Wan Azizah terkilan wujud musuh dalam selimut



Bagaimana seorang anggota parti tu yang sudah dibatalkan pencalonan kerana kesalahan #PolitikWang di peringkat cabang boleh dibenarkan bertanding di peringkat MPP?
Kesalahan tersebut bukan sahaja melanggar Tataetika JPP malah sudah melanggar Perlembagaan Parti!!!!
1. Adakah ini kecuaian di Pihak JPP?
2. Adakah calon itu dibenarkan bertanding kerana campurtangan dari "Wahyu"?
3. Adakah Pihak JPP dan Kepimpinan Parti ingin terapkan dan menggalakkan Budaya Politik Wang dan Rasuah dengan membenarkan individu seperti ini bertanding dan diangkat dalam Majlis Pimpinan Pusat?
𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡!
𝗗𝗜𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗚𝗔𝗥-𝗗𝗘𝗚𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗡𝗔𝗞 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗟𝗜𝗧 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛? 𝗗𝗨𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗝𝗔𝗧?
Diminta Anggota Parti dan Perwakilan persoalkan isu ini kepada JPP ramai² dan memberi tekanan kepada pimpinan yang anda kenal dengan #segera.
Esok sudah bermulanya Kongres AMK & Wanita, seterusnya Sabtu & Ahad ini adalah Kongres Nasional dimana "Calon yang Terpalit dengan Politik Wang" tersebut akan diundi sebagai Calon MPP!!
Harap bertindak segera!
#AyuhMalaysia #YakiniRakyat #TolakRasuah #TolakPenyamun
Laporan bahawa Maybank Singapore Limited, anak syarikat kumpulan Maybank yang merupakan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia menarik balik saman hutang terhadap Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anaknya membuka mata rakyat mengenai layanan yang diterima oleh golongan elit.
Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, saman hutang yang bersabit dua pinjaman pembelian kondominium mewah di Singapura berjumlah RM8 juta itu tidak seharusnya ditarik balik memandangkan rakyat biasa yang tidak mampu membayar hutang sering diburu oleh pihak bank dan dibawa ke mahkamah.
“Keputusan Maybank Singapore untuk tidak meneruskan usaha mendapatkan kembali hutang dari pemilik NFC sangatlah tidak sensitif kepada kepayahan rakyat biasa menanggung hutang sejak wabak Covid 19 melanda.
“Rakyat tidak lupa bagaimana sukarnya mendapat pelepasan dan kelonggaran dari pihak bank untuk menguruskan ansuran hutang mereka sepanjang tempoh dua tahun yang lepas.
“Ramai juga rakyat biasa yang jatuh muflis kerana gagal melunaskan hutang mereka yang jumlahnya jauh lebih kecil daripada hutang NFC itu
“Pada masa yang sama, keluarga Tan Sri Shahrizat Jalil yang memiliki NFC dan berhutang puluhan juta seolah-olah mendapat layanan yang istimewa dan tidak seperti rakyat kebanyakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Rafizi juga mempertikaikan hutang tertunggak pemilik NFC yang dituntut kerajaan membayar kembali sebanyak RM250 juta.
Apatah lagi katanya, baru baru ini pemilik NFC didakwa berunding dengan kerajaan untuk menyelesaikan saman hutang itu di luar mahkamah
Rafizi terkesan kerana sejak kembalinya pemimpin Umno menerajui negara, terdapat tanda-tanda seolah-olah satu per satu kes bersabit NFC diselesaikan tanpa melalui jalan undang-undang yang sewajarnya sebagaimana dilalui rakyat biasa.
“Inilah gambaran bagaimana sekiranya Umno kembali berkuasa sepenuhnya di Putrajaya, skandal-skandal penyelewengan wang rakyat berkemungkinan akan ditutup begitu sahaja dan bekas-bekas pimpinan Umno yang terpalit dengan rasuah akan bebas
“Walaupun kes NFC sudah berlaku lebih sedekad, saya akan terus memantau dan tidak akan teragak-agak mempertimbangkan tindakan undang-undang dan tindakan politik untuk menuntut kembali dana RM250 juta itu
“Jumlah itu boleh membantu petani dan penternak kecil untuk meningkatkan bekalan makanan negara, lebih-lebih lagi ketika rakyat berdepan dengan kenaikan mendadak harga makanan,” katanya lagi.

