Ahli Parlimen PH minta bahas isu azam baki, PM berdiam diri





Dewan Rakyat menolak membahaskan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada sidang khas hari ini.



Penolakan itu dibuat oleh Speaker selepas Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) meminta agar isu Azam Baki dibahas bersekali isu banjir yang melanda negara pada pertengahan Disember 2021 lalu.



Sebelum itu, Ahli Parlimen Datuk Seri Salahuddin Ayob (PH- Pulai) memohon agar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar memberi izin isu integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM dibahas pada sebelah petang.



"Saya hantar notis usul 18 (1), saya faham kandungan itu yang diberi kepada saya (penolakan), tetapi di sini ada PM dan hak PM untuk mengizinkan satu tajuk diperbahas pada persidangan kali ini.



"Saya tidak menafikan banjir di negara kita tetapi isu yang mendatang adalah isu integriti, satu isu yang melibatkan pejawat awam, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Jika usul ini diterima hanya satu jam nanti, pukul 4.30 petang, apa salahnya isu ini kita perdebatkan. Ia sama penting, kita boleh bahas dengan isu banjir bersekali," katanya.



Namun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Harun berkata, Perdana Menteri yang memanggil masyuarat khas tersebut dan beliau tidak memberi izin penambahan agenda dilakukan.



"Saya akui terima usul dua hari lepas dan saya menjawab, sidang khas dipanggil di bawah kuasa mutlak PM. Mengikut peraturan tersebut agenda sidang khas adalah di bawah kuasa mutlak beliau dan beliau menyusun atur.



"Saya tidak ada kuasa menerima usul tersebut. Agenda ditetapkan oleh PM. Sehingga hari ini saya tidak terima notis dari PM bagi usul tersebut (dibenarkan). Jadi kita menjalankan mesyuarat ikut urusan mesyuarat.



"PM tidak berniat katakan apa apa," katanya lagi.

 

PIMPINAN PAKATAN BERTEMU PM DI PARLIMEN

Saya bersama saudara Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen.
Kami bangkitkan soal Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentang dalam sesi Parlimen akan datang.
Turut dibincang perihal rasuah yang semakin menggila serta langkah pasca banjir yang dihadapi sebelum ini.


*Menteri Agama tak mahu campur isu Ketua Hakim Syari'e berbogel kacau bini orang*


https://www.samudera.my/menteri-agama-tak-mahu-masuk-campur-isu-hakim/


Sertai Whatssapp group ini:

https://bit.ly/32cwgtT

https://bit.ly/32cwgtT

https://bit.ly/32cwgtT






JANGAN KETAWA


 

PEJUANG PELESU-PETIK NAMA ZAFRUL SAHAJA KAH KERJANYA ?

 













Farhany Lin Nur Aulia

· 

Duk petik nama menteri kewangan Tengku Zafrul.

Zaman Abah Muhyiddin mereka ni tak kisah pun dengan Tengku Zafrul

24 jam...siang malam mereka seru nama Abah Muhyiddin aje..

Nampak tak... bertapa tak jujurnya mereka dalam isu ini ?

Dulu 24 jam bantai Abah Muhyiddin

24 jam duk burukkan Abah Muhyiddin,

Mereka fokus tekan PM8

Mereka duk serang PM8 dalam isu pengeluaran Kwsp.

Sikit pun mereka tak usik Tengku Zafrul.

Tapi sekarang mereka tak usik PM Umno Pak Mail..

Padahal yang punya kuasa memutuskan serta meluluskan adalah PM,

Ini yang selalu mereka katakan kepada rakyat dulu....yang berkuasa PM, bukan menteri kewangan Tengku Zafrul.

Mengapa tak tekan PM Umno Pak Mail seperti yang mereka buat kat Abah Muhyiddin dulu ???

Kau tekan la menteri kewangan sampai kiamat pun kalau PM Umno tak benarkan.... rakyat hanya nampak drama aje dalam isu ini....bukan ikhlas berjuang dalam isu untuk selesaikan masalah rakyat.

Rakyat dah lihat kegagalan PM Umno..

Puak Umno terutamanya KP kokak ni duk COVER PM UMNO dengan memfokuskan menteri kewangan.

Nampak ?

UMNO HANYA JAGA UMNO !

#UmnoPerjuangPalsu

#TolakUmnoPru15

 

KAH..KAH...KAH..PARTI ANA JADI KERAJAAN PUN KENA GANYANG LAGIK ? BUKAN ISLAM KENA GANYANG....APA KATA NETIZEN



 

Ahmad Fauzi

24 jam Islam terancam. Dia ingat Islam ni mcm hutan simpan kekal di Kelantan.

