Jangan hanya sindir, buka semula fail jika benar pendakwaan terpilih, Anwar cabar PM



Anwar Ibrahim berkata, jika Perdana Menteri mengandaikan bawah
 kerajaan PH berlaku pendakwaan terpilih, maka tidak ada halangan
 sama sekali untuk Peguam Negara membuka semula fail berkaitan
. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencabar kerajaan supaya membuka semula fail bagi kes jenayah yang didakwa berlaku pendakwaan terpilih semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Kalau Perdana Menteri mengandaikan di bawah kerajaan PH berlaku pendakwaan terpilih, tidak ada halangan sama sekali untuk Peguam Negara membuka fail-fail tersebut. Jangan bagi alasan dan buat sindiran,” katanya di Dewan Rakyat.

Anwar yang juga Presiden PKR menarik perhatian kepada dakwaan bahawa seorang konglomerat dilindungi kerana anak individu itu terlibat kes dadah. Beliau mengingatkan kerajaan bahawa tidak ada had masa untuk pendakwaan kes jenayah.

“Bagi saya ada baiknya, supaya kadang-kadang orang yang berdegar-degar cakap pasal rasuah itu tahu ‘hadnya’ bila dia sendiri atau keluarganya terpalit dengan jenayah atau rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menolak andaian dalam kalangan pemimpin yang percaya orang Melayu boleh menerima rasuah dengan menyifatkannya sebagai “jumud” dan “kolot”.

“Ini penyakit yang harus diubati bermula dengan sikap pemimpin,” tegas Anwar.

“Mula (anggap) Melayu malas, kemudian (anggap) Melayu senang terima rasuah.”

Semalam apabila ditanya mengenai kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan di Dewan Rakyat bahawa pentadbirannya tidak melindungi mana-mana individu daripada pendakwaan kes rasuah.

Beliau bagaimanapun menambah “kita tidak tahu sama ada dulu ada pendakwaan terpilih atau tidak”.

'Duit 1MDB-lah bro!' - Saksi imbas bekas pembantu Najib hilang sabar










Kelab LLLM Malaysia

c2lth17ip200i3onsu45ttr37  · 

Sekadar ingin bertanya kepada yang mengetahui ya je..dalam laporan mengesahkan berlaku kerosakkan tapi apakah kerosakan helikopter benar² rosak atau sebaliknya? Sama² kita fikirkan..


'Duit 1MDB-lah bro!' - Saksi imbas bekas pembantu Najib hilang sabar

KES 1MDB | Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Najib Razak ketika itu, bekas ketua setiausaha peribadinya Azlin Alias mencampakkan sekeping fail dan menjerit "Duit 1MDB-lah bro!", kata seorang saksi ketika mengimbas kejadian berkenaan.

Amhari Efendi Nazaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Allahyarham Azlin kelihatan tertekan selepas mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri, antara Januari atau Februari 2015.

Amhari berkhidmat untuk bekas perdana menteri itu di bawah pengawasan Azlin.

Menurut Amhari, beliau masih ingat kejadian itu kerana sikap Azlin pada hari itu berbeza sama sekali dengan sikapnya yang penyabar.

"Saya tidak ingat tarikh sebenar, tetapi ia antara Januari atau Februari 2015. Kejadian berlaku kerana isu 1MDB tular pada masa itu.

"Pada hari itu, saya tiba di Pejabat Perdana Menteri dan menunggu Azlin di pejabatnya kerana beliau telah pergi ke tingkat lima untuk bertemu Najib.

"Sebaik sahaja dia kembali, saya dapat melihat dia berada dalam mood yang tertekan dan dia cuba untuk melepaskan kekecewaannya dengan menaikkan suaranya, menjerit 'Duit 1MDB-Lah bro!. Pada masa yang sama, beliau menghempaskan fail yang dipegangnya.

"Saya masih ingat keadaan itu dengan jelas kerana setakat yang saya tahu dia, Azlin adalah kool, sopan dan tidak pernah bertindak sebegitu sebelum ini. Dia bukan jenis orang yang meninggikan suaranya," katanya.