Masalah pengambilan anak angkat bukan warganegara Malaysia pernah cuba diselesaikan dengan baik oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 lalu.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah telah berjumpa dan menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri untuk memudahkan cara permohonan kewarganegaraan bagi anak angkat yang telah melalui proses mahkamah.
Bagaimanapun, menurut mantan Timbalan Menteri KPWKM, Hannah Yeoh, isu itu tidak selesai sehingga kini apabila kerajaan bertukar dan kes yang membabitkan anak angkat masih sukar mendapat kewarganegaraan.
“Paling membingungkan ialah kes yang telah mendapat perintah pengangkatan daripada mahkamah mengikut Akta Pengangkatan 1952 tetapi permohonan kewarganegaraan untuk anak angkat ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tanpa sebarang alasan.
“Pelbagai kesan sosial yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa dan anak angkat mereka ialah apabila permohonan kewarganegaraan ditolak.
“Ibu bapa ini jadi stress dan mengalami tekanan emosi yang sangat berat. Mereka tidak dapat membuat rancangan jangka pendek atau jangka panjang dalam penjagaan anak angkat mereka,” kata Hannah dalam satu kenyataan.
Selain itu, kata Ahli Parlimen Segambut itu, tanpa kewarganegaraan anak angkat tersebut tidak akan mempunyai akses kepada pendidikan di sekolah Kerajaan; tidak mempunyai akses kepada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kerajaan dan menyebabkan mereka terpaksa ke klinik swasta dengan kos sangat mahal; terpaksa membayar fee pelancong asing untuk memasuki zoo, akuarium atau taman burung; tidak boleh membuka akaun bank; tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti mewakili Malaysia seperti sukan, acara riadah dan kebudayaan juga anak angkat berkenaan tidak boleh memiliki polisi insurans sendiri serta pelbagai halangan lain.
“Kegagalan paling besar Kerajaan dalam menangani isu ini ialah memahami bahawa pemberian kewarganegaraan kepada anak angkat yang telah mendapat perintah pengangkatan daripada mahkamah sebenarnya merupakan satu langkah yang hanya akan memanfaatkan kerajaan dan bukan merugikan mereka.
“Sekaligus mengurangkan beban kewangan Kerajaan seperti pengurusan institusi kanak-kanak milik mereka,” katanya.
Pengambilan anak angkat juga, kata Hannah, akan membantu ibu bapa warganegara Malaysia yang mahukan anak angkat secara sah tetapi terpaksa menunggu giliran yang lama serta mengurangkan kes pembuangan bayi.
“Saya menggesa Kerajaan supaya segera memberikan kewarganegaraan kepada anak angkat yang telah mendapat perintah pengangkatan daripada mahkamah.
“Kerajaan wajar berterima kasih kepada ibu bapa yang mengambil anak angkat untuk merealisasikan agenda Keluarga Malaysia.
“Sebarang keputusan Kerajaan yang membelakangkan slogannya sendiri hanya membuktikan Kerajaan BN – PN ini merupakan sebuah kerajaan hipokrit dan cakap tak serupa bikin,” katanya lagi.

Rusuhan dan kehancuran ekonomi Sri Lanka menjadi tajuk media utama seluruh dunia apabila perusuh menyerbu pejabat presiden dan kompleks pentadbiran negara itu, kelmarin.
Kejatuhan ekonomi Sri Lanka tidak sepenuhnya berpunca daripada sektor pertanian dan pelancongan yang terjejas akibat Covid 19, namun lebih kepada faktor kleptokrasi dan kronisme yang diamalkan kalangan elit kerajaan.
Bagi aktivis media sosial, Zainurizzaman Moharam, Malaysia yang mempunyai ciri ciri kerosakan pentadbiran menghampiri Sri Lanka seharusnya berhati hati agar tidak terjebak dalam masalah serupa.