IQ rakyat sekarang bukan lagi rendah,mereka lebih percayakan Ngo yg menjaga Islam berbanding ahli politik yg lembab dan tidak bervisi.

Lagi pula, ahli politik yg mengatakan bahawa Islam terancam terdiri dari kalangan ahli politik yg tak turun padang, pemalas.

Jika benar2 Islam terancam, merekalah yg rakyat patut salahkan krn mereka tidak amanah, dan makan gaji buta.

 

Tok Abah

Beginilah contoh orang agama yang merosakkan nama islam. Gila nak jadi k'jaan sampai sanggup TebukAtap PintuBelakang. Bila diberi jawatan jadi Duta khas Mentekedarah Gaji Buta. Haramjadah.

 

Zamanii Mohd

Duk dlm kerajaan dah tau terhimpit tapi aneh duduk goyang kaki. cakap bnyk buat tak dak.tin kosong

 

Azman Pmt

Dia dh duk atas kayangan mmg boleh beri statement mcm2, kalau dh duk bersama dgn kalamgan kayangan apa pon boleh, mne janji mu yg dulu2?

 

Razak Razak

Selagi Mufti Perlis xdek bunyi apa2 jd Islam kat Malaysia x terancam sejak PAS mnjd kerajaan....... indicator terancam atau tak mesti dtg dr PERLIS...... marangggg xjd apa dahhhh.....

.

Mufti Perlis tgh sibuk dokkk bahas dgn KK aka KKM.... issue lain masuk Q dulu ya

 

o    Amier Bger Amier Bger

Ada kuasa tp x reti guna ...... Description: 👻

 

A Samad Said

Mu wat ape bai?

 

Description: https://static.xx.fbcdn.net/rsrc.php/v3/ya/r/mTNr7Jn2-Jk.pngTop fan

Razmi Abdul Razak

Dok baik kata kat menteri pantai timur ni, ooopssss silap menteri timur tengah ni. Sekejap dia ketengah, ke tepi selama lama

 

Daeng Kadim

Ulamak pun apa kurangnya.....

 

DENGAR PANDANGAN JURUTERA PAKAR INI TENTANG TEKNOLOGI RFID!