Amhari, yang bertugas sebagai pegawai khas kepada Najib sejak 2008 hingga tahun lepas, merupakan saksi kelapan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri itu berkaitan skandal 1MDB.

Saksi itu berkata beliau percaya reaksi Azlin itu mempunyai kaitan dengan liputan media mengenai isu 1MDB, termasuk Petrosaudi, perbelanjaan Jho Low menggunakan wang 1MDB, pembelian hartanah mewah oleh Riza Aziz (anak tiri Najib) dan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank yang mencurigakan.

"Saya boleh faham tekanan dia alami kerana dia salah seorang daripada mereka yang paling tahu mengenai 1MDB.

"Dia adalah orang yang berurusan dengan perkara itu di bawah arahan Jho Low, dan setakat yang saya tahu, dia adalah salah seorang yang bertanggungjawab untuk merujuk isu-isu kepada Najib," katanya.

Untuk makluman, Azlin berkhidmat sebagai ketua setiausaha sulit kepada Najib sehinggalah kematiannya dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada April 2015.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu adalah penasihat Najib, Jamaluddin Jarjis.

 

Pakatan Harapan (PH) telah berjaya melaksanakan 10 janji dalam masa 22 bulan memerintah sebagai Kerajaan Negeri Johor.

 



Pakatan Harapan (PH) telah berjaya melaksanakan 10 janji dalam masa 22 bulan memerintah sebagai Kerajaan Negeri Johor.

Berikut adalah pelaksanaan yang berjaya diberikan kepada rakyat:

1.Jawatan Menteri Besar Telah Dihadkan Untuk 2 Penggal.

2. Skim Takaful Warga Emas RM1000 (TWEJ)

3. Kad Sihat Johor RM500

4. Air Percuma 10 Meter Padu

5. Tender Terbuka

6. Insentif Harapan Siswa RM1000

7. Pengecualian Bayaran Lesen Penjaja

8. Bayaran Sewa Tunggakan PPR Diskaun 50%

9. Insentif Kursus Perkahwinan Percuma

10.Mansuhkan Kuota Menegak Kerajaan (KMK) Bagi Pemilikan Rumah Mampu Milik

Selain itu, PH juga berjaya meningkatkan rizab tunai negeri Johor dari RM3 bilion tahun (2018) kepada RM3.068 bilion tahun (2019).

Justeru,Rakyat Johor perlu kembalikan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor pada 12 Mac ini dengan keluar mengundi PH dan Keadilan bagi memastikan kestabilan politik dan menjamin keselesaan hidup rakyat.

#UNDIKEADILAN

#SuaraRakyatJohor

#PRNJohor

[Admin]

 

Perlukah Malaysia bayar berbilion ringgit kepada keturunan Sultan Sulu?

 


Malaysia berhenti membayar pampasan tahunan kepada Sultan waris
 Sulu selepas pencerobohan Lahad Datu pada 2013. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Berita mengenai kerajaan Malaysia diarahkan oleh mahkamah timbang tara Perancis untuk membayar sekurang-kurangnya RM62.59 bilion (USD14.92 bilion) kepada keturunan Sultan Sulu terakhir menimbulkan gempar di media sosial.

Pada 28 Feb, penimbang tara, Gonzalo Stampa, memutuskan bahawa Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah.

Proses timbang tara itu bermula di Sepanyol, tetapi kini telah berpindah ke Paris.

FMT melihat dengan lebih dekat isu ini dan kesannya.

Apakah pertikaian itu?

Pertikaian itu sendiri adalah berkaitan Surat Ikatan Penyerahan Hak 1878 antara Sultan Sulu ketika itu, iaitu Sultan Jamal al Alam, dengan Baron de Overbeck, Maharaja Sabah ketika itu dan Alfred Dent wakil Syarikat Borneo Utara British.

Di bawah perjanjian itu, Jamal menyerahkan kedaulatan ke atas sebahagian besar Sabah – dari pantai barat laut dan menjangkau ke pantai timur hingga ke Sungai Sibuco di selatan – kepada Dent dan Overbeck.

