all muslims (minus owner bengkel tu yg cuma ISLAM dkt ic). Its just like the Hindus termakan daging lembu atau Chinese diberikan bunga kekwa (bunga org mati) sebagai hadiah. How would you feel then?


Sorry aku x tergamak nak share video kat sini due to my harsh words yg auto terkeluar dari mulut sbb tersgt marah. Selain dicemari najis, bahagian blkg driver seat kena cakar, mosquito net yg diperbuat dpd aluminium pun koyak kena cakar. Baju & selimut semua tak pyh ckp la. Kat mana anjing tu landing, kat situ la najis dia terpalit!!! 


AR CRYSTAL AUTO SERVICE, BUKIT BERUNTUNG ❌️❌️❌️

Pangkah smpi mati !!!


Aku sayang campervan aku. Sedih giler jadi mcm ni 😭😭😭



Isu rasuah kembali menjadi tumpuan rakyat – Rafizi

 

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Ceramah ini berlangsung pada 11 May di Klana Grand Ballroom Seremban, Negeri Sembilan.

Diterbit oleh: mediarakyat




Apa kaitan PKR dengan usaha mereformasi institusi? Sangat sedikit. Salah faham bahawa parti itu pembawa obor reformasi mestilah diketepikan.

 


 

ANIL NETTO/ALIRAN


Apa kaitan PKR dengan usaha mereformasi institusi? Sangat sedikit. Salah faham bahawa parti itu pembawa obor reformasi mestilah diketepikan.

Perjuangan untuk mereformasi institusi tidak bermula dengan pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet pada 1998. Ia bermula beberapa dekad lebih awal, dengan berpuluh-puluh aktivis sosial dan politik ditahan secara berkala.

“Reformasi” yang dilaung oleh PKR, terutamanya oleh keluarga dan penyokong Anwar merupakan sanggahan terhadap pemecatan Anwar selaku timbalan PM dan timbalan presiden Umno oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, pada 1998.

Matlamat parti itu adalah untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dan merampas kuasa.

Selepas gagal merampas kuasa daripada Mahathir, PKR kemudiannya mendakwa mengusung agenda keadilan sosial, kesaksamaan dan meritokrasi.

Anwar sendiri kemudiannya didakwa atas tuduhan rasuah dan liwat. Amnesty International berpendapat perbicaraan Anwar “mendedahkan wujud corak manipulasi politik institusi negara utama termasuklah melibatkan polis, pejabat pendakwa raya dan badan kehakiman”.

Sudah tentu, jika anda bertanya kepada kerajaan “Madani” yang ada sekarang, bilamana salah guna kuasa tersebut ditangani, untuk memastikan tiada orang lain yang akan mengalami akibat dan ketidakadilan yang sama, boleh jadi anda tidak akan mendapat jawapan yang begitu meyakinkan.

Baru-baru ini, selepas hampir 30 bulan memerintah, Perdana Menteri Anwar menegaskan bahawa kerajaannya kekal komited kepada reformasi. Namun, katanya, ia tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa. Beliau bercakap tentang reformasi namun tampaknya semua seperti hanya janji bulan dan bintang. Anak beliau Nurul Izzah juga mengulangi bahasa yang sama untuk menyokong bapanya. Kata Nurul Izzah, Reformasi tidaklah ditinggalkan tetapi laluannya tidak akan berlaku dengan pantas. Tampaknya ia hanyalah retorika ‘modal air liur’ yang sama.

Ahli politik PKR dan DAP perlu diingatkan bukan mereka sahaja yang memperjuangkan keadilan sosial dan reformasi. Ramai aktivis sosial, pemimpin NGO dan pemimpin tersohor yang lain juga bertarung habis-habisan, kadangkala membayar harga yang tinggi, dalam perjuangan. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, jiwa mereka barangkali masih akan resah – kerana banyak reformasi yang sangat diperlukan masih tidak dapat direalisasikan.

