TUUUU DIAAAA


 

Di Israel, 𝗠𝗲𝗿𝗰𝗲𝗱𝗲𝘀 berikan sumbangan berupa kereta berperisai kepada zionis.


Di Malaysia, walaun beri sumbangan ke 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶. Lebai buat 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗠𝗲𝗿𝗰𝗲𝗱𝗲𝘀 yang sumbangkan kereta berperisai kepada zionis.


Lepas tu walaun tuduh orang lain 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹, orang lain 𝗽𝗿𝗼-𝘇𝗶𝗼𝗻𝗶𝘀. Otak walaun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PN PAS Menafikan Hak Wanita







Penerjun Wanita dan Gimnas Wanita mempunyai alasan untuk menyaman kerajaan PAS negeri Terengganu atas diskriminasi Jantina di bawah undang-undang perlembagaan semula kod pakaian jika ada penalti/tindakan di kenakan terhadap mereka.Tindakan kelas oleh semua persatuan sukan yang berkaitan di bawah Semakan Kehakiman.


KBS dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak akan campur tangan dengan cara kerajaan negeri menjalankan persatuan sukan mereka.Terpulang kepada Atlet dan Keluarga mereka sendiri untuk mempertanggungjawabkan kerajaan PAS negeri atas ketaksuban mereka.


Gimnas/penyelam lelaki dalam sut minima boleh pula.Ada ja pakaian menutup aurat sesuai untuk wanita muslim bertanding takkan itu pun tak tahu.



SAMA NAIK... LACURKAN AGAMA....

 


Saya mendapat video dari Ustaz Zaharudin Muhammad untuk di ulas.


https://vt.tiktok.com/ZS2rVjmHm/










1. UZM ni kawan lama..kenal sejak 20 tahun dulu..memang pakar bab syariah.


2. Pakar macam mana pun bila bias, akan tersilap. UZM ialah menantu Hj Hadi.


3. UZM ulas bab pembangunan semula Kg. Sg. Baru. Tapi dia kata soal pengambilan tanah. 


4. Kata UZM, haram dalam syariat tanah diambil secara paksa untuk pembangunan, ekonomi dan komersil. Halal atau dibolehkan syariat hanya jika untuk kepentingan awam seperti sekolah.


5. Kata UZM lagi..Kerajaan bercadang nak ambil 1300 ekar tanah orang Melayu di KL ni. Kg SG Baru ni..kiranya hanya permulaan. 


6. Kata UZM lagi kalau lah boleh dipaksa ambil tanah untuk pembangunan, maka Firaun adalah orang pertama yang perlu dipuji kerana memaksa rakyatnya bekerja untuk bina pyramid. 


Ulasan saya.

1. Adakah UZM baru dapat dalil yang haram ambil tanah rakyat untuk pembangunan?


2. Adakah UZM langsung tidak dapat melihat wujudnya kepentingan awam untuk pembangunan semula Kg Sg Baru dari segi keselesaan, kemudahan  infrastruktur lebih baik, keselamatan dan keindahan?


3. Dimana UZM ketika tanah ini dalam proses diambil semasa zaman PN Menteri Shahidan Kassim dan Annuar Musa?


4. Dimana UZM ketika mana tanah rakyat di Kota Bharu dirampas dan hanya dibayar pampasan RM1000 sahaja sekeluarga?


5. Tindakan UZM keluar pendapatan begini menimbulkan kecaman dari rakyat, boleh baca komen 99% mengecam Kerajaan kerana penyampaian ilmu yang salah dari UZM.


6. Saya juga nak tanya UZM apa hukumnya bila MB Terengganu jual tanah jauh murah dari harga pasaran kepada NGO diketuai isteri MB?


7. Nasihat saya kepada UZM, jujurlah dengan ilmu yang enta miliki dan bertanggung jawablah dengan kesan kenyataan enta.


Terima kasih.



DITAHAN AKIBAT KIANAT PADA NEGARA. MENJUAL DIESEL DI PERAIRAN ANTARABANGSA. YANG NI MAT JARGON TAK TAHU. PN PUN TAK TAHU SEBAB TAK BUAT KERJA.


 

BILA PULAK DAPAT TAULIAH DARI DAJJAL.


 

DIA DAPAT TAULIAH BAGI GELARAN DAJJAL


RMS


Apa pula kelebihan Hadi disisi Allah untuk melabel orang lain Dajjal setelah kalah di Nenggiri..?? Ada surat tauliah.?


KONSERT ISLAM TERANCAM.


 

YANG KENA DIA TEGUR.. YANG TAK KENA DIA NAK TEGUR MACAMANA?