“Apa jua yang menjadi faktor menyebabkan negara Sri Lanka boleh muflis sekarang ini ada mirip mirip langkah yang sama dibuat oleh Malaysia.
“Antara yang menjadi faktor utama adalah rasuah yang menjadi budaya di peringkat kepimpinan negara juga nepotisme.
“Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa misalnya pernah melantik empat puluh orang dari kalangan ahli keluarganya di dalam kabinet.
“Selain budaya rasuah, budaya kronisme diamalkan oleh Rajapaksa (menyebabkan kejatuhan negara itu),” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Zainurizzaman, sikap boros pemimpin Sri Lanka memberi rumah, kereta dan pelbagai barangan peribadi menggunakan wang negara juga menjadi punca rakyat terpaksa menanggung hutang yang tinggi sehingga negara itu terpaksa memajak pelabuhannya ke negara China.
Bagaimanapun, beliau turut menyalahkan rakyat Sri Lanka yang tidak berusaha membantah perlakuan bobrok pemerintah sejak dari awal sehingga keadaan tidak lagi boleh diperbaiki.
“Adakah rakyat Sri Lanka tidak tahu amalan rasuah dan salah urus ekonomi oleh Rajapaksa dan menterinya? Namun rakyat negara itu tidak kisah dengan rasuah dan salah tadbir kerana bagi mereka, asal rakyat boleh bekerja dan diberi sedikit bantuan, mereka masih boleh teruskan hidup.
“Akibatnya apabila datang pandemik Covid 19 semuanya musnah kerana sektor utama pendapatan negara seperti pelancongan terpaksa ditutup. Maka negara yang bergantung harap pada sektor itu menjadi amat terkesan pada ketika negara pula kekurangan kewangan,” katanya.
Selain itu, dakwa Zainurizzaman, Rajapaksa mengamalkan politik perkauman dan mengutamakan kaum Sinhala. Hal itu menimbulkan ketidakpuasan hati kaum lain dan menyebabkan berlaku pergolakan politik dalaman
“Apabila Rajapaksa jadi presiden, maka kaum Sinhala yang jadi tumpuan. Bantuan, projek dan program lebih tertumpu kepada kaum ini,” ujarnya.
Justeru beliau tidak mahu Malaysia mengikuti jejak langkah Sri Lanka dan perlu melakukan perubahan penting terutama dalam aspek ketelusan pentadbiran serta kepatuhan undang undang.
Katanya, hutang Malaysia juga telah melampaui RM1 trilion yang sewajarnya menjadi kebimbangan pemimpin kerajaan BN – PN serta memerlukan mereka mengambil pendekatan berjimat cermat lebih agreasif dalam menguruskan kewangan negara.
“Caj faedah untuk hutang Malaysia sahaja mencecah RM39 bilion dan meningkat kepada 43 bilion pada tahun ini. Itu baru faedah .
“Ketika pentadbiran Yang Berhormat Pagoh jadi Perdana Menteri, Dewan Rakyat telah meluluskan RUU untuk meningkatkan had hutang berkanun kepada 65% daripada KDNK untuk mengurangkan impak ekonomi Covid 19. Sebelum ini hadnya sebanyak 55% KDNK.
“Untuk perbandingan hutang kerajaan Sri Lanka meningkat sehingga 119% dari KDNK negara itu. Oleh itu, kebimbangan ini berasas apabila hutang isi rumah di Malaysia juga telah melonjak ke RM 1.7 trilion dan melebihi hutang negara,” katanya.
Justeru, Zainurizzaman mahu kerajaan melipatgandakan pengeluaran pertanian kerana daripada pengalaman Sri Lanka yang banyak mengimport makanan biar pun tanahnya subur, negara itu telah berakhir sebagai negara yang tidak mampu membeli makanan untuk rakyatnya apabila krisis ekonomi melanda.
Saya ingin mengupas persoalan ini menjelang Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang akan mengadakan Kongres Nasionalnya bermula Jumaat 15 Julai ini hingga 17 Julai 2022 di Shah Alam, Selangor.