Sesetengah ahli politik yang tidak tahu malu malah bertindak dan berkelakuan seolah-olah mereka memperoleh sendiri jawatan dan kuasa yang mereka nikmati sekarang.

Realitinya, advokasi, kempen dan perjuangan untuk isu-isu penting yang telah diperjuangkan selama beberapa dekad – malah yang pernah menjadi sebahagian daripada agenda ahli politik dalam kerajaan ini – kini seakan terkubur jauh di bawah banyak alasan.

Belas kasihan dan empati terhadap masyarakat terpinggir di kalangan sebilangan ahli politik kini seakan menghilang setelah mereka mengecap kekuasaan.

Ambil contoh laporan oleh jawatankuasa reformasi institusi, yang dirangka oleh tokoh-tokoh terkemuka semasa Pakatan Harapan memegang kuasa persekutuan buat pertama kali di bawah Mahathir. Adakah kerajaan Madani mempunyai tekad politik untuk melaksanakan cadangan dalam laporan itu?

PKR mesti mengingati kekalahannya yang memalukan ketika pilihan raya umum 2004. Parti itu kehilangan semua kerusi yang ditandinginya kecuali satu, Permatang Pauh, yang disandang isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Begitulah, arus boleh cepat berubah dalam sekelip mata jika rakyat memilih untuk enggan memaafkan dan melupakan, apalagi jika janji tidak ditepati.

Pada pilihan raya umum 2008, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat yang diketuai PKR – digerakkan oleh perhimpunan besar-besaran oleh Hindraf dan Bersih – memenangi 82 kerusi parlimen dengan sokongan 46.8% undi popular. PR juga mengambil alih lima kerajaan negeri.

Peratusan undi popular PR menghampiri 50.3% undi popular BN, yang memberikan 140 kerusi kepada pakatan pemerintah. Lihat bagaimana PR memenangi 58 kerusi kurang daripada BN walaupun hanya ketinggalan 3.5% undi popular.

Perbezaan ini disebabkan terutamanya oleh gerrymandering, yang masih belum diperbetulkan. Adakah kerajaan Madani akan mengeksploitasi kelebihan ini dengan mengumumkan pilihan raya umum awal, iaitu sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya harus diadakan iaitu menjelang 2026? Atau adakah ia akan membetulkannya sebelum pilihan raya umum yang harus diadakan menjelang 2028?

Pembaharuan sistem pemilihan cukup mendesak untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil. Ia tidak boleh dilengahkan.

Beberapa pengkaji politik percaya Anwar mungkin memanggil pilihan raya awal sebelum persempadanan semula dilakukan. Ideanya adalah untuk merampas antara 25-30 kerusi daripada Perikatan Nasional yang Pakatan Harapan kalah dengan undi yang tipis – terutamanya apabila PH dan BN yang dipimpin Anwar telah bergabung.

Keputusan pilihan raya kecil Air Kuning baru-baru ini bagaimanapun tidak begitu memberangsangkan bagi pasukan Madani. Gabungan undi PH-BN untuk Air Kuning jatuh daripada 15,963 (68.0% undi popular) dalam pilihan raya negeri 2022 kepada 11,065 (60.7%) kali ini.

Pembaharuan utama yang telah lama tertunggak ialah pengasingan kuasa yang jelas antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.

Ahli politik di pihak kerajaan berhujah bahawa gabungan itu dihalang oleh dinamik sosio-politik dan agama yang kompleks. Bergerak terlalu pantas melakukan pembaharuan boleh merisikokan perpecahan politik bagi kerajaan Madani. Ini barangkali menjelaskan sikap pemimpin PH yang kelihatan suam-suam kuku terhadap reformasi.

Ada pemerhati yang lain tidaklah begitu terkesan dengan hujah ini dan menegaskan PH hanya kekurangan tekad politik.