 

DBKL BUAT KERJA TAK KIRA BANGSA LA WALAUN... LA NI SEMUA ANGKUT.. MASA HANGPA DULU TENGOK PUN DAK..


 

DOK CAKAP PANDAI DALAM DEWAN... TENGOK KAWASAN DIA... HAMPAS


 

LAGI KENA CEKUP ANGKARA SELUDUP DIESEL..


 

33 BULAN TAK PERASAN KAH.. BERAPA BANYAK RESTORAN TUTUP.. HARGA BARANG MACAMANA.


 

BELOW PAR... SEMBANG JA HEBAT..


 

RINGGIT TERUS MENAIK.

Nazri Hamdan


Ringgit terus menunjukkan kekuatan selari dengan pengumuman pengerusi Fed untuk mula turunkan kadar faedah. Rate terkini semakin menghampiri RM 4.30/USD.



PARTI LAIN TAK MAHU MACAM PARTI KO LAH.. MACAM BIASA DOK BUAT KERJA JA... HATI HATI... KANG MASUK DALAM. ZAMAN NI BUKAN BOLEH SAKAW IKUT SUKA...





 Fadhli dah kenapa tanya Keadilan dan DAP pasal nak tubuhkan 𝘀𝗸𝘂𝗮𝗱 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗻𝗶𝗳𝗼𝗿𝗺 pulak? Siap cerita elaun bagai ni? Ingat PH 𝗽𝗼𝘆𝗼 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗣𝗡? Pigi da...


Siap cakap pasal elaun tu, macam cerita pengalaman sendiri je? Dia nak beritahu masa 33 bulan tu 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗹 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗮𝘆𝗮 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 ke?


Iyalah kan. Kalau tak apasal dia nak sibuk sibuk pulak? Siap cadangkan bagai. Lagipun PN bab seleweng dana ni bukan pelik sangat pun macam kes 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KENA KE PARTI SENDIRI, ISLAM DIHINA. KALAU ORANG LAIN SEMUA SALAH.


Ana Tahu


 Antara masalah hari ini adalah menisbahkan Islam kepada puak mereka. Jika mereka kalah pilihanraya maka dicanang Islam kalah. Bila parti atau pemimpin mereka ditegur atau dikritik maka dikatakan Islam dihina....




Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok


Astro Awani
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Muhyiddin akan didakwa di mahkamah pada Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuat semasa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah pada Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuat semasa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.
Perkara ini diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang di bawah Akta Hasutan. Pendakwaan esok menggunakan Akta Hasutan,” kata Badrul Hisham dalam hantaran itu.

Muhyiddin telah disiasat oleh polis selepas laporan dibuat berhubung video tular semasa tempoh kempen di Nenggiri itu.
Dalam video tersebut, Muhyiddin, yang berucap di sebuah ceramah di Felda Perasu pada 15 Ogos, dilihat seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Abdulaziz, Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap bekas Perdana Menteri itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.

“Sabar vs Pemarah” - Ustaz Badli Shah Alauddin

[VIRAL] SATU MALAYSIA TIBAI & KECAM POKTEH! MOHON MAAF KERANA BERSIKAP B...



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara barat tidak perlu mengajar dunia Islam mengenai makna demokrasi, hak asasi dan kemampanan pembangunan. Beliau berkata negara barat sebaliknya perlu menghentikan usaha mengawal media antarabangsa, semata-mata demi mengetengahkan naratif yang tidak tepat mengenai peperangan di Gaza, Palestin. Perdana menteri berkata negara barat juga perlu memperbetul naratif dan mengakui bahawa pergolakan di Palestin bermula dan berlarutan sejak 1948, dan bukannya bermula akibat serangan Hamas pada 7 Okt. “Kita perlu jelas dan tidak boleh ditentukan negara barat yang mahu memulakan naratif (serangan berterusan di Palestin bermula sejak tindakan ketenteraan Hamas) pada 7 Okt lalu. “Pemusnahan berterusan (di Palestin) berlaku sejak 1948, diikuti pencerobohan langsung ke Masjid al-Aqsa pada 1969. Malah, kini pemusnahan berterusan, sama ada infrastruktur atau manusia serta genosid. Ini yang berlaku,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini.




GAMBAR KERETA MEWAH USTAZ UAI KEMBALI TULAR SEJAK KENYATAAN PANAS YANG D...


