Tingkatkan eksport pasaran baharu, ke Asia Tengah, Amerika Selatan'



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan pada ketika ini sedang meneroka pelaburan baharu ke Asia Tengah dan Amerika Selatan bagi meningkat eksport negara.


Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata langkah itu merangkumi eksport utama negara iaitu minyak sawit, produk elektrik dan elektronik (E&E) serta automotif


"Ia diperluskan ke pasaran bukan tradisional seperti Asia Tengah dan Latin Amerika, setakat ini jumlah eksport ke Asia Tengah ialah 24.7 peratus dan 2.3 peratus pula di Amerika Selatan.


"Selain itu, melalui kerjasama dengan Arab Saudi, UAE dan Mesir mereka telah bersetuju untuk dijadikan hub eksport negara ke Afrika," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN - Kubang Pasu) mengenai perincian jumlah pelaburan semasa, hasil lawatan Perdana Menteri ke negara luar.


Mengulas lanjut, berkenaan dengan siri lawatannya, Anwar berkata, UAE melalui komitmen rakan sejawatnya Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan ketika ini telah menghantar dua rombongnya ke Malaysia bagi tindakan susulan.


"UAE ketika ini adalah pelabur besar Malaysia iaitu sekitar RM1.4 bilion, manakala Arab Saudi PIF Aramco telah bersetuju menambah pelaburan di Pengerang dan akan mengadakan mesyuarat lembaga di Malaysia melibatkan tiga menteri Arab Saudi.


"Aramco bercadang untuk datang ke sini dua minggu tempoh lawatan ke Arab Saudi untuk bermesyuarat dengan Petronas. Ia bukan MOU seperti yang dibimbangi (hanya di atas kertas) kerana tindakan susulan telah bermula untuk melaksanakannya," katanya.


Justeru, Perdana Menteri menggesa kementerian dan ketua negeri yang berkaitan untuk memastikan semua kelulusan projek itu dapat diselesaikan dengan segera.


"Hal ini kerana, kita mendapat laporan (daripada pelabur) semua (perjanjian telah) dipersetujui tetapi tahap proses kelulusan agak perlahan, ketimbang beberapa negara termasuk Vietnam," ujarnya lagi.

NEGARA SOKONG DAN TIDAK.




 Semalam PBB baru meluluskan resolusi isu Palestin/Israel dgn melebihi 2/3 undi, selepas byk halangan sblm ni drpd Amerika Syarikat. Lihat list ni sape bantah sape sokong dan sape give up undi


Remarks: keputusan terbaru ialah 121 undi sokong sebab Iraq ada masalah teknikal dgn butang undi



KAH..KAH..JENUH LA....

 

Abih menggelepar laa walaontolol & lebai2 #pas yg mempromosi extremism & keganasan ala tall*iban kat kanak2 sekolah lps niii..🤣




MANA BOLEH BERKAWAN AIHHH..


Ibrahim Mat Isa

 

Depa di peghelih duk pulun nafikan konon tak dak apa². Mai orang tua ni dia tuang racun tikuih teruih.. 😂😂.... Matilanakkk... 😜😜




ISLAM MENGANJURKAN KEAMANAN; MEMUPUK SEMANGAT JIHAD YANG TERANCANG DAN TERSUSUN




TAK SANGKA OTAK HANG PUNYA KEMETOT. AJAQ ANAK ANAK ERTINP] PERJUANGAN DAN PEGANG SENJATA. AKAI TAK DAK.


 

31 Oktober 2023

16 Rabiul Akhir 1445H


Selaku Yang Dipertua YADIM, saya juga penasihat/penaung kepada beberapa kumpulan silat Melayu yang memastikan gelanggang pelbagai jenis silat dibuka di berapa lokasi termasuk sekolah.


Silat akan menjadikan anak-anak kita berdisplin, cergas, tangkas, fokus dan semakin kuat hubungan mereka dengan Pencipta, selain menanamkan sifat kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu apabila mereka sentiasa bersiap siaga mempertahankan diri, keluarga serta negara.