Ada yang mencadangkan bahawa reformasi institusi mati sebaik saja Anwar mengangkat sumpah sebagai PM dengan sokongan Umno, yang menjadi batu penghalang terbesar untuk reformasi sejak merdeka. Kepercayaan sebegini tidaklah berlaku tanpa asas.

Tidak lama selepas “kerajaan perpaduan” ditubuhkan, Umno memerah pakatan dengan mengambil alih beberapa kementerian yang mempunyai paling banyak sumber. Ahli politik Umno, beberapa daripada mereka yang sudah tercemar, dilantik ke syarikat berkaitan kerajaan, agensi dan badan kawal selia serta mendambakan jawatan seperti yang dipertua negeri.

Siapa yang boleh melupakan rentetan individu yang didakwa dengan “dilepas tanpa bebas”. Yang paling mengejutkan ialah Keputusan melibatkan seorang pemimpin kanan Umno selepas mahkamah telah menemui kes prima facie terhadapnya atas 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram. Ini berlaku selepas 77 hari perbicaraan telah diadakan dan 114 saksi dipanggil.

 

SERANGAN BESAR DARI RAFIZI ? RAMANAN MULA RISAU ?

VLADAMIR PUTIN SAMBUT ANWAR


 

WARTAWAN PUN TAK KISAH KAN KAU


 

TAK YAH SIBUK LAH RADZI


 

RAFIZI DIANIYA? MARI KITA MEMAHAMI


MSO


Persoalan kenapa dan mengapa Nurul Izzah yang cabar Rafizi masih belum terjawab, malahan mungkin tidak terfikir hal itu. Cabaran itu tidak disenangi oleh Rafizi dan orang-orang yang menjadikannya satu-satu hero dan idola dalam Keadilan. 


Dari sudut lain cabaran Izzah itu sebagai satu tindakan menderhaka kepada rakan kerana Rafizi adalah patnernya dalam Ayuh Malayasia. 


Langkah Izzah itu mengilankan Rafizi. Kalau cabaran itu datang daripada Saifuddin Nasution Ismail atau orang lain mungkin keterkikanan tidak sebesar dirasai kini.  Kenapa harus Izzah menjadi galang gantinya, untuk menentang sahabat dan rakan sendiri.


Ini simpulan yang tidak terpecah oleh sebahagjan ahli dan apa lagi penyokong Keadilan. Bagaimana pun hakikatnya, saya percaya ia telah dapat dirasai oleh Rafizi. “lam ya zuk wala ya arrif.” Siapa makan lada dia akan rasa pedas.


Betapa kesal dan terkilannya, sampai Rafizi meluahkan, "kalau saya sudah tidak diperlukan cakap berterus terang saja saya tidak diperlukan, saya boleh berundur."  Dua kali beliau beliau ulang. Ertinya Rafizi dapat merasakan langkah Izzah itu sebagai satu isyarat nyata buatnya.


Di sini apakah naif sangat pengetahuan Rafizi atau beliau buat buat tidak mengerti. Rafizi orang cerdik, pintar dan juga berani. Apakah perlu diberitahu seperti mengajar A, B, C, kepada kanak-kanak tentang itu. Sebagai polits menjadi kesukaan ramai beliau mesti dapat membaca kilau dalam kilat, dan beliau tidak perlu diberi tahu. Cabaran Izzah itu adalah suatu mesej bahawa beliau sudah tidak diperlukan, kerana jika diperlukan beliau tidak diusik.


Orang ramai perlu fikir dan cari jawaban, apakah dosa-dosa Rafizi menyebabkan beliau tidak diperlukan sebelum bersimpati dengannya? Itu penting, mencari sebab musababnya. Sesuatu perkara itu ada sebab musababnya. tempua tidak akan bersarang rendah jika tidak ada sesuatu. Seperti saya nyatakan awal-awal, Izzah tidak diberi tanggung jawab itu kakau tidak ada sesuatu yang besar dan mendesak. Maslahat adalah antara kaedah utama berpolitik. 


