Saya mendapat video dari Ustaz Zaharudin Muhammad untuk di ulas.
https://vt.tiktok.com/ZS2rVjmHm/
1. UZM ni kawan lama..kenal sejak 20 tahun dulu..memang pakar bab syariah.
2. Pakar macam mana pun bila bias, akan tersilap. UZM ialah menantu Hj Hadi.
3. UZM ulas bab pembangunan semula Kg. Sg. Baru. Tapi dia kata soal pengambilan tanah.
4. Kata UZM, haram dalam syariat tanah diambil secara paksa untuk pembangunan, ekonomi dan komersil. Halal atau dibolehkan syariat hanya jika untuk kepentingan awam seperti sekolah.
5. Kata UZM lagi..Kerajaan bercadang nak ambil 1300 ekar tanah orang Melayu di KL ni. Kg SG Baru ni..kiranya hanya permulaan.
6. Kata UZM lagi kalau lah boleh dipaksa ambil tanah untuk pembangunan, maka Firaun adalah orang pertama yang perlu dipuji kerana memaksa rakyatnya bekerja untuk bina pyramid.
Ulasan saya.
1. Adakah UZM baru dapat dalil yang haram ambil tanah rakyat untuk pembangunan?
2. Adakah UZM langsung tidak dapat melihat wujudnya kepentingan awam untuk pembangunan semula Kg Sg Baru dari segi keselesaan, kemudahan infrastruktur lebih baik, keselamatan dan keindahan?
3. Dimana UZM ketika tanah ini dalam proses diambil semasa zaman PN Menteri Shahidan Kassim dan Annuar Musa?
4. Dimana UZM ketika mana tanah rakyat di Kota Bharu dirampas dan hanya dibayar pampasan RM1000 sahaja sekeluarga?
5. Tindakan UZM keluar pendapatan begini menimbulkan kecaman dari rakyat, boleh baca komen 99% mengecam Kerajaan kerana penyampaian ilmu yang salah dari UZM.
6. Saya juga nak tanya UZM apa hukumnya bila MB Terengganu jual tanah jauh murah dari harga pasaran kepada NGO diketuai isteri MB?
7. Nasihat saya kepada UZM, jujurlah dengan ilmu yang enta miliki dan bertanggung jawablah dengan kesan kenyataan enta.
Terima kasih.