Membawa senjata walaupun hanya mainan untuk menaikkan semangat murid-murid sekolah terhadap perjuangan Palestin adalah sangat tidak sesuai.


Memberi kefahaman terhadap kezaliman zionis yahudi memerlukan kemahiran dan latihan khusus.


Adalah wajar Kementerian Pendidikan membantu penceramah-penceramah mengenai isu Palestin di sekolah-sekolah untuk mempunyai latihan daripada NGO-NGO terlatih, berpengalaman dan profesional.


Jangan biarkan parti-parti politik yang tiada manhaj (kaedah) yang betul untuk berceramah di sekolah-sekolah. Tindakan tidak bijak ini akan mencemarkan imej Islam yang sebenarnya menganjurkan keamanan serta menolak kebencian sesama manusia.


Solidariti Palestin di sekolah-sekolah wajar diteruskan dengan pendekatan yang betul.


#MenJunjung30JuzukQuraan

#RahmatanLilAlamin

#RajaDijulangRakyatDitatang

#KhadamDuniaPersilatanMelayu

#MalaysiaMadani 


HASANUDDIN MOHD YUNUS

Naib Presiden AMANAH

Mantan Ahli Parlimen

P101 Hulu Langat



KITA BOLEH REPORT #PDRM



 BIADAB sungguh makhluk yang kerja FINAS ni komen! Ini contoh deep state yang berlambak-lambak dalam perkhidmatan awam!

Belambak aihh...baik cikgu baik guru besar. Tak pa lam kerajaan banyak yang cerdik dan madani.

Masa nak jadi calon, tengah bawa keta pun berhenti untuk dapat cover lam akhbar. Bila dah jadi YB, call tak angkat dah....hangpa ingat kekal ka jadi kerajaan. 








PMX MEMPENGERUSIKAN MTPIN

 

Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1 Tahun 2023 sebagai platform perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi menetapkan dasar, hala tuju dan perkara terkait perubahan iklim.

 







Mesyuarat memfokuskan mengenai beberapa perkara antaranya cadangan pengukuhan MTPIN sebagai platform tertinggi negara dalam menyelaras isu perubahan iklim. 


Malah, mesyuarat juga telah bersetuju dengan cadangan penetapan dasar berkaitan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon negara. 


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memastikan mekanisme pasaran karbon negara adalah memenuhi prinsip-prinsip di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) dan mengambikira kepentingan Kerajaan Negeri.


Sementelahan, saya juga akan mengetuai delegasi negara ke “World Climate Action Summit” pada 1 hingga 2 Disember 2023 yang diadakan bersekali dengan Persidangan Negara Ahli ke-28 UNFCCC (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. 


Mesyuarat hari ini juga turut membincangkan cadangan pendirian negara bagi isu-isu utama yang akan dirundingkan oleh delegasi negara di persidangan tersebut.


Malaysia kekal teguh dengan pendirian bahawa negara maju perlu segera memenuhi komitmen bagi menggerakkan usaha negara-negara membangun dalam melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.


Selaras dengan dasar kemampanan di bawah Malaysia Madani, Kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri dan pihak-pihak berkepentingan lain akan terus bekerjasama bagi  menangani isu perubahan iklim  secara holistik dan bersepadu. 


Ini merupakan antara inisiatif Kerajaan bagi memastikan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi mendatang.


#MalaysiaMADANI



KALAU NI KAT PENANG. WALAUN BUAT REPORT DULU..MMMM




 

NABI PUN HANGPA BOLEH JUAI


 

WOIIII- GADUH PASAI APA? DEDAK TAK CUKUP KA HABIH DAH....HUUUWAAAAA


 

ORANG KERJA SENDIRI NAK TAHU APA MEREKA DAPAT SECARA TAK LANGSUNG


 

SIMPAN PUN TAK GUNA, LEBIH BAIK BERSATU PECAT SEGERA DUA AHLI PARLIMENNYA YANG KINI SOKONG ANWAR


Sehingga ini sudah dua Ahli Parlimen blok pembangkang mengumumkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Kedua-duanya adalah daripada Bersatu – Iskandar Dzulkarnanin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).


