[[LIVE]] PENYAKIT SINDROM TUN KINI MELARAT DENGAN UMNO! PUTERI KATAK PER...

KALI INI ELOK PH PULA TETAPKAN SYARAT TUN M BERSARA POLITIK


YEE..EKONOMI KITA DAH NAIK


 Zunar cartoonist fans club


RENGEKAN MAHATHIR BUKTI DIA BUKAN SAJA TAK MAHU SERAH KUASA, MALAH SENTIASA INGIN HALANG ANWAR

 

Tindakan Tun Mahathir Mohamad terus menerus merengek mengenai nasib dirinya yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan sebagai Perdana Menteri di bawah PH, walau sebelum itu sudah berkuasa selama 22 tahun bersama BN, dengan sendirinya telah mendedahkan busuk hatinya sendiri.

Apatah lagi dengan kenyataan terbaru beliau yang sekali lagi menyalahkan Anwar Ibrahim atas nasib malang yang menimpa dirinya itu.

Bekas Perdana Menteri berusia 97 tahun yang sudah beberapa kali keluar masuk IJN itu berkata – “Kalau tak sabit dia (Anwar), saya masih Perdana Menteri lagi.”

“Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 Ahli Parlimen tulis siapa yang mereka pilih.

“Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.

“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62,” katanya dalam interbiu tersebut.

Meskipun cerita sebenar yang melingkari isu perletakan jawatannya itu bukan lagi rahsia sama ada di bumi dan di langit di mana Tun Mahathir berbuat demikian secara tiba-tiba tanpa berunding dengan PH, enggan hadir mesyuarat PH selepas meletak jawatan dan sebelum itu terikat dengan janji peralihan kuasa kepada Anwar yang dipersetujuinya sendiri, kenyataan terbarunya ini adalah bukti sahih beliau ingin jadi Perdana Menteri bukan saja setakat dua tahun, malah sehingga sekarang.

Bermakna, kenyataan demi kenyataan Tun Mahathir sebelum itu bahawa beliau akur dengan janji peralihan kuasa dan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar setelah dua tahun memegang jawatan adalah propa semata-mata.

Sebaliknya, niat sebenarnya ialah ingin jadi Perdana Menteri sampai sekarang iaitu sehingga tahun 2022 atau sehingga Parlimen PRU14 berakhir.

Jika tidak, takkan beliau menyebut – Kalau tak sabit dia (Anwar), saya masih Perdana Menteri lagi.

Ini juga bererti, dengan meletak jawatan dan mencalonkan dirinya sekali lagi, Tun Mahathir bukan saja mahu jadi Perdana Menteri buat kali ketiga iaitu sebagai PM8 pula, bahkan untuk terus memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar dan PH.

Sudah tentu jika jika dipilih lagi sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir akan terus berdalih mengenai janji peralihan kuasa kerana dengan mengatakan “kalau tak sabit Anwar, saya masih Perdana Menteri lagi” adalah bukti atau pengakuan bahawa memang berniat untuk “menipu” Anwar dan PH buat kali kedua bagi membolehkannya terus memegang kuasa sehingga sekarang.

Disebabkan tidak tercapai hajat untuk melakukan khianat buat kali kedua itu, maka beliau berasa begitu kecewa dan sakit hati kepada Anwar dan PH sampai kini.

Sepatutnya, setelah 22 bulan berpeluang menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak mencalonkan lagi dirinya kerana ketika itu tempoh janjinya memegang jawatan selama dua tahun sudah pun hampir berakhir.

Bukankah lebih bermaruah dan dipandang tinggi jika sebelum dua tahun atau 24 bulan janji peralihan kuasa sepatutnya berlaku, Tun Mahathir sedia menunaikan janji itu lebih awal lagi?

Maka, bukan saja dengan terus menawarkan diri lagi sebagai calon Perdana Menteri telah membuktikan Tun Mahathir mengkhianati janji, ia juga menunjukkan beliau sepanjang masa mempunyai hati yang busuk mahu menghalang kemaraan Anwar.

Dengan hanya memperolehi 62 sokongan berbanding 92 yang dimiliki Anwar, sepatutnya Anwar yang berhak menyalahkan Tun Mahathir, bukan Tun Mahathir terus menerus mengeluh dan merengek menyalahkan Anwar.

Tetapi, pernahkah kita dengar Anwar merungut menyalahkan Tun Mahathir?