Penyebaran gambar itu ketika hangat kenyataan UAI yang mengajak penyokong Pas untuk mati syahid sejurus parti tersebut kalah tersungkur dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri lalu. “… menyampah dengan drama swasta yang dah hampir basi bila Ustaz ni kantoi berkereta mewah. “Dulu dia naik motor besar dan Ferrari, tapi bila orang tanya, dia kata itu hak kawan. Tapi kereta putih ni hak kawan juga ke?” menurut kenyataan yang ditularkan kembali di kumpulan WhatsApp itu. Terdahulu, sedutan rakaman video ceramah UAI yang tular dan berbaur hasutan itu memaparkan seruan terhadap penyokong Pas untuk mati syahid tanpa takut dengan sesiapa pun termasuk raja.



KEMARAHAN RAKYAT MALAYSIA PADA MUHYIDDIN ABAHCOW SI PENDERHAKA!

PEMBOHONG. MASA KAU ADA KUASA KAU MALAS FIKIR DAN NAK KEKAL KUASA.

 


PAK YUS BUKAN KECEWA, SEBALIKNYA MARAH DENGAN SIKAP PAS. .MEMANG LAH JIKA DIBANDINGKAN ZAMAN TOK GURU..BANGSA LAIN HORMAT DAN KENAL APA ITU ISLAM. ZAMAN HADI AWANG BANGSA ASING MENJAUHKAN DIRI.


 

DIKIR BARAT APA KEBENDA NI


 

WALAUN MANA NAK TAU BACA GRAF DAN DATA NI SEMUA....WALAUN PANDAI MENGUTUK SAJA.


 

HITAM HATIKU

 Bagus ni. 𝗚𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀 akan 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺𝗻𝘆𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 dan betapa fikirannya 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗶𝗽𝘂𝘁𝗶 𝗵𝗮𝘀𝗮𝗱 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗵𝗮 𝘁𝗲𝗯𝗮𝗹 terhadap DS Anwar Ibrahim.



𝘚𝘰𝘳𝘳𝘺 tapi aku terpaksa guna perkataan 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 untuk Wan Fayhsal ni sebab 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗶𝗻 yang lebih sesuai dengan sikap dan perbuatannya.


Dia punya dengki kepada PMX sampaikan Dr. MAZA tulis pandangan ikhlas terhadap DS Anwar pun 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻 𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮. Risau sangat dia.


Dia risau kalau tulisan Dr. MAZA ni melembutkan hati rakyat dan akhirnya imej DS Anwar 𝗺𝗲𝗻𝗷𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Maka sia-sialah usaha dia 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.


Malangnya Wan Fayhsal 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 untuk fahami pengertian sebenarnya tulisan mudah DS MAZA. Jadi dia faham lain. Kemudian ada hati nak komen.


Aku harap Wan Fayhsal ni, sekali pun 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝗮, setidaknya datangkan sikit 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗮𝗹𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗹𝗮. Sebab teruk sangat dia punya sifat tak tahu malu tu. 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗲𝗻𝗴𝗸𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




.

DI KALANGAN BERJUBAH DAN SERBAN


 

DESTINASI NAK CARI KERJA DI NEGERI ORANG.

 

MMMS


Majlis pelepasan tapi tak sebut mana destinasi. 


Aneh-aneh aja benda dari mereka. 


Macam buat perlepasan untuk acara marathon tapi tak beri tahu tang mana garisan penamat.


Kalau sebut kilang Braun, Shah Aley ke faham juga. 



"Kelip-kelip kusangka api,

Kalau ada api mana putungnya,

Hilang ghaib kusangka mati,

Kalau ada perlepasan mana destinasinya"


https://www.facebook.com/urussetiabeliasukan/posts/pfbid0N5av1ZweDUa91GwfBukJbGLsYL2ET9f5TE7UmLXUGfLqUSzvAXMz5BnSutE9DJGHl



CONTOH MAKAN GAJI BUTA. KUTUK ORANG NO SATU.

 


Parah sangat kerja 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮. Sampaikan atlet yang masuk acara dalam 𝗦𝗨𝗞𝗠𝗔 pun dia 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂. Dah dia buat kerja apa sebagai exco?



Senang kerja lepas tangan. Kutuk 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 bukan main lagi walaun rupanya exco negeri dia 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸. Sampai tak tahu apa.


Tengoklah macamana puak lebai jaga negeri. Patut la negeri 𝗺𝘂𝗻𝗱𝘂𝗿. Kerja yang 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘭𝘦 pun dia tak mampu nak buat. Itu pun berangan nak jaga 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



LUKU PALA SEDAIH BARU HANG TAU.. TOYAMATMIN.