Dan sebagai orang merasakan dia tidak diperlukan, Rafizi seharusnya bertindak. Apabila sudah cukup hisab dan hitung beliau seharus berundur atau mengambil jalan lebih lunak sekiranya masih sayangkan perjuangan. Jalan tengah ialah dengan menerima perlawanan secara jujur dengan berkempen tanpa damagekan parti.


Tetapi nampaknya reraliti ini tidak dapat diterima Rafizi, apabila semalam beliau telah mengadaskan kata-katanya sebelum ini bahawa perlawanan tidak akan memberi kesan kepadanya, dengan menegaskan orang kalah tidak boleh dilantik, kenapa. Mengapa dia buat kenyataan itu sedangkan ada jaminan bahawa perlawanan tak akan jejaskan kedudukan dalam kerajaan. Presiden sendiri menyatakan tidak berlaku rombakan kabinet selepas pertandingan. Apakah kenyataan semalam suatu lagi permainan reverse psikologi? Jika tidak percaya presiden, lawan presiden terus.


Kenyataan dan ketegasan Rafizi semalam menampak beliau tidak ikhas dalam bermain politik. Beliau perlu berjiwa besar menerima keputusan parti dan menjauhi dari menjadi Azmin Ali nombor dua. 


Sehubungan itu punca dan sebab beliau hendak disingkir(?) perlu dikenal pasti oleh para penyokongnya dan orang ramai. Cuba cari. Ahli kena mencari dan memahaminya. Ini penting.  Pihak yang ingin menyingkirnya tidak akan mendedahkan, tetap akan berselindung dengan sesuatu kepura puraan. Namun saya yakin tentu ada sebab musababnya. 


Menjadi harapan saya apakah pihak yang hendak menyingkirnya sudah tidak ada penawar untuk mengubati penyakit kini. Setiap hujung berpangkat, setiap retak akan terbelah. INGAT. 


Apabila asas dan sebab musababnya tjdak diketahui maka semua jadi terpinga pinga tidak salah kalau ada menganggap Rafizi  teraniaya dan menjadi mangsa dalam kes ini. Bagi yang memahami dan dapat membuat andaian mungkin merasa benar dan tepat, Rafizi perlu menghadapinya dengan hati terbuka sambil pasrah. 


Mereka yang tidak bersama Rafizi saya yakin sudah mengetahui sebab musbabnya, sementara yang gagal memahaminya atau kerana taksud kepada Rafizi akan menganggap Menekom itu dikhianati dizalimi tidak dihargai dan macam macam lagi.


Selagi kunci itu tidak diketahui maka pertandingan antara Rafizi dan Izzah tetap  akan dinilai atas wibawa masing masing menerusi hujah dan modal yang dilambak dalam kempen masing masing. Trims.



BUAT JUGA

 

Rafizi - HIRUK

Nurul Izzah - DAMAI


Walaun - HIMPIT 

Walauntit - KEPIT ?? 🤔




NMA JEBAT..TAPI KUTUK JA KERJA DIA..MENGIKUT PULAK ADOIIII...NI KAH MORAL YANG DIBAWAH ?






 

KEH..KEH..KEH...ZALIM


 


PUTARAN ALAM.TUHAN BAYAR TUNAI


Che Ibrahim



 Itulah putaran alam... 


Ketika kamu asyik mengutuk dan mengecam pihak lain bersabit kelalaian atau memasang bendera negara secara tak betul, tiba tiba Allah tunjuk kuasaNya untuk dedahkan siapa kamu sebenarnya.





SILA KE PENTAS TERBUKA...KES KAMPUNG BARU RENTETAN PAS NAK ANJUR PERHIMPUNAN. ZAMAN KAMU DALAM KERAJAAN JUGA KAMU TERLIBAT



Setuju. Malah, saya puji Amanah kerana mencadangkan pentas penghujahan yang lebih objektif, telus dan terbuka untuk menghalusi rintihan semua pihak.