Diberi lanjutan usia yang istimewa dan beberapa kali keluar masuk IJN, termasuk yang terakhir pada Januari lalu di mana beliau sendiri tidak percaya mampu sihat semula lantaran percaya ketika itu masanya untuk pergi benar-benar telah tiba, rupa-rupanya ini hikmah yang Tuhan mahu kita melihat daripada kesihatannya yang dipulihkan itu.

Makin hari makin terdedah segala niat tidak baik dan isi hatinya yang sebenar yang semua ini secara perlahan-lahan akan menghakis rasa hormat rakyat kepadanya. – ShahbudinHusin 06/06/2022.



SEBUT SAJA PAK LEBAI . BALAK PASTI MEREKA TIBAI.HENTIKAN PEMBALAKAN DI ULU MUDA

 

SAIFUL IZHAM





HENTIKAN PEMBALAKAN DI ULU MUDA!!!!

Ulu Muda, Kedah - A fragile National Treasure and Natural Heritage worth protecting.

Foto2 ini dikongsi oleh sdr David ST Loh yang sedang merentas seluruh Malaysia untuk menyiapkan buku Over Malaysia hasilan gambar dari drone dan kamera.

Foto2 lainnya boleh dihayati dengan melayari laman kreativiti beliau di pautan...

https://davidstloh.exposure.co/ulumuda

Ulu Muda, Kedah - A fragile National Treasure and Natural Heritage worth protecting.

The Greater Ulu Muda forest complex is twice the size of Singapore and provides water to Perlis, Kedah and Penang.

Good morning from Ulu Muda in Kedah. One of the most amazing things one should do in Malaysia is to go on a river cruise through our ancient jungles.

What a privilege to catch sight of a magnificent herd of wild elephants and witness the intricate social bond especially with the young.

Make sure you spot the tiny juvenile in the herd of seven elephants.

Enjoy....


VETERAN UMNO! NAJIB PENYAKIT MENTAL BUKAN PENCURI TAPI PEROMPAK!


VETERAN UMNO BEGITU MARAH DENGAN NAJIB YANG DIKATAKAN TIDAK TAHU MALU DAN KINI ADA PENYAKIT MENTAL!! JUGA DIA NYATAKAN NAJIB BUKAN PENUCIRI TAPI PEROMPAK!!

HABIS LA!! - BILA RAFIZI RAMLI "PUJI MELANGIT" NAJIB RAZAK



Jarang jarang kita dengar, dalam ceramah Rafizi Ramli memuji Najib dsn Rosmah, yang selalui penuh dengan hentaman dan cemuhan. Tapi berlainan dengan ucapan isstemewa ini. Suatu ketika dulu! Saksikan!

KENAPA MENENTANG GST?



Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob ketika cuba menjustifikasi pengenaan semula GST berkata ia sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat. Menurut laporan media, beliau menjelaskan bahawa kerajaan berminat mengembalikan cukai berkenaan kerana mahu mengembangkan asas pendapatan dan menanggung beban subsidi awam.



'Lakukan perkara yang betul, pengundi Atas Pagar akan kembali'





 

Pengundi Atas Pagar merupakan penentu kemenangan kepada KEADILAN atau Pakatan Harapan (PH) dalam sekian banyak pilihan raya.



Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor, golongan Atas Pagar yang membentuk 15 - 20% pengundi berdasarkan kawasan tidak keluar membuang undi. Hal ini menyebabkan KEADILAN dan Amanah kalah di banyak DUN yang sebelum itu dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu.



Bagaimanapun, strategi Rafizi Ramli yang akan menumpukan kepada kehendak dan isu pengundi Atas Pagar menyebabkan beliau dan pasukannya menang pada Pemilihan KEADILAN 2022.



Bagaimanapun, menurut Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang, kemenangan Rafizi bukanlah bermakna golongan Atas Pagar yang menyokong perjuangan Rafizi tetapi bukan anggota KEADILAN akan kembali dengan mudah untuk keluar mengundi pada PRU akan datang.



"Sekarang mungkin orang lihat apa yang Rafizi bawa itu, apa yang dia suarakan itu, adalah suara mereka.



"Jadi mereka rasa ok sokong Rafizi. Tetapi selepas itu mereka akan tengok apakah Rafizi atau KEADILAN lakukan. Kalau apa yang parti lakukan tak sama dengan apa yang kita war warkan, saya rasa mereka mungkin tidak balik (keluar mengundi) juga," katanya.