Gagal menjadi Perdana Menteri, bukan bermakna Anwar Ibrahim suatu liabiliti kepada perjuangan Keadilan untuk menjadi Kerajaan. Sebaliknya, Anwar Ibrahim adalah suatu aset kepada perjuangan reformasi, sesuatu yang lebih besar daripada sekadar hanya menjadi Perdana Menteri dan kerajaan.
Kenapa Anwar Ibrahim yang telah memulakan gerakan reformasi sejak tahun 1998 masih gagal menjadi Perdana Menteri? Berikut adalah jawapannya.
Musuh utama Anwar Ibrahim dalam politik ialah golongan elit berkuasa yang ada di Malaysia dari dulu hingga kini. Golongan elit yang menguasai ekonomi dan politik Malaysia sejak negara ini Merdeka pada tahun 1957 tidak akan membenarkan orang seperti Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Mengapa?
Golongan elit berkuasa ini yang terbina dari zaman Kerajaan Perikatan diikuti dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama lebih enam puluh tahun membina kekayaan peribadi dan keluarga masing-masing hasil dari dasar kapitalis kroni.
Golongan ini bimbang dengan dasar-dasar ekonomi Anwar Ibrahim yang lebih memihak kepada kepentingan hidup rakyat jelata.
Golongan elit berkuasa yang ada sekarang tidak suka pada mana-mana pihak yang melancarkan perang terhadap rasuah. Manakala Anwar Ibrahim menjadikan usaha membanteras rasuah sebagai agenda utama perjuangannya. Siapakah di Parlimen Malaysia pada tahun 2013 yang mula-mula sekali mendedahkan skandal 1MDB? Orang itu ialah Anwar Ibrahim. Dua tahun kemudian beliau dihumban ke Penjara Sungai Buluh. Itu harga yang Anwar terpaksa bayar kerana mendedahkan skandal rasuah.
Seperti diktator Robert Mugabe di Zimbabwe, begitulah Kerajaan BN yang dikuasai oleh elit berkuasa menggunakan fitnah untuk memenjarakan Anwar Ibrahim, musuh politiknya.
Selepas bebas dan kembali menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, apa antara isu rasuah yang Anwar suarakan? Beliau menuntut skandal kewangan yang didedahkan oleh Pandora’s Papers supaya dibahaskan di Parlimen. Hal-hal seperti ini amat tidak disukai oleh golongan elit berkuasa.
Sebenarnya untuk berlaku adil kepada sejarah politik Malaysia, perjuangan reformasi yang ingin dibawa oleh Anwar Ibrahim telah dimulakan sejak tahun 1950an dan 1960an lagi oleh tokoh-tokoh politik terdahulu.
Ertinya, gerakan reformasi tidak bermula hanya pada zaman Anwar Ibrahim memimpinnya (selepas beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia) pada bulan September 1998.
Sebagai contoh Aziz Ishak, Menteri Pertanian di bawah Tunku Abdul Rahman telah memulakan usaha reformasi di bidang pengeluaran padi dengan usaha memecah monopoli pembekalan baja pertanian dengan cadangan radikalnya untuk kerajaan membina kilang baja sendiri. Golongan elit berkuasa ketika itu marah dan bertindak. Tunku tunduk kepada mereka dan memecat Aziz Ishak sebagai menteri. Aziz Ishak kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan di penjarakan di Kem Tahanan.
Anwar Ibrahim tahu sejarah itu semua. Tetapi dia degil. Anwar masih hendak merombak tatakelola (governance) institusi-institusi penting kerajaan seperti Perkhidmatan Awam, SPRM, SPR, PDRM dan banyak lagi. Ini yang Anwar tegaskan berulang-ulang kali. Anwar begitu “passionate” dengan perjuangannya untuk membina tatakelola yang baik bagi institusi-institusi penting tersebut yang dianggapnya sebagai tiang seri sebuah kerajaan. Boleh bayangkan, adakah golongan elit berkuasa akan membenarkan Anwar Ibrahim berjaya dengan agenda reformasinya itu?