Jangan lupa, apa yang berlaku sekarang adalah kesan langsung keputusan-keputusan membabitkan 3vmenteri Wilayah Persekutuan di bawah 3 pentadbiran, iaitu:


1. Pentadbiran Tun Mahathir (Menteri WP ialah Khalid Samad),


2. Pentadbiran TS Muhyiddin (menteri WP ialah TS Annuar Musa), dan


3. Pentadbiran DS Ismail Sabri (Menteri WP ialah DS Shahidan Kassim) 


Kedua-dua Annuar Musa dan Shahidan Kassim kini duduk dalam PAS. 


Malah, Annuar Musa merupakan menteri yang menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, salah satu perkara yang menjadi pertikaian.


Jadi agak mengelirukan bila parti yang terlibat menganjurkan perhimpunan terus-menerus mengkritik kerajaan sedangkan kepimpinan parti ini merangkumi individu-individu yang bertanggungjawab terhadap perkara yang dipertikaikan.


Baru-baru ini, saya menulis:


JANGAN TURUN BERHIMPUN 14 JUN INI. SEBALIKNYA, PAKSA PAS BUAT CARA BETUL 


PAS dilaporkan akan mengadakan himpunan bantah URA pada 14 JUN 2025. 


Nasihat saya: Jangan turun.


Sebaliknya, paksa PAS dan MP PAS buat KERJA cara betul dan bertamadun, yakni guna saluran betul dulu sebelum berfikir untuk berhimpun.


Setakat yang saya lihat, banyak penentangan PAS terhadap RUU URA adalah berdasarkan 'risiko' dan 'kemungkinan'. 


PAS juga ingin mengetengahkan 'tuntutan' dan cadangan, di samping persoalan untuk di jawab oleh pihak kerajaan.


Walaupun semua risiko, kemungkinan dan persoalan ini penting dipertimbangkan, ianya tetap bersandar kepada perkara yang masih belum disahkan atau muktamad, malah belum pun dibentangkan di Dewan Rakyat.


Hakikatnya, RUU URA hanya akan dibentangkan pada sesi Parlimen Julai ini.


Maknanya, selama dua tiga bulan PAS duk mengkritik sana sini dan sehingga Julai ini, ada banyak peluang untuk berurusan dengan kerajaan.


Contohnya, PAS boleh berhubung dengan menteri berkenaan untuk mendapatkan penjelasan terperinci, di samping mencadangkan atau mendesak diadakan pentas perbincangan dan penelitian bersama. 


Ada buat?


Benda belum pun dibentangkan di parlimen, belum lagi diperhalusi atau didebatkan oleh MP-MP pembangkang, belum ada usaha gigih mengajukan pendapat atau bantahan menerusi saluran sesuai, PAS dah ajak rakyat berhimpun.


Masuk akal?


Kenapa nak susahkan rakyat, sedangkan rakyat dah beri mandat kepada MP-MP pembangkang untuk berjuang di medan rakyat (Dewan Rakyat)? Kenapa tak boleh tunggu sehingga Dewan bersidang?


Adakah kerajaan telah beritahu PAS bahawa perkara ini tidak boleh dibincangkan lagi? 


Kenapa tak gunakan masa yang ada (sementara menunggu Dewan bersidang) untuk adakan pertemuan dengan menteri berkenaan?


Berhenti jadi pak serang semata-mata, jangan sengaja mengapa-apikan perasaan rakyat. Nak berjuang, buat cara betul. Buat kerja yang diamanahkan dulu...


Bila dah tak ada jalan lain, baru fikir berhimpun. Jangan guna alasan, "belah sana dulu kuat berhimpun, apa salahnya kami berhimpun?" 


Kalau belah sana terjun masuk gaung, kau nak ikut sama? 


