Pendedahan Hamid Bador: Polis perlu siasat segera, Muhyiddin perlu nyatakan pendirian

 


Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador baru-baru ini menggoncang institusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Oleh itu, bagi Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pihak polis dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus memperbaiki maruah dan integriti PDRM bagi memulihkan kepercayaan rakyat.

Untuk tujuan berkenaan, Ahli-ahli Parlimen PH pagi tadi membuat laporan polis berhubung 3 kenyataan Hamid yang dianggap serius dan menggugat integriti PDRM.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, PDRM perlu menyiasat kesemua laporan polis yang dibuat mereka bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dapat dikenalpasti.

"Hari ini saya bersama rakan-rakan YB Teresa Kok, YB Dr Tan Yee Kew, YB Maria Chin dan YB Datuk Dr Hatta Ramli, kami telah membuat laporan polis setiap seorang satu, berkenaan sidang media yang dibuat oleh mantan Ketua Polis Negara (KPN) Hamid Bador, pada 30 April.

"Di mana dalam sidang media itu beliau menyatakan perkara yang bagi kami amat mengejutkan. Jadi kami mohon pihak polis melakukan beberapa siasatan khusus berkenaan hal itu," katanya.

Fahmi juga membacakan petikan ayat-ayat yang diucapkan Hamid yang menjadi teras kepada laporan mereka.

Pertama, "apabila berlaku perubahan kerajaan beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, sejak awal lagi dalam mesyuarat pertama Suruhanjaya Pasukan Polis beliau mendesak untuk mendapatkan kuasa bagi menentukan siapa yang mahu ditempatkan di sana, di sini, di situ. Itu tidak baik"

Kedua, "saya melawan rasuah dalam pasukan dan lihat dalam politik rasuah berlaku merata-rata tempat. Mabuk kuasa. Sekejap 'katak' melompat sana, sekejap berbunyi sana, apa itu? Rasuah"

Bagi Fahmi, polis perlu mengenalpasti siapakah yang dimaksudkan oleh Hamid dalam sidang media beliau sebelum ini. Selain itu, PH juga katanya, mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian mengenai pendedahan berkenaan.

"Kami memohon pihak polis untuk segera melakukan siasatan mengenal pasti siapakah yang dimaksudkan oleh Hamid dan sama ada perkara itu benar-benar berlaku. Termasuk juga dakwaan terdapat individu naik jet peribadi pergi ke Sabah. Selepas itu berlaku lompat katak di kalangan ahli politik di sana.

"Kami melihat ini adalah satu perkara yang amat serius. Luahan mantan KPN ini tidak boleh diambil sambil lewa. Juga PM Muhyiddin Yassin perlu segera menyatakan pendirian beliau.

"Beliau saya lihat tidak mahu bercakap banyak. Tetapi dalam isu ni KPN telah menyuarakan sesuatu yang sangat serius dan dalam sidang media itu Hamid juga berkata telah membawa perkara ini kepada PM.

"Jadi kami minta PM memberikan penjelasan adakah benar Hamid telah bertemu beliau (PM) dan apakah tindakan yang akan beliau ambil mengenai individu yang dimaksudkan," katanya lagi.

Tegas Fahmi, jika tidak ada apa-apa kenyataan atau tindakan maka bagi PH hal itu adalah satu penganiayaan terhadap PDRM

Sedangkan, katanya, bekas KPM telah berusaha menambah baik PDRM dan banyak lagi yang perlu dilakukan, seperti yang ditegaskan oleh Hamid Bador.

 

IGP KATA KAT ULAMAK PAS TAK FAHAM BAHASA-BAHASA KASARNYA AWAT BODO PIANG SANGAT

 


Panas! Bekas IGP tempelak balik ulamak PAS, tak faham bahasa ke?

Bekas IGP tempelak balik ulamak PAS, tak faham bahasa ke?

“Wahai para ulama politik sekalian, sila buka mata dan dengar tentang penjelasan diberikan sebelum mengkritik tindakan saya dedahkan campur tangan menteri dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM)”.

Itu penjelasan diberikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador susulan Dewan Ulama Pas mengkritik pendedahan yang dilakukannya.

Kata Abdul Hamid, beliau mendedahkan perihal penyelewangan dan salah laku yang kian berleluasa agar dapat diperbetulkan segera.

“Sudah saya jelaskan bagaimana aduan telah saya buat kepada perdana menteri dan Ketua Setiausaha Negara tentang hal ini. Adakah para ulama politik ini tidak faham tentang penjelasan itu?

