SUKAR DAPAT SUBSIDI PUNCA BEKALAN AYAM TERGANGGU


DENGARKAN : NAK SELAMAT KAN NEGARA KENA GST- TAK ADA YANG KERAJAAN SELESAIKAN.


 

UMNO NDAK PILIHANRAYA SEGERA.RAKYAT NDAK NAJIB DAN ZAHID DIPENJARA SEGERA...


 ZUNAR CARTOONIST FANS CLUB

CERITA DARI NEGERI THOIF HARI INI, PENCURIAN BALAK



DILAPORKAN telah berlaku pencurian balak dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggeri dalam negeri Thoif, Kelantan Darul Naim. Balak-balak itu yang sudah siap dipotong di susun di matau, belum sempat dibawa keluar.

Katanya balak bernilai 5,000 tan dengan anggaran RM5 juta itu sudah disita oleh Skud Khas Jabatan Perhutan Semenanjung Malaysia hari ini. Penyitaan ini sudah tentu ada unsur haram disebalik penebangannya.

Pendedahan mengenai kewujudan balak yang sudah dipotong dan disusun itu dibuat semalam oleh pengerusi SaveKelantan Husam Musa dalam media sosialnya.

Kes balak ini suatu lagi kelemahan dan penyelewengan berlaku di negeri Kelantan. Balak yang dicuri itu dikatakan dalam kompartmen 26 yang berkedudukan disebelah enam kompartmen yang diberikan konsensi kepada syarikat bernama Daulah Najah.

Apakah pencurian itu dilakukan oleh syarikat yang mendapat konsensisi itu? Atau pun pihak lain yang dibenarkan untuk mencuri? Apa yang orang ingin tahu sekarang ini siapakah empunya syarikat Daulah Najah itu? Khabarnya dalam syarikat berkenaan terdapat dua orang anggota Exco kerajaan Kelantan yang menjadi ahli Lembaga Pengarahnya.

Kalau benar, siapakah dua Exco berkenaan? Mungkin esok atau lusa akan terdedahlah kedua nama Exco berkenaan. Carian dokumen berhubung butiran syarikat Daulah Najah itu sedang dikendap (diusahakan) di tong-tong sampah di sekitar Kota Bharu. Katanya sudah berlaku pembuangan, nyah hapus dokumen kerajaan negeri akhir-akhir ini. Ada dokumen penting dijumpai dalam tong sampah.

Carian dengan SSM juga sedang giat dilakukan. Cuma apa diperlukan kita nama dan butiran peribadi Exco berkenaan sahaja lagi. Kita nak tengok muka mereka macam mana.

Ia bukan apa, cuma kita ingin tahu siapakah Exco yang diberi tanggungjawab dalam syarikat berkenaan. Pasti kerajaan ada kepentingan dengan Daulah Najah itu. Dan kalau bahana kecurian atau pencerobohan hutan simpan itu ada kena mengena dengan syarikat Daulah Najah itu, huduh benarlah perangai Exco berkenaan. Trims.

 

UMNO PRU15 TIADA BEZA DENGAN UMNO PRU14, DAH REBAH PUN TETAP TAK BERUBAH

 

Sewaktu kalah pada PRU14 lalu, UMNO ketika itu dipimpin oleh Najib Razak selaku Presiden dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden.

Di waktu yang sama, Najib adalah Perdana Menteri, sementara Zahid Hamidi merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Berikutan kekalahan BN dalam PRU14 itu, Najib kemudian meletakkan jawatan dan Zahid Hamidi menjadi Pemangku Presiden UMNO sebelum disahkan sebagai Presiden dalam pemilihan parti pada 2018.

Selain kehilangan kuasa pada PRU 2018 itu adalah suatu tragedi buruk buat UMNO dan BN kerana ia pertama kali berlaku dalam sejarah parti itu, termenjadinya Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO juga adalah suatu malapetaka yang sama buruknya.

Ini kerana beliau adalah gandingan Najib yang menyebabkan BN kalah pada PRU14 dan sepatutnya beliau tidak lagi diberi sebarang ruang untuk menerajui dan memimpin UMNO, apa lagi memulihkannya.

Bukankah sebelum PRU14 dulu selalu kita dengar laungan agar UMNO segera berubah jika tak mahu rebah?