RJ Rithaudeen




WOOOIIITTT ..JANGAN MARAH....LOD DAH DAPAT ATAU BLOM ? LAWYER NAK SERAH KE NGKO..






 

SEKOQ BARUA BUKAN MENGKRITIK TAPI MENGHINA. KAPIR PA TAK KENAL HUKUM AGAMA.



 

BOLEH MELAWAK BERSAMA PRESIDEN VLADAMIR PUTIN


 

ATOK JANGAN BENGKAK... SEBAB INILAH DIA DUNIA HARI INI....


 

LIVE RAFIZI RAMLI 14 MEI


 

PM ANWAR BERTEMU PRESIDEN RUSSIA VLADAMIR PUTIN


 

MENTAKAB MALAM INI


 

HARI KE 2 DI MOSCOW



 Memulakan hari kedua di Moscow dengan menghadiri Mesyuarat Meja Bulat bersama 24 pemain industri utama Rusia yang mewakili sektor-sektor strategik seperti makanan dan pertanian, peruncitan dan logistik, minyak dan gas, kewangan, perabot, kimia, bahan binaan serta pengurusan sisa.
















Mesyuarat ini diadakan di Hotel Metropol, sebuah mercu lagenda di Moscow yang bukan sahaja menyaksikan pelbagai detik bersejarah sejak era Tsar, malah pernah menjadi medan pertemuan tokoh-tokoh besar dunia. 


Saya tertarik melihat bagaimana warisan sastera Rusia diabadikan dengan bilik-bilik yang dinamakan sempena tokoh seperti Tolstoy, Turgenev dan Chekhov. Potret mereka turut menghiasi dinding-dinding bilik, yang mengingatkan kita bahawa kemajuan material harus berpaksikan pada jiwa, budaya dan kemanusiaan.


Dalam suasana itu, kami berdiskusi secara terbuka dan bermakna mengenai potensi kerjasama perdagangan dan pelaburan yang lebih luas dan mampan antara Malaysia dan Rusia. 


Sesi ini menjadi landasan penting untuk meneroka peluang pelaburan dan perdagangan berimpak tinggi yang bukan sahaja menguntungkan kedua-dua negara, tetapi turut membuka ruang baharu kepada perusahaan, inovasi dan pembangunan yang lebih inklusif.


Saya percaya dialog seperti ini akan terus memangkin daya saing Malaysia dalam ekonomi global yang semakin mencabar dengan berteraskan nilai MADANI yang menekankan keterbukaan, hormat dan tanggungjawab bersama dalam merangka masa depan yang lebih adil dan sejahtera.


=====


Started the second day in Moscow by attending a Roundtable Meeting with 24 leading Russian industry players, representing strategic sectors including food and agriculture, retail and logistics, oil and gas, finance, furniture, chemicals, building materials, and waste management.


The meeting was held at Hotel Metropol – a legendary landmark in Moscow that has stood witness to momentous events since the Tsarist era and has hosted some of the world’s most prominent figures.


I was struck by how proudly Russia’s literary heritage is preserved here, with rooms named after greats like Tolstoy, Turgenev, and Chekhov. Their portraits adorn the walls, reminding us that material progress must always be anchored in spirit, culture, and humanity.


In that atmosphere, we exchanged views on expanding sustainable trade and investment ties between Malaysia and Russia – exploring opportunities that promise mutual benefit while unlocking new pathways for enterprise, innovation, and inclusive growth.


I believe such dialogue will continue to enhance Malaysia’s competitiveness in an increasingly complex global economy – guided by MADANI values that emphasise openness, mutual respect, and shared responsibility in shaping a more just and prosperous future.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



KECOH JUGA LA YA....


 Sham Ghaz



Membaca tulisan Dato Nik Amar saat Muktamar PAS Kawasan seluruh Negara tengah berlangsung, bermaksud Pas Pusat dan Negeri Negeri tengah bergolak besar sempena Muktamar Pas Pusat yang bakal tiba.