“Bagi saya apa gunanya ilmu agama tinggi melangit yang ada pada diri masing-masing tetapi takut untuk berterus terang selain tidak berusaha untuk mengatasinya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Pada Jumaat lalu, MalaysiaGazette melaporkan ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakui kurang senang dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah beliau mengakui hubungannya dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin memang tidak harmoni.

Abdul Hamid mendakwa sikap Hamzah mempolitikkan PDRM sejak jadi menteri mengecewakannya dan ia berbeza semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri sebelum itu.

Malah beliau juga telah bersemuka dengan namun ia tidak ada jalan penyelesaian kerana Hamzah masih mahu kuasa dalam PDRM.

Susulan kritikan terbuka itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Mohd Nor Hamzah berkata, tidak wajar individu seperti Abdul Hamid yang tahu mengenai undang-undang dan menjaga keadilan negara beremosi dalam ucapan sehingga mengundang sangkaan berunsurkan fitnah. 



ORANG RAMAI SURUH SIASAT LA......APA KAU MELALAK NIH ?

Shahbudin


Apa yang rakyat mahu ialah siasatan dilakukan, malah itulah yang sebenarnya dikehendaki oleh Hamid Bador, bukan berhujah tentang salah atau tidak perbuatan melompat parti.


Ini belum apa2 lagi KP SPRM sudah beri hujah tidak salah melompat parti.


Ehh...itu semua orang tahulah!!


Yang kita semua nak tahu, ada ke mana2 orang politik, khususnya yang bergelar MP atau Adun melompat saja2 tanpa sebab?



 

HAMZAH, JANGAN LARI DAN SILA JAWAB PERKARA INI?


 Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman.

Jelas Abdul Hamid, langkah itu dibuat bagi tujuan karier politik individu berkenaan.

“Bukan saya saja yang menghadapi masalah dengan MDN, Jabatan Cawangan Khas (JCK) turut kurang senang dengan tindakan beliau sejak setahun lalu.

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, pihak di JCK menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah beliau, perdana menteri bersetuju JCK tidak boleh terlibat dalam kerja politik menyebabkan menteri terbabit marah sebelum cenderung bekerjasama dengan bekas pegawai kanan JCK yang telah tamat kontrak tahun lalu.

“Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan ‘budaknya’ (bekas pegawai kanan JCK) menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri.

“Sebagai bukti, pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan.

“Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak PCK akan berakhir pertengahan Jun ini,” dakwa Abdul Hamid.

Tambah beliau, isu tersebut turut dibawa untuk pengetahuan perdana menteri sebelum PCK diarahkan untuk terus berkhidmat.

Terdahulu, Abdul Hamid Bador menegaskan beliau akan berjuang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan cara sendiri walaupun beliau bukan lagi Ketua Polis Negara. – MalaysiaGazette.

Sumber – https://malaysiagazette.com/2021/05/03/bekas-kpn-dakwa-menteri-mahu-guna-cawangan-khas-untuk-kepentingan-politiknya/?amp



NETIZEN KUTUK KATA BERANI DENGAN BANGLA SAHAJA...DENGAN PENGHINA AGAMA TAK SETAKAT INI.

 

Sekumpulan lelaki didakwa pukul warga asing diburu

Video tular yang berdurasi selama seminit 21 saat itu menunjukkan sekumpulan lelaki didakwa memukul seorang lelaki warga asing dalam kejadian di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang didakwa memukul seorang lelaki warga asing dalam kejadian di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, yang tular di media sosial, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira 2.30 petang dan dirakam dalam sebuah video yang berdurasi selama seminit 21 saat.

Katanya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sudah melihat video tular itu dan melakukan siasatan ekoran dipercayai tempat kejadian merupakan kawasan di bawah pentadbiran IPD Kajang.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian yang tular ini melibatkan mangsa seorang lelaki dipercayai warga asing yang dipukul sekumpulan lelaki tempatan dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenal pasti.

“Kejadian yang tular ini jelas merupakan satu kekerasan jenayah yang boleh disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan ia mengganggu-gugat serta mendatangkan kekacauan terhadap ketenteraman awam kerana berlaku di kawasan awam yang terbuka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, penelitian ke atas video itu juga mendapati, kumpulan lelaki tempatan berkenaan telah melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Berdasarkan video yang tular ini, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara dua tahun atau dikenakan denda ataupun kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau menambah, bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seskyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Mohd Zaid berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Mohd Radzee Jamudi, di talian 019-665 5811.




Kita memilih-milih pelaburan? Kenyataan ‘bodoh’, kata Rafidah


PETALING JAYA: Kenyataan Menteri Kanan (Ekonomi) Azmin Ali bahawa negara sekarang ini lebih selektif dari segi pelaburan yang datang disifatkan sebagai “paling bodoh” oleh bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz.