Bagi Lih Kang, parti perlu berhati hati dalam mendapatkan semula sokongan dengan mengetengahkan polisi yang betul. Katanya jika berlaku kesilapan dalam memberi isyarat kepada golongan Atas Pagar maka berkemungkinan sokongan mereka tidak boleh diraih.



"Kita kena hati hati sebab ini adalah tentang pilihan raya. Ini boleh tentukan kita kalah atau menang



"Saya rasa yang penting adalah suara (sebenar) rakyat," katanya.



Berbanding Umno yang mempunyai pengundi tegar dan tidak memperdulikan perkembangan politik semasa, KEADILAN dan Amanah mempunyai pengundi dalam kalangan golongan profesional dan yang tidak berparti membentuk 15 - 20% pengundi.



Pada PRU 14 lalu PH berjaya meyakinkan golongan Atas Pagar ini untuk menumbangkan BN bagi membentuk Malaysia yang lebih baik.



Namun persaingan politik selepasnya menyebabkan golongan berkenaan tidak lagi berminat untuk keluar mengundi dalam siri PRN.

 

BAGAIMANA PERANCANGAN SINGAPURA MENJAGA RAKYATNYA BERKAITAN MAKANAN

Singapura, negara yang tanahnya sekangkang kera. Ayam cukup dalam pasaran, harga terkawal, makanan lain mencukupi. Apa mereka buat?
(1) Mereka tubuh badan khas Singapore Food Agency (SFA) khas untuk memantau rantaian makanan dan kecukupan bekalan.
(2) GLC mereka terlibat dalam industri makanan asas dan ada subsidi terus dari Kerajaan, dengan itu mengekalkan harga rendah.
(3) Mereka galakkan peniaga tempatan buka ladang di luar negara dan bantu eksport masuk ke Singapura.
Qatar dan Arab Saudi, negara padang pasir, tanahnya kering kontang. Untuk pastikan rantaian makanan terjaga dan rakyat cukup makan, apa mereka buat?
(1) Kerajaan beli tanah di New Zealand dan USA, usaha kan ladang sendiri untuk bawa masuk makanan.
(2) Pelbagaikan negara pengimport makanan, tidak hanya bergantung kepada 1-2 negara.
Malaysia, negara kaya sumber asli. Tanahnya subur dari Perlis ke Sabah. Tetapi 65% makanan kita diimport dari luar. La ni tak cukup pula.
Di mana silap nya?
Saya percaya kita perlu kembalikan negara sebagai negara pertanian juga. Bukan sahaja negara industri. Ikutlah Jepun dan Thailand, mereka kekalkan industri pertanian sebagai industri induk negara, untuk kawal rantaian makanan. Walau pun ketika ini, mereka sudah menjadi negara industri.
Kita ni, masa zaman Tun kita bertukar dari jadi negara pertanian ke negara perindustrian. Zaman Najib kita tukar pula nak jadi negara perdagangan.
Nak membangun boleh janganlah sampai industri pertanian disisihkan.
La ni, Pak Menteri bagi solusi, kalau harga mahal, tanamlah sayur dan belalah ayam sendiri 😢
Cer bayangkan kalau Menteri PH yang cakap lagu ni. Sudah pasti penuh sarat wall FB kita dengan makian
dan hinaan. Cytro belah sana buat kerja bagi rakyat benci Kerajaan.
La ni harga naik dan ayam tiada pun newsfeed kita senyap sunyi.
Kata mereka kami ok je harga naik, janji bukan DAP 😅

LIYANA MARZUKI
May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harian EDISI MB Perak saran rakyat tanam sayur, ternak haiwan sendiri 31 May 2022 altomate.io Special Offers at RM999 OPEN Sinar Harian Saarani Mohamad GOPENG Kerajaan Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga beberapa produk pertanian dan penternakan ketika ini."

Singapura sejak merdeka hanya ada 3 orang Perdana Menteri.

 


LIYANA MARZUKI


Singapura sejak merdeka hanya ada 3 orang Perdana Menteri.

Setiap kali tukar PM, PM yang sebelumnya akan dilantik sebagai Menteri Kanan/ Senior Minister.

Bila dah masuk PM ke-3, PM pertama dilantik sebagai Menteri Mentor dan PM ke-2 dijadikan Menteri Kanan. Sampai begitu sekali mereka susun agar pelan pembangunan negara diteruskan.

Sebelum PM baru dilantik, mereka pastikan PM baru ini betul2 bersedia. Semuanya ada kelulusan Ivy League dan lalui semua pusingan berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan. Daripada Kementerian Pengguna, Perdagangan hinggalah Kewangan.