Masalahnya, sudahlah tidak berubah sebelum ditimpa kalah, setelah rebah pun tetap tidak juga berubah dengan masih mempercayai Zahid Hamidi yang merupakan pemimpin kedua berperanan besar terhadap kekalahan BN pada PRU14 untuk mengetuai UMNO lagi.

Kemudian daripada itu, atas kedudukan Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN, beliau juga melantik Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Pada waktu itu, bekas menteri, Nazri Aziz ada membuat dakwaan bahawa Najib sebenarnya meminta jawatan sebagai Pengerusi BN.

Meskipun hanya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN, suatu jawatan baru yang tidak pernah wujud sebelum ini dan sengaja diwujudkan untuk memberi kedudukan kepada Najib, hakikatnya sekali lagi UMNO dan tidak pernah mahu berubah.

Kalau sebelum ini Zahid Hamidi yang ada peranan kedua besar dalam kekalahan BN pada PRU14 telah dijadikan Presiden UMNO, Najib yang kerana skandal 1MDB yang terkait dirinya serta isu-isu melibatkan karenah isterinya yang menyumbang faktor paling besar kepada kehilangan kuasa UMNO buat pertama kalinya, tanpa rasa malu diberi peranan kembali dalam parti sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Sekali lagi ini menunjukkan UMNO dan BN tidak pernah mahu berubah di mana setelah kalah pun masih mahu memberi jawatan kepada pemimpin yang menyebabkan kekalahan itu.

Dengan kedudukan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu, Najib sebenarnya lebih dilihat sebagai ketua di sebalik tabir bagi BN, manakala Zahid Hamidi yang lama sebelum itu pernah menjadi Setiausaha Politik Najib, tidak lebih hanya pemimpin bayangan semata-mata.

Najib seterusnya bukan saja menunjukkan keaktifannya dalam banyak PRK dan PRN, malah selepas kemenangan BN di PRN Johor, Zahid Hamidi juga sanggup menguis Perdana Menteri ke tepi untuk membawa Najib naik ke pentas untuk memberi ucapan meraikan kejayaan tersebut.

Kenapa Ismail Sabri Yaakob dihina dan dimalukan sebegitu rupa, sedangkan beliau adalah Perdana Menteri yang dipersetujui oleh UMNO sendiri untuk memegang jawatan itu?

Di Konvensyen BN baru-baru ini, Najib ternampak begitu dihormati sehingga diberi peluang menyampaikan ucapan atas jawatan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN yang tidak pernah wujud sebelum ini serta tidak jelas apa peranan sebenar beliau melalui jawatan tersebut.

Dalam perjalanan masa, meskipun setelah ada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, Zahid Hamidi dan Najib terus juga menunjukkan penguasaan dalam UMNO dan BN.

Demi kerana ingin mempertahankannya jawatannya, selain menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan, Zahid Hamidi melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Presiden UMNO sebelum ini iaitu meminda perlembagaan parti bagi menetapkan kewajipan pemilihan UMNO hanya boleh diadakan selepas enam bulan PRU diadakan.

Pindaan perlembagaan UMNO seharusnya dilakukan untuk kepentingan masa depan parti, bukan dilakukan di masa kecederaan ketika pemilihan UMNO sedang pun ditangguhkan selama 18 bulan yang mana dengan tidak membenarkan pemilihan UMNO diadakan melainkan setelah PRU dilangsungkan, budak tadika pun faham ia semata-mata menunjukkan Zahid Hamidi takut berdepan pemilihan parti sebelum PRU15, di sampig bertujuan agar beliau kekal berkuasa menentukan pemilihan calon dalam pilihan raya tersebut nanti.

Dalam keadaan normal sebagaimana amalan sebelum ini, apabila Perdana Menteri yang baru dilantik, Perhimpunan Agung UMNO selepas itu akan berperanan untuk mengesahkan kedudukan Perdana Menteri itu sebagai Presiden UMNO.

Dalam hal ini, apabila Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri, sebagai tanda UMNO meraikan perlantikannya, beliau seharusnya segera disahkan sebagai Presiden UMNO dengan cara tidak menangguh-nangguhkan pemilihan.