Meski berada di blok yang berbeza, sokongan yang mereka berikan kepada Anwar selaku Perdana Menteri tidak bercanggah dengan akta lompat parti kerana mereka tidak keluar parti dan tidak juga melompat menyertai parti lain.


Kedua-duanya masih ingin kekal sebagai ahli Bersatu, malah mengatakan akan tetap taat dan setia kepada parti itu.


Yang menyebabkan mereka memberi sokongan kepada Perdana Menteri hanya kerana berharap dengan sokongan yang diberikan itu, peruntukan kewangan daripada kerajaan diberikan kepada mereka sebagai Ahli Parlimen blok pembangkang.


Kononnya, tanpa peruntukan daripada kerajaan, tugas menjaga kawasan dan memberi bantuan kepada pengundi menjadi kerja yang amat payah.


Lalu, sebab itulah mereka memilih untuk menyokong kerajaan, waima berada di blok pembangkang.


Walaupun tindakan kedua-dua Ahli Parlimen itu tidak bertentangan dengan akta lompat parti, namun ia sudah tentu salah daripada segi moral, etika, kejujuran, harga diri dan janji kepada parti serta pengundi ketika mereka bertanding dahulu.


Sebab itu, Iskandar Dizulkarnain sudah pun diberikan surat tunjuk sebab oleh Bersatu dan banyak pihak dalam parti itu membayangkan dua kemungkinan hukuman bakal diterimanya iaitu sama ada dipecat atau digantung keahlian.


Sementara Iskandar Dzulkarnan sudah diberikan surat tunjuk sebab, Suhaili juga padti akan menerima surat yang sama tidak lama lagi.


Dalam hal ini, hukuman apakah yang patut dan paling sesuai dikenakan kepada kedua-dua Ahli Parlimen yang berpaling arah itu?


Apa yang nyata, dengan apa yang dilakukan oleh Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili ini, terbukti akta lompat parti masih ada kelemahan yang membolehkan seseorang Ahli Parlimen memberi sokongan yang berbeza dengan pendirian parti.


Kelemahan tersebut menyerlahkan hakikat bahawa bukan saja Ahli Parlimen blok pembangkang boleh menyokong kerajaan, tetapi Ahli Parlimen kerajaan juga boleh menyokong pembangkang kiranya ada gerakan menebuk atap atau usaha untuk menjatuhkan kerajaan.


Berbalik kepada kes Kuala Kangsar dan Labuan, kedua-dua mereka sebenarnya sudah tiada hati lagi kepada Bersatu dan PN.


Iskandar Dzulkarnain misalnya, sebaik saja mengumumkan sokongannya kepada Anwar, beliau terus menghilangkan diri dan tidak lagi dapat dihubungi.


Selain telefon bimbitnya sudah dimatikan dan sebarang teks pesanan tidak dijawab, beliau juga tidak hadir ke Parlimen sejak pengumumannya itu.


Begitu juga dengan Suhaili, beliau difahamkan turut mematikan telefon bimbitnya sejak semalam.


Semua tindakan itu menunjukkan mereka sebenarnya sudah tiada hati dan tidak berminat lagi untuk kekal dalam Bersatu dan PN.


Ungkapan ingin terus kekal dan tetap setia dengan Bersatu yang dilafazkan bersama pengumuman mengalih sokongan kepada Anwar itu tidak lebih sekadar kata-kata pemanis mulut semata-mata.


Dengan itu, bukan saja memujuk mereka sudah tiada gunanya, menggantung keahlian mereka dan mengekalkannya dalam blok pembangkang juga tidak lagi memberi apa-apa makna.