Jawapannya tentu sekali tidak. Golongan elit berkuasa inilah yang berada di belakang tadbir melakukan segala macam intriq dan helah supaya Perdana Menteri Ketujuh tidak menunaikan perjanjian untuk turun jawatan Perdana Menteri selepas dua tahun berkuasa di zaman Pakatan Harapan yang lalu. Mungkir janji Dr. Mahathir Mohamad itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu rancangan di dalam “grand design” untuk menggagalkan Anwar Ibrahim menggantikan Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahamad Boestamam, Dr. Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) pada tahun 1950an dan 60an pernah membawa agenda perubahan ekonomi dan politik di Malaysia. Istilahnya tidak dipanggil reformasi. Tetapi maksudnya sama iaitu membawa perubahan yang lebih adil, lebih demokratik kepada rakyat. Golongan elit berkuasa ketika itu senang saja menekan pemimpin-pemimpin tersebut dengan melabel perjuangan mereka sebagai radikal. Tiga pemimpin tersebut semuanya dipenjarakan bertahun-tahun di Kem Tahanan di bawah ISA.
Tetapi golongan elit berkuasa sekarang pening kepala dengan Anwar Ibrahim. Sebab Anwar tidak radikal perjuangannya. Anwar 16 tahun jadi sebahagian di dalam etablishment Umno dan BN sebagai Menteri.Dari pengalamannya di dalam kerajaan dulu, Anwar tahu betul buruknya amalan kapitalis kroni, nepotisme dan rasuah. Politik Anwar yang sederhana, tidak radikal mudah difahami dan diterima oleh rakyat pelbagai kaum termasuk golongan busines yang tulen bukan kroni. Ini yang menakutkan golongan elit berkuasa.
Pemimpin-pemimpin kiri terdahlu daripada Anwar Ibrahim dari pelbagai kaum seperti Kassim Ahmad, Dr Tan Chee Khoon, Dr M.K.Rajkumar, Prof. Syed Husin Ali, Prof Madya Dr Sanusi Osman, Karam Singh, Tajuddin Kahar, Abdul Razak Ahmad, Rustam A Sani, Mohideen Kader, C.C. Yong, Prof Abd Halim Ali dan Syed Hamid Ali lebih lantang, lebih tegas perjuangan politik dan ekonomi mereka untuk membawa perubahan di Malaysia. Masa itu tahun 70an, istilah reformasi belum lagi jadi istilah bagi perubahan, tetapi maksudnya sama dengan tujuan reformasi yang Anwar Ibrahim perjuangkan.
Tetapi golongan elit berkuasa tidak bimbang dengan tokoh-tokoh politik yang disebut tadi yang kebanyakannya datang dari Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya yang membentuk Fron Sosialis Malaya. Bagi Kerajaan berkuasa pada waktu itu dan golongan elit di belakang mereka melemahkan pemimpin-pemimpin kiri tersebut dengan mengatakan agenda kiri dan sosialis yang mereka bawa itu tidak sesuai bagi Malaya atau Malaysia kemudiannya. Tidak cukup dengan propaganda itu kebanyakan nama yang disebut itu berakhir dalam penjara di bawah ISA di kem Tahanan Batu Gajah dan Kem tahanan Kamunting, kedua-duanya di Perak.
Tetapi Anwar Ibrahim, tidak radikal, tidak berideologi kiri, bukan seorang sosialis. Anwar bekas Timbalan Presiden Umno sebuah Parti Melayu yang eksklusif sifatnya. Anwar bekas Timbalan Perdana Menteri dan pada suatu ketika pernah menjadi Pemangku Perdana Menteri Malaysia yang biasa menghadiri jamuan makan Perdana Menteri, Presiden dan raja-raja dari banyak negara sahabat Malaysia di seluuruh dunia. Imej Anwar Ibrahim ini yang senang dan dekat di hati rakyat biasa, amat membimbangkan golongan elit berkuasa, yang antara mereka ini ialah maha jutawan, bilioner, bekas Menteri Kewangan, Ketua-Ketua korprat gergasi dan bekas ketua-ketua GLC dan GLIC. Dari mulut mereka inilah secara langsung atau melalui agen-agen mereka (yang sedar atau tidak sedar), pada akhir-akhir ini apabila pilihanraya umum semakin dekat, dihamburkan perkataan-perkataan propaganda seperti Anwar perlu berundur, Anwar tidak lagi relevan, Anwar adalah liabliti kepada partinya sendiri.