Dalam temubual eksklusif FMT, Rafidah berkata hakikatnya persekitaran pelaburan di negara jiran sekarang lebih menarik di mata pelabur.

Bulan lepas, Azmin nafi Malaysia tidak dapat menyaingi negara jiran dari segi pelaburan asing, sebaliknya lebih selektif dan mahu menarik teknologi berkualiti.

“Itu kenyataan paling bodoh, seolah-olah kita ada banyak orang mahu melabur di Malaysia. Kita tak boleh cakap macam itu.

“Orang akan kata ‘pergi jahanam lah’. Persekitaran pelaburan di negara jiran lebih menarik, bukan kerana kita selektif. Pelabur tidak mahu melabur di sini.”

Pada Januari, media melaporkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FD) ke Malaysia turun 68% pada 2020; penurunan yang lebih besar berbanding jiran serantau seperti Singapura, Indonesia, dan Vietnam.

Rafidah sedih melihat kedudukan Malaysia sekarang yang suatu ketika dulu dalam kalangan ekonomi memuncul terbaik.

Dulu, katanya, dalam misi perdagangannya di luar negara, prestasi Malaysia dihormati dan dipuji oleh peserta persidangan.

“Saya rasa sangat bangga. Hari ini, (ekonomi) Malaysia tidak jadi perbualan orang. Kedudukan kita ‘di bawah’ (tapi) rasuah kita nombor satu.”

Rafidah berkata pada zamannya, kementerian membawa masuk beberapa syarikat ke Malaysia tetapi sekarang ada beberapa syarikat sudah meninggalkan negara ini.

Ketika itu misi perdagangan akan selalu pulang dengan pelaburan “sebenar”.

“Kita tak omong-omong. Kita keluar negara dan yakinkan mereka (untuk melabur di sini)…Ini belum pergi (atau) baru balik 2-3 hari (dah) cakap (pasal pelaburan) berbilion.

“Masalahnya ialah itu hanya jangkaan awak semata-mata. Tiada padanan perniagaan. Tiada komitmen sebenar.”

Mengenai keadaan ekonomi dan hala tuju negara hari ini, Rafidah menggesa kerajaan membangunkan suatu pelan pemulihan kebangsaan menyeluruh.

“Buat sekarang, jangan tunggu Covid-19 ‘habis’,” katanya, dan menambah Parlimen harus bersidang semula supaya rancangan itu boleh dibahaskan.

Beliau juga menggesa suatu kajian teliti tentang kesan pandemik ke atas ekonomi, kesihatan mental, pendidikan, dan produktiviti dijalankan.

“Saya sangat risau, dari sekolah rendah hingga universiti, murid-murid sudah rugi hampir setahun. Itu boleh beri kesan pada produktiviti di masa depan.

“Negara lain sudah ‘dalam talian’ setiap hari. Kenapa kita tidak boleh? Kerana Kementerian Pendidikan tidak bersiap sedia,” katanya, dan menambah kementerian perlu bersiap sedia dengan lebih baik untuk masa depan.



Gempar! Bekas IGP dedah menteri mahu guna special branch untuk kepentingan politiknya

 

Gempar! Bekas IGP dedah menteri mahu guna special branch untuk kepentingan politiknya

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman.

Jelas Abdul Hamid, langkah itu dibuat bagi tujuan karier politik individu berkenaan.

“Bukan saya saja yang menghadapi masalah dengan MDN, Jabatan Cawangan Khas (JCK) turut kurang senang dengan tindakan beliau sejak setahun lalu.

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, pihak di JCK menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



NAK MEMBODEK KA PENING LALAT DIA NI ...KAH...KAH..

 

Peja kata seronok tengok prestasi menteri-menteri

Peja kata seronok tengok prestasi menteri-menteri

UMNO dan Barisan Nasional (BN) diharap tidak membuat keputusan untuk bertanding secara sendirian dan membuat jajaran baharu.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu beliau berharap perkara berkenaan tidak berlaku.

“Tapi teruskan dengan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baik.

“Saya pun gembira tengok prestasi menteri-menteri tetapi mungkin ada yang perlu dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita di program Iftar Media dan Previu Video Raya di sini pada Ahad.

Ahmad Faizal menambah, tidak seharusnya dipecahkan keharmonian yang ada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita seronok duduk dalam kerajaan PN sekarang. Kalau kita semua bekerjasama dengan baik, ini baik untuk rakyat dan baik untuk negara,” katanya.Mengulas mengenai pembahagian kerusi dalam PN, Ahmad Faizal berkata, ia kini pada tahap 20 peratus.