Sebagai pertukaran, Dent, Overbeck dan waris mereka akan membayar kepada waris Sultan sebanyak 5,000 dolar Mexico setiap tahun.

Pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf secara rasmi, Jamalul Kiram II, mangkat tanpa waris dan pembayaran dihentikan buat sementara waktu sehingga Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Charles F Macaskie menamakan sembilan waris yang dilantik oleh mahkamah pada 1939.

Pembayaran kepada waris terbabit diteruskan hingga ke zaman moden apabila Malaysia menjadi penerus perjanjian itu berikutan kemerdekaan Sabah dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963.

Tetapi pada 2013, selepas pencerobohan Lahad Datu, Malaysia berhenti membayar pampasan tahunan kepada Sultan waris Sulu, iaitu bersamaan RM5,300.

Dalam buku Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, beliau berkata tiada bukti mengaitkan keturunan Sulu yang menerima bayaran tahunan daripada Malaysia kepada penceroboh bersenjata ke Lahad Datu.

Apakah yang sedang berlaku?

Pada 2017, peguam bagi waris memohon kepada mahkamah Sepanyol untuk menyediakan penimbang tara. Waris diwakili peguam Paul Cohen dan Elisabeth Mason yang berpangkalan di London.

Asas tuntutan Sepanyol ke atas Sabah berasal daripada penegasan bahawa Sepanyol pada masa itu mempunyai kedaulatan langsung ke atas kesultanan Sulu dan semua tanggungannya.

Bagaimanapun pada 2020, hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Martin Idang berkata, mahkamah Malaysia, bukan mahkamah Sepanyol, yang harus menyelesaikan pertikaian yang timbul daripada Surat Ikatan Penyerahan Hak 1878.

Ini kerana mahkamah Sepanyol katanya, tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa ke atas Malaysia.

Kes timbang tara ini pada asalnya dibicarakan di Madrid. Sumber menjelaskan bahawa walaupun kerajaan Malaysia dijemput dan dimaklumkan mengenainya, ia memilih untuk tidak terlibat.

Bagaimanapun pada 2021, Malaysia berjaya menghujahkan bahawa protokol komunikasi mahkamah Sepanyol dengan kerajaan tidak tepat. Atas asas itu Mahkamah Tinggi Madrid membatalkan pelantikan asal Stampa.

Semasa perkara ini dirayu, mahkamah Perancis menerima pakai timbang tara berkenaan yang diumumkan pada 28 Feb.

Semalam, laman berita Sepanyol La Información melaporkan, Stampa memutuskan bahawa perjanjian 1878 itu merupakan “perjanjian pajakan persendirian antarabangsa” komersial dan susulan itu sah.

Kesan-kesannya

Dalam autobiografinya, Thomas mengakui Malaysia melanggar perjanjian apabila bayaran dihentikan pada 2013.

Cohen memberitahu FMT bahawatimbang tara itu adalah mengenai pertikaian kontrak, bukan pertikaian lama mengenai kedaulatan.

“Kes ini bukan soal kedaulatan. Malaysia mengaku melanggar perjanjian lamanya dengan waris Sulu,” katanya.

“Oleh itu, persoalannya ialah bagaimana caranya untuk mengimbangkan semula bayaran itu memandangkan nilai semasa kontrak tersebut kepada Malaysia adalah tiga juta kali ganda berbanding persetujuan asal.”

Sementara itu sumber berkata, jika Malaysia enggan membayar, asetnya boleh dirampas secara global menurut Konvensyen New York yang membenarkan penguatkuasaan anugerah timbang tara.

“Ini boleh membawa kepada kempen rampasan meluas yang dibenarkan mahkamah di seluruh dunia,” kata sumber itu.

MAKNA SEBENAR BN



www.zunar.my

 Makna sebenar BN!