Justeru itu, kepada anggota Parti Keadilan Rakyat yang sedang berkongres sekarang ini, janganlah terpedaya dengan propaganda dan kempen jahat golongan elit berkuasa yang cuba melemahkan Anwar Ibrahim.
Tiga kali Anwar telah disumbat ke penjara (tahun 1974, 1998, 2015) yang berjumlah 11 tahun kesemuanya. Golongan elit berkuasa telah gagal mematikan iltizam Anwar Ibrahim untuk melakukan reformasi di negara kita ini.
Pada tahun ini atau pada tahun hadapan 2023, maka Pilihanraya Umum ke-15 akan diadakan. Anwar Ibrahim sebagai Presiden Keadilan, Pengerusi Pakatan Harapan dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan mengetuai Keadilan, PH dan parti-parti pembangkang untuk mendapatkan semula mandat rakyat melalui peti undi bagi membentuk sebuah pemerintahan baru yang memberikan harapan kepada rakyat dan Malaysia.
Selamat Berkongres dan salam perjuangan
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
15 Julai 2022 (Jumaat)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali yang meninggalkan PAS pada Mac lalu tidak menolak untuk kembali ke pangkuan parti itu semula.
Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu bagaimanapun berkata, isu itu tidak berbangkit buat masa ini, sebaliknya beliau menyerahkan kepada masa untuk menentukan bila ia akan berlaku.
“Bagi saya, tak berbangkit untuk mengajak saya kembali kepada PAS kerana saya berhenti secara sukarela mengikut perlembagaan parti.
Khairuddin berkata, sejak keluar PAS, beliau tidak pernah menyerang parti itu, sebaliknya hanya memberi pandangan secara akademik berdasarkan isu yang berlaku.
“Saya tak pernah menyerang PAS kerana PAS adalah sebahagian daripada kerajaan dan kita sama-sama Ahli Parlimen kerajaan,” katanya sambil memaklumkan hubungannya secara peribadi dengan pemimpin PAS masih baik.
Walaupun tidak lagi bersama PAS, beliau berharap ahli parti itu kekal bersama PAS untuk meneruskan wadah perjuangan mereka.
Katanya, beliau juga akan terus memperjuangkan agenda Muafakat Nasional serta menyatukan kembali Umno dan PAS.
“Tidak ada apa yang mustahil dalam politik. Hasrat untuk berpakat dan muafakat adalah hasrat ahli-ahli akar umbi…pemimpin atasan mesti mendengar kehendak dan kemahuan ahli, dan jangan bertindak kerana kepentingan peribadi yang sempit.
“Kita kena terus berusaha dan saya akan terus berusaha untuk bersama dengan Umno berpakat dan berusaha berpakat dengan PAS, selagi mereka tidak menolak atau memulau saya,” katanya.
Diminta mengulas kemesraannya bersama Umno, termasuk menganjurkan program Korban Perdana #KeluargaMalaysia Kuala Nerus yang turut dihadiri Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Said pada Isnin lalu, Khairuddin berkata, ia kerjasama demi kebaikan rakyat di kawasannya dan bukannya untuk menyertai parti itu.
“Isu nak jadi calon (Umno) dalam pilihan raya umum, isu lain (mahu masuk Umno) tak berbangkit. Ia kerjasama dalam menyelesaikan tugas sebagai Ahli Parlimen, itu saja,” katanya.
Berikutan terdedahnya apa yang didakwa sebagai perjanjian politik antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin, mereka yang pro kluster mahkamah lantas berhujah, perkara itu sepatutnya dimaklumkan kepada MT UMNO.
