SIAPA KHAWARIJ


Che Ibrahim


 SIAPA KHAWARIJ?? 


Puak Khawarij ini wujud sepanjang masa, ciri utama mereka ialah:

1. Mengkafirkan pelaku dosa dan maksiat  ( تكفير أهل الذنوب والمعاصى).

2. Menghalalkan darah @ berperang sesama Islam. 


Merekalah yang merancang pembunuhan ke atas Saidina Ali, Saidina Muawiyah dan Amru bin Al Ash kerana beranggapan 3 orang inilah yang telah merosakkan Islam Dan umatnya waktu itu. 


Mereka merancang untuk membunuh ketiga tiga watak itu secara serentak ketika mereka sedang solat suboh. Ali berjaya ditetak di kepalanya (ubun ubunnya) dan mati  3 hari selepas itu, Muawiyah hanya cedera dipunggung kerana tikaman yang tersasar, manakala Amru terselamat kerana tidak keluar solat subuh pada hari yang dirancang, tetapi orang lain yang menggantinya sebagai imam telah terbunuh kerana bertukar orang. 


Itulah bahayanya khawarij, orang lain semua salah, semua tak betul dengan Islam. Hanya mereka yang benar benar betul dengan Islam.