Pemilihan UMNO bukan saja wajar tidak ditangguhkan, malah lebih wajar Zahid Hamidi mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada Ismail Sabri mengambil alih tempatnya sebaik saja beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Malangnya, Zahid Hamidi tidak setakat menangguhkan pemilihan, mula-mula selama 18 bulan, bahkan kemudian meminda perlembagaan yang bermakna pemilihan UMNO ditangguhkan lagi selama enam bulan.

Secara mudahnya ia difahami bahawa Zahid Hamidi enggan memberi laluan kepada Ismail Sabri menjadi Presiden UMNO.

Melalui apa yang dilakukan Zahid Hamidi itu dan dengan adanya Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN, kedudukan BN dalam berdepan PRU15 nanti adalah sama seperti kedudukan parti itu pada PRU14 lalu.

Kalau dalam PRU14 lalu, Najib adalah Presiden UMNO dan Pengerusi BN, manakala Zahid Hamidi merupakan Timbalan Presiden UMNO, sekaligus Timbalan Pengerusi BN, tetapi dalam PRU15 nanti, Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, sementara Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN yang bukan saja dilihat ketua di sebalik tabir bagi BN, malah melindungi peranan Mohamad Hasan yang memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN.

Najib dan Zahid Hamidi sekadar bertukar posisi saja.

Jadi, apa bezanya BN pada PRU15 nanti dengan BN ketika kalah pada PRU14 dulu?

Lebih buruk, jika pada PRU14 lalu, Najib dan Zahid Hamidi belum dibebankan dengan apa-apa kes pendakwaan di mahkamah, kali ini kedua-duanya sedang berdepan puluhan kes serta sudah disabitkan melakukan kesalahan.

Apakah rakyat dan pengundi yang waras masih mahu mengundi BN dalam PRU15 akan datang yang dengan jelas disedari masih dipimpin oleh pemimpin yang bukan saja tidak kelihatan bersih, bahkan melalui keterangan saksi-saksi di mahkamah serta hukuman yang telah dijatuhkan, mungkin sekali bakal disahkan sebagai tidak bersih dalam keputusan perbicaraan seterusnya?

Dulu konon perlu berubah jika tak mahu rebah, namun dengan langsung tidak berubah, meskipun sudah rebah dan UMNO serta BN yang disediakan untuk berdepan PRU15 adalah sama seperti UMNO dan BN pada PRU14 dulu, pilihan bagi rakyat dan pengundi juga hanya tinggal satu – tumbangkan mereka sekali lagi, kecuali jika Zahid Hamidi dan Najib sanggup tidak campurtangan dan tidak bertanding lagi. – ShahbudinHusin 03/06/2022.



HA.HA..IDEA ATOK DI JEPUN ....KETUA PARTI 4 KETOI SETUJU KHEMAH BESAR? RASANYA PKR TAK SEKALI KALI KOT NAK IKUT ATOK...KAH..KAH

 

Setuju khemah besar, tapi tanpa Anwar, Muhyiddin, kata Dr M





Dr Mahathir Mohamad berkata, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin
 mempunyai agenda menjaga kepentingan sendiri tanpa meletakkan
 rakyat sebagai keutamaan.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad enggan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan “khemah besar” untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Pejuang itu berkata, sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep khemah besar pada hari ini.

Ini kerana katanya, dua pemimpin berkenaan – Anwar dan Muhyiddin – mempunyai agenda menjaga kepentingan sendiri tanpa meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

“Iya, kalau boleh, adakan khemah besar, pasal negara kita ini menghadapi banyak masalah, terutamanya orang Melayu, orang Melayu banyak masalah.

“Tetapi kita kena cari orang yang lurus, tidak boleh kalau ada orang masuk politik nak cari duit apa semua. Sorrylah,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Ditanya mengapa presiden PKR dan presiden Bersatu itu dianggap “tidak lurus”, bekas perdana menteri itu berkata: “Tak lurus. Anwar tak dapat sokongan, berapa kali dah dia buat pengumuman, dia nak jadi perdana menteri. Tapi tak jadi. Dia tak ada sokongan.”

Beliau turut mengulangi kekesalannya berhubung kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 yang didakwanya susulan kesilapan Anwar, sekali gus memberi laluan kepada Umno dan BN kembali mendominasi kerajaan sekarang.

“Kalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini jadi perdana menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli Parlimen tulis siapa yang mereka pilih. Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.

“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62, bukan daripada PH, daripada parti lain orang lain saya tak tahu siapa,” kata ahli Parlimen Langkawi itu.