Kata mereka, kalau pun ia tidak diberitahu kepada MT UMNO sebelum perjanjian ditandatangani, pemakluman masih boleh dibuat selepasnya.
“Tetapi, kenapa Ismail Sabri tidak pernah memberitahu apa-apa mengenai perjanjian itu kepada MT UMNO?
“Kalau diberitahu, setidak-tidaknya ia dapat dipertahankan secara bersama,” tambah mereka lagi.
Bagi yang tidak berapa sedar, harus diingat bahawa perjanjian itu, jika pun benar-benar wujud, adalah antara Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dengan Mahiadddin selaku bekas Perdana Menteri.
Atas kapasiti itu, Ismail Sabri berhak terlibat dalam apa juga perjanjian demi untuk kestabilan politik dan juga bagi memudahkannya menjalankan tanggungjawab kepada negara.
Ia boleh dikata hampir sama dengan MOU yang ditandatangani dengan PH yang mana kedua-duanya tidak melibatkan UMNO.
Namun disebabkan kepentingan yang berbeza, pimpinan UMNO akhirnya sanggup membuat keputusan membatalkan MOU dengan PH itu, walaupun mereka tidak berhak pun berbuat demikian.
Jadi, apa masalahnya jika tidak dimaklumkan kepada UMNO?
Yang penting sebenarnya, bukan sama ada MT dimaklumkan atau tidak, tetapi kenapa UMNO tidak mahu memberi sokongan, baik kepada MOU atau perjanjian politik tersebut?
Bukankah ia melibatkan Perdana Menteri daripada UMNO sendiri dan khusus untuk kestabilan politik kerajaan?
Lagi pula, apakah semua perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri mesti dimaklumkan kepada MT UMNO?
Jangan kita lupa, apakah Najib Razak pernah memaklumkan kepada MT UMNO sebelum beliau mahu menubuhkan dan semua hal berkaitan 1MDB yang akhirnya menjadi skandal besar dan menyebabkan negara menanggung hutang akibat daripadanya?
Begitu juga dengan Zahid Hamidi ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebagaimana dilaporkan dalam perbicaraan berkaitan kes visa luar negara di mana sumbangan wang berjuta-juta diterima beliau konon untuk dana politik parti, pernahkah ia dimaklumkan kepada MT UMNO?
Tambahan lagi, baik MOU atau perjanjian politik yang dilakukan oleh Ismail Sabri itu semuanya adalah jelas bermotif kebaikan dan untuk kestabilan semata-mata, jauh sekali terkait dengan apa-apa yang melibatkan wang atau bagi kepentingan peribadinya.
Lainlah dengan 1MDB atau menerima dana politik misalnya, kalau dahulunya dimaklumkan kepada MT UMNO, mungkin apa yang telah terjadi hari ini dan menjadi tatapan rakyat Malaysia boleh dielakkan serta tidak menjadi beban yang berpanjangan kepada parti. – ShahbudinHusin 14/06/2022.
LIYANA MARZUKI
Semalam Menteri Undang2 dah keluar kenyataan. In a way, membalas
semua kenyataan Najib Razak sejak bulan Mac lagi.
Najib melalui posting beliau cakap Sabah akan tergadai dan aset
Petronas akan habis terlelong.
Actually apa yang dia nak sampaikan, Malaysia akan melingkup
sebab dia bukan lagi PM. Makanya, jadikanlah Najib PM kembali
#punintended
Kenyataan rasmi Kerajaan menjawab semua isu yang Najib
timbulkan. Kerajaan mengatakan:
1. Tindakan yang dibuat oleh waris Sultan Sulu salah dari segi
prosedur dan telahpun dicabar oleh Kerajaan.
2. Apa saja keputusan yang memihak kepada Waris Sultan Sulu
telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Madrid, kerana salah dari segi
perundangan.
2. Mereka telah membuat aduan jenayah ke atas Dr Stampa, orang
yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan arahan sitaan aset Petronas, yang
tidak mengikut perintah Mahkamah yang sah. Prosiding menghina Mahkamah juga
sedang berjalan.
