DIHANTUI DOSA SEMALAM.




 Makin tua makin mengarut. Tiba-tiba dia bangkitkan isu 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Mahathir macam diburu 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺𝗻𝘆𝗮. Dia teringat hari ni sama macam masa dia PM dulu yang mana 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵.


Masa dia, undang-undang penjajah 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 (𝗜𝗦𝗔) digunakan secara berleluasa. Tah berapa ramai dah 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮 sesuka hati hanya kerana  mendedahkan kepincangan yang dia buat.


Hari ni setakat dipanggil untuk siasatan dia dah kata zalim. Kena dakwa pun belum tentu. Kalau la Mahathir hidup 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 zaman dia jadi PM dulu mungkin dia dah 𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻.


Sibuk isu 3R. Kata Mahathir kerajaan zalim sebab tak bagi sentuh isu 3R  Soalannya, yang sibuk nak sentuh sangat isu 3R tu kenapa? Apa niatnya? Memang nak 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 ke?


Kalau berpolitik secara matang, bercakap soal dasar dan isu yang menjejaskan kehidupan rakyat, tak perlu pun guna isu 3R. Atau Mahathir rasa dasar kerajaan sekarang 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗯𝗮𝗴𝘂𝘀 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝙥𝙤𝙞𝙣𝙩 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸?


Mahathir nak negara kucar kacir macam di London baru-baru ini disebabkan 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Begitu? Untuk apa? Supaya bila negara kucar-kacir maka kes sakau keluarganya boleh ditutup? Macam tu ke?


Mahathir juga kata tak boleh kritik DS Anwar. Boleh kena dakwa. Inilah 𝘀𝗲𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿-𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻. 𝗞𝘂𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮 si Gomo tu contoh terbaik. Bukak mulut je fitnah DS Anwar. Sampai hari ni bebas.


Bukan macam masa Mahathir dulu. Dengan bertanya 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘔𝘢𝘩𝘢𝘵𝘩𝘪𝘳 pun boleh 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗴𝗮𝗺. Marhaen kalau kutuk Mahathir secara terbuka, tahu tahu je hilang tanpa jejak. Rupanya dah kena masuk ISA.


Mahathir ni 𝘀𝗲𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺-𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺. Hari ni ada hati cerita soal kebebasan? Nasihat aku, ludahlah ke langit wahai orang tua. Biar kahak tu 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗸𝗲 𝗺𝘂𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Sebab itulah apa yang dibuat masa ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.