Hati, jiwa dan kesetiaan mereka sudah beralih kepada kerajaan yang mampu memberikan peruntukan berbanding parti yang sebelum ini memberi mereka peluang bertanding.


Baik dipecat saja dengan segera kedua-duanya dan dengan itu, mereka selepas ini bebas sama ada untuk kekal tidak berparti atau menyertai mana-mana parti yang ada dalam blok kerajaan.


Disimpan pun sudah tidak berguna, lagi pula mereka sudah tidak diperlukan oleh mana-mana parti dalam PRU16 akan datang nanti. – ShahbudinHusin 31/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/31/simpan-pun-tak-guna-lebih-baik-bersatu-pecat-segera-dua-ahli-parlimennya-yang-kini-sokong-anwar.html



TERUSKAN SOKONGAN DEMI PRINSIP DAN KEMANUSIAAN


 

SUBSIDI AYAM NI SEJAK 2022 LAGI DAN BERSIFAT SEMENTARA. JADI PI LA KE MAIDIN BELI..TAK PAYAH KALUT...PELAN PELAN...


 

OOWWHHHH- KERJA OUN KECAM JA...

 



Che Ibrahim


Pemimpin PAS mempersendakan PMX sementara pengikut PAS pulak mengecam PMX kaki bohong. Tapi realitinya kita lihat nanti apa kata orang PAS pulak.


Mungkin PAS tidak akan simpati dan kecam lagi PMX sambil berkomentar kenapa tidak cakap Hamas itu pengganas! Mungkin akan padankan muka PMX lagi!


Yang jelas, agen اليهود ada di mana² dikalangan yang pakai mafla Filisthin pun ramai. Menyampah betul..



SAMPAI MACAM TU SEKALI WALAUN GELAR PADA ORANG YANG TAK SOKONG PARTI DIA


 

ISSHHH ISSHHH ISSHHHH-WALAUN BANYAK KENA SCAM NI..HATI HATI OUN...JANGAN KENA SCAM.


 

TEDIAA AIH KEDAH TENGGELAM NO..PANGGE NUSI PANGGE NUSI.....DIA DOK KALUT NUH...APA PROJEK MEGA DASYAT PUNYA


 

PUNYA BUSUK PERUT. BILA KERAJAAN SEBELUM INI GAGAL KAWAL HARGA BARANG...DIA DOAKAN KEGAGALAN KERAJAAN MADANI CUBA APUNGKAN HARGA. WOIII...MYDIN DAH APUNGKAN HAR 7.99 BAGI HARGA AYAM.


 

INI YANG DIKATAKAN WALAUN BUAT TAK APA..ORANG LAIN TAK BOLEHM


 

AKAL YANG WARAS DI KALANGAN GURU PUN TAK DAPAT MEMBEZAKAN.

 

Nur Hadi




Akal yang kurang waras tak mampu membezakan 'prop' pakaian anggota pertahanan negara dgn 'prop' senjata yang menggambarkan situasi peperangan di Gaza yg sedang berlaku sekarang.


Memakaikan anak-anak dgn seragam tentera di sekolah untuk semangat patriotik contohnya dalam program sambutan kemerdekaan tidak sama dgn memakaikan mereka pakaian serta senjata yg berimejkan sebuah kumpulan tertentu di luar negara yang sedang berperang.


Peperangan bukan perkara 'suka-suka' atau menyeronokkan. Tanyalah mana-mana veteren askar di dalam atau di luar negara, siapa yang mahu berdepan dgn peperangan dan pertumpahan darah sekali lagi. TIDAK ADA. Jadi apa motif mendedahkan kanak-kanak di sekolah yang belum matang akal fikirannya dengan memegang 'senjata' dalam tempoh kritikal ini?


Adakah dalam mana-mana himpunan menyokong Palestin kita membenarkan mana-mana pihak membawa replika senjata? Kalau ada sudah pasti 'ke dalam'. Hadamkan betul-betul bahawa menyokong perjuangan Palestin perlu difokuskan kepada seruan perdamaian, bukan meraikan peperangan. Masih menganggap tindakan kanak-kanak membawa 'senjata' di sekolah itu 'tiada masalah'?


Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam temubualnya di rancangan Keluar Sekejap mengakui terganggu dgn video yg memaparkan kanak-kanak di sekolah memegang 'senjata'. Malah baginda sendiri terus menghubungi Menteri Pendidikan dan berpesan supaya mengawal program Solidariti Palestin di sekolah-sekolah dgn pengisian yang lebih bersifat kedamaian.


TMJ yang merupakan anggota tentera, menamatkan latihan ketenteraan selama 8 tahun, termasuk 6 tahun di Akademi Tentera India sendiri melihat ianya tidak wajar. Entah kenapa kita orang awam termasuk seorang mufti tidak melihat ianya tidak salah.


Kita sedang hidup dalam sebuah masyarakat yang sakit.



KISAH WALAUN FITNAH WAN AZIZAH

 

Perjumpaan Isteri-Isteri (1st Lady) Ketua Negara Sempena Persidangan Agong PBB/UNGA. 







Mohamad Fazrul AlQasas


1. Apabila dijelaskan fitnah, ada pula tanya kenapa perlu hadir, wajib ke?


2. Bila dijelaskan ini acara rasmi sempena Persidangan UNGA, mereka tanya pulak kenapa nak bergambar dengan Isteri Netanyahu (PM Israel)


3. Bila kita kata awak kenal ke Sarah( Isteri Netanyahu) tu? Cam ke dia? Tak boleh jawab.


4. Dia pusing balik tak sensitif pada Palestine sebab bergambar dengan Sarah.


5. Soalnya adakah kita cam siapa Sarah?

Dan adakah dasar diplomatik Malaysia melarang semua program yang ada wakil Israel?


6. Wan Azizah lebih awal muat naik status berkenaan program tersebut, dia tak tulis pun dia datang situ jumpa Sarah ke, tulis Israel ke..maksudnya Wan Azizah tidak raikan mereka antara sebabnya Malaysia memang tak ada hubungan diplomatik dengan Israel. 


7. Pelik betul-betul puak-puak ni, gigih nak fitnah walaupun telah diberikan fakta.


8. Kita tak boleh bantu lebih, cuma harap pihak berkuasa lebih tegas dan Allah laknat para penfitnah ini.


#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



KAH KAH KAH...HANGPA JANGAN KENA TIPU


 

LIVE: Sidang Dewan Rakyat, Selasa 31 Oktober 2023 (sesi pagi)

TEDIAAA...SANUSI BEST BANG HANG...DARI BUAT LITAR LUMBA LA BUAT AMBIK MAKAN ANGIN PULAK.


 

DIA INGAT DIA TERROR. DIA JADI MP TEMERLOH TAKAT JUAI IKAN PATIN SATU PEKAN TEMERLOH ,DIA ANGGAP EKONOMI PARAH. USD TAK GUNA PUN DI TEMERLOH.


 
Rafizi Ramli

Temerloh menyatakan bahawa ekonomi negara merundum ekoran nilai matawang ringgit juga mengalami penurunan.

Tak betul. Pertumbuhan ekonomi naik dari satu suku ke suku. Ekonomi terus berkembang. Kadar pengangguran dan inflasi negara terendah. 

Kenaikan kadar faedah oleh Amerika Syarikat, dan pergolakkan dunia menyebabkan nilai matawang kita dan juga negara lain turut jatuh. Satu dunia mengalami kejatuhan nilai matawang.

Dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi, pelabur-pelabur akan memulakan langkah mencari pelaburan dalam aset yang dianggap stabil, seperti emas atau dolar Amerika Syarikat. Ini adalah kerana aset-aset ini cenderung mengekalkan nilai mereka dalam jangka masa pendek.