Awas, jangan salah mengundi

#bossku #bosskur #1MDB #PRN

Penguatkuasa KKM gempur ceramah PH di Iskandar Putri

 

Penguatkuasa KKM gempur ceramah PH di Iskandar Putri


Beberapa individu yang hadir ke ceramah politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di sini terkejut apabila penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mendekati mereka bagi memeriksa aplikasi MySejahtera.

Ia berikutan terdapat individu yang ‘terlupa’ mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama mengimbas QR Kod kehadiran di aplikasi MySejahtera.

Pengunjung ceramah Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Pusat Khidmat Parti Amanah Negara (Amanah) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Taman Mutiara Rini, di sini yang tidak berbuat demikian dilihat segera bangun untuk mendaftar kehadiran.

Bagaimanapun, tiada pengunjung yang dikompaun dan kehadiran penguat kuasa untuk memperingatkan semua pihak agar mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pada 18 Februari lalu, penganjuran ceramah, syarahan atau kempen di PRN Johor dilaporkan dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang, lengkap vaksinasi dan penganjur memperoleh permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Aktiviti juga dibenarkan selama dua jam dan tidak melebihi 10 malam, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menetapkan penganjur, urus setia, penceramah dan peserta dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter di antara satu sama lain serta memakai pelitup muka.

Semua yang hadir juga perlu mengimbas QR Kod MySejahtera atau mencatat kehadiran termasuk nama, nombor telefon, gejala dan masa di dalam buku disediakan.

CABARAN YANG DIHADAPI ANWAR BUKAN KALENG KALENG

 



Bonda dan ayahandanya pergi ketika dia dalam penjara. Sewaktu dia dalam penjara, adiknya Rosli Ibrahim @abg Li begitu aktif membela nasibnya dalam gerakan reformasi Alhamdulillah, ketika dia keluar dari penjara, adiknya masih ada menyambutnya.

Takdir menentukan. Adiknya tidak sempat melihat kemuncak kejayaan perjuangan reformasi yang dibawa oleh abangnya, Anwar Ibrahim. Namun, Almarhum mungkin boleh tutup mata dengan tenang kerana abangnya kini telah bebas meneruskan perjuangan.

Siapa lagi bersama Anwar? Rakyat!! Rakyat berada di belakangmu...teruskan melangkah dan mara...

WFAUZDIN NS

 

DESAK PRU AWAL, UMNO NAK TOLAK ISMAIL SABRI ATAU TOK MAT TERINGIN JADI PM?

 

Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan bahawa pihaknya akan terus mendesak PRU15 disegerakan tidak kira sama ada BN menang atau kalah dalam PRN Johor, pada hakikatnya lebih menyerlahkan niat UMNO mahu mengenepikan Ismail Sabri Yaakob lebih awal daripada kerusi Perdana Menterinya.

Dalam kenyataannya, Mohamad atau Tok Mat bagaimanapun dilihat menyelindungkan niat tersebut dengan mengatakan PRU awal itu adalah untuk mengembalikan kestabilan kepada negara sebagaimana sebelum 2018 dahulu.

“Kita akan tetap desak untuk PRU15 disegerakan tidak kisah sama ada menang besar atau tidak, tidak kisah jika kalah sekali pun.






“Kita hendak PRU disegerakan selepas PRN yang diadakan di Johor ini bukan kerana tamak kuasa, bukan untuk ganggu-gugat tetapi mahu kembalikan kestabilan politik.


“Hanya dengan kestabilan politik, keyakinan rakyat wujud, pelabur juga senang melabur di negara ini.

“Kesejahteraan dan kestabilan ini juga akan memberi peluang kepada pemimpin untuk terus memimpin dan menjaga rakyat bangunkan negara,” katanya.

Meski hujahnya untuk mengembalikan kestabilan politik, tetapi persoalan besarnya ialah mengapa UMNO masih mahu melakukan desakan juga jika sekiranya BN kalah sekali pun di Johor?

Bukankah jika kalah di Johor, ia lebih tidak menjamin BN mampu menang di peringkat Parlimen?

Di mana kestabilan yang diperjuangkan jika setelah kalah di Johor pun misalnya, tetapi mahu didesak lagi agar PRU15 disegerakan?