Kalau bahasa orang marhein, dia nak cakap “Jangan risau, we know
what we are doing”
Ini menunjukkan Najib seperti biasa memainkan sentimen2 politik
salah menyalah (pointing blames) ke atas Kerajaan2 selepas beliau, tanpa buat
homework dengan betul.
Beliau juga kantoi besar2an semalam, bilamana dia kata zaman dia
waris Sultan Sulu tak saman negara. Dan dia berang kenapa AG tak pergi untuk
jawab kes di Mahkamah.
Walhal mengikut rekod, kes bermula sejak zaman dia tahun 2017
lagi dan masa zaman dia sendiri pun AG tak pergi wakil Malaysia di mahkamah
sebab menolak prosiding yang dibuat oleh waris Sultan Sulu.
Senang cerita, Najib propa dan Najib kantoi menipu.
Sekian.
Amboi..amboi..dulunya PAS lah pejuang Islam ..( Kononnya ).
siap buat perhimpunan raksasa diPadang Merbuk....
Itu cerita cerita Basi sebelum PAS mendapat kuasa sebagai pemerintah diPutrajaya @ Duta Khas ( Gaji Butee ).
Nah , bila isu wanita Muslim Hina ISLAM disebuah Kelab Komedi diTTDI ....PAS sekarang membisu dengan tiadanya Laporan Polis...dah tumpul agaknya sarung keris PAS atau dah Layu diHujung Mawar umpamanya...
Lagaknya semua Pejuang serta Penyokong PAS berpuas hati dengan penjelasan pemilik kelab komedi tersebut.
Itulah PAS pimpinan HADI sekarang.....diakhir pejuangan PAS ....Allah telah tunjukkan wajah Sisi PAS yang sebenar....Rupanya prinsip Perjuangan PAS terletak kepada Wang Ringgit @ Pangkat ....kasihan Arwah Ibrahim Libya ditipu sampai mati oleh Ketua Pemuda PAS dulunya....

PETALING JAYA: Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi melanggar perjanjian dibuat pada 2009 untuk berundur, kata Nazri Aziz
Ahli Parlimen Padang Rengas mendedahkan, perjanjian itu meletakkan syarat mana-mana pemimpin parti dihadap ke mahkamah perlu mengundur diri.
Nazri berkata, perjanjian itu dipersetujui Najib yang ketika itu perdana menteri dan Zahid sebagai timbalan perdana menteri.
“Sekarang, mereka menguasai parti dan bukan mengotakan janji yang telah dibuat,” katanya menurut Astro Awani.
Nazri berkata demikian dalam satu forum di Yusof Ishak Institute.
Najib dalam proses terakhir merayu keputusan dibuat dua mahkamah sebelum ini yang menjatuhi hukuman bersalah terhadapnya melibatkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Manakala, Zahid pula dalam proses membela diri atas 47 pertuduhan yang disabitkan ke atasnya melibatkan pecah amanah dana milik Yayasan Akal Budi.
Umno jadi ‘musuh’ Ismail
Diminta mengulas usaha meneruskan perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan Pakatan Harapan (PH), Nazri menjelaskan masalah dihadapi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob adalah tentangan dalaman Umno dan bukan pihak lain.
“Yang menentang MoU ini bukan pembangkang, tetapi sebaliknya daripada parti kami sendiri, mereka di dalam Umno.
“Saya bimbang dengan Umno. Saya tidak bimbang tentang PAS atau Bersatu. Umno merupakan musuh terbesar kita pada masa ini,” katanya.
Nazri juga mendakwa, ada pihak tertentu yang mahu MoU ditamatkan dan mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disegerakan kerana mempunyai kepentingan peribadi.
“Perkara ini datang dari parti saya sendiri, kenapa? Ini kerana kepentingan peribadi, nak mengelak kes mahkamah.
“Apa yang akan berlaku kepada mereka jika mahkamah mendapati mereka bersalah? Ini memalukan dan tidak masuk akal,” katanya.
Beliau juga menjelaskan Umno tidak sepatutnya ghairah mendesak apa yang mereka kehendaki kerana parti itu bukan lagi mendominasi kerajaan.