Baru2 ni PM Lee Hsein Loong, 70 tahun, dah umumkan beliau akan bersara. Mereka telah namakan Lawrence Wong, 49 tahun, yang sekarang memegang portfolio Menteri Kewangan sebagai bakal PM Singapura ke-4. Muda belia lagi bakal PM Singapura.

Yang pasti, Singapura merdeka selepas kita. 60 tahun berlalu, sekarang Singapura merupakan antara negara terbaik dunia dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan.

Cuba tengokkan mereka punya “SUCCESSION PLAN”. Ini pada saya rahsia kejayaan mereka yang negara lain boleh contohi.

Tapi di Malaysia, yang dah khianat mandat rakyat dan berpeluang jadi PM sekali, mintak diangkat jadi PM lagi sekali.

Yang dah dua kali jadi PM pun, dah start bunyi macam nak naik jadi PM tiga kali.

Yang bekas PM dah kena hukum penjara pun, meroyan tiap2 hari di FB untuk kekal relevan, mana tahu ada peluang diangkat kembali.

Ya rabbi…

Politik kita dah jadi toksik. Politik merry-go-round nak jadi Perdana Menteri.

Selagi dinosaur tak sedar diri, selagi itulah Malaysia stuck lagu ni….

#ohmalaysiaku #saynotopersonalitypolitics

 

'Mengucap panjang lihat cucu sarat mengandung mati ditembak'


THE VOICE

Setoonpdrs4626hma1ggl00466gfc01053951hh102  · 

'Mengucap panjang lihat cucu sarat mengandung mati ditembak'

PASIR MAS: "Dia (cucu) hanya memberitahu mahu keluar untuk mengurut, selain meminta saya supaya menjaga tiga anaknya kerana mengalami lenguh badan akibat mengandung.

"Saya tak sangka dia tidak pulang dan hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditemui," luah Zawiah Sulong, 68.

Zawiah adalah nenek kepada seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan yang ditemui mati dengan kesan tembakan pada perut dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.

Beliau berkata, cucunya berusia 26 tahun itu keluar sekitar jam 8 malam kelmarin dan tidak pulang keesokan harinya menyebabkan dia sendiri cuba mencari dengan pergi ke rumah rakan mangsa.

"Malah, saya cuba menghubungi ibunya yang tinggal di Kampung Bechah Kelubi, Bukit Panau, namun diberitahu anaknya itu tidak pulang ke sana.

"Perkhabaran itu meresahkan saya sehinggalah ada saudara beritahu kereta milik cucu tersadai di tepi jalan. Saya segera ke lokasi dan terkejut melihat kehadiran polis dan orang ramai.

"Barulah saya tahu kejadian sebenar. Mengucap panjang melihat cucu kesayangan kaku di dalam kereta sudah tidak bernyawa lagi," katanya tiga anak arwah berusia tiga hingga 10 tahun.

Zawiah berkata, ketiga-tiga anak mangsa masih berada dalam keadaan terkejut, malah anak paling bongsu asyik menangis 'mencari' ibunya itu kerana mereka sangat rapat.

"Dia (mangsa) seorang cucu yang sangat baik dan peramah, tidak suka keluar malam kecuali jika ada urusan penting saja.

"Selain itu, dia juga tidak pernah bercerita jika ada bermusuh atau sebagainya. Saya reda dengan apa yang terjadi dan perlu kuat demi untuk terus menjaga anak mangsa yang masih lagi trauma dengan kejadian ini.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi seperti mana permintaan ibu kandungnya sebaik segala proses bedah siasat selesai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dia berharap pembunuh cucunya itu dapat segera ditahan dan dikenakan hukuman yang setimpal.

 


 

Hati-hati dengan drug mule yang berkeliaran di-airport.

 

Hati-hati dengan drug mule yang berkeliaran di-airport.

Catatan ini saya tulis pada tahun 2018 semasa berada di Vienna Airport setelah sebulan berkembara di negara-negara Eastern Europe.

Selepas check-in kami mencari tempat yang tiada ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!).

Banyak seat kosong kerana flight kami malam, memang tak ramai travellers di Vienna airport pada masa itu.

Sambil menikmati sandwich sardin, seorang perempuan datang dan duduk sebelah saya, walhal banyak lagi kerusi lain yang kosong.

Dalam hati terlintas takkan ada orang nak mengorat saya dalam umor sebegini 😛(mesti kembang wife saya bila dia baca ni).