Selain itu, bukankah juga dengan mendesak mahu PRU diawalkan, ia bermakna UMNO mahu menolak Ismail Sabri lebih awal daripada kerusi Perdana Menteri yang sedang didudukinya?

Kenapa, terutama kalau sekiranya BN kalah di Johor, lebih masa tidak diberikan kepada Ismail Sabri untuk terus memimpin negara dan memperbaiki segala kelemahan yang ada agar UMNO yang sedang mengetuai kerajaan boleh lebih diterima serta diyakini lagi?

Untuk apa UMNO mahu sangat PRU15 disegerakan?

Tambahan lagi, bukankah kuasa untuk menentukan bila Parlimen hendak dibubar adalah hak serta prerogatif Perdana Menteri?

Kenapa UMNO mahu menceroboh hak serta prerogatif Perdana Menteri itu, di samping mahu menolaknya lebih awal?

Adakah tujuan terbesar di sebalik desakan mahu PRU15 diawalkan dan ia mesti diadakan sebelum pemilihan UMNO dilangsungkan kerana Tok Mat mahu meletakkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Ismail Sabri lantaran kedudukannya yang lebih tinggi dalam parti, sambil menyedari Zahid Hamidi yang sedang dibicarakan di mahkamah dan Najib Razak yang sudah dijatuhi hukuman bersalah telah pun terkeluar daripada gelanggang persaingan?

 – ShahbudinHusin 02/03/2022.




🔥TAK SANGKA ❗ INILAH PERANGAI SEBENAR ABAHKAU 💥

AHLI PAS NAK JUMPA DERIS SEBAB SLOW


 

GEMPAR! MAHATHIR PULA BERPERANG DENGAN BEKAS KETUA POLIS NEGARA!


Mari kita imbas kembali laporan kami 5 Mei 2021 yang masih lagi relevan hari ini! Apa masalah pemimpin negara dengan Ketua Polis Negara? Adakah betul apa yang dikatakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan, yang sejak dulu lagi pemimpin sibuk campur tangan urusan PDRM untuk kepentingan politik? Jika dakwaan Musa Hassan itu betul, kami sangat khuatir! Ini laporan dan ulasan jujur kami.



ZUL YAHYA HENTAM PAK LEBAI


 

PRN JOHOR - CERAMAH EZAM, MENGAPA KAMI LETAK CALON DI JOHOR?

‘Alasan tak masuk akal’ terhadap siasatan 1MDB, Ahli Parlimen selar Mas Ermieyati

 


Wong Chen memberitahu Mas Ermieyati Samsudin bahawa tiada apa
 yang menghalang pihak berkuasa Malaysia daripada pergi ke Singapura
 untuk memeriksa dokumen asal atau daripada memperoleh salinan
 disahkan oleh notari Singapura.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang Wong Chen menyelar Timbalan Menteri Undang-undang Mas Ermieyati Samsudin dan menyifatkan sebagai ‘jahil’ dalam penjelasannya mengenai kelewatan siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Wong berkata Mas Ermieyati memberikan “alasan yang sama sekali tidak boleh diterima” apabila dia berkata penutupan sempadan Malaysia-Singapura menghalang pihak berkuasa daripada melengkapkan siasatan mereka ke atas Tawfiq Ayman, suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz, berkaitan skandal itu.

“Perjalanan antara Malaysia dan Singapura menjadi lebih mudah di bawah program Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL),” katanya kepada FMT.

Mas Ermieyati berkata di Dewan Rakyat semalam polis sepatutnya meneruskan siasatan di Singapura tetapi tidak dapat berbuat demikian ekoran pintu sempadan ditutup.

Wong berkata tiada apa yang menghalang pihak berkuasa Malaysia daripada pergi ke Singapura untuk memeriksa dokumen asal atau memperoleh salinan yang disahkan oleh notari Singapura.

“Pada zaman ini, salinan digital dokumen yang disahkan dan selamat sepatutnya memadai bagi tujuan penyiasatan,” katanya. “Alasan yang dibuat untuk menjelaskan kurangnya tindakan oleh pihak berkuasa adalah tidak masuk akal.”