“PN kita dah bincang (pembahagian kerusi) di Semenanjung bersama Pas dan rundingan berjalan cukup baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai desas-desus akan berlakunya rombakan kabinet, Ahmad Faizal berkata, beliau tidak mengetahui perkara berkenaan.

“Saya tak tahu, saya tak ada dengar apa-apa.

“Yang pastinya saya kira Perdana Menteri bersama dengan barisan kabinet sedang menangani masalah pandemik Covid-19, masalah ekonomi rakyat dan pelbagai masalah politik yang sedia ada.

“Semuanya sedang bekerja sebagai satu pasukan dan saya berpandangan mereka bekerjasama baik sebagai satu pasukan. Tak perlu kita nak ubah apa-apa. Pasukan yang ada ini sepatutnya kita perkuatkan, perkemaskan lagi,” katanya.

Pada Ahad, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa PN akan mengadakan satu mesyuarat dipercayai bagi membincangkan isu berhubung masa depan gabungan itu selepas sokongan UMNO tamat Ogos ini. – IR

ANWAR HADIR DI BICARA Dr Ambedkar Welfare Organisation dan Tamil Malar Daily

 May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of one or more people, people standing and indoor


Beberapa hari yang lalu saya memenuhi undangan Dr Ambedkar Welfare Organisation dan Tamil Malar Daily untuk menghadiri program memperingati ulangtahun kelahiran ke-130 tokoh ekonomi dan intelektual India Dr. B.R. Ambedkar.

Ambedkar adalah tokoh besar India dan bertanggungjawab membentuk Perlembagaan India. Kata beliau Perlembagaan ini akan dianggap tidak bermakna sekiranya ia tidak mencakup persoalan reformasi dan derita rakyat.

Antara sumbangan terbesar beliau yang lain adalah mengecualikan cukai pendapatan kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan menjadi tonggak penting dalam memungkinkan reformasi tanah dan pembangunan ekonomi di India.

 


NAK AMAL CARA ISLAM LAWAN COVID ? PAK LEBAI DALAM KERAJAAN PUN DIAM MEMBISU BILA BERKUASA.

 

HAMDAN TAHA


Nampaknya covid 19 mula menyerang diseluruh dunia buat kali ke 3

Vaksin tidak nampak lagi kehasilannya kerana kes meningkat mendadak

India negara yang rakyatnya melakukan kesalahan melampau dengan berkumpul di sg Ganga dan berbogel secara beramai ramai maka Allah turun covid sehingga tidak dapat di kawal oleh manusia

Nampaknya kita contohnya di malaysia doa beramai ramai di surau dan masjid bukan atas arahan pemerintah tapi atas ehsan dari imam yang bertugas sahaja

Sepatutnya barangkali jika boleh solat hajad di bulan ramadan ini di minta di anjurkan oleh kerajaan di semua masjid selepas solat isyak sebelum terawih

Saya haq ku yakin covid 19 ini bukan saja selesai dengan cara manusia tapi melalui doa kepada Allah swt

Tapi setahun lebih covid ada bersama kita tapi menteri agama dan kerajaan nampaknya tidak mengunakan kekuatan doa sebagai senjata utama sebaliknya menutup masjid dan surau

Sepatutnya kita seluruh negara dalam bulan ramadan yang mulia ini melakukan solat hajat sepanjang ramadan dan di seluruh negara

Saya terkeliru dengan kerajaan islam dan melayu yang memerintah sekarang....lebih menumpukan kaedah barat berbanding islam..

 

Hamid akan dedahkan tokoh penting guna polis untuk tujuan politik

 



TIDAK sampai beberapa jam mengakhiri tugas sebagai Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu beliau akan membuat pendedahan berhubung salah guna kuasa seorang tokoh berjawatan penting dan dipercayai bergelar Datuk Seri.

Beliau memberitahu Astro Awani, individu tersebut dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan salah satu cabang institusi kepolisan negara dipercayai Cawangan Khas (Special Branch) bagi tujuan politik.

“Saya akan membuat pendedahan mengenai salah guna kuasa untuk tujuan menekan musuh politik individu berkenaan,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (WhatsApp) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Hamid tidak menyatakan bila pendedahan itu akan dilakukannya.

Abdul Hamid, 62, menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara dan digantikan. Timbalan beliau, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Kalaupun pendedahan itu dilakukan ia bukanlah sesuatu mengejutkan kerana pada 30 April lalu, Abdul Hamid yang dikenali sebagi seorang pegawai kanan polis berintegriti membidas campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam pelantikan pegawai-pegawai polis.