W. Faudzidin


 Wan faisal tu perasan parti dia adalah Gerakan islam kot.  Kamu dalam PN hanya ada parti Gerakan, faham? Bukan gerakan islam yang dimaksudkan oleh mufti Perlis tu...bengap betul MP Macang ni






DULU DIA ADALAH PENULIS PALING PROLIFIK DALAM RN REFORMASI NATIONAL KETIKA ERA REFORMASI 98. KINI BELIAU MELAWAN ARUS ?


Fairul Al Qasas.



 Hassan Karim






1. Entah saya pernah ulas berkenaan HK ni secara terbuka atau tidak.


2. Tapi HK ni memang suka lawan arus, suka tunjuk pandai. Langsung tak ada disiplin dalam organisasi. Mungkin ini kesan orang yang pernah jadi presiden parti.


3. HK marah kerajaan siasat MY dibawah akta hasutan. Beribu bakul orang fitnah dan maki PMX, tak ada tindakan. Tapi kerajaan bagi tahu jangan libatkan 3R. Kenapa HK nak pertahankan MY sedangkan jelas beliau sebut 3R. Semua orang jelas bab ini.


4. HK juga cadang supaya PMX buat undi percaya. Katanya isu MY bangkitkan 115 SD bukan perkara kecil.


5. HK ni nyanyuk ke? Awal lagi PMX dah buat undi percaya. Malah lantikan Speaker, Timbalan Speaker dan belanjawan juga lulus, tak cukup lagi ke wahai HK? Takkan setiap tahun nak buat undi percaya.


6. Kenapa HK nak layan gila talak MY? Walhal MY dah hilang 6 MP.  Sebab ada orang macam HK yang layan?


7. Sedang PMX yang tua dari HK itu kehulu ke hilir tanpa henti tarik pelabur, majukan ekonomi sehingga sekarang semua puji ringgit pun makin kukuh, GDP pun naik...HK sibuk nak tunjuk pandai ke arah kucar kacir kan politik.


8. Belajar lah dari Thailand yang terlepas banyak peluang ekonomi kerana masalah politik yang berulang-ulang.


9. HK...kamu tak reti nak puji kerajaan, tak apa. Diam, dan jaga kawasan kamu dengan baik. Kamu pasti tahu ini penggal terakhir kamu.


10. Ingat sikit yang bawa kamu masuk ke PKR dari PRM, yang bagi kamu jawatan dan kerusi adalah Anwar Ibrahim. Tak reti kenang budi pun jangan jadi duri.


Sekian, terima kasih. 


Fairul al Qasas




Perasuah dan penyalah guna kuasa adalah pengkhianat negara

Nik Hasyudeen



Hanya orang yang ada kuasa boleh melakukan rasuah. Ini adalah kerana tanpa kuasa itu, walaupun sedikit, dia tidak ada nilai di sisi orang yang membayar rasuah.


Di dalam masa yang sama, orang yang berkuasa boleh menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan dirinya, keluarganya dan puak-puaknya.


Apa yang jarang diperkatakan malah sering dilupakan ialah mangsa perasuah dan penyalah guna kuasa. Di dalam kes yang melibatkan duit kerajaan, kita semualah di antara mangsanya.


Mari kita ambil kes SRC yang sudah diputuskan oleh mahkamah sehingga ke mahkamah tertinggi negara:


1. Ianya melibatkan dana RM 4 bilion milik KWAP yang melabur untuk membayar pencen penjawat awam

2. Sampai hari ini tidak tahu apa yang didapati dengan pembayaran RM 4 bilion itu

3. Oleh kerana ianya melibatkan jaminan kerajaan, kerajaan persekutuan sudah membayar RM 4 bilion kepada KWAP dari duit kutipan cukai dari kita semua


Dari hujah-hujah di atas, kita semualah yang menanggung kerugian RM 4 bilion dari kes jenayah di atas. Berapa buah sekolah dan hospital yang boleh dibina dengan duit RM 4 bilion?


Semalam KD Pendekar terkandas di perairan Johor. Ianya dilaporkan bocor kerana melanggar sesuatu di bawah air.


Apabila sebuah aset tentera laut tidak boleh digunakan, sebahagian perairan negara terdedah kepada ancaman. Bukankah ini isu keselamatan dan kedaulatan negara?


Apa kena mengena KD Pendekar dengan rasuah dan salah guna kuasa? 


Sekiranya projek Littoral Combat Ship (LCS) disiapkan  mengikut jadual asalnya, tentunya kapal-kapal TLDM itu sudah boleh berkhidmat untuk melindungi perairan dan kedaulatan negara. Jadi risiko KD Pendekar tak boleh beroperasi tidak begitu merisaukan.