Pengarah eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel, berkata Mas Ermieyati telah membuat “alasan yang menyedihkan”, pada masa sama menyatakan banyak inisiatif berlaku antara dua kerajaan Malaysia dan Singapura.

“Malaysia mesti memperbaiki keadaan dan melaksanakan langkah-langkah dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang Rasuah dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa seperti yang diperuntukkan dalam konvensyen untuk menyelesaikan persoalan aliran wang yang berkaitan dengan Tawfiq,” katanya kepada FMT.

Pada Mac tahun lalu, polis dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap dana berkaitan 1MDB yang didakwa dipindahkan ke sebuah bank akaun milik Tawfiq di Singapura.

Polis Singapura dilaporkan telah memaklumkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai transaksi yang mencurigakan pada 2015 dan 2016 melibatkan sebuah syarikat milik suami Zeti dan salah seorang anak lelakinya.

Mereka yang dipetik sebagai berkata, dana disalurkan kepada syarikat itu daripada akaun dikaitkan dengan Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa menjadi dalang di sebalik skandal kewangan 1MDB.

Zeti adalah Gabenor Bank Negara ketika itu.

PRN JOHOR - CERAMAH EZAM, MENGAPA KAMI LETAK CALON DI JOHOR?

SEBENARNYA DUA DUA TAK BOLEH DIHARAP MEMBANTU MELAYU

 

PN kata BN korup. BN kata PN takleh harap. Balik Putrajaya, keduanya kerajaan yang sama.

Kestabilan apa ni? Haru Biru!




MB TERENGGANU LEBIH DI KUALA LUMPUR DARI TERANGANU?

 

Beberapa bulan lalu, apabila bekalan air utama terputus di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melibatkan 100,000 penduduk terjejas, Menteri Besar Terengganu hanya muncul melawat tapak masalah selepas hampir seminggu kerana berada di Kuala Lumpur.

Seterusnya...

TAWARAN AKHIR PESAWAT LCA MALAYSIA - Inilah Jet Pejuang Yang Bakal Di Pi...



FA-50 Block 20 Dan M-346FA? Yang mana Pilihan TUDM. Tender perolehan 18 buah pesawat untuk TUDM yang dijangka menelan belanja sehingga RM4 bilion itu, telah menarik minat beberapa syarikat pembuat pesawat yang mempertaruhkan pesawat-pesawat keluaran mereka dalam tender itu. Kedua-dua pesawat itu adalah FA-50 Block 20 yang dibangunkan oleh KAI, dan juga pesawat M-346 FA (Fighter Aircraft) yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo. -Copyright Disclaimer-

Perbicaraan Roger Ng di Amerika – Apa yang rakyat perlu tahu? Bhg 2







Mengenai kes perbicaraan Roger Ng yang ada kaitan dengan skandal 1MDB, akhbar New York Times dilapor menyatakan kes ini adalah “perhaps the largest heist in the history of the world” (mungkin kes rompakan terbesar dalam sejarah dunia”).

Kemudiannya digunakan untuk membeli hotel mewah di Beverly Hill, kapal layar mewah “Equanimity” (saya pernah berada di dalamnya dan melihat sendiri kemewahannya seperti ada pawagam, ada kolam renang, lif dan lain-lain), membiayai perfileman di Hollywood, “The Wolf of the Street” dan banyak lagi.

Menurut saksi utama kes itu iaitu mantan boss Roger Ng – Tim Leissner- mereka berdua telah disanjung sebagai hero oleh majikan mereka-Goldman Sachs- kerana bawa business di mana Goldman Sachs dibayar menggunakan wang 1MDB-wang rakyat Malaysia- hingga cecah US $600 juta.

Pendakwa juga kata keuntungan dari bon-bon yang di”raised” oleh Goldman Sachs- pun juga banyak yang dirompak.

Sebab itu, Goldman Sachs telah disiasat oleh banyak regulators di seluruh dunia bertahun-tahun.