Oleh itu Abdul Hamid mencadangkan supaya menteri atau ahli politik tidak lagi mempengerusikan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).

Sebaliknya beliau mencadangkan individu tidak berpihak seperti bekas ketua hakim atau hakim wajar dilantik menduduki jawatan itu.

‘’Menteri Dalam Negeri sebagai Pengerusi SPP juga tidak sepatutnya campur tangan dalam pengurusan PDRM,’’ tegasnya dalam sidang media terakhir sebagai Ketua Polis Negara.

Abdul Hamid juga menggesa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amalan melompat parti yang berlaku secara berleluasa.

‘’Saya lihat dalam politik, rasuah berlaku merata-rata dan perbuatan mengugut itu rasuah namanya. Saya minta SPRM masuk, ambil tindakan dan jangan takut. Sudah lama sangat rakyat tengok perbuatan itu, muak terhadap sekejap katak lompat sana sini,’’ katanya.

KONONNYA

 

HAMDAN TAHA

Kita rakyat malaysia wajib tahu perbandingan kes covid negara kita dengan negara negara jiran kita. Sejauh mana kita berjaya berbanding negara lain. Kerana jika kenyataan dari kerajaan seolah kita ni antara terbaik di dunia. Tetapi jika ambil tahu data sebenar baru kita tahu negara kita antara negara yang gagal berbanding negara lain di dunia....

Lihat data di bawah dan keutamaan lihat di ruang cases/ 1m population bertapa parahnya kita. Darurat yang gagal...kita dan india dalam kedudukan yang hampir sama....Ya Allah berat negara kita ni

 

May be an image of text

“COVID19 LEBIH KRITIKAL, PKP 2.0 DAN DARURAT TERBUKTI TELAH GAGAL”

 

Dari hampir segala aspek, keadaan Covid Malaysia hari ini sebenarnya jauh lebih kritikal berbanding pada masa Darurat diumum hampir 4 bulan dahulu.

– Kematian baru: naik 350% ke 18 dari 4 mangsa

– Jumlah kematian dalam tempoh 7 hari lepas: naik 89% ke 102 dari 54 mangsa

– Bilangan pesakit dalam ICU naik 88% ke 352 pesakit berbanding 187

– Bilangan pesakit memerlukan bantuan pernafasan naik 114% ke 175 berbanding 87 pesakit

– Bilangan kluster baru dikesan dalam tempoh 7 hari lepas naik 51% ke 86 kluster berbanding 57.

– Bilangan Kluster Aktif hari ini pula adalah 398 iaitu 54% lebih tinggi berbanding 258 masa darurat diumum.

Tidak boleh dinafikan oleh sesiapa bahawa Darurat+PKP 2.0 sudah gagal.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.



Anwar Ibrahim: Bicara Khas COVID-19

Pas kembalilah ke pangkal jalan - Amir Hijaz

[[LIVE]]3.5.2021 Fitnah PAS buat walaun terkedu. Ini ke ajaran Islam? TV...

600,000 dah banyak tu...utusan melingkup dah...tv3 pun tak lama ....

 

Mahkamah Rayuan kurangkan ganti rugi diterima Anwar

Mahkamah juga memerintahkan setiap pihak menanggung kos rayuan masing-masing.

PUTRAJAYA: Anwar Ibrahim hanya memperoleh sebanyak RM600,000 bagi ganti rugi am dan teruk dan bukannya RM1.1 juta dalam saman fitnahnya terhadap TV3 kerana mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Has Zanah Mehat hari ini, mengurangkan jumlah ganti rugi itu dengan mengetepikan award Mahkamah Tinggi masing-masing RM250,000 bagi ganti rugi teruk dan teladan kepada Ahli Parlimen Port Dickson tersebut.

Has Zanah telah menggantikan perintah Mahkamah Tinggi dengan jumlah bundar RM600,000 bagi ganti rugi am dan teruk.

“Kami membenarkan sebahagian rayuan TV3. Kami mengubah award dalam perintah (Mahkamah Tinggi) bertarikh 14 Mei 2018 dengan mengetepikan award berasingan bagi ganti rugi teladan dan teruk.

Has Zanah bersidang bersama P Ravinthran dan Mohd Sofian Abd Razak, mendengar rayuan TV3 mengenai jumlah ganti rugi itu melalui sidang video. Stesen televisyen itu telah menarik balik rayuannya terhadap liabiliti.

Has Zanah juga memerintahkan setiap pihak menanggung kos rayuan masing-masing.