1. Isu utama pada hemat saya bukannya berkaitan isu-isu teknikal sepertimana yang banyak dibicarakan oleh para netizen, sebaliknya isu kerahsiaan (privacy) dan keselamatan siber (cyber security).
2. Syarikat saya bekerja pernah cuba untuk menggunakan teknologi ini (pilot project) di pintu pagar utama untuk membuka palang serta merekodkan masa keluar masuk staf, tapi akhirnya ia tidak diteruskan disebabkan isu polisi keselamatan.
3. Benar, dengan sistem kad Touch and Go sebelum ini maklumat yang sama juga direkodkan, namun penggunaan gelombang radio sebenarnya memudahkan interception (pintasan) data dilakukan oleh pihak-pihak yang berniat jahat.
4. Mungkin ramai tertanya-tanya apa pula bezanya RFID dengan sistem Smart TAG yang telah lama digunakan sebelum ini? Untuk maklumat, Smart TAG menggunakan gelombang infra-red iaitu gelombang radiasi elektromagnetik yang biasanya dihasilkan oleh haba (thermal). Contoh peralatan lain yang menggunakan gelombang infra-red dalam kehidupan harian kita ialah remote control dan pelbagai peralatan perubatan (medical) yang lebih canggih.
5. Manakala RFID pula menggunakan gelombang radio yang jauh lebih panjang gelombangnya (longer wavelength) dari infra-red dalam skala spektrum elektromagnetik. Ini adalah kelebihan utama RFID berbanding Smart TAG kerana gelombang radio boleh bergerak lebih jauh dan tidak memerlukan jarak lurus (line-of-sight) untuk berfungsi atau dikesan.
6. Contoh peralatan lain yang menggunakan gelombang radio dalam kehidupan harian kita ialah telefon pintar, internet, TV, sistem penggera keselamatan serta sistem siaran radio itu sendiri (AM dan FM). Selain itu ia juga banyak digunakan oleh sistem komunikasi kapal terbang dan kapal laut.
7. Persoalannya, jika teknologi gelombang radio yang digunakan oleh RFID lebih baik, kenapa ramai menghadapi masalah palang di tol lambat terbuka dan kadangkala langsung tidak terbuka (gagal dikesan)?
8. Secara jujur saya tiada jawapan yang tuntas. Namun agakan saya ia disebabkan kualiti serta lokasi alat pengesan (detector) yang digunakan. Pengalaman peribadi saya, palang dibuka terlalu lambat sehingga kereta telah begitu hampir dengan palang.
9. Solusi mudahnya ialah meletakkan detector lebih ke hadapan dan jauh dari palang, namun harus diingat gelombang radio boleh bergerak jauh dan dikesan walaupun ada halangan. Jika diletak terlalu hadapan, masa dan tempoh palang terbuka juga perlu diset tepat untuk kereta di belakang melepasi palang dengan selamat.
10. Sudut (angle) detector diletakkan juga memainkan peranan bagi membolehkan hanya satu gelombang RFID yang terkuat dikesan pada satu-satu masa. Kegagalan design dan setting teknikal seperti inilah mungkin merupakan faktor penyebab isu yang dihadapi kebanyakan pengguna tol hari ini.
11. Saya mencadangkan sistem e-wallet yang membenarkan kredit/hutang direkacipta supaya kereta yang kehabisan baki tidak tersangkut dan menyebabkan kesesakan. Ia juga harus diintegrasikan dengan solusi
terbaik
yang telah lama digunapakai di negara-negara maju lain iaitu high speed RFID detector yang tidak memerlukan palang dan rumah tol, kereta tidak perlu diperlahankan dan seterusnya mampu mengelakkan kesesakan secara total.
12. Selain itu, cip frekuensi radio yang dipasang dalam pelekat RFID sudah tentu terdedah kepada panas dan hujan, kemungkinan boleh bertahan selama hanya beberapa tahun (mengikut maklumat 5 tahun). Satu konsep pelan pemasangan dan bahan (material) pelekat yang lestari serta tahan lasak perlu difikirkan untuk jangkamasa panjang.
13. Pelekat yang ditampal di bahagian luar kereta juga akan terdedah kepada kecurian, vandalisme dan sabotaj. Walaupun ia dikatakan akan rosak jika dicabut (dan tidak akan boleh digunakan oleh pencuri), namun pada pandangan saya kreativiti pihak yang berniat jahat tidak boleh kita pandang enteng.
14. Secara keseluruhan saya amat kecewa dengan kelemahan-kelemahan yang begitu ketara walaupun sistem ini telah dikaji dan diuji sekian lama.
15. Kita sebenarnya tidak memerlukan teknologi RFID, cukup sekadar satu sistem yang membolehkan baki kad Touch and Go ditambah melalui e-wallet. Dalam kes ini, kegagalan para jurutera menyelesaikan satu masalah mudah menyebabkan satu solusi yang tidak lestari dilahirkan!
Ir Ts Lukman Hakim
Setiausaha Agung
Parti BERJASA

AZAM BAKI ATAU SC YANG BOHONG

 

Sebagai memperjelaskan lagi keputusannya yang dipertikai ramai, Surujanjaya Sekuriti atau SC berkata, tiada bukti konklusif ditemui perdagangan proksi telah dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dalam urusan pembelian saham melibatkan akaunnya.

Dalam satu kenyataan petang ini, SC menjelaskan, Azam mempunyai “kawalan” ke atas akaun dagangannya sendiri.

“SC ingin menjelaskan bahawa bukti bebas yang dikumpul semasa siasatan ke atas akaun dagangan Azam menunjukkan bahawa beliau adalah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan tersebut.

“Azam mengendalikan akaun yang dibukanya, kerana dia telah memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun tersebut.

“Oleh itu, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA),” tambah kenyataan media pengawal selia pasaran modal itu lagi.

Tetapi, tentunya kita masih belum lupa bahawa dalam penjelasannya sebelum ini, Azam sendiri yang mengaku akaunnya telah digunakan oleh adiknya, Nasir Baki.

Pengakuan seumpama itu turut diberikannya kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM yang dipengerusikan oleh Abu Zahar Ujang.

Malah, Azam juga berkata, oleh kerana saham-saham itu kepunyaan adiknya dan namanya sekadar digunakan saja, kesemuanya sudah dipindahkan kepada adiknya itu.

Dalam erti kata, saham itu sama sekali bukan milik Azam, tetapi milik adiknya.

Namun, bagaimana penemuan SC boleh mengesahkan Azam mempunyai kawalan ke atas akaun dagangannya sendiri, sedangkan Azam juga mengaku akaunnya diguna oleh adiknya?