Dalam kes ini, jika diandaikan Roger Ng didapati bersalah, untuk kesalahan penggubahan wang haram sahaja, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan 5 tahun penjara pula bagi kesalahan rasuah.

Antara pembelaan Roger Ng seperti yang peguam dia sebut adalah wang yang dia terima dari Tim Leisnner sebanyak $ 35 juta itu adalah untuk isteri dia bagi digunakan untuk tujuan perkongsian perniagan dengan isteri Tim Leissner.

Bagi peguambela Roger Ng, kedua-dua wanita itu bukanlah partners in crime atau rakan jenayah!

Dengan lain perkataan, Roger Ng tidak terlibat dalam skim jenayah 1MDB ini. Semasa perbicaraan YB Pekan dalam kes SRC (anak syarikat 1MDB), dia pun kata dia tidak terlibat!

Insya-Allah bersambung…

 

Perbicaraan Roger Ng di Amerika: Apa rakyat perlu tahu? Bhg 1


 By / February 28, 2022

Dalam kes perbicaraan Roger Ng – mantan kakitangan bank pelaburan (the investment bank) yang terkenal iaitu Goldman Sachs (2005-2014), dia telah didakwa di mahkamah di Amerika Syarikat (di New York) atas pertuduhan jenayah berkonspirasi untuk penggubahan wang haram dan juga tuduhan melanggar undang-undang anti rasuah.

Secara mudah, Roger Ng adalah mantan ketua perbankan pelaburan (investment banking) Goldman Sachs di Malaysia.

Pada masa itu, boss kepada Roger Ng adalah Tim Leissner yang juga mantan ketua Goldman Sachs bagi Unit Asia Tenggara.

Dalam kes yang Roger Ng sedang dibicarakan sekarang, pendakwaraya, antaranya, telah memanggil mantan boss dia-Tim Leisnner- sebagai saksi utama mereka

Dalam bahasa perundangan, bolehlah dikatakan saksi Tim Leissner tersebut adalah saksi utama atau saksi bintang utama ( the star witness ).

Untuk rekod, saksi Tim Leisnner itu telah pun mengaku salah sebelum ini -pada tahun 2018- atas tuduhan jenayah yang sama seperti yang Roger Ng hadapi sekarang.

Jika kita ikuti perbicaraan Roger Ng yang sedang berlangsung sekarang ini, antara lain, pendakwa dedahkan bahawa Roger Ng telah terima wang rasuah/haram ( kickbacks ) sebanyak $35juta di atas peranan dia dalam skim tersebut.

Mungkin ada yang bertanya apa kaitan dia terima rasuah $35 juta itu dengan kita semua-rakyat Malaysia ?

Rileks dan tarik nafas dalam dalam dulu adik kakak.

Duit $35 juta itu, kata pendakwa, datang dari 1MDB -syarikat di negara ini yang ada kaitan dengan YB Pekan iaitu mantan PM dan Presiden Umno dan parti Umno pula sekarang ini sedang bertanding dalam PRN Johor dan YB Pekan juga sedang aktif turun berkempen !

Saya kongsi sikit ya apa yang saksi Tim Leisnner itu berkata semasa dia beri keterangan di mahkamah Amerika itu .

Antaranya, dia kata “suapan dan rasuah/wang haram lah yang menyebabkan segala urusan yang mereka lakukan dalam urusan 1MDB itu boleh atau berjaya dilakukan !

InsyaAllah bersambung…

Pelakon veteran Margaret Gan Peluk Islam pada usia 79 tahun

 


Pelakon veteran Margaret Gan lafaz dua kalimah syahadah pada usia 79 tahun


Alhamdulillah. Ternyata hidayah itu milik Allah diberikan kepada hambanya yang terpilih.

Lebih separuh ab4d mengabdikan diri dalam dunia seni, pada usia 79 tahun, pelakon veteran Margaret Gan yang sering menghiasi kaca televisyen (TV) dalam drama menyentuh hati pada era 1980-an, beroIeh hidayah untuk meIafazkan dua kaIimah syahadah.