JANGAN LUPA JASA RAFIZI.

 

Norshidah Md Daud. 






Mase saat2 akhir sebelum Madey nyanyuk tua kutuk letak jawatan PM sesukati makpak dia, ramai dah jangka yg dia xkan serahkan jawatan kepada DSAI


Aku xnak cite pasal orang luar PH

Ni nk cite pasal orang dalam PH sahaja 


DSAI x dihormati langsung oleh pemimpin di dalam parti2 PH, apatah lagi d kalangan para penyokong


Time tu timbullah cadangan lantik orang lain sebagai PM

Antara nama yang naik, anak Madey, Shafie Afdal, Wan Azizah (ni yang cadang x lain x bukan, Miqdedak yang hari2 dok perli DSAI tapi alhamdulillah sekarang dah dapat jawatan dalam gov. Haktuihhhhhhhhh) 


Hari2 DSAI diperli, diperlekeh, smpaikan ada beberapa ekor ahli parti oren yang kaitkan DSAI dengan liwat & katanya PH lebih aman jika DSAI masih dalam penjara 😉

Tapi  alhamdulillah masing2 muka xtau malu kutip ghanimah lepas DSAI jadi PM 


Mase tu sape yang pertahankan DSAI?


Shamsul Iskandar Mohd Akin?

Syed Badli Shah Syed Osman?

Farhash?

Farhan?

Geng2 AMK yang menang sekarang?

Nurul Izzah sendiri x mampu nak bela bapak dia


Bukan saje DSAI diperlekeh

PKR jugak dihina 

PH hampir berpecah dah masa tu

Aku ni punya menyampah kat parti oren tu xyah cakap la

Sampai sekarang masih berdendam 


Sape yang pertahankan DSAI, PKR & PH kalau bukan kita?

Sampaila Rafizi kembali semula


Slow2 nama DSAI naik, sekaligus menaikkan nama parti & membaiki hubungan PH




MENIPU ITU SUNAT KO GHAPO?

 Che Ibrahim


Hanya kami berempat yang hadir.... Tapi bakpo dalam gambar lebih dari 4 orang??





KIOK LA AYAQ KEDAH NI.

 




INI CERITA DIA. KES AYAQ DI KEDAH.



NI SANUSI DOK SALAHKAN KERAJAAN. 



Nak berjuang jangan terpedaya dengan ‘lebai’



 



HarapandailyMay 14, 2025

Oleh NORMAN RADZUAN

Mana pejuang Melayu yang siang malam menulis menghentam kesilapan Jalur Gemilang? Macam orang kena sawan menulis pagi petang siang malam apabila bangsa Cina lakukan kesilapan.

Apabila kena bangsa sendiri, uh pun tidak, ah pun tidak, eh pun tidak. Sebab itu, saya kata mereka ini pejuang tahi kucing yang penuh rasa kebencian kepada kaum-kaum lain.

Anda masih ingat… ‘Sekadar mohon maaf bukan tiket lepas hukuman’.

Anda masih ingat, ‘Ia bukan kesilapan tetapi disengajakan.’ Anda masih ingat, ‘bangsa Cina ini memang sudah kurang ajar’.

Namun, tiba apabila orang Melayu buat, cukup sekadar minta maaf. Mudah sungguh dimaafkan, nak ketawa ke nak menyumpah?

 

Nak kata pejuang Islam pun bukan sebab mereka tidak faham ajaran Islam. Allah dah berpesan pada kita dalam al-Quran.

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak (kebenaran) kerana Allah (dan) saksi-saksi (yang bertindak) dengan adil.

“Janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa…”

Apa itu takwa yang Allah beritahu kita? Syarat utama kelayakan ke syurga ialah takwa dan ia adalah matlamat utama kewajipan berpuasa iaitu melahirkan manusia bertakwa.

Kena ikut pesan Allah kalau nak masuk syurga, bukan pesan lebai yang kerjanya mengapi-apikan perkauman.