Kalau benar Azam sendiri mengawal akaunnya, bagaimana dia boleh berkata, adiknya telah menggunakan akaunnya itu?

Siapa yang berbohong?

Azam atau SC?

Atau kedua-duanya sama-sama telah berbohong, cuma dalam keadaan yang berlainan? – ShahbudinHusin 19/01/2021.



Terence buat ujian kedua didapati negatif dadah selepas tidak puas hati ujian pertama




Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan anak guamnya Terence Naidu didapati negatif selepas membuat ujian saringan air kencing kali kedua di sebuah klinik pada 15 Januari 2022.

Menurut Ramkarpal, Terence tidak berpuas hati dengan keputusan pertama polis yang mendapati terdapatnya kesan dadah di dalam air kencingnya.

Tambahan pula katanya permintaan anak guamnya untuk pihak polis melakukan ujian kedua tidak dibenarkan.

Ujian saringan air kencing Terence Naidu didapati positif untuk empat jenis dadah pada lewat malam 13/1/2022.

“Saya telahpun dimaklumkan oleh YB Terence bahawa selepas beliau dibebaskan atas jaminan polis pada 14/1/2022, beliau telah pada keesokan hari, iaitu 15/1/2022, sendiri pergi ke Klinik O2 di Pulau Pinang untuk membuat ujian saringan dadah dalam air kencingnya.

“Saya juga telahpun dimaklumkan oleh YB Terence bahawa beliau telahpun membuat ujian kedua tersebut sendiri di Klinik O2.

“Oleh kerana beliau tidak berpuas hati dengan keputusan pertama polis yang mendapati terdapatnya kesan dadah di dalam air kencingnya dan juga oleh kerana permintaan-permintaannya kepada pihak polis untuk melakukan ujian kedua tidak dibenarkan,” kata Ramkarpal.

Beliau berkata, sempel air kencing yang diambil di Klinik O2 tersebut telahpun dianalisa di makmal Pathlab dan keputusanya adalah bahawa langsungnya tiada sebarang jenis dadah dikesan di dalam air kencingnya yang dianalisa oleh Pathlab tersebut.

“Keputusan ini telahpun diperolehi oleh YB Terence hari ini.

“Justeru, YB Terence telahpun membuat satu laporan polis susulan hari ini di IPD Seberang Perai Tengah untuk melaporkan keputusan negatif ujian Pathlab tersebut dan memohon agar siasatan lanjutan dibuat dalam perkara ini,” katanya.

Memandangkan perkembangan baru ini, menurut Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu adalah jelas bahawa siasatan lanjut perlu diambil oleh pihak polis dengan kadar segera demi kepentingan keadilan di mana Terence bersedia untuk memberi segala kerjasama bagi tujuan tersebut.

“Diharapkan siasatan lanjut tersebut dilakukan dengan secepat mungkin,”jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar ditahan semasa serbuan polis di sebuah kelab malam di SPT pada 13 Jan lalu dan dia dikatakan menjalani ujian air kencing yang menunjukkan kesan positif dadah.

HUTANG MENIMBUN, DIA BOLEH LAGI VEL VEL




 

DERIS MANA...DERIS....? NI ADA RAKYAT NAK TANYA..DAH KELUARKAN FATWA KA BELUM

 

Idris Ahmad perlu jelaskan hukum syarak Najib hadir perayaan Thaipusam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad perlu menjelaskan kedudukan hukum syara’ berkaitan kehadiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke perayaan Thaipusam di Batu Caves semalam.

Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, perayaan Thaipusam dianggap sebagai perayaan keagamaan (agama Hindu) dan bukan satu perayaan kebudayaan kaum India.

“Bagi umat Islam, kita menghormati amalan setiap agama, tetapi adakah kehadiran beliau (Najib) sebagai seorang Muslim ke perayaan Thaipusam tersebut menyalahi hukum syara’?” soal beliau.

Katanya, Menteri Agama mempunyai autoriti untuk menjelaskan perkara ini kerana Irsyad fatwa#248 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 8 Oktober 2018 ada menjelaskan bahawa memasuki rumah ibadat bukan Islam bagi perayaan keagamaan adalah ditegah.

Justeru katannya, perkara ini penting untuk dijelaskan oleh Menteri Agama supaya masyarakat Islam dalam negara ini tidak keliru.

“Janganlah bila sudah jadi kerajaan, Pas menjadi seperti singa dalam zoo, sedangkan mengucapkan hari valentine pun dianggap haram oleh Pas.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.

Perayaan ini disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewan Subramaniam.