Pada 15 Februari lalu, dalam suasana penuh em0si, Margaret yang sudah biasa dengan kehidupan orang Melayu dan amalan umat Islam sejak zaman persekolahan, memeIuk Islam di hadapan anak tunggaInya, Mohd Taufik Gan, 36.

Mohd Taufik terlebih dahulu mengucapkan dua kaIimah syah4dah ketika menuntut di universiti, kira-kira 20 tahun lalu.

Berk0ngsi cerita, Margaret yang manis berh1jab mengaku Mohd Taufik tidak pernah mendesak agar mengikut jejak Iangkahnya memeluk Islam.

“Sebenarnya, hati sudah lama terdet1k memeluk Islam. Anak tidak pernah mendesak. Cuma sekali-sekala dia bertanya bila saya mahu peIuk Islam.

“Minggu lalu, tiba-tiba saya terus bersetuju apabila dia bertanya lagi.

“Saya meminta dia menguruskan hal berkaitan pengislaman. Anak memang terkejut mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut saya hingga berkali-kali dia bertanya, apakah betul keputusan yang saya ambil.

“Taufik menangis terharu dengan keputusan ini (peluk Islam). Mungkin dia sudah lama menantikan saat cukup bermakna ini,” katanya di majlis anjuran Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) di ibu negara, baru-baru ini.

Margaret berkata, Taufik mengajarnya meIafazkan syahadah dan merakamkan video pada det1k itu di kediaman mereka.

“Taufik kemudian menghantar rakaman video kepada seorang ustaz yang tidak sempat datang ke rumah kami.

“Insya-Allah, kami akan pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) minggu depan untuk urusan selanjutnya,” katanya.

Margaret yang diIahirkan di Batu 6, Jalan Klang Lama, Petaling, mengaku sudah biasa dengan amalan hidup orang Islam terutama sejak Taufik menjadi musIim.

Ketika anaknya menyuarakan hasrat memeIuk Islam, Margaret tidak menghaIang, sebaliknya, meminta dia memikirkan keputusan itu sebaik-baiknya.

Margaret menasihati Taufik agar tidak ‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana menyedari ada ramai saudara-mara yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai orang Islam sebaik-baiknya selepas meIafazkan syah4dah.

“Saya tidak haIang. Saya minta Taufik jangan buat separuh jalan. Ada saudara-mara yang masih mengamalkan cara hidup lama walaupun sudah beragama Islam.

“Walaupun anak sudah memeIuk Islam, kami tinggal bersama. Soal makan dan sebagainya tidak menjadi masaIah kerana apa yang anak masak, itulah yang saya makan.

“Sehinggalah apabila anak berkahwin dan memiliki dua cahaya mata, kami terus tinggal sebvmbung walaupun berbeza agama, sebelum ini.

“Saya juga sudah biasa melihat mereka bersoIat dan mengamalkan gaya hidup Islam. Jadi, tidak svkar untuk saya meIafazkan syahadah,” katanya.

Berk0ngsi mengenai penampilan yang kini bertudung, pelakon filem 29 Februari itu berkata, Taufik menggaIakkan agar dirinya berh1jab.

“Taufik beritahu jika saya mahu berlakon, saya perlu bertvdung. Jika tidak, dia tidak gaIakkan saya berlakon tanpa memakai h1jab.

“Saya tiada masaIah untuk bertvdung kerana sudah biasa melihat menantu dan cucu berh1jab.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang. Lagipun, umur saya menginjak 80 tahun pada 2023. Jadi, tiada apa lagi yang perlu saya tunggu,” katanya yang mengekalkan nama sama.

Nama sebenar, Gane Ee Kek dan memulakan karier lakonan secara tidak sengaja pada usia lewat 20-an apabila sebuah syarikat pr0duksi mencari pelakon berbangsa Cina.

Drama pertama lakonan adalah Kem4rau Di Hujung Daun sebagai pelakon tambahan. Ini disusuli Dengan Keringat Aku Ingat dengan peranan lebih besar.