Pada 2018, Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan saman fitnah Anwar terhadap TV3 selepas mendapati stesen televisyen itu gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab apabila tidak mendapat pengesahan mengenai ketulenan berita itu sebelum menyiarkannya di Buletin Utama pada 2 Mac 2013.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan TV3 dan Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd Shaharudin Abd Latif (ketika itu) membayar RM1.1 juta kepada Anwar iaitu RM600,000 sebagai ganti rugi am dan masing-masing RM250,000 bagi ganti rugi teruk dan teladan.

Selain TV3, Anwar juga menamakan Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Abdul Aziz Ishak (ketika itu) sebagai defendan dalam samannya, tetapi pada 5 Okt 2016, Anwar mencapai persetujuan dengan Utusan Melayu untuk menyelesaikan kes itu.

Kes beliau terhadap TV3 diteruskan kerana kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian.

Anwar memfailkan saman itu berhubung artikel bertajuk, Ketua Pembangkang Dikaitkan Dengan Pencerobohan? dan artikel bertajuk, Tiga Kumpulan Menjadi Dalang yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 2 Mac 2013.

Beliau mendakwa antara 8 malam dan 9 malam pada hari yang sama, Shaharudin menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu, berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia, di Buletin Utama.

Dalam prosiding rayuan hari ini, TV3 yang diwakili peguam Liew Teck Huat berkata mahkamah sepatutnya memberi award ganti rugi itu kepada Anwar dalam keseluruhan dan bukannya award berasingan bagi ganti rugi am dan ganti rugi teruk.

Peguam J Leela yang mewakili Anwar berhujah bahawa kuantum ganti rugi yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi itu adalah tidak berlebihan berdasarkan beratnya tuduhan fitnah tersebut.


Finas tolak permohonan geran Afdlin Shauki bermotif politik, kata Anwar-hantar beliau bertanding di Bera

 

Anwar Ibrahim menuntut Finas mengkaji semula permohonan geran Afdlin Shauki dalam rencana besar bagi menggerakkan semula industri perfileman tempatan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menolak permohonan geran penerbit dan pelakon, Afdlin Shauki, bermotifkan politik.

Presiden PKR itu menyifatkan penolakan berkenaan mendukacitakan dan alasan diberikan Finas bagi menafikan dakwaan itu amat cetek serta dangkal.

“Meskipun orang yang bertanggungjawab mengemudi Finas saat ini adalah orang politik, saya yakin isu ini dapat dilihat dan diurus tanpa pengaruh dan kecenderungan politik.

“Saya tuntut permohonan Afdlin dilihat dan dikaji semula dalam rencana besar bagi menggerakkan semula industri perfileman tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Jumaat lalu, Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid dilaporkan berkata, penolakan permohonan Afdlin itu sama sekali tidak membabitkan unsur pilih kasih atau sentimen perkauman dan kecenderungan politik.

Pada 13 Dis 2020, Zakaria yang juga bekas ahli PKR, mengumumkan penyertaannya dalam Bersatu bersama 300 ahli Penggerak Komuniti Negara.

Semalam, Afdlin dilaporkan berkata, beliau tidak terkejut permohonan gerannya untuk penerbitan filem “Angel of Sandakan” ditolak kerana beliau menyuarakan sokongan kepada PKR baru-baru ini.

Afdlin yang menyertai PKR pada 31 Mac lalu berkata, projek penerbitan filem itu bertujuan memenuhi aspirasi kerajaan untuk mendapat pencalonan atau memenangi Anugerah Academy atau Oscars.



COVID-19 | Fasiliti kesihatan di Kelantan pada tahap kritikal

ANWAR DAN HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA

 

Tanggal 3 Mei setiap tahun kita kembali mengingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dan menghargai peranan para wartawan dan pengamal media dalam memberikan laporan terbaik kepada masyarakat.

Sambutan ini juga dapat meningkatkan kesedaran umum mengenai peri penting aspek kebebasan akhbar dalam mana-mana masyarakat yang terbuka dan demokratik.

Ia juga meningatkan semua pihak akan tugas mereka untuk menghormati dan mendukung hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub di bawah Artikel 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Namun, lain halnya di Malaysia tatkala para wartawan dan pihak media diganggugugat serta diancam pendakwaan dalam menyampaikan laporan yang mungkin tidak enak pada halwa telinga pemerintah.

Sebagai masyarakat dan negara yang berpaksi pada demokrasi, sikap sebegini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab serta menampakkan betapa lemahnya pemerintah yang ada hari ini, di semua segi.

Wartawan dan pihak media mesti diberi ruang dan kebebasan dalam melapor selaras dengan Perlembagaan yang menjamin hak itu.

Keterbukaan dan kritikan tidak harus diinjak malah mesti dirai dan dihormati sekiranya kita benar-benar mahu membangun tamadun yang beretika dan cemerlang.

ANWAR IBRAHIM

3 Mei 2021.



Kayangan yang mabuk

Faisal Tehrani

 

Kayangan tidak dapat menongkat langit tanpa lantainya; dunia kumuh. Hari ini kita melihat berleluasanya kaum Kayangan menggunakan segala kesempatan ada untuk menompok kekayaan. Percayalah, kekayaan yang ekstrem tidak akan dapat berlaku jika tiadanya kepapaan dan kemiskinan yang juga keterlaluan, dan mengerikan.

Begini, mari kita kembali ke zaman lampau. Untuk kita sorot pedihnya.

Ketika zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar Al-Khattab, umat Islam sedang meluaskan wilayah. Perlahan-lahan banyak kawasan diterokai dan agama Islam diperkenalkan. Peluasan wilayah ini tidak hanya meramaikan jumlah penganut Islam, akan tetapi juga membawa petaka yang kurang disedari; iaitu limpahan kekayaan dari hasil mahsul bumi baharu ini; dan juga rampasan medan perang.

Menjelang pemerintahan Khalifah Uthman Affan, kelas atasan dan bawahan orang Arab yang sebelum ini terbahagi antara kelas pedagang Quraisy dan kelas hamba bukan Quraisy berdepan dengan satu masa depan yang tidak saksama. Kekayaan yang diperolehi dari pembukaan zon-zon baharu umat Islam ini telah menciptakan kumpulan pemodal dan kelas saudagar yang luar biasa mewah.

Kelas atau kaum Kayangan baru ini menjadi norma biasa dan terdiri dari veteran perang iaitu sahabat-sahabat Nabi Muhammad sendiri. Ada yang misalnya memiliki vila besar dengan kebun luar biasa, dan jumlah kuda yang tidak masuk akal. Pendapatan harian dari Mesir, Parsi, dan Iraq ditimbun menjadi ratus ribu dinar.

Apabila Khalifah Ali Abi Talib diangkat menjadi pemimpin, masalah ketidakadilan dan ketidakseimbangan ekonomi ini sangat melampau dan sukar untuk baginda luruskan kembali. Sesetengah pemimpin wilayah malah membeli umat dengan wang dan segala taburan keduniaan. Korupsi berleluasa.

Keadaan Kayangan yang menjolok mata ini disebutkan oleh Ali dalam Nahjul Balaghah yang dikenali sebagai Khutbah 129. Dalam khutbah ini, baginda berucap menjelaskan bahaya kemewahan dan keduniaan yang diuliti oleh Kayangan ini. Ia berbunyi begini:

“Kalian tinggal di zaman ketika kebajikan merosot, kejahatan kian bertambah maju setapak demi setapak, dan syaitan menjadi lebih rakus dalam usahanya untuk membinasakan manusia. Hari ini kelengkapannya telah diperkuatkan, perangkap dan umpanan didirikan di pelbagai tempat, dan korban telah masuk perangkap terjerumus dengan mudah.

“Kalihkan pandangan kalian; kalian akan melihat orang miskin yang nyaris tidak boleh bernafas dalam keadaannya yang amat miskin dan sengsara, atau orang kaya yang telah mengubah nikmat Allah ke dalam kekufurannya. Atau, kalian akan melihat orang yang rakus mengumpulkan kekayaan untuk dirinya sendiri seraya mengabaikan perintah Allah yang dibebankan kepadanya, atau kalian akan menemui para pemberontak yang hatinya liar sehingga mereka tuli dari teguran dan nasihat.

“Di manakah orang baik, orang takwa di antara kalian? Di manakah orang yang merdeka dan dermawan? Di manakah mereka yang menghindari setiap penipuan dalam perdagangan dan menuntut kesalehan dan kejujuran dalam tindak-tanduk mereka?”

Fenomena pincang Kayangan ini disebut Ali sebagai “sakarat al-ni’mah” iaitu bermaksud “mabuk yang timbul oleh kekayaan”. Ini bukanlah satu keberkatan atau pemberian dunia yang diredhai bahkan satu bencana, kerana Ali menyebutkan dalam pidato lain, iaitu Khutbah 151, yang berbunyi begini terjemahannya:

“Kalian, wahai bangsa Arab akan menjadi mangsa badai yang kian menghampiri. Hati-hati kalian dengan mabuk kekayaan dan takutlah oleh bencana yang menurutinya.”