Kita semua tahu bahawa projek LCS ini bermasalah disebabkan pelbagai salah laku. Ada laporan audit forensik dan ada laporan dari Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC).


Setakat ini:


1. Bilangan kapal LCS di bawah kontrak ini sudah dikurangkan dari 6 buah kepada 5 buah

2. Kos pembuatan LCS naik dari RM 9.128 bilion kepada RM 11.22 bilion, naik RM 2.092 bilion

3. Belum ada sebuah pun LCS yang siap sedangkan mengikut jadual asal sepatutnya sudah ada yang siap dan beroperasi


Saya tidak tahu apakah lagi bukti-bukti yang diperlukan oleh masyarakat untuk membenci perasuah dan penyalah guna kuasa. Mereka bukanlah manusia-manusia yang mulia. Malah, mereka tidak memperdulikan kita pun. Yang pentingnya mereka, keluarga mereka dan puak-puak mereka jadi kaya raya.


Jika LHDN menganggap pembayar cukai adalah wira negara, tentunya orang-orang yang menyebabkan dana cukai lenyap begitu sahaja adalah pengkhianat negara.


Semoga Allah membuka mata jantunghati kita dan dapat melihat kekejian perasuah dan penyalah guna kuasa.


DULU YIDDIN TAK KISAH..MARANG PUNG KATA KITE TAK CAMPUT.,..KA LAGU MANA..


Dr Maza


 Saya hadir ke majlis ini. Saya mendengar ucapan YAB PMX. Saya berpendapat beliau telah mengambil risiko yang besar untuk dirinya, bahkan politiknya demi isu ☆☆☆☆☆tin.





 Jika ia satu lakonan politik, pasti ia bukan lagi sesuatu membawa laba yang banyak. Saya percaya, dari kenyataan-kenyataan yang sangat tegas dan jelas itu, itu datang dari diri beliau. Allah lebih mengetahui segalanya. Itulah andaian saya yang tidak terlibat dengan parti politik sesiapa. Pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang tidak memegang tampok kuasa sahaja yang biasanya bercakap demikian.



DOK TAHU DOK PAHANG..TAKKKDIRRRR


 

TAHNIAH KERAJAAN KELANTAN

 

Mohd Fairul Al Qasas


Tahniah Kerajaan Kelantan kerana berjaya wujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan.




KUAT SIKIT DAH ANGKUH

 


Akmal Saleh kata UMNO mungkin akan 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝘀𝗼𝗹𝗼 dalam PRU16. Aku tengok penyokong UMNO pun ada yang 𝙤𝙫𝙚𝙧 𝙚𝙭𝙘𝙞𝙩𝙚𝙙 dengan kemenangan di Nenggiri. 



Strategi tak libatkan PH berkesan, kata mereka. Betul juga cakap mereka. Walaupun kalau ikut kata 𝗔𝘀𝘆𝗿𝗮𝗳 𝗪𝗮𝗷𝗱𝗶 𝗣𝗛 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿. Tapi tak apa.


Boleh 𝘵𝘦𝘴𝘵 𝘮𝘢𝘳𝘬𝘦𝘵 masa 𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 nanti. PH tak payah letak calon. Cukup dengan 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴. Biar UMNO urus sendiri.


Mungkin masa tu boleh 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢 tarik 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 dan 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻. Cuba tengok keupayaan mereka.


Kalau boleh menang dengan majoriti lebih besar, nanti 𝗣𝗥𝗨16 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝘀𝗼𝗹𝗼. Bukannya ajak bergaduh ni. Untuk 𝘵𝘦𝘴𝘵 𝘮𝘢𝘳𝘬𝘦𝘵 UMNO je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SIAPA KHAWARIJ


Che Ibrahim


 SIAPA KHAWARIJ?? 


Puak Khawarij ini wujud sepanjang masa, ciri utama mereka ialah:

1. Mengkafirkan pelaku dosa dan maksiat  ( تكفير أهل الذنوب والمعاصى).

2. Menghalalkan darah @ berperang sesama Islam. 


Merekalah yang merancang pembunuhan ke atas Saidina Ali, Saidina Muawiyah dan Amru bin Al Ash kerana beranggapan 3 orang inilah yang telah merosakkan Islam Dan umatnya waktu itu. 


Mereka merancang untuk membunuh ketiga tiga watak itu secara serentak ketika mereka sedang solat suboh. Ali berjaya ditetak di kepalanya (ubun ubunnya) dan mati  3 hari selepas itu, Muawiyah hanya cedera dipunggung kerana tikaman yang tersasar, manakala Amru terselamat kerana tidak keluar solat subuh pada hari yang dirancang, tetapi orang lain yang menggantinya sebagai imam telah terbunuh kerana bertukar orang. 