InsyaAllah saya tak mudah cair dengan ujian tiga “TA”.

Saya memberitahu rakan-rakan:

“Korang tengok perempuan sebelah saya, mesti dia menyampuk sat lagi. She is up to something.”

Memang betul jangkaan saya kerana perempuan tersebut memulakan perbualan,

“Where are you going sir” tanya wanita tersebut.

“Bangkok, you?” saya bertanya balik secara polite.

“I am going to Colombo, can you help me sir” jawab beliau.

Saya dah agak dan memang dah bersedia memintas persoalan beliau.

“If you are asking for money, i am so sorry i can’t give you any” ucap saya.

Memang dah banyak kali sebagai traveller saya terserempak dengan orang yang tidak dikenali terlalu baik dengan kita.

Mesti ada udang disebalik mee.

“No No sir, i don’t want your money. I want your help to carry some baggage for me”.

Memandangkan saya ke Bangkok dan beliau ke Colombo sudah tentu kami berlainan flight.

Dia nak minta saya tolong bawakan barangan dia melepasi security checkpoint.

Dalam kepala saya, dah sah dia ini seorang professional drug mule.

“You know, it is very dangerous to carry someone’s baggage especially in airports. It could be illegal stuffs you are carrying. You know the consequences, right” saya memberitahu beliau.

“I am not saying you are carrying any illegal stuffs but if someone ask you to carry their baggage through security, would you do it” saya berleter lagi.

Saya nampak beliau diam sahaja dan menarik bag beredar dari situ.

Saya perhatikan beliau mundar mandir, agaknya mencari mangsa.

“Dosa” paling besar di airport adalah membawa baggage orang lain tanpa anda ketahui apa di dalamnya, apatah lagi dari orang yang tidak dikenali.

Terlalu ramai yang sudah terkena tahan dan merengkok dalam penjara atau dihukum mati kerana membawa dadah dari sindiket drug mule ini.

Pernah ada satu tour agency Malaysia meminta tolong seorang dari guest mereka membawa satu barang ke Australia tanpa diberitahu apa barangannya.

Beliau ditahan di airport kerana membawa barangan tersebut berupa Australian dollars melebihi dari had yang dibenarkan.

Adalah elok untuk kita berperangai baik tetapi ada masa perlu berkurang ajar terhadap mereka yang cuba menggunakan kita.

Semoga kisah ini bermanfaat.

Catatan oleh:

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

FB: Zainuddin Omar

 

RAKYAT TAK DESAK. TAPI KLUSTER MAHKAMAH DESAK...MACAM LA UMNO BOLEH MENANG....TAK ADANYA MACAM ZAMAN DULU DULU...

 

Rakyat tak desak PRU15 diadakan lebih awal, ia hanya desakan politik, kata KJ





Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (tengah) bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Melaka, Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan di Melaka hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat hanya “desakan politik” berbanding “desakan rakyat”, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Rembau itu, berkata negara kini masih berada pada fasa peralihan endemik, belum memasuki fasa endemik untuk membenarkan aktiviti tanpa kawalan kesihatan, termasuklah ceramah besar-besaran.

Katanya, sehingga kini Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih dikuatkuasakan dan pelaksanaan PRU15 dalam masa terdekat hanyalah desakan ahli politik yang tidak memikirkan soal kesihatan rakyat.

“Saya sebagai menteri kesihatan masih mengisytiharkan Malaysia sebagai kawasan pandemik Covid-19 dan dalam fasa peralihan endemik, maksudnya kita masih lagi adakan beberapa sekatan seperti memakai pelitup muka.

“Kalau nak jaga kesihatan awam, kita tunggu beberapa bulan lagi hingga ke fasa endemik dan saya lebih selesa (PRU15 diadakan) sebagai menteri kesihatan pada waktu itu, lagipun tiada desakan daripada rakyat, sebaliknya lebih kepada ahli politik,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang konsisten mendesak PRU15 diadakan dengan alasan mandat rakyat harus dikembalikan.

BILA TANDA AKHIR ZAMAN-CUACA TAK MENENTU

 


JAMZURI ARDANI










Kemarau paling buruk di California, banjir besar di Florida. Kemarau di India, banjir di Bangladesh.

Di Brazil, petani-petani mengeluh kerana perubahan cuaca yang sukar diramal menyebabkan kerugian besar ke atas sektor pertanian di negara tersebut.

Rantaian bekalan makan dunia semakin meruncing apabila cuaca Bumi semakin tidak menentu.