“Kalau saya dapat 62, kalau saya juga dapat 92 daripada PH, saya dapat 154, saya jadi perdana menterilah. Tapi dia bagi saya kalah, dia pun kalah,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, sebarang perbincangan ke arah mewujudkan kerjasama khemah besar belum dibuat dengan mana-mana pihak.

Namun jelasnya, terdapat beberapa parti politik yang kini sedang diteliti untuk dilihat asas perjuangannya sama ada selari dengan Pejuang atau sebaliknya.

“Tidak ada, tiada mana-mana ahli politik yang menghubungi saya, mungkin melalui orang Bersatu, adalah.

“Cuma, ada dua, tiga parti yang kita dalam kajian, kita tak berani buat keputusan lagi,” katanya.

KEJAYAAN RAFIZI MERESAHKAN UMNO-DATO ZAHRIN


 

DAP ANCAMAN KEPADA MELAYU ???


 

RAKYAT SENGSARA...PN DAN BN KEMARUK KUASA


 

JOM JAGA PENEROKA ..KAH..KAH..KAH


 

GEMPAR‼️NAJIB MENGAKU KES SRC-1MDB GAGAL TUTUP DI MAHKAMAH‼️‼️



MASUKKAN JA KLUSTER MAHKAMAH KEDALAM PENJARA. MACAI2 NAJIB SYOK SENDIRI MENGATAKAN NAJIB BEBAS. INGAT RAKYAT BODOH KE. TAK BOLEH TUTUP KES NAJIB KERANA DUNIA AKAN KETAWAKAN MAHKAMAH MALAYSIA, UNDANG2 MALAYSIA DAN SISTEM JUDICIARY MALAYSIA. NAJIB SUDAH BOLEH BERSEDIA UNTUK MASUK PENJARA.


Mat Sabu: Mereka Jatuhkan Kerajaan Melalui Sheraton Move, Naik Kerajaan ...



Ceramah Perdana sempena Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Tahunan 2022 Amanah Kawasan, Kubang Pasu Keadh

Mat Sabu: Ekonomi Indonesia Dah Mula Meningkat Kerana Rasuah Dapat Dilaw...



Ceramah Perdana sempena Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Tahunan 2022 Amanah Kawasan, Kubang Pasu Keadh




RENTASAN 1140 | GEMPAR!! PM SAHKAN KERAJAAN BAKAL KUTIP LEBIH BANYAK CUK...


MENARIK DALAM RENTASAN 1140
1. GST BUKAN HASIL TAMBAHAN NEGARA, TETAPI HASIL DERITA RAKYAT 2. ADAKAH PENGGONDOLAN HUTAN SIMPAN KELANTAN PATUH SYARIAH? 3. MAFI JAMIN KITA BELUM BERHADAPAN KRISIS MAKANAN 4. PENGKHIANAT BEREBUT JAWATAN MENTERI?




ADA ORANG TAK MALU DI MALAYSIA INI

 

Amber Heard kalah dalam perbicaraan saman yang dikemukakan oleh mantan suaminya. Dia tu orang putih, bukan muslim, kalah kes saman malu, bukan kes jenayah. Tapi riak wajahnya kelihatan sugul. Macam malu pun ada.

Sementara di Malaysia, ada seorang yang mengaku muslim, didapati bersalah dalaml kes jenayah, tak pula rasa malu. Bukan setakat tak mahu, boleh pula dia bangga ke sana ke mari. Malah masih ada pula yang mengagungkannya.

Ini soal maruah individu. Bukan soal apa kaum dia atau apa agamanya. Tapi soal individu itu sendiri. Kalau dah tak bermaruah, bersalah kes apa pun tetap takkan berasa malu. Baik Melayu atau bukan, muslim atau tidak. Guane boh?

Raja Gelap

 

REGA BARANG MAHAL- PENYOKONG KERAJAAN TAK MERUNGUT.....KAYA..KAYA

 

JIKA VIDEO TIDAK DAPAT DIMAINKAN SILA KELINK  FB ROSLY YUSOF DIBAWAH.

2:08 / 2:09
Kalaulah ada antara kita ni tak terasa dengan kenaikan harga barang keperluan sejak Pas jadi kerajaan ni orang tu kalau tak golongan T20 dia tu mesti bini pi kerja dia dok rumah main Facebook.