Itulah bahayanya khawarij, orang lain semua salah, semua tak betul dengan Islam. Hanya mereka yang benar benar betul dengan Islam.


KAH KAH...

 Berita Panas 


Zuwairi

Identiti x RICHARD MALANJUM,RichardPower_ bantai puas2 ramai2 dia lepas ini.Kaki fitnah pencacai tegar PN acah2 serba tahu menciap



PMX LAHIRKAN RASA KESAL ATAS RUNTUHAN.

 

Dukacita atas kemalangan yang melibatkan seorang ibu yang terjatuh di Masjid India kelmarin. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan segera mengemukakan laporan dan menemui keluarga, Insya-Allah. Semoga urusan pencarian dipermudahkan.


Foto: Bernama




KISAH MISTERI RAYA BILA MAT SAGOON JADI MENTERI AGAMA.


Mak Tiri


 Biar foto ni berbicara. Ada betuinya! 1 malaysia kelam kabut nk beraya 1 syawal dulu tuh? 

Ada tak sempat masak , ada dlm car malam raya dgn jemp teruk? Ada penat masak tengah malam sampai esok pagi ketiduran? Hahaha tak reti buek koje depa ni! Kah3x😆😅🤣😂🤭🫢🫣 maklom tebuk atap gov menteri agamanya orang pas! Si sagoon tuh! 🤣🤣🤣



IKUT AKU SETUJU JA. SEBAB YANG ADA NI PUN LEMAU JA..TAPI BUKAN DIGANTI DENGAN AKHMAL NI LA..


 Akmal cadang tukar 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 dengan MP dari UMNO. Aku fikir elok juga cadangan tu. Tapi tak boleh la tukar macam tu je. Kena ikut 𝗸𝘂𝗼𝘁𝗮.


Senang macam ni la. Kita kasi 𝙨𝙬𝙖𝙥 je. UMNO boleh ambik jawatan Menteri Komunikasi tu. Tapi jawatan 𝗧𝗣𝗠 1 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻. Ada setuju?

Itu baru namanya semangat Perpaduan. Cuma satu je nak pesan ke Akmal. Kuatkan UMNO dulu. Menang banyak kerusi, baru 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝙙𝙚𝙢𝙖𝙣𝙙 𝗶𝘁𝘂 𝗶𝗻𝗶. Kerusi tu kalau 𝘀𝗲𝗰𝗶𝗽𝘂𝘁, 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗰𝗶𝗽𝘂𝘁. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




Banyak la hang punya minta. Kuatkan Umno dulu.



TAHNIAH PMX


Desa HM

 

Tahniah PMX....




Tahniah Kerajaan Madani....

Malaysia sdg bangkit kembali menjadi gergasi Asia... 


Semua ini bukan dtg bergolek,

Sebaliknya atas usaha semua pihak yg memperjuangkan agenda dan  aspirasi MADANI...


Yg masih sinis dgn statistik ini... teruskan. Bukan satu kesalahan pun di bwh mana2 akta.

Malaysia tak rugi pun dgn sindiran, cercaan dan kebencian anda....


Kami para pendokong dan penyokong kerajaan ini... akan terus melangkah dgn JIWA yg MERDEKA....


❤️❤️❤️💪💪💪



HAPUSKAN RASUAH JANGAN BAGI PEMIMPIN KAYA BELA ANAK BINI.


 


UNDANG UNDANG BUKAN IKUT PAU UMNO



 Pemimpin UMNO kena sedar. Berterusan mainkan isu 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 ni akan 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶. Rakyat juga memandang sinis kepada UMNO. Makin susah rakyat nak 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢.



Aku sebenarnya tak ada masalah dengan pembebasan Najib ni. Sebab bagi aku, 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗶 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 sudah memadai. Sama ada dia bebas awal atau tidak, dah tak jadi hal.


Dia pun dikehendaki bayar saman 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮 𝗰𝘂𝗿𝗶. Maknanya kita akan dapat balik duit tu. Cukuplah tu. Paling penting, dunia tak lagi melihat kita sebagai 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗿𝘂𝗽.


Pimpinan UMNO sekarang ni bukan kena berjanji nak bebaskan Najib. Sebaliknya kena 𝘦𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘦 ahli yang pembebasan Najib ni 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗺𝘂𝘁𝗹𝗮𝗸 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Buat usul dalam PAU pun tak mampu ubah nasib Najib 


Dan lagi, ingatkan mereka Najib 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝘀 1𝗠𝗗𝗕 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻. Sekarang ni dia dipenjarakan atas kes SRC. Maknanya kalau dapat pengampunan masa ni Najib 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮.