Pada masa yang sama, dalam ekonomi yang berkembang dengan baik, kita sedar bahawa kenaikan gaji pekerja tidak meningkat dengan cepat. Ini bermakna walaupun terdapat peningkatan yang sederhana dalam harga barang, ia masih boleh memberi tekanan kepada pendapatan rakyat.


KALUT NAK TEBUK ATAP. AKHIRNYA ATAP NEGERI SENDIRI NAK PECAH

 





PAS asyik sebuk nak tebuk atap dan korek kapal orang lain, akhirnya kapal sendiri bocor kena tebuk ahli sendiri. Ahaks. 


****************

Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli menyangkal dakwaan pengerusi Bersatu negeri Abu Bakar Hamzah bahawa wujud pergolakan dalam PAS di negeri itu.


Mohd Shukri yang juga menteri besar sebaliknya berkata ada Adun PN yang tidak henti "menghentak" kerajaan negeri.


"Memang tiada pergolakan dalaman berlaku dalam Pas Perlis cuma adalah seorang dua yang teruja selepas menang (PRU15) ini yang seronok 'hentak' kerajaan macam nak jatuhkannya.


"Secara keseluruhannya tidaklah wujud 'geng penebuk kapal' ini kerana kami sebagai wakil rakyat PN masih duduk dan bekerja secara harmoni malah mesyuarat juga diadakan secara bersama sebagai pentadbir negeri ini," katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.


Namun, dia berkata tiada usaha di kalangan Adun PN untuk keluar dari gabungan itu memandangkan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis sudah diluluskan bagi membolehkan Enakmen Anti-Lompat Parti dilaksanakan.


Mohd Shukri adalah pengerusi PN Perlis manakala Abu Bakar timbalannya.


Semalam, FMT memetik Abu Bakar sebagai berkata antara isu yang melatari konflik dalaman PAS Perlis terkait dengan "kefahaman agama" selain susun atur gerak kerja dan pentadbiran negeri.


“PAS sedang bergolak di Perlis, tidak ada keselarian dan kesaksamaan dalam kalangan kita," katanya, sambil menambah Bersatu tidak berhasrat untuk masuk campur dalam kemelut tersebut.


Abu Bakar juga berkata hubungan Bersatu dengan PAS kekal utuh dan berharap isu berkenaan dapat diselesaikan segera.



DISAYAKKI KAWAN RAPAT

 

Posted by Admin

Cartoon by Haili


Aku syak depa ni kawan rapat…




SINONIM DENGAN DAEIS TALIBAN, ISIS....MAKA....


CUIT SIKIT....


Che Ibrahim


Menutup kepala dengan kain serban sudah sinonim dengan kerja kerja keganasan dan gerakan melampau.... Taliban, Daeis, Isis dan lain lain gerakan ganas sering memunculkan diri dengan menutup muka dgn kain serban.


Adapun roket lebih sinonim dengan kelajuan bergerak terutama meneroka angkasalepas, bukan untuk keganasan atau ghuluw.


Nak kata ambo khadam Dap, silakan, takdak lagi fatwa kata haram sokong dap, wat kata undi Dap wajib acapkali dah tubik dari mulut orang Pas (dulu dulu la)




SUDAH DUA AHLI PARLIMEN BERSATU SOKONG ANWAR, SEMUA INI SALAH MAHIADDIN…

 

Hanya kira-kira dua minggu selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnan Abdul Khalid daripada Bersatu mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim pada 12 Oktober lalu, kini seorang lagi wakil rakyat parti itu berbuat demikian.

Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman adalah Ahli Parlimen kedua daripada Bersatu dan PN yang mengumumkan pendirian menyokong Anwar.

Tidak jauh berbeza dengan Iskandar Dzulkarnain yang memberi alasan perlukan peruntukan dan kesukaran dalam memberi khidmat kepada rakyat di kawasannya sebagai alasan mengalih sokongan kepada Anwar, Suhaili pula membangkitkan rintihan berterusan daripada pengundi dan keperluan mendesak untuk membantu mereka sebagai asas keputusan yang diambilnya ini.