Sebab itu nak berjuang kena adil. Jangan terpedaya dengan lebai-lebai ini. Pakai kopiah simpan janggut tipu berjuta-juta duit bangsa sendiri konon untuk pelaburan.

Ada kuasa beri tanah ribu ekar buat ladang haram durian, pakai kopiah putih pungut buka pusat tahfiz minta derma terbang ke luar negara… Kalau jenis berpolitik jangan percayalah.

Apa nasib penduduk Ayer Kuning? Apakah keputusan air yang diambil? Masihkah ada tahi babi lagi di situ? Bagaimana nasib Abang Belon? Sudahkah dia dibawa menunaikan umrah seperti dijanjikan?

 

Kerajaan Akan Permudah Proses Mengundi Bagi Rakyat Di Luar Negara – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Persekutuan Rusia di sebuah hotel pada 13 Mei 2025. Foto Bernama

MOSCOW, 14 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa langkah sewajarnya akan diambil bagi mempermudah proses pengundian untuk rakyat Malaysia di luar negara khususnya pelajar, sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Berucap pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Moscow malam tadi, beliau berkata perkara itu dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, SPR adalah sebuah badan bebas dan kerajaan tidak boleh campur tangan dalam operasi SPR.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal Kerajaan Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow, Russia pada 13 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, beliau secara peribadi menyokong usaha untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat melaksanakan hak demokrasi untuk mengundi tanpa mengira lokasi mereka.

“Saya telah bangkitkan perkara ini kepada SPR, mengapa kita tidak boleh pastikan setiap warganegara dapat melaksanakan hak mereka walau di mana juga berada,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis berkenaan.

Perdana Menteri berkata, kemajuan teknologi boleh membantu menjadikan proses pengundian lebih mudah diakses dan selamat, sambil menambah penggunaan pengecaman wajah dan teknologi rantaian blok (blockchain) sebagai contoh bagi mengekalkan integriti sistem.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal Kerajaan Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow, Russia pada 13 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dengan platform canggih yang ada hari ini, proses mesti lebih telus dan kukuh. Teknologi blockchain contohnya, boleh menjejak keseluruhan proses pengundian dari awal hingga akhir dan mengelak penyelewengan,” katanya.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan pelajar perubatan tahun akhir, Ahmad Hamizan Hadi Ahmad Hakimi, dari Universiti Perubatan Kursk.

Hamizan menyatakan beliau dan ramai daripada 345 pelajar Malaysia di universiti berkenaan, tidak dapat mengundi pada PRU lalu berikutan jarak jauh antara kampus dan Kedutaan Malaysia di Moscow.

Katanya, pengundian atau pendaftaran secara dalam talian juga tidak dapat dilakukan, berkemungkinan disebabkan sekatan yang menjejaskan akses internet dan platform digital di Russia.

“Rasa rugi kalau kami tidak dapat mengundi,” katanya.

Anwar mengakui kebimbangan itu sebagai isu yang sah dan perlu diberi perhatian supaya golongan muda Malaysia di luar negara tidak terpinggir daripada proses demokrasi.

“Kita akan pastikan sebelum PRU akan datang, satu proses diwujudkan untuk memudahkan pengundian.

“Jika tidak, berjuta-juta anak muda kita di luar negara boleh hilang hak untuk mengundi.

“Secara teknikal, mereka masih boleh mengundi dengan pergi ke kedutaan, tetapi proses itu tidak sepatutnya membebankan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Persekutuan Rusia di sebuah hotel pada 13 Mei 2025. Foto Bernama

Lebih 100 rakyat Malaysia, termasuk pelajar dan kakitangan kedutaan, hadir pada majlis makan malam itu yang dihoskan oleh Perdana Menteri.

Turut hadir lima menteri yang mengiringi Anwar dalam lawatan rasmi ke Russia, termasuk Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.