Dan perbicaraan itu adalah kuasa 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮. Kalau peguam Najib bagus, boleh yakinkan yang Najib tak bersalah, lepaslah dia. Kalau peguamnya cap ayam, maknanya sangkut semula.


Habis tu kalau Najib didapati bersalah, kena penjara lagi, nak mohon pengampunan sekali lagi? Berapa kali nak kena ampunkan macam tu? Kenapa tak tunggu je sampai 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗿𝗮𝗷𝗮?


Pemimpin UMNO pun tahu semua ni tapi sebenarnya tak nak cakap sebab  takut hilang sokongan. Tapi kena ajar ahli jadi cerdik. Biarlah 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 je yang bodohkan ahli. 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝘀𝗮𝗺𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PUAK TAK SEDAR DIRI. BAGI KENAIKKAN GAJI MAKI LAGI. APA PUNYA AKAI TAK DAK.


 

TERUSKAN PAK YUS TEGUR


 

JANGAN CAKAP ANGKUH.

 

Saya tak nak komen banyak..




Cuma nak ingatkan Dr Akmal...


1.UMNO jadi TPM dengan hanya 28 kerusi.


2. Kerajaan Pahang dan Perak diketuai UMNO hanya kerana disokong PH.


3. Tak ada satu pun kerusi parlimen di Melaka yang UMNO menang..


4. UMNO kalah semua kerusi DUN dan Parlimen di Terengganu 


5. UMNO kalah semua kerusi DUN dan Parlimen di Kedah


6. UMNO kalah semua kerusi DUN dab Parlimen di Perlis


7. UMNO menang dua DUN di Pulau Pinang dengan bantuan PH.


Sedarlah diri ya.. orang sombong dan suka nafikan kebenaran akan kalah dan terus terpinggir.


Fairul al Qasas



DOMINAN UMNO BERMAKNA MEREKA MAHU REBUT KERUSI PERDANA MENTERI



Hasrat dan ingin kembali dominan menjadi topik paling hangat sepanjang berlangsungnya PAU2024 yang berakhir semalam.


Sama ada di dalam atau di luar dewan mesyuarat, dominan adalah perkataan yang hampir tidak lekang diperkatakan.


Kalaulah UMNO tidak menang di PRK Nenggiri baru-baru ini, ungkapan dominan sudah pasti akan kekal tersembunyi di Gua Musang.


Hanya kerana menang di Nenggiri, berdentam-dentum pemimpin UMNO mahu parti itu kembali dominan.


Apa sebenarnya dominan yang ingin dihasrati oleh UMNO itu?


Mampukah ia dicapai?


Dalam hal berkaitan, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada ahli-ahli parti itu agar mengetepikan perbezaan dalam usaha memperkuatkan parti supaya ia kembali menjadi dominan pada PRU16 akan datang.


“Untuk jadi dominan semula, tak ada orang lain boleh bantu kita, kita mesti bantu diri dengan memperkuatkan parti kita sendiri,” katanya.


Ketua Pemuda UMNO,  Dr Akmal Saleh pula tidak mahu parti Melayu itu selesa dengan situasi semasa iaitu sekadar menjadi pelengkap kepada kerajaan perpaduan hari ini.


Sebaliknya, beliau menegaskan, UMNO perlu kembali menjadi dominan dalam landskap politik tanah air seperti di era kegemilangan parti Melayu itu sebelum ini.


Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani berkata, untuk kembali dominan, UMNO dan BN mungkin memerlukan dua atau tiga pilihan raya lagi bagi merealiasaikan hasrat tersebut.


Bagi situasi semasa dan dalam konteks kerajaan perpaduan sekarang, keinginan UMNO kembali dominan itu tidak lain bermakna parti itu ingin memenangi jumlah kerusi terbanyak dan seterusnya kembali menduduki kerusi Perdana Menteri.


Sama ada akan bertanding solo atau berdasarkan pembahagian kerusi mengikut formula kerajaan perpaduan, UMNO pada hakikatnya mahu memenangi jumlah kerusi terbesar sekali bagi mencapai tujuan itu.


Kalau sekarang BN ada 30 kerusi dan PH ada 81 (dulu ada 82 termasuk Muda), ini bermakna UMNO pada  PRU16 akan datang harus meningkatkan jumlah kemenangan mereka melebihi mana-mana parti dalam PH sekarang.


Jumlah kerusi PH sekarang ialah DAP 40, PKR 31, Amanah 8 dan Upko 2.