Tambahan lagi, menurut Suhaili, rakyat Labuan sudah lama merintih akibat berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, selain masalah bekalan air dan elektrik yang berlarutan sejak hampir 15 tahun lalu tanpa sebarang penyelesaian.

Begitu pun, sama seperti Iskandar Dzulkarnain, Suhaili juga mengumumkan beliau akan tetap taat dan setia kepada Bersatu, selain ingin terus kekal menjadi ahli parti tersebut.

Iskandar Dzulkarnain sudah pun diberi surat tunjuk sebab dan dalam hal ini, Suhaili bersedia berdepan apa juga risiko dan tindakan disiplin daripada Bersatu.

Menoleh ke belakang, keputusan Suhaili ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang amat mengejutkan kerana saya sudah pun menulis mengenainya pada 15 Oktober lalu, tiga hari selepas Iskandar Dzulkarnain mengumumkan sokongannya kepada Anwar.

Dalam tulisan tersebut, berdasarkan maklumat yang saya perolehi, didapati isu peruntukan bukanlah cerita dongeng dan ia benar-benar merupakan hambatan yang meresahkan bagi Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang ketika ini.

Dengan itu, dinyatakan jika PN terus keras hati dan degil untuk datang berbincang dengan kerajaan, saya dengan jelas menyebut bahawa ada beberapa Ahli Parlimen lain lagi akan mengambil langkah sama seperti Iskandar Dzulkarnanin.

Tulisan itu boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/10/15/isu-peruntukan-bukan-cerita-dongeng-beberapa-ahli-parlimen-pn-dijangka-ikut-langkah-mp-kuala-kangsar.html

Jika saya pun boleh dapat maklumat berkenaan, mustahil pimpinan Bersatu dan PN tidak mengetahuinya.

Dalam hal ini, berikutan PN sehingga kini masih lagi keberatan, degil dan keras hati untuk datang berbincang dengan kerajaan bagi membincangkan soal peruntukan yang diperlukan itu, tindakan dua Ahli Parlimen ini tidak lain adalah salah Mahiaddin Md Yasin.

Selaku Pengerusi PN dan ketua blok pembangkang, Mahiaddin harus membuang ego dan keras hatinya untuk gabungan itu datang berbincang dengan kerajaan.

Demi kepentingan rakyat, beliau wajar mencontohi Anwar yang ketika mengetuai PH dan menjadi Ketua Pembangkang, telah sanggup datang bertemu Perdana Menteri pada waktu itu, Ismail Sabri Yaakob sehingga terwujudnya MOU antara kerajaan dengan pembangkang, disusuli dengan semua Ahli Parlimen pembangkang akhirnya diberikan peruntukan tahunan bagi kawasan masing-masing.

Jika Mahiaddin rasa malu, cukup atas kapasitinya sebagai ketua blok pembangkang untuk beliau membuat kenyataan media saja berkenaan dengannya dan kemudian biarlah Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang mengadakan perbincangan dengan Fadilah Yusoff, Timbalan Perdana Menteri yang telah diberi tugas oleh Anwar untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Malah Anwar pernah menyebut – hari ini selesai perbincangan dengan Fadillah, esok peruntukan akan segera disalurkan.

Maka, nak tunggu apa lagi?

Lagi pula, sebarang usaha untuk menebuk atap dan menjatuhkan kerajaan sudah jadi perkara mustahil sekarang ini, melainkan kena tunggu ketibaan PRU16 saja untuk berbuat demikian, tetapi kenapa masih mahu diseksa Ahli-Ahli Parlimen dengan kesengsaraan empat tahun lagi menjalankan kewajipan tanpa peruntukan?

Atau Mahiaddin tak kisah melihat lebih ramai lagi Ahli Parlimen PN bertindak seperti Kuala Kangsar dan Labuan selepas ini? – ShahbudinHusin 30/10/202