Ali kemudian di khutbah lain pula memesan, iaitu pada Khutbah 187, perihal badai atau kemabukan dunia ini:

“Ini akan terjadi ketika kalian akan dilupakan, bukan dengan minum anggur, namun dengan kekayaan dan kesejahteraan.”

Ada pun kekayaan dan kesejahteraan yang dimaksudkan tentulah limpah ruah kemewahan yang pembahagiannya tidak adil. Kekayaan ini tidak terbahagi dan dilata sehingga ke bawah iaitu untuk kaum Murbawan kerana nepotisme dan diskriminasi sudah mulai menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam.

Apabila Ali akhirnya tewas ditetak dan dibunuh dalam bulan Ramadhan, anakanda baginda, Hasan, pula cuba membetulkan; tetapi kaum Kayangan ini dengan sedaya upaya mencipta helah. Kemuncak pertembungan kelas yang menggila ini tentulah disaksikan oleh cucu Rasulullah, Hussein, yang mana apabila baginda berusaha untuk membetulkan keadaan ini, baginda telah mengalami pembunuhan yang dahsyat sekali di padang Karbala.

Fenomena Kayangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Ketidakadilan di mana kaum Murbawan ditimpa dengan pelbagai musibah dan ketidakadilan berlaku sejak dulu dan malangnya berulangan sehingga ke hari ini. Peristiwa peniaga burger yang didenda besar berbanding selebriti dengan selempang hajah; atau peristiwa peniaga colek yang digasak oleh saman luar biasa bedebah selain seorang lagi peniaga runcit yang tersandar oleh kompaun raksasa lantas hilang semangat hidup ini sudah pun terlihat jauh lama dahulu.

Gejala ulama menumpuk kekayaan seperti yang terlihat di Kota Bharu dan Kubang Kerian, bukanlah tidak terlihat di Kufah, Baghdad, dan Iskandariah satu ketika dulu.

Ketidakadilan ini dibogelkan dalam zaman Covid-19 ini kerana wabak selalu datang untuk menanggalkan kepalsuan dan menzahirkan apa yang tersembunyi. Inilah punca program revolusioner Hussein dimusuhi dan dimomokkan sehingga hari ini. Mereka mahu anda tidak tahu dan dibodohkan. Mereka suka anda kekal jahil dan dijauhkan dari sejarah. Ini supaya Kayangan dapat terus berpestaan mabuk.

Tentu kita berasa kecewa melihat daging lembu Wellington disamakan dengan Roti John kering di bazar Ramadan, tentu juga kita berasa terkejut melihat Kayangan boleh terbang bebas ke London berbanding kita yang dipaksa peram tidak dapat menemui ibu dan ayah semata-mata atas alasan SOP dan pandemik.

Ketidakadilan dan pembinaan sejahtera aplikasi komuniti Kayangan ini bukan asing dan bukan hanya terjadi dalam masyakarat Melayu sahaja. Ia dulu berlaku dalam kalangan Arab dan Parsi sekarang ia menular menjadi wabak dalam kalangan Melayu. Kayangan ini tercipta di zaman Islam. Malah Islam ala kayangan inilah yang melindungi haji atau hajah tertentu dari sebarang kesalahan. Kaum Murbawan melihat mereka dengan rasa tidak percaya dan pengharapan agar akan ada Hero Zaman yang datang membetulkan.

Namun kehampaan demi kehampaan, ketulian demi ketulian kekal. Islamnya kaum Kayangan ini ialah Islam yang gotong-royong menyembunyikan kejahatan mereka. Kaum melarat dan murbawan menangis pedih dan menagih bantuan yang palsu serta tidak kunjung tiba.

Ramadan ini ramai Kayangan ditelanjangkan untuk diperlihatkan kepada kita secara polos, baik mereka itu dari kelompok bangsawan sehinggalah kepada kelompok pedagang Qarun betina yang luar biasa angkuhnya. Ramadan ini kita melihat tema-tema pokok yang disebutkan Ali itu berjejeran tersusun di depan mata.

Rahsia kecaman Ali terhadap kaum Muslimin Kayangan di eranya itu tidak begitu kedengaran dalam khutbah Jumaat atau aksi keinsafan Jejak Rasul. Islam ala Kayangan ini terus-terusan melindungi dan menyembunyikan nasib celaka yang menimpa marhaen. Malah lebih dahsyat ada kaum Murbawan yang menjilat kaum Kayangan ini dan mempertahankannya meskipun tidak beroleh apa-apa habuan.

Sudah tiba masanya perlawanan yang pernah diketuai Ali terhadap Kayangan itu dipugar kembali.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.