Katalah UMNO dan PH  masih boleh membentuk kerajaan selepas PRU16 akan datang, di sinilah pentingnya kerudukan dominan dan jumlah kerusi terbanyak itu.


Jika jumlah kerusi UMNO lebih besar daripada PKR, maka sudah tentu mereka akan menuntut kerusi Perdana Menteri yang kini disandang oleh Anwar Ibrahim.


Tetapi dalam hal ini, PKR masih disokong oleh DAP, Amanah dan Upko yang sudah tentu lebih mahu pemimpin PKR mengisi jawatan Perdana Menteri berbanding menyerahkannya kepada UMNO.


Keadaan hanya mungkin berubah jika jumlah kerusi UMNO jauh lebih besar daripada PKR.


Kalau bertanding solo pula, jika berjaya memenangi jumlah kerusi terbanyak, UMNO pada ketika itu sudah tentu akan membuka ruang mencari rakan kongsi daripada parti-parti lain bagi merealiasasikan cita-cira dominan mereka.


Soalnya, bolehkah semua itu dicapai dengan mudah?


Apakah Anwar tidak menyedari dominan UMNO itu bererti boleh mengancam kedudukannya?


Dalam hal ini, pandangan Johari Ghani ternampak lebih realistik iaitu UMNO memerlukan dua atau tiga PRU lagi untuk mampu kembali dominan.


Itu pun, jika UMNO benar-benar sedia untuk berubah. – ShahbudinHusin 25Ogos2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/08/25/dominan-umno-bermakna-mereka-mahu-rebut-kerusi-perdana-menteri.html



DIHANTUI DOSA SEMALAM.




 Makin tua makin mengarut. Tiba-tiba dia bangkitkan isu 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Mahathir macam diburu 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺𝗻𝘆𝗮. Dia teringat hari ni sama macam masa dia PM dulu yang mana 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵.


Masa dia, undang-undang penjajah 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 (𝗜𝗦𝗔) digunakan secara berleluasa. Tah berapa ramai dah 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮 sesuka hati hanya kerana  mendedahkan kepincangan yang dia buat.


Hari ni setakat dipanggil untuk siasatan dia dah kata zalim. Kena dakwa pun belum tentu. Kalau la Mahathir hidup 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 zaman dia jadi PM dulu mungkin dia dah 𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻.


Sibuk isu 3R. Kata Mahathir kerajaan zalim sebab tak bagi sentuh isu 3R  Soalannya, yang sibuk nak sentuh sangat isu 3R tu kenapa? Apa niatnya? Memang nak 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 ke?


Kalau berpolitik secara matang, bercakap soal dasar dan isu yang menjejaskan kehidupan rakyat, tak perlu pun guna isu 3R. Atau Mahathir rasa dasar kerajaan sekarang 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗯𝗮𝗴𝘂𝘀 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝙥𝙤𝙞𝙣𝙩 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸?


Mahathir nak negara kucar kacir macam di London baru-baru ini disebabkan 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Begitu? Untuk apa? Supaya bila negara kucar-kacir maka kes sakau keluarganya boleh ditutup? Macam tu ke?


Mahathir juga kata tak boleh kritik DS Anwar. Boleh kena dakwa. Inilah 𝘀𝗲𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿-𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻. 𝗞𝘂𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮 si Gomo tu contoh terbaik. Bukak mulut je fitnah DS Anwar. Sampai hari ni bebas.


Bukan macam masa Mahathir dulu. Dengan bertanya 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘔𝘢𝘩𝘢𝘵𝘩𝘪𝘳 pun boleh 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗴𝗮𝗺. Marhaen kalau kutuk Mahathir secara terbuka, tahu tahu je hilang tanpa jejak. Rupanya dah kena masuk ISA.


Mahathir ni 𝘀𝗲𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺-𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺. Hari ni ada hati cerita soal kebebasan? Nasihat aku, ludahlah ke langit wahai orang tua. Biar kahak tu 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗸𝗲 𝗺𝘂𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Sebab itulah apa yang dibuat masa ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KAPAL TLDM TENGGELAM.

 


Kesemua 39 kru Kapal Diraja (KD) Pendekar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhadapan detik mencemaskan apabila kapal itu tenggelam selepas mengalami kebocoran, dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor pada Sabtu.



Markas TLDM dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kejadian yang berlaku ketika penugasan operasi pada jam 12 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada pelanggaran dengan objek di bawah air.


"Kesemua kru tersebut telah diselamatkan, dan fokus utama TLDM kini ialah untuk melakukan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal tersebut," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews